"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


29 April 2007

Hari-Hari Imtihan

Hari-hari sebenarnya kita berada dalam imtihan (peperiksaan). Segala apa yang dibuat betul atau salah akan diperhitungkan nanti (padang mahsyar).

Bagaimanapun untuk semua jawapan nak dapat betul boleh bukak kitab (Al Quran), kadang-kadang nak dapat markah lebih boleh rujuk kitab lain (As Sunnah). Ini tak masuk lagi bab boleh bincang-bincang lagi (qias dan ijmak). Maka imtihan ini rata-ratanya soalannya sudah bocor. Dulu cikgu (Nabi Muhammad SAW) ada pesan sebelum dia meninggal (wafat). Dia minta kita baca (berpegang) dua kitab (Al Quran dan Hadith) ni. Sebab katanya semua muqarrar. Nanti tak lah salah jawab nanti kat dewan (alam barzakh). Sebab syafawi nanti, ustaz-ustaz (malaikat mungkar dan nakir) yang tanya nanti, tak jauh soalannya sekitar bab-bab ni juga. Kalau tak ikut cakap cikgu tadi susah nanti nak jawab.

Selamat menduduki imtihan...

Allahumma ja'alna minannajihin wal faizin...

19 April 2007

How to survive like this laa.

Salinan dari email seorang kawan. Munasabah juga. So, renung-renungkan dan bertindak, jangan termenung pulak...

Dear Friends,

How to survive like this laa.

Malaysia

Very interesting. .. Read it on.
Somebody should get this to 'people on top'...

Let's do some simple calculations here.

In Malaysia, the average family income is RM3,000/month (where father works, mother doesn't).

I understand there are many families whose
Monthly income does not reach RM3,000, but, to make thingssimple,
let's take RM3,000 as the figure. Ok lah, right?

Okay, let's start rolling with a family which has Papa, Mama, 1 daughter and 1 son. Ngam-ngam ...

Calculation starts...

Electricity and water bill:RM100
(No air-con, No home theatre, No water heater ...ok?)

Phone bill ( Telekom):RM100

Meals for a happy family:RM775
(3 meals on RM25/day, RM25 for 4 persons...?)

Papa m! akan / the-tarik during working hrs:RM155
(RM5/day, RM5 ... Can eat what?)

Car repayment:RM400
(A proton saga aeroback, 7 yrs repayment)

Petrol (living in city, traffic-jam) :RM300
(go to work, bring son to school, only can afford one carrunning)

Insurance:RM650
(kids, wife and myself)

House repayment:RM750
(low cost housing repayment for 30 yrs, retired still have to work to pay!)

Tuition:&nbs p; RM80
(got that cheap meh? I don't think so)

Older children pocket money @ school:RM20
(RM1/day, eat bread?)

School fees:RM30
(enough ah?)

School books and etc:RM100
(always got extra to pay in school)

Younger children milk powder:RM50
(cannot have the DHA, BHA, PHA one, expensive)

Miscellaneous: RM100
(shampoo, rice, sauce, toilet paper)

Oh wait!!! I have to stop here, so... No Astro, no movie@ cinema, no DVD, no CD, no online, cannot KFC, cannot McDonald, ca! nnot go Park walk during weekend (petrol expensive), no chit chat on phonewith grandparents, and etc...

Let's use a calculator to total up... WALAO EH! Shit! RM3,610 already...

EPF belum potong, income tax lagi........ oledi RM3,610 ...

How to survive lah tuan-tuan Dan puan-puan sekalian ???

Our Deputy Prime Minister asked us to change lifestyle?

How to change? Don't eat? Don't work? Don't send childrento school and study?

Beside s that, I believe in Malaysia population, there aremillions of rakyat Malaysia which still don't earn RM3,000/month! !!

What is this? Inilah Malaysia Boleh... Sorry... It shouldbe Malaysians Boleh , because we're still alive and kicking!!

Our politicians must be mad!!!!

Please forward and comment boleh or tak boleh. No wonderso many Ah Loong around..

13 April 2007

Bila menyatakan yang Haq!

Inilah resam perjuangan. Bila menyatakan yang hak. Maka mereka yang mendokong kebatilan tetap akan melawan. Bukan kita yang melawan, tetapi mereka melawan kita. Begitu juga kalau lihat sirah perjuangan Nabi SAW. Memulakan dakwah dengan tidak melawan. Tetapi mereka (golongan jahiliyah) yang "ajak" berlawan. Setelah beberapa siri seksaan, tohmahan, tahanan kepada golongan muslim. Akhirnya mereka tetap mahu melawan, walupun segi logikalnya golongan Muslimin masih lemah yang "lari" ke Madinah.

Jadi mari kita lihat, kenapa golongan yang lemah ini, tetap mahu ditentang sehabis-habisan? Kerana mereka membawa panji-panji kebenaran. Kenapa golongan jahiliyah tidak mahu menerima kebenaran yang dibawa Muhammad SAW? Kerana kepentingan mereka di Makkah tergugat.

Tidak teringatkah kita semasa tawaran yang diberikan kepada Nabi SAW daripada pembesar-pembesar Makkah? Wanita, kuasa, harta? Supaya Nabi menghentikan kerja-kerja dakwah Baginda SAW? Adakah Nabi SAW terima? Jawapannya tidak! Bahkan Nabi SAW membalas "jika matahari diletak ditangan kiriku, bulan ditangan kanan ku, aku tetap tidak akan meninggalkan amanah ini".

Apa yang berlaku di Malaysia dan juga apa yang berlaku di Mesir adalah resam perjuangan yang dilalui oleh ummat Islam sejak zaman permulaan Islam itu sendiri. Rentetan ini tetap akan berlangsung.

Sebenarnya bukan kerana PMRAM berlaku itu semua. Tetapi kerana hati busuk golongan sekular yang tetap mahu membantutkan kesinambungan dakwah Islam berkembang di Malaysia. Jika tidak ada PMRAM pun adakah kamu boleh yakin dengan kepimpinan di Malaysia bahawa mereka tetap memberi bantuan kepada pelajar-pelajar jurusan agama?

Lihat sahaja MARA yang ianya 100% hak milik bumiputera melayu di Malaysia. Cuba tanyakan kepada pihak MARA adakah pelajar-pelajar jurusan agama dapat sebarang bantuan? Termasuklah mereka yang belajar di dalam negeri?

PMRAM rasanya sudah habis berlembut dengan pihak kedutaan dan kerajaan Malaysia. Tetapi
sejauhmana kita diterima oleh mereka? Tak perlulah mahu dibandingkan masalah ini sahaja. Cuba lihat Kerajaan Selangor yang menjalankan kempen Setinggan Sifar. Sejauhmana keadilan yang diberikan oleh kerajaan Selangor keadilan kepada penghuni setinggan apabila rumah-rumah mereka dirobohkan? Adakah semua penghuni setinggan tersebut 100% penyokong PAS? Inilah realiti yang berlaku di Negara kita. Apabila Islam itu sendiri tidak dijadikan batu asas kepada penyelesaian masalah yang menimpa.

Ya, kita mahu toleransi! Kita mahukan bersatu, tetapi atas dasar kalimah tauhid! dengan gagasan Tali Allah! Ini yang kita mahukan! Tetapi ada yang tidak mahu! bersatu atas dasar lain kami menolak awal! Minta maaf!

Kita keluar sekejap ke dunia luar. Apa yang berlaku di afghanistan. Negara yang miskin. Perang beratus-ratus tahun. Infrastruktur yang musnah dek peperangan yang menimpa. Tetapi setelah Taliban berkuasa. Kenapa Amerika tetap mahu menentangnya? Adakah kerana mereka akan menjadi pesaing kuasa besar seperti Rusia dahulu? Adakah akan menggugat kestabilan Amerika? Negara yang miskin, rata-ratanya musnah! Hanya kerana mereka menerapkan pemerintahan Islam dalam negara! Lalu kuasa ini yang amerika tentang habis-habisan, proksi mereka akan gagal di sini!

Jadi, adakah kamu semua sedar akan hal ini? Saya hanya mengungkap sejarah yang berlaku sahaja, supaya menjadi pengajaran kita bersama.

Wallhua'lam

04 April 2007

April Yang Bodoh!

Orang kafir desal Mufti Perak letak jawatan. Apa kata para mufti lain? Terutama Mufti Perlis! Apa pendapat mereka? Dalam kerajaan, aku malas nak ambil tahu. Sebab mereka ni 2 kali 5 sama dengan Gerakan. Pecat Mufti Selangor adalah sejarahnya. Malas nak cerita panjang.

Konklusinya, orang bukan Islam sudah mula tunjuk belang mereka. Setelah siri-siri permintaan mereka kepada kerajaan berkenaan dengan IFC dan selainnya. Mana hilangnya Islam Hadhari, semakin diperjuangkan semakin menjadi0jadi orang kafir di Malaysia. Mereka sudah semakin biadap. Penulis sudah lama tidak pulang ke tanah air. Nampaknya ujian semakin bertambah di tanah air.

Bagaimana pula, persiapan kita di sini? Ada yang sibuk dengan nak jalan-jalan di pyramid. bermacam-macam gaya dan persembahan yang boleh dilihat. Ini tak lihat di kalangan kita yang kuliyahnya di "lihaf" hampir setiap pagi.

Ini belum lagi yang sibuk berbicara tentang syirik kayu kokka, qunut tak qunut, sapu muka bida'h, talqin tak boleh dan macam-macam hal lagi. Sibuk bicara makan biawak halal ke haram, ikan kembung duk belambak lagi, negara habis duk kucar kacir.

Belum lagi yang duk fikir nak pergi program JomHeboh. Belum lagi yang duduk melekat depan tv layan Melodi punya khusyuk nak tahu hal-hal artis. Artis menikah, artis cerai, artis berak, artis kencing, artis kena tangkap khalwat, artis miskin, artis makan biskut merry, artis pakai selipar jepun, artis pakai tudung buka tudung dan macam-macam lagi.

Langsung tak terfikir, ke mana hak-hak keistimewaan orang Melayu semakin lama semakin terhakis. Hal-hal dasar penswastaan di negara kita. "Aku naik basikal sahaja, minyak naik atau turun apa kisah". Lama-lama nanti duk kentut pun kena bayar. Semua ini langsung tak fikir. Duk canang habis Islam Hadhari! Cuba kempen depan orang-orang kampung berembang! Ada kena baling dengan seliapar mungkin!

"Hubbul Wathon Minal Iman"

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai