"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


Memaparkan catatan dengan label Siyasah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Siyasah. Papar semua catatan

21 Januari 2012

Isu PTH : Saya beri masa seminggu!

Berikutan dari maklumat yang saya terima iaitu isu Pengundi Tidak Hadir (PTH):

Pendaftaran Pengundi Tidak Hadir atau PTH telah dibuka oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) semenjak oktober 2011. Semua warganegara Malaysia yang berkelayakan serta memenuhi syarat sepertimana yang termaktub dalam Peraturan 2(e) dan 2 (f) peraturan-Peraturan Pilihan Raya 2002 (Pendaftaran Pemilih)  layak untuk mendaftar. Pengundi Tidak Hadir (PTH) adalah warganegara yang berumur 21 tahun ke atas yang dibenarkan mengundi secara Pos yang terdiri daripada anggota tentera dan pasangan, anggota perkhidmatan awam yang bertugas di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya serta pelajar sepenuh masa yang menuntut di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya.

Oleh itu, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia telah melantik pegawai dan kakitangan Kedutaan Malaysia serta beberapa Pejabat lain seperti Pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Pejabat Konsulat General, Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia, Pejabat Jabatan Penuntut di seluruh dunia sebagai penolong pendaftar pemilih bagi memudahkan urusan pendaftaran Pengundi Tidak Hadir bagi membantu SPR dalam mengemaskini daftar pemilih rakyat Malaysia di luar Negara.

Saya salah seorang rakyat Malaysia yang menetap di luar negara, merasakan apa yang berlaku amat-amat dikesalkan. Hal seperti ini tidak boleh dipandang ringan oleh mereka yang bertanggungjawab untuk menguruskannya. Memandangkan mereka yang menetap sebagai rakyat Malaysia di Mesir samada belajar mahupun bertugas mesti mendapat hak yang sewajarnya.

Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Mesir (KBMK) mesti memberi penjelasan lanjut dengan masalah ini, apakah yang sebenarnya yang berlaku, sehingga kelewatan maklumat ini selama tiga bulan. Selama tiga bulan ini rakyat Malaysia di Mesir yang prihatin dengan sistem demokrasi di Malaysia ternafi hak untuk mendapat maklumat sepenting ini.

Tidak dapat tidak, pihak KBMK perlu membuat penjelasan kepada ribuan rakyat Malaysia di Mesir yang layak mengundi selewat-lewatnya seminggu dari tarikh ini. Samada melalui media elektronik, cetak, pekeliling atau sebagainya mestilah dilakukan segera! Jika hal ini tidak mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak KBMK, ianya merupakan sikap tidak bertanggungjawab dan hal ini mesti mendapat perhatian dari Yang DiPertuan Agong dan Kerajaan Malaysia!


Mohd Akhmal Mohd Ali
Penasihat,
Gerakan Suara Rakyat (SUARA)

DAFTAR PENGUNDI : SUARA Kesal Pihak Kedutaan Malaysia di Mesir Tidak Cakna

Pendaftaran Pengundi Tidak Hadir atau PTH telah dibuka oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) semenjak oktober 2011. Semua warganegara Malaysia yang berkelayakan serta memenuhi syarat sepertimana yang termaktub dalam Peraturan 2(e) dan 2 (f) peraturan-Peraturan Pilihan Raya 2002 (Pendaftaran Pemilih)  layak untuk mendaftar. Pengundi Tidak Hadir (PTH) adalah warganegara yang berumur 21 tahun ke atas yang dibenarkan mengundi secara Pos yang terdiri daripada anggota tentera dan pasangan, anggota perkhidmatan awam yang bertugas di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya serta pelajar sepenuh masa yang menuntut di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya.

Oleh itu, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia telah melantik pegawai dan kakitangan Kedutaan Malaysia serta beberapa Pejabat lain seperti Pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Pejabat Konsulat General, Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia, Pejabat Jabatan Penuntut di seluruh dunia sebagai penolong pendaftar pemilih bagi memudahkan urusan pendaftaran Pengundi Tidak Hadir bagi membantu SPR dalam mengemaskini daftar pemilih rakyat Malaysia di luar Negara.

Namun, apa yang dikesalkan adalah tindakan Kedutaan Malaysia Kaherah yang tidak serius dalam isu pendaftaran PTH  ini. Kedutaan hanya mengambil jalan mudah bermula Januari ini dengan sekadar memohon kepada pegawai-pegawai negeri untuk mengumpulkan maklumat pelajar yang berusia 21 tahun ke atas tanpa disertakan borong pendaftaran. Malah, sehingga kini Kedutaan Malaysia Kaherah tidak langsung mengeluarkan sebarang pekeliling untuk mempromosi pendaftaran PTH sepertimana yang dilakukan kebanyakan Pejabat-pejabat Kedutaan Malaysia di seluruh dunia menerusi laman web rasmi mereka  semenjak Oktober tahun lalu.

Justeru, Presiden SUARA,  saudara Mohd Firdaus Madzlan telah menghubungi pihak kedutaan untuk mendapatkan beberapa maklumat mengenai isu ini. Namun respon balas pihak berwajib agak mengecewakan. Pihak SUARA akan memanjangkan isu ini ke peringkat Malaysia andai ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba untuk memanipulasi isu ini. Memandangkan undi adalah hak semua rakyat Malaysia, maka pihak Kedutaan Malayasia Kaherah yang telah diberi amanah seharusnya  lebih serius dan kompeten untuk meramaikan rakyat Malaysia di Mesir mendaftarkan diri sebagai pengundi tanpa memilih golongan-golongan tertentu sahaja. Mahasiswa juga harus diberi peluang yang sama dalam proses membina negara menerusi sistem demokrasi pilihanraya.

SUARA mengharapkan ribuan rakyat Malaysia di Mesir yang layak sebagai Pengundi Tidak Hadir Luar atau PTH dapat dipermudahkan urusan pendaftaran mereka.

Sumber : Suara Online

19 Ogos 2011

Menerima Sumbangan Non-Muslim

Soalan: Bolehkah terima pakaian orang bukan Islam? Andai kata dia bela anjing?

Jawapan:

Firman Allah s.w.t;


"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil." - Al Mumtahanah ayat 8

Hadith Nabi s.a.w:


"Hadis riwayat Anas bin Malil ra, sesungguhnya seorang Yahudi wanita berjumpa Nabi saw membawa kambing yang diletak racun. Nabi saw pun makan. Kemudian wanita tersebut dibawa kepada Nabi saw dan baginda ditanya “ Apakah perlu kita membunuhnya?” Nabi saw menjawab “Tidak perlu.” Anas berkata “ Aku sentiasa ingat daging kambing itu berada dalam mulut Nabi saw.” (Direkodkan Oleh Bukhari)

Hadith Nabi s.a.w:


"Anas bin Malik ra berkata: Nabi saw dihadiahkan jubah diperbuat dari kain sundus dan sebelum itu Nabi saw telah melarang lelaki dari memakai kain sutera. Lalu orang ramai kagum dengan kain tersebut. Nabi saw pun bersabda “ Dan demi tuhan yang mana diriku dalam kekuasaannya , sesungguhnya kain sapu tangan Saad bin Muaz dalam syurga lebih baik dari kain ini.”

Kesimpulannya, harus menerima hadiah atau pemberian dari orang kafir. Samada pakaian, makanan, duit atau sebagainya.

Jika pakaian tersebut kita nampak ianya terkena najis berat, kita bersihkan. Jika tidak, kita harus memakainya seperti biasa. Tak perlu kita bertanya samada terkena najis atau tidak.

Seperti jika orang kafir nak sumbang duit untuk masjid, tidak wajar untuk kita tanya duit haram atau tidak.

Dalam kitab kifayatul Akhyar kitab mazhab Syafie:

“Dan Harus bagi orang Muslim dan orang kafir zimmi untuk mewasiatkan hartanya untuk mengimarahkan masjid Aqsa dan masjid-masjid yang lain. Demikian juga hukumnya mengimarahkan kubur-kubur orang Islam."

 
Wallahua'lam


19 Julai 2011

KENYATAAN RASMI PENASIHAT GERAKAN SUARA RAKYAT (SUARA) MESIR

Assalamualaikum.
 
Pasca BERSIH 2.0 telah melaui saat-saat sukar. Sokongan terhadap 8 tuntutan BERSIH 2.0 mendapat reaksi pelbagai. Namun yang pasti pihak kerajaan tidak melayan dengan baik peserta demonstrasi ini.

Jika di Malaysia diugut dan dihalang oleh pihak Polis. Tidak kurang juga apa yang berlaku negara-negara luar. Terutamanya di Mesir, pihak kerajaan melalui pihak Jabatan Penuntut dan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah telah memberi amaran agar rakyat Malaysia tidak menyertai perhimpunan BERSIH 2.0.

Namun pihak Gerakan Suara Rakyat (SUARA), melihat larangan tersebut bersifat politik  kepartian, sedangkan mereka yang menyokong BERSIH 2.0 terdiri dari 60 buah NGO berdaftar, beberapa parti politik dan individu-individu berpengaruh.

Larangan tersebut juga menjelaskan kita bahawa pihak kerajaan tidak peka dengan gagasan 1Malaysia yang dicanangnya. Ianya bagai retorik sahaja, sedangkan gagasan tersebut menyantuni suara-suara rakyat walaupun dari suara minoriti.

Tak perlu saya memberitahu bagaimana kronologi demonstrasi BERSIH 2.0 di Malaysia yang rata-rata rakyat Malaysia umumnya sudah mengetahui. Cuma mahu saya ingatkan bahawa perhimpunan tersebut boleh berjalan dengan aman dan tidak perlu untuk mengerah pihak polis menangkap peserta umpama anjing kelaparan.

Apa bezanya perhimpunan yang dilakukan oleh PERKASA sebelum ini? Begitu juga perhimpuan yang dijalankan di Pulau Pinang dan Kelantan? Adakah kerana ianya dilaksanakan oleh parti yang memerintah negara, perhimpunan tersebut menjadi halal? Apakah timbang tara yang digunakan oleh pihak kerajaan dalam menangani masalah ini? Jelas, bahawa telah berlaku double-standard.

Presiden SUARA, saudara Mohd Firdaus Madzlan baru-baru ini dikejutkan dengan panggilan dari pihak Darul Iftaa Masriyah (Pusat Fatwa Mesir) yang mengatakan anda diberhentikan dari pengajian lanjutan.

Peristiwa ini mengejutkan banyak pihak, terutamanya para pelajar di sini. Atas sebab apa saudara Firdaus dibuang? Jika atas sebab penganjuran BERSIH 2.0 di Kaherah tempohari, ini menunjukan kerajaan Malaysia tidak menghormati suara rakyat. Ternyata tindakan ini tidak berperikemanusiaan dan merupakan tidakan rakus orang tertentu yang berkepentingan di Kedutaan atau Jabatan Penuntut.

Saya dengan ini, menyatakan kekesalan dari pihak SUARA atas tindakan tidak bertamadun ini, sekaligus melebarkan jurang ketidakkeharmonian antara kerajaan dan rakyat!

Mohd Akhmal bin Mohd Ali
Penasihat,
Gerakan Suara Rakyat (SUARA)
Kaherah, Mesir.

29 Jun 2011

Kisah Kuning

Satu

EMAK: Cikgu nampak anak saya tak? Dah lama saya tunggu tak muncul2.
CIKGU: Oo0o ye ke?
EMAK: Ye! Hari ini kan sukan sekolah, dia pakai baju rumah sukan dia.
CIKGU: Oooo, anak akak rumah apa?
EMAK: Rumah KUNING!
CIKGU: O0o0 rumah KUNING. Cuba cari kat balai polis!
EMAK: Haa?

Dua

CIKGU: Hari ini saya nak umumkan rumah sukan masing2, dengar ye!
MURID: Baik...
CIKGU: Abu! Awak rumah hijau!
ABU: Alhamdulillah
CIKGU: Kunalan! Awak rumah Merah!
KUNALAN: Alaaa...
CIKGU: May Lin! Awak rumah Biru!
MAY LIN: Biru? hmmm
CIKGU: Kamal! Awak rumah KUNING?
KAMAL: Apa? Saya tak nak Cikgu!
CIKGU: Kenapa pulak?
KAMAL: Nanti saya kena tangkap!
CIKGU: Aik!

Tiga

ABANG POLIS: Dari mana ni encik?
TERATAI LAYU DI TASIK MADU: Dari Johor Bahru. Kenapa tuan?
ABANG POLIS: Buka bonet!
TERATAI LAYU DI TASIK MADU: Ok.
ABANG POLIS: Wah! Banyak baju BERSIH ni!
TERATAI LAYU DI TASIK MADU: Mestilah tuan. Takkan saya nak jual baju KOTOR plak? Eh, eh.. tuan! Zila Bakarin tu!
ABANG POLIS: Mana-mana?
TERATAI LAYU DI TASIK MADU: Cabut! (Vroooommm)

Empat

MAURIZAN: Mak! Baju BERSIH Zan mana mak? Mak nampak tak? Baru beli semalam. Lepas Zohor nak gi SOGO ni.
EMAK: Ada dalam mesin basuh tu, mak tengok KOTOR jer, mak basuhlah!
MAURIZAN: Alamak!

Lima

MAK MAH: Abang, 9 Julai ni nak dekat dah, tapi kita belum beli baju BERSIH.
PAK LEMAN: Awak ni Mah... selama ni saya beli baju KOTOR ke untuk awak?
MAK MAH: Erk..

Enam

POLIS: Kenapa awak pakai baju BERSIH? Awak nak pergi demo ke?
ABU: Takkan saya nak pakai baju KOTOR pula encik?
POLIS: erk...

08 Jun 2011

Pasca Muktamar PAS

 "Sesungguhnya mereka telah lakukan fitnah semenjak dahulu lagi, dan mereka merancangkan terhadapmu (wahai Muhammad) berbagai tipu daya, sehingga datanglah kebenaran, dan nyatalah (kemenangan) ugama Allah (Islam), sedang mereka tidak suka kepadanya." At Taubah 48

Saya menganggap sebenarnya tiada perubahan ketara dalam pimpinan PAS Pusat. Mereka yang memegang jawatan semuanya muka lama dan telah masak dalam liku-liku perjuangan Islam dan membawa aspirasi rakyat.

Inilah sebenarnya dinamika PAS. Siapa sahaja yang dipilih oleh perwakilan sebenarnya pilihan Allah yang menggerakkan hati para perwakilan. Apatah lagi jemaah ini bergerak seiring dengan suasana politik demokrasi pilihanraya, semestinya faktor-faktor penting untuk memenangi pilihanraya dan pemilihan ini merupakan faktor terpenting yang dilihat para perwakilan.

Kita jangan sesekali tunjukkan kekesalan dengan pilihan Allah, semuanya yang memimpin wajib untuk kita taat selagi langkah dan pembawakan mereka tidak menyeru kepada penelwengan syariat atau merugi jemaah ini. Kita perlu berfikiran positif dan jangan terlalu terikut rentak paluan gendang musuh yang sememangnya tidak senang dengan perkembangan ini.

(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. - At Taubah 20

Setelah kita bertawakkal dan memilih, semestinya sekarang kita husnu zhon dengan ketentuan Allah dan kembali menyusun gerak kerja siasah, dakwah dan tarbiah ini dengan lebih baik. Lebih-lebih lagi perjuangan yang kita galas ini bukan setakat habis di medan pilihanraya sahaja.

Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: “Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu”. (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu). - At Taubah 42

21 Mac 2011

Politik 18 sx

Sejak dua menjak ni kita dikejutkan dengan berita-berita sensasi di arena politik tanahair. Terbuka, tertutup, ditayang, dibogelkan, diliwat, berzina, perempuan simpanan, lelaki simpanan dan pelbagai lagi isu yang membuatkan kami golongan muda nak muntah biru.

Kalau disebut tentang kronologi politik 18sx ni memang panjang. Sejak aku sekolah rendah lagi! Semasa sekolah rendah aku pernah terjumpa risalah-risalah S46 yang memburukkan Samy Vellu. Kemudian risalah UMNO memburukkan Ku Li, sehinggalah sekarang politik 18sx masih "relevan".

Rupanya isu ini bukan hanya membelit leher golongan penghibur/artis sahaja. Bahkan lebih malang melibat pemimpin tertinggi negara! Tidak kiralah dari pihak mana mereka ini, isu ini pasti tidak akan terlepas!

Dah tu pulak, Malaysia ini mejoritinya ialah masyarakat Melayu! Bangsa yang minat isu-isu seperti ini! manakan tidak majalah gosip seperti mangga dan majalah2 hiburan lain masih laku dipasaran! Majalah-majalah koreksi minda seperti MASSA, K.O Mazmumah, Majalah i dan sebagainya berbanting tulang, dan bagai nyawa-nyawa ikan mahu hidup, malah ada yang telah pun bungkus!

Kalau inilah wajah politik rakyat Malaysia! Apa yang kita harapkan untuk masa depan generasi akan datang?

Kelmarin aku pergi Low Yat. Belek-belek telefon bimbit, ini kerana telefon bimbit sebelum ini dah ada "black hole" dan pelbagai masalah dalaman, membuatkan aku nekad mendapatkan telefon yang baharu! Dengan hanya "trade in" RM5 dan menambah RM355, aku berjaya memperoleh telefon yang agak baik dan berpuas hati! Tetapi sebelum itu proses nego berlangsung selama sejam! Biar lama asal puas!

Kisah yang aku nak sebut, lelaki cina yang berniaga itu tidak suka membaca paper dan kalau melayari internet pun tidak melayari halaman-halaman portal berita. Malah berita Libya diserang USA/Euro pun dia tak tahu (melampau). Apa yang difikirkan hari-hari ialah bagaimana mahu melariskan jualannya! Begitu juga dengan mamat Bangladesh di sebuat kedai makan di Low Yat itu juga tidak membelek berita. Untungnya mereka tidak perlu loya tekak dan muntah biru.

Mari beralih ke "second layer" politik! Insya Allah ianya lebih segar berbanding isu politik "first layer".
p/s: Saya sudah memliliki buku Fitnah 2012: Konspirasi Galaktik. masih galak membaca dan belum tamat!

03 Februari 2011

Nilai Perjuangan Rakyat

Rakyat Mesir bersolat di tengah-tengah jalan di bandar Tahrir

Polis Israul sedang mengawal rakyat Palestin bersolat. Tiada bezanya dengan polis Mesir.

Menjadi tanda tanya ramai rakyat Malaysia tentang kelembapan kerajaan Malaysia a.k.a Bini Najib (BN). Sedangkan Kerajaan  Singapura dan Indonesia bertindak pantas. Selamat sudah rakyat Singapura di negara mereka. Itu regim Lee Kwan Yu. Regim Bini Najib ni yang kata Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan masih terkial-kial membuat keputusan.

Keadaan di Mesir besar peratusnya masih lagi dalam keadaan terkawal. Rakyat sudah mengambil alih peranan Polis untuk menjaga keamanan. Berkawal di rumah masing dengan ukhuwwah sesama jiran. Termasuk aku yang diminta berkawal bersama.

Hanya di bandar sasaran kemarahan rakyat seperti di Tahrir dan Iskandariah yang menjadi mangsa. Kehebatan rakyat Mesir berdemonstrasi sangat mengkagumkan aku. Tiada unit amal yang berkawal di hadapan. Mendirikan solat di tengah-tengah medan Tahrir dengan seramai 3 juta orang. Rasa terharu dengan mereka yang sanggup berdepan dengan kekerasan polis sehingga membawa 10 kematian setakat ini.

Inilah bahananya bila rakyat sudah mula mual dan tertekan sekian lama. Ini merupakan pilihan yang sangat sukar sebenarnya. Bukan tiada pilihan lain, tetapi pilihan lain membuatkan mereka diperbodohkan sahaja. Selama 30 tahun regim Mubarak memerintah ini, 2011 merupakan tahun kebangkitan rakyat Mesir.

Sebenarnya banyak pengajaran yang boleh diambil terutama kepada kerajaan-keraajan di dunia yang ada sekarang. Mereka diingatkan menjalankan tugas dengan sebaiknya dan jangan sesekali memperbodohkan rakyat marhaen. Tidak dinafikan masih ramai rakyat tidak perasan ditipu dengan kerajaan-kerajaan yang ada hari ini. Mereka mudah digula-gulakan sehingga hilang maruahnya. Jadilah rakyat yang cerdik yang tahu hak mereka. Malang sekali jika berjuta-juta rakyat ditipu oleh segelintir manusia yang digelar Presiden, Perdana Menteri dan lebih malang ditipu oleh isteri-isteri mereka!

19 November 2010

Tak semua orang awam wajib tahu.

Bila masuk sambutan Hari Raya Aidiladha, isu tarikhnya mesti menjadi perbahasan. Sedangkan semua mengetahui tarikhnya ialah 10 Dzulhijjah bukan 1 Dzulhijjah atau 17 Dzulhijjah. Ini dinamakan fiqh awam atau boleh dikatakan fardhu ain. Di mana penganut Islam wajib untuk mengetahui dan mengamalkannya.

Ulama akan menggunakan kaedah-kaedah fiqh yang mana tidak digunakan oleh orang awam bagi menentukan tarikh setiap bulan hijrah. Antara kaedah-kaedah ini ada yang dipanggil Usul Fiqh. Ada ilmu-ilmu lain yang tidak semua masuk dalam fardhu ain tetapi fardhu kifayah. Seperti ilmu falak, ilmu perubatan dan lain-lain yang dikategorikan sebagai fardhu kifayah.

Bila ada yang dikatakan sebagai fardhu kifayah. Tak semua wajib mengetahuinya, memadai seorang atau beberapa orang dari satu-satu komuniti itu mengetahui untuk menyelesaikan masalah tertentu.

Seperti contoh doktor. Tak semua orang wajib jadi doktor. Atau semua nak jadi doktor. Tiada yang jadi buruh kasar. Siapa nak bina hospital? Kalau doktor buat pemeriksaan terhadap seseorang pesakit, dan keputusan dari pemeriksaan tersebut, beliau menyatakan "Pakcik disahkan mengidap kencing manis". Dengan ilmu yang telah dipelajari sebagai seorang doktor, dan kepakarannya dalam membuat pemeriksaan, tiba-tiba pakcik tersebut tidak percaya, bahkan mahu pula minta doktor tu ulas dengan baik dari sudut ilmu perubatan pula. Sudahlah tidak percaya dengan doktor, mahu membuang masa doktor pula.

Dalam hal tarikh hari raya ini, senang cakap ianya berkaitan dengan ilmu falak. Tak semuanya wajib untuk kita tahu, tapi bukanlah haram untuk kita nak tahu. Walaubagaimanapun jika kita yang tak tahu ni mahu bising-bising dan menganggap ianya pelik pula. Takut-takut nanti akan ditertawakan orang. Sebaik-baiknya serah kepada ahlinya.

Selamat Hari Raya Aidiladha.

27 Oktober 2010

Tanggungjawab sebagai ahli PAS

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Maka wajiblah ke atas kamu berjamaah kerana sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang jauh daripada kumpulannya" (Hadith Riwayat Nasa'i)

Sabda Rasulullah SAW kepada Huzaifah bin Al Yaman RA yang bermaksud:

"Kamu hendaklah bersama-sama jamaah muslimin dan imam mereka" (Hadith riwayat As Syaikhan dan Abu Dawud)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Tangan Allah (keredhaan Allah) bersama-sama jamaah, barangsiapa keluar (mengasingkan diri) atau (menyimpang) daripada jamaah maka ia menyimpang ke neraka" (Hadith Riwayat At Tirmizi)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang mahu keluasan syurga, maka hendaklah berpegang kepada jamaah" (hadith Riwayat At Tirmizi)

Seorang muslim yang menggabungkan diri dengan gerakan Islam (jamaah) sudah selesai satu tuntutan agama yang besar, tetapi apabila seseorang itu berada dalam jamaah maka keanggotaan itu meletakkannya kepada satu tanggungjawab yang tertentu pula.

Sebagai anggota jamaah tugasnya tidak tamat dengan menjadi anggota semata-semata, di sana ada disusuli dengan beberapa kawajipan-kewajipan yang tertentu yang mesti dikerjakan dan ditunaikannya.

Imam Bukhari R.A meriwayatkan daripada Saidina Umar bin Al Khattab R.A, bahawa beliau berkata yang bermaksud:

"Tidak ada Islam melainkan dengan jamaah, dan tidak sempurna jamaah tanpa pemimpin , dan tidak ada erti kepimpinan tanpa ketaatan"

Di dalam jamaah ada ahli biasa dan pula ahli jawatankuasa (ketua, setiausaha, bendahari dan sebahagiannya) yang menjalankan tugas menurut bahagian masing-masing, menyusun kerja-kerja, mengatur tugas, mengeluarkan arahan-arahan atau menyampaikan arahan, mengatur segala langkah yang diperlukan.

Di sini betapa peri pentingnya ketaatan kepada ketua (amir). Ianya merupakan syarat penting dalam sebuah organisasi apatahlagi mereka yang menggabungkan diri dengan gerakan Islam seperti PAS. Demikian PAS itu sendiri terlibat dengan semua aspek ecoposial yang wajib menterjemahkan diri setiap anggota di tengah-tengah masyarakat Malaysia dengan akhlak yang terpuji dan kerja-kerja dakwah dan tarbiah yang tidak terhenti.

Ada sesetengah ahli anggota berhenti dari kerja-kerja jamaah setelah tamat tempoh sebagai Presiden, Pesuruhjaya, YDP Kawasan atau Ketua Cawangan atau sebagainya. Ianya merasakan seperti sudah pencen tanpa memikirkan tanggungjawab yang sebenarnya belum selesai hingga terputus nyawa dari badan.

Sepatutnya, walaupun mereka tidak berpegang dengan apa-apa jawatan penting, seperti digugurkan atau melepaskan jawatan tidak bermakna mereka berlepas diri dari melaksanakan tugas sebagai anggota harakah siasah, harakah tarbiah dan dakwah!.

Lebih teruk jika perebutan jawatan berlaku di dalam gerakan Islam ini. Ruh takutkan balasan Allah jika tak mampu memimpin itu sudah hilang. Sepatutnya rasa takut untuk memegang jawatan itu timbul, dan suasana ukhuwah itu terbit. Tetapi rasa diri itu mampu memimpin hingga ukhuwah itu menjadi renggang. Mengutamakan kepentingan sendiri dari kepentingan jamaah.

Melibatkan diri dengan gerakan Islam sepatutnya membantu diri untuk mengamalkan prinsip hidup Islam dalam semua aspek, baik ibadat, akhlak, muamalat yang termasuk dalamnya; pakaian, pergaulan, ekonomi, pentadbiran, politik dan lain-lain lagi.

Dari yang tidak kenal solat, menjadi tahu solat. Dari yang merokok dapat berhenti dari merokok. Dari yang mengamalkan muamalat konvensional kepada Islam. Dari tak kenal Al Quran jadi pandai membaca. Inilah sepatutnya yang berlaku apabila seseorang itu melibatkan diri dengan jemaah Islam seperti PAS!

19 Oktober 2010

Peranan Ahli PAS Dalam Organisasi dan Masyarakat

إياكم والحسد فإن الحسد يأكل الحسنات كما تأكل النار الحطب

"Awas kamu daripada hasad, sesungguhnya hasad memakan amalan kebaikan seperti api memakan kayu yang kering" (Riwayat Abu Dawud)

Seseorang muslim tiada perasaan hasad dan dengki. Bahkan ianya diberi amaran keras oleh Rasulullah SAW. Sebagai ahli PAS perangai dan sifat begini amat-amat tercela dan ianya sepatutnya dibuang sejauh mungkin dari melingkari diri seorang pejuang.

Adalah menjadi sifat seorang muslim mempunyai jiwa yang bersih, bersih dari perasaan dengki dan menipu dan perasaan benci terhadap orang lain. Rasulullah SAW pernah ditanya tentang seorang perempuan yang bangun solat malam dan berpuasa di siang hari, tetapi dia mengganggu jirannya dengan lidahnya, lalu Rasulullah SAW bersabda:

هي في النار 

"Dia di dalam neraka" (Riwayat Bukhari)

Setiap ahli PAS di dalam masyarakat adalah sebagai seorang penasihat "nasih" yang sentiasa setia sedia memberi pandangan yang membina. Dia adalah manusia yang positif, bukan negatif kerana agama itu keseluruhannya ditegakkan di atas semangat "agama itu adalah nasihat", diulangnya tiga kali berturut-turut! Lalu sahabat bertanya:

"Untuk siapakah, wahai Baginda?" Sabdanya:

لله ولكتابه ولرسوله ولأئمة المسلمين وعامتهم 

"Untuk Allah, untuk Al Quran-Nya, untuk Rasul-Nya, untuk pemimpin dan untuk orang awam" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Menyampaikan nasihat merupakan tugas yang amat berat, apatah lagi seorang itu menjawat jawatan kepimpinan , kecuaian dalam menyampaikan nasihat kepada rakyat menyebabkan seorang itu tidak masuk syurga, Rasulullah SAW bersabda:

ما من عبد يسترعيه الله, رعية يموت, يوم يموت وهو غاش لرعايته, إلا حرم الله عليه الجنة

"Mana-mana hamba Allah yang Allah telah menyerahkan kepadanya pengurusan rakyatnya, apabila dia mati dalam keadaan menipu rakyatnya, maka Allah haramkan masuk syurga" (Muttafaqun A'laih)

Di dalam riwayat lain. Aapabila dia tidak melindungi rakyatnya dengan nasihatnya, dia tidak akan mendapat bau syurga. Di dalam riwayat Muslim yang bermaksud:

"Mana-mana pemimpin yang mengetuai urusan orang Islam,kemudian dia tidak bersungguh-sungguh menjalankan tugasnya dan tidak menasihati mereka; melainkan tidak masuk syurga bersama-sama mereka"
Seorang muslim haraki (ahli PAS) mesti menunaikan janjinya kepada masyarakat, termasuklah menghadiri mana-mana majlis manurut masa yang telah ditetapkan. Allah berfirman yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah janji kamu" (Surah Al Maidah, ayat 1)

Muslim haraki (ahli PAS) adalah baik akhlaknya, cukuplah kita mengingati sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Orang yang paling sempurna imannya ialah orang yang baik budi pekertinya"

Ulama menyenaraikan budi pekerti yang mulia di antaranya seperti berikut:
  • Bersifat malu
  • lemah-lembut
  • pengasih
  • pengampun dan pemaaf
  • bertoleransi
  • manis muka
  • ramah mesra
  • menguasai diri ketika marah
  • menyimpan rahsia dan cacat-cela orang lain
  • tidak mengumpat
  • tidak buruk sangka
  • tidak sombong
  • suka membantu
  • suka ma'ruf benci mungkar
  • mudah mesra
  • berpegang pada akhlak mahmudah dan menjauhkan diri dengan akhlak mazmumah
Cubalah kita gambarkan setiap anggota harakh kita, di mana sahaja mereka berada rahmat kepada masyarakat, menjadi penyelesai kepada masalah masyarakat, menjadi nur, menjadi khair, menjadi qudwah, menjadi imam masyarakat akur merasai kehadiran ahli kita pembawa tuah dan berkat kepada mereka seperti yang dikehendaki oleh Allah dalm firmanNya yang bermaksud:

"Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan, tolaklah kejahatan dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba di antara kamu dengan dia ada permusuhan seolah-olah menjadi teman yang sangat setia? Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar, dan tidak dianugerakan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar" (Surah Fussilat: Ayat 34-35)

Apabila ahli-ahli kita boleh dijadikan contoh kepada masyarakat dan kehadiran mereka di tengah-tengah masyarakat, membuat muafakat, membawa berkat dan membawa ilmu pengetahuan. Kita yakin harakah kita akan disenangi dan dirasakan sebagai keperluan seperti perlunya manusia kepada udara yang bersih, maka di saat itu tidak ada kuasa boleh menahan kemaraan kita dan wujudnya Baldatun toyibatun wa robbun ghofur

28 September 2010

Al Fatihah

ADUN Galas, Che Hashim Sulaima, 48, yang menghidap barah usus meninggal dunia di Hospital Al-Islam Kampung Baru di Kuala Lumpur pada 4.30 petang semalam.

Perkara itu disahkan oleh naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menerusi twitternya sebentar tadi.

Pada 26 Julai lalu, beliau dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Pakar Perdana di Kota Bharu, tetapi kemudiannya dibenarkan pulang.

Che Hashim dimasukkan Hospital Pakar Perdana itu, selepas tiga hari pulang daripada membuat rawatan kemoterapi di China selama 10 hari.

Beliau disahkan menghidap penyakit tersebut sejak Mei tahun lalu selepas batuk mengeluarkan darah.

Susulan itu beliau menjalani pembedahan di The First People's Hospital Fu San, Beijing selepas menerima rawatan di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur selama tiga bulan.

Keadaan kesihatannya agak serius sebelum itu. Kepulangannya daripada menjalani rawatan di China tahun lepas disambut wakil-wakil rakyat dan penduduk Gua Musang.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Mac lalu beliau turut hadir. Bagaimanapun pada persidangan Jun lalu beliau mohon bercuti.

Allahyarham memenangi kerusi Galas dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum yang lalu dengan mengalahkan calon BN, Saufi Deraman.
Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN, Saufi yang mendapat 3,753 undi.
Galas adalah DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain DUN Nenggiri dan Paloh.

Sementara itu, di Rantau Panjang, Speaker DUN Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud, berkata beliau akan menulis surat kepada SPR sebaik menerima sijil kematian Allahyarham.
Tunggu sijil kematian

"Sebagaimana biasa laporan bertulis akan dibuat secepat mungkin sebaik menerima laporan kematian dari pihak keluarga atau pihak berwajib.

"Kita tunggu sijil kematian Allahyarham sebelum menulis surat kepada SPR bagi menyatakan kekosongan DUN Galas," katanya
Ini adalah kali ke-12 pilihan raya kecil terpaksa diadakan selepas pilihan raya umum 2008 berikutan kematian atau perletakan jawatan.

Sementara itu, jenazah Che Hashim sedang diuruskan di Masjid Jamek Kampung Baru, kata pembantu peribadinya Husin Embong.

Beberapa pemimpin tertinggi PAS dilihat menziarahi allahyarham di masjid itu, termasuk timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa, serta naib presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.
"Selepas selesai dimandi, dikafan dan disembahyangkan, kita akan terus bertolak bawa jenazah ke Gua Musang," kata Husin ketika dihubungi.

Beliau menjangka, mereka akan bertolak membawa jenazah ke kampung halamannya di Kampung Kerinting, Gua Musang menjelang jam 7 malam.

Tambahnya, pimpinan PAS negeri serta warga Gua Musang akan menunggu ketibaan jenazah di Masjid Tengu Faiz Petra dan akan terus disemadikan di perkuburan berhampiran.

Allahyarham meninggalkan dua balu - Che Bongsu Jusoh dan Aida Zahari - serta 12 orang anak, yang turut berada di masjid itu hari ini.


Sumber: Malaysiakini

30 Julai 2010

Doktor itu memusuhi penyakit atau pesakit?

Pertemuan dengan Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi memberikan sedikit sebanyak ilmu dari pengalaman dia berjuang. Apatah sebagai tokoh pemuda Islam di Malaysia. Beliau sekarang yang memimpin Pemuda PAS Malaysia tidak nampak sedikit pun seperti mahu putus asa berjuang.

Kesempatan kehadiran beliau ke Mesir, aku dan Gerakan Suara Rakyat mengambil kesempatan untuk mengadakan program bersamanya. Kebetulan kehadiran beliau bersama rombongan pemuda lain termasuk Ustaz Yusni Mat Piah, Ketua Pemuda Pulau Pinang.

Isu yang mesti menjadi persoalan ialah semestinya perpaduan UMNO-PAS yang sering dimainkan oleh media. Namun ada ungkapan yang aku kira baik yang dilontarkan oleh Ustaz Din iaitu "Doktor itu memusuhi penyakit bukan pesakit". Aku kira, dah lama aku tidak mendengar ungkapan, kiasan-kiasan begini, menarik sekali!.

Ya, sebagai seorang doktor yang setiap hari menerima kunjungan pesakit yang mahu mendapatkan rawatan semestinya berusaha merawat penyakit yang dihadapi pesakit tersebut! Bukanlah pesakit itu sendiri. Jika luka, akan dijahit, dibalut dan diberikan ubat yang sesuai kepada pesakit tersebut. "Eh pakcik ni busuklah! Kaki pakcik dah jahanam ni! pakcik baliklah!" bukan begini cara seorang doktor, malah seteruk mana penyakit seorang pesakit itu dia semestinya berusaha untuk merawatnya.

Begitulah, peranan yang perlu dimainkan bagi seorang pendakwah! Bagi yang menyertai Parti Islam SeMalaysia PAS semeetinya mereka faham, bahawa PAS merupakan gerakan dakwah, tarbiah dan politik! Iannya memainkan peranan sebagai doktor yang merawat pesakit tadi, iaitu merawat penyakit umat Islam sekarang. Bahkan lebih besar dari itu membawa kebaikan Islam untuk semua umat, tidak kita muslim atau non-muslim!



Tapi pada aku, UMNO ini nampaknya seumpama pesakit yang sudah nazak, bukan lagi pesakit yang mahukan rawatan. Bahkan 'doktor' pun sudah tidak boleh buat apa-apa, hanya menyerahkan kepada keluarga untuk menunggu saat-saat kematian. Sebelum sampai masa itu mati, baik kita ingatkan "UMNO" agar cepat bertaubat dan jangan lupa mengucap! 

21 Jun 2010

Militan: Kalimah yang dikambinghitamkan

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. (lihat sini)

1. Militan (bahasa Inggeris: militant) berasal daripada perkataan Latin "militare" yang bermaksud "untuk berkhidmat sebagai askar". 

2. Dalam konteks moden, militan digambarkan sebagai seseorang yang suka berkonfrontasi, tak kira melalui keganasan fizikal atau cara yang aman. Seorang militan boleh jadi terlibat dalam keganasan untuk berjuang apa yang dia percaya menentang penindasan.

Penggunaan dalam media massa

Media massa menggunakan istilah militan dalam konteks keganasan. Wartawan selalu menggunakan istilah militan kepada gerakan menggunakan taktik keganasan. Mereka juga menggunakan istilah kumpulan militan untuk organisasi pengganas.

Akhirnya manusia melayu bebas menafsirkan perkataan MILITAN itu. Dari Perdana Menteri, Ketua Polis Negara juga kepada mereka yang sekepala membawa rakyat Malaysia salah dalam menggunakan perkataan militan dengan maksud sebenar.


Lihat sini , sini


Militan ada gerakan lembut?

Aku tak pasti samada ada atau tidak pergerakan seperti ini. Ianya lemah lembut tidak menggunakan senjata tetapi militan.

Atau Malaysia sudah terbawa-bawa maksud militan yang digunakan Amerika?

Palapes, Kadet Polis, Kadet Tentera pelopor pengaruh militan di pusat pengajian?

Seperti mana kita tahu, PALAPES, Kadet Polis, Kadet Tentera merupakan kelab bagi pergerakan militan di Malaysia. Ini kerana mereka mempelajari selok belok berjuang ala militan. Mempelajari bagaimana menggunakan senjata dan sebagainya.

Semestinya unsur ganas tu ada pada setiap pergerakan militan. Ya! Ganas tu unsur utama dalam militan. Ada mereka boleh dikaitkan dengan pergerakan militan yang dimaksudkan oleh Ketua Polis Negara?

Dikira militan jika tidak sehaluan dengan UMNO

Pas menjadi sasaran utama jika mahu dikaitkan dengan hal militan. Dahulu cubaan ini dilakukan dan As Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan yang bersamanya menjadi sasaran. Ianya juga mahu mengaitkan dengan PAS.

Cubaan kedua, penangkapan Kumpulan Al Maunah. Kumpulan silat yang merompak senjata di kem askar yang didakwa mahu berjihad menentang Yang DiPertuan Agong dengan cara militan. Hal ini sekali lagi mahu mengaitkan dengan PAS.

Cuba ketiga, penangkapan besar-besaran mereka yang dikenali sebagai Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) dan kemudiannya bertukar kepada Kumpulan Militan Malaysia. Ramailah mereka yang pernah belajar di Pakistan, India dan Afghanistan di tahan dan dikenakan ISA, termasuk guru sekolah aku dahulu.

Tak dinafikan, mereka ini kebanyakan menyokong perjuangan PAS. Namun ingin mengaitkan mereka dengan pergerakan militan dan keganasan ianya agak keterlaluan. Apatahlagi jika tidak sebarang perbicaraan dilakukan bagi membuktikan pertuduhan tersebut. Hanya mahu menunjukan kepada Amerika yang Malaysia juga berjaya membanteras pengganas.

Kajian Erica Miller berkenaan dengan PAS dan beberapa kumpulan Islam di dunia.
(Boleh download di ruangan Kongsi Bersama di bawah blog ini)

Bukanlah nak katakan 100% kajian dia ni benar. Tapi kita boleh nilai sendiri.






07 Jun 2010

Kompleks PAS Impian Kita!

30 Jun lepas tercipta suatu lembaran sejarah baru buat Parti Islam Se-Malaysia (PAS) apabila majlis pecah tanah Kompleks PAS di Paya Indah Wetlands, Dengkil dirasmikan Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kompleks baru yang dianggarkan menelan belanja RM30 juta ini merupakan satu lagi mercu tanda yang menjadi titik tolak kesinambungan perjuangan Islam, yang dipelopori PAS sejak lebih setengah abad.

Kompleks yang bakal dibina, mengandungi Pejabat Agung PAS, Pusat Konvensyen, Kompleks kediaman dan perniagaan dan sebagainya.

Di majlis tersebut, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta sebahagian besar pemimpin tertinggi PAS Pusat, hadir sama menyaksikan majlis pecah tanah.

25 tahun lalu, di Lorong Haji Hassan, Jalan Batu Geliga, Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar didirikan. Pada ketika itu seluruh kawasan tersebut di kelilingi dengan kebun getah dan kebun buah-buahan.

Mantan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri yang pada ketika itu menjadi Setiausaha Agung PAS menjadi peneraju utama atau arkitek pembinaan Markaz Tarbiyyah.

PAS tidak mempunyai sumber kewangan. Maka setiap ahli dan penyokong PAS bertungkus lumus mengumpul dana dan membantu pembinaan secara gotong-royong, termasuk membuat jalan masuk ke Markaz Tarbiyyah.

Penulis masih ingat sewaktu PAS menganjurkan ceramah kali pertama di situ. Dalam suasana gelap gelita kepekatan malam, kami bersila di celah-celah kebun getah untuk mendengar ceramah.

Dari situlah antara detik-detik mula kemanisan perjuangan dalam PAS.

Kami mengutip derma pada setiap kali ceramah. Mengumpulkan dana bagi membantu pembinaan Markaz Tarbiyyah PAS sedikit demi sedikit.

Pembinaan Markaz Tarbiyyah dimulakan dengan membina sebuah pejabat dua tingkat, sebagai pusat operasi pentadbiran PAS Pusat. Bangunan dewan yang dinamakan Dewan Dato' Fadzil Noor dan perpustakaan Ustaz Yusuf Rawa dibina kemudian.

Dalam tempoh 25 tahun Markaz Tarbiyyah PAS Pusat begitu nostalgik dan amat besar jasanya kepada pembangunan serta perkaderan aktivis PAS.

Sejurus sebelum Pilihan Raya Umum 2008, PAS membuat satu anjakan baru. Pejabat Agung PAS dipindahkan pada penghujung 2007, ke bangunan baru di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Namun bangunan 7 tingkat itu tidak mampu menampung kepesatan operasi PAS.

PAS menubuhkan sebuah jawatankuasa bangunan yang diketuai Dato' Husam Musa. Beliau beserta beberapa orang AJK bertungkus lumus mencari dana, mencari lokasi dan menyediakan pelan pembangunan Kompleks PAS.

Alhamdulillah dengan kegigihan mereka dan keprihatinan seorang usahawan, PAS memperolehi tanah seluas 20 ekar di Paya Indah Wetlands.

Namun yang ada hanya tanah, dana untuk membina bangunan masih belum ada. Maka hari ini, penulis yang juga sebagai Pemeriksa Kira-Kira PAS Pusat menyeru semua ahli, pemimpin dan penyokong PAS, agar berjihad membantu PAS merealisasikan impian besar ini.

PAS memang tiada duit. PAS selama lebih setengah abad ini, hidup dan subur dengan infak fisabilillah. Kita harus kumpulkan wang sejumlah RM30 juta, jika boleh kita kumpulkan RM50 juta.

Tiada orang kaya atau usahawan yang harus kita harapkan. Saudara saudari, semua bertanggungjawab menghulurkan RM1, RM5, RM10, RM50 atau berapa yang termampu, secara tetap setiap bulan kepada PAS sehingga tertegaknya Kompleks PAS nanti.

Marilah sama-sama kita mencatatkan sejarah, memberitahu generasi akan datang, bahawa kita turut sama membantu membina sebuah kompleks yang bakal memartabatkan perjuangan Islam di Malaysia.

Ayuh kita kumpulkan RM30 juta sebagai saham akhirat yang kekal selamanya untuk kita!

Sumber: HarakahDaily

06 Jun 2010

UMNO parti keramat?

Lepas subuh tadi, entah kenapa tiba-tiba jari ni "gatal" klik ke web Kelab UMNO Kaherah. Mungkin dah boring buka HarakahDaily kot. Mata aku terus tertumpu dekat gambar dalam entry terbaru web Kelab UMNO Kaherah. Gambar lama yang dipaparkan nampak seperti mahu menceritakan sejarah penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau UMNO. Cuma menariknya web ini menyebut UMNO parti keramat. Aku terfikir sejenak, apa yang keramat? Tak tahulah mungkin ianya singkatan dari KERA PAKCIK MAT=KERAMAT. Atau dalam bahasa arabnya karomah?


Maksud KERAMAT dalam kamus dewan:

1. kemuliaan (iaitu anugerah Allah kpd hamba-Nya yg dikasihi);

2. suci dan berkat drpd kemuliaan seseorang sehingga menyebabkan doanya diperkenankan Allah (spt penyembuhan penyakit dan perlindungan Allah): makam Habib Noh di Singapura diziarahi orang kerana dianggap makam yg ~;

3. tempat atau sesuatu yg suci dan (diper­cayai) dapat mendatangkan hikmat: banyak orang yg pergi ke ~ utk meminta sesuatu dan bernazar; minta ~ minta berkat (restu) dr tempat yg keramat;

4. orang yg sangat warak, orang yg benar-benar soleh: jikalau sungguh mati Chau Pandan, sungguhlah tuan ~; ~ hidup orang yg berperangai baik, ikhlas, dan jujur serta tidak suka melakukan sesuatu yg menyakiti hati orang; mengkeramatkan menjadikan (mengang­gap) spt keramat, meletakkan pd kedudukan yg amat disanjung; kekeramatan sifat keramat, kesucian dan keberkatan: Pawang Kri masih percaya kpd ~ manteranya utk menewaskan buaya.

Dari empat definisi yang diberikan kamus dewan edisi keempat ini. Aku tak tahu UMNO ni bagaimana yang dimaksudkan oleh Kelab UMNO Kaherah. Cuma aku tak boleh nafikan ke"keramat"an UMNO ni. 50 tahun orang melayu ni anggap UMNO ni segalanya, tiada UMNO, tiada rezeki, tiada kerja, tiada tempat tinggal, tak pangkah UMNO hidup susah, nak senang pangkah UMNO, nak kerja pangkah UMNO, nak main JUDI pun UMNO bberi lesen. Boleh jadi la, mungkin ni yang dimaksudkan KERAmat oleh Kelab UMNO Kaherah kepada partinya.

15 Mei 2010

Mukhriz akui BN tak bermaruah!

Barisan Nasional (BN) ada cara sendiri untuk mengambil kembali negeri yang dikuasai parti pembangkang, bukan dengan memujuk wakil rakyat lompat parti menyertai BN, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, BN akan memastikan setiap tindakan yang dilakukan sebelum mengambil semula negeri dikuasai pembangkang mendapat sokongan rakyat.

"Cara ini lebih bermaruah dan yang penting kita mendapat sokongan penuh dan mengembalikan keyakinan rakyat, cara lompat-lompat mungkin boleh ambil negeri tapi belum tentu dapat sokongan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas kemelut dalam parti pakatan Pas-Parti Keadilan Rakyat (PKR)-DAP dan cakap-cakap politik kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dibubarkan.

Sumber: Malaysiakini


Nampaknya pimpinan UMNO sendiri telah mengakui apa yang telah dilakukan oleh BN di Perak sebelum ini adalah tidak bermaruah!

11 Mei 2010

JPMK pun UMNO guna!

Polemik menggunakan masjid untuk politik kepartian bergema lagi. Hingar bingar ini kadang-kadang meletup dan kadang-kadang hilang dibawa angin. Ianya tengok keadaan UMNO. Kadang-kadang arak dan judi itu haram bagi UMNO tetapi adakalanya ianya halal. Sebab itu aku tidak rasa apa bila UMNO bising-bising jangan guna masjid untuk kepentingan politik. Memang sesiapa di kalangan manusia yang mengUMNOkan dirinya akan berkata demikian.

Bagi aku baik kita persetankan sahaja ungkapan ini. Kerana ianya digunakan UMNO juga! Malah bukan di masjid tetapi hingga ke Mesir ni! Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) menjalankan kerja-kerja cawangan UMNO di Malaysia. Malah KELAB UMNO KAHERAH seperti anak emas JPMK, sehinggakan pegawainya turun padang membantu mengemas dan mengecat pejabat UMNO Kaherah. Ini kerja-kerja UMNO di JPMK!

Kemudian Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA). Sebuah jabatan yang terang-terang menjalankan modus operandi UMNO kepada mahasiswa. Baru-baru ini mereka datang membuat penerangan berkenaan dengan 1Malaysia, kes liwat dan sebagainya. Tetapi buku yang diedarkan berlambangkan jata negara tertulis nasihat "SELAMAT BERJUANG UMNO!". Aku tak kesah sangat kalau nak sampaikan 1Malaysia tu. Itu hak kerajaan untuk menerangkan kepada rakyat berkenaan dengan gagasan perdana menteri kita. Tetapi bila UMNO sewenang-wenangnya menggunakan jabatan kerajaan untuk berkempen ini sudah melampaui batas. Bukan semua rakyat ahli UMNO dan semestinya rakyat yang bukan UMNO ini juga membayar cukai untuk kepentingan kerajaan. Tetapi bila UMNO sudah tak malu begini, ianya sudah melampaui batas.

Begitu juga dengan sekolah! Banyak sekolah-sekolah hal milik kerajaan banyak buat program UMNO, dan kadang-kadang menggunakan dewan sekolah untuk menjalan mesyurat agung tahunan mereka. Miskinnya UMNO sampai tiada bangunan sendiri untuk buat mesyuarat! Nampaknya PAS Kawasan aku lebih berduit apabila mampu sewa dewan hotel untuk menjalankan mesyuarat agung tahunan!

Jadi, UMNO jangan buat-buat terperanjatlah bila rakyat mula guna masjid untuk berpolitik! Sultan pun janganlah butakan mata sahaja bila UMNO melakukan segalanya! Rakyat pula jangan terperanjat bila UMNO buat kenyataan jangan gunakan masjid untuk berpolitik. Ini kerana sememangnya UMNO sudah lama memisahkan agama dengan politik! Tidak hairan bila masjid cuba untuk dijauhkan dengan politik. Bukan susah sangat nak faham laras bahasa UMNO ni!

Padahal, kalau kita baca sirah Nabi SAW, punya rapat umat ni dengan masjid. Semua aktiviti umat dimulakan di masjid. Nampak masjid ini diimarahkan dengan fikrah dan amal yang satu! Bukan fikrah dan amal yang berasingan! Bahkan cacamarba dibuat UMNO!

Tak tahulah aku kalau-kalau ada orang UMNO dapat wahyu, soal-soal politik tak ditanya Allah di padang mahsyar kelak! Wallahua'lam

08 Mei 2010

Bala Piala Dunia 2010

Piala dunia 2010 bakal berlangsung tahun ini. Seluruh dunia bagai nak gila sambut piala dunia. Apatahlagi ianya bakal dibuat di Afrika Selatan yang rata-rata mereka yang duduk di benua afrika ini gila bola termasuk sebahagian besar rakyat Mesir.

Baguslah, main bola keluar peluh tubuh sihat. Buat pertandingan supaya timbulkan rasa ukhuwah dan persaudaraan antara pasukan yang bertanding. Jika lihat dari sudut ekonomi ia bakal membantu ekonomi tuan rumah pertandingan, kerana seluruh dunia tertumpu ke negeranya sahaja.

Tapi ada negara yang seluruh rakyatnya baru 25 juta. Umat Islam lingkungan 60% dan ditadbir oleh mereka yang beragama Islam. Sultan dan raja di seluruh negerinya menganut agama Islam. Malah ada Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam setiap negeri. Eh, Universiti Islam Antarabangsa pun ada! Radio Islam pun ada, hari-hari dengar nasyid dan ceramah! Sekolah Islam pun banyak. Pondok mengaji agama pun boleh tahan. Masjid apatahlagi, cantik dihias macam-macam walaupun makmum hanya setengah saf. Negara ini timbang nak luluskan lesen judi bola sempena meraikan Piala Dunia yang bakal dilangsungkan nun di Afrika Selatan.

Ini agaknya bala bila Parti Dacing mengemudi pemerintahan negara. Semuanya nak buat pertimbangan, hinggakan hal yang sah-sah haram pun ada nak timbang-timbang! Haram ke halal? Kalau bagi lesen jadi "halam" agaknya.

Teringat semasa kempen pilihanraya Hulu Selangor, punya kesian calon parti pembangkang juga bekas ahli Parti Dacing dibantai cukup-cukup kerana dikatakan kaki botol. "Minum arak ini haram, calon parti lawan kaki botol, jangan undi dia" galak berkempen sana sini. Sampai kawan tu insaf pun tak pedulinya. Tup-tup nak timbang-timbang luluskan lesen judi bola. Agaknya tak cukup dengan lesen judi di bukit Genting tu agaknya. Sport Toto-nya lain yang kadang-kadang ada makcik beragama Islam yang turut sama menikam nombor. Kesian bukit Genting tu, ikutkan hati bukit Genting tu, nak sahaja dia meruntuhkan dirinya.

"Hayya! Wa punya laki, talak balik lumah! Balik-balik sula mabok woo! Dia pukui sama gua! Dia pukui sama anak! Wa talak tahanlah! Ini kilajaan mahu bagi lesen judi bola lagi! Habislah wa!" luah nyonya kepada wakil rakyat kawasannya.

Bala piala Dunia 2010 akan datang tak tahulah agaknya apa. Asyik mahon murka Allah sahaja negara bertuankan Dacing ni.

Ya Allah selamatkanlah kami jika Engkau mahu turunkan bala nanti! Kami sudah nasihat dan tegur kerajaan Dacing ini. Tetapi mereka enggan juga!

Sumber: Malaysiakini

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai