"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


11 Mei 2009

Teringat Dengan Ustaz Ismail Noh...

Agak lama tidak mendengar berita dari bekas Ahli Parlimen Pasir Mas Al Fadzil Ustaz Ismail Noh. Nama beliau di parlimen tidaklah segah mana-mana ahli parlimen pembangkang lain. Tetapi kelibat beliau sering mendapat perhatian saya sejak mula dia melangkah sebagai ahli parlimen.

Melihat kepada perwatakannya yang kelihatan istiqamah dengan serban, saya teringat ketika bagaimana agaknya pada mula-mula Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Alim sebagai ahli parlimen dahulu. Saya kira-kira ianya tak ubah seperti sosok Tuan Guru Nik Aziz. Tetapi pada pilihanraya 2008 lalu, saya tak pasti adakah beliau diminta atau dengan rela melepaskan tanggungjawab itu kepada Ibrahim Ali yang kini menjadi Ahli Parlimen Bebas walaupun bertanding atas tiket PAS. Saya tak faham, bagaimana orang seperti Ibrahim Ali itu boleh menggantikan kerusi seorang ulama?

Namun, saya sering bercakap sendiri. Agaknya beliau ni bakal menggantikan Tuan Guru Nik Aziz sebagai MB Kelantan kot. Harap-harap begitulah, tetapi dia tidak pun bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri Kelantan, bagi membolehkan beliau dilantik. Mungkin juga beliau mahu berundur dari arena politik tanahair, siapa tahu? Namun bagi saya beliau merupakan sebuah mutiara yang hilang di parlimen dan digantikan dengan Ibrahim Ali yang jauh panggang dari api.

Saya teringat ketika gagasan Islam Hadhari mula-mula diperkenalkan. Beliau antara orang yang lantang mengambil tempat membahasakannya. Debat tersebut dengan Dr Masyitah Ibrahim yang ketika itu sebagai ahli parlimen Baling yang juga setiausaha parlimen di Kementerian Perdana Menteri.


Bagi saya yang duduk di Kelantan selama 6 tahun, saya melihat sosok ini amat sesuai sebagai MB Kelantan akan datang. Cuma saya tak pastilah orang Kelantan sendiri bagaimana. Saya pun tidak pernah bertemu 4 mata dengan beliau, berita terbaru beliau kekal sebagai YDP Pas Kawasan Pasir Mas. Jika ada laman web atau blog beliau, mungkin saya boleh mengetahuinya. Namun saya sentiasa berdoa agar beliau sentiasa sihat dan dipanjangkan umur untuk memperjuangkan Islam di mana-mana sekalipun walaupun tidak lagi di Parlimen.
Gambar dari kiri: Ahli-ahli Parlimen PAS dan PKR selepas PRU 2004. Abdul Fatah Harun (MP Rantau Panjang), Ustaz Ismail Noh (MP Pasir Mas), Salahuddin Ayob (MP Kubang Kerian), Kamaruddin Jaafar (MP Tumpat), Speaker, Wan Azizah (MP Permatang Pauh), Ustaz Abdul Halim Abd Rahman (MP Pengkalan Chepa), Dr Hayati Osman (MP Pendang).






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai