"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


08 Julai 2009

Alhamdulillah, dapat kenal Ustaz Salman!

"At Tahaluf As Siyasi Fil Islam", tajuk bagi sebuah kitab yang aku beli di Kedai Buku Darussalam H7 tahun lepas. Aku beli selepas aku sampai ke Mesir selepas hampir 4 bulan cuti. Belek-belek di ruangan yang selalunya kitab-kitab karangan Dr Yusuf Qardhawi dan Dr Said Ramadhan Al Bhouthi, aku ternampak kitab yang tak berapa tebal ni.

Alhamdulillah, semalam kitab yang aku beli ni telah selamat didiskusikan oleh Ustaz Salman Maskuri. Siapa yang tidak kenal Ustaz Salman? Kalau melawat ke blog dia, berderu orang bertanya dengan bermacam-macam soalan. Cuma aku jer baru kenal ustaz ni, hehe. Walaupun duduk satu Mesir, namun kelibatnya sukar nak aku lihat. Ada sahabat kata, aku pernah duduk berhampiran dengan dia semasa di Bazar KPT. Bertubuh sederhana tapi luas ilmunya. Jelas bahasanya. Yakin syarahnya.

Aku agak tidak berpuashati. Kerana selama 2 jam seakan sejam sahaja. Walaupun kaki aku mula lenguh, tapi masih lagi belum puas. Tak pastilah dengan orang lain. Walau tak berpuashati, syukur kerana mungkin sahaja kitab ini jadi hiasan. Hehe. Banyak lagi kitab-kitab yang jadi hiasan di rak buku, tapi bukan kitab aku. Kitab emon, zinki, sopi.

Bagi aku, dalam suasana politik yang berlaku di Malaysia kini, malah di dunia. Wajar bagi ahli gerakan Islam terutama ahli PAS memiliki kitab ini. Aku tak pastilah samada kitab ini telah diterjemah di Malaysia atau tidak walaupun sudah masuk kali keempat dicetak oleh Darussalam. Kerana banyak ditekankan peranan harakah Islamiah dalam aspek tahaluf siyasi di kitab ini.

Antara konklusi dalam kitab ini:
  • Tiada percanggahan pendapat antara para fuqaha tentang keharusan meminta pertolongan dari kalangan non-muslim tetapi bukan dalam perperangan, ianya terdapat pada nas-nas Nabawiyah dalam sirah yang menunjukkan keharusan perkara demikian.
  • Lebih utama lagi bertahaluf siyasi untuk mencapai atau menegak hukum hakam Islam. Bahkan ianya wajib bertahaluf!
  • Haram bertahaluf jika pihak musuh boleh merosakan gerakan Islam. Dalam aspek ini ditekankan masalah hazar (berhati-hati). Jangan kita tidak hazar malah terlebih berbangga-bangga jika ramai di kalangan bukan Islam menyokong gerakan Islam.
  • Tahaluf Siyasi ini termasuk dalam konteks Ijtihad yang bersifat murunah (fleksibel).
  • Amir (ketua) bagi gerakan Islam perlu memberi penjelasan berkenaan dengan tahaluf siyasi jika ianya dilaksanakan. Supaya tidak berlaku perpecahan jika berlaku percanggahan pendapat. Namun abnaul haraki (ahli-ahli gerakan) wajib memberi wala kepada amir dan bersabar dan bukan melakukan tindakan-tindakan yang merugikan gerakan Islam dan merendah-rendahkan thiqah (kepercayaan) kepada amir. Ianya boleh menjadi fitnah dan fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh!
Banyak lagi tapi cukup ni lah, boleh baca sendiri.

Dalam hal ini, kita boleh lihat PAS telah melakukannya beberapa kali. Bahkan bertahaluf dalam dua keadaan sebagai pakatan politik pembangkang dan pakatan politik dalam kerajaan. Bahkan sekarang kita boleh melihat ianya berlaku sekarang. Tahaluf Siyasi sebagai pakatan pembangkang di peringkat pusat dan pakatan politik sebagai kerajaan di peringkat negeri terutama di Selangor dan Perak.

Namun tidak sunyi juga dengan pendapat mereka yang mendesak PAS kembali solo. Mereka ada hujah! Namun amir dan pimpinan juga ada hujah! Juga ada yang bercadang supaya diadakan tahaluf yang lebih besar seperti menubuhkan Kerajaan Perpaduan! Mereka juga ada hujah, namun amir dan pimpinan juga ada hujah! Hal-hal seperti ini lebih dilihat sebagai pengalaman dan latihan yang berharga bagi sesebuah gerakan Islam. Terutama bagaimana menghadapi situasi begini, boleh dilihat bagaimana bijaksananya pimpinan dan ahli.

P/S: Kalau ada para naqib usrah PAS di Malaysia nak dapatkan kitab ini, aku boleh jadi orang tengah untuk mendapatkannya. Boleh bincang belakang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai