Pengusaha restoran mahu henti jual roti canai
JOHOR BAHRU 9 Jan. – Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PPRMM) Johor mahu menghentikan penjualan roti canai mulai minggu depan jika gejala harga tepung gandum yang melambung tinggi ketika ini tidak diatasi segera.
Setiausahanya, Hussin Ibrahim yang mewakili 182 pengusaha restoran Muslim di negeri ini berkata, langkah tersebut terpaksa dilakukan ekoran peningkatan kos penyediaan makanan kegemaran rakyat Malaysia itu.
Lebih menyulitkan, katanya, harga sekampit tepung gandum seberat 25 kilogram yang dulunya dijual pada harga RM33.65 kini hanya boleh dibeli pada harga RM51 malah bekalannya juga semakin sukar diperoleh.
“Di sesetengah kawasan, harga sekampit tepung mencapai RM54 sedangkan harga roti canai kekal 70 sen sekeping,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Hussin, setiap hari ahli PPRMM memerlukan kira-kira 9,000 kilogram tepung gandum bagi memenuhi permintaan pelanggan di seluruh negeri ini.
“Difahamkan lebih 100 lagi pengusaha restoran yang bukan ahli PPRMM juga akan mengikut langkah kami menghentikan penjualan roti canai jika harga tepung terus tidak dikawal,” ujarnya.
Sebelum itu, Presiden Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia, Datuk Ramalingam Pillai dilaporkan berkata restoran-restoran yang bergabung dalam persatuan itu tidak lagi akan menjual roti canai ekoran harga tepung yang terlalu tinggi.
Ahli-ahli persatuan itu mendakwa pemborong tepung mengenakan harga tambahan antara RM5 hingga RM15 kepada pengusaha restoran berbanding harga kawalan RM33.60 untuk satu beg berisi 25 kilogram tepung.
Hussin memberitahu, masalah kenaikan mendadak harga tepung telah dihadapi sejak November tahun lalu dan berlarutan hingga kini.
‘‘Kami tidak dapat mengecilkan lagi saiz roti canai kerana bimbang kehilangan pelanggan,” katanya.
Satu lagi masalah yang boleh dikategorikan sebagai masalah yang besar menimpa negara! Masalah ini akan berlanjutan hingga bila belum dapat dipastikan. Tapi ternyata ia mungkin terhenti jika kos penghasilan roti canai menurun.
Roti canai dikatakan makanan harian waktu pagi bagi mejoriti rakyat Malaysia, terutama di bandar-bandar utama. Ianya bagaikan pelik jika mana-mana restoran atau warong yang beroperasi bagi waktu sarapan tiada menu roti canai. Bagaimana tidak? ia adalah ringkas, murah dan mengenyangkan.
Masalah roti canai ini bukan masalah baru, selama ini tidak pernah berlaku penurunan harga. Apa yang kita dengar ialah kenaikan harga sahaja. Mungkin ianya tidak terhidang di meja makan Rumah Rasmi Perdana Menteri ataupun mana-mana menteri kabinet di Malaysia. Mungkin juga ia bukan makanan kegemaran Datuk Mohd Shafie Apdal. Namun ianya makanan kegemaran bahkan makan alternatif di waktu pagi sebelum memulakan kerja. Mungkin satu hari nanti Roti Canai bakal dimuziumkan siapa tahu?
p/s: Takut balik Malaysia nanti tak merasa roti canai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan