Sedikit satu perkataan yang selalu digunakan dalam percakapan harian kita. Dalam sesetangah keadaan kita gunakan perkataan "sikit". Kadangkala kita sering terdengar "alamak, sikit sangat ni!" atau "apa barang, siket camni?" dan banyak lagi versi ayat yang sering kita gunakannya dalam banyak situasi. Apa yang hendak diketengahkan dalam perbincangan ini bukannya "sedikit" itu, tapi sejauhmana ia dinilaikan dalam kehidupan dan sejauhmana ia terkesan dalam kehidupan kita. Mana yang paling bernilai dalam hidup kita diantara sedikit atau banyak?
Jika kita lihat dalam nas Al Quran sendiri begitu banyak perkataan "sedikit" ini digunakan oleh Allah SWT dalam pelbagai keadaan pengunaannya. Banyak surah yang tak terlepas dari penggunaan perkataan "sedikit" ini, kita lihat dalam Surah Al Baqarah sendiri ada lapan ayat dalam surah ini menggunakan perkataan "sedikit".
Misalnya; "ولا تشتروا بآياتي ثمننا قليلا وإياى فاتقون" yang bermaksud "Dan janganlah kamu menukar ayat-ayatKu dengan harga yang rendah, dan hanya Akulah kamu harus bertaqwa"
Begitu juga dengan surah-surah yang lain seperti Surah Ali Imran ada empat ayat yang menggunakannya, Surah An Nisa' mempunyai enam ayat dan banyak lgi surah-surah lain seperti Surah Saba, Surah al Anfal, Surah At Taubah, Surah Al Kahfi dan lain-lain lagi surah dalam al Quran yang menceritakan perihal "sedikit" ini yang kita boleh lihat sendiri dalam Al Quran.
Tetapi sejauhmana kita hayatinya dalam kehidupan seharian kita? Adakah benar-benar kita mengaplikasinya dengan penghayatan yang baik ataupun sebaliknya? Jika kita lihat dari sudut yang jauhar (asas) ianya memberi maksud kurang, seperti tiada nilai tambah. Ianya juga boleh membuatkan seseorang itu lemah dalam sesetangah hal, seperti kurang bernilai. Masa yang sedikit, makanan yang sedikit, duit yang sedikit, ruang yang sedikit, dan kita sering lari dari berjumpa dengan hal-hal yang sedikit ini. Ianya juga sering membuatkan kita merungut, marah dan bermacam2 lagi.
Jika kita lihat ayat tadi yang disebut oleh Allah "sedikit" itu dalam hal keadaan yang kurang bernilai, bagaimana peringatan Allah SWT kepada Bani Israil yangmana Allah telah mengurniakan kepada mereka dengan banyak nikmat dan anugerah, janji-janji Allah yang telah dipenuhi, bagaimanapun tindak balas dari Bani Israil adalah sebaliknya, mereka kufur dengan nikmat Allah, menyembunyikan yang hak dan membelakangkan ayat-ayat (perintah) Allah demi kepentingan mereka sendiri, sedangkan mereka tela dianugerahkan dengan kitab Taurat sebagai panduan bagi mereka. Di sini kita lihat nilai susut dalam perihal "sedikit" yang digunakan oleh Allah dalam menemplak bani Israil.
"وقليل من عبادي الشكور"
Yang bermaksud "dan sedikit sekali dikalangan hamba-hambaKu yang bersyukur (berterima kasih kepadaKu)".
Dalam ayat ini dapat kita lihat nilai tambah dalam penggunaan "sedikit" dalam ayat yang disebut oleh Allah SWT. Dalam ayat ini berlatar kisahkan tentang kepandaian-kepandaian yang diberikan kepada Nabi Allah Daud a.s dan kekuasaan-kekuasaan yang diberi kepada Nabi Allah Sulaiman a.s. Allah meminta kedua-kedua Nabi-Nya ini berkerja dan menjalankan tugas-tugas supaya dengan kerja yang dijalanka itu akan dapat merasakan rasa bersyukur dengan anugerah yang diberi, sehubunngan dengan itu Allah memperingatkan bahawa hanya sedikit sahaja hamba-hamba-Nya yang bersyukur.
Kita sertakan juga dengan kisah Saiyidina Umar r.a yang diriwayatkan sedang berdoa dan memohon kepada Allah SWT supaya dia digolongkan dalam golongan yang sedikit, lalu ditanya oleh seorang sahabat kenapa dia berdoa begitu. Lalu beliau Umar menjawab "adakah engkau tak mengetahui bahawa hanya sedikit sahaja hamba-hamba Allah yang tahu bersyukur".
Dalam hal ini nilai yang amat berharga yang diberikan oleh Allah SWT kepada "sedikit" yang digunakannya. Walaupun sedikit tapi ianya sangat berharga. Dan inilah yang berlaku sekarang dalam kehidupan kita, yang kadang-kadang tidak sedar yang kita sering salah pandang dalam mengaturkannya dalam kehidupan. Kadang-kadang dengan masa yang sedikit jugalah berlaku perubahan yang bersar. Contohnya kita lihat dalam perlawanan Piala Eropah diantara Perancis dan Itali, kita dapat lihat bagaimana pasukan Itali boleh bertahan 90 minit untuk mengekalkan keadaan 1-0 tetapi mereka gagal untuk bertahan selama 3 minit diakhir masa tambahan yang membolehkan pasukan Perancis menjaringkan gol penyamaan menjadikan kedudukan terikat 1-1 dan dilanjutkan dalam masa suddent-death dan perancis menngunakan peluang itu untuk menjaringkan gol kemenangan yang dijaringkan oleh David Trezeguet pemain gantian semasa suddent-death dan kemenangan berpihak kepada Perancis dengan 2-1, dan Itali pulang dengan airmata. Begitu juga halnya dengan Menchester United menentang Bayern Munich pada perlawan akhir Liga Juara-juara Eropah, ketika Bayern boleh bertahan selama 90 minit untuk mengekalkan 1-0 tapi gagal untuk bertahan 2 mint masa tambahan dimana United berjaya menjaringkan 2 gol dalam masa 2 minit. Ini adalah contoh masa yang sedikit yang diberikan, dimana masa yang sedkit itu adalah sangat bernilai dan jangan ianya disia-siakan.
Wallahua'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan