"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


28 Mac 2010

Kemuncup dalam perjuangan?

Aku agak terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Harakahdaily baru-baru ini berkenaan dengan satu mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS Pusat yang menyatakan bahawa keputusan mesyuarat akan memutuskan siapakah Mursyidul Am PAS yang baru. Aku tertunggu-tunggu berita tersebut tapi lain pula jadinya. Berita berkenaan ini telah hilang dari HarakahDaily dan dinyatakan berita tersebut dikemaskini, dan tiada benarnya berkenaan dengan penukaran Mursyidul Am.

Sekali lagi Harakahdaily membuat perangai, berita yang begitu penting tetapi salah melaporkan. Hanya mendebarkan jantung sahaja. Bayangkan institusi yang paling tinggi dalam gerakan Islam PAS ini beritanya dipergitukan sahaja, tanpa perlu ada suntingan tepat terlebih dahulu. Hal ini perlu cepat diadakan muhasabah, jangan dibiarkan tangan-tangan yang tak sepatutnya duduk dalam HarakahDaily ini. Harakahdaily bukan lidah UMNO tetapi ianya lidah PAS.

Kemudian TV9 cepat bertemu dengan Tuan Guru Mursyidul AM. Namun apa yang terpacul dari mulut Tuan Guru amat aku sedih. Aku lebih sedih kerana dia Mursyidul Am PAS dan aku hanya ahli biasa. Bila ahli biasa mendengar apa yang diluahkan oleh Tuan Guru Mursyidul Am seperti itu menjadikan aku lebih lemah dan tiada suntikan semangat. Apa yang aku fahami selama ini seperti dicantas begitu sahaja.

Apa yang dinamakan pengorbanan, apa yang dinamakan ithar, apa yang dinamakan fiqh aulawiyat dan apa-apa teori yang perlu dihadamkan semasa perkaderan seperti tiada makna. Bagi aku seorang ahli jemaah yang lemah serba-serbi nampak hilang tongkat bila mendengar kata-kata tersebut. Buat Tuan Guru Mursyidul Am, adakah apa yang disebutkan itu kemuncup dalam perjuangan!


13 Mac 2010

Alfu Mabruk


Seorang lagi sahabat seperjuangan melangsungkan perkahwinan. Tahniah buat Rahmat Abdul Latif dan isterinya Norhayati. Semoga hubungan kamu sentiasa diberkati dan diredhai Allah.

Aku masih di sini, mahu selesaikan baki-baki perjuangan.


بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

Bagi sahabat yang tak dapat kad jemputan atau dah hilang. Aku ada bekalkan ni. (klik untuk lebih jelas)


Tak lupa buat sahabat di Iskandariyah Muhammad Firdaus bin Sulaiman dan isteri yang dikurniakan bayi perempuan. Semoga bertambah lagi rezeki dan diberkati oleh Allah. Jaga anak baik, besar nanti boleh jadi mukminah sejati. Tolong perjuangan Islam!


11 Mac 2010

JPMK mula iktiraf PMRAM?

Alhamdulillah ada pembaharuan! Website wajah baru yang nampak segar! Beginilah sepatutnya yang perlu dilaksanakan oleh pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, bukan hanya segar pada lapangan website sahaja, bahkan wajar segar juga di mata mahasiswa di luar alam maya.

Akhirnya website ini wujud kembali, setelah sebelum ini aku rasa macam-macam masalah, dan pernah tergendala. JPMK mungkin tersedar setelah perlunya kuasa internet, apatalah lagi mewakili kerajaan Malaysia di luar negara. Inilah yang sepatutnya.



Lihat anak panah! (klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

Bukan ini sahaja, ada lagi! Nampaknya JPMK telah mula mengiktiraf PMRAM yang sebelum ini didesak untuk berdaftar di bawahnya! Lihat sahaja pautan ke laman-laman rasmi persatuan dan badan kebajikan anak negeri, PMRAM tersenarai di antara pautan-pautan ini. Tahniah JPMK!

Bagaimanapun masih ada lagi hutang JPMK terhadap PMRAM belum lunas.

10 Mac 2010

Al Fatihah

أعلنت المملكة العربية السعودية وفاة شيخ الأزهر د. محمد سيد طنطاوي، صباح اليوم الأربعاء، عن عمر يناهز 82 عامًا، إثر إصابته بأزمة قلبية خلال زيارته للعاصمة السعودية الرياض؛ للمشاركة في حفل توزيع جوائز الملك فيصل العالمية.

وُلد طنطاوي يوم 28 أكتوبر 1928م في مركز طما بمحافظة سوهاج، وألحقه والده للدراسة بالأزهر؛ حيث أبرز تفوقًا ملحوظًا، مكَّنه من الالتحاق بكلية أصول الدين التي عمل بعد تخرجه مدرسًا بها، قبل انتدابه للتدريس بليبيا لمدة أربع سنوات.

وحصل طنطاوي على الدكتوراه في الحديث والتفسير عام 1966م، كما عمل في المدينة المنورة كعميد لكلية الدراسات العليا بالجامعة الإسلامية هناك.

وعُين مفتيًا للديار المصرية في 28 أكتوبر 1986م بعدها بعشر سنوات تقريبًا تمَّ تعيينه شيخًا للأزهر الشريف
.

09 Mac 2010

Otitis Media - Adakah ini penyakit aku?

Virus merebak dari tekak ke telinga tengah boleh jejas pendengaran, keupayaan bertutur

ADAKAH anak kecil anda sering demam, menangis sambil menunjukkan telinganya atau anda mendapati ada cecair yang keluar dari telinganya itu?

Jika ada anda perlu segera membawanya ke doktor kerana jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan pekak. Inilah bahayanya masalah jangkitan telinga tengah (otitis media) yang kerap ditemui di kalangan kanak-kanak di negara ini.

Malah di Malaysia misalnya, kajian Kementerian Kesihatan pada 2006, menunjukkan hampir 500,000 kes otitis media (OM) itu dicatatkan setiap tahun yang lazimnya membabitkan kanak-kanak di bawah usia dua tahun.

Daripada jumlah itu, separuh daripada mangsa cenderung mendapat serangan otitis media akut yang boleh menyebabkan pekak.


Otitis media merujuk masalah radang pada telinga tengah dan terbahagi kepada enam kategori berdasarkan simptom, tahap serius dan tempoh pesakit mengalaminya.

Umumnya pada usia tiga tahun dianggarkan tiga perempat kanak-kanak pernah mengalami sekurang-kurangnya OM sekali dalam hidup mereka, manakala satu pertiga daripadanya akan mengalami jangkitan berulang (tiga atau lebih dalam tempoh setahun). Kemuncak insiden OM selalunya berlaku di kalangan kanak-kanak berusia enam bulan ke 18 bulan.

Ada kala OM bukan hanya mendatangkan rasa sakit tetapi turut menjadi punca komplikasi yang lebih serius jika tidak dirawat. Jangkitan akan merebak ke telinga tengah, malah boleh ke otak. Dalam sesetengah kes ia boleh menyebabkan pekak. Bagaimanapun, pekak hanya bersifat sementara jika OM dirawat. Namun, tanpa rawatan pesakit akan kekal pekak.

Biasanya cecair seakan-akan nanah yang keluar dari telinga menyebabkan kadar pendengaran kanak-kanak terjejas, sekali gus akan menjejaskan keupayaan kanak-kanak untuk bertutur dan menguasai bahasa.

Pakar Runding Pediatrik Hospital Pakar Damansara, Datuk Dr Musa Nordin, berkata OM terjadi apabila bakteria atau virus merebak dari bahagian atas tekak (nasopharynx) ke telinga tengah melalui tiub eustachian (tiub yang menghubungkan tekak, saluran pernafasan dan telinga tengah).

Oleh kerana OM disebabkan pergerakan jangkitan bakteria dari nasopharynx ke telinga tengah, ia diklasifikasikan sebagai jangkitan saluran atas pernafasan.

“Lebih daripada separuh OM disebabkan oleh bakteria. Dua bakteria utama ialah Streptococcus pneumoniae (S pneumoniae) dan Haemophilus influenzae (NTHi),” katanya.

S pneumoniae adalah penyebab utama penyakit seperti pneumonia, meningitis dan keracunan darah di kalangan kanak-kanak, manakala NTHi pula kerap dikaitkan dengan masalah seperti sinusitis, konjuktivitis juga pneumonia.

Pakar Runding Pediatrik, Pusat Perubatan Selangor Datuk Dr Zulkifli Ismail, berkata OM adalah satu daripada lebih 90 senarai penyakit pneumokokal yang membawa kepada masalah kesihatan yang serius bukan saja di kalangan kanak-kanak tetapi juga orang dewasa di seluruh dunia.

“Bakteria S.pneumoniae tidak hanya menyebabkan OM tetapi turut mengancam nyawa seperti radang paru-paru, meningitis dan keracunan darah (bakteremia),” katanya.

Setiap tahun bakteria S pneumoniae dianggarkan membunuh hampir sejuta kanak-kanak di bawah usia lima tahun di seluruh dunia terutama di negara membangun.

Bagaimanapun, OM adalah sebahagian penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin. Bagi melindungi kanak-kanak daripada OM dan beberapa penyakit lain di bawah kategori penyakit pneumokokol, anda boleh berbincang lanjut dengan doktor.

INFO: Simptom OM
  1. Resah
  2. Susah tidur
  3. Kerap menarik telinga
  4. Demam
  5. Cecair keluar dari telinga
  6. Hilang keseimbangan
  7. Selesema
Jenis-Jenis OM
  • Otitis media akut (AOM) - jangkitan telinga tengah yang disertakan dengan rasa sakit, nanah, demam.
  • OM dengan nanah (OME) - nanah tanpa simptom kesakitan atau jangkitan.
  • OM yang berulang - mengalami AOM lebih dari tiga kali dalam tempoh setahun.
  • OM kronik - mengalami AOM lebh dari enam kali dalam tempoh setahun.
  • OM kronik dengan nanah - OME didefinisikan sebagai kronik apabila nanah dari telinga sekurang-kurangnya tiga bulan.
  • OM dengan nanah kronik - radang kronik dengan telinga tengah bernanah.
Sumber: Berita Harian

Ibnu Ali:
Artikel ini menunjukan peratusan kanak-kanak lebih besar tanpa menyebutkan peratusan bagi dewasa. Atau adakah penyakit ini berubah nama bila terkena pada dewasa? Mungkin sahabat dari pengajian perubatan boleh membantu?

Tapi dari simptom-simptom OM yang diberikan, aku semacam tidak semua mengalaminya. Hmmm?
  1. Resah - Tiada
  2. Susah tidur - Kadang-Kadang
  3. Kerap menarik telinga - Tiada
  4. Demam - Jarang-jarang
  5. Cecair keluar dari telinga - Kerap, tapi tak meleleh hanya terhenti di dalam telinga menyebabkan gangguan pendengaran.
  6. Hilang keseimbangan - Tiada
  7. Selesema - Jarang-jarang

05 Mac 2010

3 hal

Bual-bual Maulid.


Malu berarak pada hari Maulidur Rasul. Ini kerana banyak sunnah-sunnah yang muktabarah kita tinggalkan. Bahkan ada yang wajib yang diperintahkan Allah dan KekasihNya Muhammad kita tidak laksanakan. Terdidikkah kita tentang cinta dan kasih kepada Nabi akhir zaman ini?

Bukan membantah kalau nak berarak dan berselawat. Tapi macam tak kena dengan keutamaannya. Bukan disuruh meninggalkan sambutan Maulidur Rasul ini, tapi jangan ditinggalkan yang lain. Bahkan yang lain lebih wajib dari berarak ini.

Macam tutup buat tahajjud tapi subuh tinggal. Macam berminyak wangi ke masjid tapi bila sampai mengumpat saudara yang lain. Ditampal koyak baju di lengan, tapi dirabakkan pula seluar di bahagian peha.

Sanah Helwa Ya Yazid

Sebagai ahli bait yang baru. Al maklumlah tak berapa ingat hari lahirnya. Bila melihat botol pasir tertulis nama aku yang dihadiahkan oleh Yazid dari Sinai, aku teringatkan hari lahirnya baru-baru ini yang tidak disambut oleh ahli bait barunya.

Selamat Hari Jadi Doktor Muhammad Yazid Hanzir. Semoga panjang umur, murah rezeki dan mati syahid. Moga jadi doktor muslim yang berguna kepada perjuangan Islam.

Futsal Piala Presiden PMRAM

Semalam tamat sudah kejohanan Piala Presiden PMRAM. Tiga hari aku berletih melayan kejohanan ini. Apa yang menjadi persoalan ialah matlamat dan objektif yang hendak dicapai. Mungkin sesi muhasabah akan dapat jawapannya dari mereka yang terlibat dengan penganjuran ini.

Pada aku kejohanan ini hanya melengkapkan taqwim tahunan dan ia terus menjadi tabiat pimpinan setiap tahun tanpa sebarang kesan yang positif. Pengisian yang sama setiap tahun tanpa ada kelainan, walaupun ianya bertukar format perlawanan dari bolasepak 11 sebelah kepada futsal 7 sebelah.

Apa yang menjadi persoalan aku ialah, sasaran dakwah PMRAM mejoriti ialah mereka yang digelar para ustaz. Mereka yang bermain juga ramai di kalangan ustaz. Namun apa yang dilihat seperti kejohanan-kejohanan futsal anjuran mereka yang di Malaysia. Mungkin PMRAM perlu melihat aspek lain yang boleh disilibuskan dalam setiap program seumpama ini supaya ianya nampak lebih berkesan kepada sasaran dakwah.

Tapi ianya tetap bermakna buat Firdaus Ahmad dan Shazrin Zekri. Sambil bermain sempat menjual hotdog dan burger yang setiap hari. Apatah lagi habis tanpa meninggalkan kesan. Hehe.

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai