"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


21 April 2006

IKHWAN ALMUSLIMIN DI BAWAH HASSAN AL BANNA

Gerakan Islam dan proses politik di Mesir: Satu analisis terhadap kegagalan-kegagalan Ikhwan al-Muslimin dalam perebutan kuasa

Tulisan Asal: Muhammad Redzuan Othman
Olahan: Mohd Akhmal Mohd Ali

Bahagian Kedua

IKHWAN ALMUSLIMIN DI BAWAH HASSAN AL BANNA

Ikhwan Al Muslimin diasakan di Ismailliyah oleh Hassan Al Banna pada tahun 1928. Beliau bukanlah seorang ahli falsafah atau seorang pemikir dalam erti kata sebenar tetapi beliau adalah seorang yang mempunyai kemampuan yang tinggi dan kefahaman Islam yang mendalam. Di bawah kepimpinan Hassan Al Banna, Ikhwan Al Muslimin berjaya menjadi model sebagai gerakan Islam yang mampu menghadapi cabaran semasa. Pendekatan yang diberi penekanan oleh Hassan Al Banna dalam proses melatih ahli-ahlinya ialah membina fikrah mereka supaya menjadi muslim dalam erti kata sebenarnya. Ini dilakukan melalui pendekatan usrah dan tarbiyah yang terbukti berjaya melahirkan ahli-ahli yang mempunyai disiplin yang tinggi terhadapo perjuangannya.

Sebagai sebuah gerakan massa, Ikhwan Al Muslimin turut memberikan tumpuan dalam bidang ekonomi dan sosial dalam usaha menyebarkan lagi kegiatan dakwahnya. Dalam bidang ekonomi Ikhwan Al Muslimin berjaya menubuhkan kilang tekstil, syarikat perniagaan, syarikat pengiklanan dan sebagainya. Untuk program sosial pula Ikhwan Al Muslimin menubuhkan sekolah, pusat perkhidmatan kesihatan, mengadakan kelas petang dan sebagainya di seluruh negara.

Kegiatan Ikhwan Al Muslimin bukan sahaja mendapat sambutan di Mesir, tetapi juga di negara-negara arab yang lain di timur tengah. Di kemuncak kegemilangannya Ikhwan Al Muslimin berjaya mewujudkan lebih 2,000 cawangan di seluruh Mesir dengan keanggotaan dianggarkan seramai dua juta orang. Di samping itu juga berjaya menubuhkan cawangan-cawangan di Syria, Iran, Afrika Utara dan Pakistan. Walaupun berjaya menarik ramai ahli, namun penganalisaan terhadap latarbelakang mereka yang menyertai gerakan tersebut memperlihatkan bahawa ia lebih berjaya menarik keahlian dari kalangan kelas menengah dan penduduk bandar. Walaupun terdapat ramai petani dan penduduk desa yang menyertai gerakan tersebut, tetapi peratusnya agak kecil.

Sebagai gerakan Islam yang memperjuangkan Islam secara menyeluruh, Hassan Al Banna sering menegaskan bahawa Islam yang menjadi landasan perjuangan Ikhwan Al Muslimin bukanlah Islam yang hanya menekan persoalan Ibadah dalam ertikata yang sempit, tetapi merangkumi perkara yang berkaitan dengan urusan negara dan ummah. Seluruh ummat Islam dianggap sebagai satu ummah dan tidak boleh dipisahkan di antara satu dengan yang lain oleh batas-batas geografi. Sebarang bentuk pencerobohan ke atas mana-mana wilayah yang diduduki oleh ummat Islam dianggap sebagai pencerobohan ke atas ummat Islam secara keseluruhannya.

Walaupun dengan pendekatan Islam menyeluruh diperjuangakan oleh Ikhwan Al Muslimin, namun Hassan Al Banna masih berpendapat keagungan Islam hanya boleh dicapai dengan mengembalikan keagungan bangsa Arab. Untuk itu beliau menekankan betapa perlunya perpaduan Arab sebagai pra-syarat bagi mengembalikan keagungan Islam. Beliau tidak yakin Islam boleh dibangunkan oleh bangsa lain selain bangsa Arab.

Besesuaian dengan suasana yang bergolak selepas tamatnya Perang Dunia Kedua dan bagi menghadapi ancaman zionis di Palestin, Hassan Al Banna telah menubuhkan Pasukan Bersenjata yang diletakkan di bawah pengawasannya. Pasukan ini mendapat sanjungan kerana peranan yang dimainkan semasa meletusnya Perang Arab-Israel tahun 1948-49. Kekalahan yang dialami oleh Arab menyebabkan timbulnya kebencian terhadap pemerintahan beraja.

Pendudukan Inggeris di Mesir juga dipertanggungjawabkan sebagai sebab utama kekalahan tersebut. Dengan pengalaman dan pemilikan senjata. Anggota Pasukan Bersenjata Ikhwan Al Muslimin ini memainkan peranan mencetuskan tindakan bersenjata. Sasaran utama mereka ialah kepentingan Inggeris serta penyokong-penyokongnya dan kumpulan-kumpulan lain yang menjadi saingan mereka.

Pasukan Bersenjata Ikhwan Al Muslimin ini turut memainkan peranan dalam mencetuskan suasana politik yang tidak stabil di Mesir terutamanya di sepanjang tahun 1948 dan 1949. Tindakan yang dilakukan oleh segelintir anggota Ikhwan Al Muslimin ini di luar pengetahuan dan tidak direstui oleh Hassan Al Banna. Antara keganasan-keganasan politik yang dipertanggungjawabkan ke atas anggota Ikhwan Al Muslimin termasuklah pengeboman rumah Abdul Fatah Amr Basya seorang tokoh politik pro-British, pengeboman rumah Mustaffa Nahhas Basya, serangan ke atas pejabat kumpulan akhbar Eropah di Kaherah, Oriental de Publicate dan percubaan bunuh ke atas Komandan Polis Kaherah, Salim Zaki Basya.

Dengan alasan Ikhwan Al Muslimin terlibat mencetuskan kegiatan keganasan ini, pemerintah Mesir di bawah pemrintahan Parti Sa'dist pimpinan Nikrasyi Basya telah mengisytiharkan pengharaman ke atas gerakan tersebut pada 8 Disember 1948. Serentak dengan itu kerajaan mengumumkan penangkapan 32 orang yang dikatakan anggota Ikhwan Al Muslimin bersama-sama dengan sejumlah senjata, bahan letupan dan dokumen yang dihubungkan dengan kegiatan keganasan yang berlaku.

Hassan Al Banna menafikan senjata dan bahan letupan ini digunakan untuk kegiatan keganasan kerana bukan dasar gerakan tersebut untuk mencetuskan kegiatan sedemikan. Sebaliknya senjata dan bahan letupan ini digunakan untuk peperangan menentang zionis di Palestin dan kewujudannya di dalam pengetahuan pemerintah Mesir. Walaupun ramai anggota Ikhwan Al Muslimin ditangkap setelah pengharamannya tetapi Hassan Al Banna tidak ditangkap kerana tidak ada bukti yang boleh menghubungkan beliau dengan kegiatan ganas yang berlaku.

Pengharaman dan penangkapan anggota Ikhwan Al Muslimin oleh Perdana Menteri, Nokrasyi Basya menyebabkan beliau menjadi sasaran cubaan bunuh oleh beberapa kalangan anggota gerakan tersebut. Pada 28 Disember 1948 Nokrasyi Basya telah mati ditembak ketika berjalan masuk ke pejabatnya di kementerian luar. Pembunhnya ialah seorang anggota Ikhwan Al Muslimin, Abdul Meguib Ahmad Hassan, pelajar Veterinar yang menyamar sebagai anggota polis. Pembunuhan Nokrasyi Basya ini menyebabkan meningkatnya lingkaran keganasan antara penyokong Ikhwan Al Muslimin dengan pemerintah. Tindakan keganasan yang dilakukan oleh beberapa kalangan anggota Ikhwan Al Muslimin ini ditentang oleh Hassan Al Banna namun beliau sendiri tidak berjaya mengawal kegiatan tersebut. Ini bukan sahaja menjejaskan imej gerakan tersebut tetapi membahayakan kewujudan masa hadapannya. Jawatan Perdana Menteri kemudiannya diambil alih oleh Ibrahim Abdul Hadi yang menjalankan dasar kekerasan terhadap Ikhwan Al Muslimin.

Anggota gerakan tersebut ditangkap secara beramai-ramai dan ditahan di khemah-khemah tahanan dan harta benda mereka dirampas. Usaha Hassan Al Banna bagi mengendurkan suasana dengan memberi jaminan bahawa bukan niat gerakan tersebut untuk mencetuskan suasana tidak stabil dalam negara dianggap hanyalah sebagai helah untuk meyakinkan pemerintah supaya tidak mengambil tindakan ke atas gerakan yang dipimpinnya itu.

Tindakan pemerintah tidak menangkap Hassan Al Banna menandakan bermulanya zaman pancaroba yang terpaksa dihadapi oleh Ikhwan Al Muslimin. Walaupun beliau masih boleh bergerak bebas tetapi setiap pergerakannya diintip. Pada malam 12 Februari 1949, Hassan Al Banna telah mati (syahid) ditembak di hadapan ibu pejabat pertubuhan Syukbanul Muslimin oleh mereka yang kemudiannya terbukti terdiri dikalangan Pasukan Polis Rahsia Mesir.

Kematian beliau bukan sahaja mengubah nasib masa depan gerakan yang diasaskannya tetapi juga masa depan politik Mesir. Kematian Hassan Al Banna melenyapkan peluang Ikhwan Al Muslimin untuk berkuasa di Mesir. Organisasi tersebut sukar untuk mencari pengganti yang mempunyai daya dinamik seperti beliau. Kematiannya dianggap menyelamatkan pemerintahan beraja di Mesir untuk beberapa tahun lagi daripada cubaan rampasan kuasa kerana ketiadaan tokoh yang setanding dengan beliau yang mampu menggerakkan usaha tersebut. Kematian Hassan Al Banna juga meninggalkan kesan negatif kepada organisasi yang diasaskannya.

Di samping terpaksa menghadapi tekanan daripada pemerintah, ia juga terpaksa berhadapan dengan pergolakan dalaman bagi menentukan siapakah yang paling layak untuk mengambil alih jawatan Mursyidul Am . Kepimpinan Hassan Al Banna selama 20 tahun di dalam Ikhwan Al Muslimin tanpa dicabar memberikan kesan positif dari segi pembinaan gerakan tersebut, tetapi meninggalkan kesan negatif dari segi penyediaan pelapis kedua dalam kepimpinan. Perebutan kuasa di kalangan pucuk pimpinanlah merupakan faktor dalaman terpenting yang akhirnya menyebabkan hancurnya penglibatan Ikhwan Al Muslimin dalam politik Mesir.

Kalimah baru?

Assalamualaikum... lama tak bagi salam kat blog sendiri, sape yang masuk ni sila ler jawab...
Gila Bangkong? Poyo? Sangkin? Moja? hmm ape lagi ek? kalimah-kalimah ini di antara kalimah-kalimah (baru?) yang saya perolehi setelah aku sampai ke bumi Mesir ni. Samada saya tak perasan adakah ianya kalimah-kalimah yang jauh dulu pernah digunakan atau ianya baru sahaja dicipta oleh mahasiswa (mahasiswi?) di mesir ni.
Jadinya, kengkadang memang selalu saya gunakannya dalam perbualan harian. Ianya menjadi kalimah-kalimah yang boleh rasanya sesuai dengan keadaannya yang kita alami, samada sedang melihat, sedang melakukan sesuatu perbuatan atau memuji atau merendah diri.
Sebagai contoh saya berikan di sini:
1) Ish, Henry punya rembat gila bangkong punya laju.
2) Poyo seh mamat arab ni, ade ke dia nak aku ngorat makcik dia.
3) Sangkin punya laju ustaz ni buat pembentangan, tak sempat aku catit.
4) Jawab soalan peksa nanti, janganlah dok moja-moja doktor kat kertas belakang tuh, mau dia gagalkan ko nanti.
Dengan beberapa contoh yang saya beri, mungkin anda semua boleh faham apa yang sebenarnya maksud yang hendak disampaikan. Mungkin ianya sesuai dengan qadhiah di Mesir ni, dan juga perwatakan yang dibawa oleh seseorang pengguna kalimah-kalimah ini.
Kesimpulan yang saya boleh dibuat di sini ialah, penggunaan kalimah-kalimah tersebut menggambarkan orang yang melafazkannya adalah orang yang disenangi, dan mudah untuk kita bertegur sapa, menghilangkan rasa segan untuk berukhuwwah.
Bagaimanapun, terpulang kepada anda menilainya.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Peribahasa kat Mesir:
1) Guru kencing berdiri, murid kecing "terbang"
2) Orang tamak selalu "kenyang"
3) Study Smart and hard and gila bangkong, do not poyo-poyo masa studi
Ibnu_Ali: aku punya fasal laa

14 April 2006

Teka-teki Imam Ghazali RA

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

Soalan pertama

Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI ( Surah Ali-Imran:185). Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

Soalan kedua

Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang

Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Soalan ketiga

Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

Soalan keempat

Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?

Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Soalan kelima

Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Soalan keenam

Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

09 April 2006

Jom Amalkan Sunnah!!!

JOM AMALKAN SUNNAH NABI!!!

Sempena Menyambut Mualidur Rasul, ana dengan rasa rendah diri serta mengharapkan redha Allah menyeru sahabat handai semua kita tajdid semula iman kita ni yang kadang-kadang naik turun, malah ada yang terus menrus turun.


Bersempena hari maulid ini juga kita kembali merenung sirah perjuangan Baginda SAW yang tidak henti-henti berjuang bersama para sahabat RA, sehinggalah kita pada ketika ini samada yang sedang membaca blog saya atau pun tidak, yang sedang bersama keluarga, yang sedang bersuka ria di disko, berhibur yang berlebihan, yang sedang melanggar syariat Allah secara terang-terangan atau gelap-gelapan dapat merasakan sepenuhnya, atau sebahagiannya, atau secebisnya kesan perjuangan Nabi SAW bersama para sahabat RA terdahulu.

Apa yang mahu saya ketengahkan adalah sejauh mana kita mengenali Baginda SAW? Adakah dengan mengamalkan sunnahnya kita sudah benar-benar mengenali Baginda SAW? Adakah dengan kita sambut lafaz selawat kepadanya kita sudah benar-benar mengenali Baginda? Kerana sedang kita melakukan perkara-perkara demikian sedang itu jugalah Baginda SAW dicaci-cerca, sedang itu jga jugalah sebahagian ummat Islam yang berotakkan sekular merendah-rendahkan martabat Baginda SAW walaupun mereka menafikannya. Sekira-kira bagaimana agaknya kita akan terus senyap tanpa ada sebarang feedback dari terjahan demi terjahan keras terhadap penghinaan ini?

Semalam baru menogok Pepsi, semalam baru menogok Coke, semalam juga baru kita terhibur dengan puak-puak kuffar yang dinamakan artis barat. Semalam jugalah kita bersaksi selama lima kali depan Allah bahawa solat kita, haji kita, hidup kita, malah mati kita utuk Tuhan sekalian alam dipersaksikan kepada Allah juga dengan beribu-beribu para malaikatNya.

Di kala saya membisikkan perkara ini dalam hati saya, seraya itu seperti ada tumbukan padu pada jantung ini. Adakah saya berkata demikian kepada diri saya atau kepada orang lain?

Ya Allah Ya Tuhanku, dengan Redha Mu Ya Allah aku harapkan,
Jadikanlah aku hambaMu yang tergolong dalam Ummat Muhammad dan Syafaatnya aku harapkan...

Amin Ya Rabbal Alamin...

03 April 2006

Mengapa Ikhwan Gagal?

Gerakan Islam dan proses politik di Mesir: Satu analisis terhadap kegagalan-kegagalan Ikhwan al-Muslimin dalam perebutan kuasa

Oleh: Muhammad Redzuan Othman
Olahan: Mohd Akhmal Mohd Ali

Bahagian Pertama

Perkembangan politik yang berlaku antara tahun 1948 hingga 1954 dianggap penting dalam mencorakkan sejarah Mesir masa kini. Pada tahun 1948 negara Israel terbentuk di bumi Palestin dan Mesir terpaksa berperangbuat kali pertama dengan negara haram yang baru dibentuk itu. Kekalahan yang dialami menyebabkan suasan politik di Mesir menjadi tidak setabil seterusnya mendorong sekumpulan pegawai tentera yang menggelarkan diri mereka sebagai Free Officers bertindak merampas kuasa dan menamatkan pemerintahan beraja di negara tersebut.

Rampasan kuasa ini menampilkan Gamal Abdul Nasser, seorang tokoh yang bukan sahaja berjaya membina imejnya di Mesir tetapi juga di dunia Arab. Untuk meniti tangga kejayaan, Nasser bukan sahaja menyingkirkan rakan-rakan yang tidak sealiran dengannya tetapi yang lebih penting beliau berjaya memusnahkan pengaruh Ikhwan al Muslimin, sebuah gerakan Islam yang paling berpengaruh di Mesir ketika itu.

Tahun 1948 hingga 1954 merupakan tahap terpenting penglibatan Ikhwan al-Muslimin dalam proses politik di Mesir. Pada akhir tahun 1940-an dan awal tahun 1950-an, gerakan ini berjaya muncul sebagai sebuah organisasi yang paling mendapat sambutan rakyat mengatasi pengaruh yang sebelum ini secara tradisi dimonopoli oleh Parti Wafd. Sebagai organisasi massa yang memperjuangkan kesedaran Islam, Ikhwan al-Muslimin memainkan peranan menggerakan penentangan rakyat terhadap pendudukan Inggeris di Mesir ketika itu. Apabila meletus perang di Palestin, Ikhwan al-Muslimin merupakan satu-satunya organisasi yang berjaya menghantar sukarelawan terlatih untuk membantu saudara sesama Islam menentang keganasan-keganasan Zionis.

Pada tahun 1948 pengasas dan dan pemimpin ulung Ikhwan al-Muslimin, Hassan Al Banna mati ditembak. Kematian beliau meninggalkan kesan yang amat besar terhadp corak dan nasib masa depan gerakan tersebut. Kekosongan pemimpin selepas kematian Hassan Al Banna mencetuskan perebutan kuasa di kalangan pucuk pimpinan. Ini menyebabkan organisasi tersebut tidak begitu berkesan mendominasikan politik Mesir. Walaupun merupakan sebuah pertubuhan yang paling berpengaruh, tetapi Ikhwan al Muslimin cuma memainkan peranan yang kecil ketika Revolusi Julai 1952 dilancarkan.

Perhubungan antara Ikhwan al Muslimin dengan Free Officers yang merampas kuasa pada mulanya menampakkan kesan yang baik, bagaimanapun ia bertukar menjadi konflik. Konflik tersebut sampai ke kemuncaknya apabila Nasser setelah membuat persiapan-persiapan yang sewajarnya, bertindak memusnahkan Ikhwan al Muslimin. Sejak itu bermulalah siri pengharaman dan penindasan ke atas gerakan tersebut. Pemimpin serta pengikutnya terpaksan berhadapan dengan pelbagai tindakan kejam. Ramai di kalangan mereka dihukum mati atau menjalani hukuman penjara yang panjang. Proses penindasan yang dilakukan secara sistematik ini menyebabkan pengaruh yang pernah dimiliki oleh Ikhwan al Muslimin yang sebelum ini menjadi pudar dan kendur.

Bersambung ke bahagian kedua akan datang.

IKHWAN AL MUSLIMIN DI BAWAH HASSAN AL BANNA

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai