"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


26 Julai 2007

Bantah Konsert Gwen Stafani!

Bulan Menyambut Hari Kebangsaan pada kali ini di negara kita juga telah mengundang seorang penyayi wanita barat, Gwen Stafani.

Apa yang ada pada Gewn Stafani untuk mengisi kemerdekaan negara kita? Dia seorang penyanyi wanita barat yang rosak! Segi akhlak, tatasusila apatah lagi agama!


Dalam masa negara kita semakin gawat dalam mengurus hal ehwal sosial, terutama masalah akhlak muda mudi kini. Ada sebahagian dari kita langsung tidak sensitif dengan masalah tersebut. Bahkan menjemput pula seorang penyanyi barat yang berpakaian menjolok mata. Bala apakah lagi yang patut menjadi peringatan kepada orang-orang yang berkepentingan? Setelah bencana Thunami menjadi medan muhasabah kita?

Rasa sedih lagi kecewa apabila konsert ini ditaja oleh syarikat gergasi telikomunikasi pra-bayar negara! Langsung tidak sensitif dengan para pelanggan mereka! Pelanggan mereka diantaranya adalah guru, pendidik, pemimpin masyarakat, imam-imam, polis, tentera dan sebagainya. Apa yang boleh dikatakan, jika melihat anak-anak muda kita berhimpit dalam konsert itu nanti? Sayu hati seorang ibu apabila tahu anaknya meminta duit untuk membeli tiket konsert tersebut. Sebak rasanya seorang ayah melihat anak jantannya membonceng gadis untuk ke konsert tersebut.

Sah dan tidak boleh dinafikan lagi, bahawa konsert pada hari itu nanti bakal merosakkan lagi masalah sosial muda mudi.

Aku selaku rakyat Malaysia yang beragama Islam mendesak pihak kerajaan UMNO supaya membatalkan konsert tersebut! Camanala hangpa ni? Kata Islam Hadhari! Islam Hadhari boleh lagu ni ka??

Maklumat tentang konsert:

Laman Web: http://www.hotlink.com.my/gwenstefani/index.html
Tarikh: 21 Ogos 2007
Tempat: Stadium Tertutup, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.




20 Julai 2007

Zaman Dolah Jadi PM

Islam Hadhari (baca Had Hari)

10 prinsip utama Islam Hadhari:

1. Keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi.

2. Kerajaan adil dan beramanah.

3. Rakyat berjiwa merdeka.

4. Penguasaan ilmu pengetahuan.

5. Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif.

6. Kehidupan berkualiti.

7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita.

8. Keutuhan budaya dan moral.

9. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi.

10. Kekuatan Pertahanan dan Perpaduan.

J-Qaf

Pelajar-pelajar lepasan agama diberi peluang luas dalam bidang ini. J-Qaf diperkenalkan atas hajat nak baiki kelemahan pelajar-pelajar dalam perkara-perkara asas dalam pendidikan Islam. Hal-hal yang berkaitan dengan kefardhuan,pendidikan al Quran dan bahasa arab ditekankan dalam J-Qaf ini.

Aku pun tak pasti bagaimana perjalanan J-Qaf ini sejak dilaksanakan. Sejauhmana kesan dari pelaksanaan ini tiada laporan rasmi dari Kementerian Pendidikan. Bagaimanapun "Not Bad"lah, adalah juga kesan dari gagasan Islam Hadhari dia.

Minyak Naik, Barang Naik, Tol Naik.

Aku rasa adalah tiga kali harga minyak dinaikkan dengan alasan kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa. Kemusykilan aku adalah, kenapa pula dengan pasaran antarabangsa? Sedangkan negara kita di antara pengeluar petrol juga. Mungkin ada ulasan dari pakar ekonomi.

Macam biasalah, bila minyak naik,harga barang pun naik lah. Timbalan Perdana Menteri pernah menganjurkan supaya memboikot kepada para peniaga yang menaikkan harga barang. Itu kata Najib. Apa kata Atlantunya? eh silap... Apa kata rakyat? Timbul pula gesaan dari beliau untuk rakyat mengubah cara dan gaya hidup dalam berbelanja. Bagi rakyat yang mewah alhamdulillah, mungkin ini pesanan yang baik. Cuba bagi rakyat yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang? Tidak kah terguris hati mereka?

Najib kata "ubah gaya hidup" rakyat kata "ubah kerajaan".

Berikutan dengan sedap betul para pemimpin membuat keputusan naik itu naik ini. Maka ada seorang sami ni selalu membuat onar. Dia pun sama naik nak menaikkan harga tol. Kalau nak guna lebuhraya bertaraf dunia kenalah bayar lebih. Banyak cekadak ko! Di Malaysia bila lalu tol ingat Samy Vellu. Bila tol naik ingat Samy Vellu. Ni baru seorang sami di Malaysia. Kalau 2,3 orang sami? Tapi pelik juga, di Thailand yang ramai sami pun lebuh raya sepanjang 10 000 batu tidak dikenakan tol.

Murtad

Bukan seorang yang dah murtad, mengikut laporan dari Jabatan Mufti Negeri Perak melayu muftinya Dr Hj Harussani Zakaria, mencecah ratusan ribu yang dilporkan murtad. Namun sehingga kini tiada sebarang tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan Islam Hadhari untuk mengatasi masalah ini. Sehinggakan YB Kubang Kerian juga Ketua Pemuda PAS Pusat saudara Salahuddin Ayub, membentang rakng undang-undang murtad di Parlimen. Bukan dari ahli parlimen kerjaan, terutama yang duduk di jabatan perdana menteri.

Zaman yang tiada Abu Bakar padanya. Namun apa reaksi Pak Lah?

“Keluar Islam bukan sesuatu yang tidak boleh dilakukan. Ia pernah berlaku sebelum ini. Untuk sesiapa yang tidak mahu beragama islam lagi, apa yang boleh kita buat?”

Kenyatan SS Mufti Perlis:

"kalau dia nak murtad juga, apa kita boleh buat. dari kita menyimpan munafik yang duduk dalam agama, kita biar dia declare diri dia secara terbuka, dia kafir. keluar dari agama..."

Nak kata apa? Pandai-pandai korang ler...

FAM

Tahu tak FAM ni apa? Football Association of Malaysia, atau bahasa melayunya Persekutuan Bolasepak Malaysia. Kejohanan Piala Asia 2007 masih berlangsung di 4 negara, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Malaysia. Keempat-empat negara ini menjadi tuan rumah kejohanan ini. Keempat-empat tuan rumah ini adalah bukan pasukan pilihan. Namun sebenarnya ada satu pasukan yang sebenarnya bukan pasukan "bukan pilihan" tetapi tak terpilih langsung sebenarnya.

Malaysia adalah pasukan yang tidak layak untuk menyertai Piala Asia. Namun atas kapasiti menjadi tuan rumah, Malaysia "dijemput" untuk menyertainya. Tidak dinafikan Malaysia layak menjadi tuan rumah kerana dengan fasilitinya yang lengkap dan memuaskan. Namun sebenarnya tidak bagi menyertai kejohanan ini.

Bermula dengan tewas 5-1 dengan pasukan dari China dan tewas kepada Uzbekistan 5-0 seterusnya tewas kepada Iran 2-0 adalah satu permulaan buruk buat pasukan negara di arena antarabangsa. Bila agaknya nak layak ke Piala Dunia? Tahun 3000 ke?

Diikuti perletakan jawatan oleh Tengku Abdullah selaku Timbalan Presiden FAM dan "direhatkan" kesemua unit kejurulatihan selepas aksi buruk skuad negara menimbulkan pelbagai reaksi. Bagaimanapun aku menyambut baik tindakan ini. Selepas ini Malaysia jangan mengulangi kesilapan dalam memilih kepimpinan bolasepak ini. Jangan ambil orang-orang berkepentingan politik dalam FAM nanti tak bersungguh dibuatnya, jangan ambil orang kuat hiburan pegang kepimpinan FAM, ditertawakan nanti. Ambilorang yang betul-betul pakar dalam bidang bola. betul memikirkan tentang bolasepak.

Hampir sepuluh tahun hidup dengan dunia bolasepak. Tapi bila lihat pemain Malaysia bermain, macam baru setahun bermain dan kenal bagaimana bolasepak dimainkan. Ada masalah juga dengan para pemain sebenarnya.

15 Julai 2007

Mak dah pesan!

"kan mak dah pesan, jangan kisahkan sangat tentang duit, tahulah mak cari! Kerja engkau belajar sahaja rajin-rajin" pesan Mak Piah pada Mal. Mal yang sudah masuk tahun ketiga di Mesir rasa seperti serba salah, apabila dia belum masih mampu menamatkan pelajarannya. Mengikut jadualnya hanya dua tahun sahaja. Namun jadual Allah tidak sesiapa yang mampu menidakkannya. Hati Mal resah dengan keadaan dia masih menjadi tanggungan tunggal keluarganya. Sedangkan umurnya sepatutnya sudaj melangkah ke alam pekerjaan persediaan.

"takpe mak, Mal meniaga sikit-skit, sekadar dapat lepas bayar sewa rumah bulanan pun alhamdulillah" Mal memujuk ibunya untuk beri restu bagi dia memulakan ikhtiarnya mencari rezeki sambil belajar. "hmmm, baiklah Mal, suka hatilah, asalkan tak menyusahkan orang lain sudah" ujar Mak Piah kepada Mal. "Alhamdulillah, terima kasih mak, insyaAllah pandailah Mal jaga, yang penting restu dan doa dari mak Mal harapkan" balas Mal kepada ibu yang dirinduinya.

Petang yang hening itu membuatkan Mal rasa lega dengan apa yang dia telah cakapkan kepada ibunya. Namun timbul pula persoalan baru membelit ruang legar kepalanya. "adakah aku mampu? selama mana?" fikirnya. Namun kemudiannya berserah kepada Allah SWT, kerana pintu rezeki ni letak pada tanganNya. HambaNya hanya berikhtiar dan berusaha.

Yang penting tahu awlawiyatnya, masakan tidak bila kadang-kadang kita tersalah mangatur awlawiyat. Yang kadang-kadang perkara-perkara tahsinat yang mendahului dharuriyat. Ini yang kadang-kadang menjadi kesilapan sebilangan para pelajar apabila belajar sambil bekerja. Apabila keuntungan sudah melebihi had keperluan, dalam masa yang sama otak sentiasa kreatif memikirkannya, syaitan dan nafsu pun terus menjalankan tugasnya seperti biasa.

Apa yang paling penting, kita sesama berfikir dan bertindak wajar dalam melakukan sesuatu. Niat yang baik perlu diiringi doa dan tawakkal kepada Allah SWT. Biar Allah SWT memandu kita dan membawa ke jalan yang diredhaiNya. Dunia ni bukanya selamanya begini. Jiwa ini bukan selamanya begini. Iman ini "yazid" dan "yankus".






08 Julai 2007

Bila Aku Nak Sedar?

Sambungan dari entry yang lepas. "Bila aku nak sedar?" Setelah membaca semula posting yang lepas, inilah perkataan yang membuatkanaku berfikir semula. Setelah sedap melirik ayat, menyatakan itu dan ini. Ianya sebenarnya kembali kepada dasar hati ini. Sejauhmana kesedaran sebenar ini berfungsi dalam diri?

Teringat ketika memberikan tazkirah maghrib di Asrama Pelajar Johor, 2 minggu lepas. Tazkirah yang disampaikan sebenarnya telah mencerminkan diriku sebenar di khalayak ramai. Sekaligus menjadikan hati ini terdetik seketika memikirkan bahawa "itu adalah aku". Adakah selamanya aku begitu?

Setelah selesai menempuh peperiksaan dan sekarang di waktu cuti ini, apa yang aku buat? Rasanya tiada dibelek kitab-kitab, sekadar membaca di celahan waktu senggangan. Mengapa membaca hanya dilakukan pada celahan waktu? Bermakna masa penuh bukan dengan membaca dan menuntut. Tetapi membaca sekadar memenuhi waktu senggang.


Di mana letaknya nilai kemahasiswaan aku? Sebenarnya sudah berada di sebuah negara yang penuh dengan ilmu dan nilai ilmiyah itu sendiri. Bahawasanya aku perlu bangkit! Sedar akan kekurangan namun masih longlai melangkah ke arah kesedaran tersebut.
"iye, kami sedar tapi apa yang kami boleh buat?" (ayat seorang yang takut nak pangkah selain BN)

Di awal subuh semalam aku menghubungi keluarga di Malaysia. Jelas di sana memerlukan aku. Segenap ruang akan meminta untuk aku memenuhinya. Samada aku mahu, tidak mahu, mampu atau tidak mampu mereka sudah tidak melihat itu semua. "Kamu pelajar Universiti Al Azhar!, mesti boleh!".

Ye aku boleh! Boleh blah! (sebenarnya)

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai