Ramai sekarang nampak tidak senang dengan cadangan debat atau wacana ilmiah dari pimpinan Pemuda PAS. Kalangan yang tidak senang ini aku tak survey dari peringkat akar umbi, tapi sekadar mengintai-ngintai blog-blog dari pimpinan-pimpinan pusat mahupun negeri. Ramai juga yang tidak mengambil tempat untuk mengulas. Ada juga yang menghentam malah ti kurang yang memuji serta ramai rasanya mengambil sikap wait and see.
Aku antara yang boleh dikatakan orang yang mahu lihat dan tengok. Saya tidak membantah ataupun menyokong. Malah dari satu sudut saya berpendapat wajar kita memberi ruang kepada pimpinan baru dari Pemuda PAS yang diterajui oleh Ustaz Nasruddin Tantawi memperlihatkan langkah pencak mereka.
Agak melucukan dan menggelikan hati bila ada komen-komen yang oleh dikatakan agak nakal dari blogger-blogger yang tak habis-habis menghentam Ust Nasruddin dan Pemuda PAS. Dikatakan mereka ini ketagih dengan UMNO dan sebagainya. Aku kadang-kadang tidak faham dengan mereka yang mudah-mudah melemparkan tuduhan dan senang membuat telahan. Sehinggakan Ust Nasruddin terpaksa berulang kali membuat kenyataan balas di blog atau di Harakahdaily.
Suasana begini agak kurang berlaku malas tidak berlaku semasa kepimpinan pemuda yang lalu. Entah apalah malang di zaman serba canggih ini Ust Nasruddin diperkatakan begitu oleh orang-orang yang seangkatan malah satu jemaah dengan beliau. Tidak menyokong satu hal, kalau tidak menyokong dan senyap dan kempen sana-sini tidak mengapa juga, tapi lain pula jadinya bila habis dijaja mengatakan Pemuda PAS yang dikatakan ketagih UMNO tak sudah.
Bila yang dilihat kembali, apa yang tak kena dengan wacana yang dianjurkan. Kalaulah, nanti dengan wacana ini, UMNO terus lebur dengan nusrah Allah. Apa agaknya statement yang bakal keluar dari mulut-mulut blogger?
Ada yang bertanya mengapa sekarang? dan kenapa dengan UMNO? Dalam hati aku, habis tu bila? Pastu takkan nak berdebat dengan Pemuda MIC? atau Pemuda MCA? atau Angkatan Muda Keadilan? atau dengan Pemuda Sosialis DAP?
Kita jangan terlalu bangga dengan keputusan PRU ke 12 lalu. Malah kita bukan hanya sebagai sebuah parti politik. Malah kita sebagai gerakan Islam yang perlu meminpin perubahan. Dakwah fardiah, dakwah berjemaah dan segala uslub yang boleh dilakukan selagi mampu untuk mencapai hadaf dan tujuan maka itu yang kita lakukan.
Malah, inilah proses untuk kembalikan kematangan fikrah rakyat Malaysia supaya kembali berfikir dan bergerak dengan paksi Islam. Islam akan disampaikan dengan sebaiknya dengan wacana tersebut. Malah rakyat akan dapat membezakan Islam yang PAS bawa dengan Islam yang UMNO bawa.
Rakyat perlu diberikan pemahaman segera! Secara tidak sedar banyak masalah-masalah kefahaman yang ercelaru di kalangan rakyat. Malah ummat Islam itu sendiri sering tertanya-tanya dengan agama anutan mereka sendiri. Teringat dengan ungkapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, "jika UMNO kembali kepada Islam maka saya orang pertama yang akan sokong UMNO". Walaupun nampak sekarang pun Islam semacam susah nak melekat dengan UMNO apatah lagi apabila Najib sudah jadi Perdana Menteri. Tetapi selaku gerakan Islam kita tidak perlu terlalu tersepit dengan suasana UMNO segar atau reput. Kita ada stand dan bahtera kita sendiri. Kita ada cara kita dan uslub kita sendiri.
Masalah kita segabai gerakan Islam bukanya hanya berdepan dengan UMNO yang memawa fikrah nasionalis kemelayuannya yang mendapat acuan barat. Malah kita juga bakal berhadapan dengan beberapa fahaman lain yang menyimpang yang ada dalam DAP dan PKR. Fahaman-fahaman liberalis dan sosialis amat bertapak kukuh dalam dalam DAP dan PKR. Senang cerita banyak lagi kerja-kerja kita. Apatah lagi jika melihat ketua-ketua cawangan mahupun kawasan yang liat nak ke masjid atau surau untuk berjemaah dan mendekati masyarakat. Malah apa yang diluahkan oleh Ustaz Ahmad Awang di Muktamar lalu mungkin dipandang sebelah mata sahaja oleh pimpinan akar umbi.
P/S: Nak iklankan satu program yang diadakan di Dewan Ibnu Sina, Asrama Pelajar Johor pada 7 Julai ini jam 8 malam. Diskusi kitab "Tahaluf Siyasi" oleh Ustaz Salman Maskuri. Siapa yang berada di Mesir dan berminat boleh datang. Tengok boleh tak kita faham dengan Tahaluf Siyasi ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan