"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


05 Jun 2008

Minyak Oh Minyak Menjerut Leher Rakyat


Petronas Untung RM 80 bilion

Suasana di Seremban.

BEZA KUANTITI BAGI SETIAP RINGGIT... Azhan Sharom, 23, yang ditemui di Jalan Batu Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu menunjukkan botol berisi minyak bagi setiap ringgit yang dibelanjakan. Kuantiti botol kiri berdasarkan harga lama manakala yang kanan pula jika mengikut harga baru, berkuat kuasa tengah malam tadi.

Suasana di Bangsar.

Suasana di Ipoh.

Suasana di Johor Bahru.

Suasana di Kuantan.

Suasana di Seri Kembangan.

Tiada lain yang perlu diperkatakan, selain dari "minyak menjerut leher rakyat". Sejak dari tahun 2004 kenaikan harga bahan bakar ini tidak pernah turun dan yang terbaru ini adalah kenaikan yang paling tinggi.

Terima kasih daun keladai kepada rakyat Malaysia yang masih mengundi BN. Kami amat "hargai" jasa anda semua.

Walaupun Pak Lah mengumumkan kenaikan harga minyak ini berserta dengan kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak, namun siapakah yang mengendahkan hal ini? Dan adakah dengan tawaran tersebut ianya tidak menjerut leher rakyat?

Ada lagi tawaran lain Kabinet telah memutuskan untuk mengurangkan cukai jalan mengikut kadar berikut berkuat kuasa 1 Jun lalu:
  • Bagi pemilik kenderaan persendirian petrol dan diesel berkapasiti enjin melebihi 2000cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM200.
  • Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin lebih daripada 250cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM50, tertakluk kepada cukai jalan minimum sebanyak RM2.
Haha, kesian orang miskin. Dah lah miskin, semakin miskin lah kamu. Nak beli kereta kancil yang RM200 sebulan pun kamu terkais-kais. Inikan pula nak beli kereta melebihi 2000cc. Siapa yang menggunakan kereta melebihi 2000cc ni? kalau bukan pak-pak menteri. Walaupun ada rakyat yang menggunakannya. Tetapi boleh katakan 10% sahaja yang mampu. Kemudian siapa sahaja yang menggunakan motosikal kuasa besar? Wah, nampaknya mungkin kajian dari peringkat kabinet mendapati rakyat Malaysia ramai gunkan Virago, Cagiva selain motosikal Polis trafik hehe. Boleh dikatakan 80% orang Malaysia menggunakan motosikal 150cc ke bawah. Kabinet ingat kami ini nak masuk trek lumba kah?

Tiada cara lain kah selain menaikkan harga minyak? Fikir punya fikir, bincang punya bincang mesti kenaikkan juga akhirnya. Rasanya mesyuarat kabinet membincangkan "bagaimana nak naikkan harga minyak ni" bukan membincangkan "bagaimana nak mengatasi kenaikan harga minyak". Jika kenaikan juga yang dibincangkan, maka naik jugalah.

BN tak perasan agaknya isyarat pada PRU ke 12 lalu. Muka selamba naikkan harga barang. Orang-orang johor khususnya, terima kasih daun keladi. Anda memang baik hati dengan BN. Akan datang undilah BN = Barang Naik lagi ya!

Cara lain, ialah potong gaji menteri-menteri. Tak payah lah terlalu mewah. bagi subsidi paling tinggi. Takkan bankrup punya, untung petronas 80 billion setahun, apa salahnya untung 10 billion pula?

Buat Ezam dan kuncu-kuncu, apa usaha reform yang nak dilakukan? Sama sahaja. Tiada pun suara-suara reform dari kamu!

Baca yang lain di sini.

*Gambar-gambar menunjukkan keadaan sesak di stesen-stesen Minyak seluruh negara selepas Pak Lah mengumumkan kenaikan harga minyak seelum jam 12.00 tengah malam. Ada sesetengah stesen minyak sengaja tutup, ada yang beralasan minyak habis, macam-macam hal yang dibebankan. Sabar sahaja la ya.



2 ulasan:

  1. salam...kepada penulis blog.boleh bg sebab kenapa tak setuju dgn kenaikan $ minyak??(sekadar bertanya...)SEBAB yg terperinci la yerk...wasalam

    BalasPadam
  2. Salam. Saudara AL.

    Nak sebab terperinci tak layak untuk bertanya dengan saya. Namun satu sebab jer saya tak sokong sebab saya orang miskin dan ramai lagi yang tak berkemampuan. Bagilah alasan apa pun dari kerajaan.

    Namun rakyat tetap sengsara dengan kenaikan ini. Isyarat pertama PRU lepas, BN tak sedar lagi.

    Tapi jika cik AL setuju, bagi ler sebabnya kenapa. Tak perlulah detail. Bagi yang realistik, tak perlu terlalu idealistik.

    *budak-budak tingkatan 6 sekarang pelik2. Belajar jer ekonomi. Tapi pelik-pelik tanyanya. Ingat aku ni menteri ke..

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai