"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


31 Januari 2008

Belasungkawa untuk Almarhum Dato' Ishak Baharom

Almarhum Dato' Ishak Baharom dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharom bin Jabar, berasal dari Banjarmasin, Sumatra. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Allahyarham meninggalkan balu, Datin Khalijah Abdullah serta tiga orang anak.

Almarhum mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 - 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun. Pada tahun 1945, Almarhum menyambung pelajaran di di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India.

Jawatan terakhir Almarhum sebelum dilantik menjadi Mufti Negeri Selangor pada 1985 ialah sebagai Mudir Sekolah Menengah Agama Batu 38, Sabak Bernam.

Bagaimanapun pada 1997, ekoran fatwa yang dikeluarkannya yang menegaskan pertandingan ratu cantik adalah haram, beliau telah dipecat daripada jawatan mufti walaupun perkhidmatannya baru sahaja di sambung.

Selepas pemecatan tersebut, Almarhum
meneruskan perjuangannya dengan turun ke padang sebagai penceramah dan pendakwah bebas.

Almarhum bergiat serius dalam PAS bermula pada 2003 setelah dilantik menjadi Ahli Majlis Syura Ulama' PAS sehingga 2007.

29 Januari 2008

Isu PROTES

Polis silap ikut perintah mahkamah?

Profesor Dr Abdul Aziz Bari, UIAM

Ada beberapa hal yang perlu dinilai semula bagi mengelakkan kekeliruan dan ketakutan dalam kalangan rakyat ekoran tangkapan polis baru-baru ini.

Laporan Malaysiakini.com menyatakan bahawa pihak polis, buat kali ketiga, mendapat perintah mahkamah untuk menghalang beberapa tokoh tertentu untuk mengadakan protes.

Yang pertamanya, ialah perintah mahkamah yang didakwa oleh polis itu hanyalah perintah Mahkamah Majistret. Di sisi undang-undang mahkamah, hatta Mahkamah Persekutuan sebagai mahkamah tertinggi negara, tidak boleh menggantung isi dan hak yang dijamin Perlembagaan. Inikan masih lagi Mahkamah Majistret?

Yang kedua, kita tidak pasti undang-undang apa yang dipakai mahkamah berkenaan dalam memberi perintah yang dipohon oleh polis. Apa pun, perlembagaan adalah undang-undang tertinggi dan undang-undang lain tidak boleh mengatasinya. Mahkamah tidak boleh mengambil 'precedent' dari England kerana negara itu tidak mempunyai undang-undang bertulis.

Yang ketiga, hanya Parlimen boleh menyekat hak di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Peranan mahkamah ialah mempertahankan hak itu. Bukannya menggantung atau menafikannya.
Majistret mungkin salah memahami perundangan?

Itu pun hanya boleh dibuat secara tidak langsung, yakni melalui undang-undang sebagai mana Akta Polis atau AUKU. Saya fikir majistret berkenaan telah salah dalam memahami undang-undang.

Perintah ini sebenarnya menyeret mahkamah ke kancah politik. Cuma yang menyedihkan ialah kenapa mahkamah mengeluarkan perintah itu? Siapa dia majistret yang berbuat demikian dan di atas dasar apa? Undang-undang yang mana?

Apa pun seperti yang disebut di atas, tiada undang-undang yang boleh mengatasi perlembagaan. Mahkamah seharusnya membezakan kes ini dengan perintah biasa. Ini bukan kes sivil atau kes cerai dan lain-lain.

Sekarang, kita bercakap soal perlembagaan, yakni undang-undang awam bukan undang-undang keluarga atau undang-undang sivil tentang hubungan sesama individu yang tiada kena-mengena dengan hak awam.

Ini bukan kes melibatkan pergaduhan suami-isteri atau jiran tetangga yang mahkamah boleh mengeluarkan perintah seperti itu. Nampaknya, majistret lupa kedudukan dan signifikan perlembagaan. Polis memang sudah lama tidak mempedulikan perlembagaan.

Dengan itu, tak timbul soal menghina mahkamah sebab perintah itu pun diragui kesahihannya. Dan apakah Mahkamah Majistret berkuasa menghukum apa yang dipanggil sebagai menghina mahkamah itu?

Perkara 126 dalam perlembagaan telah menyatakan bahawa kuasa menghukum itu berada di tangan Mahkamah Tinggi ke atas. Mahkamah Majistret adalah mahkamah rendah.

Agak jelas polis sudah kian terdesak dan kita tidak pasti apakah ini nasihat yang diberi oleh Peguam Negara? Agensi-agensi ini perlu memahami prinsip-prinsip dasar perlembagaan. 'Go to the basics!'

Syabas AKP

Pengharaman pemakaian tudung di Turki ditarik balik

ISTANBUL 29 Jan. –
Pengharaman pemakaian tudung ditarik balik sepenuhnya apabila parti yang memerintah Turki berjaya mendapatkan persetujuan bersama dengan parti pembangkang mengenai isu itu hari ini.

Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan dan Parti Tindakan Kebangsaan (NAP) bersetuju untuk melakukan perubahan pada Perlembagaan Negara dan Undang-Undang Pendidikan Tinggi bagi membolehkan pelajar wanita di universiti memakai tudung. - AP

Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Turki nampaknya sudah sedia melakukan perubahan. Kesan peralihan kuasa kepada Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) menunjukkan reaksi positif dan nampaknya rakyat Turki sudah sedia dengan perubahan. Pihak sekular di sana mula tunduk dengan apa yang diputuskan oleh kerajaan Turki.

Perubahan yang sedikit ini sebenarnya adalah cemirnan besar visi Parti AKP Turki dalam melengkapkan kembali empayar Islam di wilayah yang pernah menjadi pusat pentadbiran Khilafah Islamiyah terakhir.

Selaku rakyat Malaysia yang beragama Islam, saya amat bersyukur dengan apa yang berlaku. InsyaAllah, parti AKP akan terus mendapat mandat rakyat.

27 Januari 2008

Menteri Pengajian Tinggi Yang Kurang Tinggi Pengajiannya

KOTA BHARU: Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed hari ini mengingatkan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta bahawa mereka boleh mengundi jika nama tersenarai di dalam daftar pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi jangan sekali-kali mengambil bahagian dalam aktiviti mana-mana parti politik.

Mustapa berkata pelajar tidak seharusnya hilang fokus terhadap tugas utama mereka iaitu belajar dan membiarkan diri dipengaruhi pihak tertentu untuk terlibat dalam politik.

"Mereka boleh mengundi jika berdaftar tapi tidak boleh ambil bahagian cergas dalam mana-mana parti politik termasuk melakukan demonstrasi dan seumpamanya. Kita tidak akan benarkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat tahun baru 2008 kepada pelajar IPT awam dan swasta seluruh Kelantan di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Angkasawan Negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha yang turut menceritakan pengalaman beliau semasa berada di angkasa lepas kepada lebih 2,000 pelajar IPT awam dan swasta seluruh Kelantan.

Katanya tindakan keras akan diambil terhadap pelajar yang menyalahi Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 termasuk dibuang daripada pengajian dan mereka tidak akan diterima mana-mana IPT awam dan swasta yang lain.

Beliau berkata kementerian telah mengarahkan semua IPT memantau pelajar masing-masing sepanjang musim Pilihan Raya Umum ke-12 nanti.

Katanya beliau juga telah mengadakan perjumpaan dengan pemimpin pelajar 10 IPT dan kesemua mereka berjanji akan mematuhi peraturan yang ditetapkan berhubung perkara itu.

"Mereka turut menyatakan pendirian tidak bersama dengan segelintir kecil pelajar yang telah dipengaruhi pihak tidak bertanggungjawab dan majoriti pelajar IPT sendiri mengakui mereka tidak senang dengan tindakan keterlaluan sesetengah pelajar yang telah terpengaruh itu," katanya.


Tidak membenarkan pelajar-pelajar IPT untuk terlibat dengan aktiviti politik, tetapi membenarkan mereka mengundi semasa pilihanraya. Apa yang Menteri Pengajian Tinggi Malaysia ini faham dengan politik? Adakah hanya dengan melibatkan diri dengan parti-parti politik itu baru dikira aktif dalam aktiviti politik? Adakah dengan mengundi itu atau terlibat dengan pengundian dalam pilihanraya umum itu bukan dari aktiviti politik?

Ini belum lagi sebut tentang demokrasi, bebas untuk memilih dan berpendapat. Manusia itu ada akal fikiran dan pegangan. Mereka berhak membuat pilihan samada itu atau ini. Walaupun kadang-kadang pilihan mereka bukan dari neraca timbangan yang betul, atau sememangnya benar, ianya tetap berhak membuat pilihan. Ini jika membincangkan dari sudut demokrasi liberal, belum lagi sebut dari perspektif syariat Islam lagi.


Dalam demokrasi yang diguna UMNO untuk memerintah negara pun sudah kucar-kacir. Seperti buta dan pekak bila dengar dan lihat perkataan demokrasi.


Memihak kepada mana-mana parti politik adalah hak seorang rakyat yang duduk di negara demokrasi seperti Malaysia. Sepatutnya jangan dicucuk hidungkan rakyat ini, terima sahaja bulat-bulat apa pimpinan buat. Sehingga perkara-perkara kedaulatan negara pun tidak diambil endahkan.


Bagaimanapun, pernyataan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia ni, betul-betul kena batang hidung mereka yang menyertai Kelab UMNO Luar Negara, terutama di Mesir ini, kerana rata-rata mereka ini pelajar pengajian tinggi. Adakah menyertai Kelab UMNO ni, ianya bukan unsur hasutan dari UMNO itu? Sebagai sebuah parti politik di Malaysia? Adakah pernyataan di atas hanya untuk parti-parti pembangkang? Peringatan tersebut bagi mereka yang menyokong pihak pembangkang? Tidak kepada mereka yang menyokong UMNO? Kalau begitu Menteri Pengajian Tinggi ini hanya menteri untuk orang-orang UMNO! Bukan kesemua rakyat Malaysia?


Nah, peringatan buat ahli Kelab UMNO Mesir, juga kepada pihak Kedutaan Malaysia di Mesir. Ini adalah peringatan dari Menteri Pengajian Tinggi yang kurang tinggi pengajiannya.

10 Januari 2008

Gempar! Roti Canai Bakal Pupus Di Malaysia?


Pengusaha restoran mahu henti jual roti canai

JOHOR BAHRU 9 Jan. – Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PPRMM) Johor mahu menghentikan penjualan roti canai mulai minggu depan jika gejala harga tepung gandum yang melambung tinggi ketika ini tidak diatasi segera.

Setiausahanya, Hussin Ibrahim yang mewakili 182 pengusaha restoran Muslim di negeri ini berkata, langkah tersebut terpaksa dilakukan ekoran peningkatan kos penyediaan makanan kegemaran rakyat Malaysia itu.

Lebih menyulitkan, katanya, harga sekampit tepung gandum seberat 25 kilogram yang dulunya dijual pada harga
RM33.65 kini hanya boleh dibeli pada harga RM51 malah bekalannya juga semakin sukar diperoleh.

“Di sesetengah kawasan, harga sekampit tepung mencapai RM54 sedangkan harga roti canai kekal 70 sen sekeping,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Hussin, setiap hari ahli PPRMM memerlukan kira-kira 9,000 kilogram tepung gandum bagi memenuhi permintaan pelanggan di seluruh negeri ini.

“Difahamkan lebih
100 lagi pengusaha restoran yang bukan ahli PPRMM juga akan mengikut langkah kami menghentikan penjualan roti canai jika harga tepung terus tidak dikawal,” ujarnya.

Sebelum itu, Presiden Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia, Datuk Ramalingam Pillai dilaporkan berkata restoran-restoran yang bergabung dalam persatuan itu tidak lagi akan menjual roti canai ekoran harga tepung yang terlalu tinggi.

Ahli-ahli persatuan itu mendakwa pemborong tepung mengenakan harga tambahan antara RM5 hingga RM15 kepada pengusaha restoran berbanding harga kawalan RM33.60 untuk satu beg berisi 25 kilogram tepung.

Hussin memberitahu, masalah kenaikan mendadak harga tepung telah dihadapi sejak November tahun lalu dan berlarutan hingga kini.

‘‘Kami tidak dapat mengecilkan lagi saiz roti canai kerana bimbang kehilangan pelanggan,” katanya.


Satu lagi masalah yang boleh dikategorikan sebagai masalah yang besar menimpa negara! Masalah ini akan berlanjutan hingga bila belum dapat dipastikan. Tapi ternyata ia mungkin terhenti jika kos penghasilan roti canai menurun.

Roti canai dikatakan makanan harian waktu pagi bagi mejoriti rakyat Malaysia, terutama di bandar-bandar utama. Ianya bagaikan pelik jika mana-mana restoran atau warong yang beroperasi bagi waktu sarapan tiada menu roti canai. Bagaimana tidak? ia adalah ringkas, murah dan mengenyangkan.

Masalah roti canai ini bukan masalah baru, selama ini tidak pernah berlaku penurunan harga. Apa yang kita dengar ialah kenaikan harga sahaja. Mungkin ianya tidak terhidang di meja makan Rumah Rasmi Perdana Menteri ataupun mana-mana menteri kabinet di Malaysia. Mungkin juga ia bukan makanan kegemaran Datuk Mohd Shafie Apdal. Namun ianya makanan kegemaran bahkan makan alternatif di waktu pagi sebelum memulakan kerja. Mungkin satu hari nanti Roti Canai bakal dimuziumkan siapa tahu?

p/s: Takut balik Malaysia nanti tak merasa roti canai.

09 Januari 2008

Perutusan Tahun Baru Hijrah 1429 Mursyidul Am PAS

Hijrah biasanya difahami sebagai berlakunya peristiwa perpindahan Rasulullah S.A.W, ahli keluarga dan para Sahabat r.a dari Mekah Mukarramah ke Madinatul Munawwarah, meninggalkan segala harta benda yang sangat disayangi.

Antaranya rumah tangga, kebun halaman, kedai-kedai perniagaan, binatang-binatang ternakan dan segala aset hidup, dengan bergadai nyawa melintasi padang pasir pergi ke destinasi baru 'Madinatul Munawwarah' tanpa sebarang cagaran hidup, selain daripada keyakinan untuk menyebarkan Islam serta mendaulatkan sistem hidup berkerajaan.

Kota Madinah pada ketika itu merupakan tempat yang paling sesuai bagi mendaulatkan Islam kerana penduduknya lebih memahami selok belok agama wahyu, sebab mereka biasa menerima maklumat daripada kaum Yahudi tentang ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa A.S. melalui Kitab Suci Taurat.

Kegiatan politik dan pemerintahan Islam di Madinatul Munawwarah telah menjadi asas dan teras yang paling kukuh dalam mendaulatkan sistem hidup Islam yang syumul (menyeluruh) meliputi perlembagaan, pendidikan, ekonomi, sosial, kebudayaan, ketenteraan, hubungan antarabangsa dan sebagainya.

Alhamdulillah, negeri Kelantan Darul Naim yang selama ini terkenal sebagai Negeri Serambi Mekah telah berjaya mempelopori semangat Hijratur Rasul yang berlaku lebih 1400 tahun yang lalu.

Semangat ini tetap menjadi agenda ajaran Islam sehingga ke hari kiamat kerana Rasulullah s.a.w telah bersabda (yang bermaksud): "Orang yang benar-benar berhijrah ialah orang yang berhijrah meninggalkan segala perkara yang ditegah oleh Allah".

Kelantan sedang meneruskan semangat hijrah tersebut dengan meninggalkan riba, meninggalkan amalan mendedah aurat, meninggalkan sikap tidak mengambil cakno terhadap fakir miskin, meninggalkan hiburan-hiburan yang membawa kepada dosa dan maksiat dan meninggalkan fahaman dan semangat sekular yang mengasingkan agama daripada politik, yang dipaksikan dengan prinsip 'ubudiyyah, mas'uliyyah dan itqan.

Sesungguhnya kejayaan yang paling besar dalam hijrah ialah kejayaan membentuk kerajaan yang dapat mentadbir negara berpandukan ajaran Islam yang bertujuan untuk membawa kemaslahatan dan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

Inilah juga kejayaan paling besar di Kelantan. Kita berjaya membentuk kerajaan yang mengawal Islam daripada gangguan-gangguan syirik, maksiat dan kefasikan. Dan menyuburkannya dengan mengadakan bermacam-macam program yang kesemuanya berjumlah kira-kira seratus jenis pembaharuan.

Di antaranya ialah mewujudkan Maahad Tahfiz Sains di Tanah Merah yang telah dirasmikan oleh KDYMM Tuanku Al-Sultan Kelantan sendiri dengan tujuan untuk mencetuskan pengertian bahawa Al-Quranul Karim dan sains perlu bahu membahu.

Kelantan Darul Naim walaupun memiliki kelengkapan yang agak kurang, tapi Allah S.W.T Maha Mengetahui sejak awal-awal lagi bahawa kita sedang berpegang pada seutas tali yang di hujung sana dipegang sendiri oleh Nabi Muhammad S.A.W yang ditauliahkan dengan anugerah:

"Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada keperibadian dan kepimpinan Rasulullah S.A.W itu terdapat contoh ikutan yang terbaik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan syurga) di akhirat serta dia pula berzikir (menyebut dan mengingati) Allah banyak-banyak (baik semasa susah mahupun semasa senang)." - (Surah al-Ahzab: 21).

Dengan ketetapan inilah kita pegang kemas-kemas tali Allah ini walaupun terpaksa mendaki gunung dan menurun lurah dengan berbekalkan doa, semoga anugerah Ilahi ini dikekalkan berterusan, dengan ingatan syarat-syarat makbul doa iaitu:

"Hendaklah kamu tetap menjalankan perintahku secara berterusan (dengan penuh istiqamah) dan janganlah kamu mengikut jalan orang-orang yang tidak berilmu pengetahuan (mengenai janji-janjiKu di akhirat)". - (Surah Yunus: 89).

Sesungguhnya Allah S.W.T telah mewajibkan kita melaksanakan kerja-kerja amar ma'ruf dan nahi munkar. Tanggungjawab tersebut tidak dapat disempurnakan kecuali dengan wujudnya kekuatan, kuasa pemerintahan dan daya kepimpinan yang cemerlang.

Lantaran inilah telah diriwayatkan bahawa: "Sesungguhnya as-Sultan atau pihak pemerintah itu merupakan bayangan Allah di muka bumi ini".

Lantaran inilah juga terdapat ulama Salafus Soleh seperti al-Fudhail bin 'Iyadh, Imam Ahmad bin Hanbal dan ramai lagi yang mengatakan:

"Sekiranya kami memiliki suatu peluang keramat, apabila berdoa terus diperkenankan oleh Allah, pastilah kami akan pergunakan peluang doa keramat tersebut kepada pihak pemerintah dan Sultan sesebuah negeri, supaya Allah menganugerahkan hidayah dan taufiq-Nya".

Ini kerana dengan taufiq dan hidayah kepada raja dan pihak pemerintah, banyak pihak dan pelbagai institusi yang wujud dalam sesebuah negara berkenaan akan menjadi baik dan dipantau dengan rahmat Allah S.W.T.

Aamiin, Yaa Rabbal 'Aalamiin.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

Selamat Menyambut Tahun 1429

Dingin malam menusuk tulang insan
Yang kesejukan dan ketakutan
Resahnya dibalut kegelisahan
Mengiringi suatu perjalanan
Meninggalkan kota penuh kegelapan
Menuju ke kota cahaya kebenaran

Bermulalah hijrah yang agung
Pengorbanan insan tak ternilai harga kepayahan kesusahan
Menempuh dugaan dan rintangan dalam kehidupan

Mereka tak punya apa
Harta, sanak saudara
Tetapi mereka percaya
Hanya janji Rasulnya

Suraqah mengajar ingin merebut dinar yang dijanjikan
Allah melindungi perjalanan kekasihNya yang tercinta

Debaran
Hijrah ke kota cahaya Kebenaran

Inilah sebuah hijrah yang agung

Gua Thur menjadi saksi hijrah kekasih Allah
Merpati menjadi saksi hijrah kekasih Allah
Lelabah menjadi saksi hijrah kekasih Allah

Debaran
Hijrah ke kota cahaya kebenaran

Hijrah - Now See Heart

05 Januari 2008

Hari ini tahun yang ke 25

Makin berusia, makin tua, makin bertambah tanggungjawab, makin banyak amanah bakal digalas!


03 Januari 2008

Biru yang mengharu-birukan

Dato Seri Dr Chua Soi Lek mengharu-birukan lagi Barisan Nasional yang sememangnya biru! Bekas Menteri Kesihatan tersebut mengaku yang lelaki yang beraksi dalam DVD tersebut adalah beliau. Sebelum ini kecoh dengan kondom dan jarum suntikan diberikan percuma, rupanya mungkin beliau yang dapat banyak kondom tersebut, maka apalah kiranya beliau mencuba sebelum diedarkan!

Satu Malaysia tahu, bagaimana cara-cara menggunakan kondom free! Menteri Kesihatan-nya dah buat sesi praktikalnya sendiri (janganlah sangka buruk huhu).

Keluarga beliau termasuk isteri tercinta memaafkan beliau. Gembiralah! Takde orang nak marah! Hmm, orang-orang Labis, Segamat bagaimana? Kalau dia jadi calon lagi nak sokong ke? Kalau korang sokong maka dunia dah terbaliklah! Tapi rupanya masih ada yang sokong! Termasuk UMNO Labis! Hai kesian!

Gelaran Dato Seri tu tarik balik ler!! (khusus kepada sultan yang beri kat dia)

01 Januari 2008

Nak Jaga Hati Orang Bukan Senang, Nak Sakitkan Hati Orang Bukan Susah

Bukan susah nak sakitkan hati orang, malah kadang-kadang kita tak perasan yang kita telah membuatkan orang lain sakit hati dengan kita. Kalau tak sakit hati pun, terasa hati ngan kita. Apabila hal ini berlaku, bukan senang nak jaga hati mereka. Cuma selama aku hidup ni, hal hati ni malas nak ambil kisah sangat. Tapi ianya penting dalam ukhuwah Islamiyah..ke Islamiah? (betul ke Chaon?)

Pada aku selagi hal-hal hati ini tak berkait dengan hubungan hamba dengan Pencipta, aku malas nak ambil perhatian sangat. Tapi aku dikelilingi dengan manusia yang "suka berhati-hati". Lepak betul!!

Tapi, dulu masa sekolah rendah selalu jugka merajuk, eh! sekolah menengah pun pernah. Pernah tak kawan dengan dia, pernah tak bertegur sapa. Tapi semua tu hal-hal tak penting. Hal-hal budak-budak, sebab tak ajak main layang-layang. Banyak lagilah.

Bila dah mula umur ni nak masuk 25 tahun, juga setelah menempuh alam pengajian tinggi ni, malas dah nak layan masalah-masalah hati ni. Cuma bukanlah masalah "hati mati" atau "buta hati". Tu kes naya!!

Bagaimanapun terpulanglah kepada orang-orang yang mengenali aku, samada adik beradik, kawan-kawan, sahabat handai. Mulai sekarang aku tak kesah.

p/s: Paling tak suka dapur tak kemas lepas masak, tandas kotor!

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai