"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


17 Jun 2008

PAS diserang, mana jamaah lain?

PAS diserang kerana Ella dan Mas Idayu! Kerana PAS mendesak supaya MB Selangor membatalkan konsert tersebut. Jika Mas Idayu dan Ella menang dan berjaya berkonsert maka itu tandanya Pas sudah dikalahkan oleh mereka. Dikalahkan oleh Mas Idayu dan Ella. Oleh itu, PAS kena tegas dengan demo yang hendak dianjurkan. Jika berjaya juga konsert tersebut, PAS tetap menang moral. Dalam hal ini PAS tidak berdosa. Usaha menyekat dan menghalang maksiat sudah dilaksanakan.

Baik, dalam hal ini tidak boleh mengatakan PAS diserang sahaja, bahkan Islam juga diserang sama, lihat sahaja ulasan Roslan Aziz yang disiarkan oleh Malaysia Kini. Kenyataan yang menghina orang yang berada dalam institusi agama. Tidak kurang dengan kenyataan dari Pemuda PKR dan DAP. Dalam masa kita boleh bertolak ansur dengan mereka dalam beberapa hal, tetapi kenapa mereka tidak boleh prinsip kita dalam hal ini? Memang kita enam kerusi, tetapi tanpa enam ini, bagaimana?

Jamaah Islam yang lain seperti JIM, ABIM, HT dan lain-lainnya, dimanakah kamu? Adakah hal berkenaan dengan konsert ini kamu masih lagi tidak ada kesatuan fikrah? Sebelum ini banyak kenyataan dan tindakan dari pihak ABIM dan JIM dan mana-mana gerakan Islam mendapat tempat dalam PAS, tetapi ketika PAS diserang dalam hal ini, di manakah kamu semua? Hal ini bukan kerana PAS itu yang menjadi sebahagian dari Kerajaan Selangor sahaja, tetapi ianya lebih melibatkan kepentingan Islam itu sendiri. Dalam masa kita berkobar-kobar mengatakan masalah moral remaja yang berpunca dari krisis nilai dan pegangan agama, sepatutnya kita cepat ke hadapan dalam isu ini. Inilah masanya kita menyerlahkan apa yang kita perjuangkan, inilah masanya dan tempatnya!

Peringkat PAS Kawasan di Selangor telah menghantar memorandum kepada YAB MB Selangor. Bagaimana dengan PAS Pusat? Adakah Pusat memandang sepi hal ini? Bayangkan jika ada memorandum rasmi dari pimpinan pusat? Apakah rakan dari PKR dan DAP akan lakukan? Ini isu yang melibatkan perlembagaan PAS yang diperjuangkan.

Sebab itu perbahasan taadud jamaah (berbilang jamaah) ini menjadi perbahasan hangat antara ulama-ulama dan penggerak-penggerak gerakan Islam. Kesannya apa yang berlaku sekarang! Apabila PAS berseorangan, di manakah yang lain? Pemberian wala, kesatuan fikrah dan amal tidak selari, bahkan masing-masing dari sumber yang sama. Ini kerana ada kepentingan yang hendak dijaga melebihi kepentingan ummah itu sendiri. Ini taaddud yang dibenarkan atau taaddud yang dilarang?

Berbalik kepada ulasan Roslan Aziz, saya menegaskan di sini, kalau kita tidak gunakan agama untuk politik, kita nak guna apa? Dalam berpolitik kena guna agama, pendidikan kena guna agama, berkarya kena guna agama, berekonomi kena guna agama, berumahtangga kena guna agama dan hidup kita keseluruhannya kena guna agama. Tidak timbul kita hanya memperalatkan agama untuk kepentingan lain. Bahkan kita menjadi alat kepada kepentingan agama.

Akhirnya, pandangan saya dalam situasi sekarang, PAS perlu melakukan kajian terperinci dan pemerhatian dengan perkongsian kuasa seperti ini. Hal ini dibahas lumat oleh ulama-ulama. Jika hal-hal bekaitan dengan syariah menjadi terhalang dengan jelas dengan perkongsian kuasa ini, maka kita tidak perlu duduk bersama. Kita meraikan mereka tetapi mereka sebaliknya dengan kita.

Pimpinan pusat juga perlu memikirkan bagaimana situasi akar umbi, kerja-kerja mereka bukan mudah, kerana mereka yang selalu bersama rakyat bawahan. Tahap pemikiran rakyat ada bermacam-macam tahap. Begitu juga dengan tahap ilmu, pemikiran dan penguasaan thaqafah ahli-ahli PAS. Behadapan dalam isu-isu kritikal bukan mudah, akhirnya senyap dan membisu.


1 ulasan:

  1. As-Salamu 'Alaikum!
    Biasalah, bila nak ambil hati orang tertentu. Sunyi sepi.
    Namun, DPP Selangor tidak begitu.
    Yang peliknya, PJ negeri ada di dalam mendiam diri sahaja. Tidur ke kenyang!?
    Barangkali inilah yang dikatakan "masalah dalaman dan luaran".
    Salam.

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai