"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


26 Mac 2006

Feminis Malaysia Memualkan

Oleh Hang Jebat

Saya menyelar perbuatan feminis-feminis negara, yang sejak akhir ini makin gemar (sedar atau tidak) menghina agama sendiri. Memang mereka ini tidak akan puas-puas sehingga mereka fikir mendapat kebebasan seperti feminis barat. Tetapi mereka sendiri tidak sedar, Islamlah satu-satunya agama yang tinggal, yang masih memelihara hak-hak wanita dan keluarga secara perundangan. Sesiapa jua boleh mengadu di mahkamah, seperti yang terkandung dalam perjanjian nikah dan setiap pernikahan sah dalam negara.

Kristian di barat sendiri sudah hancur. Kini sebarang masalah keluarga di sana perlu pergi sendiri ke mahkamah sivil untuk diselesaikan dengan kos yang mahal. Ramai ibu-ibu tunggal yang kurang mampu di barat teruskan hidup mereka tanpa pembelaan. Malah hidup mereka lebih teruk dan hina diperlakukan sebagai barang seks murahan dan kerap kali bertukar pasangan.

Feminis di Malaysia tak usahlah berlagak macam juara dalam Islam. Perkara yang asas pun tak boleh buat. Memanglah jadi trend sekarang, apabila dah jadi feminis, maka tak perlulah pakai tudung dan ada yang tayang dada pula, bagi mereka itu hak mereka. Mengaku pula beriman dan bertakwa! Mereka bangga menunjukkan keengganan dan kedegilan mereka itu. Sikap mereka ini tak ada bezanya dengan pengikut Ayah Pin yang enggan pakai tudung. Tetapi mereka ini tahu pula pakai tudung bila masuk mahkamah syariah, pergi majlis agama atau bila ada ibu mereka meninggal. Memang dasar hipokrit dan tak takutkan perintah Allah swt, tapi tahu pula malu dengan orang.

An Nur dalam ayat 31 " dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami..."

Sudah jelas menunjukkan betapa perlu orang perempuan (akil baligh) memakai tudung dengan betul, sehingga menutupi dada. Bagaimana pula para feminis ini langsung tak pakai tudung? Berapa banyak pula hadis-hadis sahih membicarakan hal ini. Tapi memang dasar mereka ini keras kepala, tak malu pula nak membicarakan hal-hal agama.

Tak pernah pula saya lihat orang, tokoh dan ulama agama Islam lelaki yang mereka tuduh tidak adil dalam merangka perundangan syariah, memakai seluar pendek untuk menunjukkan kejaguhan mereka.

Inilah mentaliti feminis Malaysia, yang bukan menunjukkan kejaguhan mereka, tetapi menunjukkan kebodohan mereka walaupun ada yang bergelar profesional dan datin. Mereka ini meletakan akal mereka di kepala lutut, dan sangat memualkan saya melihatnya.

20 Mac 2006

Fakta Kebenaran!

Di Malaysia pada tahun 2003, lebih kurang 4 kes rogol berlaku setiap hari. Sebab tu apabila media melaporkan ada kes rogol setiap hari, ia bukan bermaksud sekarang musim rogol. Tetapi sebenarnya memang setiap hari ada berlaku kes rogol. Sama ada ia dilaporkan atau tidak sahaja oleh akhbar. Ingat, ini kes yang dilaporkan dan kita tidak tahu berapa banyak lagi kes yang tidak disenyapkan oleh mangsa.

1. Statistik rogol dari Malaysian Crime Prevention Foundation.

1993: 869
1994: 965
1995: 1029
1996: 1098
1997: 1429 ADA PENINGKATAN !!!!
1998: 1539
1999: 1457
2000: 1210
2001: 1354
2002: 1418

2. Statistik rogol mengikut laporan Berita Minggu, mengikut apa yang Dr Rais Yatim bentang pada kabinet:
2000: 1217
2001: 1386 ADA PENINGKATAN !!!!
2002: 1431
2003: 1479

3. Statistik rogol di Arab Saudi, yang mengamalkan hudud pada tahun 2000 (NationMaster.com)
2000: 87 kes.

4. Statistik rogol di UK, yang mengamalkan common law, undang-undang yang diaplikasi oleh Malaysia pada tahun 2000. (NationMaster.com)
2000: 8,593 kes.

Entry kali ini tidak berkisar kepada hukuman apa yang wajar. Tetapi apa yang Islam sudah suruh pada semua, baik wanita, lelaki, keluarga dan keseluruhan anggota masyarakat. Sebagai langkah pencegahan awal jenayah rogol.

1. Wanita seharusnya keluar berteman.

Peringatan ini sudah jelas disebut dalam hadis-hadis yang sahih. Jangan keluar melainkan dengan mahram. Ini bermaksud, mak bapak perlu main peranan penting. Apa kejadahnya kalau mak bapak buat tak kisah anak dara keluar seorang diri. Mahu cari nahas?

Yang pelik, bila kita bangkitkan hal ini, maka bertalu-talulah disebut Islam mengongkong kebebasan wanita. Kenapa pada zaman moden ini masih perlu begitu? Wanita moden sudah pandai berdikari dan menjaga keselamatan diri. Barangkali sudah lihat anak dirogol baru mahu menyesal?

2. Jangan keluar dating walaupun dengan boyfriend dan tunang.

Ini juga sudah disebut dalam hadis. Kalau dating, orang ketiga adalah syaitan. Tapi kadang-kadang mak bapak buat tak kisah lagi-lagi kalau yang ajak keluar tu tunang anak dia. Anak-anak memang lah suka. Apa kejadahnya kalau baru bertunang sudah dianggap dapat lesen besar. Sudah terusik dan ditinggalkan baru menangis tidak berlagu.

Laporan All Women Society (AWAM) dalam satu buku bertajuk The Rape Report: An Overview of Rape in Malaysia (2002) menyebut daripada 6 jenis kes rogol, 2 daripadanya berpunca dari perjumpaan pasangan lelaki-perempuan (kekasih/kenalan) yang bermula dengan kerelaan sendiri untuk berbuat seks ataupun ditipu.

Kalau tak keluar dating dari awal, sudah tentu perogolan tidak berlaku.

3. Pisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan apabila sudah mencapai umur mumaiyyiz.

Ini juga disebut dalam hadis. Sebab itu rumah yang terbaik dalam Islam paling kurang ada 3 bilik tidur. Sebab antara kes rogol yang berlaku juga melibatkan adik-beradik dan juga si bapa dan datuk yang meletakkan otak dan akal mereka di kepala lutut.

Pemisahan tempat tidur ini juga sebagai langkah awal membasmi dan mencegah kes-kes sumbang mahram.

4. Tidak memakai pakaian yang seksi, ketat lagi menggiurkan.

Orang yang memakai pakaian begini adakalanya bernasib baik kerana tidak dirogol. Tetapi pemakaian mereka merangsang sesetengah orang untuk melakukan rogol. Bayangkan, kalau keluar KL sahaja seorang lelaki akan lihat puluhan malah ratusan perut, pusat dan peha-peha gebu sudah tentu kalau nafsu tidak dibendung, mangsa-mangsa yang lemah akan menjadi sasaran.

Kan baik kalau wanita-wanita ini berpakaian menutup aurat serta melabuhkan pakaian mereka. Lelaki yang kuat nafsunya pasti akan dapat dibantu secara tidak langsung.

Walaupun para ulama mengatakan di hadapan mahram batasan auratnya longgar, tetapi para ibu seharusnya mengingatkan janganlah membenarkan anak-anak perempuan ini memakai seluar pendek ketat dan baju fit di hadapan datuk,bapa, pakcik dan abang serta adik lelaki kerana lelaki ini nafsunya adalah terhadap perempuan. Bila nafsu menguasai diri, sudah tentu anak atau cucu sendiri pun dikerjakan sampai mati.

5. Isteri jangan tolak permintaan suami untuk 'bersama'.

Di barat, ada undang-undang karut disebut marital rape. Suami merogol isteri. Apa kejadahnya undang-undang ini. Benar, wanita itu bukan simbol seks dan tempat pemuas nafsu suami sahaja. Tetapi pada masa yang sama kena ingat, kalau bukan pada isteri si suami mahu melepaskan hajat, pada siapa lagi?

Dari satu sudut lelaki memang perlu bertolak ansur. Kalau isteri penat, datang haid, baru bersalin dan sebab-sebab lain yang dibenarkan oleh Islam, memang lah tak patut bagi si suami memaksa isteri melayan kehendaknya. Itu memang kejahilan suami dalam mengetuai bahtera. Tetapi kalau tidak ada sebarang sebab untuk menolak, maka kalau diminta oleh suami maka jangan ditolak.

Ini juga disebut dalam hadis-hadis dalam bab perkahwinan. Permasalahan ada mood atau tidak, maka ia perlu dirujuk pada yang pakar bagaimana mahu dapat mood itu kembali, tetapi jangan sampai mengabaikan kehendak suami.

6. Menutup pintu-pintu maksiat.

Segala benda yang mengundang berahi manusia maka janganlah dibenarkan. Video lucah. Majalah lucah. Artis terkangkang. Artis tunjuk buah dada. Artis tayang seluar dalam. Dan pelbagai lagi bahan yang boleh mendorong maksiat. Kadang-kadang bila mahu mencapai majalah di kedai-kedai mamak, kelihatan majalah-majalah blue ini dengan mudah boleh didapati.

Marilah kita sama-sama melakukan apa yang Islam suruh buat. Memang perogol itu jahat, tetapi kalau kita sendiri sama-sama menyumbang jasa untuk membangkitkan nafsu perogol ini apa ceritanya pula?

Tindakan mahu meminda seksyen 376 Kanun Keseksaan kepada hukuman mandatori adalah baik. Tetapi kalau terus kembali kepada apa yang syariah mahukan adalah lebih baik lagi.


1210 (M'sia) - 87 (Saudi Arabia) - 8593(UK) (Statistik rogol NationMaster.com, tahun 2000).

Bukankah sudah terbukti hukuman hudud itu mampu mengurangkan jenayah rogol ke tahap paling minima? Kenapa masih degil dan sombong?


Daripada Allah kita diciptakan, dengan sistem Allah kita hidup, dan kepada Allah kita kembali."

18 Mac 2006

Minyak Hadhari!!





Muntada Islam Hadhari!!!

[islamhadhari.net] Selalunya mahasiswa yang mengaji dalam bidang agama di Timur Tengah sering dilabelkan sebagai pro-pembangkang. Ini disebabkan oleh lawatan kerap secara tidak rasmi dari tokoh-tokoh politik berkaca mata hijau yang cuba mendekati mahasiswa di sana dengan memutar belit isu untuk mendapat sokongan. Pun begitu, pendapat ini sebenarnya salah sama sekali apabila kunjungan YB Dato? Dr. Mashitah Ibrahim ke Universiti Al-Azhar seminggu yang lalu disambut ribuan mahasiswa-mahasiswi Malaysia dengan cukup meriah.

[Ibnu Ali] Tengoklah fitnah yang depa buat ni? ntah ape.. "berkacamata hijau"? ape? Jadinya diorang datang ape? Hasut ke tak? Putar putar belit ape ntah? Hang yang sedang dibelit dengan fahaman sekular ade ler!!! Alaaa.. sapelaa yang wat ayat camni??? pusing2 kena batang hidung sendiri.. Resional laa sikit!!! Memang aku pun pi sambut dengan meriah, takkan kami nak memunggungkan orang dari Malaysia? Kami pun bertamadun, berakhlak.. ape kiranya kami pro pembangkang? ape kiranya kami pro-kerajaan? Masing2 ade pandangan masing2!! Kami bukan pak turut!! Depan mata kami terhidang dengan fakta2 kebenaran.. ntah ape2...

[islamhadhari.net] Kehadiran beliau membawa bersama organisasi tertinggi Kelab Islam Hadhari Universiti Malaya untuk berdialog secara interaktif dengan para mahasiswa di sana sambil bertukar-tukar pandangan. Mereka yang berada di Mesir dapat melepaskan rindu kepada tanah air dengan kehadiran delegasi tersebut.

[Ibnu Ali] Rindu? hehehe.. memang kami rindu sesangat.. Bukan bertukar-tukar pandangan, just pandangan depa jer nak kami ikut.. Bila kami utarakan pandangan lain aje responnya.

[islamhadhari.net] Di Mesir, sebanyak 5 siri Dialog telah dijalankan bersama YB Dato? Dr. Mashitah Ibrahim yang dihujani pelbagai soalan mengenai isu semasa yang berlaku di tanah air. Penjelasan beliau diterima baik dan rasional serta mendapat tepukan gemuruh dari mahasiswa Al-Azhar.

[Ibnu Ali] Hehehe.. ni satu lagi, kami semua geleng kepala dengan penjelasan beliau, ade sekali berkenaan dengan nilai-nilai islam yang diterapkan sejak merdeka sudah 50tahun, dia kata tak lama, kami ramai2 membalas "laaaamaaaa!!!".. beberapa kali. Yang mendapat tepukan gemuruh bukan dari jawapan dia, tapi bentuk soalan yang diajukan kepada beliau yang mendapat tepukan gemuruk. baik punya cilok penulis ni!!!

[islamhadhari.net] Yang lebih penting, beliau juga telah berjaya membawa gelombang Islam Hadhari ke sana untuk didukungi oleh para pelajar yang mahir dalam bidang agama. Akhirnya, Muntada Islam Hadhari telah berjaya ditubuhkan di Mesir sebagai sebuah persatuan yang mementingkan akademik dan daya kepimpinan yang jitu. Persatuan ini akan menjadi ?duta kecil? Islam Hadhari di Timur Tengah bagi membantu aspirasi negara memajukan umat Islam di peringkat global. Penyertaan dan sokongan yang baik telah ditunjukkan oleh para mahasiswa di sana termasuk beberapa kelab-kelab lain seperti Kelab UMNO Kaherah yang memberi sokongan moral. Diharapkan dengan lahirnya satu persatuan baru ini dapat menggalakkan lahirnya ramai pelapis pemimpin Islam di masa akan datang. Insyaallah!

[Ibnu Ali] Aku ade bawa buku Islam Hadhari sebelum ni, semasa di dalam keretapi nak ke Damanhur, aku bersembang dengan 4 orang student arab 2 dari Uni Cairo 2 dari Al Azhar. Mereka bertanyakan buku apa yang aku baca. Aku bagitau, buku gagasan Islam hadhari, gagasan baru yang dibawa parti yang sedang memerintah Malaysia sekrang. Depa pening nak fikir istilah "islam Hadhari" tu.. last yang keluar hadharah Islamiyah bukan Islam hadhari. Istilah tu depa kata "khotok!!" (salah).. Aku senyum jer... depa paham takpelaa..Korang tengok sekali lagi bersekongkol Kelab UMNO dalam kelab ini? kata non-partisan? Depa duk sebut2.. marilah bersama kami... kami tak kesah membantu kamu, jika "sakit-sakit yang ditimpa bukan sahaja perlu diubati juga kita perlu berpantang!"

15 Mac 2006

Ntahlah

Assalamualaikum...

Baru jer balik kuliyah, terus aku ke CC harun ni, buka blog kejap.. hari ini sekali lagi aku kecewa dengan diri aku selaku sorang pelajar Al Azhar yang masih belum mecapai matlamat sebenar selaku seorang muslim sejati. Hari sepatah haram pun aku tak paham ape yang terpancul dari mulut lecturer, dari mula dia melangkah masuk ke kelas aku bagaikan terpinga-pinga subjek yang dia mahu ajarkan, fiqh muqaran ke hadith ahkam? sejak dari subuh td yang aku terlewat bangun ntah kenapa hari ini haram sorang pun dari seluruh manusia yang menghuni rumah Johor ini tak mau kejut aku? aku pun tak faham... nasib baik aku sedar juga walupun waktu subuh telah tamat 10 minit yang lalu. Aku teruskan solat seperti biasa. Jadinya aku asyik terpinga-pinga kitab yang hendak dibawa ke kuliyah ni... akhir sekali aku bawa qadhaya sedangkan fiqh muqaran subjek yang pertama. Tapi aku merasakan kitab fiqh muqaran belum aku beli, dan terus saje aku pergi menunnggu bas 80 palang.

Sampai2 ke kuliyah, aku menatap sekejap ke papan kenyataan di Fakulti Syariah Islamiyah, tertera disitu yang tak ku sangka2 "kepada pelajar yang bernama Mohd Akhmal Mohd, sila call ke no 0107559198" aku pun balas kenyataan tersebut. Mungkin si arab yang telah mencuri hanset aku tempohari dah insaf agaknya, hendak dipulangkan hanset aku, mungkin dia pun rasa panas punggung kot, sebab hari2 aku solat hajat "untuyk dia".

Kelas hari ini amat mengecewakan aku, sepatah haram tak paham, entahlah kenapa aku jadi begini, adakah kerana suara Dr yang tak berapa jelas, atau aku terlalu mengantuk?memang nyata aku terlalu mengantuk, tapi seblum tu... aku bermula dengan membaca novel Maria yang dah nak habis aku baca, hinggalah dr masuk ke kelas. Aku mahu tumpukan perhatian pada setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya, bagaimanapun mataku semakin lama semakin kuyu. Aku disajikan dengan hadith-hadith nabi yang dibacakan Dr dan juga kisah-kisah para isteri Nabi yang disebut-sebut. Aku pun tak faham apa yang Dr mahu ketengahkan dengan hadith-hadith yang berkaitan. Rupa-rupanya Dr mengajar Ahadith Ahkam, ada kaitannya dengan bab munakahat, bagamanapun aku terus kuyu layu tidor dengan penuh 'hormat". "bamm!!' Dr mengetuk mejanya yang membuatkan aku tersedar lalu kononnya sedang menumpukan ape yang dibincangkan. Aku kuyu sekali lagi, bagaimanapun aku mengorak langkkah dengan mengambil semula novel Maria td lalu aku baca supaya tidak mengantuk, bagaimanapun aku tetewas juga, tup tup Dr bagi salam, kelas dah abis. Aku bingkas bangun, keluar dari kawasan Jami'ah lalu mencari kedai tokmiah untuk aku mengalas perut. Mungkin disebabkan aku tak makan aku mengantuk kot. Aku pun terus menunngu bas untuk balik...

Hari ini amat mengcewakan aku.... maafkan Akhmal ye mak....

wassalam

14 Mac 2006

73 Tahun PMRAM

Pertama kali ana bersama sahabat sahabiah serata Mesir berkumpul bersama menyatakan kesetian kami bersama Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) di Muktamar Sanawi kali ke 73 di Dewan Nadi Riadhi yang selesa pada 13 dan 14 haribulan Mac. Ribuan terima kasih ana ucapkan kepada pimpinan terdahulu kerana selama setahun di tampuk pimpinan telah menjalankan tugas dengan agak baik serta memuaskan, sekalung takziah juga kepada pimpinan baru PMRAM dan HEWI yang semuanya telah menang tanpa bertanding. Juga kepada Pemangku Presiden PMRAM yang telah pun ditaklifkan sebagai jawatan penuh secara rasmi sebagai Presiden PMRAM untuk tahun ini Al Fadhil Ustaz Kharil Nizam Mat Hussein. Ana selaku ahli pra-matang mengalu-alukan perlantikan beliau sebagai Presiden PMRAM yang telah pun menjangkau usianya selama 73 tahun.

Muktamar kali ini, perjalanan yang mulanya agak hambar dengan disaluti undang-undang disiplin dan keselamatan yang ditetapkan oleh Kerajaan Mesir, hanya bergemuruh dengan tepukan dari para perwakilan dari setiap Badan Kebajikan Anak Negeri (BAKAN) dan Dewan Perwakilan Muhafazah/Daerah (DPM) serta para pemerhati yang kehadiran mereka agak kurang memberangsangkan tanpa laungan takbir yang menjadi syiar bagi para pejuang-pejuang Islam seantero dunia. Bermula dengan paluan kompang yang agak menggamatkan suasana yang dibarisi dari mahasiswa-mahasiswa Badan Kebajikan Anak-anak Johor di Mesir (BKPJM) semasa kemasukan pimpinan PMRAM dan HEWI.

Tiada banyak isu yang hangat dibahaskan dari seluruh perwakilan , hanya sekitar dari masalah-masalah serta gerak kerja yang lama dan masalah-masalah program tarbiyah dan thaqafah yang kurang mendapat sambutan dari setiap ahli, sedikit menggamatkan sedikit suasana dewan muktamar dengan emosi, gelak tawa serta "soh seh" yang lahir dari para pembahas-pembahas dari setiap perwakilan yang sering kali terganggu dengan sistem dan masalah-masalah teknikal dari speaker dan mikrofon. Masalah-masalh seperti usrah dan juga tarbiyah yang lain yang sering dibugarkan oleh para perwakilan untuk memikirkan jalan atau cara yang terbaik bagi mengatasi masalah kemalapan dari setiap ahli.

Dewan seterusnya diteruskan dengan sesi membahas minit mesyuarat Muktamar Sanawi PMRAM yang lalu yang agak dikejutkan dengan keberanian salah seorang siswi yang mencelah beberapa kali ketika Pemangku Presiden Ustaz Khairul Nizam menjawab soalan-soalan yang dilontarkan oleh para perwakilan. Dalam sesi ini ana tak banyak mengambil perhatian tetapi mengahabiskan masa dengan membaca novel maria yang baru dibeli, alhamdulillah dah separuh rupanya.. tak perasan, hehe.

Setelah minit mesyuarat yang lepas telah diluluskan maka tiba sesi untuk menyokong atau membangkang serta membahas satu-satunya usul yang dibawa ke muktamar pada kali ini, iaitu satu usul yang berbunyi "PMRAM perlu mendaftar dengan pihak Kedutaan Malaysia di Mesir". Usul ini telah menggamatkan suasana yang pro dan kontra dari setiap perwakilan. Usul ini telah disokong oleh seorang perwakilan dari kalangan ikhwah dari Badan Kebajikan Anak-anak Negeri Sembilan. Pada sesi kali ini para perwakilan dari setiap zon aktif mengambil bahagian untuk membahas serta menyokong atau membangkang usul yang telah dibawa. Respon dari kesemua perwakilan menyatakan "bangkangan" dengan usul yang dibawa serta mendesak perwakilan-perwakilan lain agar membangkang sekeras-kerasnya usul tersebut. Banyak hujjah yang dibangkitkan untuk membangkang usul tersebut, tertuma hujjah yang dibawa oleh Perwakilan Wilayah Persekutan yang menyatakan bahawa jika PMRAM berdaftar dibawah pihak Kedutaan Malaysia beliau yakin PMRAM akan melalui sekatan-sekatan serta bermacam halangan yang mendatang sedangkan PMRAM telahpun berdaftar dengan Kementerian Masyarakat Mesir sebagai persekutuan yang sah yang boleh diiktiraf oleh mana-mana pihak, dengan menyatakan rasional bahawa PMRAM tak perlu berdartar di bawah pihak kedutaan. Hujjah beliau mendapat tepukan gemuruh ahli dewan sekaligus menjawab kerisauan dan dakwaan-dakwaan yang dibangkitkan oleh perwakilan dari Negeri Sembilan tadi.

Seterusnya, kesemua perwakilan dari mahasiswa dan mahasiswi menyatakan bangkangan dengan usul yang dibawa. Bagaimanapun undian untuk usul ini tetap dijalankan dimana hanya 4 ahli dari perwakilan mahasiswa Negeri Sembilan dan 2 orang sahaja dari perwakilan mahasiswi dari Johor yang menyokong usul tersebut, dengan ini usul tersebut dengan mejoriti dibangkang oleh perwakilan-perwakilan yang hadir. Bagaimanapun usul ini tidak menggambarkan bahawa pihak PMRAM setru kepada pihak kedutaan bahkan kami menganggap pihak Kedutaan Malaysia yang dipimpin oleh TYT Dato Duta Zainal Abidin sebagai bapa kami disini. Masalah ini hanya berputar sekitar kelangsungan PMRAM sahaja, dan selama ini PMRAM bergerak dengan lancar tanpa ada sebarang sekatan dari pihak pemerintah Mesir.

Kepada pimpinan baru sekali lagi takziah atas perlantikan tadi dan diharap dapat meneruskan obor perjuangan ini dan istiqamah hingga ke hembusan nafas yang terakhir dan bukan setakat berdegar-degar di dewan muktamar sahaja!

Wallaua'lam

12 Mac 2006

Qalil (Sedikit)

Sedikit satu perkataan yang selalu digunakan dalam percakapan harian kita. Dalam sesetangah keadaan kita gunakan perkataan "sikit". Kadangkala kita sering terdengar "alamak, sikit sangat ni!" atau "apa barang, siket camni?" dan banyak lagi versi ayat yang sering kita gunakannya dalam banyak situasi. Apa yang hendak diketengahkan dalam perbincangan ini bukannya "sedikit" itu, tapi sejauhmana ia dinilaikan dalam kehidupan dan sejauhmana ia terkesan dalam kehidupan kita. Mana yang paling bernilai dalam hidup kita diantara sedikit atau banyak?

Jika kita lihat dalam nas Al Quran sendiri begitu banyak perkataan "sedikit" ini digunakan oleh Allah SWT dalam pelbagai keadaan pengunaannya. Banyak surah yang tak terlepas dari penggunaan perkataan "sedikit" ini, kita lihat dalam Surah Al Baqarah sendiri ada lapan ayat dalam surah ini menggunakan perkataan "sedikit".

Misalnya; "ولا تشتروا بآياتي ثمننا قليلا وإياى فاتقون" yang bermaksud "Dan janganlah kamu menukar ayat-ayatKu dengan harga yang rendah, dan hanya Akulah kamu harus bertaqwa"

Begitu juga dengan surah-surah yang lain seperti Surah Ali Imran ada empat ayat yang menggunakannya, Surah An Nisa' mempunyai enam ayat dan banyak lgi surah-surah lain seperti Surah Saba, Surah al Anfal, Surah At Taubah, Surah Al Kahfi dan lain-lain lagi surah dalam al Quran yang menceritakan perihal "sedikit" ini yang kita boleh lihat sendiri dalam Al Quran.

Tetapi sejauhmana kita hayatinya dalam kehidupan seharian kita? Adakah benar-benar kita mengaplikasinya dengan penghayatan yang baik ataupun sebaliknya? Jika kita lihat dari sudut yang jauhar (asas) ianya memberi maksud kurang, seperti tiada nilai tambah. Ianya juga boleh membuatkan seseorang itu lemah dalam sesetangah hal, seperti kurang bernilai. Masa yang sedikit, makanan yang sedikit, duit yang sedikit, ruang yang sedikit, dan kita sering lari dari berjumpa dengan hal-hal yang sedikit ini. Ianya juga sering membuatkan kita merungut, marah dan bermacam2 lagi.

Jika kita lihat ayat tadi yang disebut oleh Allah "sedikit" itu dalam hal keadaan yang kurang bernilai, bagaimana peringatan Allah SWT kepada Bani Israil yangmana Allah telah mengurniakan kepada mereka dengan banyak nikmat dan anugerah, janji-janji Allah yang telah dipenuhi, bagaimanapun tindak balas dari Bani Israil adalah sebaliknya, mereka kufur dengan nikmat Allah, menyembunyikan yang hak dan membelakangkan ayat-ayat (perintah) Allah demi kepentingan mereka sendiri, sedangkan mereka tela dianugerahkan dengan kitab Taurat sebagai panduan bagi mereka. Di sini kita lihat nilai susut dalam perihal "sedikit" yang digunakan oleh Allah dalam menemplak bani Israil.

Cuba pula kita lihat dalam ayat lain dalam Surah Saba ayat 13 misalnya;

"وقليل من عبادي الشكور"

Yang bermaksud "dan sedikit sekali dikalangan hamba-hambaKu yang bersyukur (berterima kasih kepadaKu)".

Dalam ayat ini dapat kita lihat nilai tambah dalam penggunaan "sedikit" dalam ayat yang disebut oleh Allah SWT. Dalam ayat ini berlatar kisahkan tentang kepandaian-kepandaian yang diberikan kepada Nabi Allah Daud a.s dan kekuasaan-kekuasaan yang diberi kepada Nabi Allah Sulaiman a.s. Allah meminta kedua-kedua Nabi-Nya ini berkerja dan menjalankan tugas-tugas supaya dengan kerja yang dijalanka itu akan dapat merasakan rasa bersyukur dengan anugerah yang diberi, sehubunngan dengan itu Allah memperingatkan bahawa hanya sedikit sahaja hamba-hamba-Nya yang bersyukur.

Kita sertakan juga dengan kisah Saiyidina Umar r.a yang diriwayatkan sedang berdoa dan memohon kepada Allah SWT supaya dia digolongkan dalam golongan yang sedikit, lalu ditanya oleh seorang sahabat kenapa dia berdoa begitu. Lalu beliau Umar menjawab "adakah engkau tak mengetahui bahawa hanya sedikit sahaja hamba-hamba Allah yang tahu bersyukur".

Dalam hal ini nilai yang amat berharga yang diberikan oleh Allah SWT kepada "sedikit" yang digunakannya. Walaupun sedikit tapi ianya sangat berharga. Dan inilah yang berlaku sekarang dalam kehidupan kita, yang kadang-kadang tidak sedar yang kita sering salah pandang dalam mengaturkannya dalam kehidupan. Kadang-kadang dengan masa yang sedikit jugalah berlaku perubahan yang bersar. Contohnya kita lihat dalam perlawanan Piala Eropah diantara Perancis dan Itali, kita dapat lihat bagaimana pasukan Itali boleh bertahan 90 minit untuk mengekalkan keadaan 1-0 tetapi mereka gagal untuk bertahan selama 3 minit diakhir masa tambahan yang membolehkan pasukan Perancis menjaringkan gol penyamaan menjadikan kedudukan terikat 1-1 dan dilanjutkan dalam masa suddent-death dan perancis menngunakan peluang itu untuk menjaringkan gol kemenangan yang dijaringkan oleh David Trezeguet pemain gantian semasa suddent-death dan kemenangan berpihak kepada Perancis dengan 2-1, dan Itali pulang dengan airmata. Begitu juga halnya dengan Menchester United menentang Bayern Munich pada perlawan akhir Liga Juara-juara Eropah, ketika Bayern boleh bertahan selama 90 minit untuk mengekalkan 1-0 tapi gagal untuk bertahan 2 mint masa tambahan dimana United berjaya menjaringkan 2 gol dalam masa 2 minit. Ini adalah contoh masa yang sedikit yang diberikan, dimana masa yang sedkit itu adalah sangat bernilai dan jangan ianya disia-siakan.

Begitu juga dalam kisah peperangan Badar yang mana tentera Islam pada ketika itu hanya 313 berbanding 1000 tentera musyrikin Makkah, apa yang berlaku? Allah memberi kemenangan kepada tentera Islam, tidak mustahil bukan? Jadi marilah kita sama-sama muhasabah dan menilai dengan mata hati yang penuh dengan hidayah bahawa "sedikit" adalah satu faktor yang sangat-sangat perlu ambil perhatian supaya ianya tidak menjadi cancer dalam abdoman kehidupan kita.

Wallahua'lam.

08 Mac 2006

Meter Baru?

Haaaaaaaaaa!!! ni lah meter kenderaan untuk masa depan kot!!!

06 Mac 2006

Komen dari rakyat jelata:

Komen dari rakyat jelata:

Komen pertama:
kalau depa nak rakyat berjimat-cermat... depa kene berjimat dulu... kalau depa nak rakyat naik basikal/public pi keje... depa kene naik basikal dulu... boleh x??? sbb kalau depa dpt berjimat byk duit dpt digunakan utk perkara2 lain yg lg penting... pemimpin kan contoh kpd rakyat... so rakyat akan contohi apa yg pemimpin buat...

Komen kedua:
sepatutnya hakikat pemimpin ni, adalah sebagai 'khadam' kita. Kalo kita ada masalah, diorang kena bantu kita. Tapi la ni tak....lagi menyusahkan ada la....

Komen ketiga:
malam tadi isi minyak.
selalu kalau ada lagi balance 2 bar (out of six bars),isi $30 boleh jadi 5/6 bar.almost full.
tapi la ni tambah 2 bar je!
terasa sungguh!!

Komen ketiga:
negara yang tak keluarkan minyak mana boleh dibanding dengan negara pengeluar minyak? Siam mengeluarkan Padi, adakah kita nak banding harga beras di siam dengan di malaysia? jepun keluarkan honda, adakah kita nak banding harga honda di jepun dengan disini? Tak layak banding...sepatutnya malaysia banding harga minyak dengan brunei, iran dan negara2 pengeluar minyak yang lain...itu baru betul..

Komen keempat:
alasan yg aku rasa nak termuntah dengar...
KERAJAAN TAK MAMPU NAK TANGGUNG SUBSIDI MINYAK..
apalah yg teruk sangat?
selama aku hidup ni apa yg ko tanggung utk aku..??
cuba jawab sikit..
org tak sekolah boleh la ko tipu.
aku ni lulusan universiti.ngok..!

Komen kelima:
dulu RM45+ dah dapat full tank...
sikalang berapa?
RM60+ baru dapat full tank wooo
Tradisi BN membela rakyat kununnn..boleh

Komen Ibnu Ali:
Jom pakat pangkah BN lagi!!

Info: Tahukan anda semua minyak yang dijual dinegara kita adalah bergred rendah? minyak gred C dan D yang dibeli dari negara lain dengan harga yang murah, dan dijual kembali kepada rakyat. Minyak yang dikeluarkan di bumi Malaysia kebanyakkannya berGred A dan dijual kepada negara-negara maju dengan harga PASARAN DUNIA

04 Mac 2006

Ubah gaya hidup? Siapa?

Senario 1 :

Ubah gaya hidup -- TPM saran rakyat belanja berhemah, tidak membazir

KUALA LUMPUR 1 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, rakyat perlu membuat perubahan kepada gaya hidup berikutan kenaikan harga runcit minyak sebanyak 30 sen seliter bermula semalam. Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat perlu berbelanja secara berhemah, berjimat cermat, tidak membazir serta mengutamakan perbelanjaan penting. ``Mengurangkan pembaziran juga selaras dengan tuntutan Islam dan rakyat juga perlu memikirkan alternatif seperti menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja,'' katanya.

Senario 2 :

Kos Ubahsuai Kediaman Rasmi PM Berjumlah RM15.81 Juta

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Kos pengubahsuaian kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya yang dilaksanakan tahun ini berjumlah RM15.81 juta, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Beliau berkata kerja pengubahsuaian itu meliputi kerja membaik pulih dan menaik taraf sistem penyaman udara, pendawaian elektrik, lanskap serta pengubahsuaian dalaman termasuk ruang dapur dan bayaran juruperunding. "Kerja pengubahsuaian telah pun siap sepenuhnya dan Perdana Menteri telah pun berpindah ke kediaman rasmi beliau," katanya dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh) mengenai kos pembinaan, pengubahsuaian dan pengurusan tahunan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri pada persidangan Dewan Rakyat di sini Isnin. Mohamed Nazri berkata kos penyelenggaraan bulanan yang melibatkan keseluruhan kompleks kediaman Perdana Menteri termasuk blok rumah persendirian beliau hanya berjumlah RM2.9 juta setahun iaitu dengan purata RM242,991.50 sebulan.

Beliau berkata kos asal pembinaan kediaman rasmi Perdana Menteri dengan merujuk khusus kepada blok rumah persendirian di mana Perdana Menteri dan keluarga tinggal berjumlah RM24.17 juta. Mohamed Nazri berkata kos asal kontrak pembinaan kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dengan merujuk kepada blok rumah persendirian di mana Timbalan Perdana Menteri dan keluarga tinggal berjumlah RM13.51 juta. Beliau berkata kos penyelenggaraan tahunan kompleks kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri berjumlah RM1.46 juta setahun iaitu dengan purata RM122,267 sebulan. Setakat ini, kos pengubahsuaian kompleks kediaman Timbalan Perdana Menteri bagi tahun ini belum diputuskan lagi kerana masih di peringkat kajian dan perancangan Jabatan Kerja Raya, katanya.

Senario 3:

BANTAH ...para penduduk setinggan di Kampung Fajar Hulu Kelang melahirkan rasa tidak puashati terhadap Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) atas tindakan untuk merobohkan rumah-rumah setinggan di situ pagi tadi (17 Januari 2005). Meskipun pada asalnya MPAJ dikatakan hendak merobohkan semua rumah setinggan di penempatan setinggan tertua di Selangor itu, tetapi akhirnya dengan ada campur tangan polis hanya rumah yang telah dikosongkan sahaja dirobohkan

HIDUP DALAM KETAKUTAN.. Mangsa keganasan Kerajaan Negeri Selangor Puan Norida Misuari, bersama anaknya Rohaida Bte Nanni, 1 tahun 3 bulan, mengenang nasib keluarga setelah rumahnya dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Klang pada 22 Disember lalu di Tanjung Harapan, Klang.

DULU KEHILANGAN IBU TEMPAT MENGADU, KINI KEHILANGAN RUMAH TEMPAT BERTEDUH.... Itulah nasib malang yang menimpa anak yatim Nurliyana Basuk, 12 yang kehilangan ibu 6 tahun lalu dan kini rumahnya dirobohkan oleh MPAJ semalam ( 13 Februari ). Dia terpaksa menjemur buku-buku sekolahnya yang basah setelah ditimpa hujan ribut di atas runtuhan rumah keluarganya di AU3 Keramat tengahari tadi.

MPAJ roboh rumah, lima anak yatim hilang tempat berteduh.

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Hrkh) - Lima anak yatim hilang tempat berteduh setelah semalam Majlis Ampang Jaya (MPAJ) didakwa bertindak meroboh rumah peninggalan ibu mereka di Kampung Pinggiran Sungai, AU3 Keramat. "Kami tak tahu nak tinggal dimana, malah tiada pampasan diberi meskipun rumah kami diroboh," kata salah seorang anak yatim terbabit, Sulaiman Masro, 16 yang bekerja sebagai pembantu di kedai mebaikpulih kereta. Sulaiman yang kelihatan sedih dan masih trauma melahirkan rasa kecewanya atas tindakan tidak berperikemanusiaan pihak berkuasa tempatan. Beliau berkata demikian ketika ditemui di tapak rumah yang diroboh di Kampung Pinggiarn Sungai AU3 Keramat pagi tadi. Apa yang mereka perlu ialah sedikit keprihatinan daripada MPAJ dan ADUN Hulu Kelang tetapi ini semua bukan agenda pentadbir. Akhirnya rumah mereka telah dirobohkan dengan rakus oleh MPAJ pada pukul 3 petang tadi.

Dengan linangan air mata dan jerit ketakutan anak-anak kecil, MPAJ bertegas menolak sebarang rayuan terakhir mereka. Mereka masih belum sempat memindah keluar barangan rumah apabila jentolak MPAJ mula bekerja. Tanpa tempat yang nak dituju, ditambah dengan hujan yang turun dengan lebat, basahlah tubuh badan dan barangan rumah mereka. Sewaktu kami melawat, memang benar mereka tiada tempat untuk bermalam sehingga ada diantara anak yang terpaksa tidur berbumbungkan langit. Ayah dan ibu mereka sibuk mencari barang-barang yang mungkin tertinggal dalam timbunan robohan rumah mereka. Beginilah nasib rakyat dibawah MPAJ. Mana tolak ansur, Mana peri kemanusian. -- BERNAMA
___________________________________________________
Ibnu Ali: Sapa yang agaknya kena Ubah Gaya Hidup? Selama mana rakyat hendak diperbodohkan dalam hal ni? Begitu juga dengan gagasan Islam HadHari!! saya melihat ianya satu tempelan sahaja, tiada sebarang komitmen yang agak telus, melihat kepada 10 prinsipnya memang tiada bertentangan dengan Islam, bagaimanapun pelaksaannya dilihat cacamarba.

Kebobrokan pelaksanaan idea seperti ini bakal memberi kesan yang tidak diharapkan. Islam Hadhari mahu dilaksanakan tapi kilang2 arak, disko2 semakin banyak diluluskan. Kilang Carlsberg di Malaysia merupakan yang terbesar di asia tenggara. Malu nak menobatkan sebagai Negara Islam. Kalau nak senaraikan projek2 mungkar kerajaan memang malas nak senaraikan. Hmm tepuk dada tanya iman.

01 Mac 2006

Waheeda: Sejauh mana dia boleh bertahan..

Kali ini rasa terdetik jari ini berbicara tentang Waheeda. Siapa yang tak kenal dengan lagunya Wassini yang sering jadi siulan anak2 muda, sering diputar di corong-corong radio.

Berbekal dengan imej bertudung litup, lengkap menutup aurat, dengan sikap memelihara dirinya dari bebas bergaul atau "bertepuk-bertampar" sepertimana artis-artis wanita lain. Penampilan yang tidak "terdedah" di sana sini, seperti mana sebahagian artis baru yang tidak lari dari "dedah" dan akhirnya batang hidung entah ke mana.

Di awal-awal penglibatan Waheeda dalam industri hiburan kita, saya agak terkejut dan juga tertanya-tanya, dengan penampilan yang sedemikian sejauh mana Waheeda boleh bertahan dengan imej demikian? Dengan berbekalkan dengan pakej lengkap, wajah yang cantik, bagaimanapun dengan berimej wanita yang menutup aurat, sejauh mana dia boleh bertahan?

Lahirnya album Wassini yang bermaksud (nasihati aku) yang berkomposerkan saudara Yassin yang dahulunya salah seorang anggota kumpulan nasyid terkenal tanah air. Waheeda cuba melakukan pembaharuan atau tajdid dalam struktur wajah artis-artis Malaysia, yang sinonim dengan mendedahkan aurat, bergosip dan sebagainya. Walaupun dia sendiri tidak terlepas dari sebarang gosip liar, bagaimanapun ia tidak sehangat gosip-gosip liar hingga boleh menjatuhkanImej beliau sebagai insan seni yang menampilkan imej Islamic. Bagaikan satu anjakan paradigma yang dilakukan, pengislahan yang agak ketara dalam suasana masyarakat yang mahu lari ledakan hiburan-hiburan melampau.

Nah! Gagis ini mendapat tempat di hati pemuda-pemudi di Malaysia, bahkan sehingga ke seberang tambak Tanjung Puteri ke Pulau Temasik hinggakan ke Negara Emas Hitam asia tenggara. Lagu-lagunya seperti Wassini, Bahtera Nuh dan sebagainya, telah menunjukkan pendirian di sebalik hijab seakan-akan ada matlamat yang jelas dalam karier beliau melayarkan kapalnya di tengah-tengah lautan industri hiburan ini.

Setelah itu, wajahnya menjadi penghias muka depan majalah-majalah di pasaran. Dengan tidak mengenepikan imej-imej yang dibawa ternyata ianya membawa kesan di tengah-tengah masyarakat wanita Islam di Malaysia. Ramai wnaita yang sudah mula terikut-ikut dengan penampilan menutup auratnya, serta gaya pemaiakan tudungnya yang telah mencuit hati-hati wanita islam dengan turut sama menutup aurat, walaupun dengan "ikut-ikut" tanpa memahami tuntutan sebenar menutup aurat ia dilihat sebagai satu perkmebangan positif, ketika isu tudung hangat dibicarakan, dengan tudung inilah ia menggegar seluruh dunia. Dengan kain tudung inilah ummat Islam khususnya bangkit mempertahankan syiar yang diperlekeh oleh barat dan juga musuh-musuh Islam.

Jadi, mari kita lihat keadaan ini, walaupun paltform yang digunakan oleh Waheeda agak tidak disenangi sebahagian Ilmuan Islam, bagaimanapun kesan yang terbit dari tajdid yang dilakukan beliau amat ketara. Sikapnya yang agak mengimbangi antara hak dan batil, harus dilihat sebagai satu perkara yang positif, walaupun wasilahnya tidak memenuhi tajdid dalam jangka masa yang panjang. Ia dilihat agak sedikit memberi keuntungan kepada masyarakat Islam yang semakin parah akhir-akhir ini.

Khas Untuk Mak Tersayang: I love You Mom..

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh? ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera

Tak ku lupakan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh? Ibu

Jimat subsidi RM4.4b

Jimat subsidi RM4.4b

KUALA LUMPUR: Kerajaan dapat berjimat RM4.4 bilion tahun ini dalam bentuk subsidi berikutan kenaikan harga runcit petroleum sebanyak 30 sen mulai semalam dan wang itu akan digunakan untuk faedah rakyat, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata, jumlah subsidi yang dapat dijimatkan itu akan dibelanjakan untuk pelaksanaan projek pembangunan, khususnya sistem pengangkutan awam bagi keselesaan rakyat serta membantu meningkatkan ekonomi negara.

?Rakyat diharap membuat pengorbanan dengan membayar 30 sen lebih. Tapi akan dipulangkan balik kepada rakyat untuk projek pembangunan yang memerlukan kos besar seperti pengangkutan awam yang pada hari ini tak memuaskan hati... terpaksa rakyat beli kereta,? katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mendengar taklimat Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia di sini, semalam. Turut hadir, Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Malam kelmarin, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan harga runcit petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) masing-masing naik 30 sen seliter dan sekilogram untuk menangani impak kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia serta membendung pertambahan subsidi yang perlu ditanggung kerajaan.

Sambil menyatakan kadar kenaikan itu berpatutan dan masih rendah berbanding harga di negara Asean kecuali Brunei, Abdullah mengakui tiada sesiapa yang akan seronok apabila harga minyak naik.

Bagaimanapun, katanya, rakyat perlu memahami perkara itu dan kerajaan juga bukan menarik balik langsung subsidi yang diberi.

Lagi pun, katanya, kebanyakan rakyat yang berkereta kecil dan menggunakan motosikal sebenarnya tidak dapat banyak subsidi, sebaliknya ia lebih menguntungkan mereka yang mempunyai banyak kereta dan kenderaan mewah.

?Kalau kita ambil kira rakyat berpendapatan yang ada kereta satu, kereta kecil dan motosikal, mereka sebenarnya tidak dapat subsidi setimpal,? katanya sambil mengulangi jaminan harga minyak itu tidak akan dinaikkan lagi tahun ini.

Ditanya mengapa harga minyak dinaikkan ketika harga minyak dunia stabil, Abdullah berkata, harga minyak dunia stabil pada harga yang tinggi.

Mengenai keputusan kerajaan menaikkan terus sehingga 30 sen, beliau menjelaskan:

?Naik sedikit demi sedikit lagi susah... bila kita naik sikit, harga akan naik... tak pa ini sekali.?

Perdana Menteri mengakui harga barangan mungkin naik sedikit ekoran peningkatan harga minyak, tetapi pemantauan akan ditingkatkan bagi memastikan kenaikan itu tidak terlalu tinggi dan menyusahkan rakyat.

Beliau juga menasihatkan rakyat supaya berjimat dalam perbelanjaan seperti berkongsi kereta.

Mengenai kadar faedah ekoran kenaikan harga minyak, Perdana Menteri berkata, beliau menyerahkan kepada Bank Negara untuk menentukannya tetapi kadar itu akan dikawal pada tahap yang dapat diuruskan dengan baik dan tidak membebankan.

Perdana Menteri juga berkata, mungkin ada pihak menganggap kenaikan harga minyak tidak perlu kerana Petronas memperoleh banyak pendapatan, tetapi pendapatan tinggi itu digunakan Petronas untuk projek pembangunan dan pelaburannya serta membayar cukai.
--------------------------------------------------------
Ibnu Ali: Apo nak dikato? pandai2lah korang menilai.. "nak wate and see?"

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai