"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


16 Mei 2009

توقف


Saya memohon maaf kepada pengunjung blog ini. Bermula hari ini, tawaquf sementara dari menulis. Ini kerana, saya bakal menduduki peperiksaan semester akhir pada 18 Mei ini hingga 8 Jun 2009. Segala kekurangan dan kesilapan harap dimaafkan.

Juga kepada rakan-rakan Yahoo Messenger (YM). Saya juga berhenti menggunakan perkhidmatan itu sementara. Jika ada sebarang pertanyaan atau kecemasan boleh hubungi saya terus di talian +2010 876 9138 (kalau ada kredit saya balaslah, insyaAllah) atau terus ke rumah saya di Hayyu Al A'syir, Madinat Nasr.

Gambar: Suasana di Majid Al Azhar

Akhir kata saya meminjam kata-kata murabbi saya yang disegani:

"Kita perlu gemilang dalam status keilmuan kita. Status M.A al-Azhar atau PhD al-Azhar atau apa sahaja status ilmu mesti digenggam oleh kita. Mana tahu status-status itu dapat diguna buat kemenangan dan perjuangan Islam di Malaysia secara khusus.

Semoga seluruh mahasiswa Islam di Mesir khususnya dan seluruh dunia umumnya dapat bergelanggang secara serius dalam bidang ilmu kita masing-masing kerana membikin daulah memerlukan kepakaran dari seluruh bidang keilmuan.

Kalaulah dari Mesir contohnya bakal mengeluarkan 50 orang pemegang PhD al-Azhar al-Syarif dan 50 orang doktor pakar dalam bidang perubatan..

Alangkah cerahnya masa depan pemerintahan Islam di Malaysia sehari dua lagi."

15 Mei 2009

Selamat Hari Guru

Klik pada gambar untuk lebih jelas.

11 Mei 2009

Teringat Dengan Ustaz Ismail Noh...

Agak lama tidak mendengar berita dari bekas Ahli Parlimen Pasir Mas Al Fadzil Ustaz Ismail Noh. Nama beliau di parlimen tidaklah segah mana-mana ahli parlimen pembangkang lain. Tetapi kelibat beliau sering mendapat perhatian saya sejak mula dia melangkah sebagai ahli parlimen.

Melihat kepada perwatakannya yang kelihatan istiqamah dengan serban, saya teringat ketika bagaimana agaknya pada mula-mula Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Alim sebagai ahli parlimen dahulu. Saya kira-kira ianya tak ubah seperti sosok Tuan Guru Nik Aziz. Tetapi pada pilihanraya 2008 lalu, saya tak pasti adakah beliau diminta atau dengan rela melepaskan tanggungjawab itu kepada Ibrahim Ali yang kini menjadi Ahli Parlimen Bebas walaupun bertanding atas tiket PAS. Saya tak faham, bagaimana orang seperti Ibrahim Ali itu boleh menggantikan kerusi seorang ulama?

Namun, saya sering bercakap sendiri. Agaknya beliau ni bakal menggantikan Tuan Guru Nik Aziz sebagai MB Kelantan kot. Harap-harap begitulah, tetapi dia tidak pun bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri Kelantan, bagi membolehkan beliau dilantik. Mungkin juga beliau mahu berundur dari arena politik tanahair, siapa tahu? Namun bagi saya beliau merupakan sebuah mutiara yang hilang di parlimen dan digantikan dengan Ibrahim Ali yang jauh panggang dari api.

Saya teringat ketika gagasan Islam Hadhari mula-mula diperkenalkan. Beliau antara orang yang lantang mengambil tempat membahasakannya. Debat tersebut dengan Dr Masyitah Ibrahim yang ketika itu sebagai ahli parlimen Baling yang juga setiausaha parlimen di Kementerian Perdana Menteri.


Bagi saya yang duduk di Kelantan selama 6 tahun, saya melihat sosok ini amat sesuai sebagai MB Kelantan akan datang. Cuma saya tak pastilah orang Kelantan sendiri bagaimana. Saya pun tidak pernah bertemu 4 mata dengan beliau, berita terbaru beliau kekal sebagai YDP Pas Kawasan Pasir Mas. Jika ada laman web atau blog beliau, mungkin saya boleh mengetahuinya. Namun saya sentiasa berdoa agar beliau sentiasa sihat dan dipanjangkan umur untuk memperjuangkan Islam di mana-mana sekalipun walaupun tidak lagi di Parlimen.
Gambar dari kiri: Ahli-ahli Parlimen PAS dan PKR selepas PRU 2004. Abdul Fatah Harun (MP Rantau Panjang), Ustaz Ismail Noh (MP Pasir Mas), Salahuddin Ayob (MP Kubang Kerian), Kamaruddin Jaafar (MP Tumpat), Speaker, Wan Azizah (MP Permatang Pauh), Ustaz Abdul Halim Abd Rahman (MP Pengkalan Chepa), Dr Hayati Osman (MP Pendang).






الله أكبر

Syukur kepada Allah. Dalam masa keberantakan politik di Perak. Mahkamah hari ini memutuskan bahawa Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak yang sah bukannya Dr Zambry Abdul Kadir.

Berita ini amat menggembirakan rakyat negeri Perak khususnya para pengundi Pakatan Rakyat yang telah memilih parti-parti Pakatan Rakya
t semasza PRU 2008 dahulu. Inilah rancangan Allah, namun kita tidak ketahui apa yang akan berlaku selepas ini. Namun sebagai hambaNya, kita mesti berusaha dan berdoa agar setiap tindakan kita wajar dan mendapat pentunjuk dan nusrah dari Allah.

Walaupun, Dr Zambry akan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan yang entah bila akan bersidang. Mata rakyat sekarang tertumpu kepada pihak Istana Perak. Ini kerana Pakatan Rakyat akan memohon pihak Istana membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak supaya dik
embalikan semula kepada rakyat Perak.

Kebijaksanaan Sultan Perak mula dipersoalkan selepas Mahkamah Tinggi tidak menerima pelantikan Dr Zambry sebagai MB Perak yang sah. Baginda merupakan bekas ketua hakim yang tahu selok belok perundangan serta undang-undang tubuh negeri Perak. Tetapi apa yang berlaku merupakan sebaliknya. Apakah tiada panel penasihat kepada Tuanku Sultan Perak sebelum tergesa-gesa melantik Zambry sebagai MB? Ini telah memalukan pihak Istana dan juga Zambry. Malu paling besar juga ialah Perdana Menteri sendiri yang dilihat sebagai 'playmaker' sejak kerja-kerja rampasan kuasa berlaku.

Dalam pada itu YAB Menteri Besar Kelantan Dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan beberapa kenyataan dan nasihat kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung dengan kemenangan Dato' Seri Ir.Mohammad Nizar Jamaluddin di Makamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi. Menurut Tuan Guru Nik Aziz "Setelah kita menang di Perak kini Perak telah bertukar menjadi Emas buat Pakatan Rakyat, Kejahatan telah terbukti dan kebenaran telah menjelma. Saya menasihati agar yang beragama Islam untuk puasa sunat esok hari serta sembahyang Sunat Syukur dua rakaat. Jangan terlalu gopoh dengan kemenangan ini" katanya.

10 Mei 2009

Selamat Hari Ibu

12. Dan Sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): bersyukurlah kepada Allah (akan Segala nikmatNya kepadaMu)". dan sesiapa Yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa Yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana Sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

13. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah Engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman Yang besar". 14. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa dua tahun; (dengan Yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

15. Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya Engkau mempersekutukan d
enganku sesuatu Yang Engkau - Dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah Engkau taat kepada mereka; dan bergaulah Dengan mereka di dunia Dengan cara Yang baik. dan Turutlah jalan orang-orang Yang rujuk kembali kepadaKu (dengan Tauhid dan amal-amal Yang soleh). kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu Segala Yang kamu telah kerjakan. (Surah Luqman)

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لمن سأله: من ابر؟ قال: أمك, ثم أمك, ثم أمك, ثم قال بعد ذلك: أباك.

Berkata Rasulullah SAW kepada orang yang bertanya kepadanya. “Kepada siapa yang perlu aku buat kebaikan?” Rasulullah SAW menjawab, “ibumu!, kemudian ibumu, kemudian ibumu!” Kemudian barulah Baginda menyebut; “bapamu!”.

Allah SWT menyebutkan dalam hal perintah berbuat baik kepada ibubapa. Namun ianya khusus kepada ibu. Ianya dalam bab khusus (khas selepas ‘am), bagi menunjukkan wajar dilebihkan pertolongan dan perhatian. Ianya menerangkan juga sesungguhnya hak kepada ibu atau tanggungjawab kepada ibu ianya lebih besar dari hak dan tanggungjawab kepada ayah. Menurut keutamaannya ibu lebih aula (utama) bebanding ibu.

Mengandung dan menyusukan

Firman Allah:
“ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya)”

Dialah yang mengandung dan menyusukan kita. Dalam tempoh mengandung, dialah melalui tempoh-tempoh kesusahan demi kesusahan. Apabila membawa kita yang semasa itu di dalam rahimnya. Apabila kita lapar, kita ditendangnya. Dan kadang-kadang menu yang pelik-pelik kita mahukan ketika di dalam kandungan lagi. Tapi ibu turutkan juga. Itulah serba-serbi karenah kita semasa dalam kandungannya.

Bila sudah mula bersekolah, tiada yang tidak cukup melainkan kita anak ibu! Apa yang diminta ibu turutkan. Saya masih teringat ketika saya meminta ibu untuk beli basikal. Kalau dikirakan basikal ketika itu bukanya mahal sangat kalau nak dibandingkan harga hari ni. Ketika itu seingat saya dalam RM150. Saya tak pernah menanyakan kepada ibu apa ibu ada duit untuk beli basikal saya. Atau adakah ibu nak gunakan duit itu untuk kepentingan lain dari menurut kehendak saya nak berbasikal. Itulah kita sebagai anak kecil yang tak tahu pun menilai susah perit seorang ibu. Namun demi kasih saying seorang anak, semua itu tidak diambil kisah olehnya. Diturutkan sahaja. Anda semua mesti pernah merasa demikian kan?
Gambar: Emak saya. Sapiah bte Hj Naroh 64 Tahun. Semoga Allah sentiasa beri hidayah, berkati umurnya dan murahkan rezekinya. Amin.
Sempena Hari Ibu ini, saya khususnya mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada emak saya sendiri Sapiah Hj Naroh. Segala pengorbanan beliau tidak saya lupakan. Di kala saya degil, melawan dan sebagainya, emak saya sukar untuk bercakap kasar kepada anak-anaknya hatta mungkin hatinya terluka atau terguris. Itulah hati seorang ibu.

Alhamdulillah, InsyaAllah tahun ini hajat emak untuk menunaikan haji moga dikabulkan. Dalam tempoh sebelum bulan haji nanti, anak-anak emak jangan lupa dokannya. Semoga apa yang dihajati dikabulkan Allah SWT.


SELAMAT HARI IBU KEPADA IBU-IBU SEMUA…

08 Mei 2009

Yakinlah! Ia Pencegahan Dari Allah

"Dan orang lelaki Yang mencuri dan orang perempuan Yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan Dengan sebab apa Yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah Al Maidah ayat 38)

Adakah mereka yang berkuasa sekarang sedar yang apa yang telah berlaku sekarang? Adakah suara dan rintihan rakyat seperti dibawa angin lalu? Apakah keyakinan dan keimanan kita terhadap Allah dan Maha Bijaksananya masih belum cukup? Banyak persoalan yang berlegar di kepala.

Apakah dek kerana kerusi empuk sebagai orang pertama negara, merasa apa yang berlaku sekarang merupakan isu kecil dan lebih besar kerusi yang mereka dapat? Tak nampakkah kamu?

Allah sedang berbicara dengan kamu semua wahai pemimpin! Apakah yang kamu boleh beri jaminan bila berhadapan dengan Allah? Kamu tergamak membutakan mata dan memekakkan telinga?

"Ini ialah satu "surah" Yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan Yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya)." (Surah An Nuur ayat pertama)

Ingatlah, tanggungjawab kamu sebagai pemimpin. Ia bukan sahaja memimpin manusia tetapi seluruh isinya. Ingatlah bahawa kita ini khalifah. Khalifah yang bersifat hamba yang wajib menurut perintah. Perintah yang bukan sebarang perintah, perintah yang membawa keamanan sejagat dan membawa keselamatan. Bukan sahaja di dunia yang menjadi penjara bagi orang beriman, tetapi hingga ke akhirat yang tiada kesudahan.

Namun kesudahan yang bagaimana kita cari?

Gambar: Mohd. Syawal Nabil, 8, menyiram air mawar di pusara ibunya, Saripah Mohd. Noor yang terbunuh selepas diragut kelmarin, disaksikan kakaknya, Nor Idayu, 12, dua orang adiknya Siti Najwa, 2 dan Nurul Akmal Alisa 6, di tanah perkuburan Kampung Kok Bedullah, Tumpat, Kelantan.

07 Mei 2009

Ragut Jenayah Hirabah?

Peragut boleh dikategorikan dalam Hirabah. Ini bersesuaian dengan maksud hirabah dari sudut syarak:

"Serangan bertujuan merampas harta, membunuh atau menakutkan dengan cara terang-terangan, angkuh dan menggunakan kekuatan di kawasan yang terpencil daripada bantuan. Ia dilakukan oleh mukallaf yang tertakluk kepada undang-undang termasuk kafir zimmi dan orang murtad" [1]

Dua kes ragut yang berlaku sebelum ini yang menyebabkan kematian. Adakah salah satu bentuk hirabah. Bagaimanapun melihat kepada keadaan bagaimana mangsa tersebut dan kawasan kejadian.

Ini kerana melihat kepada frasa 'menggunakan kekuatan' di sini menunjukkan sekiranya jenayah yang dilakukan tersebut dibuat berpunca dari kelalaian dan penjenayah melarikan diri atau melihat kepada kelemahan mangsa, ianya tidak dikategori dalam jenayah hirabah. Tetapi ianya sebagai An-Nuhbah yang mempunyai hukuman khusus.

Frasa 'di kawasan yang terpencil daripada bantuan' adalah kawasan yang jauh daripada kawasan bandar atau kampung yang sekiranya mangsa meminta tolong, suaranya tidak akan kedengan oleh penduduk sekitar. Bagi jenayah yang dilakukan dalam jarak yang boleh didengari suara mangsa, ia tidak dikategorikan sebagai hirabah.

Juga melihat kepada frasa 'mukallaf yang tertakluk kepada undang-undang' ternyata mengenepikan kafir harbi. Oleh itu, kafir harbi tidak termasuk dalam kategori ini walaupun dia membunuh dan merompak. Dia sebenarnya boleh dibunuh dalam apa jua keadaan sekalipun. Macam Shimon Perez contohnya, kalau jumpa dia tak perlu salam macam Syeikh Tantawi buat, amik AK 47 tembak di kepalanya pun tidak mengapa.

Kategori Penjenayah Hirabah

Pertama, dia membunuh dan merompak.

Kedua, membunuh sahaja dan tidak merompak.

Ketiga, merompak dan tidak mengancam nyawa.

Akhirnya, menakut-nakutkan orang ramai tanpa mengancam nyawa atau merompak.

Hukuman Bagi Setiap Kesalahan

Pertama: Dibunuh dan disalib (dipasung) selama tiga hari di tempat yang tinggi. (Wajib mandikan, kafankan dan solatkan seperti biasa)

Kedua: Dibunuh tanpa disalib. (Keluarga mangsa tak boleh maafkan penjenayah ini, kerana ianya hak Allah, tak sama dengan Qisas)

Ketiga: Dipotong tangan dan kaki secara bersilang. (Tangan kanan dan kaki kiri. Bagaimanapun terlebih dahulu melihat kadar harta yang dirompak mestilah mencecah kadar yang ditetapkan dalam kesalahan mencuri iaitu suku dinar atau lebih, atau sama nilai denganya. Sekiranya tak sampai kadar, jatuh kepada hukuman ta'zir)

Keempat: Hukuman ta'zir. (Buang negeri, penjara atau sebagainya. Tiada temph tertentu jika dipenjara, pemerintah juga boleh ampunkan jika perlu)

Dalil Hukuman Hirabah


"Hanyasanya balasan orang-orang Yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah Dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja Dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). hukuman Yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa Yang amat besar." (Surah Al Maidah ayat 33)

Hirabah Ini Boleh Gugurkah Hukumannya?

Semua hukuman yang disebutkan di atas boleh gugur dengan pesalah atau panjenayah tersebut bertaubatsebelum berjaya diberkas. Ini berdasarkan firman Allah:

"Kecuali orang-orang Yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya, (Mereka terlepas dari hukuman itu). maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al Maidah ayat 34)

Status penjenayah selepas bertaubat hanya sebagai pembunuh atau perampas. Oleh itu dia dikenakan hukuman berdasarkan kesalahan membunuh, merompak atau merampas.

Oleh itu, seseorang pembunuh yang telah bertaubat sebelum berjaya diberkas masih tertakluk dengan hukuman qisas. Kecuali dia dimaafkan oleh keluarga atau membayar diyat. Manakala perompak perlu membayar ganti rugi barang yang dirompak selain hukuman ta'zir yang dikenakan pemerintah.

Baik, kita boleh faham penjenaya hirabah yang pernah mencuri dan minum arak kerika melakukan hirabah, masih tertakluk kepada hukuman mencuri atau minum arak walaupun setelah bertaubat. Ini kerana hukuman-hukuman ini tidak gugur walau dengan taubat.

Berat sekali ancaman Allah kepada mereka yang melakukan jenayah hirabah ini. Malaysia boleh dikatakan sudah sampai tahap seriusnya jenayah seperti ini. Ini tidak termasuk kes-kes yang tidak melibatkan nyawa. Sudah tentu banyak sekali. Jenayah mencuri tidak perlu cakap. Hampir setiap hari. Jenayah minum arak seperti tiada apa-apa, bahkan kilang arak dibina!

Al Fatihah kita sedekahkan kepada Almarhumah Jamilah Selamat (gambar) juga kepada mangsa terbaru di Kota Bharu dan Pulau Pinang. Takziah kepada keluarga mangsa.

[1] Fiqh Manhaji Mazhab Syafie

06 Mei 2009

Aku Puak Erdogan!

Walaupun aku pelajar Al Azhar tapi aku tidak menyokong tindakan apa yang dilakukan oleh Syeikh Al Azhar yang seorang ini.

Walaupun aku menyokong ulama menjadi Presiden dan Timbalan Presiden PAS. Tapi bukan bermakna golongan profesional dalam PAS aku ketepikan!

Gambar 1: Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi bertemu dan bersalaman dengan Peres.

Gambar 2: Erdogan yang beredar dari WEF selepas memberi kata dua kepada Peres.


Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai