"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


25 Jun 2009

Hisbah The Movie

Sekarang ni musim panas. Masing-masing panas semacam. Tapi tak kurang juga yang amik kesempatan 'memanaskan' diri mereka dengan bercouple. Ni ada movie sempoi dari student-student medic. Yang terasa pedas dia makan lada la kot.. huhu





24 Jun 2009

Argh! Blog kena block!

Aku dikejutkan dengan panggilan Ustaz Muin Pengarah Minipavilion tempohari.

"Assalamulaikum Ustaz Akhmal, exam dah habis kan?" tanya Ustaz Muin.

"Alaikumsalam, alhamdulillah habis dah.." aku balas.

"Ni.. blog minipavilion tak boleh bukak, camna?" Ustaz Muin habaq kat aku.

"Err.. ye ke? Sat ana bukak" balas aku. "ha'ah laa" aku mengiyakan kata ustaz muin tadi.


"Camna nih? Abislah, semua tak boleh nak back-up balik" Ustaz Muin jelaskan kerisauan dia.

"Kena hacked ka?" tanya Ustaz Muin.

"Tak tahulah, nanti ana tengok lagu mana. Sebab kalau kalau hacked bukan lagu nih selalunya, ni pihak google sendiri block" aku jelaskan.

"Haaa.. mungkin isi kandungan blog kita ni ada orang
report kat google kot. Blog kita kan pasal Palestin. Google kan yahudi punya." aku buat andaian.

"Laa, ya ka?" Ustaz Muin dengan loghat utaranya.

"Takpa lah, bagi ana masa 3 hari. Nanti ana bagitau semula" aku bagi keyakinan.

"Ana nak teriak dah nih" jelas perasaan Ustaz Muin.

"Ok-ok, nanti ana check lagu mana" aku jelaskan lagi.

Aku jumpa Ustaz Zaki untuk mendapatkan pertolongan. Sebab Ustaz Zaki boleh katakan "orang kuat google". Boleh kata semua hal google menggoogle ni, serah pada dia lah.

"Zaki, aku nak minta tolong ko nih" jelas aku.

"haa, apa dia?" tanya Ustaz Zaki.

"ni, blog minipavilion. Kena blog dengan google. Macamana nak buat?"

Aku tunjukkan Ustaz Zaki apa yang muncul di skrin komputer jika kita layari blog minipavilion. Kemudian dia bacalah aa yang mucul tu.

"hmm, kena check emel. Google mesti ada bagitahu. Lepas tu boleh minta penjelasan dari dia. Lepas tu clear-kan blog. Apa-apa hal cek emel dulu"

Lepas tu, aku balik rumah. Macam biasa aku buat macam Ustaz Zaki suruh. Aku cek emel, tiada satu pun dari google atau blogger pasal blog minipavilion kena block. Aku try hantar emel kat pihak google. Tapi tak balas. Letih.

Aku dipertanggungjawabkan oleh pihak Komuniti Minipavilion untuk reka blog khusus. Blog minipavilion ini semuanya berkisarkan tentang Palestin. Berita-berita yang up to date yang diterjemah. Dari banyak agensi berita antarabangsa terutama Al Jazeera.

Pihak pengurusan minipavilion kecewa dengan apa yang berlaku. Hingga kini aku selaku yang dipertangungjawabkan atas blog tersebut masih buntu untuk menyelesaikan masalah ini. Dengan pengikut yang ramai dari seluruh benua yang mahu mengikuti perkembangan Palestin, akhirnya blog ini di-block. Ribuan pengunjung mungkin kecewa.

Atas rasa tanggungjawab pihak minipavilion membuka blog sementara di alamat http://map2street.blogspot.com/.

22 Jun 2009

Kesejahteraan Hati





Imam Hassan Al Banna berkata dalam rukun bai'ah yang kesembilan:

Aku maksudkan dengan
ukhuwwah ialah:

"Hati dan jiwa ditautkan dengan akidah. Akidah adalah ikatan yang paling kuat dan paling berharga. Ukhuwwah adalah saudara bagi iman. Perpecahan yang saudara bagi kekufuran. Kekuatan yang paling ampuh ialah kekuatan kesatuan. Tiada kesatuan tanpa kasih sayang. Kesejahteraan yang paling renda ialah
kesejahteraan hati (terhadap saudara seIslam) dan yang paling tinggi ialah ithar (mengutamakan orang lain dari diri sendiri)."

Firman Allah SWT:
"Dan sesiapa yang dipelihara oleh Allah daripada kebakhilan dirinya, mereka itulahorang0orang yang beruntung" Ayat 9, Surah Al Hasyr

Saudara Islam sebenar, memandang saudaranya adalah lebih utama dari dirinya sendiri, kerana jika ia tidak bersama mereka nescaya dia tidak akan bersama dengan orang lain manakala jika mereka tidak bersamanya, mereka akan bersama orang lain. Sesungguhnya serigala itu memakan kambing yang terpisah jauh. Seorang mukmin dengan mukmin yang lain ibarat sebuah bangunan yang saling menguat antara satu sama lain.

Firman Allah SWT:
"Orang mukmin itu (lelaki dan perempuan) sebahagiannya menolong sebahagian yang lain"

Beginilah yang sepatutnya

18 Jun 2009

10 Ahli Parlimen PAS buat kejutan beruk?

Angkatan Perpaduan Ummah (APU) merupakan satu ijtihad. Kemudian, lahir GERAK sebelum lahirnya Barisan Alternatif juga satu ijtihad. Sekarang Pakatan Rakyat juga merupakan ijtihad. Ijtihad-ijtihad ini merupakan satu pandangan berdasarkan dalil-dalil dari 'mujtahid'. Mujtahid mempunyai alasan-alasan.

Ijtihad juga tidak boleh membatalkan ijtihad lain. Kerajaan Perpaduan dan ertikata kerajaan tanpa pembangkang merupakan satu ijtihad, oklah bukan ijtihad tapi lontaran idea untuk sama-sama munaqasyah, ianya boleh jadi betul boleh jadi salah. Jika betul dapat dua pahala, jika salah dapat satu pahala. Mujtahid tidak boleh memaksa orang lain mengikut ijtihasnya, juga orang lain tidak boleh memaksa orang lain menolak ijtihad dari mujtahid. Mujtahid juga tidak boleh memaksa orang lain menolak ijtihad mujtahid lain.

Hari ini, kita lihat ada berlaku kecelaruan. Tok Guru Nik Abdul Aziz menyatakan dengan keras terhadap Timbalan Presiden PAS yang menyambut baik respon dari Najib Tun Razak berkenaan dengan idea kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden Tok Guru Hj Abdul. dari segi akhlak mujtahid, nampaknya Tok Guru Nik Abdul Aziz tidak mempamirkan satu sikap yang baik yang boleh dicontohi oleh ahli bawahan. Mereka (ahli bwahan) disuap awal dengan usul 20 Hassan Al Banna antaranya dalam masalah khilaf. Usul 20 ini rata-rata gerakan Islam mengguna pakai ia sebagai satu kertas disiplin dalam merekrut ahli-ahlinya. Silibus yang wajib dihadamkan, bukan calang-calang punya usul ni. Ianya terpakai hingga kini sejak kebangkitan Ikhwan Muslimin di Mesir selepas kejatuhan khilafah Uthmaniah. Kiralah berapa lama?

Aku pernah berbual dengan salah seorang AJK Pas Pusat. Dia pernah kata kepada aku "orang-orang PAS ni suka naikkan orang yang pelik-pelik sebagai pimpinan". Aku faham, apa yang dimaksudkan dengan "pelik" dalam kepala beliau. Aku senyumkan.

Kecoh sekejap di Parlimen dengan aksi Nizar dan sebilangan ahli parlimen DAP. Aku pun terkejut, tapi sebagai orang yang pernah mengetuai negeri Perak. Semestinya tindakan beliau merupakan satu menifestasi dari apa yang berlaku di Perak. Pelik tak pelik, dia dah buat.

Kemudian 10 ahli parlimen PAS pula buat kejutan beruk. Dikatakan dalam Malaysiakini dan Harakahdaily mereka membuat kenyataan:


Mereka mengisytiharkan beramai-ramai menolak idea kerajaan perpaduan dan sekali gus memberi mandat kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk menangani isu tersebut yang sedang menggelegak dalam parti itu.

Dalam kenyataan ringkas tiga perenggan, mereka sebulat suara menegaskan bahawa idea kerajaan perpaduan seperti disarankan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang "tidak pernah merupakan agenda PAS."
Dalam hal ini aku sangat tak setuju tindakan bodoh dari 10 ahli parlimen PAS ini. 10 ahli parlimen PAS ini ialah:
  1. Dr Hatta Ramli (Kuala Krai)
  2. Khalid Samad (Shah Alam)
  3. Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor)
  4. Datuk Kamaruddin Jaffar (Tumpat)
  5. Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang)
  6. Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja)
  7. Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa)
  8. Dr Mohd Hayati Othman (Pendang)
  9. Taib Azamuddin Md Taib (Baling) dan
  10. Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar)
Apakah perlunya membuat bantahan ini atau kenyataan media di Parlimen? Apakah rasionalnya mereka melakukan ini di Parlimen? Mereka kena ingat, mereka mewakili pengundi-pengundi di Parlimen masing-masing. Para pengundi yang mengundi mereka bukan 100% bersama mereka dalam hal ini. Tidak sepatutnya mereka mengheret para pengundi mereka dan memaksa menolak idea kerajaan perpaduan. Seperkara lagi mereka adalah ahli gerakan Islam. Jika ini wajah-wajah ahli gerakan Islam gambarkan, bagaimana nak membentuk satu wacana siyasah yang berilmu di kalangan ahli? Ini lain jika ianya merupakan pendapat peribadi, itu hak masing-masing. Tetapi dengan tindakan ini nampak seperti memaksa orang lain menolak idea tersebut.

Mereka mengatakan ianya bukan agenda PAS dan tidak pernah dimesyuaratkan oleh mana-mana Dewan Harian atau Majlis Syura. Jika ianya begitu, mengapa pula mereka bertindak demikian? Lainlah jika ianya dah diputuskan atau dimuktamadkan oleh pimpinan. Inilah bahananya bila membelakangkan ketua dalam bertindak. Dengan secara tidak langsung tindakan ini merendahkan-rendahkan idea dan kredibiliti ketua mereka Presiden PAS sendiri. Kurangnya hikmah kebijaksanaan mereka dalam hal ini.
Kalau nak menyokong ijtihad Tok Guru Nik Abdul Aziz dengan menolak idea kerajaan perpaduan sekalipun, tak perlu rasanya buat acara begini di Parlimen. Ianya seperti "ingin memadamkan api, tetapi disimbahnya dengan minyak tanah yang disangka air".

Dalam masa yang sama, dilaporkan juga Tok Guru Nik Abdul Aziz akan mengadakan perjumpaan yang dikatakan "
mesyuarat ukhuwwah" dengan Tok Guru Hj Abdul Hadi Awang dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Mungkin Tok Guru Nik Abdul Aziz menonton semula berita di televisyen atau internet bagaimana marahnya dia kepada Ustaz Nasharuddin, rasa seperti tidak patut pula kata begitu. Agaknya....

Baca juga Semua Kata-Kata Boleh Diterima atau Ditolak KECUALI Kata-Kata Rasulullah S.A.W

17 Jun 2009

Ulasan Ringkas: Perempuan Berkalung Sorban

Aku dah tengok filem Indonesia bertajuk 'Perempuan Berkalung Sorban'. Filem tersebut aku nak tengok sebab persatuan Pesantren di Indonesia mahu filem tersebut diboikoit! Maka seluruh persatuan-persatuan agama di Indonesia bangkit dan tampil memberi hujjah masing-masing dan menyeru supaya filem itu diboikot.

Kerana apa? Kerana dikatakan mehina institusi pendidikan pondok dan pesantren di Indonesia. Dikatakan pula menghidupkan fahaman feminisme dan isu-isunya. Amat menyimpang dengan fahaman Islam terhadap wanita itu sendiri dan ada lagi kot, aku pun tak ingat. Tapi biasalah manusia, lagi dilarang lagi mahu nak buat. Aku tengok.

Aku malas nak tulis panjang-panjang, aku hanya tulis beberapa babak yang memang patut filem ini diboikot. Sebelum itu banyak skrip-skrip yang agak keterlaluan, untuk didengar! Seperti "Islam enggak adil sama perempuan", "enggak ada dalilnya Shah, itu dalilnya sendiri",

Antara babak yang bodoh:
  1. Gaya Kiyai mengajar, dengan kaki sebelah pijak kerusi, bentak-bentak.
  2. Kiyai memukul anak perempuan di dalam bilik air dan menampar mukanya.
  3. Mbak Anisah salam tangan posmen.
  4. Aksi pukul isteri, cium-cium, berjimak sambil didengari isteri lain yang sedang menjaga anak madunya. (aksi ini paling bangsat)
  5. Menyebut nama-nama kitab mulia sebagai dalil bagi menghalalkan tindakan suami memaksa keras isteri untuk melayannya. Antara kitabnya Kitab Ihya, Bulughul Maram dan Bidayatul Mujtahid. Secara tidak langsung menggambarkan persepsi yang salah dari nama-nama kitab tersebut, dan ianya boleh menjadi fitnah kepada ulama-ulama yang mengarang kitab tersebut.
  6. Azan terus berkumandang ketika suami memaksa isteri melayan di bilik air.
  7. Memaksa isteri berjimak, walaupun isteri dalam keadaan sarat mengandung dan haid.
  8. Menggambarkan poligami dengan seburuk-buruk rupa.
  9. Menggambarkan persepsi buruk kepada pelajar yang berebut-berebut menyusun selipar kiyai dan merebut lebihan makanan kiyai.
  10. Berdua-duaan di stor bersama dan ada juga aksi-aksi peluk cium.
  11. Memutar belitkan hukum had zina, secara langsung menghina hukum Allah yang thabit dan qatei'.
  12. Kawan Anisah bernama Shah bebas melayan teman lelaki di dalam bilik. Tanpa rasa malu kepada anisah, dan mengungkapkan perkataan "bebas itu enak", dan Anisah meng-iya-kan. (ini juga aksi bangsat)
  13. Mimpikan ayah dan suaminya seolah-seolah Allah memberi petunjuk bahawa kerja-kerjanya benar.
  14. Kerja dengan Persatuan Membela wanita, macam SIS la kat Malaysia ni.
  15. Pesantren mengharamkan dan membakar buku-buku atau majalah yang terlarang. (Memang terlarang pun, novel-novel cinta, yang entah apa-apa)
  16. Akhirnya pihak kiyai pun berjaya dilenturkan dengan fahaman liberal dan "bebas"
Dengan adanya babak-babak seperti ini, aku yakin kalau korang pun maki-maki jugalah macam aku. Huhu.

Tapi ada juga babak yang baik boleh dipuji antaranya:
  1. Suami yang memahami dan saling membantu.
  2. Isteri yang sentiasa memelihara auratnya.
  3. Solat malam untuk menghilangkan rasa stress dan trauma.
Filem ini, menggambarkan pihak penulis skrip dan pengarah tidak melihat secara jelas mungkin bagaimana pendidikan pondok itu. Juga bagaimana erti kebebasan yang dianjurkan Islam. Juga bagaimana Islam menguruskan institusi keluarga dan wanita.

Korang nak tengok ke? Baik korang layan Transformers huhu

15 Jun 2009

Jenazah Dr Fathi Yakan Selamat Dikebumikan

Jenazah Syeikh Dr Fathi Yakan pengasas Jamaah Islam (cawangan ikhwanul Muslimin) di lubnan telah selamat dikebumikan di bandar Tarablas selatan Lubnan selepas solat asar kelmarin. Jenazah beliau telah diiringi secara rasmi dan manusia dalam keadaan kesedihan memenuhi masjid Tinal (tempat jenazah disembahyangkan).

Diantara yang yang mengiringi jenazah beliau adalah wakil Presiden syria, ketua dewan rakyat Nabih Barri, pimpinan HAMAS Sami Khatir yang mewakili ketua Biro Politik HAMAS Khalid Masy'al, pimpinan pergerakan Jihad Islami Abu Imad ar-Rifaie, timbalan setiausaha agung Jemaah Islam Ibrahim Misti dan wakil dari Hizbullah.


Syeikh Malik as-Syiar yang mengimamkan jenazah beliau telah berkata:

إن طرابلس مدينة العلم والعلماء، ومعها العالم الإسلامي بأسره تودع رجلاً من كبارها وعلمًا من أعلامها رائد الحركة الإسلامية ومؤسسها، من أفنى عمره وحياته في سبيل الدعوة إلى الله عز وجل

"Sesungguhnya Tarablas adalah bandar ilmu dan ulama. Seluruh dunia Islam telah mengucapkan selamat tinggal kepada seorang tokoh dan panji Umat Islam. Beliau juga adalah pelopor dan pengasas bagi Gerakan Islam yang telah menghabiskan kehidupannya untuk berdakwah kepada Allah."


Ulasan: Kehilangan ulama adalah satu musibah bagi Umat Islam dan tanda diangkatnya ilmu diakhir zaman.

Hasan Basri berkata:

مَوْتُ العَالِمِ ثَلْمَةٌ فِي الإِسلامِ لاَ يَسُدُّهاَ مَا اخْتَلَفَ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ

"Matinya seorang alim adalah suatu lubang dalam Islam. Tidak akan dapat di tutup selama-lamnya." (Hr Darimi 329 dan Baihaqi dlm Syu'abul Iman 1719)

Rujukan: Ikhwanonline dan Mukhtasar Jami'u Bayanil ilmi wa Fadlih oleh Ibnu Abdul Bar.
Sumber: Ustaz Salman Maskuri

13 Jun 2009

الفاتحة


Yang mahir bahasa arab sila klik pada gambar untuk lebih jelas

Ketua جبهة العمل الاسلامي, mantan ahli parlimen Lubnan Dr Fathi Yakan meninggal pada usia 76 tahun setelah bergelut dengan penyakitnya.

Dr Fathi Yakan lahir pada tahun 1933 di kota Tripoli di Lubnan Utara merupakan salah seorang yang paling penting bagi gerakan Islam di dunia Islam, seorang penggerak gerakan Islam di Lubnan sekitar 50an.

Dia memiliki kerjasama penting untuk memperkuatkan ideologi Islam dari gerakan Islam di dunia Arab.

Dia melahirkan sejumlah karya, termasuk "Apa ertinya saya menganut Islam" dan "Masalah Dakwah dan Pendakwah" dan "Persepsi yang dinamik dalam kerja-kerja Islam" yang telah diterjemahkan banyak dalam bahasa asing lainnya.

Dia menyertai pilihanraya parlimen pada tahun 1992 dan memenangi kerusi bagi puak sunni di Tripoli. Pada tahun 1992 juga beliau merupakan salah seorang peserta Muktamar Islam Antarabangsa.

Peranannya di Lubnan, sebagai seorang yang patriotik dan menyatukan untuk menghindari perselisihan di antara rakyat Lubnan, terutama antara kekuatan mejoriti dan minoriti.


Sumber: Ikhwan Jordan

12 Jun 2009

UG, Boneka UMNO? Serabut kepala? - Meh dengar nih!











Tiga video ini agak menenangkan jiwa saya, bila memikirkan tentang entry yang saya tulis sebelum ini. Anda bagaimana? Wallahua'lam.

UG! - Sah kau boneka UMNO! - Apehal lak?


Agaknya benar ada kerja-kerja bodoh dalam PAS. Bila baca muka depan Utusan Meloya hari ini. Nampaknya seperti ada kerja sulit yang jahat apabila muka depan Utusan menyiarkan kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkenaan dengan Unity Goverment. Aku hari ini amat tidak bersetuju dengan tindakan Utusan. Bagaimanapun nak kata apa, dah memang tu kerja Utusan. Dalam pada kita menganjurkan kempen boikot Utusan, ternyata seperti gagal punya kempen tersebut.

Percanggahan idea dalam Pas mendapat liputan meluas daripada Media. Terutama berkenaan dengan kerajaan perpaduan. Walhal, ianya hanya lontaran idea dari Tuan Guru Presiden. Bukannya satu keputusan mutlak. Sebelum ini Utusan nampak seperti senang dengan idea Kerajaan Perpaduan, kemudian hari ini, dengan berlatarkan warna merah menyatakan "Nik Aziz bidas golongan pertahan cadangan Hadi".

Aku sebagai buruh kasar (pinjam istilah Ustaz Nasruddin Tantawi) Pas amat-amat tidak senang dengan apa yang berlaku ni. Aku melihat isu ini akan menjadi lebih hangat apabila Tuan Guru Nik Aziz kata begitu. Ianya seperti lari dari budaya sihat Pas yang kaya dengan perbezaan pendapat. Tuduhan Tuan Guru Nik Aziz amat serius jika diperhatikan dari sudut menjaga suasana rumahtangga Pas. Kenyataan tersebut ternyata boleh kita membuat kesimpulan "Tuan Guru Nik Aziz kata Tuan Guru Abdul Hadi boneka UMNO". Nau'zubillahi min zalik!!!

Benar! Mungkin kita tidak senang dengan idea atau cadangan orang lain. Tapi itu sekadar cadangan yang belum pun menjadi kata putus. Tuduhan liar dari Tuan Guru Nik Aziz ini sangat-sangat aku tidak senang mendengarnya.

Seperti contoh, aku cadang "PAS dan UMNO bersatu buat demonstrasi menentang Israel." Seorang ahli mesyuarat menolak cadanga, lalu berkata kepada aku "Apehal ada UMNO plak? Ko ni boneka UMNO agaknya!!". Kalau ini gambaran suasana perbezaan pendapat. Nampak macam budak-budak.

Kadang-kadang kita tidak setuju dengan cadangan seorang itu, tak perlulah kita maki hamun, perendah-rendahkan dia, kata dia bodoh, sial dan sebagainya. Kita ada akhlak bagaimana berselisih pendapat. Bukan mendedahkan ketidakcerdikan kita kepada khalayak. Islam ini datang dengan hujah. Maka kita berhujah dengan baik, datangkan ia dengan baik. Bukan berjidal seperti berjidal dengan orang jahil.

Ya Allah! Perihalah Jemaah Kami dengan Hidayah Mu Amin!

11 Jun 2009

SIS + UMNO = Sesat?

Bila Sister In Islam (SIS) didesak supaya dikaji dan diharamkan, banyak songeh betul. Ada yang tak setuju, ada yang kata ekstreme, ada yang kata terlalu keras, ada yang kata melampau dan sebagainya. Tak kurang juga ada yang menunjukkan rasa simpati kepada SIS.

Kenapa ianya sukar nak diharamkan? SIS ini tak silap merupakan pertubuhan yang diasaskan oleh Amina Wadud salah seorang pemuka sesat dalam Islam. Pernah menjadi kontroversi mengeluarkan fatwa wanita boleh imamkan solat bersama lelaki serta saf solat jamaah boleh bercampur lelaki dan perempuan.

Mahathir kata:
"Dalam kebanyakan contoh, mereka menyatakan petikan-petikan ayat Quran dan Hadis bagi menyokong pandangan mereka. Jika kita tidak bersetuju, berikan sebab mengapa kita tidak bersetuju. Tetapi langkah untuk mengharamkannya adalah terlalu keras"

Karpal Sigh kata:
" tindakan itu tidak akan menjadikan PAS lebih disayangi oleh mereka yang menyokongnya dalam pilihan raya umum Mac lepas"

Maria Chin Abdullah kata:
"Orang yang membuat cadangan itu kita anggap sebagai tidak relevan, dan cadangan itu juga tidak relevan"

Dr Mohd Asri kata:
"Gerakan Islam perlu berfikir secara meluas, tidak boleh jumud. Besok, mungkin kumpulan lain pula terkena. Ianya perlukan satu pengadilan yang adil. Saya tidak bersetuju dengan desakan haram mengharam ini."

Cuba kita selidik kenapa kumpulan Ayah Pin kena haramkan? Kenapa juga beberapa kumpulan yang didakwa sesat juga diharamkan? Kumpulan Husin Anak Rimau lah, Kumpulan Rasul Cikgu Kahar lah dan banyak lagi lah! Begitu juga dengan Jemaah Darul Arqam diharamkan.

Mereka bergerak dengan hujah mereka juga. 'Rasul' Kahar juga menggunakan hujah ayat Quran mendakwa beliau merupakan rasul dari kalangan orang melayu. Ayah Pin mendakwa pengasas agama hindu dan layan semua agama kat bumi ni (kerajaan langit).

Sudah tentu pihak berwajib menjalankan tugas mereka menyiasat tentang perjalanan dan aktiviti mereka. Bila bukti dah cukup barulah boleh diharamkan.

Bagi aku SIS sama sesat macam Ayah Pin. Pertikai Hudud dan Qisas, Hukum Faraid, Hukum Menutup aurat yang merupakan hukum yang bersumberkan dalil qatie dalam quran serta ijmak ulama.

Sifir mudah:
Ayah Pin + SIS + Al Arqam + UMNO = Sesat

08 Jun 2009

Kebijaksanaan dan Waspada dalam UG

8 haribulan Jun, seperti yang saya sebutkan dalam entri sebelum ini, merupakan tarikh tarikh akhir saya tawaquf sebentar. Tetapi lain jadinya. Tadi selesai menjawab kertas Qadhaya Fiqhiyah Mua'sarah (Pemasalahan Fiqh Kontemporari). Lain jadinya kerana satu lagi kertas soalan Bahasa Qadhaya Fiqhiyah Mua'sarah dianjakkan kepada 14 Jun ini. Ini kerana kertas tersebut yang sepatutnya diambil pada 4 Jun ditangguhkan kerana memberi laluan kepada Barrack Hussin Obama, Presiden Amerika yang membuat lawatan ke Kaherah, Mesir. Oleh kerana itu, satu daerah Kaherah diberikan cuti. Kalau Obama datang Malaysia agaknya diberikan cuti kepada Kuala Lumpur dan Putrajaya?

Kemudian, ada pengumuman tambahan:
FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG, Jabatan Syariah Islamiah, Kaherah membuat kejutan hari ini apabila mengumumkan peperiksaan 'ulangan' bagi kertas Usul Fiqh bagi tahun 4. (ehsan dari blog Typeace)



Muktamar Parti Islam Se-Malaysia telah pun melabuhkan tirainya semalam. Alhamdulillah, hampir kesemua calon pilihan saya telah menang dalam mengisi jawatan-jawatan yang dipertandingkan. YB Ustaz Nasharudin Mat Isa dipilih Timbalan Presiden, YB Salahuddin Ayob, Ustaz Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dan YB Dato Mahfuz Omar dipilih sebagai Naib Presiden. Namun YB Ustaz Mohd Amar Nik Abdullah yang turut menjadi pilihan saya terkandas sebagai Naib Presiden. Namun tak mengapa kerana kelima-lima mereka yang bertanding sebagai Naib Presiden adalah mereka yang terbaik melaksanakan kerja masing. Hinggakan rasanya para perwakilan sukar untuk membuat pilihan terbaik mereka. Ternyata Pas tidak ketandusan pemimpin yang baik. Patah tumbuh hilang berganti.

Unity Goverment (UG) hangat kembali meniti mulut-mulut perwakilan dan media. Ada yang setuju dan ada juga yang membantah. Tapi yang membantahnya bukan calang-calang orang, ianya datang dari Mursyidul Am sendiri Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Idea karut!", itu lah yang diungkapkan oleh Tuan Guru Mursyidul Am berkenaan dengan UG ini. Mungkin terkenang saat-saat Pas bersama Perikatan dahulu, Tuan Guru merasakan tiada relevannya UG ini dilaksanakan malah ianya idea yang karut.

Dalam hal ini, saya sebagai rakyat Malaysia dan ahli Pas khususnya belum membuat sebarang pro atau kontranya dalam hal ini. Ini kerana ia hanya dalam kerangka idea sahaja yang dilontarkan oleh Presiden Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika dunia mula menghadapi kemelut ekonomi. Samada ia dilaksanakan atau tidak, tertakluk kepada bagaimana ianya dimesyuaratkan atau diputuskan jawatankuasa Pas Pusat serta Majlis Syura.

Banyak blog-blog yang pro kepada Pas pun ada yang tidak senang dengan idea tersebut, malah sudah banyak terbitkan artikel-artikel menghentam idea tersebut. Bahkan mengolahkan sendiri situasi kerajaan perpaduan tersebut jika terlaksana. Saya akui bukan mudah sebahagian ahli Pas mahu menukar panji perjuangannya, namun:

  • adakah hakikat tersebut tidak diakui oleh Presiden?
  • Adakah dia agaknya tidak tahu apa yang berlaku semasa berlaku kerajaan campuran Pas-Perikatan dahulu?
  • Adakah dia tidak mengetahui hakikat kerosakan pimpinan UMNO sekarang?
  • Dan adakah dia langsung tidak mengerti akan gelombang rakyat menolak UMNO-BN dan memberi mandat kepada Pas-Barisan Alternatif dan DAP (Pakatan Rakyat terbentuk selepas PRU-12)?
  • Dalam suasana begini adakah dia akan membutakan mata dan memekakkan telinga dengan apa yang disuarakan oleh perwakilan?
Persoalan-persoalan ini wajar kita fikirkan bersama. Tetapi malangnya tohmahan dan fitnah yang dilontarkan kepadanya hingga ke tahap gila kuasa dan sebagainya adalah amat keterlaluan.

Yakinlah, kita berdoa bersama semoga Allah memberi petunjuk kepada Tuan GuruPimpinan yang baru dalam hal ini, mana yang sebaiknya. Saya yakin dengan salah seorang anak didik Ikhwan Muslimin Mesir ini. Apa yang saya harapkan hanya Wahdatul Fikr Wal Amal (kesatuan fikrah dan tindakan) wujud dikalangan pimpinan Pas ini, semoga ianya tidak terus menjadi polemik sehinggakan menjadi barah yang merosakan elemen kekuatan gerakan Islam itu iaitu Sam'u wa To'ah (Dengar dan Taat).

Video: Kerajaan Perpaduan menurut perspektif Dr. Abu Hassan Hasullah, Pengasas Pengajian Masa Depan, Universiti Malaya.













Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai