Aku menunggu-nunggu juga kemunculan akhbar WARTA PMRAM yang baru. Bagaimana agaknya akhbar tersebut? Adakah masih mengekal pengolahan yang sama dengan yang dahulu? Aku mahukan warta yang berbentuk akhbar!
Mungkin warta akan datang seperti ini? Atau seumpama dengannya? Saudara Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM juga mungkin saudara Kamal Ariff boleh menjawabnya!
Sebelum itu dikhabarkan Warta PMRAM akan datang berwarna. Bagaimana agaknya ya. Harap-harap tidak menghampakan. Supaya menepati bentuk dan "suasana" seperti akhbar bila membacanya. Tidak seperti membaca Suara Kampus.
Semalam masa berbual-bual dengan Hj Emon, Ustaz Halim..
"Warta PMRAM macam mana sekarang ek? tanya Ustaz Halim.
"Hmm slow kot. Tahun lepas baru bilangan pertama" jawab aku.
"Bahan bacaan sekarang susahlah tengok.. Sekarang orang tengok blog, internet jer.." jelas Emon.
"Hmm aku rasa Warta PMRAM kena tukar style dia. Bagi boom sikit" jelas aku.
"Kira muka depan tu tajuknya.. Akhawat kena raba di pasar atau Akhawat Malaysia dirogol, macam Metro baru laku!" tambah aku.
"Hahaha" mereka tergelak sekali dengan aku. Emon lagi melekek-lekek.
"Kira macam berita tabloid la? hehehe" jelas Ustaz Halim.
Ada cadangan tajuk baik punya dari Emon. Tapi aku rasa tak perlu aku sebut dalam ni. Nanti jadi isu panas pula. Nak tahu tanya Emon. Hehehe.
Semalam macam gatal tangan nak tukar alamat url blog ini kepada kalami.blogspot.com. Tapi sebelum tu tergerak hati nak cuba dahulu taip url ni, manalah tahu ada yang dah guna. Tiba-tiba ada! Tapi menghampakan. Kerana blog tersebut kosong tanpa sebarang pengisian dan bahasa yang tidak difahami.
Blog ini sebenarnya kalam-ummah.blogspot.com. Cuma semasa 'zaman awal' keghairahan membina blog ini. Alamat awal ini digunakan hanya untuk 'muqaddimah' sahaja kepada blog yang sedia ada ini. Tapi sampai terpanjang kerana ghairah nak kelainan. Bila baca blog saudara Tawel berkenaan dengan ini, rasanya betul apa yang ditulisnya.
Tapi hampeh, urlkalami.blogspot.com dah diguna tanpa sebarang apa-apa faedah! Siapalah yang gatal tangan guna url ni? Mungkin aku akan cuba laporkan hal ini kepada Encik Blogger. Manalah tahu dia boleh bantu.
Tambahan:
Buku: Jesus Christ the Son of Mary and His Most Blessed Mother
A very comprehensive book written by Al Habib 'Ali Al-Jifri and translated by Gibril Haddad. This book is a must read for all those living amongst people of the Christian faith, as well as those who seek a pure understanding of the mission of our liege-lord Jesus (upon him be peace).
Versi PDF sila download di ruangan Kongsi Bersama.
"Seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan orang yang bertelanjang, berkaki ayam, pengembala kambing berlumba-lumba dalam membina bangunan yang tinggi"-Riwayat Muslim
Akhirnya apa yang disebut oleh Nabi Muhammad SAW semakin menampakkan tandanya. Si pengembala kambing berlumba-lumba dalam membina bangunan yang tinggi.
Sekitar Masjidil Haram, Makkah dalam proses pembinaan.
Bila masuk tahun baru masehi ini. Hal yang paling sibuk ialah sekolah kembali beroperasi apabila setalah lama di alam percutian. Bayangkan jika sepasang ibu bapa yang mempunyai 6 orang anak yang semuanya masih bersekolah. Apatah lagi jika anak-anak mereka hanya jarak umurnya setahun sahaja. Bagaimana agaknya mereka menguruskan keenam-enam anak mereka ya. Bayangkan kos persiapan anak-anak mereka. Kos buku dan seragam sekolah sahaja rasanya makan ribu banyaknya. Anak yang baru masuk daftar persekolahan semestinya semuanya baru, namun anak-anak lain juga mahukan yang baru sebelum sesi baru persekolahan bermula. Mahu tepuk dahi para ibu-bapa.
Namun, semuanya kan diuruskan samada baik atau tidak sahaja. Bagi para guru, semestinya tanggungjawab anda sebagai pendidik sekaligus ibubapa kedua mereka di sekolah perlu diteruskan. Mungkin ada guru yang mengeluh bila teringatkan sesi persekolahan kembali. Tiada lagi rehat-rehat panjang bersama keluarga. Bagi para guru yang baru pula, semestinya merasa teruja dengan tugas baru mereka. Kebetulan ramai sahabat-sahabat aku yang menjadi guru baru pada tahun ni, samada di sekolah-sekolah kerajaan mahupun sekolah agama rakyat, diharapkan dapat menjalankan tugas anda dengan ikhlas.
Aku teringat kisah aku dahulu ketika bermula bersekolah di Tadika Kemas di Plentong, Johor. Rasanya beberapa kali juga emak menunggu di sekolah kerana aku tak mahu berenggang dengan emak. Mahu menangis dan menjerit jika kelibat emak sudah tidak kelihatan. Hehe. Tapi lain jadinya bila sudah melangkah ke alam sekolah menengah. Aku bersekolah jauh dari rumah, duduk di asrama hingga makan 9 tahun juga lamanya. Malah hingga sekarang aku berjauhan dengan emak dan keluarga.
"Dulu bukan main takut lagi nak sekolah, sekarang jauh-jauh pula dia sekolah"
Hmm, setiap kali masuk sesi baru persekolahan sebenarnya setiap kali itu aku teringatkan dengan sekolah lama aku Madrasah Al Masriah di Simpang Renggam, Kluang. Sekolah yang memberi kesan mendalam terhadap perjalanan hidup aku sebagai seorang yang digelar Muslim. Sekolah ini adalah sekolah pembinaan fikrah Islamiah. Ianya mempunyai hadaf dan tujuan yang tersendiri. Di sini aku mempelajari apa itu Zikir al Makthurat, aku mengenali qiamullail, aku mengenali solat sunat rawatib dan aku mempelajari mengenakan serban yang aku sering lihat pemakaiannya melalui Ustaz Nor Ashid bin Sakib.
Namun yang paling istimewa ialah aku dapat mengenali insan-insan ikhlas yang mendidik aku di sekolah tersebut. Bayangkan sahaja, jika Mudir Ustaz Abdullah Hussin mengatakan guru-guru yang mengajar di sini sebenarnya tidak bergaji bahkan ianya hanya dipanggil upah sahaja kerana tak layak disebut sebagai gaji. Kadang-kadang gaji tidak menentu, rasanya seingat aku gaji para guru rata-rata hanya RM300 hingga RM500 sahaja. Malah kadang-kadang mereka yang banyak membantu menghulurkan sumbangan membangunkan madrasah ini.
Dari keringat mereka, dari tenaga mereka membancuh simen, membina bangunan sekolah. Mesin rumput pun kadang-kadang di kalangan mereka. Diadakan hari gotong royong perdana menjemput ibu bapa membina sekolah. Aduh barakah sekali sebenarnya madrasah ini.
Alhamdulillah, tahun berganti tahun, madrasah ini telah menerima bekalan air dan elektrik. Kerana pada zaman awal penubuhannya sehingga tahun akhir aku bersekolah di situ masih tidak menerima apa-apa bekalan air atau eletrik. Kami para pelajar dan guru hanya bergantung dengan air yang disedut dalam kolah yang dikorek dan elektrik yang dibekalkan dengan mesin penjanakuasa. Setiap jam 12 malam enjin ditutup, maka bergelaplah seluruh sekolah.
Teringat semasa enjin penjanakuasa tersebut mengalami kerosakan. Aku dan kawan-kawan keluar sekolah ke tempat punca mata air untuk mandi pada waktu awal subuh yang gelap di kawasan hutan dan ladang kelapa sawit. Tak terfikir dalam benak ini akan terjumpa babi hutan atau anjing liar, tetapi hanya terfikir tentang sedapnya mata air yang jernih, sejuk memancut di celah-celah bukit. Pada malam harinya kami berbekalkan cahaya bulan untuk menjamu selera, masing-masing keluar dari kantin mengusung dulang. Berbekalkan lilin melakukan kerja-kerja sekolah dan menghafaz quran.
Kantin madrasah hanya berbekalkan kayu api untuk menyediakan makanan. Menu yang paling melemahkan nafsu makan ialah "NAMI" (nasi + mi digoreng sama), tapi tetap kami balun. Malah aku pernah menggunakan strika arang untuk menggosok baju. Tapi itu pun seminggu sekali, malas juga nak menggosok baju hari-hari guna arang hehe.
Aku merasakan mahu menabur jasa di sekolah ini nanti. Tapi adakah aku sekuat "mereka"?
Klik pada gambar untuk lebih jelas
Tambahan:
1. Madrasah Al Masriyah ini di bawah kelolaan Parti Islam Semalaysia.
2. Antara bekas pelajarnya yang menuntut di Mesir sekarang ialah:
Aku (Kuliah Syariah Wal Qanun, Universiti Al Azhar, Kaherah)
Abul Bashar Md Khamis (Kuliah Syariah Wal Qanun, Universiti Al Azhar, Tanta)
Ridwan Ali (Kuliah Lughah Arabiah, Universiti Al Azhar, Kaherah)
Al fatihah. Tiada lagi teman yang rajin di dapur yang sering membuka selera kami. Tiada lagi teman bicara politik aku. Tiada lagi teman yang aktif dalam PMRAM dan BKPJM.
Dia seorang sahabat. Dia seorang teman. Dia seorang Naqib...
Kau Sahabat Kau Teman...
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami Memori indah kita bersama terus bersemadi Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu Di saat kau masih diperlukan Tuhan lebih menyayangi dirimu Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan Moga di sana kau bersama para solehin Ku sahabatku kau teman sejati