Memperbanyakkan tuduhan serta lemparan dengan bid'ah yang sesat terhadap orang ramai hasil daripada perbuatan-perbuatan yang baru dengan alasan bahawa Nabi S.A.W dan para sahabat tidak melakukannya, juga dengan menyatakan orang ramai adalah golongan yang membuat bid'ah serta menyatakan mereka adalah sesat disebabkan mereka melakukan perkara yang baru merupakan satu pelampauan di dalam agama serta menunjukkan mereka tidak mempunyai kefahaman dan ilmu terhadap maqasid syarei dan kaedah-kaedah syarak.
Golongan ini adalah golongan yang ujub dengan diri sendiri dan memperlekeh pendapat ulama-ulama jumhur dan kefahaman-kefahaman mereka. Golongan ini juga tidak mempedulikan percanggahan mereka dengan jumhur ulama sehinggakan golongan ini tidak melihat kebenaran melainkan terhadap pendapat-pendapat yang mereka pegang atau hanya ingin mepengaruhi orang ramai. Kita memohon perlindungan dari Allah Taala daripada hawa nafsu dan keberanian tersebut disebabkan kejahilan mereka di atas apa yang mereka tidak mampu lakukan.
Imam Ibnu Taimiyah berkata di dalam kitab I'tidaussiratil Mustaqim (m/s 258) dengan ringkasnya:
"Sesuatu perkara yang tidak wujud di zaman Nabi S.A.W, maka apa yang dilihat oleh orang-orang Islam sebagai perkara-perkara yang mempunyai maslahat dan faedah sekiranya ia merupakan perkara yang baru yang tidak berlaku pada zaman Nabi, maka ia adalah perkara yang harus dilakukan selama mana menjadi suatu keperluan"
Barangsiapa yang menyangka bahawa dia tidak boleh beramal melainkan dengan amalan yang thabit secara khusus daripada Nabi maka sangkaan tersebut terbatal dan salah berdasarkan riwayat yang thabit di mana Nabi tidak melarang dan menerima ibadat-ibadat, doa-doa, zikir hasil dari ijtihad para sahabat.
Kadang-kadang Nabi memperakui perbuatan-perbuatan tersebut dengan memberitahu berita gembira bahawa perbuatan tersebut diredhai Allah dan berita gembira dengan syurga serta tumpuan para malaikat dan pintu-pintu langit semuanya terbuka di atas perbuatan-perbuatan tersebut.
Assalamalaikum wbt. apa yg saya lihat akan tulisan/quote ringkas daripada syeikhul Islam tersebut tidak memadai. kalau nak diambil, biarlah betul2. mari kita lihat kembali akan yang tidak diringkaskan.
BalasPadam"Setiap perkara yang di zaman Nabi s.a.w. sangat mungkin dilakukan kerana dianggap memiliki maslahat, namun baginda tidak melakukannya, maka ia bukan maslahat (di sisi syariat). (ayat ini tidak dimasukkan)
Sedangkan setiap perkara selepas zaman Nabi s.a.w. yang dianggap memiliki maslahat, jika ia bukan maksiat maka boleh melakukannya kerana mungkin di sana ada maslahat (di sisi syariat). (ayat ini shj yg dinyatakan)" - Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah
merujuk kpd ayat yg kedua, beliau menerangkan sesuatu perkara itu samada maslah atau tidak di sudut syariat.beliau menolak penggunaan istilah "bida'ah hasanah" tetapi menggunakan istilah kemaslahatan.
saya beri contoh disini untuk ayat yg kedua: penyakit HIV tidak wujud di zaman Nabi s.a.w., maka jika dianggap mensyaratkan ujian HIV kepada bakal pengantin memiliki maslahat, maka ia dibolehkan kerana di sebalik ujian itu ada maslahat yang selari dengan tujuan syariat. begitulah juga blog/web ini yang mana sesetengah org jadikan medium untuk berdakwah. :)
Terima kasih.
BalasPadamDengan contoh yang enta bagi dan tulisan Ibnu Taimiyah yang ana quotekan. Ada pertentangan ke?
Kemudian, jika amalan yang dilakukan kerana maslahah. Amalan tu namanya apa? Takkan tiada nama?
Dan setiap amalan tersebut semestinya tidak menyalahi nas-nas dan usul syarak.