"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


24 Jun 2008

Memulangkan balik kembali

25 Jun 2008 masihi insyaAllah tepat jam 4.50 pagi waktu Mesir, saya akan bertolak ke tanahair. Berat sebenarnya untuk melangkah pulang, memandangkan ianya bukanlah pulang untuk selamanya. Sekadar pulang bercuti. Tetapi bukan sebarang cuti. Cuti yang bakal mempunyai beberapa misi yang hendak diselesaikan. Setelah melakukan istikharah, hati ini seperti mengatakan perlu pulang.

Ibu di Malaysia pada awalnya berat untuk memberi kelulusan dan lampu hijau untuk pulang ke tanahair. Juga seperti redha dengan kata-kata ibu. Bagaimanapun lain cerita dari adik beradik. Juga mungkin dengan kesan pujukan dari saya. Akhirnya ibu memberi lampu hijau. Diri ini berjanji, kepulangan kali ini bukan sebarang pulang, tetapi pulang yang mempunyai beberapa misi.


Seorang manusia tidak akan lari dari masalah. Pelbagai masalah yang dihadapi, dan perlu diselesaikan dan diredakan. Semakin dibiarkan masalah ini, semakin panas ia membakar. Bagaimanapun tidak semua yang merasakan masalah ini satu beban, bahkan ia menyeronokkan, risiko yang menyeronokkan. Bak kata orang putih "No Risk No Fun". Bagi saya ada yang menyeronokka
n dan juga ada yang sangat membebankan. Bebanan ini bukan sebarang beban, beban sebagai seorang muslim yang membawa banyak taklifan. Sejak diutuskan Nabi Adam AS di muka bumi ini, secara automatik menggalas taklifan-taklifan yang perlu dilaksanakan.

Menjangkau tiga tahun di bumi Anbia ini, sebenarnya telah memberi banyak pengalaman kepada diri. Pengalaman yang susah dicari ganti. Thaqafah di bumi ini bukan sebarangan thaqafah. Mesir itu sendiri ialah thaqafah. Meletakkan diri di tengah-tengah kepadatan penduduk Mesir ini sangat-sangat memberi pengajaran. Pengajaran menghadapi kesulitan, pengajaran me
nghadapi kesenangan, pengajaran menghadapi kemalasan, pengaran menghadapi kerajinan, pengajaran menghadapi kekosongan masa, pengajaran menghadapi kepadatan masa dan banyak lagi lah.

Bagaimanapun pengajaran bersemuka dengan suasana ilmu adalah sangat berharga. Mesir ini dunia ilmu. Kiblat ilmu. Anak melayu membanjiri Mesir sejak sekian lama dan telah menjangkau ribuan. Ia sepatutnya menjadi Tsunami ilmu di Malaysia bila ribuan anak Malaysia ini pulang ke tanahair. Membentuk suasana sihat dengan kematangan ilmu. Tidak jumud dan sangat terbuka terhadap ilmu. Tetapi hakikat yang perlu dihadapi ialah tidak semua akan membawa pulang perubahan-perubahan tersebut dari hayunan ilmu. Tetapi hanya membawa perubahan penampilan dan perubahan yang tidak diharapkan. Membawa mentaliti yang sama, membawa budaya yang sama. Bahkan juga ada yang menjadi beban kepada agama dan ummah nau'zubillah.


Istimewa buat seorang housemate Mohd Khairul Anwar Tajudin yang bakal berseorangan selama beberapa bulan kerana keempat-empat housemate-nya pulang ke Malaysia. Ada pesanan, "Jaga elok-elok rumah ni". "InsyaAllah Aidilfitri nanti aku call"

Jumpa di tanahair insyaAllah.

17 Jun 2008

PAS diserang, mana jamaah lain?

PAS diserang kerana Ella dan Mas Idayu! Kerana PAS mendesak supaya MB Selangor membatalkan konsert tersebut. Jika Mas Idayu dan Ella menang dan berjaya berkonsert maka itu tandanya Pas sudah dikalahkan oleh mereka. Dikalahkan oleh Mas Idayu dan Ella. Oleh itu, PAS kena tegas dengan demo yang hendak dianjurkan. Jika berjaya juga konsert tersebut, PAS tetap menang moral. Dalam hal ini PAS tidak berdosa. Usaha menyekat dan menghalang maksiat sudah dilaksanakan.

Baik, dalam hal ini tidak boleh mengatakan PAS diserang sahaja, bahkan Islam juga diserang sama, lihat sahaja ulasan Roslan Aziz yang disiarkan oleh Malaysia Kini. Kenyataan yang menghina orang yang berada dalam institusi agama. Tidak kurang dengan kenyataan dari Pemuda PKR dan DAP. Dalam masa kita boleh bertolak ansur dengan mereka dalam beberapa hal, tetapi kenapa mereka tidak boleh prinsip kita dalam hal ini? Memang kita enam kerusi, tetapi tanpa enam ini, bagaimana?

Jamaah Islam yang lain seperti JIM, ABIM, HT dan lain-lainnya, dimanakah kamu? Adakah hal berkenaan dengan konsert ini kamu masih lagi tidak ada kesatuan fikrah? Sebelum ini banyak kenyataan dan tindakan dari pihak ABIM dan JIM dan mana-mana gerakan Islam mendapat tempat dalam PAS, tetapi ketika PAS diserang dalam hal ini, di manakah kamu semua? Hal ini bukan kerana PAS itu yang menjadi sebahagian dari Kerajaan Selangor sahaja, tetapi ianya lebih melibatkan kepentingan Islam itu sendiri. Dalam masa kita berkobar-kobar mengatakan masalah moral remaja yang berpunca dari krisis nilai dan pegangan agama, sepatutnya kita cepat ke hadapan dalam isu ini. Inilah masanya kita menyerlahkan apa yang kita perjuangkan, inilah masanya dan tempatnya!

Peringkat PAS Kawasan di Selangor telah menghantar memorandum kepada YAB MB Selangor. Bagaimana dengan PAS Pusat? Adakah Pusat memandang sepi hal ini? Bayangkan jika ada memorandum rasmi dari pimpinan pusat? Apakah rakan dari PKR dan DAP akan lakukan? Ini isu yang melibatkan perlembagaan PAS yang diperjuangkan.

Sebab itu perbahasan taadud jamaah (berbilang jamaah) ini menjadi perbahasan hangat antara ulama-ulama dan penggerak-penggerak gerakan Islam. Kesannya apa yang berlaku sekarang! Apabila PAS berseorangan, di manakah yang lain? Pemberian wala, kesatuan fikrah dan amal tidak selari, bahkan masing-masing dari sumber yang sama. Ini kerana ada kepentingan yang hendak dijaga melebihi kepentingan ummah itu sendiri. Ini taaddud yang dibenarkan atau taaddud yang dilarang?

Berbalik kepada ulasan Roslan Aziz, saya menegaskan di sini, kalau kita tidak gunakan agama untuk politik, kita nak guna apa? Dalam berpolitik kena guna agama, pendidikan kena guna agama, berkarya kena guna agama, berekonomi kena guna agama, berumahtangga kena guna agama dan hidup kita keseluruhannya kena guna agama. Tidak timbul kita hanya memperalatkan agama untuk kepentingan lain. Bahkan kita menjadi alat kepada kepentingan agama.

Akhirnya, pandangan saya dalam situasi sekarang, PAS perlu melakukan kajian terperinci dan pemerhatian dengan perkongsian kuasa seperti ini. Hal ini dibahas lumat oleh ulama-ulama. Jika hal-hal bekaitan dengan syariah menjadi terhalang dengan jelas dengan perkongsian kuasa ini, maka kita tidak perlu duduk bersama. Kita meraikan mereka tetapi mereka sebaliknya dengan kita.

Pimpinan pusat juga perlu memikirkan bagaimana situasi akar umbi, kerja-kerja mereka bukan mudah, kerana mereka yang selalu bersama rakyat bawahan. Tahap pemikiran rakyat ada bermacam-macam tahap. Begitu juga dengan tahap ilmu, pemikiran dan penguasaan thaqafah ahli-ahli PAS. Behadapan dalam isu-isu kritikal bukan mudah, akhirnya senyap dan membisu.


10 Jun 2008

50 tahun, tanggung padah!

Pengundi Melayu tanggung padah

Menurut beliau, sebelum ini kerajaan negeri Selangor telah memberikan jaminan untuk melaksanakan sistem akidah Islamiah.

''Tetapi apa yang boleh dilakukan melainkan terpaksa bersetuju kerana suara mereka hanyalah suara minoriti.

''Cuma saya ingin beritahu orang Islam di Selangor, itulah harga mahal yang terpaksa mereka bayar kerana salah memilih kerajaan,'' katanya.


Kenyataan jahat Zahid Hamidi ini tidak boleh diterima. Zahid cuba membangkitkan isu perkauman dan sensitiviti agama. Tetapi tidak kena dengan isunya. Apakah dengan keluasan rumah ibadat bukan Islam menjadi punca utama masalah akidah di orang Islam di Malaysia?

Dengan menyekat penganut agama lain bebas untuk membina sebesar mana pun rumah ibadat mereka adakah itu caranya menjaga akidah rakyat yang beragama Islam? Adakah dalam sejarah ada dilakukan begitu? Jika ada sila bawa sekali.

Malaysia sejak dahulu terkenal dengan sekat menyekat terhadap kebebasan beragama. Termasuk agama Islam sendiri, yang tidak boleh dilaksanakan secara total di Malaysia ini. Firman Allah SWT:


"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. " Surah Al Baqarah ayat 208.

Lihat sahaja tokong buddha di Tumpat, Kelantan. Bahkan merupakan tokong terbesar di Malaysia. Cuba Zahid bagitau umum, masalah masalah akidah yang meruncing berlaku di Kelantan? Adakah dengan sebab ini akidah umat Islam di Malaysia tercabar?

Lihat sahaja masalah yang timbul sejak dahulu, dengan black metalnya, skin head, punk, seks bebas, golongan anti hadis, murtadisme, hedonisme, sekularisme dan segala penyakit akidah, akhlak dan syariah tetap berlaku. Adakah zahid boleh mengatakan ini berlaku kerana kawasan peribadatan agama lain yang besar? Jika sebelum ini Kerajaan Selangor menghadkan keluasan rumah ibadat bukan Islam. Adakah masalah akidah umat Islam tiada masalah? Jangan disalahkan penganut agama lain jika masalah akidah berlaku ke atas umat Islam.

Kenyataan jahat Zahid ini menggambarkan bahawa selama 5o tahun BN memerintah Malaysia, masalah akidah umat Islam tiada masalah dan terbela. Dalam masa yang sama segala bentuk perkara yang boleh merosakan akidah dan akhlak umat Islam dibiarkan dan diberikan bergerak bebas.

Lihat sahaja, apa yang berlaku di Pulau Pinang, sebelum ini. Oleh kerana lompangnya undang-undang syariah di Malaysia ini, maka seorang muallaf dibebaskan keluar Islam. Juga dengan banyak undang-undang Islam lain yang tidak mendapat tempat di Malaysia, seperti hudud dan qisas.

Sumber-sumber keruntuhan akidah dan akhlak juga tidak hanya berlaku apabila umat Islam murtad sahaja! Mereka yang tidak mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya juga masalah akidah yang berlaku sekarang. Yang tidak tahu solat berapa ramai, tak tahu mengaji quran, tak tahu mengucap, bebas berzina,tak tahu apa yang perlu dibuat sebagai umat Islam juga masalah besar yang melanda. Orang-orang seperti ini bukan sahaja menimbulkan masalah tehadap diri sendiri, tetapi kepada kelauarga, masyarakat juga negara!

Masalah konflik agama dan jiwa ini akan menghakiskan rasa cinta kepada keluarga, masyarakat juga negara! Budak-budak skin head, punk, black metal, dan ramai lagi golongan belia rosak, terfikirkah mereka dengan masalah negara? Berapa ribu yang tidak daftar sebagai pemilih? Tetapi yang dirisaukan golongan yang mengambil peduli dengan negara, takut dengan kebangkitan mereka. Mereka yang teguh akidahnya tidak akan berdiam diri dengan suasana pemerintahan sekarang, maka golongan seperti ini perlu diambil perhatian, di-ISA-kan mereka dan sebagainya.

Zahid sepetutnya sebagai Menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam ini memikirkan cara terbaik menurut Islam untuk mengatasi masalah-masalah tersebut. Banyak jaminan-jaminan Allah SWT disebut dalam Al Quran jika berhukum dan menuruti secara baik dan menyuluruh akan diberikan berkat, kebahagian, kekuatan, ketakwaan, keampunan, petunjuk, pencegahan dan sebagainya. Setelah 50 tahun merdeka kenyataan menyalahkan penganut lain sepatutnya tidak keluar dari mulut seoarang menteri di Malaysia.

09 Jun 2008

Nilai Sehelai Kain Bernama Tudung

Sehelai kain yang dinamakan tudung dipakai oleh kaum mukminah. Mukminah senantiasa mengenakan kain tersebut di hadapan khalayak umum. Mukminah yang selalu menepati firman Allah:


"
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbab*nya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." - Surah Al Ahzab ayat 59

*Jilbab:
Tudung dan Baju yang longgar yang dapat menutup kepala, dada dan tubuh.

Kain tudung ini mempunyai nilai yang tinggi di sini mukminah. Jika tertanggal tudung dari diri seseorang mukminah itu, maka hilanglah nilai besar sebagai seorang mukminah. Tudung bukanlah sebagai nilai kecil. Ianya nilai yang besar. Bahkan azab yang sangat pedih bagi muslimah yang tidak mengenakan tudung (menutup rambut hingga ke dada). Semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada para muslimah agar mengenakan tudung.

Berbanggalah mukminah yang lengkap mengenakan pakaian yang menepati ciri-ciri mukminah. Ianya tidak harus merasa rendah diri kerana ianya adalah syiar Islam yang wajib dipertahankan. Biarlah fasiqah, munafiqah dan kafirah di luar sana tak habis-habis mengejek-ejek pakaian mukminah. Mereka tidak merasa dibawah lindungan Allah. Bahkan berbangga bersama toghut sebagai wali mereka. Mereka dan wali toghut mereka akan dicampakkan ke dalam kesengsaraan yang amat pedih yang dijanjikan Allah. Firman Allah:


"Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah toghut (syaitan), yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya." - Surah Al Baqarah ayat 257

Mereka juga berbangga dengan menghalang segala perkara-perkara yang baik iaitu perkara yang menjadi suruhan dari Allah Yang Maha Berkuasa, dan bertindak menyuruh dan memerintahkan melakukan perkara yang mungkar yang mendapat larangan dan tentangan dari Allah. Golongan munafik dan fasiq ini sentiasa tidak menolak peringatan kebenaran dan seronok bersama gigitan nafsu jahat yang tidak terbendung.

Harus diingat! Dunia ini bukanlah tempat selamanya buat kita. Ianya sementara. Bahkan kita adalah petani yang perlu bercucuk tanam dan mahu mendapatkan hasilnya di akhirat kelak. Dunia juga merupakan syurga bagi orang kafir dan munafik dan penjara begi orang mukmin.

Para mukminah solehah. Kekalkanlah dirimu dengan tudung yang menapat lindungan terus dari Allah. Janji Allah memelihara kamu dari sebarang kejahatan. Mohonlah kepada Allah agar terus istiqamah dengan tudung.

Nilai sehelai kain ini boleh di baca di sini juga di sini dan di sini.



06 Jun 2008

Tramco di Malaysia: Fantasi menjadi Realiti?

Berikutan kenaikan harga minyak, dan mungkin akan naik lagi pada masa-masa akan datang. Dirasakan agak perlu diwujudkan perkhidmatan tramco (van teksi). Juga perkhidmatan LRT dipertimbangkan kembali harga tiketnya.

Jika di Mesir ini, perkhidmatan tramco tidak asing bagi kami yang menuntut di sini. Bahkan tramco adalah antara pengangkutan terbaik setakat ini. Cepat pantas dan tambangnya agak berpatutan. Jika perkhidmatan tramco ini dapat dilaksanakan di Malaysia, rasanya amat baik, memandangkan dengan kenaikkan harga minyak yang semakin membebankan pengguna.

Gambar 1: Saya dan kawan-kawan menggunakan perkhidmatan teramco.

Tramco di Mesir ini boleh dikira raja jalan raya. Mereka laju dan sangat mahir bab cilok mencilok. Walaupun kadang-kadang tramconya terlalu uzur, namun itu bukan tanda tramco itu tidak boleh bergerak pantas. Terpulang kepada pemandunya. Namun sememangnya jarang saya menaiki tramco yang bergerak dengan kelajuan rendah. Walaupun kadang-kadang membuatkan perut saya kecut. Namun perkhidmatan yang pantas dan berbaloi dengan tambang yang hanya LE 1.25 ke bawah, membuatkan tramco adalah pilihan utama selain bas. Semua dapat duduk dan tiada yang berdiri.


Perkhidmatan tramco ini bukan sahaja untuk perjalanan jarak dekat. Malah perjalanan negeri ke negeri juga ada. Tambangnya dari LE5 hinggalah LE25, bergantung ke negeri mana yang hendak dituju. Rata-rata rakyat Mesir sememangnya menggunakan perkhidmatan awam, samada tramco, bas mahupun LRT. Boleh dikatakan sentiasa penuh dengan penumpang kerana realiti populasi di Kaherah sahaja mencecah 20 juta penduduk di waktu siang. Lebih kurang sama dengan populasi keseluruhan rakyat Malaysia. Padat tak padat la kan.

Disebabkan itu jika mahu ke kuliah pengajian, amat wajar menunggu di awal perhentian bas, kerana kesesakan dan amat penuhnya bas amat menyesakkan nafas. Bahkan ada yang hanya bergantung dengan pemegang tangga bas. Itu pun masih ada yang berebut-rebut untuk naik. Memang di sini untuk ke kuliah sahaja mejadi ujian buat kami. Kecuali yang kaya raya, duit dah banyak tak tahu nak buat apa. Naik teksi sahaja ke kuliah. Apatah lagi kalau matawang Brunei atau Singapura ditukar kepada Pound Egypt.

Gambar 2: Toyota Hiace, antara jenis tramco yang berlambak di Mesir.

Seperti yang saya katakan tadi. Perkhidmatan tramco mejadi pilihan saya. Apa yang membuatkan saya tenang jugalah dengan perkhidmatan tramco ini ialah tidak "lokek" untuk diperdengarkan dengan alunan ayat-ayat suci al Quran. Para pemandu tramco kebanyakan memainkan kaset Al Quran sepanjang menjalankan tugas mereka. Tidak kurang juga yang suka dengar "dangdut" arab. Tapi memang kebanyakan bangsa arab di sini "beral Quran".

Mungkin satu hari nanti Malaysia boleh memikirkan hal ini. Tramco menjadi raja jalanraya. Haha mungkin juga!

05 Jun 2008

Minyak Oh Minyak Menjerut Leher Rakyat


Petronas Untung RM 80 bilion

Suasana di Seremban.

BEZA KUANTITI BAGI SETIAP RINGGIT... Azhan Sharom, 23, yang ditemui di Jalan Batu Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu menunjukkan botol berisi minyak bagi setiap ringgit yang dibelanjakan. Kuantiti botol kiri berdasarkan harga lama manakala yang kanan pula jika mengikut harga baru, berkuat kuasa tengah malam tadi.

Suasana di Bangsar.

Suasana di Ipoh.

Suasana di Johor Bahru.

Suasana di Kuantan.

Suasana di Seri Kembangan.

Tiada lain yang perlu diperkatakan, selain dari "minyak menjerut leher rakyat". Sejak dari tahun 2004 kenaikan harga bahan bakar ini tidak pernah turun dan yang terbaru ini adalah kenaikan yang paling tinggi.

Terima kasih daun keladai kepada rakyat Malaysia yang masih mengundi BN. Kami amat "hargai" jasa anda semua.

Walaupun Pak Lah mengumumkan kenaikan harga minyak ini berserta dengan kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak, namun siapakah yang mengendahkan hal ini? Dan adakah dengan tawaran tersebut ianya tidak menjerut leher rakyat?

Ada lagi tawaran lain Kabinet telah memutuskan untuk mengurangkan cukai jalan mengikut kadar berikut berkuat kuasa 1 Jun lalu:
  • Bagi pemilik kenderaan persendirian petrol dan diesel berkapasiti enjin melebihi 2000cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM200.
  • Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin lebih daripada 250cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM50, tertakluk kepada cukai jalan minimum sebanyak RM2.
Haha, kesian orang miskin. Dah lah miskin, semakin miskin lah kamu. Nak beli kereta kancil yang RM200 sebulan pun kamu terkais-kais. Inikan pula nak beli kereta melebihi 2000cc. Siapa yang menggunakan kereta melebihi 2000cc ni? kalau bukan pak-pak menteri. Walaupun ada rakyat yang menggunakannya. Tetapi boleh katakan 10% sahaja yang mampu. Kemudian siapa sahaja yang menggunakan motosikal kuasa besar? Wah, nampaknya mungkin kajian dari peringkat kabinet mendapati rakyat Malaysia ramai gunkan Virago, Cagiva selain motosikal Polis trafik hehe. Boleh dikatakan 80% orang Malaysia menggunakan motosikal 150cc ke bawah. Kabinet ingat kami ini nak masuk trek lumba kah?

Tiada cara lain kah selain menaikkan harga minyak? Fikir punya fikir, bincang punya bincang mesti kenaikkan juga akhirnya. Rasanya mesyuarat kabinet membincangkan "bagaimana nak naikkan harga minyak ni" bukan membincangkan "bagaimana nak mengatasi kenaikan harga minyak". Jika kenaikan juga yang dibincangkan, maka naik jugalah.

BN tak perasan agaknya isyarat pada PRU ke 12 lalu. Muka selamba naikkan harga barang. Orang-orang johor khususnya, terima kasih daun keladi. Anda memang baik hati dengan BN. Akan datang undilah BN = Barang Naik lagi ya!

Cara lain, ialah potong gaji menteri-menteri. Tak payah lah terlalu mewah. bagi subsidi paling tinggi. Takkan bankrup punya, untung petronas 80 billion setahun, apa salahnya untung 10 billion pula?

Buat Ezam dan kuncu-kuncu, apa usaha reform yang nak dilakukan? Sama sahaja. Tiada pun suara-suara reform dari kamu!

Baca yang lain di sini.

*Gambar-gambar menunjukkan keadaan sesak di stesen-stesen Minyak seluruh negara selepas Pak Lah mengumumkan kenaikan harga minyak seelum jam 12.00 tengah malam. Ada sesetengah stesen minyak sengaja tutup, ada yang beralasan minyak habis, macam-macam hal yang dibebankan. Sabar sahaja la ya.



04 Jun 2008

Pergerakan Islam antarabangsa kagumi kejayaan PAS

Kemenangan PAS dalam pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu mendapat penghargaan, selain berjaya menyuntik semangat baru kepada pejuang Islam di seluruh dunia daripada wakil-wakil gerakan Islam antarabangsa.

ImagePenghargaan tersebut dinyatakan kepada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, ketika beliau menghadiri Kongres Antarabangsa Gerakan Islam Sedunia, di Istanbul, 29 hingga 30 Mei lalu.

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut diberi penghormatan menjadi tetamu kehormat kongres itu, selain memberikan ucapan di majlis pembukaan kongres yang dianjurkan Parti Saadet, pimpinan bekas Perdana Menteri Turki, Dr Necmettin Erbakan.

Dalam ucapannya, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru agar kongres kali ini memastikan ada tindakan susulan untuk melaksanakan resolusi-resolusi yang dicapai, di samping meminta agar keputusan-keputusan yang dibuat haruslah diteliti sepenuhnya dan mestilah praktikal.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Parti Saadet dan kepada Profesor Erbakan atas usaha gigih menganjurkan kongres tersebut setiap tahun yang membolehkan para pemimpin gerakan Islam bertemu dan berbincang dengan mendalam mengenai masa depan umat Islam secara global.

ImageKongres kali ke-17 yang dipengerusikan pimpinan tertinggi Parti Saadet, Recai Kutan, itu bertujuan membincangkan bagaimana untuk membentuk satu 'world order' yang berteraskan kesejahteraan.

Kongres kali ini diadakan di Istanbul sempena dengan sambutan 555 tahun penaklukan Istanbul oleh Sultan Al-Fatih, yang turut dihadiri Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada majlis sambutan ulangtahun tersebut yang diadakan di Sakarya, sebuah bandar berhampiran Istanbul, pada 31 Mei lalu.

Kongres tersebut turut dihadiri pemimpin tertinggi daripada gerakan Islam pelbagai negara termasuk Mesir, Arab Saudi, Bangladesh, Pakistan, Palestin, German, Finland, Kosova dan Montenegro.

Dalam lawatan kerja ini, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang diiringi oleh Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad, dan Ketua Pengarah Malaysia Think Tank London, Wan Saiful Wan Jan.

Petikan dari HarakahDaily.

02 Jun 2008

Amin Ya Rabb!

Selamat Ulang Tahun yang ke 63 buat Mak yang tersayang dan dirindui. Semoga diberkati umur, rezeki dan kesihatan. Amin

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai