"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


29 Julai 2011

Ramadhan Kareem 1432

Dalam mengharungi hidup sebagai muslim, ujian dan dugaan hidup menandakan Allah memberi perhatian kepada kita. Ianya merupakan "hadiah" sebenarnya, jika kita benar-benar memahami hakikat hidup ber-Tuhan. Manusia yang sedar bahawa dia hamba kepada Allah ialah manusia yang memahami hakikat kejadiannya. 


Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. - Az Zariyat 56

Inilah tujuan utama Allah menjadikan manusia. Tidak lain tidak bukan untuk menjadi hamba kepadaNya. Namun hamba kepadaNya tidaklah sama maksudnya dengan hamba kepada manusia. Ianya juga tidak membawa manusia terawang-awang dengan hidup mereka di atas muka bumi ini. Bahkan sejak mula kejadian manusia itu, Allah mengirimkan manusia di kalangan mereka sebagai wakil Tuhan untuk memberitahu hakikat sebenar peranan manusia.


Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang Satu; maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredaanNya), serta pohonlah kepadaNya mengampuni (dosa-dosa kamu yang telah lalu). Dan (ingatlah), kecelakaan besar bagi orang-orang yang mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain). - Fussilat 6

Hakikat inilah yang sangat sukar diterima oleh sebahagian manusia. Malah menganggap bahawa hidup ini hanya sekali dan perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya, dan tiada kehidupan selepas kematian. Oleh kerana itu, mereka yang bertuhankan dunia ini, menjadikan dunia ini sebagai tempat taruhan bermati-matian, berlumba mengejarnya sehingga susut nilai manusiawi. Mula bertindak zalim sesama mereka, melangkah sombong di atas muka bumi Allah, menempelak dan memperlekeh manusia yang mengajak kepada Allah.

Ingatlah, bahawa hidup kita ini diberi peluang untuk membuat pilihan. Tiada istilah berkecuali sehinggalah kita menemui Tuhan Rabbul Izzati. Buatlah pilihan yang tepat yang diredhai Allah, kerana jawapan untuk memilih yang baik atau yang buruk itu telah tersedia buku panduannya. Tinggal hanya kita yang membuat pilihan, samada neraka dengan kemurkaanNya atau syurga yang penuh dengan keredhaanNya.

Ramadhan Kareem 1432H

23 Julai 2011

Surat Terbuka Buat Encik Khairi

Assalamualaikum En Khairi,

Saya tak pasti samada anda nak baca atau tidak apa yang saya tulis, itu terpulang kepada denyut nadi dan hati anda.

Saya tak tahu nak mulakan bagaimana. Sejak saya mengenali dunia pengajian tinggi hingga ke hari ini. Kesedaran politik saya bukanlah dari hasutan mana-mana pihak. Ianya lahir dari pemerhatian sekeliling. Yang kita sebut Environmental Contact.

Pergolakan politik dunia sejak kejatuhan Khilafah Islamiah 1924m, telah memberi kesan besar kepada dunia Islam hingga ke hari ini. Cuba En Khairi kaji sejarah, kenapa gerakan atau harakah-harakah Islamiah yang lahir selepas kejatuhan Khilafah Islamiah sangat dicurigai oleh pihak yahudi-zionis-barat? Tidak kira di mana pun yang dinamakan gerakan Islam ianya sangat-sangat tidak disenangi oleh mereka (yahudi-zionis-barat).

Samada di Mesir, Algeria, Pakistan, Turki, Jordan, Indonesia dan hatta di Malaysia, yang dinamakan gerakan Islam amat tidak disenangi. Tidak kira yang non-partisan apatah lagi yang mendaftarkan diri sebagai Parti.

Sejak saya datang ke Mesir saya lihat sendiri dengan mata kepala saya sendiri ada pihak-pihak tertentu amat tidak menyenangi dengan PMRAM. Berdasarkan kajian Sejarah, PMRAM amat disenangi oleh pihak kerajaan sehinggalah elemen-elemen harakah Islamiah menyerap PMRAM terutama selepas Revolusi Islam Iran.

Saya rasa, pihak kerajaan akan memberi kerjasama dengan PMRAM jika PMRAM sepertimana PMRAM di awal dahulu. Kepimpinan yang bersifat nasionalis, pelajar perempuannya hanya berskirt, dan galakan pergaulan bebas. Ini persepsi saya yang saya lihat dari kesan sekeliling.

Demonstrasi BERSIH 2.0 di Hayyu 10 baru-baru ini, merupakan satu suara solidariti sebahagian mahasiswa Malaysia dalam menanggapi isu negara kita. Hal tidak bersependapat dengan pihak kerajaan satu hal yang lazim sejak zaman dahulu lagi. Ianya bukanlah perkara baru.

Momokan seperti anti-establishment, mahasiswa dihasut, diugut sangat-sangat tidak memberi kesan. Saya percaya pihak anda juga sedar dengan situasi ini.

Kesan dunia tanpa sempadan dan taraf pendidikan anak-anak muda Malaysia sebenarnyalah yang memberikan kesedaran kepada mereka. Mereka mengaji dengan para Ulama di sini. Mereka mendapat pengalaman dan boleh decide apa yang mereka faham.

Saya sendiri dan bersama rakan-rakan pernah bersua muka dengan pihak JPMK dahulu, Dr Jamil dan En Zulkifli. Kita bercakap tentang demokrasi dan isu mahasiswa. Tetapi hanya kami yang menyampaikan hujjah, dan mereka yang memerhati dan mencelah sahaja. Ianya menjadikan perbincangan itu hambar dan mengecewakan.

Isu kutub sittah. Merupakan sejarah pahit mahasiswa Malaysia di Mesir. Samada mereka mahu bergambar untuk konvo atau hanya mahu mengaji hadis, itu bukan persoalannya. Yang menjadi persoalannya, mereka dihalang dan dituduh sebagai pro-parti pembangkang. Ini kenyataan.

Suasana ini, yang saya maksudkan tadi environmental contact, telah memberikan signal jelas, yang kami mahasiswa Islam terutama yang cenderung kepada harakah Islamiah menjadi musuh utama dan perlu dikekang sehalus mungkin bahkan kadang-kadang dengan kasar.

Tidak keterlaluan jika saya terpanggil untuk menyatakan bahawa tidak ubah pihak EM seperti bersekongkol dengan agenda tersirat yahudi-zionis-barat di seluruh dunia. Saya tak pasti samada pihak Encik Khairi sedar akan hal ini atau tidak. Saya tidak nampak Encik Khairi hanya menjalankan tugas sebagai atase pendidikan. Tetapi seperti ada perancangan sulit dari pihak-pihak tertentu untuk agenda ini berjaya.

Sebenarnya banyak lagi nak saya sampaikan. Mungkin jika Allah berikan peluang kita akan berbicara 4 mata.

19 Julai 2011

KENYATAAN RASMI PENASIHAT GERAKAN SUARA RAKYAT (SUARA) MESIR

Assalamualaikum.
 
Pasca BERSIH 2.0 telah melaui saat-saat sukar. Sokongan terhadap 8 tuntutan BERSIH 2.0 mendapat reaksi pelbagai. Namun yang pasti pihak kerajaan tidak melayan dengan baik peserta demonstrasi ini.

Jika di Malaysia diugut dan dihalang oleh pihak Polis. Tidak kurang juga apa yang berlaku negara-negara luar. Terutamanya di Mesir, pihak kerajaan melalui pihak Jabatan Penuntut dan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah telah memberi amaran agar rakyat Malaysia tidak menyertai perhimpunan BERSIH 2.0.

Namun pihak Gerakan Suara Rakyat (SUARA), melihat larangan tersebut bersifat politik  kepartian, sedangkan mereka yang menyokong BERSIH 2.0 terdiri dari 60 buah NGO berdaftar, beberapa parti politik dan individu-individu berpengaruh.

Larangan tersebut juga menjelaskan kita bahawa pihak kerajaan tidak peka dengan gagasan 1Malaysia yang dicanangnya. Ianya bagai retorik sahaja, sedangkan gagasan tersebut menyantuni suara-suara rakyat walaupun dari suara minoriti.

Tak perlu saya memberitahu bagaimana kronologi demonstrasi BERSIH 2.0 di Malaysia yang rata-rata rakyat Malaysia umumnya sudah mengetahui. Cuma mahu saya ingatkan bahawa perhimpunan tersebut boleh berjalan dengan aman dan tidak perlu untuk mengerah pihak polis menangkap peserta umpama anjing kelaparan.

Apa bezanya perhimpunan yang dilakukan oleh PERKASA sebelum ini? Begitu juga perhimpuan yang dijalankan di Pulau Pinang dan Kelantan? Adakah kerana ianya dilaksanakan oleh parti yang memerintah negara, perhimpunan tersebut menjadi halal? Apakah timbang tara yang digunakan oleh pihak kerajaan dalam menangani masalah ini? Jelas, bahawa telah berlaku double-standard.

Presiden SUARA, saudara Mohd Firdaus Madzlan baru-baru ini dikejutkan dengan panggilan dari pihak Darul Iftaa Masriyah (Pusat Fatwa Mesir) yang mengatakan anda diberhentikan dari pengajian lanjutan.

Peristiwa ini mengejutkan banyak pihak, terutamanya para pelajar di sini. Atas sebab apa saudara Firdaus dibuang? Jika atas sebab penganjuran BERSIH 2.0 di Kaherah tempohari, ini menunjukan kerajaan Malaysia tidak menghormati suara rakyat. Ternyata tindakan ini tidak berperikemanusiaan dan merupakan tidakan rakus orang tertentu yang berkepentingan di Kedutaan atau Jabatan Penuntut.

Saya dengan ini, menyatakan kekesalan dari pihak SUARA atas tindakan tidak bertamadun ini, sekaligus melebarkan jurang ketidakkeharmonian antara kerajaan dan rakyat!

Mohd Akhmal bin Mohd Ali
Penasihat,
Gerakan Suara Rakyat (SUARA)
Kaherah, Mesir.

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai