"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


30 Disember 2008

Palestin: Salah pengundi UMNO dan BN?

Penguasaan proksi-proksi Amerika di dunia Arab dan Islam menunjukkan bagaimana cara Amerika dan Israel memerintah dunia. Negara-negara Arab yang mempunyai mejoriti penduduk Islam sememangnya menjadi sasaran utama Amerika. Bagi siapa yang telah membaca novel bertajuk Maria karangan seorang penulis dari turki, telah menjelaskan segala bentuk penguasaan mereka dari pelbagai sudut. Bagi negara-negara yang pernah dijajah mereka, kemerdekaan yang diperolehi bukanlah kemerdekaan yang mutlak. Sememangnya mereka meninggalkan proksi-proksi mereka yang mampu meneruskan idealisme mereka di tanah-tanah jajahan mereka.

Palestin salah satu negara umat Islam yang tidak terbela dek kerana dikelilingi oleh negara-negara proksi Amerika. Sejak kejatuhan Khilafah Uthmaniah secara rasmi pada 1924 (tak rasminya awal lagi dari tahun tersebut), umat Islam semakin tidak tentu hala tuju mereka. Negara-negara umat Islam diperintah oleh proksi-proksi jelas muyul (condong) kepada Amerika. Apakah yang hendak diharapkan oleh negara-negara umat Islam sekarang?

Situasi politik yang wujud di negara-negara umat Islam sekarang terang-terang tidak membela saudara kita di Palestin. Negara-negara umat Islam sibuk mengejar kemajuan yang mahu seiring dengan negara-negara maju. Walhal semaju mereka pun tetap menjadi proksi amerika. Benar, kemajuan merupakan aspek penting dalam pembangunan sesebuah negara, tetapi nilai kemajuan tersebut tiada maknanya jika nilai kemanusiaan sejagat dan ruh Islam bukan isinya.

Hari ini, masing-masing sibuk dengan Palestin. Sana-sini palestin. Mahu membebaskan Palestin. Rasanya ahli Parlimen Marang Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang sudah berkali-kali membentangkan usul berkenaan Palestin di Parlimen. Namun berkali-kali juga ianya ditolak oleh speaker dengan alasan ianya tidak perlu disegerakan. Ianya seperti dipermainkan oleh demokrasi itu sendiri. Setiap hal memerlukan undi mejoriti. Cubalah dalam hal-hal tertntu umat Islam yang utama, diketepikan sementara ideolagi demokrasi karat kamu tu. Inilah bahana bila diperintah oleh proksi Amerika. Apabila berlaku serangan ke atas Palestin dua hari lalu masing-masing menunjukkan simpati, mengutuk, membantah dan sebagainya. Bukanlah menyindir bagi siapa yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan tersebut. Tetapi mestilah bersendikan tindakan. Apakah kira-kira Israel laknatullah mahu mendengar suara-suara tesebut? Isu Palestin bukan sehari dua berlaku. Lama dan terlalu lama sangat menunggu bantuan dan rayuan, usaha demi usaha perdamaian, tetapi natijahnya tetap sama, kerana apa? Kerana inilah realiti dunia Islam sekarang, kamu menyatakan keIslaman kamu, tetapi jelas kamu menjadi proksi Amerika.

Bush di baling kasut, balasannya ratusan umat Islam Palestin terbunuh. Perkara ini bukanlah perkara umat Islam Palestin sahaja. Benar ia berlaku di sana, tetapi pedihnya sampai ke sini.

Tataplah ayat Al Quran itu sejelasnya. Bagaimana Allah sendiri menyatakan bahawa yahudi dan nasara tidak akan redha dengan umat Islam sehingga mana kita mengikut agama mereka. Namun sekarang tidak perlu murtad pun, hanya menjadi proksi mereka, lalu mudah untuk meratah saudara mara kita di sana.

Sebab itu sebelum ini, saya menyatakan realiti politik dunia Islam sekarang adalah cerminan kepada dunia Palestin. Hal ini tidak akan selesai selagi umat Islam tidak pandai berpolitik, dan hanya tahu berpolitik menjaga periuk nasi sahaja. Sepertimana sekarang, saya yakin jika umat Islam bertukar haluan kepada Parti Islam SeMalaysia segala dasar-dasar utama negara akan berubah. Harapan ini dinyatakan kepada sebuah Gerakan Islam dan seluruh rakyat Malaysia agar yakin dengan gerakan Islam Pas ini untuk menjadi tunjang utama dan langkah pertama merubah lanskap politik Malaysia.

Jangan kamu ingat jika kamu undi UMNO dan BN tidak kena mengena dengan pergolakan dunia Islam hari ini!!!

Semoga semangat 1430 ini bakal merubah mentaliti kita.

Fikir-fikirkan.

26 Disember 2008

Pas masih dianggap "kecil" oleh rakyat Malaysia?

Aku "terjebak" dengan Pas sejak darjah lima. Tetapi tidaklah secara langsung pada ketika itu. Hanya mengikut telunjuk arwah abah sahaja yang ketika itu membuat penghijrahan bersama abang ipar. Aku teringat pondok panas Semangat 46 (S46) di Bandar Baru UDA, yang tergantung satu sahaja bendera Pas. Ketika itu Pas dan S46 bersama dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Masuk darjah enam, lidah aku sudah berbicara tentang hudud. Apa yang aku mengerti tentang hudud ketika itu ialah, pencuri potong tangan, zina kena sula (huhu, kes tengok cerita Semerah Padi).

Aku teringat sewaktu aku darjah enam juga. Aku sering mempertahankan Kerajaan Pas Kelantan, ketika itu sudah sepenggal memerintah Kelantan. Kawan aku sering menakut-nakutkan kawan berbangsa India, "kalau kat Kelantan pakai seluar pendek, kena potong kaki". Aku tergelak-gelak, sambil mengatakan "kepala hotak ko!, pemain bola Kelantan pakai seluar pendek juga".

Aku juga pernah berdebat semasa darjah enam juga bersama salah seorang kawan karib nama dia Badri, dia ni pro UMNO tapi agak "mutadayyin" juga, sebab dia UMNO Anwar. Sering berdebat tentang hudud. Dia kata "hudud boleh dilaksanakan di rumah", sebab Anwar Ibrahim cakap macam tu. Aku hanya terdiam dengan hujah dia.

Ketika itu aku hanya kenal Mat Sabu sahaja. Aku tak kenal Arwah Ust Fadzil Noor, kenal Tuan Guru Nik Abdul Aziz pun gitu-gitu sahaja. Arwah abah selalu mainkan kaset ceramah Mat Sabu semasa memandu. Teringat gelagat abah yang tepuk kepala, semasa Mat Sabu kena tangkap khalwat. Kakak aku ketika itu "hah, camna ni bah?". Tapi apa yang aku ingat ketika itu, Mat Sabu keluar Mahkamah dengan languan Takbir.

Kini Pas pernah memerintah tiga negeri dan masih mengekalkan Kelantan. Kesempatan memerintah Terengganu digunakan sebaik mungkin. Paling memberi kesan Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas telah selamat di bentang dan diperkenan Baginda Sultan Terengganu. Juga tol di jambatan Terengganu dan cukai pintu yang dihapuskan. Mungkin ada lagi jika BN menang ketika itu. Pemberian geran tanah milik kekal kepada para peneroka yang menunggu berpuluh tahun dari BN, diperolehi semasa Pas mentadbir Terengganu. Pelaksanaan Kharaj juga menjadi isu ketika itu. Orang Terengganu tak lupa hal-hal ini. Teringat dengan akhbar perdana dalam satu rencana bertajuk "Hj Hadi Cuci Kaki". Majunya Terengganu, hinggakan merasa Hj Hadi tak perlu buat apa-apa dah. Hanya cuci kaki sahaja, bila melangkah ke pejabat Menteri besar.

Kelantan merupakan wajah awal bagaimana Pas mentadbir. Betul, kita tak boleh samakan Kelantan dengan negeri lain. Tapi bukan suruh tengok bagaimana penerimaan rakyat Kelantan, tapi melihat bagaimana polisi-polisi yang dilaksanakan. Antaranya:

  • Bertekad melaksanakan rancangan pendidikan Kelantan dengan menggubal dasar kanak-kanak negeri Kelantan yang mengutamakan pendidikan awal kanak-kanak dan pra-sekolah selain membina pusat ilmu Wilayah Selatan merangkumi kolej Pendidikan Tinggi Wanita, Pusat Pendidikan Pondok Antarabangsa dan Sekolah Menengah Agama (Arab).
  • Melanjutkan cuti bersalin kepada tiga bulan bagi setiap kelahiran, dengan memberi kemudahan cuti bergaji tanpa had bilangan anak.
  • Melanjutkan cuti bersalin kepada tiga bulan bagi setiap kelahiran, dengan memberi kemudahan cuti bergaji tanpa had bilangan anak.
  • Menawarkan skim takaful kelompok guru, kakitangan dan pelajar Yayasan Islam Kelantan secara percuma.
  • Melaksanakan rancangan untuk membimbing, membantu dan melatih wanita ke arah wanita berdikari dan mencapai kemajuan sosio-ekonomi.
  • Dalam pembangunan tanah, Pas berjanji menjayakan program pemberian skim pemilikan tanah lot kediaman untuk semua rakyat.
  • Memperluaskan peranan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan.
  • Melaksanakan pembangunan ladang komersial ala Kelantan dengan memperuntukkan tanah untuk diberi milik (sebagai saham) kepada rakyat miskin dan membuka peluang kepada golongan yang mampu untuk melabur.
Pas masih dianggap "kecil" sebilangan rakyat, kerana dikatakan tak mampu mentadbir atau tidak pandai mentadbir. Selama 18 tahun Pas di Kelantan, sewajarnya wajar untuk dinilai. Juga sering dimomokan Kelantan miskin dan tidak maju seperti negeri lain. Namun semua itu meleset sekali. Saya kenali Kelantan selama 6 tahun kerana melanjutkan pengajian di sana. Pulang ke Malaysia sebelum ini, saya tak lepaskan mengunjungi Kelantan. Ternyata Kelantan semakin membangun dengan pesat (Kalau tak percaya, tengok sendiri) membangun, tak wajarlah kalau nak bandingkan dengan Kuala Lumpur. Cuma kalau nak bandingkan dengan Bandaraya Johor Bahru, Kuala Terengganu, Melaka, Seremban, Ipoh ianya tidaklah jauh beza sangat. Malah lebih maju rasanya berbanding Melaka, malah Johor.

Boleh katakan jalan-jalan kecil pun diturap di Kelantan. Jika nak bandingkan di Felda-felda di Johor masih banyak lagi belum diturap, masih tanah merah lagi. Teringat masa menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat di Muar. Diturap hingga rumahnya sahaja, jika terus lagi ke hadapan tanah merah berlopak. Juga kalau yang masih teringat, RTM bersama Muhammad Muh Taib, salah seorang pemanggil merungut kepadanya kerana jalan di kampungnya masih belum diturap sejak merdeka lagi, sedangkan permohonan dibuat hingga malas nak buat permohonan lagi. Agak merah juga muka Mat Taib.

Sebab itu, Tuan Guru pernah menyatakan "Saya nak tahu apa definisi maju tu dulu. Ukuran maju ke tak maju ini dikira dari mana?" tanya beliau ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Audit Negara yang mendapati aktiviti jabatan dan agensi kerajaan Kelantan sepanjang tahun lepas, secara umumnya "tidak menunjukkan kemajuan ketara".

Pernah aku berbual dalam keretapi ketika pulang ke Johor dari Kelantan. Apa yang beliau kata "Kelantan tempat berniaga, tapi bukan tempat berhibur". Beliau berasal dari Johor yang berniaga di Kelantan. Katanya mahu pulang ke Johor tengok anak. Kenyataan ini menunjukkan Kelantan subur dengan aktiviti perniagaan. Bukan menafikan negeri lain yang juga subur dengan kemajuan ekonomi, tapi menyatakan Pas juga pandai mentadbir.

Mungkin juga orang yang melihat Pas kurang pandai mentadbir lahir dari sebilangan kecil, mungkin satu per seribu. Tapi satu per seribu itulah yang selalu banyak "buat mulut". Sebenarnya golongan marhain lebih merasakan dari mereka yang duduk di zon selesa di dunia mereka sendiri.

Ini semua dek kerana 3 sendi utama pemerintahan Pas:

1. Ubudiyah

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." (Surah Az Zariat ayat 56)

2. Mas'uliyah

ثُمَّ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ
"Selain dari itu kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang telah kamu nikmatinya" (Surah At Takathur ayat 8)


3. Itqan

إن الله يحب إذا عمل أحدكم عملا أن يتقنه
"Sesungguhnya Allah s.w.t mengasihi seseorang daripada kamu apabila melakukan sesuatu pekerjaan, dia melakukan bersungguh-sungguh" (Riwayat Bukhari)

25 Disember 2008

Tajdid Muslimah: Kurangnya agama dan akal, jangan dibiarkan terus berkurangan.

Dari Abdullah bin Umar R.A:

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

"Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar, iaitu memohon ampun. Kerana, aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.

Seorang wanita yang cukup pintar antara mereka bertanya:

"Wahai Rasulullah, mengapa kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka."

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal daripada golongan kamu."

Wanita itu bertanya lagi:

"Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?"

Rasulullah s.a.w menjawab:

"Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah dikatakan dengan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mengerjakan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama." (Hadis Riwayat Muslim)

Hadis ini tidak lain tidak bukan menjadi peringatan kepada para muslimah. Peringatan yang sangat berguna kerana ia lahir dari kenyataan yang bakal terjadi. Lafaz tutur yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w selepas peristiwa Israk wal Mikraj. Gambaran-gambaran yang ditunjukan kepada Rasulullah s.a.w merupakan peringatan paling berguna yang tidak boleh dipancang remeh.

Maka, bersedialah wanita. Beruntung dan bersyukurlah kamu yang bersuamikan lelaki soleh. Peringatkanlah selalu kepada suamimu supaya tidak lalai memperjuangkan agamamu. Taat dan patuhlah selagi ia tidak melanggar atau melampaui dinding syarak.

Jangan disia-siakanlah waktu sucimu, kerana kamu mempunyai waktu-waktu kotor yang membataskan kamu untuk beribadat kepada Allah s.w.t. Peliharalah auratmu, kerana ia merupakan kewajipan. Berasa malu dan rendah diri jika ia dilihat atau diketahui oleh orang lain. Aurat yang terbuka boleh mengundang nafsu berahi orang yang melihatnya sehingga boleh mengundang perbuatan yang tercela.

24 Disember 2008

Tanjung Puteri: Tiada Puteri di tanjung ini.

Gambar: Posing pagi raya haji bersama Ustaz Ahmad (jiran) dan Fendi (ex-tanjung, jiran juga)

Merujuk kepada tajuk entri sebelum ini, merupakan catatan ingatan kepada rumah sewa saya dan segala isinya. Ianya tidak terhenti di situ sahaja. Saya kini berteduh di rumah yang popular di kalangan kami keluarga pelajar Johor di Mesir. Iaitu rumah yang dinamakan dengan Tanjung Puteri (Tanjung), ialah antara rumah pilihan selepas berpindah dari Hayyu Zahraa. Ianya terletak di Hayyu Thamin, Madinat Nasr di pusat bandar Kaherah.

Menurut sejarah yang dikatakan oleh beberapa orang lama di sini. Rumah Tanjung ini sudah menjangkau 10 tahun lamanya, mungkin lebih. Penghuninya sudah berganti dari generasi demi generasi. Saya pun tak pasti apakah pentingnya saya isikan entri ini kepada pembaca. Cuma niatnya mahu abadikan kisah famili Tanjung ini di blog sendiri.

Rumah Tanjung ini sudah beberapa kali dinaikan kadar sewanya. Bermula rasanya dari LE450 dan kini LE1000 sebulan. Seramai 8 orang penghuninya, rasanya tidaklah terlalu mebebankan. Keselesaannya masih terasa hingga kini. Rumah ini juga sering menjadi tempat transit bagi rakan-rakan dari luar Kaherah selain Asrama Pelajar Johor dan Rumah Johor Lama di Abideen.

Candid: Saya (duduk, berkot hitam) dan Basir bual-bual pagi raya haji, tempohari.

Antara generasi awal yang saya kenal sebagai penghuni Rumah Tanjung ialah Asmuni Habullah. Kemudian Ridwan Roslan, Abdul Kahar, Muhd Hairi, Hafiz Noramli dan Saufi. Kemudian sekarang, semua yang saya kenali itu sudah tiada di Mesir, masing sudah kembali ke Malaysia. Ada yang telah pun berumahtangga, bertugas dan menyambung pengajian. Didoakan agar mereka semua tak lupa tanggugjwab utama masing-masing.

Kini Rumah Tanjung telah menjadi tempat berteduh, mungkin juga terakhir untuk menghabiskan sisa baki pengajian tahun akhir di Al Azhar ini. Rata-rata yang tinggal di Rumah Tanjung adalah kawan-kawan yang bermula dari sesi 2005 dan 2006. Tapi nampaknya walaupun saya junior di kalangan mereka, tapi saya paling sulung di antara mereka (5 Januari 1983). Mereka adalah Nuruddin Zanki, Ishaq Hanis (roomate semasa di Hayyu Zahraa, memilih destinasi sama di Tanjung), Mohd Sufie, Shahrul Nizam, Syazrin Zekri, Hidayatus Saufi dan Basir.

Tanjung Puteri ini juga mempunya blognya tersendiri. Untuk lebih lanjut boleh layari blog tersebut.

Terima kasih famili Tanjung Puteri.

22 Disember 2008

Hudud: Kenapa perlu melatah?

*Gambar: Hukuman sebat kepada pesalah hudud di Acheh, Indonesia

Perlulah bangga tak perlu melatah! Melatah mengikut kamus dewan ialah "mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu dengan tidak sengaja kerana terperanjat". Adakah kita berbangga dengan tahap undang-undang kita sekarang selama 50 tahun merdeka? Kadang-kadang terfikir sejenak, apakah pelik dengan undang-undang ini? Undang-undang hudud ini bukannya asing di bumi Malaysia ni, malah pernah dilaksakan. Masing-masing belajar sejarah, masing tahu hakikat ini. Tak pastilah mungkin semua dah ditipu oleh sesetengah pihak dengan sejarah. Namun ianya tetap hakikat sejarah.

Janganlah buat-buat terperanjat, kerana hakikatnya semua tahu tentang undang-undang ini, para hakim dan peguam syarie tak boring kah kamu dengan undang-undang "356"? Pihak kerajaan sendiri ramai ulama-ulama yang mempelajari secara langsung berkenaan dengan undang-undang ini. Malah yang setiap tahun khatam Al Quran pun selalu jumpa ayat-ayat berkenaan dengan undang-undang ini. Malah membaca pula ayat yang sangat memberi keyakinan kita kepada Islam.

Yakinlah dengan undang-undang ini. Bagi umat Islam wajib imani dan yakini. Jangan datangkan keraguan dengan undang-undang ini. Ianya sama seperti wajib melaksanakan solat, puasa, zakat dan lain-lain yang wajib. Bahkan ianya telah disepakati sejak 1400 tahun dahulu. Yakinlah dengan bantuan Allah. Undang-undang ini diputuskan oleh Allah sendiri dalam Al Quran, ianya bukan datang semasa zaman tabiin mahupun yang kemudiannya. Tiada bidaah pun yang ada di dalamnya. Ulama salaf dan khalaf mengakui akan kewajipan melaksanakannya.

Apakah hukuman bagi pesalah-pesalah hudud sekarang? Rasanya masih belum dirotan seratus kali, masih tiada yang terpotong tangan kerana mencuri. Kerana undang-undang sekarang penuh dengan bidaah dholalah (sesat). Perlakuan bidaah yang tiada khilaf oleh mana-mana ulama bahawa ianya bidaah sesat lagi menyesatkan.

Bagi pihak kerajaan, kalau tak mahu laksana pun tak mahukah "mencubanya?". Dalam sejarah Islam pernah seorang Khalifah membekukan sementara undang-undang ini. Adakah selama 50 tahun merdeka ini, tak mahu cuba laksana sepenggal? Tengok, apa yang tak kenanya dengan undang-undang ini. Sepatutnya tak wajar penulis sebut begini, tapi kadang-kadang nak cakap dengan orang, macam-macam gaya kena buat.

Kelantan (1990) dan Terengganu (1999) adalah dua negeri yang telah siap drafkan undang-undang ini sejak medeka. Secara praktikalnya masih belum terlaksana. Dikatakan mempunyai masalah dengan perlembagaan persekutuan (sebut: perlembagaan persekutuan mempunyai masalah dengan undang-undang ini).

Kemudian, boleh dikatakan pelajar-pelajar Malaysia yang mengambil pengajian Islam di mana-mana tempat sekalipun di universiti oxford mahupun harvard mesti bertemu dengan silibus ini. Ianya bukan asing bagi penuntut-penuntut pengajian Islam. Banyak pula perbahasan mengenainya. Sehinggakan seperti undang-undang ini dilaksanakan di negara masing-masing. Masing dengan hujah masing-masing itu dan ini, tetapi ianya tak lebih dari perbahasan dalam dewan kuliah.

Keratan akhbar online:

1. DAP bantah rancangan PAS laksana hukum hudud
2. Perlu pinda perlembagaan jika hendak laksana hudud - Zahid Hamidi
3. Pelaksanaan hudud hanya mainan politik PAS - Najib
4. PAS akui pelaksanaan hudud mungkin lambat

Ini antara petikan yang sengaja penulis selitkan. Bagi penulis kata-kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz tetap mempunyai 'hikam'nya tersendiri.

"(Jika) Tidak setuju kerana apa, itu masalahnya... penjual dadah mana setuju kena gantung, tetapi dia tetap kena gantung. "Tolak tidak apa, tetapi biar ada alasan, contohnya kalau tidak mahu sembahyang, kena bagi alasan, sebab itu Islam beri ruang untuk berbincang," "Hudud bukan hukum Pas, tetapi hukum Allah, kalau sembahyang kita buat, tetapi kenapa hudud tidak boleh buat. "Susah apa hudud, di Malaysia pun boleh gantung (pesalah) kenapa tidak bising, sebabnya orang Eropah yang buat, sebab dalam kepala kita, (acuan) ikut Eropah,"

Beberapa dalil dari Al Quran berkenaan dengan undang-undang ini:

وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا جَزَاءً بِمَا كَسَبَا نَكَالًا مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

"Dan orang lelaki Yang mencuri dan orang perempuan Yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan Dengan sebab apa Yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." - Surah Al Maidah ayat 38

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

"Perempuan Yang berzina dan lelaki Yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya Dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa Yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang Yang beriman." - Surah An Nur ayat 2

11 Disember 2008

Maya yang serupa tapi tak sama

Setelah hampir 20 tahun Parti Islam SeMalaysia memerintah Kelantan, hakikat yang diakui oleh rakyat Malaysia ialah jolokan "serambi Mekah" semakin. mejadi kenyataan. Boleh dikatakan kekuatan Pas di Kelantan bukan kerana lain melainkan dengan Islam. Hakikat ini diakui saya sendiri setelah hampir 6 tahun tinggal di Kelantan sewaktu menuntut ilmu di sana. Terkenal dengan banyaknya pusat pengajian pondok dan sekolah-sekolah agama di sana menjadi teras pendidikan Islam yang membentuk serta mencorakkan pemikiran rakyatnya.

Pernah sewaktu berbual dengan salah seorang pakcik di sebuah kedai minum, terpancul di mulutnya "Pas pun kalu tok ikut Islam tok leh gi jugok", sambil membelek akhbar yang dibawanya. Ini merujuk dengan topik perbualan yang dibincangkan sebelumya. Hakikat yang kita wajar terima selama Tok Guru Nik Abdul Aziz mentadbir ialah fikrah Islam yang jelas terbentuk yang lahir ari rakyatnya. Juga ada seorang makcik yang mengatakan kalau UMNO memerintah Kelantan dan teruskan pengajian-pengajian agama seperti di Dewan Zulkifli setiap hari minggu (Jumaat), maka tak teragak-agak makcik tadi menyokongnya. Ini sepertimana yang selalu diungkapkan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz sendirijika UMNO kembali kepada Islam sepenuhnya, kita akan bubar Pas sokong UMNO. Ayat ini diulang acapkali sehinggalah selepas pilihanraya umum ke 12 baru ini, mengajak UMNO dan Pas dibubarkan dan bersatu atas dasar Islam. Tetapi segala "syarat-syarat" tersebut bukan mudah parti nasionalis sekular nak terima.

Baru-baru ini semasa pulang ke Malaysia bercuti, sememangnya tidak lepaskan peluang melawat ke Kelantan. Apa yang saya lihat perubahan pembangunan yang amat ketara dan pesat. Walaupun baru 3 tahun saya kunjung ke sana, tetapi perubahan tersebut terus rancak. Menafikan sekali bahawa negeri Kelantan negeri yang gerhana. Paling menarik wanita Islam yang membuka aurat amat jarang ditemui, jika ditemui pun seperti asing melihat mereka.

Pusat pajak gadai Islam ternyata ada di mana-mana, bank-bank kovensional mula mengorak langkah menyediakan sistem perbankan Islam. Kerana mendapat sambutan hangat dari rakyat Kelantan. Sistem pentadbiran yang diamalkan oleh kerajaan Kelantan ternyata bukanlah mengalang sesuatu kemajuan untuk diteruskan, tetapi ianya hendaklah dilaksanakan mengikut syariat. Kelantan pernah ditemplak ketika melaksanakan sistem Dinar Emas. Sememangnya penggunaan dinar tersebut masih tidak meluas, hanya beberapa muamalat tertentu sahaja yang diguna pakai. Tetapi adakah kita tidak dapat menilai bahawa Kelantan sekurang-kurangnya telah memberi komitmen terhadap sistem ini dan memperkenalkannya kepada rakyat. Idea besar Tun Dr Mahathir ini diguna pakai oleh Kelantan. Bahkan tak perlu malu untuk mengambilnya kerana kebaikan untuk ummat Islam itu sendiri.

Perubahan-perubahan ini terus berlaku kerana Pas mentadbir Kelantan bukan sekadar mentadbir, tetapi mengharapkan "Baldatun Toiyibatun Wa Rabbun Ghofur". Apakah nilainya jika kita sangat membina bangunan tapi dalam masa yang sama meruntuhkan nilai Islam dan kemanusiaan? Apakah dengan negara yang terkenal dengan adanya bangunan pencakar langit itu merupakan pra syarat kayu ukur kemajuan yang diertikan?

Teknologi, pembangunan, sains dan segala macam ilmu mempunyai kitarannya sendiri. Manusia terus mengkaji dan menggunakannya untuk kemajuan. Tetapi jika tidak diisi dengan Islam maka sia-sialah kajian tadi. Kajian dan kemajuan yang dikecapi tidak mendekatkan diri pada Allah. Malah menjadi punca keruntahan akhlak dan merosakan akidah umat.

08 Disember 2008

Salam Pengorbanan


Selamat Hari Raya Aidiladha 1428

03 Disember 2008

Zaid: Lebih Minat PKR dan DAP?

Seorang yang pernah menyatakan untuk menyaman kerajaan PAS Kelantan kerana Enakmen Jenayah Syariah (Hudud & Qisas). Penentangannya terhadap undang-undang Islam amat jelas sekali dengan menyatakan untuk mengheret kerajaan PAS ke mahkamah. Menyatakan undang-undang tersebut bertentangan dengan perlembagaan persekutuan. Itulah Zaid Ibrahim, salah seorang pimpinan UMNO Kelantan yang kini telah dipecat oleh jawatankuasa disiplin UMNO.

Alasannya ialah kerana beliau sering menghadiri majlis-majlis pembangkang. Kehadiran beliau ke majlis-majlis anjuran pembangkang amat tidak disenangi oleh beberapa pimpinan UMNO. Tindakan beliau meletakkan jawatan sebagai anggota kabinet di Jabatan Perdana Menteri memberi tamparan hebat kepada kerajaan. Tindakan tersebut lahir kerana memprotes tindakan kerajaan terhadap penggunaan ISA, kerana bagi beliau tindakan ISA tidak boleh dikenakan kepada orang politik.

Beliau menerima pujian demi pujian selepas meletak jawatan. Tidak pernah terjadi dalam sejarah menteri kabinet meletakkan jawatan bagi memprotes tindakan dari kerajaannya. Namun semuanya boleh berlaku selepas Pilihanraya Umum Ke 12.

Sekarang parti-parti pembangkang dari Pakatan Rakyat mengalu-alukan Zaid untuk menyertai Pakatan Rakyat. PKR, DAP mahupun PAS sudah menyatakan hasrat tersebut. Masing-masing mahukan zaid menyertai Zaid. Anwar sudah awal-awal lagi menyatakan pendirian tersebut, diikuti dengan Lim Kit Siang, namun PAS dinyatakan oleh Ustazah Nuridah Saleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.

Bagi saya Zaid boleh menyertai mana-mana parti pembangkang, kerana itu haknya. Tetapi bagi PAS Zaid perlu "mandi wajib" dahulu sebelum menyatakan mahu menyertai PAS. Pandangan Zaid sebelum ini sangat jauh menyimpang dengan perjuangan PAS. Jika beliau mahu menyertai PAS, beliau hendaklah bersedia dengan segala persiapan menjalani segala tarbiyah yang PAS laksanakan terhadap setiap ahli-ahlinya.
Boleh dikatakan Hu Pang Chow lebih baik dari Zaid Ibrahim.

Menjadi ahli gerakan Islam yang solid bukan mudah seperti menyertai mana-mana parti politik. PAS tetap mempunyai kelainan yang tidak boleh disamakan dengan parti-parti lain. Kerana PAS bukan sekadar parti politik malah kedudukannya sebagai sebuah parti adalah merupakan wadah sahaja sebagai jambatan untuk menyertai pilihanraya di Malaysia. Mengambil kuasa melalui salah satu jalan di Malaysia ialah melalui pilihanraya.

Jika beliau tetap dengan pendirian dan "fikrah" beliau sekarang, saya merasakan Zaid lebih selesa dengan PKR atau DAP. Tetapi jika mahu menyertai PAS perlu lakukan seperti apa yang saya nyatakan tadi. Sekadar berpendapat.

29 November 2008

Inikan pula tempat berteduh...


Fairuz

Arsenal Vs Totenham

Makan-makan bersama tetamu (Razi & Hariz)

Sarapan bersama Gani Noor

Last Generation

Bersama Qistas, Zaujah dan Wafa

"Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain"

Rumah sewa sebelum ini di Hayyu Zahra hanya tinggal kenangan. Berpindah semasa saya di Malaysia bulan lepas. Hanya tinggal seorang sahaja housemate yang ada tungkus lumus bersama kawan lain berpidah.

Entri ini ditulis, setelah membelek-belek gambar-gambar lama yang ada dalam komputer pribadi dan Friendster. Teringat dengan suasana lama. Walaupun boleh dikatakan rumah ni "hujung tanjung" tetapi antara rumah yang kerap dikunjungi oleh rakan taulan, juga tak asing dengan singgahan "pak dam" (gelaran kawan sudah berkahwin).

Saya abadikan beberapa gambar di blog ini, semoga sesiapa yang tersenyum melihat gambar-gambar ini, ringankan lidah doakan untuk kami di sini. Amin

28 November 2008

Tulisan Yang Terkeluar Dari Suara Kampus

Malaysia: Pasca PRU ke 12


Tahun 2008 merupakan tahun yan
g menarik bagi senario politik negara. Ia bagaikan satu anjakan rakyat yang sekian lama bisu dan lesu dengan kematangan berpolitik mereka. seramai 25 juta rakyat malaysia tidak mempunyai resepi politik yang sama. Berdasarkan latar belakang pengajian, pendekatan dan struktur "political thinking" ternyata ia setakat ini tidak membolehkan rakyat Malaysia mempunyai level yang sama dalam berpolitik.

Malaysia boleh dikatakan rakyatnya berpolitik mengikut kepentingan masing-masing, dan dari sudut mana kepentingan tersebut boleh dicapai. Politik adalah bisnes, politik adalah pendidikan, politik adalah pembangunan, politik juga adalah pegangan. Ini adalah beberapa persepsi rambang penulis berkenaan senario politik yang berlaku di Malaysia.

Dengan berpaksikan sistem demokrasi, ternyata ianya dipergunakan dengan sebaik mungkin oleh rakyat. Sepanjang 12 kali pilihanraya berlangsung dan selama 50 tahun usia kemerdekaan negara ternyata tahun 2008 merupakan keadaan dan sikap yang matang telah ditonjolkan oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. Sikap ini bukan sahaja terdorong dari kesan dari sosio ekonomi atau lainnya, tetapi ia sebenarnya lambang pengetahuan dan ilmu rakyat Malaysia yang mempunyai hak ke atas negara untuk mencorakkannya.

Ternyata, tahun 2008 merubah landskap politik Malaysia. Banyak perkara-perkara yang tak diduga berlaku dan mungkin banyak akan berlaku hingga penghujung tahun 2008.

UMNO dan Barisan Nasional menang

Ternyata, 2008 ini rakyat masih memberi mandat kepada UMNO dan Berisan Nasional untuk memerintah. Walaupun tidak menguasai dua pertiga
mejoriti di parlimen, namun 140 kerusi yang diperolehi tidak boleh dinafikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional adalah parti yang terus menerajui Malaysia.

Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mendapat tekanan yang hebat pada kali ini. Teringat ketika pilihanraya umum 2004,di awal pimpinan beliau UMNO dan BN menang besar dan berjaya merampas Terengganu dari Pas dan hampir berjaya merampas Kelantan dari Pas.

Ini berikutan peralihan kuasa Perdana Menteri ketika itu, angin gagasan Islam Hadhari dan jolokan "Mr Clean" bertiup kencang sehingga menenggelamkan hampir semua kerusi pembangkang yang terdiri dari Pas, DAP dan PKR.

"kerja bersama saya bukan kerja untuk saya" merupakan ungkapan yang selalu dituturkan oleh Pak Lah ketika sesi-sesi ucapan awal tampuk pemerintahan beliau. Ia menarik minat rakyat juga pemerhati-pemerhati politik. Bagaikan satu jiwa ikhlas yang terdorong dari rasa keyakinan rakyat terhadap Pak Lah.

Kawasan-kawasan pantai barat dan selatan semenanjung yang memiliki
mejoriti kaum melayu masih menampakkan sokongan terhadap UMNO dan Barisan Nasional. Ini boleh dilihat rata-kerusi yang ditandingan Parti Islam Se Malaysia terutama di Negeri Selangor dan Perak memperlihatkan parti itu tewas dan hanya memenangi beberapa kerusi yang boleh dikatakan komposisi kaum yang agak seimbang. Juga Kerusi-kerusi yang mejoriti bukan melayu yang ditandingi Pas melihatkan parti itu menang. Bahkan mendapat mejoriti yang agak besar.

140 Kerusi bagi UMNO & Barisan Nasonal boleh dikatakan agak besar walaupun mereka hilang kuasa 2/3 di parlimen. Kesan ini nanti bakal memberikan tekanan juga bagaimana kebijaksanaan ahli-ahli parlimen UM
NO dan BN menggunakan suara-suara mereka di Parlimen. Persidangan parlimen 2008 ini sangat ditunggu-tunggu. Media arus perdana samada dari media elektronik atau media cetak semestinya telah memikirkan dan merancang bagaimana sidang parlimen ini boleh menjadi tarikan untuk rakyat terus bersama mereka dalam mendapat maklumat dan berita berkenaan dengan sidang parlimen nanti.

Bagaimanapun rata-rata kemenangan UMNo dan BN ini boleh dikatakan menongkat dari Malaysia Timur iaitu di Sabah dan Sarawak. Dengan kepercayaan yang masih lagi utuh di Sabah dan Sarawak terhadap BN telah memberikan kemenangan kepada mereka. Ini berbeza jika kita melihat kawasan-kawasan Bandar di Malaysia Barat. Barangkali senstiviti mereka terhadap isu-isu setempat dan nasional boleh diterima dengan cepat dan baik melalui mana-mana saluran samada saluran arus perdana mahupun media alternatif yang boleh dilayari di alam maya.

UMNo dan BN tidak dapat tidak dengan 140 kerusi ini, perlu membuat reformasi besar-besaran, terutama masalah dalaman mereka juga polisi dan dasar-dasar kerajaan yang menjadi mainan mulut dan cakap-cakap orang. Ini kerana rakyat telah memberi isyarat awal sebelum pilihanraya ke 13 akan datang. Memandangkan 4 negeri telah jatuh ke tangan pembangkang yang menjelmakan diri mereka sebagai Pakatan Rakyat dan Ke
lantan nampaknya terus mengukuhkan kedudukan di sana dan UMNO Kelantan nampaknya bagai hilang pemandu setelah Pengerus Perhubungan UMNO Kelantan Dato Anuar Musa tewas dan Dato Dr Awang Adek yang dicanang sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru juga tewas di kerusi Parlimen Bachok dan kerusi Dewan Undangan Negeri Perupok.

Pakatan Rakyat

Pakatan rakyat yang dibentuk oleh parti-parti pembangkang yang terdiri dari Pas, PKR dan DAP mengukir sejarah pada Pilihanraya umum ke 12 ini dengan mengusai 5 buah negeri, juga hampir menguasai Melaka dan Negeri Sembilan. Tumpuan ternyata lebih diberikan kepada tiga negeri iaitu Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Ini kerana ketiga- ketiga negeri ini membentuk sebuah kerajaan campuran yang terdiri dari tiga parti pembangkang
tadi. Namun respon awal dari Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru Lim Guan Eng mengisytiharkan Pulai PInang bebas dari Dasar Ekonomi Baru telah mencetuskan sati lagi polimik baru dalam sosio-politik Malaysia. Tamparan hebat kepada kerajaan terutamanya UMNO apabila dasar yang digubal pada 1971 dan ditukar kepada Dasar Pembangunan Nasional pada 1991 dikesampingkan oleh DAP yang mejoriti dalam pengusaan kerajaan Pulau Pinang.

Kelantan, dilihat selesa dan tenang dalam meneruskan agendanya tersendiri. Tertumpu pada manifesto dan pelbagai janji, nampaknya rakyat kelantan terutamanya menanti dengan penuh mengharap agal sepenggal yang diberi lagi ini tidak menngganggu komitmen kerajaan Kelantan terus membangun dengan dasarnya tersendiri dalam menyelesaikan masalah-masalah rakayt. Ini menarik minat pemerhati politik dan juga peringkat akar umbi yang akan menilai sejauhmana 2 negeri yang mempunyai dua ideologi yang sangat berbeza mendapat memerintah kerajaan Negeri. Ternyata ujian yang akan dipikul oleh DAP sangat ketara, kerana pengalaman 18 tahun Pas memerintah Kelantan ternyata menunjukan rakyat terus minat dengan pemerintahan Pas. DAP menghadapi ujian sebenar dalam membentuk Pulau Pinang selama sepenggal ini, ke mana arah yang hendak dibawa oleh mereka dengan manifesto-manifesto serta dasar-dasar yang tertentu.

Perak, sebuah lagi negeri yang semestinya menjadi perhatian. Manakan tidak, apabila DAP menang mejoriti kerusi dalam DUN tetapi tetap gagal menjadikan parti itu meletakkan calon mereka sebagai menteri besar. Walaupun ada cubaan di awal serahan nama calon menteri besar kepada pihak istana Perak. Namun pihak istana menerima Ir Mohamad Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar Perak yang baru setelah kekalahan UMNO dan Barisan Nasional di Negeri Perak. Ini atas sebab undang-undang tubuh negeri perak itu sendiri yang tercatit agar menteri besar negeri Perak di kalangan orang Melayu beragama Islam.

Ir Mohamad Nizar Jamaludin bagaimanapun calon yang boleh dikatakan mempunyai potensi besar. Berdasarkan latar belakangnya yang boleh berbahasa selain bahasa ibunda dan inggeris, beliau juga berbahasa cina dan tamil. Ini menjadikan sifat majmuk yang menjadi sifat rakyat Malaysia khususny
a negeri Perak boleh berbangga dengan memiliki seorang Menteri Besar yang baik. Ini juga boleh membersihkan anggapan buruk rakyat yang sering termakan dengan dakyah-dakyah negatif sesetengah pihak terhadap golongan yang berada dalam Parti Islam SeMalaysia adalam jumud dan tidak terbuka.

Tuduhan mahupun persepsi buruk terhadap formasi 6-3-1 (6 ADUN dari DAP, 3 ADUN dari PKR dan 1 dari Pas selain Menteri Besar) ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak oleh sesetengah ahli politik, mengatakan melayu dipinggirkan dalam struktur pentadbiran kerajaan negeri yang dikatakan didominasi oleh kaum cina dari parti DAP, dan menganggap Ir Mohamad Nizar Jamaludin dari Pas sebagai boneka telah terbantut dengan kenyataan bersama oleh kesemua ahli majlis mesyuarat dengan menyatakan bahawa kerajaan yang ada hari ini bukan kerajaan DAP atau Pas mahupun PKR. Bahkan YAB Ir Mohamad Nizar Jamaludin menegaskan bahawa mereka adalah kerajaan rakyat. Kenyataan ini dibuat pada sidang media selepas Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak. Kerisauan dan kebimbangan yang ditimbulkan ternyata diredakan dengan kenyataan ini.

Namun rakyat khususnya pemerhati politik terus tunggu dan lihat terutama 100 hari selepas kemenangan ini, apakah perubahan-perubahan awal atau reformasi yang akan dilakukan oleh kerajaan-kerajaan negeri yang berjaya dibentuk oleh Pakatan Rakyat ini. Terutama dalam memenuhi janji yang ditawarkan oleh mereka dalam manifesto semasa kempen pilihanraya sebelum ini. mungkin rakyat tidak teragak-agak menghukum mereka pada pilihanraya akan datang jika penggal pertama ini tidak memperlihatkan peratus yang tinggi untuk memenuhi manifesto mereka bahkan gagal melaksanakannya.
____________________________________________________________________
Artikel ini tidak dikeluarkan oleh Suara Kampus Johor bilangan ke 113, ruangan Siasah kerana agak "basi".

Bagi siswa-siswi di Mesir anda boleh dapatkan Suara Kampus bilangan 113 di pasaran sekarang!! LE5 sahaja!


26 November 2008

Belajar dari Khalid dan Umar


Segalanya Untuk Islam

Pada waktu Khalifah 'Umar ibn Khattab menjadi Khalifah, Khalid ibn Walid menjadi Panglima Perang. Kemana saja dia dikirim pasukannya selalu menang. Sewaktu pasukan Khalid ada di Asia Kecil. Sebelum menyerbu pertahanan musuh Khalid mendapat surat dari Khalfiah, iaitu surat pemecatan, dihentikan jadi panglima.

Dalam peperangan itu, Kahlid sebagai tentera biasa masih menunjukkan kesungguhannya, bahkan masih berjasa dalam mengkucar-kacirkan kubu musuh. Ketika ditanya temannya sepasukan, "hai Khalid, buat apa engkau bersungguh-sungguh begitu, bukankah engkau telah dipecat Umar?" Khalid menjawab, "saya tidak berjuang untuk Umar, melainkan berjuang untuk Islam." Kemudian Khalid minta izin dari panglima yang baru untuk ke Madinah minta penjelasan Khalifah.

Minta Penjelasan

"Mengapa saya dipecat, apa kesalahan saya?"

"Engkau dipecat untuk mencegah tiga keadaan berlaku. Pertama, untuk Khalifah, Panglima tidak boleh lebih popular dari Khalifah. Yang kedua, untuk engkau sendiri, engkau adalah manusia biasa, kalau berhasil terus dalam memimpin engkau akan menjadi sombong. Yang ketiga untuk rakyat, rakyat harus dipelihara akidahnya dan kemusyrikan memuja, mengagungkan pahlawannya."

"Saya terima pemecatan itu dengan ikhlas".

"Engkau sekarang saya tugaskan membantu Sa'ad untuk pasukan hadapan di sebelah timur yang sedang mengalami kesulitan melawan pasukan bergajah angkatan perang Parsi."

Maka Khalid dikirimlah ke pasukan hadapan sebelah timur. Dia menyarankan kepada Panglima Sa'ad untuk menghadapi setiap ekor gajah perang dengan satu regu pasukan panah. Yang dipanah dahulu adalah penunggangnya. Setelah penunggangnya tewas baru memanah gajah pada bahagian yang sensitif.

Khalid sendiri menawarkan dirinya untuk mengepalai regu dari salah satu regu pemanah. Taktik Khalid ini berhasil mengundurkan tentera bergajah itu. Karena gajah itu sudah tidak ada yang mengendalikannya, dan kesakitan kena panah, para gajah itu berbalik haluan menginjak-injak tentera berkuda dan infantri di belakangnya, maka kucar-kacirlah pasukan Parsi itu.

Nilai Yang Masih Relevan

Ada empat nilai yang masih relevan hingga kini dalam kehidupan bernegara dari dialog di atas.

Yang pertama, sikap keterbukaan dan keikhlasan, sebab tanpa keterbukaan mudah terjadi kesalah fahaman, yang mengandungi bibit perpecahan ibarat api dalam sekam, baik dalam kalangan pimpinan, mahupun antara yang memimpin dengan yang dipimpin.

Yang kedua, khalifah tidak boleh kurang popular dari panglimanya. Betapa banyak terjadi perebutan kekuasaan yang dilakukan oleh panglima suatu negara maupun kerajaan dalam sejarah.

Yang ketiga, orang yang selalu berjaya dalam bidang apa saja, akan menjadi empuk bagi iblis untuk masuk dalam perangkapnya bersifat seperti iblis sendiri, iaitu takbur, menyombongkan diri, baik kesombongan pangkat, mahupun kesombongan intelektual dan jenis jenis kesombongan yang lain.

Yang keempat, sikap mendewakan pemimpin, taat tanpa banyak soal, setia tanpa batas dari rakyat, menyebabkan rosaknya aqidah rakyat di pihak yang satu, dan pada pihak yang lain pemimpin akan menjadi diktator. Contohnya banyak dalam sejarah seperti misalnya rakyat Jerman yang memuja Fuhrernya, Hitler, sang diktator.

20 November 2008

Ahli Parilmen PAS: Sejauhmana praktiknya sebagai Da'i di parlimen?

Sejak tamatnya pilihanraya umum lalu, Parti Islam SeMalaysia telah memenangi kerusi sebanyak 23 buah kerusi iaitu ketiga tertinggi selepas PKR dan DAP. Dengan kemenangan sebanyak itu ditakdirkan PKR mengetuai barisan pembangkang di Parlimen. Apa yang hendak disentuh di sini bukanlah kepada banyak atau sedikitnya bilangan MP Pas di Parlimen. Tetapi sejauhmanakah, MP Pas dapat menjalankan tugas sebagai ahli parlimen dari sebuah gerakan Islam yang mana gerakan Islam ini sangat rapat dengan kerja-kerja dakwah yang tidak kira tempat.

Setelah beberapa siri pilihanraya yang berlalu, diperhatikan dari sedutan-sedutan perjalanan yang disertai oleh MP Pas nampaknya masih gagal menonjolkan MP Pas dari sebuah gerakan Islam dan dakwah. Seruan-seruan ke arah melaksanakan Islam yang syumul masih di tahap yang rendah. Samada tidak berpeluang atau peluang yang disia-siakan tidak pasti.

Diperhatikan juga gelagat dan akhlak yang ditunjukkan oleh sesetengah MP Pas yang terkeluar langsung dari ahlak Islam yang semestinya ditunjukan dalam parlimen. Adakah parlimen bukan medan untuk melahirkan pimpinan Islam yang jitu? Tahap perbahasan yang lemah dan gaya bahasa yang kurang menyerlahkan kata-kata zikir dan pujian kepada Rasul tidak menunjukan MP Pas dari sebuah gerakan dakwah. Apatah lagi MP Pas terikut-ikut dengan gaya dan persembahan MP pembangkang yang lain dari kalangan Pakatan Rakyat. Juga suka mentertawakan musuh serta memperlekehkan mereka. Akhlak-akhlak ini sangat jauh sebagai salah seorang pendakwah.

Memang banyak isu-isu rakyat yang kita bangkitkan, tertuma dalam kes-kes penyalahgunaan kuasa oleh pihak pemerintah. Banyak alternatif-alternatif yang ditonjolkan oleh kita, tapi ke manakah alternatif-alternatif yang dituntut dalam Islam? Dari hal pengurusan sebuah negara banyak disebut-sebut dalam buku-buku haraki karya ulama dan pimpinan kita, tetapi kurang diperkatakan. Rakyat tertunggu-tungggu terutama pendokong-pendokong gerakan Islam. Sebenarnya inilah medan bagi MP Pas memperjuangkan isu-isu Islam yang pokok! Suara-suara Islam dari gerakan Islam yang lain juga boleh diketengahkan agar nampak Pas ini mengetuai gerakan-gerakan Islam yang lain. Tidak dinafikan setengah MP Pas lahir dari kalangan ABIM, JIM dan lain-lain pertubuhan Islam, tetapi seakan hilang apakah yang mereka dapat sebelum melangkah sebagai ahli parlimen. Apakah tidak cukup tamrin qiyadi, usrah dan segala pengisian yang diperolehi sebelum ini untuk menjadi tulang belakang mereka? Apakah kerana menyuarakan perkara-perkara dari perspektif Islam akan mengendurkan hubungan Pakatan Rakyat? Saya rasa tidak, kerana di kalangan mereka jahil dan tidak tahu bagaimana kedudukan mereka jika negara Islam terbentuk.

Nampak seperti teori dan praktik saling menyingkiri dan isu ini jika tiada tindakan akan berterusanlah perangai-perangai pelik dari MP Pas. Juga mahu disentuh di sini ialah peranan-peranan ulama yang menjadi MP Pas, ke manakah mereka? Sering kita lihat mereka yang bangun terdiri dari golongan profesional, golongan ulama seperti tidak aktif di parlimen. Banyak isu-isu Islam yang wajar diketengahkan di parlimen, jika ulama-ulama yang berada di parlimen tidak peka dengan isu semasa maka rosaklah ummat. Siapa lagi yang mahu diharapkan jika bukan para ulama? Alunan ayat Quran dan hadith untuk memperkuatkan dalil bagi menyokong hujjah amat dialukan. Jadikan parlimen tidak asing dengan suasana itu.

Dicadangkan supaya MP Pas banyak membuat homework dan usrah sesama MP Pas. Pihak Presiden dan Timbalannya boleh memainkan peranan penting untuk memimpin MP pas lain. Diharapkan agar selepas ini ada perubahan-perubahan ketara di parlimen dan didoakan agar Allah mencampakkan kesabaran dan kebijaksanaan kepada MP Pas.

09 November 2008

Rah Fein? Ila Masr!

7 November 2008, alhamdulillah aku selamat sampai ke Ardhul Kinanah, Mesir. Setelah 4 bulan di tanahair, akhirnya aku selamat sampai ke bumi para nabi ini. Terima kasih banyak kepada ibu yang tercinta juga kepada adik beradik lain yang meredhai pemergian ke Mesir semula, setelah 3 tahun di sini. Juga kepada mereka yang memberi sumbangan kewangan, ianya sangat-sangat dihargai, semoga Allah membalasnya.

Rumah baru, suasana baru, kerenah baru dan roomate baru. Berpindah rumah ketika aku di Malaysia amat merumitkan kepada salah seorang
housemate yang terpaksa mencari rakan-rakan lain untuk memunggah segala barang untuk ke rumah baru. Setinggi-tinggi terima kasih aku ucapkan kepadanya dan rakan-rakan lain. Ada rezeki aku belanja. Hehe.

Di sebalik semua yang baru ini, namun Mesir dan rakyatnya tetap sama.Tiada perubahan besar yang aku lihat setelah 4 bulan di Malaysia. Ini kerana aku juga bakal berhadapan dengan "kemeriahan" untuk mendaftarkan kuliah, juga medical check-up di hospital nanti. Populasi rakyat Mesir yang ramai membuatkan rakyatnya merasa memotong "Q", adalah biasa, tanpa perlu merasa bersalah. Ini berlaku di pintu imigresen di lapangan terbang Kaherah, 2 wanita Mesir dengan selamba memotong kami yang panjang menyusun. Pegawai yang bertugas selamba merima pasportnya. Kami pun "selamba" menahan sabar.

14 subjek bakal aku daftarkan utuk pengajian tahun 4. Semua ini bakal kembalik menguji aku kembali berkuliah. Setahun akan datang insyaAllah bakal aku tempuhi dengan baik. Usaha yang setimpal berserta doa dan tawakkal bakal menjadi rakan karibku semula.

Tahniah kepada Barrack Hussein Obama yang telah dipilih sebagai Pre
siden Amerika yang ke 44. Harap pemilihannya bakal membuka lembaran baru bagi hubungan barat-Islam nanti.

Alfatihah kepada tiga pengebom Bali, yang didapati bersalah menyebabkan kematian 202 orang dalam letupan di kawasan peranginan Bali enam tahun lalu, menjalani hukuman mati ditembak tengah malam tadi.

Hukuman ke atas Imam Samudra, Amrozi Nurhasyim dan adiknya Ali Ghufron telah dilaksanakan tengah malam, beberapa kilometer dari penjara dikawal ketat di pulau Nusakambangan island.

28 Oktober 2008

Selamat Pengantin Baru





Semalam 27 Novermber 2008, seorang lagi "ahli bait" telah menamatkan zaman bujangnya sama sekali, dengan seorang gadis pilihannya. Ustaz Muhammad Firdaus Sulaiman diijabkan pada jam 10 pagi dengan Ustazah Haziqah. Kedua-dua mempelai ni masih belajar di Universiti Al Azhar, Mesir. Seorang di Kaherah seorang lagi di Iskandariyah bertemu di Muar. Hehe.

Tahniah, mabruk!! Didoakan kekal hingga akhir hayat. Juga semakin bersemangat memperjuangkan agama Allah di muka bumi ni.

25 Oktober 2008

Sampai di sini sahaja

24 Oktober 2008, tarikh akhir tenagaku digunakan untuk sebuah kedai buku tersohor di negeri Johor ni. Walaupun sekitar 3 bulan lebih aku berkhidmat, namun beribu pengalaman, ilmu dan ukhuwwah amat dihargai. Di sini baru aku kenal dunia perniagaan, lebih-lebih lagi perniagaan yang agak besar dan mencabar seperti gedung buku. Perkataan yang sering aku dengar sejak berkerja di sini ialah "business is business". Banyak perkara aku lihat dalam banyak yang baik dunia perniagaan ini tidak kurang buruknya juga. Kalimah tadi menjadikan aku terjun ke dunia perniagaan yang banyak karenah yang samada boleh merimanya dengan baik mahupun tidak.

Selaku umat Islam aku tidak terlepas dari tanggungjawab selaku pendakwah, tak kira di mana kita berada tugas dakwah wajib dilaksanakan. Samada taraf kita sebagai tenaga bawahan ataupun tuan yang memiliki namun tugas dakwah tidak membataskan itu semua. Anugerah taqwa tidak terletak dari sudut itu tetapi sejauhmana kita mampu memikulnya.

Semulia-mulia buku dan seburuk-buruk buku ada dijual. Ini membuatkan aku agak rimas dengan suasana tersebut. Walaupun buku-buku atau majalah yang diterbitkan oleh syarikat dajjal seakan diteggelamkan oleh buku-buku yang mulia namun ia menjadikan tarikan, terutama para pengunjung remaja yang kebanyakannya dari golongan wanita. Tidak kurang juga buku seakan novel yang hanya menceritakan babak-babak yang tidak senonoh. Cukup sekadar sinopsis buku atau majalah tersebut yang menceritakan segalanya isi kandungannya, apatahlagi kulit depan yang memaparkan wanita separuh bogel. Dan aku tidak dapat bayangkan jika aku ditempatkan ke bahagian majalah dan novel. Aku menyusun dan mengiklankan kepada pelanggan buku atau majalah dajjal tersebut. Sangat bersyukur kerana dicampakkan ke bahagian akademik, yang hanya terlibat dengan buku-buku sekolah dari tingkatan satu hingga enam.

"Bussines is bussines" kalimah ini menjadi perdebatan aku dengan seorang dari pihak pengurusan. Apakah halal dan haram tidak menjadi timbangan dan perniagaan? Benar! Kita wajar mengikut kehendak pelanggan atas satu-satu barang. Tapi risiko dan kesan akan datang juga perlu difikirkan. Adakah majalah dan buku-buku dajjal tadi boleh menjadi tonik kepada masalah sosial yang sangat membarah sekarang? Aku terfikir dengan risalah menutup aurat yang diedar antara kami yang mempunyai kesedaran kepada para pelanggan di bulan puasa lepas. Dalam masa yang sama menjual juga majalah dan buku dajjal yang memaparkan aksi-aksi dajjal yang membuka aurat dan separuh bogel. Hati aku ketawa terbahak-bahak. Nasib tiada yang perli aku semasa beri risalah aurat tu.

Namun seribu satu pengalaman tetap aku hargai. Kenalan dan sahabat yang sama-sama berkerja tidak aku lupakan. Terutama mereka yang satu department. Tunjuk ajar dan segala bantuan aku ucapkan terima kasih. Juga kepada pihak pengurusan yang sudi menerima aku sebagai salah seorang pekerja. Hal ini amat aku hargai walaupun sekitar 3 bulan sahaja.

Sampai jumpa lagi.
Bandar Baru UDA

03 Oktober 2008

Kullu Sanah Wa Antum Toiyibun

Baru sempat menjengah internet setelah masuk Syawal yang ketiga. Kesempatan ini sememangnya saya tidak lepaskan. Terutama keesokan harinya saya mula berkerja. Kesempatan ini saya menghulur 10 jari memohon ampun dan maaf terutama kepada para pengunjung blog ini juga kepada sesiapa yang mengenali diri ini. Bak pantun jawa yang berbunyi "Godok kupat ngisor ondo, berase sitik kurang sekati, salah silapku jalok ngapuro, ojo di simpen neng jero hati".

Sebelum saya melayari internet ini, saya berkesempatan menunaikan solat isyak di Masjid Negeri Johor, Masjid Sultan Abu Bakar. Sejak pulang bercuti dari Mesir, ini kali pertama saya berkesempatan solat di situ. Ada angan-angan nak bertarawih di situ namun angan-angan tinggal kenangan. Apa yang menyedihkan saya ialah makmum yang ada tidak sampai 10 orang, apatah lagi mahu dipenuhkan saff pertama. Sedih yang amat, masjid yang indah yang makan ratusan tahun ini kehilangan makmumnya. Ada beberapa orang makmum yang terdiri dari Bangladesh, Singapura, selainnya penduduk tempatan.

Hal-hal seperti ini jangan dipandang ringan, terutama kepada pendokong-pendokong gerakan Islam. Ini adalah penyakit ummat yang sangat parah. Ramadhan baru sahaja meninggalkan kita, madrasah dan tarbiyah yang kita lalui hilang dan lupa begitu sahaja. Jangan kita harap dan hanya membilang "kerusi" yang ada jika saf-saf di masjid sangat kecil bilangannya, dan jangan pula memandah remeh akan "kuasa" orang yang mengimarahkan masjid-masjid. Ianya dirakamkan oleh Allah dalam Al Quran yang mana mereka yang mengimarahkan masjid-masjid Allah adalah terdiri dari mereka yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Adakah kita tergolong dengan mereka?

Di hari raya ini juga kita sering perasan dengan mereka-mereka yang semakin jauh dengan amalan-amalan Islam. Kunjung mengunjung masih berjalan, tetapi pergaulan, batas-batas aurat semakin diremehkan. Terutama melibatkan hubungan antara sepupu sepapat. Tidak tertudung, bersalaman lelaki dan perempuan. Saya sendiri tidak terlepas dengan suasana ini. Hinggakan saya sendiri tertanya-tanya dalam hati "boleh tak boleh ni?". Namun ianya sudah menjadi kebiasaan. Kadang-kadang dilakukan oleh mereka-mereka yang belajar agama dan lepasan universiti Islam. Hal-hal seperti ini sepatutnya tidak berlaku. Namun ianya tetap berlaku, dan sampai bila saya tidak pasti. Didoakan agar ianya tidak berpanjangan.

16 September 2008

Allahu Akbar!

Malam ini insyaAllah sama-sama kita menghayati peristiwa besar dalam sejarah umat Islam dan dunia amnya. Iaitu peristiwa penurunan Al Quran iaitu Nuzul Al Quran. Ianya telah dirakamkan oleh Allah dalam Al Quran sendiri berkenaan dengan penurunan ini. "Bulan Ramadhan yang mana pada bulan ini diturunkan padanya Al Quran untuk menjadi petunjuk kepada manusia". Peristiwa besar ini wajib diingati segenap insan yang bergelar mukmin. Kitab suci ini merupakan salah satu kitab yang empat telah diwahyukan oleh Allah kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Ianya merupakan mukjizat yang masih kekal hingga kini. Meyakini dan beriman denganya wajib bahkan wajib pula melaksanakan apa yang terkandung di dalamnya yang terdiri daripada hukum hakam serta arahan-arahan yang jelas memberi kebaikan kepada manusia.

Bagaimanapun kini kita hanya melihat ramai di kalangan umat Islam seperti umat terdahulu yang diturunkan kepada kitab. Hanya beriman separuh dan kufur (ingkar) separuh yang lain. Kefasiqan, kezaliman dan kekafiran jelas kelihatan dan kesesatan sangat menghantui umat Islam. Penegasan oleh Baginda SAW supaya umat Islam berpegang teguh dengan Al Quran sudah tiada kedengaran lagi dan akhirnya membawa kesesatan kepada manusia itu sendiri.

Dalam keadaan umat Islam yang terumbang ambing dek kerana tiada khalifah yang memerintah dunia ketika ini, ianya terus menjerut leher umat Islam dengan keadaan tali barut kafir yang terdiri dari kalangan umat Islam itu sendiri. Melahirkan pemikiran dan ideologi yang pelbagai untuk menyesatkan umat yang bertauhidkan Allah dan mendakwa ianya lahir dari sumber Islam juga. Pengamalan-pengamalan seharian yang tidak sejajar dengan kehendak Islam bahkan sangat jauh menyimpang dan kadang-kadang menghina kesucian ini menjadi duri dalam daging pembentukan umat.

Hari ini 16 September iaitu tarikh bagi memperingati pembentukan Malaysia hasil penggabungan warga borneo Sarawak dan Sabah dengan semenanjung Malaysia. Namun 16 September 2008 sangat berlainan bagi Malaysia kerana tarikh ini dijadikan sasaran Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat melakukan peralihan kuasa. Namun semuanya atas ketentuan Allah SWT yang Maha Bijaksana mengaturkan segalanya.

Saya sendiri tidak terasa teruja dengan sasaran Anwar. Bagi saya apa yang bakal terjadi Islam mesti dominan!

Tahniah juga kepada Tuan Guru Hashim Jasin selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis yang telah diisytiharkan menang di kerusi DUN Sanglang oleh Mahkaman Tinggi. Dengan kemenangan ini PAS Perlis menambah koleksi kerusi di Dewan Undangan Negeri Perlis. Berita ini sangat menggembirakan terutama dari pendokong-pendokong Gerakan Islam PAS. Kemenangan ini juga bermakna kerja-kerja dakwah semakin diperlukan. Kuasa yang diberi merupakan anugerah Allah dan patut digunakan sebaik mungkin selaku khalifah di muka bumi ini.

"Barikillahumma Lana Fi Shahri Ramadhan"
Bandar Baru UDA

11 September 2008

PAS Johor adakan Munajat Perdana

PAS Johor akan mengadakan munajat perdana khusus bagi memohon pertolongan Allah swt agar usaha untuk merealisasikan peralihan kuasa pada 16 September ini berjalan dengan lancar dan aman.

"Munajat perdana yang akan diadakan ini merupakan inisiatif PAS Johor dalam usaha untuk memastikan proses peralihan kuasa ini berlaku dalam suasana aman serta tidak menimbulkan sebarang kejadian yang tidak diingini," kata Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman, di sini, kelmarin.

Menurutnya,
solat hajat perdana yang akan diadakan di Dataran Dewan Pemuda PAS Johor, Taman Renggam Jaya Simpang Renggam, 12 September ini akan bermula dengan majlis berbuka puasa, diikuti dengan solat hajat dan disusuli dengan ceramah oleh Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub serta Pesuruhjaya PAS Johor, Dato' Dr Mahfodz Mohamad.

Mazlan yang juga AJK PAS Pusat, menyeru seluruh umat Islam di Johor turut serta dalam majlis yang sangat penting ini.

"Kita semua tentunya mengharapkan segala-galanya berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang gangguan yang boleh membantutkan proses peralihan kuasa ini, kita mahu proses ini berlangsung secara aman serta tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.

"Bagi kita tiada tempat lain lagi untuk memohon pertolongan selain Allah swt, hanya kepada Allah swt sahaja tempat kita bermunajat dan memohon pertolongan supaya matlamat untuk mengambil-alih kuasa yang sekaligus menyelamatkan negara ini tercapai," katanya.

Sehubungan dengan itu beliau amat mengharapkan seluruh umat Islam di negeri ini turut serta dalam solat hajat perdana ini.

"Selain itu PAS Johor juga mengharapkan komitmen seluruh pimpinan dan ahli PAS di negeri ini untuk sama-sama menjayakan program ini, katanya.

Sumber: HarakahDaily

07 September 2008

Tanggungjawab kita makin bertambah!

Muslim Xinjiang dihalang Tarawih

BEIJING: Masyarakat Muslim China di Xinjiang, dilaporkan dilarang mengerjakan solat Tarawih oleh pihak berkuasa tempatan atas alasan mengelak berlaku sebarang kejadian ganas.

Perkhidmatan berita Islamonline memetik laporan agensi berita Agence France-Presse (AFP) menyatakan, bukan itu saja, malah penduduk lelakinya juga dilarang menyimpan janggut, manakala wanitanya tidak boleh menutup aurat dengan mengenakan tudung mahu pun purdah.

"Kami ingin mengingatkan umat Islam supaya tidak menganjurkan sebarang acara solat berjemaah atau cuba mengadakan sebarang majlis yang mengumpulkan orang ramai bagi mengelak tercetusnya sebarang kejadian yang boleh mengancam keharmonian masyarakat," kata notis pada laman web majlis tempatan Xinhe.

Arahan itu dikeluarkan pihak berkuasa tempatan minggu ini bagi memastikan penduduk Muslim minoriti Uighur mengadakan sebarang acara keagamaan bersempena Ramadan yang bermula minggu ini.

"Sesiapa saja, baik pegawai kerajaan, anggota Parti Komunis, guru dan pelajar juga dilarang terbabit dalam sebarang acara sempena Ramadan. Mereka yang ditangkap kerana berpuasa, akan dihukum," kata satu lagi notis pada laman web majlis daerah Zhaosu, di Xinjiang. - Agensi


Laporan berita ini amar mengejutkan saya, saudara mukmin saya di China ditindas sebegitu rupa. Tindakan pihak berkuasa di sana yang melaksanakan peraturan begitu amat tidak perihatin kepada kebebasan rakyatnya untuk beragama dan mengamalkan dalam ajaran agama.

Kenapa umat Islam dilihat mengganggu ketenteraman awam jika mahu melakukan solat tarawih berjamaah? Adakah ia sangat mengganggu gugat suasana ekonomi China dengan solat berjamaah di Masjid? Adakah ramai bukan Islam akan terbunuh jika kaki-kaki umat Islam melangkah ke Masjid menunaikan tarawih? Ramadhan kali ini amat berlainan sekali kepada umat Islam. Tidak kira mereka berada di mana jua, samada di negara mejoriti ummat Islam atau sebagai rakyat minoriti, hakikat kita sebagai umat Islam yang beriman wajib memberi pertolongan.

Jika dengan amalan yang terkandung dalam rukun Islam pun hendak diamalkan akan dikenakan tindakan, ini merupakan satu penindasan yang jelas menghina umat Islam sedunia. Gesaan saya kepada para pemimpin negara-negara Islam sedunia terutama yang menganggotai OIC perlu bertindak segera berbincang dengan pemerintah China. Kerana ia melibatkan kepentingan umat Islam.

Persoalaan ini juga melibatkan peranan umat Islam di China. Dalam Islam jika umat Islam dihalang untuk melakukan amalan ibadat terutama ibadat wajib, maka wajib mereka berhuijrah ke negara Islam lain, dan negara Islam wajib memberi pembelaan sewajarnya kepada mereka.

Ramadhan yang datang setahun sekali kepada umat Islam nampak dilihat memberi kesan tidak puashati orang-orang kafir. Kekuatan umat Islam yang ditinjolkan dengan solat berjamaah di Masjid amat membimbangkan mereka. Terutama kemenangan Islam pertama dalam peristiwa Badar Al Kubro di bulan puasa amat menyentak meraka. Mereka melihat umat Islam yang istiqamah dengan amalan-amalan Islam akan menjadi kuat dan pengaruh mereka akan melebar.

Peristiwa di China sekarang wajar memberi pengajaran kepada kita terutama di bulan Ramadhan kali ini. Ternyata kalimah "mukhlisina lahuddin walau karihal kafirun" (Ikhlas memperjuangkan Islam walaupun dibenci oleh orang kafir) perlu difahami seamat jelas. Kalimah tersebut yang dibaca saban tahun ketika menyambuy dua hari raya sepatutnya menyutik semangat kepada umat Islam. Namun kini ianya hanya dibaca tanpa memberi kesan.

"Barikillahumma lana fi syahri Ramadhan"
Bandar Baru UDA

04 September 2008

Ramadhan Kali Ini...

Salam Ramadhan.

Buat pertama kali dalam sejarah hidup saya, mengharungi Ramadhan sebagai seorang pekerja. Pekerja di sebuah kedai buku. Kedai yang menjual semulia-mulia buku sehingga sehina-hina buku. Rutin harian sudah berubah, hidup erikat dengan jadual kerja yang tak menentu. Kadang-kadang pagi dan ada ketikanya petang. Sememangnya kekuatan fizikal dan mental amat diperlukan.

Bulan Ramadhan kali ini juga disambut di tanahair. Dugaan lapar, haus dan panas di Mesir berlalu selama 3 tahun, tetapi di tanahair lain dugaannya. Bukan kerana lapar, haus dan panas matahari, tetapi panas dengan dugaan "alur-alur sungai yang terbentuk dari lorong-lorong bukit". Bagaimanapun 'sungai-sungai' tersebut mempunyai tuan, tetapi malangnya kerana tuannya tidak ambil peduli. Inilah tanahairku, setelah 3 tahun di tempat orang, perubahan dari suasana amat ketara sekali. Rindu dengan suasana Ramadhan di Mesir.

Ramadhan sebagai pekerja bukan mudah seperti yang disangka, terutama kes solat tarawih berjamaah di masjid yang terpaksa dikorbankan dek kerana urusan kerja ini. Dalam kes ini ramai juga yang merungut, tak kurang juga yang menambah dosa di bulan puasa dek kerana keluarnya notis "ANDA TIDAK DIBENARKAN MELAKUKAN SOLAT TARAWIH SEMASA BERKERJA. ANDA BOLEH MELAKUKAN AMALAN SUNAT TESEBUT DI RUMAH SECARA BERSENDIRIAN ATAU BERJAMAAH". Sememangnya hak Allah dan hak hamba sesama hamba dibahas dalam isu ini. Saya tak mahu bahas isu ini di blog ini. Cuma mengajak sama-sama kita fikir-fikirkan dan renungkan.

Wallahua'lam

"Ampunilah dosa yang lepas juga akan datang"
Bandar Baru UDA

30 Ogos 2008

Merdeka?

Apa yang anda dapat rasa sejak negara kita merdeka? Saya lahir setelah negara kita merdeka. Bagi mereka yang lahir sebelum merdeka atau merasa hidup sebelum merdeka, kemungkinan boleh kita mendapatkan ulasan yang bermacam-macam.

Namun bagiku, merdekanya Malaysia masih belum memberikan ruang yang baik untuk Islam memerintah. Berjayanya British memberi kemerdekaan kepada Persekutuan Melayu dan memberikan kepada UMNO untuk memerintah negara hanya kesinambungan yang bererti bagi mereka. Islam masih belum memerintah, kuasa Islam terbatas kepada beberapa perkara dalam perlembagaan negara. Hatta dalam hal-hal mahkamah syariah sekalipun ada hukuman-hukumannya tidak mengikut kehendak syarak. Bahkan bidaah yang sangat sesat digunakan. Syarak tujuannya bukan mahu menghukum tetapi mendidik, tetapi bila syariat ditolah tepi maka hilang rasa mahu mendidik tetapi hanya menghukum. Tiada langsung bantuan dan cegahan dari Allah. Manakan tidak, bila tidak dibantu agama Allah, sudikah Allah membalas?

Jenayah semakin meruncing, setiap hari bila menatap berita di televisyen, kes-kes jenayah sememangnya dilaporkan. Bunuh, rompak, curi, rogol dan sebagainya menghiasi dada-dada akhbar. Anak-anak terlalu bebas terutama anak-anak perempuan kita. Bebas dibawa ke sana ke mari. Berpakaian menjolok mata tanpa segan silu menunjukan segala yang tidak perlu ditunjuk. Kita pula merasa malu dengan karenah mereka. Nilai kemanusiaan dan tatasusila semakin teruk terhakis. Inikan pula mahu diajak berbicara tetang adab. Bagaimana generasi yang hendak dibentuk akan datang?

Longlai nak pasang bendera, apatah lagi mahu mengibarkannya...

29 Ogos 2008

Cina Islam boleh perintah Malaysia!

"Saya berminat dengan Islam" ujar lelaki cina selepas kami minum petang bersama. Perbualan sebenar berkenaan dengan hal-hal buku sahaja. Lelaki cina ni penyelia sebuah syarikat pengeluar buku-buku sekolah. Kemudian masuk sedikit isu politik, terutama selepas Anwar angkat sumpah. Ternyata cina ni menyokong pihak pembangkang. Masuk sikit tentang PAS, DAP, perbankan Islam dan lain-lain. Tiba perbualan kami masuk isu agama, memandangkan puasa lagi 2, 3 hari. Dia menanyakan tentang puasa. "Awak agama apa?" tanya saya. "Apa?" dia soal berkali-kali. "Awak agama buddha ke kristian?" tanya aku lagi. "Ohh, saya buddha. Cuma..." berhenti sekejap. "cuma saya tak tahu sangat tentang buddha ni" jelas beliau.

"Saya tengok orang Islam baguslah, banyak sembahyang, sebelum pergi kerja sembangyang. Saya tak sembahyang apa-apa, tak bagus!" jelas beliau yang membuatkan atau berfikir sejenak tentang tulisan-tulisan aku sebelum ini. Satu bukti yang menunjukan rakyat Malaysia tak kira muslim atau bukan sebahagian besar mungkin atau kecil menganut fahaman sekular. Fahaman yang diikuti dengan sedar atau tanpa sedar. Penyakit ini disedari oleh golongan yang bergerak dalam gerakan Islam. Usaha membasmi fahaman ini berterusan dalam pelbagai bentuk dan cara.

PAS selaku salah sebuah Harakah Islamiah yang secara langsung berusaha memerangi fahaman ini dengan terbuka tanpa berselindung. Tidak kira ia berakar umbi dari pihak mana, PAS segera mencantas. Muktamar lalu telah memberikan kata dua kepada Pakatan Rakyat jika Islam tidak dominan dalamnya. maka PAS tidak teragak-agak untuk menarik diri.

"You dah boleh undi-undilah?" tanya dia. "tak dapatlah, sebab bulan 11 I dah balik Egypt" aku jelaskan. "You buat apa sana?" tanya dia lagi. "I studi lagi" jawab aku. "Studi apa?" tanya dia lagi. "Undang-undang Islam" jelas aku lagi. "wah, nanti apa-apa I boleh tanya you lah!" tanya dia dengan semangat. "boleh! no hallah!" aku balas. Aku kenalkan dia dengan salah seorang staf tempat aku kerja. Nama dia Jeffry, salah seolah cina muslim. "You boleh kenal sama dia, dia masuk Islam juga, you boleh tanya bagaimana dan kenapa dia masuk Islam" aku jelaskan kepada beliau. Sebelum Jeffry balik, aku jumpa dia yang jelaskan, kita kena 'tarik' dia. "Ok no hal!" jelas Jeffry kepada aku.

Jelas, sebenarnya penghalang besar untuk kita melaksanakan kerja-kerja dakwah bukan dari orang bukan Islam. Ternyata orang-orang bukan Islam ramai dikalangan mereka 'kosong' tentang agama mereka sendiri. Proses mengislamkan mereka jika dilakukan sejak awal mereka ke tanah melayu mungkin masalah antara agama di Malaysia tidak menjadi kalut. Kita pelbagai bangsa tetapi dengan agama yang satu. Indahnya Malaysia jika berlakus sedemikian. Allahumma amin

Allahumma Ballighna Ramadhan
Bandar Baru UDA

27 Ogos 2008

Taksubkah Mereka?

Ada orang kata, orang Permatang Pauh taksub! Agaknya yang undi BN sejak merdeka sampai sekarang bagaimana ya? Bolehkah kita katakan mereka taksub? Pandangan pukul borong ni disampaikan oleh salah seorang bekas pimpinan PKR dahulu. Sekarang beliau ketua bagi sebuah oganisasi bukan non-partisan. Tak mengapalah, itu hak beliau untuk memberi pandangan. Samada pandangan beliau boleh diterima rakyat atau pengundi Permatang Pauh atau tidak terserahlah, bagaimanapun Anwar sudah kembali sebagai salah seorang wakil rakyat, tetapi bukan di sebelah BN.

Suasana yang amat berbeza sekarang. PRU yang lepas sebagai permulaan perubahan mind-set rakyat sekarang. Apa-apa perubahan seterusnya kita akan lihat selepas ini. Kita rakyat Malaysia sememangnya mengharapkan sebuah perubahan yang baik dan menguntungkan kita. Jika berlaku sebaliknya maka rakyat akan menjadi hakim sekali lagi di masa hadapan.

Sebagai seorang muslim, sewajibnya mengharapkan perubahan akan datang memberi kelebihan kepada Islam. Kerana janji Allah bahawa Islam membawa rahmat sekalian alam. Keadilan Islam tidak setanding dengan keadilan manusia yang perlu dibeli untuk mendapatkannya.

Rakyat Malaysia semakin mabuk dengan suasana ekonomi, politik, dan trend yang teruk dan tiada hala tuju yang jelas. Islam memberi segala jalan untuk menyelesaikan segala masalah. Janji Allah kepada para hambaNya supaya berpegang dan jangan berpaling dari Islam bukan sebarang janji. Janji yang membawa kita ke akhirat. Satu alam yang tiada bicaranya oleh kapitalis, sekularis, nasionalis, dan isme-isme lain yang menolak Islam dan Penciptanya.

Allahumma Ballighna Ramadhan
Bandar Baru UDA

22 Ogos 2008

Bodoh jenis apakah ini?

Saya nak lihat kelibat Saiful Bukhari selepas 26 Ogos nanti. Juga kelibat Najib, Pak Lah tak ketinggalan. Hari ini saya menulis pada hari Pak Lah mengisytiharkan penurunan harga minyak. Sebelum itu nak isytihar 1 September, memandangkan 26 Ogos ni tarikh mengundi di P44 Permatang Pauh, bahang "liwat" pun dah "suam", maka kembali semula kepada minyak. BN dah ubah stail, Barang Naik jadi "Barang Nurun". Saya doakan agar kezaliman dapat dihentikan secepat mungkin dan kembalikan Islam dengan semurninya.

Konflik kes yang melibatkan Anwar atas dakwaan Saiful ternyata menggigit sakit institusi keadilan syarak di Malaysia. Bahkan sepatutnya persatuan peguam syarei di Malaysia mendesak kerajaan membicarakan kes tersebut di Mahkamah syariah bukan di Mahkamah Sivil. Kes ini amat berat kerana dalam Islam dakwaan tuduh orang lain berzina/liwat dan sebagainya adalah satu kes berat, bahkan ada hukuman tertentu kepada penuduh jika tidak cukup saksi dan bukti.

Kes ini membuktikan sistem keadilan mahkamah syariah di Malaysia terjejas, ketika kedua-dua insan yang beragama Islam yang diperuntukkan dalam artikel 121(1A) dalam perlembagaan
persekutuan tidak dilaksanakan sebaik mungkin. Para hakim dan peguam syarei sepatutnya menjerit mendesak kerajaan atas hal ini.

Kes ini kembali kusut setelah Saiful bermubahalah dan bersumpah laknat. Apakah dengan sumpah yang dilakukan depan khalak umum dan bukan dalam rumah mahkamah syariah ianya boleh diterima? Tanpa dilakukan oleh kedua-kedua belah pihak, sumpah tersebut macam orang bodoh. Terutama apabila kandungan ayat yang digunakan oleh Saiful dalam mubahalahnya dia "dipaksa" dan pendakwaan di mahkamah baru-baru ini dengan "suka sama suka". Padahal sumpah laknat hanya dilakukan oleh suami isteri jika tidak mempunyai saksi dan talak berlaku dan haram selamanya untuk mereka merujuk.

Hal ini, betul menyentap keadilan syarak yang sepatutnya digunakan. Pemerintah dan pengamal undang-undang syarak akan disoal kelak di hadapan Allah. Allah menunjukkan Maha Bijaksana dengan adanya kes ini maka manusia sepatutnya kembali memikirkan keadilan yang Islam anjurkan. Porak peranda sekali dan runtuh sama sekali institusi ini. Kita perlu sedar dan mesti cepat memperbaiki hal ini dari berlarutan rosak. Bala apakah yang kita tunggu lagi? Adakaha mahu Allah terbalikkan gunung-ganang di Malaysia menghempap kita?

Ada pihak terus menggunakan sumpah Saiful tersebut dengan mengatakan "terpulang kepada ummat Islam menilainya". Keadilan Islam tidak begitu, Islam memberikan keadilan terhadap semua pihak hatta kepada musuh semasa berperang. Islam mengharamkan membunuh wanita, kanak-kanak dan orang tua, juga mengharamkan membunuh tanaman, ternakan dan meruntuhkan rumah-rumah ibadat agama lain serta para rahibnya. Mengapa tiada langsung tindakan ke atas Saiful setelah kenyataan yang bercanggah dengan pendakwaan di mahkamah dengan kenyataan sumpahnya? Jika keadaan bodoh seperti ini pun kita gagal menilai, maka benarlah bahawa inilah bala yang bahaya sedang merosakan pemikiran kita.

Allahumma Ballighna Ramadhan
Bandar Baru UDA

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai