Islam Hadhari (baca Had Hari)
10 prinsip utama Islam Hadhari:
1. Keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi.
2. Kerajaan adil dan beramanah.
3. Rakyat berjiwa merdeka.
4. Penguasaan ilmu pengetahuan.
5. Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif.
6. Kehidupan berkualiti.
7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita.
8. Keutuhan budaya dan moral.
9. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi.
10. Kekuatan Pertahanan dan Perpaduan.
J-Qaf
Pelajar-pelajar lepasan agama diberi peluang luas dalam bidang ini. J-Qaf diperkenalkan atas hajat nak baiki kelemahan pelajar-pelajar dalam perkara-perkara asas dalam pendidikan Islam. Hal-hal yang berkaitan dengan kefardhuan,pendidikan al Quran dan bahasa arab ditekankan dalam J-Qaf ini.
Aku pun tak pasti bagaimana perjalanan J-Qaf ini sejak dilaksanakan. Sejauhmana kesan dari pelaksanaan ini tiada laporan rasmi dari Kementerian Pendidikan. Bagaimanapun "Not Bad"lah, adalah juga kesan dari gagasan Islam Hadhari dia.
Minyak Naik, Barang Naik, Tol Naik.
Aku rasa adalah tiga kali harga minyak dinaikkan dengan alasan kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa. Kemusykilan aku adalah, kenapa pula dengan pasaran antarabangsa? Sedangkan negara kita di antara pengeluar petrol juga. Mungkin ada ulasan dari pakar ekonomi.
Macam biasalah, bila minyak naik,harga barang pun naik lah. Timbalan Perdana Menteri pernah menganjurkan supaya memboikot kepada para peniaga yang menaikkan harga barang. Itu kata Najib. Apa kata Atlantunya? eh silap... Apa kata rakyat? Timbul pula gesaan dari beliau untuk rakyat mengubah cara dan gaya hidup dalam berbelanja. Bagi rakyat yang mewah alhamdulillah, mungkin ini pesanan yang baik. Cuba bagi rakyat yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang? Tidak kah terguris hati mereka?
Najib kata "ubah gaya hidup" rakyat kata "ubah kerajaan".
Berikutan dengan sedap betul para pemimpin membuat keputusan naik itu naik ini. Maka ada seorang sami ni selalu membuat onar. Dia pun sama naik nak menaikkan harga tol. Kalau nak guna lebuhraya bertaraf dunia kenalah bayar lebih. Banyak cekadak ko! Di Malaysia bila lalu tol ingat Samy Vellu. Bila tol naik ingat Samy Vellu. Ni baru seorang sami di Malaysia. Kalau 2,3 orang sami? Tapi pelik juga, di Thailand yang ramai sami pun lebuh raya sepanjang 10 000 batu tidak dikenakan tol.
Murtad
Bukan seorang yang dah murtad, mengikut laporan dari Jabatan Mufti Negeri Perak melayu muftinya Dr Hj Harussani Zakaria, mencecah ratusan ribu yang dilporkan murtad. Namun sehingga kini tiada sebarang tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan Islam Hadhari untuk mengatasi masalah ini. Sehinggakan YB Kubang Kerian juga Ketua Pemuda PAS Pusat saudara Salahuddin Ayub, membentang rakng undang-undang murtad di Parlimen. Bukan dari ahli parlimen kerjaan, terutama yang duduk di jabatan perdana menteri.
Zaman yang tiada Abu Bakar padanya. Namun apa reaksi Pak Lah?
“Keluar Islam bukan sesuatu yang tidak boleh dilakukan. Ia pernah berlaku sebelum ini. Untuk sesiapa yang tidak mahu beragama islam lagi, apa yang boleh kita buat?”
Kenyatan SS Mufti Perlis:
"kalau dia nak murtad juga, apa kita boleh buat. dari kita menyimpan munafik yang duduk dalam agama, kita biar dia declare diri dia secara terbuka, dia kafir. keluar dari agama..."
Nak kata apa? Pandai-pandai korang ler...
FAM
Tahu tak FAM ni apa? Football Association of Malaysia, atau bahasa melayunya Persekutuan Bolasepak Malaysia. Kejohanan Piala Asia 2007 masih berlangsung di 4 negara, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Malaysia. Keempat-empat negara ini menjadi tuan rumah kejohanan ini. Keempat-empat tuan rumah ini adalah bukan pasukan pilihan. Namun sebenarnya ada satu pasukan yang sebenarnya bukan pasukan "bukan pilihan" tetapi tak terpilih langsung sebenarnya.
Malaysia adalah pasukan yang tidak layak untuk menyertai Piala Asia. Namun atas kapasiti menjadi tuan rumah, Malaysia "dijemput" untuk menyertainya. Tidak dinafikan Malaysia layak menjadi tuan rumah kerana dengan fasilitinya yang lengkap dan memuaskan. Namun sebenarnya tidak bagi menyertai kejohanan ini.
Bermula dengan tewas 5-1 dengan pasukan dari China dan tewas kepada Uzbekistan 5-0 seterusnya tewas kepada Iran 2-0 adalah satu permulaan buruk buat pasukan negara di arena antarabangsa. Bila agaknya nak layak ke Piala Dunia? Tahun 3000 ke?
Diikuti perletakan jawatan oleh Tengku Abdullah selaku Timbalan Presiden FAM dan "direhatkan" kesemua unit kejurulatihan selepas aksi buruk skuad negara menimbulkan pelbagai reaksi. Bagaimanapun aku menyambut baik tindakan ini. Selepas ini Malaysia jangan mengulangi kesilapan dalam memilih kepimpinan bolasepak ini. Jangan ambil orang-orang berkepentingan politik dalam FAM nanti tak bersungguh dibuatnya, jangan ambil orang kuat hiburan pegang kepimpinan FAM, ditertawakan nanti. Ambilorang yang betul-betul pakar dalam bidang bola. betul memikirkan tentang bolasepak.
Hampir sepuluh tahun hidup dengan dunia bolasepak. Tapi bila lihat pemain Malaysia bermain, macam baru setahun bermain dan kenal bagaimana bolasepak dimainkan. Ada masalah juga dengan para pemain sebenarnya.

salamun'alaik.
BalasPadamSedikit mengenai J-Qaf. Memang kalau nak dilihat secara kasarnya J-Qaf ini disediakan oleh pihak kerajaan untuk membaiku mutu pendidikan Islam di sekolah-sekolah.
Namun, mutakhir ini, pelbagai kepincangan berlaku sama ada di kalangan guru mahupun murid. Ini seterusnya menjadi persoalan tentang sejauh mana J-Qaf berjaya dilaksanakan untuk membentuk biah yang solehah di sekolah2?
Tiada guna J-Qaf dilaksanakan selagimana dasar pendidikan Islam di sekolah tidak berubah.
Bagi saya, J-Qaf ini hanya untuk mengaburi mata rakyat sahaja. Sebenarnya J-Qaf disediakan untuk mengelakkan pelajar-pelajar agama ini bila keluar dari kampus ataupun balik ke Malaysia menjadi penentang kerajaan secara terang-terangan. Jadi, mereka yang menyertai J-Qaf ini seolah-olahnya diperingatkan bahawa kerajaan telah membantu mereka oleh itu mereka tidak seharusnya menentang kerajaan kembali.
Ini sekadar pandangan peribadi saya sahaja.
wallahualam
Alaikumsalam
BalasPadamTerima kasih atas respon sauadra.
Sebenarnya ana tidak tau perkemabngan J QAF sekarang. Jika benar apa yang saudara khabarkan, maka J Qaf tidak lebih setakat projek pilihanraya.