12. Dan Sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): bersyukurlah kepada Allah (akan Segala nikmatNya kepadaMu)". dan sesiapa Yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa Yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana Sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
13. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah Engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman Yang besar". 14. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa dua tahun; (dengan Yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
15. Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya Engkau mempersekutukan denganku sesuatu Yang Engkau - Dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah Engkau taat kepada mereka; dan bergaulah Dengan mereka di dunia Dengan cara Yang baik. dan Turutlah jalan orang-orang Yang rujuk kembali kepadaKu (dengan Tauhid dan amal-amal Yang soleh). kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu Segala Yang kamu telah kerjakan. (Surah Luqman)

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لمن سأله: من ابر؟ قال: أمك, ثم أمك, ثم أمك, ثم قال بعد ذلك: أباك.
Berkata Rasulullah SAW kepada orang yang bertanya kepadanya. “Kepada siapa yang perlu aku buat kebaikan?” Rasulullah SAW menjawab, “ibumu!, kemudian ibumu, kemudian ibumu!” Kemudian barulah Baginda menyebut; “bapamu!”.
Allah SWT menyebutkan dalam hal perintah berbuat baik kepada ibubapa. Namun ianya khusus kepada ibu. Ianya dalam bab khusus (khas selepas ‘am), bagi menunjukkan wajar dilebihkan pertolongan dan perhatian. Ianya menerangkan juga sesungguhnya hak kepada ibu atau tanggungjawab kepada ibu ianya lebih besar dari hak dan tanggungjawab kepada ayah. Menurut keutamaannya ibu lebih aula (utama) bebanding ibu.
Mengandung dan menyusukan
Firman Allah:
“ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya)”

Dialah yang mengandung dan menyusukan kita. Dalam tempoh mengandung, dialah melalui tempoh-tempoh kesusahan demi kesusahan. Apabila membawa kita yang semasa itu di dalam rahimnya. Apabila kita lapar, kita ditendangnya. Dan kadang-kadang menu yang pelik-pelik kita mahukan ketika di dalam kandungan lagi. Tapi ibu turutkan juga. Itulah serba-serbi karenah kita semasa dalam kandungannya.
Bila sudah mula bersekolah, tiada yang tidak cukup melainkan kita anak ibu! Apa yang diminta ibu turutkan. Saya masih teringat ketika saya meminta ibu untuk beli basikal. Kalau dikirakan basikal ketika itu bukanya mahal sangat kalau nak dibandingkan harga hari ni. Ketika itu seingat saya dalam RM150. Saya tak pernah menanyakan kepada ibu apa ibu ada duit untuk beli basikal saya. Atau adakah ibu nak gunakan duit itu untuk kepentingan lain dari menurut kehendak saya nak berbasikal. Itulah kita sebagai anak kecil yang tak tahu pun menilai susah perit seorang ibu. Namun demi kasih saying seorang anak, semua itu tidak diambil kisah olehnya. Diturutkan sahaja. Anda semua mesti pernah merasa demikian kan?
Alhamdulillah, InsyaAllah tahun ini hajat emak untuk menunaikan haji moga dikabulkan. Dalam tempoh sebelum bulan haji nanti, anak-anak emak jangan lupa dokannya. Semoga apa yang dihajati dikabulkan Allah SWT.
SELAMAT HARI IBU KEPADA IBU-IBU SEMUA…

Gambar: Emak saya. Sapiah bte Hj Naroh 64 Tahun. Semoga Allah sentiasa beri hidayah, berkati umurnya dan murahkan rezekinya. Amin.Sempena Hari Ibu ini, saya khususnya mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada emak saya sendiri Sapiah Hj Naroh. Segala pengorbanan beliau tidak saya lupakan. Di kala saya degil, melawan dan sebagainya, emak saya sukar untuk bercakap kasar kepada anak-anaknya hatta mungkin hatinya terluka atau terguris. Itulah hati seorang ibu.
Alhamdulillah, InsyaAllah tahun ini hajat emak untuk menunaikan haji moga dikabulkan. Dalam tempoh sebelum bulan haji nanti, anak-anak emak jangan lupa dokannya. Semoga apa yang dihajati dikabulkan Allah SWT.
SELAMAT HARI IBU KEPADA IBU-IBU SEMUA…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan