"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


27 April 2010

Dr Jamil, Khairi, Zul dan Kamal sokong pembangkang?

Sebelum ini aku ada tulis berkenaan dengan apa itu pembangkang dan pemerintah, terutama dari sudut sistem demokrasi yang wujud. Tetapi apa yang berlaku hari ini di Mesir tidak menunjukkan demokrasi itu tidak berjalan dengan baik. Kenapa? Sebab demokrasi ini ciptaan manusia, undang-undang di dalamnya tidak maksum dan banyak cacat celanya. Bahkan ianya boleh dipersetankan begitu sahaja bagi penggemar demkrasi.

Aku mengaji bidang undang-undang Islam yang mana dalam bidang ini banyak sekali
pandangan-pandangan berbeza dari kalangan ulama-ulama Islam ulung. Tetapi aku tidak melihat ianya satu perbalahan apatah lagi mazhab ini menafikan pandangan mazhab lain. Kesemuanya ada hujah yang dibentangkan dengan baik dari sumber yang sama iaitu Al Quran dan Sunnah Nabi SAW.
Gambar 1: Dr Jamil dengan bangga mengecat bilik gerakan Kelab UMNO Kaherah.

Baik, melihat dari aspek kepelbagaian pandangan ini semestinya kita selaku orang yang memerhati tidak dapat tidak membuat pertimbangan dengan neraca yang baik. Ini dinamakan muazanat. Pertimbangan ini yang kadang-kadang jika kita tidak lihat dari kacamata syarak menjadikan kita tergelincir dalam memilih atau menerima sesuatu pandangan. Namun hal ini tetapi terjadi! Samada mereka ini datang dari pengajian Islam dan pengajian profesional yang lain mereka ini kadang-kadang jadi penggemar kepada pandangan salah.

Lihat dengan suasana mahasiswa di Mesir. Keadaan mereka yang duduk di KBMK dan JPMK "kadang-kadang" mempersetankan sahaja nilai demokrasi itu. Malah mungkin apa yang difahami mereka ialah "DEMOKRASI ITU IALAH UMNO MEMERINTAH MALAYSIA", UMNO ialah KBMK dan JPMK, pandangan lain selain UMNO dianggap terbatal walaupun datang dari rakyat Malaysia. Tetapi kalau kita lihat realiti yang berlaku sekarang ialah tidak sama. Kelantan sudah sampai 20 tahun PAS memerintah, manakala UMNO sudah lebih 50 tahun memerintah Malaysia. Sifirnya UMNO pemerintah bagi kerajaan persekutuan dan PAS ialah pemerintah bagi Negeri Kelantan. Manakala UMNO PEMBANGKANG di negeri Kelantan dan PAS PEMBANGKANG bagi peringkat persekutuan.


Aku berulang kali menyatakan hal ini dalam blog. Malah semasa bertemu bekas MB Selangor Muhammad Taib, dan pihak Dr Jamil dan En Zul sendiri aku menyatakan hal yang sama. Tetapi hal mempersetankan demokrasi ini tetap dilakukan. Malah hubungan diplomasi dan kebajikan antara JPMK dan mahasiswa ini semakin lama semakin membarah dek kerana dua tiga orang yang duduk di JPMK tidak menjalankan tugas dengan baik, apatah lagi dengan PMRAM.

Isu Kutub Sittah merupakan permulaan perseteruan mereka dengan PMRAM hingga kini. Malah semasa kedatangan MB Johor ke Mesir tempohari mereka bersama Kelab UMNO membuat laporan yang entah dari mana kesahihan kajian mereka menjadikan MB memberi kata dua kepada Pegawai Kebajikan Pelajar Johor, dan ada exco kerajaan negeri yang bertanyakan siapakah pelajar-pelajar yang menyokong pembangkang? sementara meminta laporan kegiatan politik para pelajar di sini. Tersentak sekejap pegawai Johor. Baru nampak agaknya siapa mereka yang dinamakan pegawai-pegawai JPMK. Membuat masalah pula kepada BKPJM yang berdaftar dengan KBMK dengan merobek hunbungan BKAN dan kerajaan negeri.
Gambar 2: Encik Kamal, Encik Jamil dan Encik Khairi dipejabat Kelab UMNO!

Adakah kerana mereka yang menyokong pembangkang layak dinafikan hak mereka sebagai rakyat Malaysia di Mesir? Jika begitu nilainya? Apa perlunya wujud sistem demkrasi ini? Buat apa diluluskan pendaftaran parti-parti politik? Kan untung besar jika UMNO sahaja yang boleh berdaftar sebagai parti politik.


Cerita ARMA. Sebelum ini nak dihalau budak-budak ARMA. Kemudian tak jadi. Sekarang ini ahli PMRAM dan KPKM pula dilarang duduk ARMA. Ini kerana dua-dua pertubuhan ini merupakan pertubuhan haram tidak berdaftar dengan KBMK. Apatah lagi ada undang-undang baru yang menekan kewangan penghuni ARMA. Menempelak pula pelajar-pelajar miskin di sana. Tersentak mereka ini! Baru terperasan jiwa dan sanubari "baik" yang ada dalam hati pegawai-pegawai JPMK. Mulai hari ini aku menyeru JKP DMAK buat tindakan susulan! Demokrasi kamu dicabul! Kebajikan kamu dicabul! Kamu semua ada maruah!

Aduh! Melayu ni bila agaknya nak berubah? Bila dah terhantuk baru nak bertindak kah? Yang duduk di KBMK dan JPMK semuanya macam melayu. Sedarlah! yang membuat masalah kepada kamu di sini merupakan mereka yang selalu laungkan HIDUP MELAYU!

23 April 2010

Kalau taknak iktiraf PMRAM, iktiraflah kami ni rakyat Malaysia!

Khairi Jalalluddin - Pegawai JPMK

Ustaz Dzulhilmi Roslan - Pengerusi DPM Tanta

Menurut status KJ di halaman Facebooknya sekitar jam 12:00 tengahari semalam (21 April 2010), tertulis “ada ke pelajar al-azhar mengaku jd wakil kedutaan di tanta. bila masa kedutaan bagi surat pelantikan?..pelik".
Persoalannya, siapa yang mengaku jadi wakil kedutaan? Kenapa pegawai ini tidak profesional dalam membuat sesuatu tindakan? Buatlah siasatan terlebih dahulu. Jangan tuduh melulu.

18 April 2010 (sekitar jam 3:00 petang)

Wakil Amnu Daulah (Pihak Keselamatan Mesir) telah menghubungi Pengerusi sebanyak 8 kali. Ketika itu Pengerusi berada dalam kuliah dan saya sendiri bersama dengan beliau. Sejurus habis kuliah, Pengerusi terus menghubungi wakil Amnu Daulah tersebut lalu diberitahu bahawa ada wakil Safarah (kedutaan) akan datang ke Tanta dan telah pun menempah Hotel ‘Arafah berdekatan Mahattah (Stesen Keretapi) Tanta. Kami seterusnya bergerak ke hotel berkenaan untuk mendapatkan kepastian. Sesampainya di hotel, kami bertanya kepada pihak hotel lalu dimaklumkan kebenaran akan berita yang disampaikan oleh wakil Amnu Daulah tersebut.

Pengerusi terus menghubungi nombor pihak Safarah yang tercatat dalam buku hotel tersebut. Lalu Puan Salwa (salah seorang pegawai JPMK) menjawab dan mengesahkan bahawa mereka akan datang ke Tanta untuk berurusan dengan pelajar pengajian Islam dan Perubatan pada keesokan harinya (19 April 2010) pada jam 8:30 pagi.

Selang beberapa minit, wakil Amnu Daulah sampai di hotel berkenaan lalu bertanyakan kepada Pengerusi kenapa tidak memaklumkan kepadanya mengenai kehadiran pihak Safarah ke Tanta. Wakil Amnu Daulah telah memarahi Pengerusi kerana tidak memaklumkan perkara tersebut kepadanya. Pengerusi menjelaskan bahawa beliau tidak mendapat apa-apa maklumat daripada pihak Safarah untuk menafikan kesalahan tersebut berpunca daripadanya. Pengerusi meminta Puan Salwa bercakap sendiri dengan wakil Amnu Daulah dalam telefon dan memohon maaf atas perkara tersebut. Rentetan daripada itu, KJ juga ada menghubungi Pengerusi dan memaklumkan bahawa beliau hendak bertemu dengan Pengerusi sekitar jam 8:30 pagi esok (19/4/2010).

Persoalannya, adakah terlalu sukar bagi mereka menghubungi Pengerusi DPMT untuk memaklumkan kehadiran mereka ke Tanta? Jika kedatangan mereka untuk berurusan dengan pelajar, semestinya perkara tersebut perlu ada dalam makluman Amnu Daulah. Pengerusi DPMT adalah ketua pelajar Malaysia di Tanta yang berada di bawah naungan PMRAM dan berdaftar di bawah Kementerian Kemasyarakatan Mesir. Jika Pengerusi Perubatan boleh dihubungi, kenapa tidak kepada Pengerusi DPMT?


19 April 2010 (sekitar jam 8:30 pagi)

Pengerusi DPMT telah bergerak ke Hotel ‘Arafah untuk bertemu dengan KJ. Pertemuan tersebut berlaku di tingkat tujuh. Setelah berbincang dan pengerusi telah menjelaskan perkara yang sebenar, KJ mendakwa Pengerusi atas satu kesalahan yang besar iaitu:

Pengerusi menggunakan nama Safarah seolah-olah beliau (Pengerusi DPMT) adalah wakil Safarah ketika berurusan dengan Amnu Daulah di Tanta.

Ini merupakan tuduhan yang tidak bertanggungjawab dan tidak berasas. Di manakah buktinya? Ini adalah prosedur biasa di peringkat Amnu Daulah. Pegawai-pegawai sebelum ini pun tiada masalah dengan prosedur tersebut. Mungkin KJ orang baru di Mesir. Sepatutnya perlu belajar dan bertanya kepada yang lebih tahu, bukan membuat tuduhan yang melulu dan tidak matang. Pelajar-pelajar yang hendak membuat urusan di Safarah pun ada peraturan, pelajar pergi ke Safarah pun kena ikut peraturan. Jadi, kenapa KJ datang ke sini tidak mahu mengikut prosedur? Berurusan dengan orang yang banyak alasan sudah tentu kita akan menjadi BOSAN!!!

Pada bulan Februari 2010, rombongan daripada Malaysia (JASA) hadir ke Tanta untuk kempen 1MALAYSIA dan program tersebut di buat di markaz PMRAM Cawangan Tanta. Kami ahli-ahli Tanta menyambut baik walaupun pihak Safarah berbohong ketika menghubungi Pengerusi DPMT. Mereka menyatakan bahawa telah pun memaklumkan kepada Presiden PMRAM (Ustaz Abdul Muiz Muhammad), tetapi apabila Pengerusi menghubungi Presiden, Presiden menyatakan tiada mendapat sebarang maklumat tentang program 1MALAYSIA tersebut.

Dalam situasi ini pula, tuduhan KJ seolah-olah menggambarkan Pengerusi mengaku menjadi wakil Safarah untuk ambil tahu tentang kehadiran tersebut sepatutnya tidak timbul. Siapa yang mengaku jadi wakil Safarah? Pengerusi pun tidak tahu apa-apa jika tidak dimaklumkan oleh wakil Amnu Daulah. Wakil Amnu Daulah dapat maklumat tersebut pun daripada pihak hotel. Jadi, kenapa KJ nak berang kepada Pengerusi DPMT? Kenapa sampai menulis status di Facebook? Bila menulis di Facebook semua orang boleh membaca (macam budak-budak daaa). Kenapa nak ugut dengan menyatakan bahawa Pengerusi telah melakukan kesalahan yang besar? Kenapa mahu dibawa perkara tersebut kepada Encik Saiful (Pemangku Duta Malaysia Kaherah).

Jadi, kami ahli-ahli Tanta mendesak supaya KJ memohon maaf secara terbuka kepada Pengerusi serta ahli DPMT di atas tuduhan yang tidak bertanggungjawab tersebut. Tulisan KJ di Facebook menyebabkan semua orang dapat membacanya lantas menyebarkan fitnah. Ini soal maruah dan jangan pandang perkara ini sebagai perkara yang kecil! Diharapkan agar perkara tersebut tidak berlaku di muhafazah lain.
Sekian, wassalam.

Oleh: Mohamad Zuhdi Mat Piah


Sumber: eDPMT




19 April 2010

Memang tak nak jadi pembangkang!

Sempena kedatangan DYMM Sultan Johor di Mesir untuk merasmikan Asrama Baru pelajar Johor di sini. Bermacam-macam cerita panas. Cerita yang membuatkan semakin panas di musim panas ni. Aku salah seorang rakyat Johor yang tidak menghadiri program tersebut. Tiada sebarang spekulasi kenapa aku tak datang. Walaupun banyak cerita yang aku dengar yang mengatakan aku merajuk. Aku pun sengehlah. Merajuk apa sebab pun tak tahu. Yang sebenarnya memang malas nak datang. Apatah lagi nak menghadap muka-muka yang aku sendiri tiada daya untuk melihatnya.

Ada cerita Nadi UMNO jumpa Menteri Besar Johor. Bagi keputusan kaji selidik mereka kepada MB. Mengatakan 90% pelajar Johor di Mesir menyokong pembangkang! Apatahlagi, teks ucapan Tuanku Sultan pun ada iras-iras macam ucapan ketua cawangan UMNO. Nampak dah Sultan digunakan UMNO Johor. Mungkin tak perasan apa yang tertulis agaknya. Tuanku menasihatkan supaya pelajar-pelajar di sini jangan jadi pembangkang kepada kerajaan yang ada sekarang. Banyak sumbangan kerajaan dah beri sekarang ni.

Aku macam tak percaya. Terutama culaan Nadi UMNO Mesir kepada MB tu. Aku rasa macam aku seorang sahaja yang sokong pembangkang tapi tak tahulah Ustaz Faizal Sabhon bagaimana ya. Macamana boleh datang 90%? Hebat mereka ni buat kajian. Aku dengar berita ini dari kawan-kawan. Aku jawab, memang tak nak jadi pembangkang. Nak jadi pemerintah pula, lama sangat pegang title pembangkang ni.

Cerita pembangkang-pemerintah ni cerita basi zaman kuno demokrasi. Bahkan ianya merupakan satu hal yang fitrah kejadian manusia, juga fitrah dari fahaman Islam yang soheh yang tidak menerima idelogi lain selain Islam. Apa nak pelik ada pembangkang dan ada yang menyokong pembangkang? Itu fitrah. Aku lebih pelik kalau pemerintah kena tipu dengan budak-budak hingusan UMNO. Dahlah berhingus meleleh-leleh tak mahu lap pula. MB pun kena tipu dengan budak-budak UMNO ni. Pelik-pelik.

Kemudian, ada pula kes baru aku dengar. Pegawai kedutaan atau JPMK atau yang seumpananya menghalau Presiden PMRAM Ustaz Shahrizan dan Presiden PERUBATAN dari meja yang mereka duduk bersama. Kepala otak aku panas. Hati aku mendidih bila puak-puak ni buat hal yang langsung tidak profesional. Satu lagi bukannya majlis mereka yang buat hal kepada tetamu lain. Presiden PMRAM diundang sebagai tetamu jemputan VIP. Bukannya budak sekolah rendah yang senang-senang diherdik. Kurang ajar betul! Aku tak tahu siapa yang cakap macam tu, tapi ni laporan dari AJK yang terlibat dalam dewan. Terpaksalah mereka berdua ni beralih ke meja lain bersama tetamu wanita lain. Orang macamni nak kita harapkan selesaikan masalah pelajar? Jangan mimpilah!

Program terdekat ni! Jangan lupa!

Klik gambar untuk lebih jelas

17 April 2010

Kualiti ahli parlimen PAS.

Selama aku berada dalam gerakan Islam PAS, antara perkara penting yang aku amat perhatikan ialah kualiti ahli parlimen PAS. Ini kerana secara public rakyat menilai bagaimana seseorang ahli parlimen berperanan. Benar, tugas ahli parlimen bukan hanya perlu cemerlang di dewan rakyat, bahkan di lapangan lain juga perlu cemerlang. Tetapi dengan title “Yang Berhormat Ahli Parlimen” menunjukan bahawa kualiti mereka diperhatikan setiap kali mereka melangkah ke bangunan parlimen.

Sebagai ahli gerakan Islam, isu kualiti menjadi titik tolak yang penting bahkan ianya teramat penting apabila melibatkan kualiti akhlaq. Ini kerana manusia secara fitrah menerima dakwah Islam melalui akhlak yang ditunjukkan. Bahkan ianya terbukti sejak kebangkitan Nabi Muhammad SAW lagi. Melalui akhlak Baginda, Saidatina Khadijah tertawan. Bahkan Baginda SAW terkenal dengan gelaran Al Amin. Dengan akhlak yang ditunjukan oleh Saidina Ali juga, menjadi sebab seorang Yahudi memeluk Islam.

Berbalik hal ahli parlimen yang berlatar belakangkan gerakan Islam, aku mengharapkan satu kesan yang maksima sebenarnya. Ini bukan sahaja hujjah-hujjah yang diberikan. Tetapi dalam masa yang sama akhlak yang ditunjukan juga diharapkan maksima. Tahap penggunaan bahasa, laras bahasa yang digunakan, gaya tubuh, semuanya menunjukkan akhlak seseorang. Ahli parlimen PAS sewajibnya menunjukkan kualiti yang tinggi dengan tahap tarbiyah yang diperolehi. Bahkan ianya tidak cukup dengan hanya teori.

Sikap mentertawakan orang lain, membuat lawak, suka berseloroh, suka menyampuk ini tidak menunjukkan sikap yang matang sebagai ahli Harakah Islamiah. Bukanlah menuntut satu tahap yang sempurna (jika boleh sempurna Alhamdulillah), tapi janganlah sampai hingga ke tahap dalam perkara yang remeh pun tidak boleh dipelihara. Akhlak ini seharusnya menunjukan satu perbezaan ketara di antara ahli parlimen PAS dan lain-lain ahli parlimen.

Pernah aku suarakan hal ini dalam entry sebelum ini. Walaupun aku bukanlah ahli yang perfect dalam mengenengahkan hal ini. Tapi ini merupakan kesedaran yang termampu aku bawakan. Ini kerana mereka yang rata-rata menjadi ahli parlimen bukanlah orang sembarangan. Mereka antaranya pimpinan yang menunjukan contoh tauladan kepada ahli gerakan Islam yang lain. Bahkan mereka menjadi harapan bagi jemaah mungkin yang tidak menjadikan platform parlimen sebagai menyampaikan medium utama mereka.

Bagi aku pihak jemaah PAS sendiri boleh melakukan muhasabah setiap kali sebelum dan selepas seidang dewan berlangsung. Ingatlah bahawa kemenangan yang diberikan Allah ini bukanlah hasil titik peluh kita sebagai orang pertama dan bukan darah terakhir orang yang mengakhirkannya.

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai