"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


30 Julai 2009

Ternyata bola yang bulat menyatukan kami


Apa yang menarik tentang PMRAM? Fikrahnya? Gagasannya? Atau pimpinannya? Atau programnya? PMRAM dilihat masih relevan bagi mahasiswa di Mesir. Kenapa? Kerana ianya masih bebas di muka bumi Mesir. Ianya berdaftar sebagai NGO di Mesir. Gerak gerinya sering dipantau pihak keselamatan Mesir. Masalah dalamannya juga diketahui pihak keselamatan Mesir. Kerajaan Malaysia yang mengusulkan untuk mengharamkan PMRAM pun diketahui oleh pihak keselamatan Mesir. Bahkan hubungan PMRAM dengan kedutaan pun diketahuinya. Tetapi PMRAM tetap diberi haknya oleh pihak keselamatan Mesir. Kenapa? Presiden PMRAM pun tak tahu kot. hehe. Mereka sahaja yang tahu kenapa.

PMRAM diterima kerana perkara-perkara yang aku sebut tadi. Tapi bukannya seratus peratus. Bahkan satu fikrah satu amal yang tertera di bag, baju keluarannya bagaikan kempen yang mendesak. Mungkin kerana sukar menyatukan fikrah dan amal mahasiswa di Mesir ni. Tapi PMRAM nampak berjaya dalam menyatukan mahasiswa di lapangan lain. Terutama lapangan sukan. Lapangan sukan boleh menyatukan Mahasiswa.

Aku bermain untuk Piala Malaysia anjuran PMRAM pada 25 hingga 28 Julai lepas. Hampir semua negeri menyertai kejohanan tersebut kecuali Perlis yang mungkin tidak cukup pemain. Memandang tahun ini ramai yang pulang ke Malaysia. Yang menariknya pasukan dari Negeri Sembilan. Salah satu Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang mempunyai pegawai yang negatif terhadap program-program PMRAM. Sehinggakan BKAN Negeri Sembilan terpaksa dibekukan dalam senarai BKAN naungan PMRAM. Seperti mana yang berlaku kepada Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dahulu. Setelah Pakatan Rakyat memerintah Selengor BKASM kembali hidup dan bernaung kembali di bawah PMRAM. Bukanlah PMRAM itu dinaungi Pakatan Rakyat, tetapi ianya dinaungi oleh pihak kemasyarakatan Mesir.
Apa yang perlu dilihat ialah kekuatan dari pihak mahasiswa itu sendiri yang melakukan perubahan.


Mengapa BKANS boleh menyertai Piala Malaysia anjuran PMRAM tetapi tidak di medan lain seumpama Muktamar Sanawi dan Konvensyen PMRAM? Apakah pegawai tidak merestui untuk menyertainya sebagai alasan? Atau usaha bersungguh yang datang dari mahasiswa sendiri untuk menyertai kejohanan ini? Aku tidak tahu secara terperinci mengapa Negeri Sembilan boleh menyertai Piala Malaysia anjuran PMRAM. Mengapa di sini tiada halangan dari pihak-pihak tertentu. Tetapi dalam masa yang sama di medan lain tiada penyertaan. Hal ini belum berlaku pada Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (BKPJM) yang baru menerima pegawai. Mungkin kerana pegawai kebajikan BKPJM merupakan bekas kadhi dan bekas mahasiswa Al Azhar, suasana kemahasiswaan di sini mungkin beliau telah merasai dan memahami perjalanan PMRAM sebagai penaung mahasiswa di Mesir ini.

Perubahan sikap dari pihak pegawai kebajikan ada perubahan nampaknya. Bukan sahaja dari negeri-negeri Pakatan Rakyat, malah kepada negeri-negeri yang masih diperintah Umno/BN. Namun Negeri Sembilan belum pasti kenapa. Adakah Piala Malaysia satu permulaan yang baik yang ditunjukan oleh pegawai HEP Negeri Sembilan? Kita harap-harapkan begitu.

Gambar 1: Pasukan Johor FC dari Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir
Gambar 2: Pasukan Negeri Sembilan dari Badan Kebajikan Anak Negeri Sembilan

22 Julai 2009

Cukup sekadar dapat yang faham


Tadi aku menghadiri Konvensyen PMRAM 2009. Ianya bagi membahaskan ucapan dasar Presiden PMRAM 2008. Ucapan dasar yang aku kira merupakan garis panduan bagi setiap pimpinan mahupun yang dipimpin dalam menempuh setahun perjalanan kepimpinan PMRAM 2009. Merangkumi segenap hal yang meliputi tarbiyah, kesatuan, kebajikan, ekonomi dan sebagainya. Aku kira kesemua perwakilan yang mewakili negeri dan cawangan masing-masing dapat memberikan satu lontaran idea dan cadangan mahupun kritikan.

Bagaimanapun, dari beberapa analisa ringan yang aku lihat. Nampak seperti para perwakilan nampak seperti kurang bersedia dan tidak meniliti dengan bersungguh apakah hadaf dan tujuan konvensyen ini dilaksanakan. Ada yang hanya memberikan satu cadangan sahaja, dan mungkin baru meniliti tanpa menyemak dan berbincang sesama mereka.

Apa yang menarik, aku dah beberapa kali menyertai program seperti ini, tapi sering sahaja ada perubahan dari segi perjalanan dan pengisian. Apatah lagi ada sesi menerima usul dan membahaskannya! Membuatkan aku termangu memikirkan krelevanan menerima usul dan membahaskan usul. Sedangkan ianya bukan muktamar! Setiausaha Agong sebelum itu sudah menjelaskan berkenaan dengan kemusykilan yang aku ajukan melalui soalan bertulis. Tetapi nampaknya ramai yang samar dan akhirnya menjadikan medan "siapa suka bercakap". Aku tersenarai dalam medan tersebut, yang sebenarnya tak mahu memberi sebarang pandangan atau cadangan yang cukup sekadar apa yang telah aku bahaskan uacapan dasar di awal program, tetapi tergerak hati bila para perwakilan "membahaskan usul" berkenaan dengan 'memusatkan program'.

Adakah keadaan ini akan terus berlaku? Bahkan bercakap tentang survival PMRAM pun nampaknya membuatkan perwakilan 'tidur'.

Aku mewakili Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir untuk membahaskan sub topik ucapan dasar berkenaan dengan tarbiyah. Aku kira ini merupakan satu tugas yang berat, bila mana Johor di minta berbahas berkenaan dengan tarbiyah sedangkan Johor merupakan antara negeri-negeri yang bermasalah dalam soal tarbiyah. Apatah lagi kes 'gelek inul' telah berlaku, nasib tak runtuh rumah Johor.

Kita selaku pendokong mahupun penyokong kepada PMRAM ini sememangnya mengharapkan satu natijah yang baik bagi pelaksanaan sebarang program. Terutama tarbiyah! Ianya merupakan peranan utama bagi merealisasikan sebarang impian murni lain. Kurangnya kefahaman pimpinan ahli menilai aspek dalam kecamata tarbiyah ini merupakan satu bala bencana besar. Bahkan ianya boleh menjadi faktor terpenting mengapa kepimpinan PMRAM merasakan PMRAM semakin ketandusan ahli, malah ada yang menganggap sudah 'sifar ahli'. Aku tak pasti mereka yang selalu bersama dan komited dengan kerja-kerja bersama PMRAM berkecil hati atau tidak, dan aku harapkan tidak!

Baik, aku kira semua menyokong jika aspek tarbiyah ini jika berjaya dapat melahirkan seorang mahasiswa yang lengkap dari segenap segi. Akademik, akhlak, berpersatuan atau boleh dikatakan "icon sempurna". Realiti atau fantasi? Lu fikirlah sendiri!

Aku berbangga dengan dua orang yang boleh aku sebut di sini, Hairul Nizam Mat Husain dan Ahmad Yusuf. Mereka ini boleh dikatakan hebat dari aspek-aspek yang aku sebut di atas tadi. Tapi, betulkah mereka lahir dari tarbiyah PMRAM?

Apakah kita rasa berpuashati bila melihat keberkesanan tarbiyah ini dari sudut aktif menyertai program-program yang dianjurkan? Atau dapat melahirkan seorang yang berakhlak mulia? Atau cerdik dalam medan akademik? Hakikatnya masih ada istilah-istilah 'budak talaqi' dan istilah-istilah yang tidak sedap didengar. Hakikatnya juga kita gagal melahirkan 'icon sempurna'.

Dari satu sudut, mereka yang kuat bertalaqi ada kelebihan, juga 'orang persatuan' juga mempunyai kelebihan. Dari kelebihan-kelebihan itu sepatutnya melahirkan kesatuan fikrah dan bukannya membina satu tembok besar! Bagi aku jika tarbiyah ini dapat melahirkan kesatuan fikrah ia memadai, bagi tempoh ini. Kerana dalam keadaan yang agak mustahil ini, kita sekurang-kurangnya dapat membina muslim yang faham!

Setakat ini dahulu.

17 Julai 2009

Mansuhkan ISA - Pak Lah

Tun Abdullah Ahmad Badawi akhirnya meperkatakan sesuatu yang positif terhadap negara. Kata-kata yang selama ini amat sukar dilafazkan oleh para pimpinan UMNO dan kerajaan. Akhirnya Pak Lah setuju Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan. Desakan demi desakan dari rakyat sejak dahulu lagi yang tidak dipandang berat oleh pimpinan UMNO, akhirnya disampaikan sendiri oleh bekas perdana menteri dan menteri dalam negeri.

Petikan dari Harakahdaily:


KUALA LUMPUR, 17 Julai - Mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi meminta kerajaan menimbangkan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Menurut agensi berita, Tun Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan berkata ISA memberi kuasa yang besar serta skop yang mungkin terlalu luas untuk pihak berkuasa menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan.

"Sebagai (bekas) menteri dalam negeri, saya telah menandatangani banyak penahanan tanpa perbicaraan di bawah ISA dan dengan kerajaan hari ini ingin pula mengkaji semula keberkesanan serta impak ISA, saya berasa terpanggil untuk memberi pandangan ikhlas mengenai akta ini.

"Perlu ditegaskan bahawa Malaysia masih memerlukan suatu mekanisme penahanan pencegahan demi keselamatan negara kerana cabaran yang kita hadapi seperti ancaman keganasan yang merentasi sempadan menuntut perundangan yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan pencegahan," beliau dipetik berkata.

Abdullah mengulas isu ISA sewaktu berucap sempena majlis konvokesyen khas penganugerahan ijazah kehormat Doktor Falsafah Demokrasi kepadanya di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyempurnakan penganugerahan berkenaan.

Abdullah menambah, sama ada suka mahupun tidak, ISA sebagai suatu akta sudah dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara dan untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untuk melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru.

Abdullah dilaporkan berkata beliau percaya "kerajaan berani melakukan perubahan seumpamanya seperti memansuhkan ISA" sebagai satu petanda komitmen kepada agenda pembaharuan demokrasi negara.

"Inilah transformasi yang saya percaya rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik.

"Mungkin satu contoh adalah untuk menghadkan skop penahanan pencegahan kepada ancaman tertentu atau akta baru boleh dihadkan khusus untuk mencegah kegiatan keganasan sahaja sekaligus mengurangkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa demi matlamat politik," katanya seperti dilaporkan.

Kelmarin, PAS menyeru ratusan ribu ahlinya agar menyertai demonstrasi membantah akta kontroversi untuk menyerahkan memorandum ke Istana Negara, 1 Ogos ini.

Udara yang selama ini disedut oleh pimpinan Pakatan Rakyat akhirnya disedut oleh Pak Lah dan senada dan seiring mahukan ISA dimansuhkan. PAS sudah lama mahukan ianya dimansuhkan, apatah lagi kajian demi kajian dilakukan oleh pihak PAS sendiri terhadap ISA dari perspektif Islam itu sendiri.

Sesungguhnya seruan dakwah ini tidak akan terhenti. Akhirnya ianya terbukti ianya semakin diterima oleh pimpinan UMNO. Juga berkenaan dengan undang-undang jenayah Islam hudud dan qisas. Jangan ianya diberhentikan dan InsyaAllah jika tidak hari ini, mungkin esok atau akan datang ianya semakin diterima. Ini setelah berlaku kepincangan sistem sekular dan kapitalis menguruskan sesebuah negara, dan akhirnya manusia akan kembali kepada fitrah mereka sendiri.

Harapnya Pak Lah akan menyertai juga Himpunan Memansuhkan ISA 1 Ogos ini, bagi menyokong apa yang dikatakan!

Antara artikel ISA dalam blog ini:

ISA Mengikut Perspektif Islam Bahagian 1

ISA Mengikut Perspektif Islam Bahagian 2

ISA Mengikut Perspektif Islam Bahagian 3


ISA Mengikut Perspektif Islam Bahagian 4

ISA Mengikut Perspektif Islam Bahagian 5


ISA Mengikut Perspektif Islam Bahagian 6

ISA Mengikut Perspektif Islam Bahagian 7

ISA Mengikut Perspektif Islam Bahagian 8

ISA Mengikut Perspektif Islam Bahagian Akhir

ISA : Ikut Suka Aku

14 Julai 2009

65 pun menang!


Ada orang kata UBN bangga dapat kurangkan mejoriti PAS di Manek Urai. Pendapat aku, betul kah mereka berbangga? Lahiriyahnya memang boleh mereka katakan begitu. Tapi setelah berjuta habis dan segala jentera kerajaan di guna, peranan media yang berat sebelah nampaknya UBN masih terkulai lagi. Adakah ini semua boleh membanggakan mereka? Kalau boleh mereka mahu menang, sebab kalau menang ni, nak kempen untuk PRU akan datang semakin bertambah semangat. Boleh dabik dada pecahkan kubu kuat PAS sejak tahun 1959. Tapi mereka tetap kalah walaupun dengan mejoriti kecil. Sebelum ni pun PAS pernah menang dengan hanya 2 undi sahaja. Namun ianya tetap menang.

Tapi, kebenaran bukan dinilai dengan menang atau kalah di medan pilihanraya. Mejoriti bukan bermakna kebenaran atau sebaliknya. Kebenaran tetap kebenaran walaupun kita berseorangan. Berapa orang pengikut para Nabi alaihi solatuwassalam dahulu? Isteri dan anak Nabi Nuh pun tak menyertai kem Nabi Nuh. Beratus tahun malah ada yang beribu tahun berdakwah tetapi tetap kekal mejoriti. Bahkan mereka dibinasakan oleh Allah dengan bermacam-macam jenis bencana dan azab.

Jika pihak yang mendokong kebenaran apatah lagi yang berpaksikan akidah, mendapat sokongan mejoriti kita bersyukur, menunjukkan bahawa sebahagiannya sudah sedar tanggungjawab mereka yang bukan sahaja di dunia bahkan ia bakal dipertanggungjawabkan di akhirat.

Dengan kemenangan 65 ini, tergalas sebuah tanggungjawab bagi Abe Uji dan ahli gerakan Islam. Malah jika tidak menang sekalipun kerja-kerja dakwah wajib dijalankan. Ingat! menang bukan matlamat! tapi Islam! Kalau menang dikira sebagai matlamat, maka selesailah tanggungjawab! Tapi jika Islam itu matlamat ianya tak terhenti hingga hari kiamat. Biarlah dengan golongan yang mencipta wawasan masing-masing yang hanya terhenti di dunia sahaja. Kita dengan wawasan akhirat kita yang mempunyai timbangan adil dari Allah.

Tahniah bagi para petugas PAS yang datang dari seluruh negara yang bertungkus lumus di medan. Aku hanya boleh berdoa kepada Allah semoga memberi keredhaan kepada kamu semua. Tiada nilai yang paling tinggi apabila mendapat kemuncak taqwa kepada Allah. Semoga medan ini bertambah ketaqwaan kita kepada Allah. Berjayalah mereka yang bertaqwa!

Takbir!

10 Julai 2009

Putuskan hubungan dengan China!

Sejak baca berita berkenaan apa yang berlaku di China aku berpendapat Malaysia seharusnya memutuskan hubungan diplomatik sementara dengan China. Demi menjaga kepentingan entik umat Islam Uighur, Malaysia perlu tegas dalam hal ini. Apatah lagi, iniah peluang Najib untuk menunjukan kredibilitinya di peringkat antarabangsa. Sebagai salah sebuah negara yang pernah mempengerusikan OIC, sepatutnya Malaysia lebih terkehadapan dalam menangani isu ini.

Gambar: Pemuda dari etnik Han bersenjatakan batang besi, kayu dan cangkul bergerak di Urumqi, Xinjiang, manakala gambar kanan menunjukkan seorang etnik Uighur diserang. Sekali imbas dah macam ala filem-filem mafia kongsi gelap.
Rusuhan ini bukan hanya berdemonstrasi di jalan-jalan raya. Malah sampai ke peringkat berbunuhan! Ini merupakan hal yang serius! Kita wajib memberi perlindungan yang sewajarnya kepada umat Islam di sana.

Nampaknya Timbalan Presiden PAS pun senada dengan aku:


KUALA LUMPUR, 10 Julai - Sebagai parti yang mempertahankan dan memperjuangkan Islam dan umatnya, Parti Islam SeMalaysia (PAS) menggesa Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang baru saja mengadakan lawatannya ke China, menjelaskan secara terperinci situasi umat Islam yang berada di Wilayah Xinjiang, khususnya di kawasan Urumqi.

Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata perkembangan di China yang membabitkan pergeseran sengit antara kaum Han dan Uighur yang majoritinya beragama Islam di Wilayah Xinjiang, China, sehingga beratus orang terkorban dan lebih seribu orang ditangkap oleh pihak berkuasa China sungguh membimbangkan.

"Pada masa yang sama kita minta PM memaklumkan keadaan keselamatan masyarakat Islam Malaysia yang menetap di sana, sekiranya ada," katanya dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Kata Ahli Parlimen Bachok itu selaras dengan lawatan rasmi Perdana Menteri ke China pada bulan Jun lalu dengan maksud memperluaskan hubungan Malaysia-China, menyambung tradisi yang pernah dilakukan oleh Allahyraham Tun Abdul Razak sebelum ini, Najib bertanggungjawab memberikan penjelasan di Parlimen jika boleh, rusuhan yang telah membunuh dan mencederakan umat Islam di Xinjiang yang mendukacitakan umat Islam di seluruh dunia.

"Sehubungan itu, kerajaan perlu menilai semula hubungan diplomatiknya dengan China jika China tidak dapat menjelaskan kedudukan yang sebenarnya termasuklah memanggil Duta China untuk memberikan penjelasan kepada Kerajaan dan rakyat Malaysia," katanya

Konsep "One Malaysia" Dato Seri Najib yang menghimpunkan pelbagai kaum dan agama di Malaysia tidak akan menjadi realiti dan hanya retorik politik sahaja jika beliau tidak dapat memberikan gambaran sebenar apa yang sedang berlaku di Xinjiang pada masa kini, katanya.

Menurut laporan agensi berita pergaduhan kaum antara minoriti Islam Uighur dan etnik Han di Xinjiang, China, semakin terkawal semalam walaupun keadaan di wilayah itu masih tegang.

Kekacauan di bandar Urumqi tercetus apabila beribu-ribu penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Rakyat untuk membantah kematian beberapa pekerja di kilang Uighur dalam rusuhan pada 25 Jun lalu.

Seramai 156 terbunuh dalam pergaduhan tersebut dan etnik Uighur telah lama mendakwa mereka ketinggalan dalam bidang ekonomi.

09 Julai 2009

Allah Sahaja Yang Tahu

Ada dua keadaan berita yang aku baca hari ini. Namun kedua-duanya berkisar tentang YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden Pas. Aku tidak mampu mengulas dua-dua berita ini. Apa yang aku nak sampaikan ialah berkenaan dengan apakah yang berlaku dalam PAS terutama masalah ukhuwwah.

Jika diteliti dalam rukun bai'ah yang sepuluh, ukhuwwah merupakan salah satu rukun yang termasuk dalam rukun bai'ah tersebut. Tak perlu rasanya bagi aku nak ulas panjang lebar berkenaan dengan ukhuwwah ni. Terutama dalam kepimpinan PAS yang aku merasakan mereka lebih lama dalam PAS dan lebih memahami apa yang dimaksudkan dengan ukhuwwah.

Namun, ianya berlaku sebaliknya. Malah ada di kalangan pimpinan yang membuat kesimpulan sendiri terhadap Ustaz Nasharuddin yang tak hadir ke Manik Urai. Walaupun Ustaz Nasha merupakan MP Bachok, Kelantan. Mereka tertanya-tanya mengapa Ustaz Nasha tak hadir berkempen. Ada yang mengatakan beliau 'malu mata', ianya juga strategi pilihanraya dan bermacam-macam lagi lah yang tidak enak didengar aku yang merupakan abnaul haraki dalam PAS!

Sedarkan mereka Ustaz Nasharuddin merupakan Timbalan Presiden PAS? Bukan Timbalan Presiden UMNO! Jika tiada Presidrn PAS maka beliau yang mengambil alih panji pejuangan PAS ini. Adakah mereka tidak sedar akan hal ini? Apakah kesilapan atau kekhilafan yang berlaku jika ada pun, sehingga kiamat tidak boleh selesai? Tak ingatkah kita tentang hukuman 'pulau' yang dijatuhkan oleh Nabi kepada 3 sahabat yang tidak pergi berperang? Adakah pemulauan tersebut berlarutan hingga sahabat-sahabat tadi mati? Tidak! Malah turun wahyu setelah hampir 2 bulan pemulauan tersebut untuk 'membebaskan' Kaab bin Malik, Hilal bin Umaiyyah dan Marrarah bin ar-Rabbi`.

Ada di kalangan kita terutama blogger-blogger yang tak duduk senang. Kalau boleh mesti ada dosa yang dia peroleh dengan kecaman terhadap Ustaz Nasharuddin. Apakah semakin hilang nilai ukhuwwah dan kasih sayang sesama ahli jemaah sehinggakan boleh keluar kata-kata kesat terhadap pimpinan yang kadang-kadang kita sendiri tidak pernah bersua muka apatah lagi mahu bermusafir dengannya.

Nilai ukhuwwah yang kita pegang bukan kerana harta mahupun kelebihan-kelebihan yang kita nak perolehi. Bahkan nilainya ialah ikatan akidah kita dan kebergantungan penuh kepada Allah SWT. Ini dalam keadaan kita menghadapi musuh dengan muajjahah silmiyyah, belum lagi di medan ma'rakah!. Yang perlu menggalas senjata, dan yang paling utama ianya medan taat kepada arahan pimpinan! Kerana kunci utama dan pra syarat utama kemenangan Islam ialah taat kepada pimpinan!

Dua berita tersebut yang perlu kita semak segala tindakan kita sebelum ini:

Tok Guru Nik Abdul Aziz jemput Nasharudin berkempen

dan

Ustaz Nasharudin jalani pembedahan



Gambar: Ustaz Nasharuddin di hosptal selepas pembedahan.

08 Julai 2009

Alhamdulillah, dapat kenal Ustaz Salman!

"At Tahaluf As Siyasi Fil Islam", tajuk bagi sebuah kitab yang aku beli di Kedai Buku Darussalam H7 tahun lepas. Aku beli selepas aku sampai ke Mesir selepas hampir 4 bulan cuti. Belek-belek di ruangan yang selalunya kitab-kitab karangan Dr Yusuf Qardhawi dan Dr Said Ramadhan Al Bhouthi, aku ternampak kitab yang tak berapa tebal ni.

Alhamdulillah, semalam kitab yang aku beli ni telah selamat didiskusikan oleh Ustaz Salman Maskuri. Siapa yang tidak kenal Ustaz Salman? Kalau melawat ke blog dia, berderu orang bertanya dengan bermacam-macam soalan. Cuma aku jer baru kenal ustaz ni, hehe. Walaupun duduk satu Mesir, namun kelibatnya sukar nak aku lihat. Ada sahabat kata, aku pernah duduk berhampiran dengan dia semasa di Bazar KPT. Bertubuh sederhana tapi luas ilmunya. Jelas bahasanya. Yakin syarahnya.

Aku agak tidak berpuashati. Kerana selama 2 jam seakan sejam sahaja. Walaupun kaki aku mula lenguh, tapi masih lagi belum puas. Tak pastilah dengan orang lain. Walau tak berpuashati, syukur kerana mungkin sahaja kitab ini jadi hiasan. Hehe. Banyak lagi kitab-kitab yang jadi hiasan di rak buku, tapi bukan kitab aku. Kitab emon, zinki, sopi.

Bagi aku, dalam suasana politik yang berlaku di Malaysia kini, malah di dunia. Wajar bagi ahli gerakan Islam terutama ahli PAS memiliki kitab ini. Aku tak pastilah samada kitab ini telah diterjemah di Malaysia atau tidak walaupun sudah masuk kali keempat dicetak oleh Darussalam. Kerana banyak ditekankan peranan harakah Islamiah dalam aspek tahaluf siyasi di kitab ini.

Antara konklusi dalam kitab ini:
  • Tiada percanggahan pendapat antara para fuqaha tentang keharusan meminta pertolongan dari kalangan non-muslim tetapi bukan dalam perperangan, ianya terdapat pada nas-nas Nabawiyah dalam sirah yang menunjukkan keharusan perkara demikian.
  • Lebih utama lagi bertahaluf siyasi untuk mencapai atau menegak hukum hakam Islam. Bahkan ianya wajib bertahaluf!
  • Haram bertahaluf jika pihak musuh boleh merosakan gerakan Islam. Dalam aspek ini ditekankan masalah hazar (berhati-hati). Jangan kita tidak hazar malah terlebih berbangga-bangga jika ramai di kalangan bukan Islam menyokong gerakan Islam.
  • Tahaluf Siyasi ini termasuk dalam konteks Ijtihad yang bersifat murunah (fleksibel).
  • Amir (ketua) bagi gerakan Islam perlu memberi penjelasan berkenaan dengan tahaluf siyasi jika ianya dilaksanakan. Supaya tidak berlaku perpecahan jika berlaku percanggahan pendapat. Namun abnaul haraki (ahli-ahli gerakan) wajib memberi wala kepada amir dan bersabar dan bukan melakukan tindakan-tindakan yang merugikan gerakan Islam dan merendah-rendahkan thiqah (kepercayaan) kepada amir. Ianya boleh menjadi fitnah dan fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh!
Banyak lagi tapi cukup ni lah, boleh baca sendiri.

Dalam hal ini, kita boleh lihat PAS telah melakukannya beberapa kali. Bahkan bertahaluf dalam dua keadaan sebagai pakatan politik pembangkang dan pakatan politik dalam kerajaan. Bahkan sekarang kita boleh melihat ianya berlaku sekarang. Tahaluf Siyasi sebagai pakatan pembangkang di peringkat pusat dan pakatan politik sebagai kerajaan di peringkat negeri terutama di Selangor dan Perak.

Namun tidak sunyi juga dengan pendapat mereka yang mendesak PAS kembali solo. Mereka ada hujah! Namun amir dan pimpinan juga ada hujah! Juga ada yang bercadang supaya diadakan tahaluf yang lebih besar seperti menubuhkan Kerajaan Perpaduan! Mereka juga ada hujah, namun amir dan pimpinan juga ada hujah! Hal-hal seperti ini lebih dilihat sebagai pengalaman dan latihan yang berharga bagi sesebuah gerakan Islam. Terutama bagaimana menghadapi situasi begini, boleh dilihat bagaimana bijaksananya pimpinan dan ahli.

P/S: Kalau ada para naqib usrah PAS di Malaysia nak dapatkan kitab ini, aku boleh jadi orang tengah untuk mendapatkannya. Boleh bincang belakang.

04 Julai 2009

Bertahaluf dan berdebat

Ramai sekarang nampak tidak senang dengan cadangan debat atau wacana ilmiah dari pimpinan Pemuda PAS. Kalangan yang tidak senang ini aku tak survey dari peringkat akar umbi, tapi sekadar mengintai-ngintai blog-blog dari pimpinan-pimpinan pusat mahupun negeri. Ramai juga yang tidak mengambil tempat untuk mengulas. Ada juga yang menghentam malah ti kurang yang memuji serta ramai rasanya mengambil sikap wait and see.

Aku antara yang boleh dikatakan orang yang mahu lihat dan tengok. Saya tidak membantah ataupun menyokong. Malah dari satu sudut saya berpendapat wajar kita memberi ruang kepada pimpinan baru dari Pemuda PAS yang diterajui oleh Ustaz Nasruddin Tantawi memperlihatkan langkah pencak mereka.

Agak melucukan dan menggelikan hati bila ada komen-komen yang oleh dikatakan agak nakal dari blogger-blogger yang tak habis-habis menghentam Ust Nasruddin dan Pemuda PAS. Dikatakan mereka ini ketagih dengan UMNO dan sebagainya. Aku kadang-kadang tidak faham dengan mereka yang mudah-mudah melemparkan tuduhan dan senang membuat telahan. Sehinggakan Ust Nasruddin terpaksa berulang kali membuat kenyataan balas di blog atau di Harakahdaily.

Suasana begini agak kurang berlaku malas tidak berlaku semasa kepimpinan pemuda yang lalu. Entah apalah malang di zaman serba canggih ini Ust Nasruddin diperkatakan begitu oleh orang-orang yang seangkatan malah satu jemaah dengan beliau. Tidak menyokong satu hal, kalau tidak menyokong dan senyap dan kempen sana-sini tidak mengapa juga, tapi lain pula jadinya bila habis dijaja mengatakan Pemuda PAS yang dikatakan ketagih UMNO tak sudah.

Bila yang dilihat kembali, apa yang tak kena dengan wacana yang dianjurkan. Kalaulah, nanti dengan wacana ini, UMNO terus lebur dengan nusrah Allah. Apa agaknya statement yang bakal keluar dari mulut-mulut blogger?

Ada yang bertanya mengapa sekarang? dan kenapa dengan UMNO? Dalam hati aku, habis tu bila? Pastu takkan nak berdebat dengan Pemuda MIC? atau Pemuda MCA? atau Angkatan Muda Keadilan? atau dengan Pemuda Sosialis DAP?

Kita jangan terlalu bangga dengan keputusan PRU ke 12 lalu. Malah kita bukan hanya sebagai sebuah parti politik. Malah kita sebagai gerakan Islam yang perlu meminpin perubahan. Dakwah fardiah, dakwah berjemaah dan segala uslub yang boleh dilakukan selagi mampu untuk mencapai hadaf dan tujuan maka itu yang kita lakukan.

Malah, inilah proses untuk kembalikan kematangan fikrah rakyat Malaysia supaya kembali berfikir dan bergerak dengan paksi Islam. Islam akan disampaikan dengan sebaiknya dengan wacana tersebut. Malah rakyat akan dapat membezakan Islam yang PAS bawa dengan Islam yang UMNO bawa.

Rakyat perlu diberikan pemahaman segera! Secara tidak sedar banyak masalah-masalah kefahaman yang ercelaru di kalangan rakyat. Malah ummat Islam itu sendiri sering tertanya-tanya dengan agama anutan mereka sendiri. Teringat dengan ungkapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, "jika UMNO kembali kepada Islam maka saya orang pertama yang akan sokong UMNO". Walaupun nampak sekarang pun Islam semacam susah nak melekat dengan UMNO apatah lagi apabila Najib sudah jadi Perdana Menteri. Tetapi selaku gerakan Islam kita tidak perlu terlalu tersepit dengan suasana UMNO segar atau reput. Kita ada stand dan bahtera kita sendiri. Kita ada cara kita dan uslub kita sendiri.

Masalah kita segabai gerakan Islam bukanya hanya berdepan dengan UMNO yang memawa fikrah nasionalis kemelayuannya yang mendapat acuan barat. Malah kita juga bakal berhadapan dengan beberapa fahaman lain yang menyimpang yang ada dalam DAP dan PKR. Fahaman-fahaman liberalis dan sosialis amat bertapak kukuh dalam dalam DAP dan PKR. Senang cerita banyak lagi kerja-kerja kita. Apatah lagi jika melihat ketua-ketua cawangan mahupun kawasan yang liat nak ke masjid atau surau untuk berjemaah dan mendekati masyarakat. Malah apa yang diluahkan oleh Ustaz Ahmad Awang di Muktamar lalu mungkin dipandang sebelah mata sahaja oleh pimpinan akar umbi.

P/S: Nak iklankan satu program yang diadakan di Dewan Ibnu Sina, Asrama Pelajar Johor pada 7 Julai ini jam 8 malam. Diskusi kitab "Tahaluf Siyasi" oleh Ustaz Salman Maskuri. Siapa yang berada di Mesir dan berminat boleh datang. Tengok boleh tak kita faham dengan Tahaluf Siyasi ni.

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai