"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


30 Mei 2007

Selamat Bermuktamar!

Selamat bermuktamar kepada para muktamirin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kali ke 53 di Pusat Tarbiyyah Islamiyah Kelantan (PUTIK). Muktamar kali ini dijangka hangat dengan pertandingan beberapa jawatan penting dalam parti. Namun ini adalah perkara biasa dalam sesebuah organisasi.

Bagaimanapun bagi PAS, rakyat mahukan yang terbaik dalam sususan pimpinan sebuah gerakan Islam di Malaysia. Kerana ini akan memberikan penonjolan kempimpinan untuk mewarnai kepimpinan negara pada masa akan datang. Lebih-lebih lagi angin pilihanraya umum betiup kencang. Maka ini adalah muktamar "persiapan perang", dan saf pmpinan yang baru bakal merancakkan suasana PRU akan datang.

PAS terus komited dengan menyertai pilihanraya, berdasarkan kepada sistem demokrasi yang dijalankan di negara ini. Namun impian menegakkan Negara Islam tidak pernah dikesampingkan, bahkan ianya terus diperhebatkan dan ianya terus rancak terutama di Negeri Kelantan, sebuah negeri yang berjaya dikekalkan bawah pemerintahan PAS sejak 1990. Walaupun mendapat 1 kerusi mejoriti, ia bukan bermakna PAS tidak diterima rakyat. Bahkan undi tidak berkurang bahkan bertambah. Ini berikutan, grand design Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau istilah Inggerisnya United Malays National Organisation (UMNO) yang terang-terang mencabul sistem demokrasi dan pilihanraya.

Secara mudah, hubungan PAS dengan Demokrasi di Malaysia dapat dilihat berdasarkan penglibatan parti itu dalam politik pilihanraya atau dalam penyertaanya dalam pilihanraya. Penglibatan ini bermula sebelum kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957 lagi. Pegangan kuat PAS terhadap doktrin "agama dan politik tidak boleh dipisahkan" telah mempengaruhi dan meresap kuat ke dalam pimikiran parti Islam itu untuk memperjuangkan aspirasi Islam melalui wadah politik.

Berkutan pula apa dengan kenyataan Mursidul AM PAS Tuan Guru Dato Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat:

"Islam mewajibkan setiap orang Islam melawan mana-mana orang/pihak yang tolak Islam. Taqwa berada di mana-mana. Dalam rumah tangga, ada taqwa. Dalam persahabatan dan perselisihan, ada terlibat dengan taqwa. Dalam politik pun, tetap ada taqwa.

Bahkan, dalam politiklah yang sangat mustahak adanya taqwa kerana ia melibatkan serba serbi. Ia melibatkan aqidah, ekonomi, keadilan, sosial, pendidikan, sains, sastera, seni, hiburan, dan lain-lain."

Kenyataan Tuan Guru Mursyidul AM ini, lebih menambah lagi keyakinan ahli PAS untuk memperjuangkan lagi. Ternyata ini jelas dalam perjuangan PAS apabila banyak tuntutan Islam telah berjaya dilaksanakan ketika ini memerintah Kelantan dan Terengganu (1999-2004). Lihatlah negeri mana yang meletakkan Al Quran dan As Sunnah sebagai dasar paling tinggi negeri? Kecuali Kelantan dan Terengganu. Walaupun aspek-aspek lain dalam Islam seperti qanun jenayah syariah hudud dan qisas masih belum terlaksana kerana bertembung dengan pelembagaan persekutuan. Namun dari aspek-aspek Islam yang lain PAS berjaya.

Bagaimanapun kejayaan ini tidak menunjukkan PAS berpuashati, kerana impian mewujudkan "Baldatun Toiyibatun wa Robbun Ghofur" masih belum tercapai. Namun ianya terletak pada kebijaksanaa PAS dalam mengharungi dunia politik tanahair dan sikap rakyat itu sendiri.

10 Mei 2007

Ada apa dengan tudung?

Tulisan: Subky Abdul Latif


MAHKAMAH Turki membatalkan keputusan Parlimen yang meluluskan pencalonan Menter Luarnya, Abdullah Gul untuk menjadi Presiden Turki yang baru.

Hujah penolakan itu ialah isteri Abdullah Gul bertudung.

Dengan alasan itu membuktikan Abdullah adalah seorang konservatif Islam. Ia bahaya bagi fahaman sekularisma yang menjadi ideologi negara Turki.

Perlembagaan Turki memperuntukkan ideologi sekularisme yang diasaskan oleh Kamal Ataturk tidak boleh diganggu gugat.

Tentera, mahkamah dan universiti diberi kuasa untuk mematahkan mana-mana pihak yang mengancam sekularisme.

Abdullah Gul adalah calon parti AK – Parti Keadilan – yang memerintah sekarang. Dia adalah calon pilihan setelah ura-ura untuk mencalonkan Perdana Menteri Reccep (Rejab) Tayyip Erdogen dibantah oleh ribuan tunjuk perasaan kumpulan pembangkang.

Mulanya penentang Erdogan merasa reda dengan pencalonan Abdullah Gul, kerana dia dilihat lebih sederhana. Sasaran pembangkang pada mulanya adalah Erdogan kerana dialah tunggak kepada kekuatan politik baru Turki.

Kejayaannya sebagai Datuk Bandar Istanbul dalam kerajaan Parti Refah, pimpinan Necmettin Erbakan dulu menyebabkan rakyat Turki menyokong Parti AK yang diasaskan untuk menguasai Parlimen dalam pilihan raya empat tahun lalu.

Pertama kali sejak kelumpuhan puak kemelis – kumpulan yang mendukung Kamal Ataturk – beberapa dekat kebelakang berjaya memenangi majoriti Parlimen.

Sebelumnya tidak pernah ada parti yang mendapat sokongan majoriti. Semua kerajaan yang dibentuk adalah kerajaan campuran. Semua kerajaan tidak stabil dan ekonomi Turki lumpuh.

Parti AK, pecahan dari Parti Refah yang dipimpin bersama oleh Erdogan dan Abdullah Gul berjaya menguasai Parlimen dengan Abdullah Gul menjadi Perdana Menteri disebabkan oleh Erdogan ketika itu masih dalam edah hukuman penjara yang dihadapinya atas kesalahan membaca sebuah sajak Islam.

Setelah edah itu tamat, dia memenangi satu pilihan raya kecil, maka dia menjadi Perdana Menteri dan Abdullah Gul menjadi Menteri Luar.

Latar belakang Erdogan dan Abdullah Gul adalah pejuang gerakan Islam yang komited dalam Parti Refah, tetapi mereka melunakkan pendirian apabila menubuhkan Parti AK. Akibatnya buat kali pertama sambutan kepada pimpinan Erbakan merosot dan tidak mendapat kedudukan di Parlimen.

Sejak Erdogan memimpin kerajaan, ekonomi dan kewangan Turki pulih dan perkembangannya begitu pesat dan baik.

Apabila Presiden yang tamat tempoh bulan ini, maka Parti AK bercadang mencalonkan Erdogan.

Belum sempat pencalonan dibuat, puak sekular melancarkan tunjuk perasaan besar-besar, maka tolak ansurnya ialah mengulangi peristiwa menonjolkan Abdullah Gul sebagai calon Perdana Menteri ketika Parti AK menuyertai pilihan raya buat pertama kali dulu dengan mencalonkan beliau untuk menjadi Presiden.

Parlimen meluluskannya. Tetapi kumpulan sekular yang disokong oleh tentera membawa perkara itu ke mahkamah, maka mahkamah menerima bantahan puak sekular itu.

Keputusan mahkamah itu tidak boleh dirayu dan tentera akan bertindak kiranya keputusan mahkamah itu dicabar.

Keputusan mahkamah itu segera meletakkan Turki dalam satu krisis politik yang tegang dan boleh mengancam kestabilan politik dan ekonomi yang baru dinikmati dalam masa empat tahun ini.

Erdogan segera membubarkan Parlimen dan menyegarakan pilihan raya dari bulan November yang dijadualkan kepada bulan Julai ini. Setakat ini tiada satu parti dari parti-parti berfahaman sekular yang tersusun seperti Parti AK.

Sekalipun Erdogan dan Abullah Gul dan pengikut-pengikutnya mempunyai latar belakang perjuangan Islam yang jelas, tetapi Parti AK tidak memimpin kerajaan sebagai yang dicita-citakan seperti semasa mereka dalam Refah dulu.

Pada kaca mata perjuangan Islam, banyak yang dijanjikannya dalam pilihan raya dulu tidak dilaksanakannya.

Dasar luarnya tidak banyak berbeza dengan kerajaan-kerajaan sebelumnya, malah Erdogan membuat kunjungan ke Israel seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Turki sebelumnya.

Sebagai kumpulan yang pernah ada latar belakang perjuangan Islam, ada kelainannya dibandingkan dengan kengan kerajaan sekular. Ada amar makrufnya.

Tetapi sebagai kumpulan yang pro Islam, ia tidak menjadi contoh bagi kerajaan-kerajaan negara Islam lain. Ia tidak dapat menjalan nahi mungkar.

Berbeza dengan kerajaan sekular yang rasuah dan pentadbiran yang tidak cekap, kerajaan pimpinan Erdogan dan Abdullah Gul, adalah kerajaan yang bersih dan cekap. Ekonomi dan kewangannya sangat buruk kektika mereka mula mengambil pentadbiran, tetapi dalam waktu yang singkat mata wangnya kukuh dan ekonominya stabil.

Secara peribadi kumpulan itu hidup sebagai orang yang beragama dan menganjurkan supaya umat Islam Turki hidup beragama.

Di bawah pentadbirannya ia mengajar orang berbuat baik. Wanita mereka majoriti bertudung di khalayak umum.

Justeru itu Turki muncul sebagai negara pengekspot tudung yang terkenal di dunia.

Pada umum pentadbiran Parti AK tidak dilihat menjalankan pentadbiran yang dikehendaki oleh sebuah gerakan Islam.

Tidak ada yang dapat dijadikan hujah oleh kumpulan sekular pentadbiran Erdogan melanggar larangan ajaran sekular Turki seperti yang diajar oleh Ataturk.

Tidak ada apa yang dapat dibantah oleh puak sekular tentang pentadiran dan tindakan kerajaan bagi menuduh mereka mengancam sistem sekularisme.

Adalah sukar bagi mereka untuk menghalang Erdogan dari mendapat sokongan rakyat.

Apa yang dapat mereka bangkitkan untuk menghalang Erdogan dan Abdullah Gul dari menjadi Presiden ialah bahawa isteri mereka bertudung. Bertudung adalah budaya bangsa Turki yang beragama Islam sejak beratus tahun dulu. 90 peratus dari penduduk Turki adalah Islam.

Apa yang ditentang oleh kemelis itu adalah budaya Turki. Dan sekular Turki itu adalah satu sekular yang anti Islam.

Erdogan tidak bimbang dengan sokongan rakyat Turki. Tetapi yang menjadi masalahnya ialah tentera yang mengancam untuk campur tangan dan tidak suka isteri dan anak para pemimpin bertudung.

Pemimpin Turki tidak terancam atas rasuah dan penyelewengan tetapi mereka terancam ssemata-mata isteri mereka bertudung.

05 Mei 2007

Peluang yang hilang.

Betapa susah memperjuangkan Islam ini hanya Allah sahaja yang tahu. Sirah perjuangan yang panjang sejak bermula wahyu diturunkan. Khaira Ummah ini tetap meniti satu rentetan yang amat sukar untuk ditempuh. Inilah yang dikatakan sunnah orang yang berjuang. Perjuangan ini menuntut satu pengorbanan yang amat besar yang tidak ternilai, ianya hanya dibeli oleh Allah SWT. Setiap apa yang tergalas dalam perjuangan ini dan niat yang tersirat serta sikap yang tersurat adalah gambaran sebenar betapa peritnya perjuangan ini.

Ianya menuntut kita supaya beramal dan mengambil berat dari setiap sudut-sudut penting dalam hiraki perjuangan ini. Bermula dari diri sendiri sehinggalah kalimatul Haq itu ditatang setinggi-tingginya tanpa berbelah bagi lagi. Sehingga tiada siapa yang mampu persoalkannya lagi. Namun cita-cita ini ternyata bukannya mudah seperti yang disangka. Ianya tidak pernah senang. Ombak derita dan keresahan silih berganti. Ujian akan datang dari depan, belakang, kiri, kanan dan setiap ruang. Ianya kadang berbagai bentuk, ada yang mudah tergalas, susah dibawa, senang dibawa sukar digalas. Ada juga yang manis mulanya, pahit akhirnya, kadangkala pahit awalnya dan manis akhirnya.

Kadang-kala mengundang tawa, kadang-kala mengundang marah, kadang-kala mengundang suka dan kadang-kala mengundang seribu tanya. Tawaan dari mereka yang jahil, tidang senang dengan perjuangan ini. Tawaan dari seorang agamawan yang menyemut di manis gula. Marahan dari sanak saudara yang merasakan hidup sebagai seorang muslim sekarang sudah selesai.

"apa yang ada dalam perjuangan kamu? tidak tercatat langsung usul solat berjamaah", "apa yang ada dalam perjuangan kamu? Tidak lebih hanya menyalahkan orang lain!", "perjuangan kamu tidak lain hanya membawa fahaman mengarut!", "wasilah kamu kata? dengan menggunakan cara kufur?".

Namun kadang-kala kita resah dengan apa yang bakal kita tempuhi, gelombang ombak jahiliyah ummah pertama bakal kita tempuhi dan gelombang ombak fitnah ummah bakal mencalarkan kita. Adakah kita tiada peluang dalam perjuangan ini? Atau kita yang tidak berpeluang meneruskan perjuangan ini?

Rintihan seorang pejuang, "kenapa wasilah perjuangan kita ini sukar diterima orang? sedangkan kita mahukan Islam yang sebenarnya?. Bahkan ramai di antara kita yang tahu selok belok Islam ini, tetapi tetap keras dengan kita, tiada tasammuh dengan kita, tetapi boleh dengan golongan sekular, boleh dengan golongan nasionalis"

Adakah kita yang memberi hidayah kepada mereka? Adakah kita berhak atas segala sesuatu? Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Keikhlasan ini yang akan dinilai, keikhlasan ini yang Dia mahukan.

Wahai, para penuntut agama Allah, sedarlah. Kita berada di landasan mana? Kita mahu menuju ke mana? Mengapa kita masih membutakan mata, memekakkan telinga dan membekukan sikap? Kenapa peluang masih kamu beri kepada golongan sekular? Mengapa peluang masih kamu beri kepada golongan nasionalis? Mengapa peluang ini masih kamu berikan kepada mereka yang tidak mahukan Islam?

Kita sering merintih, mengadu, mempersoal kenapa kita masih begini, mengapa Islam masih tidak terbela? Kerana kita masih memberi kepada mereka yang tidak mahukan Islam. Mereka hanya mahukan separuh-separuh. Sedikit sahaja. Mereka mahukan masjid tetapi bukan jamaahnya. Mereka mahu zakat bukan kepada asnafnya. Mereka mahukan haji hanya kemegahannya. Mereka bacakan Al Quran tetapi bukan dusturnya. Mereka mahukan Islam tetapi memerintahkannya.

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai