"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


29 Mac 2009

PAS Perlu Bertindak!

YUSUF ABDULLAH, 50:

“SAYA masuk Islam ketika berumur 20 tahun dan mendaftar di Pejabat Agama Islam Sabak Bernam, Kuala Selangor, Selangor pada 1977.

“Saya menjangka akan menerima bantuan dan bimbingan, tetapi tiada siapa pedulikan saya. Akhirnya saya tidak mengamalkan ajaran Islam biarpun selepas berkahwin dan mempunyai tiga anak,” katanya.

Apabila tiada siapa peduli, Yusuf yang berasakan kurang kasih sayang daripada masyarakat Islam di sekelilingnya terus murtad dan mengamalkan hidup lamanya kira-kira 30 tahun hinggalah dia didekati Ustaz Hisham, dua tahun lalu.

Selepas diambil perhatian dan diberi didikan serta bimbingan Ustaz Hisham, Yusuf kembali mengucap kalimah syahadah.

“Yang saya kesalkan, ada di kalangan masyarakat Islam sendiri memandang serong pada mualaf hingga akhirnya individu seperti saya kembali kepada agama asal.

“Saya bukan mahu bantuan kewangan atau apa-apa imbuhan. Saya memeluk Islam secara ikhlas berkat hidayah Allah SWT,” katanya yang kini mengikuti kelas fardu ain dan fardu kifayah setiap minggu.

Yusuf enggan menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya berharap agensi berkaitan serta masyarakat tidak meminggirkan mualaf atau mereka yang mahu memeluk Islam kerana ia bukan saja ‘membunuh’ sifat Islam itu yang menyayangi umatnya tanpa mengira kaum, malah menjadi penyebab mualaf tidak teragak-agak untuk murtad.

WAHAB ABDULLAH, 80-an:

Warga emas ini memeluk Islam sejak puluhan tahun lalu, tetapi akhirnya tinggal di sebuah rumah ibadat bukan Islam di sekitar Sungai Besar kerana tiada siapa mempedulikannya, selain dipandang serong agensi kerajaan yang sepatutnya membantu orang sepertinya.

Akibatnya, dia menjadi jahil mengenai Islam dengan tidak melakukan amalan diwajibkan. Lebih teruk lagi, kerana tiada bantuan mana-mana pihak, dia terpaksa bekerja di sebuah rumah ibadat bukan Islam kerana disediakan penginapan di sana.

“Saya bekerja sebagai mekanik ketika muda dan masuk Islam selepas mendapat hidayah Allah SWT. Namun saya sukar mendapat didikan serta bimbingan kerana ramai tidak peduli.

“Saya mengharapkan ada pihak hadir dan memberi saya semua itu tetapi selepas puluhan tahun, saya hampa hinggalah akhirnya terpaksa tinggal di rumah ibadat bukan Islam,” katanya yang mempunyai seorang isteri serta seorang anak lelaki berpenyakit mental.

Menurut Wahab, walaupun hidupnya susah dan terpaksa makan semangkuk nasi dibahagi dua dengan isterinya sekali sehari, dia tetap bersyukur kerana akhirnya muncul Ustaz Hisham yang mengambil berat masalah dihadapinya.

Katanya, dia cuma mahu menjadi penganut Islam yang baik, tetapi jika tiada siapa mahu atau mampu memberi didikan serta bimbingan, bagaimana dia mahu melakukannya.

“Saya dibawa keluar oleh Ustaz Hisham dari rumah ibadat itu dan ditempatkan di sebuah kediaman usang di Sungai Burung, Kuala Selangor. Biarpun di situ saya hidup serba kekurangan ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, saya tetap bersyukur kerana ada juga insan yang prihatin.

“Saya terpaksa mengharapkan bantuan orang lain untuk meneruskan hidup kerana saya sudah tua dan tidak mampu bekerja. Saya bukan mengemis atau mahukan kemewahan, tetapi berilah apa yang patut saja,” katanya dengan linangan air mata.

HARUN ABDULLAH, 80-an:

BELIAU mendakwa diberi gelaran Datuk ketika era almarhum Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri atas sumbangannya mengislamkan ratusan penduduk kampung di sekitar Sungai Besar.

Bagaimanapun, beliau akhirnya murtad selepas turut gagal diberi didikan serta bimbingan, malah dituduh mengamalkan ajaran agama asalnya sejak lima tahun lalu.

Harun yang kecewa akhirnya menetap di sebuah rumah ibadat bukan Islam di sekitar Sungai Besar sebelum Ustaz Hisham mengetahui perkara itu dan berjaya memujuknya kembali ke pangkuan Islam.

Sejak lebih setahun lalu, Harun turut giat membantu aktivis Islam mengesan beberapa mualaf yang murtad sebelum diberi didikan selain bimbingan. Sehingga kini beliau berjaya menarik semula empat individu murtad untuk kembali ke jalan Allah SWT.

SALIM CHIA ABDULLAH, 69:

“AWAK boleh makan babi ketika bersarapan. Itu tidak salah. Apabila selesai sembahyang Zuhur, dosa itu diampunkan Allah SWT,” itu antara yang diajar oleh seorang lelaki bergelar ustaz dalam kelas fardu ain.

Bagi Salim yang memeluk Islam sejak 33 tahun lalu, perkara terbabit sangat menyedihkan kerana mualaf seperti mereka dilayan seolah-olah orang bodoh yang tidak tahu langsung berkaitan Islam.

Dia yang berkahwin dengan wanita Muslim dan mempunyai enam anak memaklumkan, mualaf lain yang turut belajar dalam kelas itu terkejut dengan kata-kata lelaki terbabit.

“Kami terus maklumkan ustaz itu, kami tidak mahu dia mengajar kami lagi kerana kami tahu dia tidak ikhlas dalam menjalankan tugas kerana ada masanya dia menuduh kami minum arak dan masih mengamalkan ajaran agama asal.

“Mengapa itu berlaku? Kami bukan masuk Islam kerana mahukan wang, menerima taraf Bumiputera atau keistimewaan lain, tapi kami ikhlas. Kami mahu belajar berkaitan keindahan Islam, ajarannya dan pelbagai lagi yang baik dan bukan sindiran atau tuduhan tidak berasas,” katanya geram.

Menurut penternak kambing itu, kadangkala ada masanya mereka perlu mendapatkan bantuan individu lain yang ikhlas memberi didikan dan bimbingan kerana tidak mahu terpesong akidah dan berlaku pelbagai lagi perkara buruk.

Katanya, jangan kerana mereka mualaf, masyarakat atau agensi berkaitan tidak memberi walau sedikit peluang untuk belajar atau menjadi sebahagian daripada komuniti Islam kerana ia bukan saja tidak adil, malah boleh dianggap zalim.

“Yang kami mahu ialah keredaan di dunia dan akhirat. Beri kami panduan dan sayangi kami sebagai saudara Islam, bukan mualaf yang mahukan kemewahan hidup atau wang zakat,” katanya.

ABDUL RAHMAN CHIA ABDULLAH, 43:

“SAYA kenal beberapa mualaf yang juga rakan akhirnya murtad kerana tidak menerima didikan serta bimbingan pihak berkaitan.

“Lebih teruk lagi, mayat beberapa mualaf tidak disempurnakan mengikut cara Islam kerana agensi berkaitan tidak tahu mereka meninggal dunia. Bagaimana perkara seperti itu boleh berlaku?” soalnya.

Menurut nelayan itu, dia mengetahui beberapa kes kematian mualaf yang mayat mereka tidak disempurnakan mengikut cara Islam kerana agensi berkaitan gagal melaksanakan kewajipan sepatutnya.

“Tolong lakukan sesuatu. Jangan hanya sibuk bercakap mengenai halal haram atau agama saja, tetapi dalam masa sama membiarkan mualaf terkapai-kapai tanpa bimbingan sempurna.

“Kepada pegawai agensi berkaitan di Sabak Bernam, jangan hanya memarahi mualaf, sebaliknya lakukan sesuatu untuk kebaikan. Tidak perlu marah-marah menyatakan mahu terus dalam Islam atau murtad kepada mualaf. Kita mahu dikasihi dan disayangi, bukan dijadikan musuh,” katanya tenang.

Sumber: Harian Metro

Jangan biarkan ianya terus berlaku. Saya melihat, dalam hal ini, pihak kerajaan tidak boleh diharapkan lagi. Perlunya pihak PAS selaku gerakan Islam mengambil alih dalam urusan ini. Isu ini bukan isu kecil yang perlu ditempat kedua selepas pilihanraya! Ianya isu akidah, keterikatan hamba dengan Tuhannya.

PAS perlu melakukan sesuatu! Satu jawatankuasa khas perlu diwujudkan. Kita boleh terus mengambil langkah proaktif. Kerana gerakan Islam tidak sematas berorientasikan siasah sahaja Bahkan meng-Islamkan orang merupakan keutamaan pergerakan dalam harakah Islamiah!

Dengan orang bukan Islam kita boleh mewujudkan satu kelab bagi mengharapkan sokongan politik, apakah tidak boleh ada satu jawatankuasa khas bagi membimbing muallaf? Teringat dengan beberapa orang yang memeluk Islam di pejabat agung PAS di Jalan Raja Laut, bagaimana perkembangan mereka ye?

25 Mac 2009

Tajdid Fikrah iii: Persepakatan Pendapat-Pendapat Ulama...

Persepakatan Pendapat-Pendapat Ulama Bahawa Bid'ah Yang Sesat ialah Perkara-Perkara Baharu Dari Susut Syarak Bukan Dari Sudut Bahasa.

1. Syeikh Bakhit Muthi' (Bekas Mufti Mesir)

Bid'ah syarei ialah yang sesat dan yang tercela. Adapun bid'ah yang dibahagikan oleh ulama kepada bid'ah wajib, haram dan sebagainya adalah bid'ah dari sudut bahasa dan ia lebih umum pengertiannya daripada bid'ah syarei adalah satu bahagian daripada bid'ah dari sudut bahasa.
-احسن الكلام فيما يتعلق بسنة والبدعة من الأحكام

2. Ibnu Rejab

Yang dimaksudkan dengan bid'ah ialah sesuatu yang dicipta di mana tidak ada usul di dalam syarak memperakuinya, adapun ciptaan baharu yang terdapat usul di dalam syarak maka ia bukanlah bid'ah yang haram walaupun dari sudut bahasa ia adalah bid'ah.
-جميع العلوم والإحكام

3. Imam Taftazani

Dan mereka tidak mengetahui bahawa bid'ah yang tercela ialah rekaan baharu di dalam agama di mana ia tidak wujud di zaman para sahabat dan tabiin dan tidak ada dalil syarei yang memperaku rekaan tersebut. Terdapat golongan jahil menjadikan semua perkara yang tidak wujud di zaman para sahabat itu adalah bid'ah yang tercela walaupun tidak terdapat dalil yang mencela perbuatan tersebut dengan berpegang dengan hadis:

"اياكم ومحدثات الأمور"
Maksudnya: Hindarilah rekaan-rekaan yang baharu (bid'ah)

Mereka tidak mengetahui maksudnya itu adalah menjadikan perkara baharu di dalam agama yang tidak ada usul atau nas yang menyokongnya.

Menjadikan perkara baharu di dalam agama yang tidak ada usul atau nas yang menyokongnya sama seperti kata Ibnu Rejab: "Barangsiapa yang melakukan perkara baharu lalu dia menisbahkannya kepada agama di mana perkara tidak termasuk di bawah usul syarei maka ia adalah sesat"
-شرح المقاصد

4. Ibnu Athir

Bid'ah terdapat dua bahagian iaitu bid'ah petunjuk dan bid'ah kesesatan , sesuatu perkara yang bercanggah dengan arahan Rasulullah maka ia adalah perkara yang tercela, manakala perkara yang berada di bawah arahan Nabi secara umum maka ia adalah terpuji.

Bid'ah hasanah pada hakikatnya adalah sunnah maka di atas tafsiran ini maksud hadis كل محثة بدعة ditafsirkan kepada perkara yang bercanggah dengan usul-usul syarak dan tidak bertepatan dengan sunnah.
-النهاية

5. Imam Al Ghazali

Bukanlah semua perkara bid'ah adalah dilarang tetapi perkara yang dilarang ialah bid'ah yang bercanggah dengan sunnah yang tetap dan thabit dan membuang segala arahan syarak.
-إحياء علوم الدين

6. Imam Izzuddin Abdus Salam yang mana dinukilkan oleh Imam Nawawi

Bid'ah terbahagi kepada bid'ah wajib, bid'ah haram, bid'ah sunat, bid'ah harus..
-تهذيب الأسماء واللغات

Jadi disimpulkan dengan apa yang disebutkan sebelum daripada kata-kata ulama di dalam menentukan pengertian bid'ah bahawa setiap amalan yang disokong oleh syarak di dalam arahan walaupun ia adalah arahan umum walaupun nas itu tidak datang secara terperinci terhadap amalan tersebut dan ia tidak bertentangan dengan nas serta membawa kepada kesan buruk, maka ia tidak termasuk di dalam pengertian bid'ah yang sesat dan tidak dilemparkan kepada sesuatu perbuatan baik yang di bawah usul yang umum itu adalah bid'ah sesat.

7. Imam Baihaqi meriwayatkan di dalam kitabnya مناقب الشافعي bahawa Imam Syafie berkata:

Perkara-perkara baharu terdapat dua bahagian:

Yang pertama: Sesuatu perkara baharu yang bercanggah dengan Al Quran atau Sunnah atau athar atau Ijmak maka ini adalah bid'ah yang sesat.

Yang Kedua: Sesuatu perkara baharu daripada jenis kebaikan tidak wujud terhadap kebaikan ini, maka ini adalah bid'ah yang tidak tercela.

Pada hakikatnya, kesemua perbuatan dan tindakan hanya untuk merealisasikan tuntutan agama samada dalam urusan agama atau dunia tanpa ada sebarang gambaran bahawa ia adalah daripada agama seperti menyambut Maulid Nabi, maka bukanlah bid'ah sesat walaupun ia merupakan perkara yang baharu wujud di dalam kehidupan orang-orang Islam.

Seperti perbuatan dan tindakan yang tidak bercanggah dengan arahan syarak dan larangannya, maka hukum bagi setiap perbuatan-perbuatan tersebut berdasarkan kesan-kesan daripada perbuatan tersebut.

Maka mana-mana perbuatan yang membawa kepada merealisasikan salah satu daripada lima maslahah iaitu agama, jiwa, akal, keturunan dan harta maka ia adalah sunnah hasanah, yang berada di dalam lingkungan sunat, wajib berdasarkan keperluan merealisasikan mana-mana maslahah tersebut.

Adapun perbuatan yang menyebabkan kepada meruntuhkan salah satu daripada lima maslahah maka ia adalah sunnah saiyiah dan ia berada di dalam lingkungan makruh dan haram berdasarkan kadar kemudaratan yang menimpa maslahah-maslahah tersebut.

Mana-mana perbuatan yang jauh daripada memberi kesan yang baik atau buruk maka ia termasuk di dalam bahagian harus atau bahagian dimaafkan.

Disebabkan tidak terdapat pembahagian di antara bid'ah saiyiah dan bid'ah hasanah maka menyebabkan seseorang tersilap di dalam mengklasifikasikan sesuatu dalam bid'ah yang sesat dengan dakwaan bahawa ia adalah suatu ibadah taufiqiah iaitu ibadah yang dilakukan tanpa ada sebarang perubahan daripada tersebut, dan dengan dakwaan bahawa ia adalah penambahan di dalam agama serta perubahan di dalamnya sedangkan yang dimaksudkan daripada melakukan sebahagian perkara-pekara baharu ialah merealisasikan sesuatu maslahah tanpa ada sebarang gambaran bahawa ia (perbuatan) daripada sebahagian agama maka amalan tersebut dinamakan bid'ah sesat walaupun perbuatan tersebut ialah rekaan baru di dalam kehidupan umat Islam.

Ibnu Taimiyah di dalam kitabnya اعتضاء الصراط المستقيم "sesuatu yang dipandang oleh orang-orang muslim sebagai sesuatu maslahah walaupun ia berlaku selepas zaman Nabi maka di sini dibolehkan mereka-reka sesuatu selagi mana wujud keperluan".

23 Mac 2009

Syed Hamid tepat!

Tindakan kementerian dalam negeri menggantung 3 bulan akhbar Harakah dan Suara Keadilan dianggap tepat! Ia bertepatan dengan Pilihanraya Kecil di "dua bukit dan satu batang" bakal diadakan pada 7 April 2009. Pihak kerajaan sememangnya yang dipimpin oleh UMNO-BN sewajarnya menggantung, bahkan sepatutnya mengharamkan terus dari beroperasi! Ini kerana UMNO-BN bakal mendapat susah ketika berhadapan dengan pembangkang semasa berkempen.

Gelombang menolak kepimpinan UMNO-BN semakin ketara sekarang, dan inilah seharusnya yang patut dilakukan oleh kerajaan. Dalam masa kerajaan menggantung Harakah dan Suara Keadilan, pihak UMNO-BN boleh menggunakan kesemua media cetak dan elektronik untuk berkempen! Ketika ini gunakan sehebat mungkin untuk menenggelamkan pengaruh pembangkang.

Pihak Pakatan Rakyat seharusnya akur dengan tindakan kerajaan ini. Kerana memadai dengan kemenangan beberapa PRK sebelum ini. Berilah UMNO-BN menang! Jika boleh tarik diri dari bertanding lagi bagus!

22 Mac 2009

Nizar Calon Pilihan Pengunjung Kalami

Polling yang dijalankan oleh blog ini menunjukan mejoriti pengunjung memilih Dato Seri Muhammad Nizar Jamaluddin (DS Nizar) sebagai calon bagi kerusi parlimen P059 Bukit Gantang. Tetapi bukanlah mejoriti besar yang memilih DS Nizar. Pilihanraya P059 ini menunjukkan Pas Negeri Perak tidak ketandusan pemimpin yang layak untuk bertanding di kerusi tersebut. Antara calon-calon Pas yang pernah bertanding di kerusi tersebut ialah Ustaz Azizan Mohamed Desa, Allahyarham Roslan Shaharm dan Dr Lo'Lo' Hj Ghazali. Sejak tahun 1990 kerusi tersebut dimenangi oleh UMNO-BN sehingga tahun 2008 lalu dimenangi oleh Allahyarham Roslan Shaharum.


Rekod menunjukan bahawa bukan mudah pembang
kang untuk menang, kerana sepanjang beberapa pilihanraya sejak tahun 1990 hanya sekitar 40 peratus sahaja pengundi yang memihak kepada pembangkang walaupun pada tahun kritikal iaitu 1999. Hanya tsunami politik yang berlaku selepas tahun 2004 seterusnya memberi kesan yang baik kepada pembangkang pada pilihanraya umum 2008.

Namun pasca PRU 2008 yang merubah terus landskap politik di Malaysia menunjukan tidak sunyi dengan beberapa lagi siri pilihanraya kecil, dan pilihanraya tersebut kesemuanya dimenangi oleh pembangkang. Namun tidak mustahil pilihnaraya di "2 bukit dan 1 batang" nanti dimenangi oleh pembangkang. Melihat trend pengundi sekarang yang cenderung kepada pembangkang.

Saya melihat ketiga-tiga kerusi ini adalah kerusi ujian sebenar kepada pihak Pakatan Rakyat dan terutama Barisan Nasional. Kerana suasana dan keadaan politik sekarang agak berbeza momentumnya yang tidak seperti sebelum ini. Melihat kepada siri melompat yang berlaku di Negeri Perak setidak-tidaknya memberi kesan kepada Pakatan Rakyat, terutama Parti Keadilan Rakyat. Tetapi berbeza dengan Parti Islam SeMalaysia yang dilihat sedang on-track meniti puncak. Saya menganggap Pas satu-satunya parti yang menjadi perhatian, dalam negara atau luar negara. Apa yang berlaku di Perak boleh memberi kelebihan yang lebih baik kepada Pas. Isu derhaka tidak menjadi isu besar sekarang. Kita bukan duduk zaman Hang Tuah.

Melihat suasana di Perak, nampaknya tidak ada masalah kepada mana-mana calon yang bakal Pas pertaruhkan. Nama yang disebut-sebut kuat meniti di mulut selain DS Nizar ialah Ustaz Idris Ahmad, salah seorang tokoh ulama muda yang pernah memegang jawatang Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat. Selain beliau ialah Pesuruhjaya Pas Perak sendiri Ustaz Ahmad Awang. Apa yang penting didoakan Pas berjaya mengekalkan kerusi ini.

18 Mac 2009

Catitan Selepas Subuh

Sebentar selepas subuh tadi, hati saya tergerak untuk membelek Youtube. Apa yang saya cari ialah debat bahasa arab. Alhamdulillah tidak mengecewakan. Banyak video-video debat dalam bahasa arab diupload di Youtube.

Kebanyakannya adalah dari pertandingan-pertadingan debat bahasa arab yang dianjurkan oleh pihak universiti mahupun sekolah. Pertama sekali, alhamdulillah! Takjub, petah sekali mereka berdebat dalam bahasa arab dalam lenggok fus-hah. Sejak saya sekolah arab hinggalah ke Kolej Islam di Kelantan tidak pernah saya menyertai mana-mana pertandingan debat bahasa arab mahupun syarahan. Apa yang pernah ialah pembentangan assignment subjek Bahasa Arab di koleh dahulu.

Bila melihat suasana pertandingan debat tersebut, terbayang saya bagaimana suasana Malaysia bila dikuasai bahasa arab. Manalah tahu lingkungan tahun 2020 nanti Malaysia sudah berubah pertuturannya dengan bahasa arab! Tak pun saya pulang ke Malaysia, turun di KLIA kesemuanya telah bertutur dalam bahasa arab. Mungkin saya antara yang terkedu dan tak bercakap sepatah haram!

Tetapi bila diamati, suasana "berdebat" itu agak biasa pula di kalangan pelajar-pelajar di sini. Bahkan bukanlah berdebat sesama melayu sepertimana pertandingan debat bahasa arab, tetapi dengan orang arab. Tempat-tempat berdebat boleh berlaku di beberapa tempat dan keadaan. Sebelum, semasa atau selepas menggunakan perkhidmatan teksi. Ketika membayar bil-bil. Semasa membeli-belah atau ketika di pasar dan ketika arab meminta upah lebih selepas menggunakan khidmatnya. Mungkin mereka yang pernah melalui beberapa situasi yang saya sebutkan tadi tersengih. Masakan saya tidak? Saya juga tersengih bila teringatkan di awal saya di Mesir dahulu. Boleh dikatakan sering sahaja "berdebat" dengan arab dek kerenah mereka. Sehingga kini tiada perubahan! Hinggakan saya pula malas nak "berdebat".

Siapa kata pelajar Mesir tidak petah berbahasa arab? hehe..

17 Mac 2009

Pra-Muktamar PMRAM Kali ke 76

Bersediakah Pimpinan dan Perwakilan?


Muktamar Sanawi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) kali ke 76 bakal berlangsung pada 26 Mac ini. Ianya menjadi rutin wajib tahunan bagi persekutuan ini. Bagi mereka yang pertama kali di bumi Mesir ini mungkin akan melihat bagaimana bentuk perjalanan muktamar ini. Bagi yang lama dan mungkin telah beberapa kali menjadi perwakilan telah pun mendapat gambaran bagaimana ianya berlangsung.


Muktamar Sanawi PMRAM ini merupakan platform akhir setiap sesi bagi pimpinan dan para perwakilan menunjukkan sifat "kita PMRAM". Segala bentuk usul, perbahasan, soal jawab, cadangan dan sebagainya akan dibawa. Seterusnya menjadi tugas pimpinan dan ahli pada sesi akan datang untuk merealisasikan. Samada terealisasi atau tidak terletak pada kita pundak utama pimpinan dan ahli yang memahaminya.

Muktamar ini juga menjadi platform untuk menilai sejauhmana mahasiswa Malaysia di Mesir berkeperibadian mahasiswa. Terutama apabila sesi perbahasan, dapat menilai tahap pengusaan mahasiswa dalam hal bercakap, menguasai fakta, matang mengeluarkan pendapat dan paling penting tidak melalut seterusnya tercampak ke lembah lembab seorang mahasiswa.

Setiap sesi muktamar juga semestinya menghidangkan sesuatu yang panas. Tak kira dari bentuk apa ianya lahir. Tetapi isu-isu panas juga boleh menilai sejauhmana kecerdikan dan kematangan seorang mahasiswa melontarkan pendapat atau pandangan dan menjawab persoalan.

Setiap kali muktamar, medan perbahasan seperti dikuasai oleh para perwakilan siswa. Perwakilan siswi pula seperti tenggelam. Jika terbangkit sekalipun sekitar isu boikot dan soal jawab. Jarang sekali siswi melihat siswi aktif untuk melontarkan usul atau cadangan. Tak pastilah adakah para perwakilan siswi sudah selesa dengan keadaan sekarang? Muktamar kali ini saya secara pribadi mahu melihat para siswi keterhadapan di muktamar dan wajah yang segar. Tak terlepas kepada pimpinan Hal Ehwal Wanita Islam, yang dilihat sebahagiannya hanya duduk hingga tamat muktamar. Wal hal, banyak boleh dibawa hal-hal siswi dalam kerangka hala tuju mahasiswi di Mesir ini.

Ujian paling besar ialah para pimpinan PMRAM. Mereka terpundak segala amanah. Samada berjaya atau tidak melaksanakannya hanya tuan badan sahajalah yang tahu. Terutama cadangan dan segala usul yang diterima semasa muktamar-muktamar lalu, adakah ianya terealisasi atau tidak tiada sebarang makluman dari pimpinan. Para ahli mungkin tertanya-tanya bagaimana follow-up yang dilakukan oleh pimpinan. Bagaimana gerak kerja yang telah dilakukan. Jika tidak dilaksanakan apakah alasannya. Jika persoalan-persoalan ini tidak dijelaskan sehingga ke muktamar, ada dua kemungkinan ia bangkit kembali menjadi isu perbahasan atau ianya hanyut terus dibawa sungai Nil. Mungkin hanya tertulis sebagai sejarah di buku minit laporan tahunan muktamar.

Namun, saya menjangkakan muktamar kali ini bakal panas dan lain panasnya. Atas isu apa kita tunggu dan lihat nanti.

15 Mac 2009

Tajdid Fikrah ii: Bid'ah Yang Sesat

Memperbanyakkan tuduhan serta lemparan dengan bid'ah yang sesat terhadap orang ramai hasil daripada perbuatan-perbuatan yang baru dengan alasan bahawa Nabi S.A.W dan para sahabat tidak melakukannya, juga dengan menyatakan orang ramai adalah golongan yang membuat bid'ah serta menyatakan mereka adalah sesat disebabkan mereka melakukan perkara yang baru merupakan satu pelampauan di dalam agama serta menunjukkan mereka tidak mempunyai kefahaman dan ilmu terhadap maqasid syarei dan kaedah-kaedah syarak.

Golongan ini adalah golongan yang ujub dengan diri sendiri dan memperlekeh pendapat ulama-ulama jumhur dan kefahaman-kefahaman mereka. Golongan ini juga tidak mempedulikan percanggahan mereka dengan jumhur ulama sehinggakan golongan ini tidak melihat kebenaran melainkan terhadap pendapat-pendapat yang mereka pegang atau hanya ingin mepengaruhi orang ramai. Kita memohon perlindungan dari Allah Taala daripada hawa nafsu dan keberanian tersebut disebabkan kejahilan mereka di atas apa yang mereka tidak mampu lakukan.

Imam Ibnu Taimiyah berkata di dalam kitab I'tidaussiratil Mustaqim (m/s 258) dengan ringkasnya:

"Sesuatu perkara yang tidak wujud di zaman Nabi S.A.W, maka apa yang dilihat oleh orang-orang Islam sebagai perkara-perkara yang mempunyai maslahat dan faedah sekiranya ia merupakan perkara yang baru yang tidak berlaku pada zaman Nabi, maka ia adalah perkara yang harus dilakukan selama mana menjadi suatu keperluan"

Barangsiapa yang menyangka bahawa dia tidak boleh beramal melainkan dengan amalan yang thabit secara khusus daripada Nabi maka sangkaan tersebut terbatal dan salah berdasarkan riwayat yang thabit di mana Nabi tidak melarang dan menerima ibadat-ibadat, doa-doa, zikir hasil dari ijtihad para sahabat.

Kadang-kadang Nabi memperakui perbuatan-perbuatan tersebut dengan memberitahu berita gembira bahawa perbuatan tersebut diredhai Allah dan berita gembira dengan syurga serta tumpuan para malaikat dan pintu-pintu langit semuanya terbuka di atas perbuatan-perbuatan tersebut.

13 Mac 2009

Apahal dengan diorang ni?

Dapat berita dari seorang sahabat yang belajar di Indonesia. Dia mengatakan ramai bekas pelajar Johor di Mesir yang sambung pengajian di Indonesia, menyertai Kelab UMNO Medan.

Yang pasti, berita tersebut bukanlah surat layang atau main wayang. Ianya hadir dari sahabat rapatku sendiri yang belajar di sana. Kenapa dan mengapa mereka bertindak demikian hanya mereka sahaja yang tahu.


Sebelum itu kedengaran mereka terutama pelajar perempuan, sudah berpakaian yang tidak menunjukan seorang ustazah, apatah lagi bekas pelajar-pelajar Mesir. Berjubah, berniqab bahkan mahu berchatting dengan bukan mahram pun susah!! Apatah lagi nak cenderung dengan Kelab Jijik di sini iaitu Kelab UMNO!


Benarlah, bahawa hati manusia ini boleh dibolak-balikkan oleh si Pembolak-balik Hati iaitu Allah S.W.T. Mungkin kurangnya berdoa untuk dithabatkan pendirian dan dikuatkan hati pada jalan Allah. Banyak lagi kemungkinan yang boleh kita sebutkan. Namun realitinya inilah yang berlaku, apabila lari dari jemaah Islam.


Ada doa yang sering kita baca:


يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك وطاعتك
"Wahai Pembolak-balik Hati, tetapkahlah hati-hati kami di atas agamaMu dan taat kepadaMu"

Aku nak ingatkan sahabat-sahabat semua supaya jangan lari dari jemaah! Abu Nuaim, al Hakim dan Ibnu Mundah di dalam sanadnya terdapat Ad Diya' Al Moqdisi di dalam kitab Al Mukhdarah hadis daripada Ibnu Umar, Nabi S.A.W bersabda:


لا تجمع هذه الأمة على ضلالة أبدا, وان يد الله مع الجماعة, فالتبعوا السواد الأعظم, فان من شذ شذ في النار
"Sesunguhnya umat ini tidak akan bersepakat di dalam kesesatan buat selama-lamanya. Sesungguhnya pertolongan Allah bersama dengan jemaah, maka ikutilah golongan yang banyak. Sesungguhnya barangsiapa yang mengasingkan daripada jemaah, maka dia mengasingkan dirinya untuk ke neraka"

Peringatan dari Rasulullah S.A.W ini jelas untuk ummatnya supaya berhati-hati, dan sentiasalah thabatkan diri dengan jemaah. Bukan terus dengan mengasingkan diri untuk mencari apa yang disebut habuan dunia. Mungkin mereka yang menyertai Kelab UMNO atau Parti UMNO itu bukanlah atas dasar perjuangan yang jelas. Bahkan bakal merosakan pemikiran, hati budi dan fikrah Islamiyah.

Kepada yang telah pun menyertai Kelab UMNO atau parti UMNO, dinasihatkan supaya kembali ke pangkal jalan, agar akhirat esok saksi-saksi kita senang memberi jawapan di hadapan Allah S.W.T.
Gambar: Harap-harap dapat faham

12 Mac 2009

Tajdid Fikrah i: Maulid Juga Bid'ah Yang Tertolak?

Setiap kali datang bulan Rabiul Awal, setiap kali itu jugalah suara-suara sumbang yang mengatakan menyambut Maulidur Rasul itu salah dan bid'ah dholalah! Bertembunglah dua puak yang mempertahankan hujah masing-masing.

Sedangkan dengan kelahiran manusia Agung ini adalah rahmat sekalian alam. Bahkan manusia yang menjadi penyatu di antara 2 puak yang bertelagah di awal pembentukan negara Madinah dahulu. Namun lainnya di akhir zaman ini. Seperti menjadi penyebab pula umat Islam bertelagah dengan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.

Walaupun ianya menjadi perbezaan pandangan berapa haribulan Rasulullah S.A.W dilahirkan, dan bulan berapa, namun hendaklah kita sebagai umat Islam mengiktiraf pendapat-pendapat. Bukan mendakwa hanya pendapat kita benar, maka orang lain salah! Jika benarlah ada pendapat ulama itu salah, ianya juga memdapat pahala. Bukannya berdosa.

Tidak terkecuali pendapat Dr Mohd Asri dalam blog beliau:

"Oleh kerana baginda tidak pernah menunjukkan kita ibadah khas sempena kelahiran baginda samada solat khas, atau puasa khas atau bacaan khas, maka kita tidak boleh mengadakannya."
Persoalannya di sini adakah semuanya perlu mendapat penjelasan khusus dari Nabi tentang sesuatu ibadah? Benar! Ibadah khususiyah ianya lengkap telah di sebut oleh nabi juga perbuatannya. Tetapi tidak perlulah kita menyempitkan ruang setiap yang diamalkan oleh umat Islam perlu ada cop mohor khas dari Rasulullah S.A.W.

Ibadah Khususiyah seperti solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain. Terutama yang menjadi rukun dalam Islam ini, sememangnya ada sumber dalil khusus terutama dari perspektif teori dan perbuatan. Ibadah-ibadah ini juga sering diungkapkan dengan jelas di dalam Al quran dan Hadith.

Ingin dimaklumkan di sini bahawa sunnah adalah berlawanan dengan bid'ah iaitu termasuk di bawah nas-nas atau usul-usul syarie' seperti ijmak dan qias atau termasuk di bawah maslahah yang bermanfaat walaupun tidak pernah dilakukan oleh Nabi S.A.Wataupun suatu arahan daripada Baginda S.A.W. Maslahah tersebut tidak bercanggah dengan syarak atau ia membawa kesan yang buruk.

Terdapat sebahagian kumpulan yang terlalu melampau, lalu menjadikan setiap perkara yang baru seperti amalan-amalan kebaikan dan ketaatan yang tidak pernah wujud di zaman Nabi atau tiga kurun pertama adalah bid'ah.

Mereka menolak pembahagian para fuqaha' terhadap pembahagian bid'ah kepada bid'ah yang diterima dan bid'ah yan tertolak berdalilkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Jabir bahawa Rasulullah bersabda di dalam satu khutbah:


شر الأمور محدثاتها, وكل بدعة ضلالة
"Seburuk-buruk perkara adalah perkara yang direka-reka dan setiap yang direka adalah bid'ah, dan setiap bid'ah adalah sesat"

Golongan-golongan yang mengingkari pembahagian bid'ah ini seolah-seolah lupa bahawa Nabi S.A.W juga membahagikan bid'ah kepada bid'ah maqbul dan mardud. Di mana diriwayatkan Muslim oleh Jabir dan Ibnu Majah dan daripada Juhaifah bahawa Nabi S.A.W bersabda:

من سن في الإسلام سنة حسنة فله أجرها وأجر من عمل بها من بعده الى يوم القيامة من غير أن ينقص من اجورهم شىء, ومن سن في الإسلام سنة سيئة كان عليه وزها ووزر من عمل بها من بعده من غي أن ينقص من أزوارهم شيء

"Barangsiapa yang melakukan sunnah yang baik (sunnah hasanah), maka dia mendapat pahalanya dan pahala orang yang beramal dengannya selepas daripada hiudpnya sehingga hari kiamat tanpa berlaku sebarang pengurangan pahala. Dan barangsiapa yang melakukan sunnah yang buruk (sunnah saiyiah) maka dia menanggung dosanya dan daripada dosa orang yang beramal dengan sunnah tersebut selepas daripada hidupnya tanpa ada sebarang pengurangan dosa" (Riwayat Muslim Jilid 2, ms 705)

Di dalam hadith ini terdapat pembahagian perkara baru yang belum wujud sebelum itu kepada
maqbul dan mardud.

Apakah dalam hal bid'ah kesemuanya tertolak
(mardud/saiyiah)? Sedangkan dalam melaksanakan sunnah pun ada pembahagian baik (hasanah) atau buruk (saiyiah).

Ini baru dalam kes Maulidur Rasul, belum lagi menyentuh kes-kes lain seperti yang berlaku selepas zaman tiga kurun yang pertama seperti meletakkan baris dan titik, pembahagian juzuk-juzuk al Quran, tanda untuk sujud pada ayat Al Quran, meletakkan bilangan surah serta nombor-nombor ayat, keterangan ayat-ayat
makkiyah atau madaniyah pada setiap awal surah, penerangan hukum-hukum tajwid. Begitu juga seperti penulisan ilmu bahasa, usul fiqh, usuluddin dan sebagainya mereka menerima tanpa ada sebarang penolakan.

Semua perkara tadi, berlaku selepas zaman Nabi S.A.W dan selepas zaman tiga peringkat umat Nabi S.A.W tanpa ada seorang pun yang menganggap perkara ini adalah bida'ah yang sesat.

"Abu lahab bergembira dgn kelahiran Nabi dan membebaskan hambanya thuaibiah kerana dia yg membawa berita gembira tersebut. Maka Allah meringankan azab Abu lahab di neraka jahnnam." (Riwayat Bukhari)

Imam Ibnul Jazari - wafat pd 833h - telah berkata: Sedangkan orang kafir yang mana Allah mencelanya dalam al-Quran (Surah Masad) diringankan azabnya dalam neraka kerana dia gembira dengan kelahiran Nabi, inikan pula seorang Muslim yang meng-esakan Tuhannya dari umat Nabi Muhammad yang gembira dengan kelahiran Nabi dan memberikan sedaya mungkin kemampuannya dalam menunjukkan erti cinta pada Nabi s.a.w.

Imam Sufian As Sauri berkata:
"Apabila kamu melihat seorang lelaki melakukan sesuatu perkara yang terdapat khilaf sedangkan kamu memegang pendapat yang berlainan, maka janganlah mencegahinya"

Imam Ahmad berkata yang diriwayatkan oleh Marwazi:
"Tidak seharusnya seorang faqih menekan orang ramai mengikut mazhabnya dan tidak boleh berlaku syadid terhadap mereka"

Imam Nawawi berkata di dalam Syarah Sahih Muslim:
"Tidak boleh bagi seseorang mufti atau kadi mewajibkan menggunakan pendapatnya ke atas seseorang yang berlainan pendapat dengannya selama mana pendapat itu tidak bercanggah dengan nas, ijmak dan qias yang sahih dan kuat"

Baik, berbalik kepada ibadah tadi. Maksud ibadah sendiri yang pernah kita belajar di sekolah-sekolah arab itu sendiri tidak menyempitkan skop makna ibadah tersebut.
"Setiap amalan atau perbuatan padanya yang cenderung atau terarah kepada taat kepada Allah"

Dengan tujuan manusia dan jin juga dijadikan di muka bumi ini supaya menjadi hamba, sudah tentu Maha Luas Pengetahuan Allah terhadap apa yang dilakukan oleh para hambaNya. Begitulah luasnya maksud ibadah yang dianjurkan oleh Islam.

Kita ber-blog dalam menyampaikan perkara-perkara yang hak. Adakah oleh kerana uslub ini tidak pernah dilakukan oleh Nabi maka ianya tertolak? Adakah ianya juga perlu ke tahap menjadi ibadah khususiyah? Cukuplah dengan dengan keempat-empat sumber syarie' yang menjadi garis panduan, tetapi hendaklah menelusuri disiplin-disiplin tertentu supaya tidak menjadi kekeliruan kepada umat.

09 Mac 2009

Perutusan Maulidur Rasul: Dato' Dr Haron Din

Laksana ajaran Nabi dalam pemerintahan


MENGINGATI Rasulullah s.a.w. adalah dituntut oleh syarak. Cara tuntutan itu adalah umum, apa sahaja yang boleh dilakukan dengan tujuan untuk mengingati Rasulullah, bukan semata-mata kerana jasmaninya tetapi kerana risalah atau mesej yang dibawa untuk memberi kebahagiaan kepada manusia di dunia hingga ke akhirat.

Pada zaman mutakhir ini umat Islam umumnya, tidak lagi menghayati petunjuk-petunjuk Rasulullah s.a.w., malah mereka juga terasing daripada menghayati perjuangan baginda, menyebabkan Islam terpinggir dan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.tidak lagi menjadi idola.

Oleh itu, amat perlu diadakan sambutan yang bersesuaian dengan keadaan zaman ataupun perayaan-perayaan yang dilakukan selama ini seperti perarakan atau ceramah-ceramah agama sudah menjadi sesuatu yang ritual. Kadang-kadang ia tidak memberi makna yang sepatutnya bagi ditimba oleh orang-orang Islam.

Oleh demikian, saya mencadangkan supaya kalau benar-benar mengaku semuanya itu kerana hendak mengikuti jejak Rasulullah, maka ada baiknya diubah, ditambah sambutan itu dengancara pemerintah itu sendiri mengisytiharkan setiap tahun yang diadakan sambutan keputeraan Baginda, sekurang-kurangnya satu dari ajaran baginda dilaksanakan dalam pemerintahan.

Sebagai contoh, kalau Rasulullah s.a.w. amat memerangi arak, maka satu tahun diambil tahun 'pengharaman arak' untuk selamanya, manakala tahun hadapan pula satu lagi diambil untuk dilaksanakan, contohnya, seperti menutup aurat. Maka dilaksanakan perintah itu dengan sebaiknya oleh pemerintah. Bagi tahun ketiga pula, sebagai contoh, mengharamkan judi.

Ertinya, jika setiap tahun diadakan sambutan, diambil sekurang-kurangnya satu ajaran itu, maka ternampaklah kita ini serius dan wujud perubahan yang baik sempena Maulidur Rasul itu.

Manakala, satu hal lain pula, pihak yang berkuasa atau badan amal yang berwibawa, perlu mengadakan penyelidikan yang rapi tentang beberapa episod daripada sejarah hidup Rasulullahyang boleh dijadikan modul hidup atau praktikal modul untuk dilaksanakan, sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya bagi kamu ada sejarah Rasulullah itu contoh teladan yang amat baik untuk dilaksanakan."
Namun, selama ini hampir tidak pernah dilakukan penyelidikan sedemikian di Malaysia dalam hal ini.

Atas sebab-sebab itu, seperti dinyatakan tadi perlunya beberapa pendekatan dan ajaran Rasulullah s.a.w. itu diambil satu daripadanya setiap tahun bagi memberikan kemanfaatan kepada seluruh ummah.

* Dato' Dr Haron Din, Timbalan Mursyidul Am PAS

Sumber: Harakahdaily

08 Mac 2009

Agong tak murka?

Perhimpunan 100,000 membantah PPSMI menjadi haru biru. Seperti yang kita tahu, ianya menjadi haru biru apabila Polis tidak membenarkan sejumlah besar rakyat untuk berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang DiPertuan Agong. Pada hari sebelumnya pihak istana diberitakan sedia menerima kunjungan rakyat sebagai tetamu Istana. Bila pihak Istana Negara bersedia, mengapa pula pihak polis perlu menghalang perjalanan ke Istana Negara?

Yang Dipertuan Agong tak murka kah apabila para tetamu baginda ditembak denga gas pemedih mata dan dihalau dengan tembakan air? Dari segenap umur telah menjadi tetamu baginda. Baginda tak mengeluarkan kenyataan murka kah kepada pihak yang menghalang para tetamu baginda?

"begini susah mahu memperjuangkan bahasa" - A Samad Said





Gambar: Harakahdaily




Video: Malaysiakini

07 Mac 2009

Berapa kali mahu murka daa?

Samada murka atau nasihat, saya tak tahu. Kerana saya tidak berada di hadapan Sultan Selangor. Jadi saya tidak pasti bentuk dan bagaimana antonasi suara dari baginda Sultan, samada murka atau nasihat. Hanya baca dari apa yang dilaporkan Utusan Malaysia Online seperti berikut:
  • Sultan Sharafuddin Idris Shah menyifatkan orang Melayu yang terus mempersoalkan kedudukan raja-raja dan bangsanya sendiri sebagai biadap.
  • Golongan ini juga disifatkan baginda sebagai tidak berbudi bahasa dan tidak ada perasaan malu kerana mempertikaikan perkara berkaitan kedudukan raja-raja dan hak orang Melayu secara terbuka.
  • Kemajuan dan pembangunan yang dicapai boleh hancur jika orang Melayu terus bercakaran, disebabkan terlalu ghairah merebut kuasa.
  • Tidak ada gunanya bangsa Melayu kekal di dunia tetapi tidak bertamadun, tidak dihormati dan boleh dipermainkan serta diperalatkan.
  • Orang Melayu perlu bersatu apabila timbul isu-isu yang melibatkan kepentingan mereka dan Islam.
Mungkin boleh dikategorikan dengan murka dengan beberapa ayat seperti yang saya tebalkan tulisannya. Namun boleh juga dikategorikan sebagai nasihat dan boleh dipertimbangkan.

Namun, beginilah ayat yag sering kita baca dan dengar yang lahir dari raja-raja dan sultan-sultan zaman sekarang. Tak dinafikan, ianya perlu memandangkan suasana politik dan ekonomi yang tidak berapa stabil sekarang. Tak kiralah, ianya berpunca dari pihak mana. Sultan sebagai kepala negeri tidak boleh bias kepada mana-mana pihak dan mestilah menunjukan kepada rakyat bahawa baginda adalah payung negara.

Jangan lupa wahai sultan dan raja! Dunia sekarang bukan seperti zaman Hang Tuah dan Hang Jebat. Dua panglima yang bersaudara dan bertikaman dek kerana angkara sultan sengal. Walaupun begitu sultan-sultan kena selidik semula lagenda melayu tersebut. Bagaimana kr
onologi pertembungan antara 'parti Tuah' dan 'parti Jebat' bertembung. Apa asas tuah bertindak sedemikian dan apa asas pula si Jebat 'derhaka'. Takkan suktan dan raja sekarang tak minat cerita melayu lama? Sedangkan cerita melayu lamalah yang banyak mengangkat kisah-kisah raja dan sultan Melayu. Zaman moden, layan cicakman ler!

Berapa ramai sultan dan raja melayu nak murka?

Sedarkah sultan dan raja sekarang? Murka-murka kalian tidak ada gunanya sekarang! Kalian sudah hilang kuasa lama dah! Apa yang boleh? Murka sahaja! Hari-hari Utusan Malaysia siar berita Sultan negeri ini murka, negeri tu murka dan akhir sekali nak tunggu YDP Agong pula murka!


Sebagai sultan walaupun tidak boleh berpihak kepada mana-mana, tetapi Sultan tetap ada tanggungjawab terhadap agama! Agama ini membawa pertimbangan antara kebenaran dan kebatilan! Maka Sultan wajib berpihak kepada kebenaran! Tidak kira dari siapa dan bagaimana datangnya kebenaran itu, wajib Sultan berpihak kepadanya.

Malangnya Sultan dan Raja di Malaysia ini, tidak dipilih oleh rakyat! Sistem monarki yang merosakkan. Rakyat angguk dan terima! Untungnya Sultan Melayu! Namun sejauhmana nilai untung ini dimanfaatkan oleh Sultan dan Raja melayu? Hanya Sultan dan Raja yang berfikir sahaja yang boleh nilai akan kuasa mereka!

Mengapa sebahagian rakyat sekarang ini seakan mempertikai peranan Sultan? Tuanku-tuanku sekalian fikirlah sendiri!!
Gambar: Sultan Muhammad bin Murad atau Sultan Muhammad II. Konstantinople menjadi ibu kota ribuan tahun Kerajaan Byzantine sebelum akhirnya ditawan oleh Tentera Muslimin pimpinan Sultan Muhammad bin Murad atau Sultan Muhammad II pada 20 Jamadil Awwal 857H bersamaan 29 Mei 1453.

Sultan Muhammad II yang kemudiannya dikenali sebagai Muhammad Al-Fateh (Mehmet The Conquerer) ini telah menjadikan kota ini sebagai ibu kota Dinasti Uthmaniyyah dan menamakannya sebagai Islambul (kini Istanbul) yang bermaksud Kota Islam.

Sesungguhnya Muhammad bin Murad ini wajar menjadi contoh tauladan buat seluruh Sultan, Raja dan pemuda Islam. Muhammad Al-Fateh yang gagah dan berhati waja ini mengepalai usaha penakhlukan Konstantinople pada usia hanya 23 tahun! -Kredit untuk Akhi Mukhtar

04 Mac 2009

Krisis Perak: Institusi Raja Bakal Berkubur?

Perlembagaan ciptaan manusia. Itulah realiti yang boleh disimpulkan kepada perlembagaan Malaysia dan negeri-negeri yang bernaung di bawahnya. Ianya tidak statik yang boleh berubah-ubah. Samada berubah mengikut peredaraan semasa atau kehendak penguasa itu sendiri. Terpulang bagi yang menciptanya. Kerana dia yang mencipta perlembagaan itu.

Tidak sama dengan Islam. Islam telah meletakkan asas tauhid dari segenap prinsip perundangan dan perlembagaannya. Meletakkan sesuatu hendaklah pada tempatnya. Itulah keadilan Islam! Tak perlu ragu-ragu, kerana keraguan itu amat merugikan kerana dalam pada masa yang sama Islam menghilangkan keraguan! Bagi mereka yang menjadikan Islam itu pegangan, iktikad, syariat dan cara hidup. Ianya tidaklah sesukar mana untuk diuruskan. Kerana semuanya telah tersedia. Sejak wafatnya Baginda SAW. Baginda SAW telah pun meniggalkan Al Quran dan Sunnahnya sebagai galang ganti setelah belaiu wafat. Wafatnya Baginda SAW menandakan telah sempurnanya Islam.

Di Malaysia yang dahulunya Tanah Melayu bukannya asing dengan perlembagaan Islam. Bahkan Parameswara ada Sultan pertama yang memartabatkan Islam di Tanah Melayu. Kesultanan Melayu Melaka menjadi gemilang ketika perlembagaan Islam didaulatkan. Melaka gagal ketika perlembagaan Islam diperlecehkan.

Menyentuh isntitusi kesultanan dan raja di Malaysia sekarang nampaknya meneruskan kesinambungan kegagalan raja-raja melayu sebelumnya. Krisis politik dan perlembagaan yang sedang berlaku di Perak dek kerana perlembagaan itu diperlecehkan sahaja. Tanpa melihat dengan kerangka padu perlembagaan itu sendiri. Tiada suruhanjaya yang telus untuk memutuskan apakah langkah-langkah demi langkah perlu dilakukan. Pihak Istana Perak yang sepatutnya menjadi payung rakyat, nampak seperti menjadi payung UMNO dan BN. Pihak mahkamah juga menjadi kalut. Mana keputusan yang betul susah untuk dicerminkan segera.

Mungkin kemelut perlembagaan ini menjadi titik-titik kesinambungan yang bakal melihatkan institusi raja di Malaysia bakal dikubur. Ianya bermula dengan era pemerintahan Dr Mahathir semasa membentangkan rang undang-undang akta perlembagaan (pindaan) 1993 pada 18 Januari 1993 yang berjaya membawa usul untuk mengurangkan kuasa raja-raja Melayu. Raja-raja melayu dari dahulu hingga sekarang tidaklah nampak seperti berkuasa. Walaupun ada pada klausa-klausa tertentu peranan yang dimainkan oleh raja-raja melayu, tetapi ianya seperti "besi yang kuat yang tenggelam sahaja di sungai tak timbul-timbul". Apa yang timbul adalah masalah yang sedang berlaku di Perak. Amat memalukan, apatah lagi seperti nampak Timbalan Perdana Menteri yang berkuasa memutuskan. Tanpa perlu membuat sidang dewan kerajaan boleh berubah di luar dewan dengan perkenan Sultan Perak. Tidak nampak daulatnya sultan dan raja-raja melayu kerana dalam hal serius membabitkan kepentingan rakyat seluruhnya, gagal untuk membuat pertimbangan yang baik.

Dalm hal agama Islam yang mana sultan dan raja melayu yang menjadi ketuanya pun sudah cacamarba. Kes-kes cerai berai dah berlonggok di mahkamah. Ini belum lihat usaha penerapan nilai-nilai Islam lagi. Timbul pula Islam Hadhari lagi haru biru.

Sultan dan raja melayu nampak relaks tanpa memikirkan masalah rakyat terbanyak. Elaun dan gaji beratus ribu dibelanjakan rakyat pada mereka. Tinggal di mahligai indah tanpa perlu memikirkan apa yang hendak dimakan esok. Apa yang berlaku pada rakyat yang murtad, rakyat yang dinafikan zakat, rakyat dipermain dan diperbodohkan kerajaan yang diperkenan mereka, dan segala yang melibatkan "payung negara" nampak kurang diambil endah. Jika nampak pun semasa titah ucapan merasmikan sidang parlimen atau dewan undangan negeri atau ucapan-ucapan perasmian. Nak juga impikan sultan dan raja merelakan istana ditempatkan rakyat-rakyat yang ditimpa bencana berteduh. Jika panjang umur ini diperlihatkan begitu, syukur kepada Allah tak terhingga.

Ingatlah wahai sultan dan raja melayu! Kelak di padang Mahsyar, kita semua sebaris. Insaf dan lakukanlah yang terbaik untuk agama dan rakyat! Jika mahu kekalkan institusi ini!

01 Mac 2009

Sekali lagi artikel tidak lepas tapisan

PAS: Antara Gerakan Dakwah dan Parti Politik

Tirai Pilihanraya Umum Ke 12 di Malaysia telah agak lama berlabuh. Tetapi bahangnya masih terasa hingga kini dan semakin hangat diperkatakan orang. Terutama dengan “Projek 16 September” yang dicanang hebat oleh bekas timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim (Dato Seri). Walaubagaimanapun salah sebuah parti kedua tertua di Malaysia iaitu Parti Islam SeMalaysia dikatakan memiliki penentu lanskap mencorakkan suasana politik di Malaysia. Perkara ini tidak keterlaluan diperkatakan kerana ianya diakui oleh beberapa pengalisis politik di tanah air malah antarabangsa. Melihat kepada track record parti ini, ternyata ia telah memainkan peranan penting. Tidak dinafikan selama lima puluh tahun negara kita merdeka UMNO dan Barisan Nasional masih kekal memerintah. Bagaimanapun kita tidak boleh memandang sepi peranan PAS sebagai salah sebuah parti pembangkang (kecuali pada tahun-tahun bergabung dengan BN sebagai parti komponen) merangkap “parti penasihat”.

Kelantan Masih kekal di bawah pimpinan PAS yang dipimpin oleh seorang Tok Guru yang berjiwa rakyat. Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan Mursyidul AM PAS yang diangkat selepas Allahyarham Tuan Guru Yusuf Rawa. Sejak beliau memegang jawatan sebagai Mursyidul Am dan bersama Allahyarham Dato’ Fadzil Noor dan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang (kini Dato Seri) yang memimpin PAS, boleh dikatakan PAS sebelum ini tampak lebih kepada nasionalis Islam berubah wajah kepada Fundamentalis Islam dan digagaskan pula “Kepimpinan Ulama”.

Boleh dikatakan rata-rata pimpinan di kalangan ulama dalam PAS lahir dari pusat-pusat pendidikan Islam seperti madrasah-madrasah dan pusat-pusat pengajian pondok. Lebih menarik di awal kemunculan PAS ia merupakan wadah yang menyatukan fikrah Kaum Muda dan Kaum Tua yang dikatakan “bertembung” mengenai beberapa perkara.
PAS ditubuhkan lima tahun sesudah Umno iaitu pada 23 Ogos 1951 bersamaan 20 Zulkaedah 1370. Dalam persidangan yang dianjurkan oleh Bahagian Agama Umno ini, para ulama telah mengambil ketetapkan di Sultan Sulaiman Kelab, Kuala Lumpur untuk menubuhkan 'Persatuan Ulama Se-Malaya' yang bebas daripada Umno.

Mengapa ulama bertindak demikian, sedangkan selama ini mereka bergerak dalam Umno?

Kebanyakan para ulama yang aktif dalam Umno adalah bekas-bekas ahli Hizbul Muslimin yang ditubuhkan di Gunung Semanggol pada 14 Mac 1948. Nama-nama besar dalam Bahagian Agama Umno seperti Tuan Guru Ahmad Fuad Hassan, Tuan Guru Ahmad Tuan Hussin, Sheikh Abdullah Fahim, Ustaz Ahmad Badawi, Tuan Guru Hussin Che Dol, Tuan Guru Yahya Junid, Ustaz Ahmad Maliki, Sulaiman Palestin dan lain-lain ialah aktivis Hizbul Muslimin yang bergiat dalam Umno.

Keadaan darurat yang berlaku sejak Jun 1948 yang melumpuhkan Hizbul Muslimin telah mendorong para ulama menyertai Bahagian Agama Umno. Ketika mereka menyertai Umno bersama-sama ahli PKMM dan Angkatan Pemuda Insaf (API) yang diharamkan oleh British, mereka meneruskan perjuangan Hizbul Muslimin untuk menyatukan pentadbiran agama, membangun pendidikan Islam dan meluaskan gerakan dakwah.

Sejarah sememangnya mengajar kita dan mematangkan kita. Gabungan PAS bersama Barisan Nasional seakan member nafas baru kepada UMNO yang menghadapi kemelut “perkauman” dan berlakunya peristiwa 13 Mei. Pada ketika itu perkara seumpanya 13 Mei tidak berlaku di Kelantan semasa Pentadbiran PAS. Tetapi pelawaan UMNO kepada PAS untuk menyertai BN dengan alasan menyelamatkan kaum Melayu dan Islam membuatkan PAS menyertai BN dan membentuk kerajaan campuran di peringkat persekutuan. Bagaimanapun “perkawinan” PAS dan BN tidak lama dan PAS “diceraikan” oleh UMNO setelah kuasa politik UMNO agak kukuh dan PAS kembali berseorangan.

Dalam keadaan yang sama juga berlaku semasa pilihanraya umum tahun 1990, 1999 dan berlanjutan hingga 2008. PAS merupakan parti politik yang masih kekal dengan dasar dan ideologi Islam yang dibawanya ke sana ke mari dengan menghadapi pelbagai rintangan pahit manis sebagai gerakan dakwah dan siasah. Fitnah dan pergolakan yang dihadapinya boleh dikatakan seperti “kocakan air oleh ikan sungai yang akhirnya tenang dibawa arus”. Tidak dinafikan isu Tahaluf Siyasi menjadi persoalan terutama kepada ahli dan masayarakat Islam umumnya. Ini kerana boleh dikatakan PAS telah duduk di kedua belah kem iaitu sebagai pembangkang dan pemerintah. Dengan ini PAS boleh dikatakan matang menghadapi situasi dan jalan dakwah yang ditempuhi. Masih kekal dengan dasar, teori dan pratik Islam yang ditunjukan membuatkan PAS dilihat masih relevan di medan politik di Malaysia.

Bagaimanapun pengaruh PAS yang semakin membesar ini seakan menuntut kebijaksanaan. Lahirnya pertubuhan dan gerakan Islam lain seperti JIM, ABIM, Tabligh dan lainnya sepatutnya memberi kesan baik kepada PAS untuk mencapai sokongan bagaimanapun ia berlaku sebaliknya. Ini kerana gerakan Islam tersebut lahir mahu lebih dilihat sebagai non partisan dan mahu terus bergerak “dalam dunia” mereka sendiri. Dalam hal ini sekali lagi sepatutnya PAS menggunakan kebijaksanaan Tahaluf Siyasi untuk mengadakan hubungan dengan gerakan Islam lain dengan lebih berkesan dan akhirnya memberi kebaikan kepada Islam itu sendiri.

Penulis tertanya-tanya dengan syarat “Islam” yang diberikan kepada UMNO selepas PRU12 ketika sesi pertemuan tertutup dengan pimpinan UMNO. Jika syarat-syarat itu UMNO terima, kemungkinan besar PAS bergabung dengan UMNO di peringkat Persekutuan dan beberapa buah negeri terutama Selangor dan Perak. Tetapi apakah syarat itu diberikan kepada DAP dan PKR merupakan syarat yang sama ketika membentuk kerajaan negeri di Selangor dan Perak? Dan adakah DAP terima syarat PAS jika syarat yang sama diterima oleh UMNO? Kerajaan Campuran di Selangor dan Perak sebenarnya telah menimbulkan pro dan kontra di kalangan akar umbi PAS. Ada yang mengatatakan PAS boleh bersama, ada juga mendesak PAS keluar dan kembali berseorangan malahan ada juga yang berpendapat bergabung dengan UMNO. Oleh kerana itu peringkat akar umbi PAS seakan tidak diam di setiap keputusan atau gerak geri kerajaan campuran Selangor dan Perak. Perlu diterima di sini hakikat sebenar ialah rakyat yang mahukan mereka dikalangan Pakatan Rakyat bersatu kerana itulah alternatif yang mereka ada selain BN.

Bagaimanapun kerajaan campuran yang dibarisi dikalangan wakil rakyat dari PAS, PKR dan DAP seakan memberi kredit kepada PAS menterjemahkan diri sebagai gerakan dakwah yang bergerak atas beberapa polisi siasah syari’yah. Benar, setiap parti politik mempunyai kepentingan yang perlu dicapai berdasarkan dari manifesto pilihanraya. Seakan menjadi tekanan kerana rakyat mendesak agar manifesto yang dijanjikan dapat dilaksanakan. Kadang-kadang melihat tersepit dengan beberapa isu yang dilihat bertembung fikrah dan ideologi parti dalam Pakatan Rakyat yang berbeza.

Tidak keterlaluan penulis katakan Allah memberi ujian kepada PAS sebagai gerakan dakwah diberikan sedikit kuasa di negeri Selangor dan Perak sebelum PAS “diberikan” kuasa memerintah Malaysia. Kedah, Perak dan Selangor tidak boleh disamakan dengan Kelantan dengan kondisi dan populasi kaum dan agama yang agak berbeza ketaranya. Sepenggal yang diberikan ini merupakan medan sebenar PAS mempraktikkan Islam dengan kuasa yang ada. I
a juga medan muhasabah PAS menghadapi suasana seperti ini, adakah boleh terus komit dengan dasar perjuangan dan dakwah atau sebaliknya lalai ditengah jalan dengan politik sempit dan kuasa.

*Penulis merupakan pelajar tahun akhir Fakulti Syariah Islamiyah, Universiti Al Azhar, Kaherah.
_________________________________________________________________
Artikel untuk sumbangan Suara Kampus Edisi Johor (SUKEJ) bilangan 114. Tidak diterbitkan kerana tidak lepasi tapisan pihak PMRAM


Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai