"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


30 Disember 2009

Kesian Tiz Zaqyah

Kadang-kadang menyampah, kadang kesian pun ada kat pelakon Nur Kasih. Nampaknya betul-betul dia nak lari dari watak Nur Amina yang dilakonkannya dalam Nur Kasih. Bila baca tajuk di Kosmo "Realiti Tiz, bukan Nur Amina" menjadikan aku bertambah kesian kat dia. Nampak bersungguh-sungguh untuk lari dari watak "solehah" sebagai Nur Amina. Dengan mengenakan pakaian yang agak seksi yang sangat-sangat 100% terbalik dari watak Nur Amina.

Umum mengetahui yang Tiz Zaqyah bukanlah Nur Amina. Cerita Nur Kasih pun dah lama tamat. Rasanya tak perlulah nak bersungguh-sungguh menjelmakan "wajah sebenar" di khalayak ramai sebagai bukan Nur Amina. Sehinggakan mereka yang membaca dan mengetahui hal ini semakin menyampah dan meluat.

Sudahlah watak Nur Amina tak terkesan langsung dalam diri, kemudian bersungguh-sungguh pula nak masyarakat tahu dia "sebegini tolehah". Apa perlu begitu? Adakah rasa terbatas pergerakkannya? Hmm Allah sahaja yang tahu disebalik niat tindakanya ini.

Kesian Tiz Zaqyah...

Aku dedikasikan ayat ini buat nya,




“Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Az-Zumar: 22)

29 Disember 2009

Langkah Tercipta - UNIC

Aku dedikasikan lagu ini buat para pimpinan PAS di semua peringkat!

Semalam aku kelukaan,

kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan.

Mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

ALLAH..
inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untukku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya.

Haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan mataku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),

Tak dilontarkan-Nya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

ALLAH..
pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku.

Kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
PadaMU ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
Wahai Tuhan yang Satu,
Segalanya dariMu.



28 Disember 2009

Dinamis tarbiah Hassan Al Banna

Aku bukanlah pakar sejarah. Bahkan semasa SPM dahulu pun tak dapat A. Mungkin subjek sejarah di sekolah aku tak minat tapi aku minat sejarah. Ada orang kata dah maju ke hadapan jangan toleh belakang lagi. Macam nasihat sesetengah orang kepada Pakatan Rakyat "jangan pandang belakang". Pada aku tak wajar nasihat itu. Tuan Guru Nik Abdul Aziz menolak gagasan Kerajaan Perpaduan kerana Mursyidul Am PAS ini amat terkesan dengan sejarah PAS dalam kerajaan BN sehingga tak dapat membezakan Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh Tuan Guru Presiden. Baik ni cerita lama, PAS pun dah tutup buku mengenai isu UG ni.

Bukan cerita UG yang aku nak sebut dalam entry kali ni. Tapi isu yang boleh terkait dengan masalah harakah Islamiah.
Gambar 1: Imam Hassan Al Banna
Sejak aku libatkan diri dengan gerakan Islam PAS dalam ertikata mengenali PAS ini sejak sekolah rendah lagi. Kerana pada ketika itu isu Hudud bergema, aku pada masa itu hanya tahu hudud curi potong tangan. Aku mempertahankan habis-habisan Hudud ini hingga berdebat di kelas mahupun di padang permainan. Semasa berdebat-debat di padang permainan dulu, ada seorang kawan aku, dia sebut "kalau pakai seluar pendek kena potong kaki la ye?" lepas tu dia ketawa terbahak-bahak sambil melarang melancong ke Kelantan.

Aku tidak mengenali PAS dengan susur galur yang baik, mungkin. Dalam ertikata yang mengikut teori tarbiyah dan thaqafah yang perlu dilalui oleh setiap ahli gerakan Islam ini. Sehinggalah sampai satu tahap aku mengenali PAS dengan teori dan disiplinnya, mungkin. Dikenalkan dengan kitab Risalah Ta'alim, yang membahaskan tentang usul 20 Mujaddid Imam Hassan Al Banna
yang menjadi tunjang dalam teori mengenali gerakan Islam. Boleh dikatakan semua di kalangan mereka yang menggelarkan mereka dari gerakan Islam baik PAS dan yang wujud selepasnya (seperti Jemaah Islah Malaysia (JIM), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ) biasa dengan ungkapa Usul I'syrin (Usul 20) ini. Usul 20 ini pun sebenarnya pecahan dari rukun bai'ah pertama dari 10 rukunnya iaitu Faham.

Selepas kejatuhan Khilafah Islamiah 1924 (sebenarnya lebih awal dari itu), boleh dikatakan jemaah-jemaah Islam bangkit dengan peranannya masing-masing dan yang paling terkesan pada dunia Islam ialah Jemaah Ikhwan Muslimin di Mesir. Mereka yang lahir dari jemaah Ikhwan ini kembali ke negara masing-masing dengan mengembangkan kaedah perjuangan ikhwan ini.

Di Malaysia, mereka yang mendapat tarbiah secara langsung dari Ikhwan ini ada yang menyertai UMNO dan PAS untuk membina fikrah yang sama lalu menyatukan umat dengan satu fikrah yang sama. Namun mereka yang menyertai PAS untuk niat ini nampak lebih berjaya dari mereka dari UMNO.

Gerakan Islam pembawakan Ikhwan ini sebenarnya boleh dikatakan gerakan wasatiah (sederhana). Ianya bukanlah gerakan ekstremis seperti yang digembar-gemburkan. Gaya dan kelicikannya dalam menyesuaikan akidah dan syariat dalam negara dan masyarakat amat terkesan.

Namun sekarang, nilai yang dibawa oleh mujaddid Imam Hassan Al Banna ini semakin terhakis dalam jaringan gerakan Islam. Apatah lagi jemaah yang menerima manhaj Ikhwan ini terpecah kepada beberapa jemaah dan akhirnya menimbulkan masalah umat.

Sejak zaman awal penubuhan Ikhwan Muslimin sendiri, pada ketika itu ada di kalangan mereka yang keluar dari Ikhwan dan menubuhkan jemaah mereka seperti Syeikh Taqiyuddin Nabhani yang mengasaskan Hizbut Tahrir yang berpengkalan di Palestin.

Baik, kita boleh katakan sebenarnya pembawakan Imam Hassan Al Banna sangat cantik dan menarik. Ianya pendekatan yang boleh diterima segenap lapisan dan latar belakang. Baik mereka yang berfahaman salaf mahupun khalaf. Mereka disatukan dengan obor ikhwan ini, dan pada awal penubuhan PAS pun kejayaan yang berjaya PAS bawa ialah menyatukan mereka di kalangan "kaum muda" dan "kaum tua".

Tapi, hakikat yang perlu diterima teori dan pembawakan yang dibawa oleh Imam Hassan Al Banna ini tetap mempunyai kekurangan dan inilah hakikat manusia selain Nabi Muhammad SAW.

Di Malaysia, ada di kalangan kita yang;

Akidah ahli sunnah wal jamaah, tariqat, ahli sufi dan PAS.

Akidah ahli sunnah wal jamaah, tariqat, ahli sufi tapi UMNO.

Pure Wahabi, dan PAS.

Pure Wahabi, tapi UMNO,

dan ada akidah ahli sunnah wal jamaah, tariqat, ahli sufi atau wahabi tapi terkecuali dari dua kumpulan ini.

Lima level ini aku utarakan yang pertama. Namun banyak lagi yang kalau dimasukkan dalam list mahu panjang jandnya. Manakan tidak mereka yang tak solat tapi sokong PAS. Masjid tak tinggal tapi sokong UMNO. Ada yang menyertai PAS atas kepentingan akidah. Tapi ada yang menyertai PAS atas kepentingan peribadi. Tak kurang juga ada yang hanya taa'sub kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz sahaja. Ini bukan aku sebut fasal teori demokrasi, jangan pening ya.

Cuba kita perhatikan kepada seorang ulama tersohor ini; iaitu Dr Yusuf Qardhawi. Secara umumnya semua di kalangan yang aku sebut di atas boleh menerima beliau dan pendekatan beliau. Tapi ada yang tidak boleh menerima beliau. Rata-rata mereka tidak sealiran dan tidak mendapat tarbiyah dengan Ikhwan.

Gambar 2: Ada tangan bawah pusat, atas dada, bawah dada, tengah. Tapi...

Aku dah mula pening, harap-harap korang boleh faham apa yang aku nak sampaikan.

(Bersambung, mungkin)

27 Disember 2009

Tugasan baru & curi

Tugasan Baru

Aku mendapat tugasan baru. Tiada tugasan lain, blog juga. Mini Pavilion yang dahulunya terbengkalai kini berpindah di url yang baru. Namun bagi pengarah Mini Pavilion sendiri mahukan template yang ada sekarang dilihatnya perlu sedikit touch-up. Tugasan ini baru diterima dari Ustaz Abdul Muin sendiri sebagai pengarahnya 2 hari lepas.



Cuma...

Bila nak mula ni? Exam dah dekat. Walaupun semester ini hanya satu kertas, tapi dua subjek.

Hmm alasan...

Selalunya exam ini menjadi alasan kita tidak melakukan kerja-kerja sampingan. Macam main futsal semalam. Selama 2 jam diperuntukan dalam masa hampir sebulan kaki ni tak sentuh bola. Tapi ada sahabat-sahabat yang aku pelawa untuk join futsal kata mereka "exam dah dekat". Tapi aku tengok lebih dua jam mereka peruntukan untuk tidur di waktu pagi. Yang futsal ini hanya 2 jam yang mungkin dalam masa sebulan. Alasan kan?

Curi-curi Pencuri

Semalam selepas penat ziarah maqam-maqam sekitar Kaherah. Aku dikejutkan dengan berita kecurian yang berlaku di Asrama Pelajar Johor yang lama. Lima laptop hilang termasuk laptop anak saudara aku yang dibelinya di Malaysia. Huh, muailah pencuri tu. Agak-agaklah lepas payment nak angkat GEN-2.

Tapi yang aku tak perasan, aku antara orang yang tahu lambat tentang hal kecurian ni. Padahal semasa dalam tramco perjalanan balik, budak-budak ni dah tahu rupanya. Macamana aku boleh miss plak fasal ni? Dalam kecoh-kecoh dalam tramco sikit pun tak terpancul dari mulut diorang pasal laptop atau apa-apa fasal ni.

Kejadian berlaku pasa waktu solat Jumaat. Dahlah hampir semua penghuni ikut ke maqam, bila time solat jumaat semualah ke masjid. Time tulah pencuri buat dajjal. Fuh, Jumaat kali ini memang "rezeki" dia. Tapi kejadinya seperti ini bukan pertama kali, ianya dah banyak kali. Sebelum ini mesin ABC, periuk belanga semua dicurinya. Memang lubuk pencuri betul asrama ni. Ape ke hal? Hmmm...

Aku rasa setiap kali solat Jumaat student perempuan kena jadi pak guard la kat asrama ni. Apa pendapat Ketua HEWI BKPJM?

Bila masuk bab curi-curi ni, kat Malaysia pun tengah kecoh pasal kehilangan 2 enjin jet pejuang. RM50 juta. Dulu, kumpulan Al Maunah curi senjata di kem tentera. Kali ni enjin jet. Agaknya lepas ni kapal selam Malaysia pun boleh hilang. Hmm dah lama tak berperang, gini ke jadinya?

23 Disember 2009

Aku pijak di medan bumi

"Di mana bumi ku pijak, di situ Islam ku junjung!"

Aku selalu dengan sebelum ini "di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung". Tapi selepas duk sekolah arab, bergaul dengan ulama dan para ustaz. Bidalan ini berubah dan lebih bermatlamat. Tidak menafikan maksud asal dari bidalan melayu tadi, cuma kerangka yang ditambah kemudian menjadikan ianya lebih bermakna dan nampak segar!

Aku masih di Mesir. Walaupun nak menghabiskan Tahun 3 dan 4 memakan hampir lima tahun lamanya. Ramai sahabat-sahabat yang datang saing dulu dah balik Malaysia. Malah dah beranak pinak. Yang mati belum dengar lagi.

Ramai yang suruh aku balik cepat ke Malaysia. Ya, aku sedar dan aku pun nak balik cepat. Siapa nak balik Malaysia jalan kaki? Mesti lambat punya! Tapi Zaki pernah jalan kaki balik rumah dari kuliah di Hussin. Aku tak pernah buat macam Zaki, kerana aku bukan Zaki. Ya, aku akan balik dengan kapal terbang yang memakan masa hampir 12 jam di langit! Macam Kota Bharu ke Johor Bahru. Cepat bukan?

Ramai yang bilang (beritahu) kat aku, "di Malaysia-lah medan sebenar". Terutama yang berada di Malaysia selalu mengulang-ngulang "Malaysia medan sebenar". Aku fikir lama ayat-ayat ini. Agak-agaknya medan aku di Mesir sekarang ni hanya fatamorgana atau ianya medan selera dan medan-medan lain yang bukan medan sebenar.

Ramai yang dah balik Malaysia menarik nafas lega (mungkin) kerana akhirnya mereka diberikan rezeki Allah dapat balik dengan ijazah masing-masing. Namun sedarkah kita bahawa bidalan melayu yang aku sebut tadi menafikan sekeras-kerasnya teori korang yang "Malaysia medan sebenar".

Kalau nak sebut tentang medan sebenar (dakwah, platform) sebenarnya tempat bukanlah ukuran. Yang menjadi ukuran ialah istiqamah (konsisten). Perlahan, laju, bijak, cerdik, lembab semua ini bukanlah ukuran, kerana sememanya boleh berubah-ubah mengikut suasana. Bahkan iman pun adakalanya bertambah dan berkurang.

Ada satu tahap, dia hanya boleh bekerja dengan menaip. Sampai satu tahap dengan berceramah. Sampai tahu tahap dengan tenaga kemahiran yang ada. Semua ini bergantung dengan kemampuan masing-masing.

Yang berada di Mesir ini juga "medan sebenar". Tiada medan "main-main" dalam kamus hidup seorang yang menggelarkan diri mereka "pendokong Islam". Cukuplah dengan teori korang nak ajak ke "medan sebenar".

Gambar : Sekadar hiasan. Berita mengenai gambar klik sini.

21 Disember 2009

Blog aku dan mereka

Aku berkecimpung dalam dunia blogger bermula akhir tahun 2005. Pada mulanya aku hanya berjinak-jinak kerana terpengaruh dengan sahabat blogger lain seperti Ustaz Mohamad Fairuz Tamjis. Lama-lama kelamaan minat itu berkembang dengan tulisan-tulisan dari cetusan hati ini. Sehingga hari ini blog yang aku bina ini tidak mati. InsyaAllah ia akan terus hidup sehingga aku mati.

Bak kata Dr Abu Hassan Hasbullah dalam Konvensyen Blogger semalam. Bahawa "blog ini tidak akan mati". Yang mati tuan blog la kan.

Cuma kalau kita lihat pada awal kemunculan blog ini merupakan sebuah web log untuk memudahkan mereka membina web pribadi bagi menulis jurnal kehidupan seperti diari dan dikongsikan bersama umum. Namun sejak akhir-akhir ini dengan kemajuan internet dan dunia tanpa sempadan fenomena blog ini semakin menggila. Pengaruhnya sangat tinggi sehingga mempu membina pengaruh tersendiri samada dalam sektor politik, agama, sosial mahupun ekonomi.

Dalam pilihanraya umum yang lalu boleh dikatakan peranan blog ini digunakan sebaik mungkin sebagai alternatif selalin media-media elektronik lain. Boleh dikatakan mereka yang digelar wartawan sukarelawan ini tidak jemu-jemu menyampaikan yang terbaik. Sehinggakan terdapat suara-suara yang mahu melaksanakan etika-etika dan undang-undang tertentu kepada para pemblog.

Bagi aku web log ini menjadi pencetus aku mengenali apa itu kod-kod HTML yang mungkin dipelajari secara khusus di kuliah-kuliah sains komputer di universiti-universiti. Tapi aku hanya mempelajarinya sendiri dan antara mereka-mereka yang dianggap sifu blogger aku sebelum ini ialah Ustaz Mohd Zaki Md Noor dan Ustaz Asmuni Hasbullah.

Sebelum ini aku menceburi bidang Adobe Photoshop. Juga mempelajarinya tanpa kaedah khusus, hanya menghadap komputer berjam-berjam dan mereka-reka design sendiri. Sehingga ini dua aplikasi ini dapat aku satukan dalam dunia blog.

Dan sepanjang aku memblogger, ada juga beberapa template blog dari air tangan aku. Tapi sekarang telalu banyak laman web yang memberikan perkhidmatan template percuma yang menarik tanpa kita memeningkan kepala untuk merekanya sendiri.

Antara blog dari air tangan aku:

Blog Al Jauhar. Web Rasmi Badan Kebajikan Plajar Johor di Mesir.


Syarikat MyClean. Syarikat cuci anak Malaysia di London.


Blog Dana Syaqah PMRAM versi lama. Sudah terbengkalai, kerana tak ingat password.


Blog Mini Pavilion yang telah dipadam BLOGGER. Tak tahu kenapa. Sekarang berpindah di sini.


Dan yang terbaru Web Rasmi PAS Kawasan Pulai, Johor.


Semua blog ini dibina dengan percuma. Kecuali MyClean yang pemiliknya beri "hadiah". Dan aku pun tidaklah menjadikan mereka blog ini sebagai medan mencari peluang lain. Ini kerana dengan kerja-kerja seperti ini menambah pengalaman dan ilmu-ilmu baru dari "pengajian membina blog" ini dan aku seronok membantu.

17 Disember 2009

Salam 1431

Agar tahun baru ini terpelihara iman kita yang kadang-kadang bertambah dan berkurang.
Agar tahun baru ini menambah kecintaan kita kepada Islam.
Agar tahun baru ini menjadikan kita terus istiqamah dengan perjuangan.
Agar tahun baru ini menambah kefahaman kita terhadap gerak kerja berjemaah.

Agar tahun baru ini beroleh kebaikan kepada Islam dan umatnya.




Buku terbaru Tuan Guru Presiden PAS

11 Disember 2009

Husnul Khatimah

Kematian sememangnya akan berlaku, samada tidak diminta atau memang diminta. Setiap yang bernama makhluk itu akan merasai mati. Namun semuanya mahukan husnul khatimah.

Bila membaca berita ini, apatah lagi meilihat wajah pilu seorang isteri. Aku tidak terkata apa sekadar sedekahkan al Fatihah buat suaminya yang bertemu Allah selepas 4 jam diijabkabulkan.

Tak terbayang apa yang boleh oleh "puan" Teh Afifah. Kegembiraannya selepas digelar isteri hanya bertahan 4 jam, tetapi dukanya selepas itu hanya Allah yang tahu. Didoakan agar dia diberikan ketabahan dengan ujian ini.

Mungkin ujian ini paling besar bagi puan Teh Afifah, namun ianya memberikan seribu makna kepada yang masih hidup. Teh Afifah seorang yng diuji dan seribu yang lain boleh mengambil iktibar darinya. Seribu yang lain juga insyaAllah mendoakan husnul khatimah.


اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة

"Ya Allah! Khatamkanlah kami (matikanlah kami) dengan sebaik-baik kesudahan dan janganlah Engkau tamatkan (matikan) ke atas kami dengan seburuk-buruk kesudahan"

Banyak lagi doa-doa yang boleh diamalkan agar kita dipilih Allah sebagai hamba yang husnul khatimah. Seramai-ramai umat Muhammad ini, tidak semua yang menerima husnul khatimah. Namun kita sebagai hamba Allah sewajarnya berdoa dan berusaha semoga mendapat husnul khatimah.

Bila baca berita tentang ini. Teringat dengan sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu Abu Hanzalah bin Ar Rabie'. Ketika peperangan Uhud meletus beliau baru saja dinikahkan. Oleh kerana itu Rasulullah SAW mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan.

Namun ketika Hanzalah terjaga dari tidurnya, beliau mendengar gendang panggilan perang. Melalui seorang sahabatnya beliau mendapat berita bahwa tentera Islam mendapat tantangan yang hebat, dan dalam keadaan terlalu genting tanpa membuang waktu lagi Hanzalah pakaian perang lalu mengambil pedang. Dia menuju ke medan tempur tanpa sempat mandi junub.

Maka terjadilah pertempuran hebat sehingga banyak dari pihak Islam yang gugur syahid. Pihak musuh telah menyerang dari belakang. Akhirnya Hanzalah turut menjadi korban dalam keadaan masih berjunub.

Maka Rasulullah SAW pun melihat mayat Hanzalah dimandikan oleh para malaikat seperti mana dalam sabdanya:

“Aku melihat di antara langit dan bumi para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air dari awan di dalam bejana perak.”

Para sahabat tercengang-cengang mendengar ini. Salah seorang dari mereka, Abu Said Saidi lalu pergi melihat mayat Hanzalah. Wajah Hanzalah kelihatan tenang. Dari rambutnya kelihatan titisan air berlinangan turun. Sungguh beruntung Hanzalah mendapat layanan yang begitu istimewa dari malaikat.

Tidak pernah terjadi dalam sejarah seorang syahid dimandikan dengan cara yang luarbiasa ini. Malahan matinya sebagai syuhada menjadikan dia sebagai penghuni syurga tanpa dihisab.

Bagi Hanzalah selayaknya mendapat layanan sebegitu kerana pengorbanannya berperang menegakknya kalimah Allah. Hanya kita umat akhir zaman ini yang matinya kadang-kadang bukanlah kerana berperang atau apa, bahkan ada yang mati kerana terlebih makan. Mungkin lain suasana Malaysia jika nak dibandingkan dengan Palestin sana.

Bagi puan Teh Afifah, sedihlah kamu dan selayaknya kamu bersedih. Namun kita yang masih menghirup udara kurniaan Allah inilah selebih-lebihnya berdoa agar mendapat husnul khatimah! Amin Ya Rabbal A'lamin.

Sumber: Berita Harian, Kosmo

08 Disember 2009

Selamat Pengantin Baru Dayat




Selamat Pengantin baru buat sahabat Dayat dan Nisa.

"Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua (pengantin laki-laki dan perempuan) dalam kebaikan" - HR Tirmizi

Musim cuti sekolah ni boleh katakan musim "bercucuk tanam", masing-masing nak "berkebun". Tapi baguslah, nanti cuti sekolah tahun hadapan pula "musim menuai". Semoga beroleh "hasil" yang baik.

Tak terlepas sahabat aku seorang ini. Sahabat yang aku kenal sejak tingkatan satu. Sekolah sama di Madrasah Al Masriyah, Kluang dan Madrasah Khairiah, Pasir Putih, Kelantan.

Terima kasih hantar kad jemputan yang comel ni (sepatutnya bersertakan tambang flight sekali, baru boleh datang, hehe).

07 Disember 2009

Sembelihan Ahli Kitab


Ahli Kitab yang dimaksudkan ialah orang Yahudi dan Nasrani. Sekiranya penyembelih itu bukan di kalangan Muslim atau Ahli Kitab seperti orang murtad ataupun penyembah berhala atau majusi maka sembelihannya tidak halal dimakan.

Dalil halalnya sembelihan orang Islam berdasarkan firman Allah SWT:

إِلَّا مَا ذَكَّيۡتُمۡ


"Kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawa)."" - Al Maidah ayat 3

Perkataan "kamu" dalam ayat adalah ditujukan kepada semua orang Islam.

Dalil halalnya sembelihan Ahli Kitab ialah firman Allah SWT:

وَطَعَامُ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ حِلٌّ۬ لَّكُمۡ


"Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu." - Al Maidah ayat 5

Ahli Kitab atau salah seorang datuk neneknya menjadi Ahli Kitab sebelum berlakunya penyelewengan atau pemansuhan.

Oleh itu, sekiranya orang mulhid pada hari ini masuk agama Nasrani, sembelihannya tetap tidak halal. Begitu juga orang Nasrani atau Yahudi yang diketahui datuk nenek mereka yang terdahulu asalnya adalah penyembah berhala, kemudian mereka memeluk agama Nasrani setelah berlakunya penyelewengan atau setelah perutusan Nabi Muhammad SAW, maka sembelihan mereka tidak halal.

Dalilnya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Syahr bin Hausyab R.A yang bermaksud:

"Nabi SAW melarang memakan sembelihan orang Nasrani berbangsa arab (iaitu dari Kabilah Bahra', Tanukh dan Taghlib)"

Sebab berlaku larangan ini kerana mereka memeluk agama Nasrani setelah berlaku penyelewengan terhadapnya.

Wallahua'lam

- Rujukan Al Fiqh Al Manhaji (Mustofa Al Khin, Mustofa Al Bugho dan Ali Asy Syarbaji)

03 Disember 2009

Apa yang positif?

Mula-mula aku lihat gambar sebelum baca berita. Aku ingatkan kenapa pula "perempuan" ni tak nak balik Malaysia? Mungkin takut berlaku pada satu kes sebelum ini yang ibunya minta nikahi orang lain kerana tidak merestui perkahwinan mereka. Tapi setelah membaca perenggan pertama sahaja sudah terbaca "transeksual warga Malaysia, Mohammed Fazdil Min Bahari berasa takut untuk pulang ke Malaysia" membuatkan kepala otak aku sedikit kemalangan.

Ah sudah! Satu lagi masalah besar menghangatkan negara. Ini bukan masalah kecil. Ini masalah besar walaupun mungkin satu ini sahaja berita yang dilaporkan. Ini belum lagi menanyakan status agama dia, adakah dia masih Islam? Banyak perkara perlu difikirkan.

Terbaca pula komen dia,


Fatine kesal kerana masyarakat Melayu berasa tersinggung ekoran perkahwinan mereka, walhal mereka cuma ingin hidup bersama di UK memandangkan mereka tidak boleh berbuat demikian di Malaysia.

Fatine sedar orang-orang Melayu memegang nilai-nilai tradisional dan "tidak dapat menerima orang sepertinya".

Ini bukan sahaja melanggar nilai-nilai tradisional orang Melayu tetapi termasuklah nilai-nilai tradisional orang bangla orang afrika juga orang yang berada di kutub utara. Ianya juga melanggar fitrah kejadian manusia itu sendiri. Kerana masalah inilah kaum Nabi Lut dibinasakan!

"Saya takut untuk pulang ke tanah air. Saya bimbang akan keselamatan saya," katanya yang mengulas tentang laporan akhbar tersebut yang didakwa memberikan gambaran kurang tepat mengenai kisah percintaan mereka sehingga mencetuskan reaksi negatif.

Apa yang positif? Awat tak buat novel?

Tak nak balik Malaysia tak kesahlah. Tapi baliklah ke pangkal jalan! Takutlah balasan Allah di akhirat kelak bukan takut ancaman balik Malaysia. Ancaman Allah lebih dahsyat lagi tidak diketahui oleh makhluknya.

Nilai iman lebih berharga, dari nilai cinta yang tersasar dari landasan. Balasan syurga Allah lebih nikmat yang tidak boleh dibayang oleh makhlukNya dari nikmat "menjadi isteri lelaki".

29 November 2009

Ustaz nganggur atau gugur?

"Ulama pun menganggur?" "Ustaz tak kerja kah hari ini?" "ustazah dari Mesir ni bila balik suka duduk rumah tunggu orang minang, nak jaga kulit, takut kecut, lama duk Mesir kulit dia di sana gebu"

Banyaklah aku dengar dari mulut-mulut sahabat yang pulang. Aku sangat hairan kenapa ini berlaku kepada mahasiswa Al Azhar yang tamat pengajian. Masing-masing telah pun memegang ijazah sarjana muda tetapi masih dikatakan menganggur. Aku tak pastilah kerja yang bagaimana yang sesuai buat ulama atau para ustaz mahupun ustazah yang boleh menghilangkan title menganggur di kalangan mereka.

Hakikatnya, mereka wajar meletakkan diri mereka di tempat yang sebenar. Kawasan aku sendiri di Parlimen Pulai mahupun Johor Bahru masih ketandusan ustaz dan ustazah mengisi ruangan dalam perjuangan Islam dengan wadah PAS. Lihat sahaja hiraki pimpinan kawasan mahupun cawangan yang ada. Boleh dikatakan mereka sangat-sangat ketandusan ustaz ustazah sebagai pimpinan. Sehinggakan sesetengah kawasan tiada Ketua Urusan Ulama, maka mereka yang belajar agama sikit-sikit ala-ala me celup inilah yang mengisi tanggungjawab tersebut. Lebih malang lagi apabila pihak pimpinan kawasan terpaksa mengimport ustaz-ustazah dari negeri luar untuk mengisi program seperti usrah, kuliah dan sebagainya. Tak melampau rasanya jika aku petik kalam dari saudara Faizal Sabhon yang mengatakan ustaz-ustaz ramai yang jadi "lembu kenyang".

Nah! Ini kerja kamu wahai graduan Al Azhar! Mengapa? Tiada gaji bulanan? Tak cukup nak tampung anak isteri? Namun sehinggakan kamu sanggup mereka yang bekerja sebagai buruh kasar, peniaga pasar sebagai pemimpin. Bukanlah menidakkan kebolehan mereka sebagai pemimpin, namun inilah realitinya. Allah memilih mereka yang "mahu" berjuangan dan mengaut keuntungan besar dalam jual beli dengan Allah SWT. Maka sejahteralah PAS dipimpin oleh mereka dari kalangan buruh kasar, peniaga pasar, bekas polis yang sedikit ilmunya namun luas pemahamannya untuk menggalas perjuangan Islam.

Ada pula setengah ustaz yang hidupnya diputarligatkan dengan perniagaan MLM. Samada yang dikatakan syarei mahupun tidak. Kepetahan lidahnya berbicara mengenai MLM sangat mengagumkan. Tapi apakah mereka meletakkan lidah mereka tadi ditempat yang lebih sepatutnya? Bayangkan bila setaip bulan boleh mencecah 3 hingga 4 ribu kemasukan sebulan, apakah ringan tulangnya untuk mengisi ruang-ruang kosong di dada-dada umat Islam? Bayangkan sahaja alasan yang diberi, menghadiri seminar atau mana-mana perjumpaan MLM dan menolak mentah-mentah sebagai pengisi-pengisi program dakwah dan tarbiah.

Aku merasakan, perkara ini amat malang bila berlaku kepada sahabat-sahabat seperjuangan aku di sini dahulu. Pemegang Ijazah Dakwah, pemegang Ijazah Syariah mahupun apa-apa yang berkaitan dengan Islam masih dikatakan "menganggur". Sedangkan kerja-kerja "sebenar" mereka menanti dengan penuh harap, dan "jual-beli" dengan Allah masih dibuka 24 jam.

28 November 2009

Berjemaah itu apa?

Aku jarang menyentuh isu persatuan kecil Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor Di Mesir (BKPJM) di blog ini. Ini kerana sepanjang aku di sini (bermula tahun 2005) aku masih belum melalui satu rasa kerisauan yang amat sangat. Aku menyatakan bahawa gelak tawa aku yang kadang-kadang nampak tidak serius semasa atau diluar mana-mana mesyuarat bukanlah menggambarkan bahawa kerisauan itu tiada.

Bagi pesatuan peringkat pusat (PMRAM) mempunyai masalah tersendiri dan bagi peringkat negeri juga mempunyai masalah tersendiri termasuk BKPJM. Aku tak nak mambandingkan masalah pusat dan negeri yang mana lebih susah mengendalikannya. Aku mahu menyatakan hanya satu, iaitu setiap persatuan negeri yang ada sekarang ialah membentuk pusat. Maka setiap masalah negeri ialah masalah pusat. Ketandusan pimpinan atau individu-individu penting pada negeri bakal dialami oleh pusat.

Ada yang bangga yang kerjanya banyak di peringkat pusat berbanding negeri. Bahkan jika di-list-kan memang nampak terbeban. Namun dari kebanggaan tersebut adakah semua kerja-kerja kebanggaan tersebut semuanya selesai dengan baik? Bukan kerja aku nak nilai baik atau tidak kerana itu bukan tujuan aku.

Aku suka hidup berjemaah, malah apa-apa kerja yang aku dipertanggungjawabkan oleh pimpinan jemaah maka aku galas. Tapi aku tak minat jika jemaah "mengerjakan aku"! Boleh faham kah?

Aku pernah menyatakan beberapa isu ini kepada peringkatan pimpinan tetapi malangnya ianya dipandang sepi. Tapi sebaliknya peringkat pimpinan mahukan terbaik dari ahli-ahlinya. Aku merasakan ianya telah berlaku ketidakseimbangan. Mungkin ada sahaja yang boleh menidakkan kenyataan aku ini tapi terpulanglah untuk menilai dengan hati yang mendalam.


Gambar: Pimpinan pusat yang mengharapkan pelapis.

Khutbah raya Aidilaha tadi di Masjid Musa dibacakan oleh Tuan Presiden Abdul Muizz Mohammed. Namun intipatinya tidak menyentap hati hadirin dengan masalah yang dialami pimpinan PMRAM sekarang. Dengan masalah-masalah yang berlaku sebelum ini yang boleh dikatakan serius tetapi ruh pada khutbah tadi seperti di bawa angin lalu. Nasib baik Tuan Presiden mengenakan ridak "Kita PMRAM" ianya sedikit membantu.

Pusat pada akan datang semestinya mengharapkan pengganti mereka pada akan datang. Ini hakikat yang perlu kita terima dahulu. Tetapi sedarkah pimpinan pusat bahawa masalah yang melanda peringkat negeri sangat membimbangkan. Pantauan khusus dari peringkat pusat semestinya dilakukan segera. Aku tak tahu ini kali ke berapa aku sampaikan, namun ini mungkin kali pertama dalam blog rasanya.

Aku pernah mengalami "sindrom melenyapkan hanset". Tapi belum sampai pergi bersembunyi di mana-mana pyramid di Mesir ini. Aku tak pasti samada pernah juga berlaku kepada mana-mana sahabat lain. Walaupun banyak sudah kursus-kursus kepimpinan yang telah disertai namun realiti yang berlaku menidakkan teori kursus-kursus tadi. Sehinggakan realiti yang berlaku berjalan atas momokan teori bukan disiplin teori.

Berbalik kepada perenggan atas sekali tadi. Aku menyatakan BKPJM sekarang hilang pelapis untuk pusat. Malah untuk memenuhi kerusi pimpinan yang ada di peringkat negeri pun seakan semput apatah lagi mahu mengisi kekosongan yang bakal diisi di peringkat pusat. Dan tidak keterlaluan jika aku menyatakan ada pimpinan pusat sekarang yang syok sendiri dan membuat keputusan-keputusan yang membelakangkan ahli-ahli.

Bagi mereka yang baru merasakan menjadi pimpinan. Hal ini bukan meremehkan kemampuan kamu akan datang. Tetapi mahu kamu bersedia dan jangan sampai nanti kamu juga terkena sindrom melenyapkan hanset malah lebih teruk lari bertapa di mana-mana pyramid kosong di Mesir ini!

26 November 2009

Korban 1430

Takziah buat abang ipar Razali bin Asro atas pemergian ayahanda tercinta. Semoga arwah ditempatkan bersama mereka dalam saf bersama para Nabi dan mereka yang soleh. Amin.

Syukur Alhamdulillah dan tahniah buat bonda tercinta serta rombongan yang selamat menunaikan ibadat demi ibadat tanpa sebarang halangan. Diberikan juga kesihatan. Semoga dapat menghayati ruh ibadat haji ini.

Syukur Alhamdulillah dan tahniah buat sahabat serumah Ishaq Hanis Ismail kerana akhirnya berjaya juga ke Mekah. Walaupun tertinggal kapal terbang kali pertama. Semoga dapat haji mabrur.

Tahun ni korban unta lagi. Walaupun unta ni tak banyak dagingnya. Tapi orang tetap nak korban unta. Sebab di Malaysia unta tiada. Jadi di sinilah kesempatan untuk mengorbankan unta unti yang ada. Murah pun murah berbanding dengan lembu.

Selamat Hari Raya Aidiladha khusus buat kekanda Roslan. Semoga raya tahun ini memberikan serbu makna bila menyambutnya seorang sahaja. Hehe.

Selamat Hari Raya Aidiladha juga kepada adik beradik yang lain.

Kak Fatimah dan abang Abdullah sekeluarga.
Abang Rosman dan kak Ani sekeluarga.
Kak Hafizah dan abang Razali sekeluarga.
Kak Norizah dan abang Yusuf sekeluarga.
Kak Noranizah dan abang Nazli sekeluarga.

Juga kepada para pengunjung Kalami.

Semoga semangat korban 1430 ini benar-benar memberi kesan terhadap perjalanan kehidupan korang!

23 November 2009

Ye saya tahu banjir, tapi...


Banjir ialah satu fenomena bencana alam. Kadang-kadang ia dianggap sebagai bala atau ujian Allah. Kadang-kadang juga ada yang mengatakan ianya lumrah alam terutama pada musim-musim tengkujuh. Bagi mereka yang tinggal atau menetap di pantai timur fenomena ini dianggap biasa dan ianya lumrah kata mereka.

Banjir juga menimbulkan perasaan yang berbeza bagi sesetengah manusia. Bagi mereka dan dewasa ianya memeritkan kerana terpaksa berhempas pulas memindah barang, menyelamatkan ia daripada banjir, namun ianya tidak bagi kanak-kanak yang menganggap banjir ini menyeronokkan. Ianya umpama pesta air yang ditunggu-tunggu saban tahun.

Tapi, selebat-lebat hujan atau sehebat mana pun banjir. Tiada kaedah fiqh yang membenarkan penganutnya bebas membuka aurat. Saya tak pasti, mungkin sahabat-sahabat lain ada membaca atau bertalaqi dengan mana-mana mua'llim ada terjumpa masalah tersebut, sila beritahu saya.


Gambar: Menunjukan bahawa banjir menjadi penyebab para muslimah yang berjilbab tiba-tiba memakai skirt paras lutut. Moral- Jangan gatal keluar rumah ketika banjir. Sumber dari Mstar Online.

17 November 2009

Tanggungjawab membantu Presiden PAS

Tulisan menarik dari Mohd Rashidi Hassan. Sumber dari HarakahDaily.


Seminar Memperkasakan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang diadakan pada 7 November lepas telah berlalu hampir dua minggu.

Tetapi ramai yang masih tertanya-tanya apakah PAS mampu untuk melakukan perubahan sebagaimana yang diharapkan, selepas dibedah dengan sebegitu rupa oleh Profesor Dr Abdul Aziz Bari dan Dr Abu Hassan Hasbullah.

Sebenarnya bukan senang untuk menghadapi kritikan secara terbuka. Bukan PAS tidak boleh menerima kritikan, tetapi untuk Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengundang orang luar membedah parti yang dipimpinnya, merupakan satu langkah politik yang besar dan belum pernah dilakukan mana-mana parti politik dalam negara.

Tindakan ini diibaratkan seumpama, Ustaz Hadi 'mengundang orang luar ke dalam rumah untuk memarahi dan menampar mukanya di hadapan anak-anaknya.'

Sepanjang sehari suntuk seminar diadakan wajah Presiden PAS itu penuh dengan ketenangan. Ternyata beliau berlapang dada dan menerima segala kritikan yang dilemparkan dengan penuh keterbukaan.

Keterbukaan Presiden PAS ini seharusnya dijadikan suatu titik tolak yang amat positif oleh semua golongan dalam PAS, sama ada seseorang itu ulama, profesional, AJK PAS Pusat, pimpinan peringkat negeri, kawasan dan cawangan.

Harus disedari bahawa, hakikatnya penganjuran seminar tersebut merupakan suatu perubahan dan keterbukaan PAS yang hebat dikritik sejak akhir-akhir ini, sehingga ada yang mengandaikan, pada waktu ini sokongan terhadap PAS semakin menurun berbanding Pilihan Raya Umum 8 Mac 2008.

Harus difahami kebanyakan yang mengkritik PAS bukannya musuh PAS. Mereka amat menyayangi PAS. Mereka memberikan pandangan yang praktikal. Pandangan dikemukakan kerana pada mereka, hanya PAS sahaja yang mampu menggantikan Umno dipersada politik negara. Tiada parti lain.

PAS kini diakui sebagai sebuah parti yang besar. PAS mempunyai mempunyai asas disiplin kepimpinan dan ahli yang amat dinamik. Susunan kepimpinan PAS dilihat cukup matang dan mempunyai kredibiliti tersendiri.

PAS tidak lagi dilihat sebagai parti pembangkang sahaja. Sebaliknya PAS sudah diterima sebagai sebuah parti yang mampu mengurus dan mentadbir sesebuah kerajaan dengan baik. Jauh lebih baik daripada Umno.

Oleh kerana meyakini masa depan PAS, maka mereka-mereka yang mengkritik ini sebenarnya, meletakkan harapan yang besar kepada PAS. Mereka mahu melihat PAS, sebagai parti yang memartabatkan dan perlaksanaan Islam dalam negara.

Mereka mahu melihat PAS menjadi juara memperjuangan serta melindungi hak kepentingan orang Melayu dan memelihara kepentingan semua kaum dan agama dalam negara.

Mereka mahu meletakkan kepercayaan kepada PAS, sebagai sebuah parti yang bersih dari gejala rasuah jika diberi amanah menguasai kerajaan.

Segala pengharapan ini mahu disandarkan kepada PAS dan PAS bukannya hanya Ustaz Hadi seorang. PAS adalah milik semua ahli dan pemimpin PAS. Jika Presiden PAS dipalit dengan persepsi yang menyebabkan PAS lemah, maka menjadi tanggungjawab semua kita untuk membantu memulihkan imej PAS dengan membantu Ustaz Hadi. Untuk itu imej Presiden PAS harus 'dipolish' kembali.

Kita tidak akan dapat membantu Ustaz Hadi, jika kita di kalangan pemimpin atau ahli bawahan terus bercakaran sesama sendiri.

Jika Ustaz Hadi dilihat cenderung melihat satu aliran pandangan, maka ia menjadi tanggungjawab kita untuk mengemukakan pandangan alternatif kepada beliau, untuk membuat pertimbangan dan ijtihad yang lebih adil dalam mengemudi bahtera PAS.

Hakikatnya, untuk memulihkan PAS, bukan tanggungjawab dibahu Presiden PAS seorang, ianya adalah tanggungjawab kita semua secara kolektif.

Mujur kita 'dikejutkan dari tidur sekarang', kerana dengan kejutan ini, kita mempunyai cukup masa untuk membuat persediaan sewajarnya, menjelang PRU ke-13 nanti.

13 November 2009

Bai'ah Talak: Apa isunya?

Bai'ah suatu perkara yang ada di sisi syarak. Ianya bukannya asing dalam Islam. Sejarah Islam telah membuktikan bahawa bai'ah ini dilaksanakan sejak zaman Rasulullah SAW. Bagaimana bentuk dan caranya ada disertakan. Jika disemak dalam kitab-kitab karangan ulama semestinya ada. Antara kitab yang membahaskan masalah bai'ah ini ialah At Tahaluf As Siyasi fil Islam (Pakatan Politik dalama Islam) yang dikarang oleh ulama haraki yang masyhur Dr Munir Mohd Ghadban. Namun banyak lagi kalau kita nak baca, dalam Risalah Ta'alim pun ada, begitu juga dengan Fiqh Sirah karang Dr Ramadhan Al Buthi.

Media perdana kecoh bila dapat tahu ada di kalangan mereka dalam PAS mengamalkan bai'ah dan disertakan dengan lafaz cerai ta'lik. Bai'ah satu hal yang lain, lafaz ta'lik merupakan satu hal yang lain. Kebetulan saudara YB Khalid Samad Ahli Parlimen PAS Shah Alam mengakui akan adanya lafaz bai'ah sebegitu dan beliau pun telah memohon maaf kerana masalah ini. Tapi apakah isunya?

Kita lihat antara komen yang sempat aku ambil:


YB Zulkifli Nordin

Mempertuhankan Politik: Bai'ah Talaq

Bagi saya, ini adalah satu dasar yang paling tidak masuk aqal lagi memeranjatkankan yang pernah saya dengar. Amatlah malang bagi mana-mana gerakan yang menjadikan Islam sebagai teras perjuangan menjadikan bai'ah seumpama itu sebagai dasarnya!

Dasar ini mengembalikan kita balik ke zaman jahiliah, dimana wanita menjadi bahan dagangan, pajakan dan gadaian.

Pertama, tak perlu perbesarkan hingga jauh perginya. Sehingga memburukkan hal bai'ah ini pada pandangan masyarakat. Aku tak pastilah bagaimana bai'ah Zulkifli Nordin dahulu semasa menyertai PAS dan setahu aku sememangnya ada lafaz bai'ah dalam PAS jika seseorang itu menjadi ahli PAS bukan sahaja ketika mahu bertanding dalam pilihanraya.

Beliau mengungkapkan bahawa perkara ini tak masuk aqal. Dalam ertikata ianya tidak logik dan akal manusia yang waras tidak boleh menerimanya. Baik, jika itu yang beliau katakan. Jangan pula nanti kisah sahabat yang mahu "menyerahkan" isterinya kepada sahabat yang lain ketika awal peristiwa Hijrah dahulu dikatakan tidak masuk akal. Jangan pula nanti lafaz ta'lik yang dilafazkan setiap pengantin baru dikatakan juga tidak masuk akal, sebab baru menikah dah nak sibuk lafaz ta'lik.

Benar, perkara yang halal tetapi sangat dibenci Allah ialah talak. Namun perlu diingatkan ianya bukanlah satu perkara yang mendatangkan dosa! Berdosa jika dilakukan pada waktu-waktu haram dilafazkan talak seperti ketika isteri dalam keadaan haid atau dalam keadaan mengandung. Walaupun ianya haram namun ianya tetap sah!

Tambah beliau lagi, wanita kembali kepada zaman jahiliyah dan perempuan didagangkan. Nampaknya kata-kata itu sangat bertentangan dengan maqasid atau tujuan pensyariatan lafaz ta'lik dan talaq itu sendiri. Zaman jahiliah sememangnya wanita didagangkan, dijual di khalayak ramai, dijadikan hamba, dan dilacurkan, serta bayi perempuan ditanam hidup-hidup. Tapi ianya amat berlainan dengan apa yang berlaku dalam bai'ah yang disertakan lafaz ta'lik ini. Kerana setiap apa yang disyariatkan dalam Islam mempunyai dasarnya tersendiri, ianya bukan ditentukan oleh mana-mana pihak yang memandai-mandai.

Jika ada lafaz ta'lik yang dilafazkan oleh mana-mana calon PAS, jika mereka keluar atau lari dari perjuangan ini maka tercerai atau tertalak isteri mereka, menunjuk keyakinan yang tinggi dan istiqamah dalam perjuangannya. Bahkan mereka faham bahawa nilai sebenar perjuangan ini perlu membuat satu pengorbanan demi memohon nusrah (bantuan) Allah. Apakah dengan rela hati mereka yang melafazkan bai'ah seperti ini, tiada bantuan dari Allah atas perjuangan mereka?

Secara tidak langsung kita boleh melihat perjuangan ini membawa semua pihak ke dalamnya. Tidak seperti kata-kata YB Zul yang bangga mengatakan Islam nombor satu parti nombor dua! Bagi mereka yang bergerak dalam gerakan Islam ini, tiada istilah seperti itu, kerana jemaah ini sentiasa dibawah "tangan" Allah. Bagi mereka yang lari dari jemaah maka terlepas dari "tangan" Allah. Benar PAS itu hanya wadah atau platform perjuangan Islam yang menyertai sebuah pilihanraya. Maka sebuah parti diwujudkan. Ianya juga memenuhi tuntutan kaedah fiqh. Namun adakah jemaah ini hilang atau bubar jika pilihanraya tiada? Atau PAS diharamkan? Sama sekali tidak! Kerana tanzim ini dibentuk atas asa akidah dan syariah yang jitu. Ianya diwujudkan bukan atas sentimen kepartian merebut kuasa atau memenuhi konsep demokrasi itu! Ianya bukan! Ianya lebih dari demokrasi dan perjuangannya tidak selesai hingga kiamat! Inilah komitmen PAS!

Bagi YB Zul ianya menjijikkan kerana YB Zul antara mereka yang melompat dari PAS. Maka istilah mempertuhankan politik itu keluar bila melihat situasi ini. Mungkin beliau lupa politik ialah aspek penting yang berada dibawah jagaan Islam itu sendiri, ianya sebahagian dari Islam, tiada pengasingan!

Kesimpulannya, Bai'ah itu syar'ie dan lafaz ta'lik itu syar'ei!

Tumpang bahagia

Apabila membaca keratan akhbar online KOSMO, terjumpa artikel ini. Berkenaan dengan sebuah keluarga "hafiz" Al Quran. Terasa bahagia melihat keluarga begini. Kalami tumpang bahagia.

Memperoleh keputusan cemerlang iaitu pencapaian 11 agregat dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sudah pasti Asni mudah menyambung pengajian dalam bidang yang diminatinya iaitu perubatan.

Apatah lagi, sejak kecil, beliau memang mempunyai impian untuk menjadi seorang doktor kerana menganggap ia satu pekerjaan yang mulia dan dapat membantu mereka yang berada dalam kesakitan.


Tetapi kuasa Allah s.w.t mengatasi segala-galanya. Sewaktu sibuk memerah otak ketika menghadapi peperiksaan SPM, wanita yang berasal dari Felda Pasir Besar, Gemas, Negeri Sembilan itu terbaca sepotong hadis dan terus mengubah pendiriannya dalam memilih hala tuju masa depan.

Hadis yang berbunyi: "Barangsiapa yang menghafaz al-Quran, nescaya Allah akan memakaikan ibu bapanya di akhirat kelak dengan mahkota yang begitu indah dan bersinar cahayanya melebihi cahaya matahari yang menyinari dunia," ternyata berjaya meresap masuk ke dalam lubuk hatinya.

"Saya sendiri tidak menyangka betapa besarnya kesan yang diterima sebaik sahaja membaca hadis tersebut di dalam sebuah buku bertajuk Fadilat Al-Quran. Niat asal saya cuma untuk merehatkan fikiran selepas puas menelaah buku-buku ilmiah.

"Alhamdulillah, dengan ungkapan yang penuh indah itu, ia berjaya membuka pintu hati saya untuk bergelar hafiz al-Quran. Hasrat saya cuma satu iaitu menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa dengan memberikan 'hadiah' paling bernilai untuk mereka," ungkap Asni penuh makna ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Bandar Baru Bangi.

Selanjutnya klik sini

12 November 2009

Kenyataan Terbuka


Kenyataan ini terbuka buat para pegawai-pegawai Jabatan Penuntut Malaysia (yang berkenaan) dan pegawai-pegawai kebajikan anak negeri (bagi persatuan yang ada pegawai).

1. Isu menuduh PMRAM sebagai pembangkang sudah lama saya dengar. Sejak sebelum saya sampai di sini lagi sudah kedengaran desas desus tersebut. Di sini saya mahu menyatakan bahawa mereka yang menyatakan kenyataan demikian adalah kenyataan dangkal. Apakah asas mengatakan demikian? Sedangkan PMRAM diwujudkan sejak tahun 1930 sebelum parti-parti politik yang ada sekarang di Malaysia wujud lagi. Dan mereka yang lahir dari PMRAM lah yang memeriahkan parti-parti yang ada di Malaysia sebagai ahli ataupun pimpinan.

2. Istilah "pembangkang" yang membodohkan pemikiran cerdik pandai dari kalangan pegawai-pegawai MSD dan pegawai-pegawai kebajikan anak-anak negeri. Kerana istilah ini wujud dalam kamus demokrasi berparlimen di Malaysia dan setiap negeri di bawahnya. Jika kita lihat sistem demokrasi ini (yang dicipta oleh barat/UMNO) telah membodohkan para pegawai MSD dan para pegawai kebajikan anak negeri. Mereka yang mencipta pilihanraya supaya rakyat boleh memilih parti-parti yang mereka suka, tetapi dalam masa yang sama mereka membodohkan diri dengan istilah "pembangkang". Jika istilah "pembangkang" ini menjadi masalah bagi para pegawai, maka usulkan kepada kerajaan Malaysia supaya mansuhkan sistem demokrasi yang mengizinkan istilah "pembangkang" ini. Jangan jadikan istilah "bodoh" ini membodohkan diri mereka lagi.

3. Saya mengetahui ada laporan seorang pegawai mengatakan supaya menjauhkan diri (jangan amalkan) cara berdakwah Parti Islam Se Malaysia. Saya mahu menyatakan di sini bahawa pegawai tersebut ada hak memberikan pendapat, tetapi tiada hak untuk menghalang mana-mana orang Islam di Malaysia menyertai gerakan Islam ini. Jangan pula membutakan mata dengan bahan-bahan sejarah dunia dan Malaysia tentang gerakan-gerakan Islam ini. Bahan-bahan terbentang luas, sejak dari bangku sekolah lagi kami didedahkan dengan Parti Islam Se Malaysia di dalam buku-buku teks sejarah Malaysia. Masakan mereka yang cenderung dengan gerakan Islam ini, dibodohkan juga dengan kedangkalan pegawai yang malas menilai? Saya menegaskan bahawa kami mahasiswa mahupun mahasiswi adalah mereka yang membaca dan membuat penilaian. Apakah dengan apa yang kami baca dan berkuliah di Al Azhar (terutama kuliah usuluddin yang secara langsung mengaji bab sekularisme, nasionalisme, kapitalisme dan ideologi-ideologi yang lain yang bertentangan dengan Islam) dan kami menilai dengan kacamata pengajian ini menjadikan kami "bodoh"?

4. Dalam masa yang sama membenarkan Kelab UMNO Mesir beroperasi di Mesir dan memberikan segala sokongan dan dokongan kepada kelab tersebut. Padahal Kelab UMNO ini juga boleh jadi kelab dari parti pembangkang jika UMNO di Malaysia kalah dalam Pilihnaraya Umum akan datang! Padahal sekarang pun UMNO ialah parti pembangkang di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan sebelum ini di Perak. Jadinya sekali lagi para pegawai yang mengatakan PMRAM ini pembangkang membodohkan diri.

5. Akhir sekali, saya minta para pegawai MSD mahupun pegawai-pegawai kebajikan anak negeri sedar tanggungjawab anda di sini. Jika tidak sedar saya sediakan tugas-tugas penting yang wajar kamu ambil perhatian:

Isu kebajikan mahasiswa.
  • Kelewatan kenaikan nama para pelajar baru Al Azhar
  • Peperiksaan Imtihan Qabul yang dikenakan kepada pelajar-pelajar baru (bermakna peperiksaan STAM seperti tidak laku di Al Azhar)
  • Zakat bagi pelajar-pelajar (pelajar-pelajar Johor, terutama sekali pelajar tahun 1 dan 2 yang masih dinafikan hak mereka menerima zakat)
  • Pengakuan Pengarah JPMK menghalang program Kutub Sittah (Bacaan hadith) yang dikatakan program konvokesyen anjuran PMRAM.
  • Isu pengakuan pegawai-pegawai JPMK mencuri (mengambil tanpa izin) kain rentang tandatangan mahasiswa (simbolik membantah tindakan JPMK). Lebih jijik mengupah arab tempatan dengan menggunakan kenderaan kedutaan Malaysia untuk membuat aktiviti terancang tersebut.
  • Mengamalkan sikap doubel standard apabila membenarkan Kelab Politik seperti Kelab UMNO Mesir bertapak di Mesir dalam masa yang sama menuduh PMRAM seperti pembangkang. (UMNO juga pembangkang di Selangor, Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan sebelum ini di Perak)
  • Jarang melaksanakan program-program thaqafah dan keilmuan untuk kebaikan pelajar-pelajar, melainkan jika ada tetamu dari Malaysia yang datang (seperti para pensyarah). Jika ada program yang dilaksanakan atas inisiatif PMRAM ianya diusahakan untuk dibatalkan.
  • Masalah lambakan pelajar-pelajar perubatan yang tidak memenuhi standard, tetapi dibenarkan untuk menyambung ke sini. Akhirnya lahir masalah-masalah sosial di kalangan mereka (membuka aurat, pergaulan bebas dan sebagainya)
  • Kurang pula pelajar-pelajar dari pengajian Islam. Pelajarbaru dari negeri Johor sahaja hanya 28 orang. Tiada usaha-usaha dari pihak pegawai untuk mempromosikan pengajian Islam di Mesir dalam masa yang sama mahu palajar pengajian Islam membanteras fahaman Wahabi. (Cakap tak serupa bikin!)
  • Banyak lagi, cukup sekadar ini.

Mohd Akhmal Mohd Ali

Ahli Jawatankuasa DESAK

08 November 2009

5 Resolusi 7 November 2009


PAS secara lebih proaktif akan memperkukuh Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13.

PAS melalui Dewan Pemuda dan Nisa' juga akan berusaha menarik kembali sokongan pengundi muda yang dilihat sedikit terjejas disebabkan beberapa faktor agar memberi undi mereka kepada PAS.

PAS juga mahu bertindak lebih agresif untuk mengaktifkan kelab penyokong PAS di setiap kawasan terutama di kawasan yang mempunyai pengundi bukan Islam yang ramai.

PAS bersetuju untuk memantapkan pendirian parti berdasarkan maklumat, informasi selain menguatkan parti di peringkat akar umbi.

Menyediakan satu pelan tindakan untuk menguatkan parti antaranya memperkasakan kempen nasional iaitu PAS For All.

06 November 2009

Sudut Pandang

Pandangan menarik dari Naib Presiden PAS 1, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, berkenaan dengan penahanan Dr. Mohd Asri.

TAULIAH - APAKAH KERANA DIA DR ASRI ATAU KERANA UNTUK MENGAIBKAN PAKATAN RAKYAT, ATAU ADA AGENDA LAIN.

Isu pendakwaan terhadap Dr Asri bukanlah perkara aneh atau pelik. Bahkan PAS konsisten membantah tindakan tersebut. Cuma yang anehnya ialah kenapa UMNO bersungguh-sungguh membantah dakwaan terhadap Dr Asri, sedangkan sepatutnya kita kena konsisten terhadap kes, bukan siapa yang terlibat.

Isu larangan ceramah tanpa permit bukan perkara baru. Bahkan sebelum ini pun bekas Mufti Selangor, Almarhum Dato' Ishak Baharom pernah dihalang menyampaikan ceramah di Selangor. Lagi pelik, beliau bekas Mufti Selangor, tak dibenarkan ceramah di Selangor. Begitu juga Dato' Dr Harun Din juga pernah dihalang, sedangkan ribuan pelajarnya di UKM menerima ilmu darinya, bahkan yang nak halang dia pun bekas anak muridnya. Begitu juga Dato' Ismail Kamus, Mufti Perak Dato' Harussani juga dihalang menyampaikan kuliah di beberapa negeri.

Apakah istimewa Dr Asri berbanding tokoh lain? Bagi saya isunya bukan Dr Asri, sebenarnya isu yang besar adalah bagaimana untuk memburuk-burukkan kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat. Kerana itulah media membesar-besarkan isu ini.

Saya sangat tidak bersetuju bila mana tokoh agama dilarang menyampaikan kuliah dan ceramah atas alasan tiada tauliah. Kita telah kenal ilmunya dan kemahiran yang ada, tetapi itulah hakikat yang sedang berjalan. Sebenarnya tindakan JAIS itu betul dengan peraturan, yang sepatutnya kalau dilihat dari sudut penceramah yang menyampaikan ceramah tanpa tauliah, memang melanggari peraturan dan JAIS mengambil tindakan tepat pada kesalahan tersebut. Yang pelik bukan tindakan JAIS, tetapi tindakan pemimpin UMNO membela mereka yang bersalah mengikut undang-undang Jababan Agama Islam Selangor. Jawapannya bukan kerana Dr Asri, tetapi kerana ia berlaku di negeri Selangor. Sebagai perbandingan kalau ia berlaku kepada Dr Harun Din, dan tangkapan dibuat pula di negeri Johor, saya yakin kenyataan dari pemimpin UMNO akan berubah bentuk. Inilah hakikat yang cuba disembunyikan.

Sekali lagi saya nyatakan bahawa jabatan-jabatan agama setiap negeri harus bezakan antara tokoh agama yang mempunyai ijazah dalam bidang agama, dan diiktiraf oleh masyarakat. Takkanlah mereka ini pun perlukan tauliah juga. Kena tengoklah siapa mereka, bukan tengok di negeri mana mereka berceramah sahaja. Kerana itu, pimpinan PAS kita konsisten menentang keperluan tauliah bagi golongan yang memang diketahui keilmuannya, diiktiraf oleh masyarakat dan mempunyai kepakaran dalam bidang agama untuk menyampaikan ilmu agamanya di mana sahaja.

Sumber di sini.

03 November 2009

Al Fatihah

Semalam dapat berita gembira. Akhi Fairuz dan Ukhti Maria dikurniakan cahaya mata. Tapi sekejap tadi dapat pesanan ringkas dari Malaysia. Akhi Selamat bin Bachok (sahabat semasa bersekolah di Madrasah Al Masriyah, Simpang Renggam) dan zaujahnya kehilangan cahaya mata tersayang.

Al Fatihah buat arwah.

Sebelum ini hanya mendapat berita yang anak beliau dihantar ke IJN untuk pemeriksaan jantung. Tapi hari ini lain beritanya. Semoga ujian Allah ini ditempuh dengan tenang bagi Akhi Selamat dan zaujahnya.

Tahniah buat akhi Fairuz dan ukhti Maria


Alhamdulillah syukur. Seorang lagi warga BKPJM dilahirkan di Mesir. Ukhti Maria isteri kepada Akhi Fairuz selamat melahirkan anak lelaki. Semoga dengan kelahiran cahaya mata ini memberi makna besar kepada keluarga dan seterusnya menjadi tunas-tunas perjuangan Islam akan datang! Amin


02 November 2009

Wahabi kena tangkap! SIS bila pula?

Baca Harakahdaily, tapi Harakahdaily bela Dr Asri. Baca pun tak seronok mana. Baca blog Ustaz Nasruddin Tantawi pun sama. Lemah kepala otak aku baca keratan ni:


"Saya sangat kesal...sedang JAIS boleh menumpukan operasi membenteras aktiviti maksiat dan mungkar yang masih berleluasa di negeri Selangor,"
Setiap jabatan agama di Malaysia ada pembahagian tugasnya. Bahagian penguatkuasaan juga banyak cabangnya. Alasan macam ni banyak kali aku dengar. Sebagai orang yang profesional tak boleh menyatakan sikap kita begitu. Lebih-lebih lagi ini melibatkan kuasa yang dimiliki oleh Jabaan Agama.


Aku cenderung bahawa penangkapan Dr Asri ni lebih kepada motif fahaman beliau. Beliau yang sememangnya popular sebagai ustaz wahabi (istilah dari golongan yang benci beliau dan fahamannya) ditangkap bukan atas motif politik. Tapi mungkin ada. Ramai datang back-up dia aku tengok kat akhbar internet. Marina Mahathir pun datang woo, Zainah Anwar (SIS) pun datang nak back-up. Siap Marina Mahathir beritahu pada wartawan:

"Kalau dikatakan mengamalkan fahaman Wahabi, mereka faham kah makna Wahabi itu? Mereka kena faham terlebih dahulu, barulah buat tuduhan," kata Marina dalam nada marah.

Alamak aci! Hang faham kah wahabi tu apa benda? Takkanlah pegawai JAIS tu nak sambung ceramah, jelaskan pasal wahabi kat penyokong depa? Itu belakang ceritalah. Tunggu masa hang pula dengan geng-geng SIS nak kena tangkap!

Cuma bagi aku, kesesuaian untuk memberkas Dr Asri dengan alasan ini masih belum boleh dilakukan. Memandangkan Malaysia bukanlah diperintah oleh orang Islam yang jelas pegangan akidahnya. Ini bukan zaman khilafah Islam. Dulu Ibnu Taimiyah ditangkap zaman khilafah Islam. Kalau Dr Asri kena tangkap kerana wahabinya, puak-puak UMNO lebih wajar ditangkap kerana fahaman sekularnya!


Ulasan Zamihan Al Ghari. Baca sini.

01 November 2009

Malam 29 Oktober

1. Sampai di dataran Hayyu A'syir bersama Kamal dan Yahya. Nak ikuti majlis ramah mesra bersama Anwar Ibrahim (Ibrahim Bechah nama sebenar Anwar dalam mimpi aku hehe, nak tahu call aku ler). Bersama beliau Dr Badrul Amin dan Saifuddin Nasution. Aku terperasan kain rentang DESAK yang tertulis sokongan 3 tuntutan kepada pengarah JPMK hilang.

2. Aku terus ke rumah Selangor cari Alang (seorang mahasiswa Selangor yang menjadi AJK DESAK). Tanya YDP BKASM dia tak tahu. Jumpa mamat mana ntah dia kata pun tak tahu. Tengah-tengah berbual dengan sapa ntah aku lupa nama dia, lalu kelibat Alang nak ke rumah Selangor. "Nah! Alang, ni!" aku serahkan surat tandatangan-tandatangan budak-budak yang sokong DESAK pada dia.

3. "padan muka!" Alang sebut. "Apasal?" aku tanya. "Dapat sekat kat Syabrawi" jelas Alang. Aku tanya lagi "apasal?". "tu kain rentang kena ambil arab, dah lapor polis padan muka!" jelas Alang. Aku malas nak tanya lagi. Aku dah faham.

4. Lepak warong cafe Selangor sementara tunggu Dr Badrul Amin nak solat isyak dan hajat beramai-ramai. Layan coklat ais bersama Kamal dan Yahya. "Psst, ustaz akhmal nak tanya ka nanti?" ada sorang tanya aku. "Hajatnya macamtu lah." aku jawab. "Hmm jangan blame ya, biar kita sokong Pakatan Rakyat" jelas dia. Maybe dia AJK Gerakan Suara Rakyat, dia takut aku nak blame Anwar. "aish! Dok aih.." aku menafikan. Hehe.

5. Ceramah start, tapi aku ke cafe Pahang melantak nasi goreng. Sebab yang mula-mula ceramah mesti Along (Presiden SUARA). Malas nak dengar "goreng-goreng" (bak kata Ustaz Hairul) dia. Baik aku isi perut dulu, lapar. Majdi belanja, heh.

6. Dr Badrul Amin ceritalah pengalaman dia masa belajar di Mesir ni. Dia juga mengaku pernah menjawat jawatan sebagai salah seorang Badan Pengurus PMRAM tahun 81-82. Entah ya entah tidak aku pun tak tahu. Kena check semula. Dia kata PMRAM zaman dia ada "tongkat sakti" macam Nabi Musa kalau dihentak ke bumi terbelah laut merah. Dia umpamakan begitu. Aku tengok muka buka ISMA ternganga dan terlopong. Saifuddin Nasution macam biasa, ceramah yang berfakta tanpa membawa sebarang kertas dan catitan semuanya masih segar dalam kepala.

7. Mula Anwar ceramah. Macam-macam cerita, dari mula dia berpolitik dari ABIM bersama arwah Ustaz Fadzil Noor dan Hj Abdul Hadi hinggalah sekarang selaku Ketua UMUM PKR. Cerita fasal budak saiful tu sikit. Cerita fasal Pakatan rakyat sedikit. Dia ada sebut dia datang sini atas jemputan majlis bersama Liberal Demokrat sedunia. Kemudian dia akan ke Bombay India menghadiri Persidangan Islam.

8. Sesi soal jawab. Aku orang pertama. Nik Azran orang kedua. Hairul Nizam orang ketiga. Mamat rambut panjang orang keempat. Faizal Sabhon orang kelima. Zanki orang keenam dan seorang siswi yang terakhir.

9. Macam biasa, Faizal kena balik dengan Dr Badrul Amin dan Saifuddin Nasution juga. Anwar juga bagi nasihat sudah-sudahlah duduk dalam UMNO. "Saya ni dulu Timbalan Presiden UMNO juga pernah memangku Perdana Menteri" kelab-kelab ni apalah sangat.

10. Soalan aku ada tak berjawab. Mungkin dah banyak sangat, tak perasan. Sebab ulasan Dr Badrul Amin pun tak kukuh, dan nak bangkitkan soal Nakhaei masuk UMNO pun tak kena. Saifuddin mengangguk-ngangguk semasa aku menyoal, ingat dia nak jawab tapi tak juga. Syeikh Anwar Ibrahim pun tak jawab juga.

11. Cerita best fasal curi mencuri ni di sini.

24 Oktober 2009

BKAN buat EGM tarik pendaftaran!

Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir pernah mengadakan Mesyuarat Agong Tergempar (EGM) sebelum ini khusus bagi membuat keputusan samada berdaftar di bawah Jabatan Penuntut Malaysia atau sebaliknya. Keputusan tersebut menunjukan ahli mahu berdaftar dengan JPMK. Di sini Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang masih belum berdaftar dengan JPMK ialah Keluarga Pelajar-Pelajar Kelantan Mesir (KPKM).

Sejak aku melangkah ke bumi Mesir ini, perkara berdaftar dengan JPMK selalu sahaja bermain dimulut-mulut mahasiswa dan pegawai-pegawai JPMK di sini. Tapi aku pun tak tahu apa sebenarnya kelebihan berdaftar dan apakah kekurangan sebelum berdaftar. Agaknya sebelum masuk kurun ini, BKAN-BKAN di sini merupakan pertubuhan haram di mata JPMK.

Kanapa timbul isu pendaftaran? Bagi aku BKAN yang sedia ada merupakan naungan PMRAM yang tersedia berdaftar di bawah Kementerian Kemasyarakatan Mesir. Sepatutnya tak timbul kenapa perlu berdaftar dengan JPMK. JPMK sepatutnya hanya menjalankan tugas yang sepatutnya mereka dihantar ke sini. Termaktub dalam misi dan visinya sahaja tidak lebih dari itu. Firasat aku, JPMK mahu menekan PMRAM apabila BKAN-BKAN dibawah naungannya berdaftar di bawah JPMK.

Aku perhatikan, tiada yang membuatkan pelajar-pelajar Kelantan terhalang dari membuat urusan di JPMK mahupun kedutaan. Samada membuat terjemahan surat-surat pengesahan, terjemahan sijil-sijil, pengesahan surat menyurat, pembelian rumah negeri, hatta menyertai konvokesyen anjuran JPMK pun tiada halangan. Bahkan KPKM antara yang ramai ahlinya di bumi Mesir ini. Pengerusi pelajar di Asrama Rumah Melayu pun diketuai oleh pelajar Kelantan. Lainlah oleh kerana KPKM ini tidak berdaftar dengan JPMK, semua urusan-urusan tersebut tergendala, ataupun menjadi susah. Jadi apa yang menjadi kelebihan berdaftar dengan JPMK.

Baik, kita lihat sudut lain. Sebelum ini pihak pimpinan BKPJM memohon surat pengesahan pendaftaran dari JPMK bagi memudahkan urusan membuat akaun di Malaysia. Tapi malangnya, pihak yang bertanggungjawab tidak boleh menyediakannya, bahkan dikatakan tak tahu ke mana perginya surat tersebut. Begitu juga dengan penggunakan dewan di ARMA. Penggunaan dewan tersebut dikatakan juga perlu disewa, membuatkan BKAN perlu mengeluarkan inisiatif di kantung sendiri. Sepatutnya urusan tersebut JPMK boleh diselesaikan bersama kerajaan negeri masing-masing. Samada sudut penyelenggaraan, kepenggunaan dan sebagainya. Ibu bapa pelajar di sini pun membayar cukai di Malaysia untuk kerajaan gunakan sebaik mungkin. Bukannya buat mahligai perdana menteri.

Kalau lihat di sini, tiada apa perbezaan antara BKPJM dan KPKM, malah KPKM nampaknya lebih beruntung. Dari segi ini apa makna pendaftaran sebenarnya di sisi JPMK? Mungkin pihak pengarah atau TYT boleh jelaskan hal ini?

Melihat kronologi yang berlaku antara PMRAM dan JPMK, PMRAM dirasakan banyak memberi kerjasama dengan JPMK dan pihak KBMK sepanjang wujudnya PMRAM. Bahkan PMRAMlah yang memohon agar kerajaan Malaysia mewujudkan kedutaannya di sini. Namun sekaranang wajah tersebut berubah. Kerjasama-kerjasama yang diberikan oleh PMRAM dipandang sepi oleh JPMK. Program bersama perdana menteri, sambutan kemerdekaan yang diwakili Muhamad Taib yang tiada jawatan dalam kerajaan pusat pun, kes-kes kebajikan pelajar dan sebagainya, yang kadang-kadang pada sesetengah kes pihak JPMK sendiri terpaksa meminta bantuan dari PMRAM.

Tapi banyak sekali permainan tikam belakang ini dilalui PMRAM dengan jerit perihnya. Apatah kes yang terbaru berkenaan dengan program Kutub Sittah! Maka tak sepatutnya PMRAM hanya menadah begitu sahaja dan menahan sakit ditikam! Maka proksi-proksinya dari BKAN dan DPM perlu bangkit dalam hal ini. Kita perlu menunjukan mahasiswa tidak boleh diperkotak-katikkan! Atau dipermainkan sebegitu!

Dengan ini aku sebagai ahli BKPJM, wajar mengadakan EGM untuk menarik balik pendaftaran dengan JPMK!

21 Oktober 2009

Semoga mabrur


Alhamdulillah. Tiada lain yang mampu ku ucapkan, setelah mendapat berita ibuku diterima menjadi tetamu Allah pada tahun ini. Setelah sekian lama membanting tulang memerah keringat mengumpul wang untuk ke sana, akhirnya termakbul juga doa. Sebelum itu ada kedengaran juga yang hujjaj yang agak berumur sekitar 60 tahun ke atas ditangguhkan atas sebab penularan wabak H1N1. Tapi ini semua kerja Allah, atas iradah Allah menjemput para tetamuNya bertandang.

Tiada kata lain dari aku. Hanya sisipan doa buat ibuku agar dipermudahkan segala urusan, diberikan kesihatan dan kekuatan sepanjang menunaikan ibadah tersebut. Sampai aku pun terlupa nak pesan doa. Ibuku bertolak pada 22 Oktober 2009 jam 7.30 pagi waktu Malaysia. Yang penting ibuku selamat sampai dan selamat pergi. Amin

Kepada para hujjaj lain juga, semoga kalian dianugerahkan haji yang mabrur. Diberikan hidayah yang mahal harganya. Menjadi tetamu Allah dan pulang sebagai orang yang sangat faham dengan falsafah hajinya. Amat malang apabila jamrah yang dilontar, kaabah yang ditawaf, dan lain-lainnya hanya sekadar menjadi senaman ringan yang langsung tidak memberi kesan terhadap jiwa.

Bagi para pejuang agama Allah, jika kamu juga menjadi tetamu Allah kali ini. Maka diharapkan semakin kuat perjuangan kamu apabila pulang semula!

18 Oktober 2009

UMNO nak berubah? Nak ubah apa?

Ramai juga yang tak yakin dengan komitmen Najib nak membawa perubahan kepada UMNO. Aku di antara orang yang tak yakin juga. Bahkan Muhyiddin Yassin telah menggarapkan 4 rukun perubahan UMNO, sama macam ada dalam gerakan Islam macam Pas. Apatah lagi ada perwakilan yang cadang untuk wujudkan Dewan Ulama UMNO, katanya nak hargai ulama-ulama yang ada dalam UMNO. Itu antara bentuk-bentuk ke arah perubahan dalam UMNO.


Aku tak ikuti sangat perjalanan perhimpunan agong UMNO ni. Cuma belek-belek mana yang patut dalam akhbar-akhbar online. Secara peribadi aku mengharapkan UMNO berubah. Walaupun aku tak yakin dengan perubahan yang hendak dilakukan. Pada aku syarat untuk UMNO benar-benar nak berubah ialah dasar. Kalau UMNO benar-benar nak berubah lah. Tapi dari apa yang aku lihat dalam pilihanraya kecil di Bagan Pinang lepas, susah nak kata UMNO boleh berubah. Bahkan kemenangan Isa Samad sebagai satu tanda-tanda akhir UMNO akan bungkus.

Sepanjang perhimpunan agong tu, kalau kita lihat Utusan Malaysia dan Berita Harian mesti ada perkataan berubah atau ubah atau perubahan. Aku akan menantikan perubahan-perubahan tersebut. Bahkan mungkin aku gembira kalau UMNO betul-betul nak berubah. Tapi sayang sekali, tiada usul yang dibawa untuk gubal dasar UMNO. Dasar yang sepatutnya membawa perubahan. Ya, mungkin ada beberapa orang perwakilan yang melihat dari jauh yang mahukan UMNO benar-benar berubah. Tapi mereka tidak kekuatan untuk membawa hal tersebut. Kebanyakan mereka terbelit-belit.

Oleh kerana UMNO ni bukanlah gerakan Islam, bahkan gerakan nasionalis melayu. Yang kadang-kadang melayunya pun entah ke mana. Aku tidak mempunyai sebarang nasihat mahupun cadangan yang boleh membawa kepada perubahan UMNO. Apatah lagi aku orang yang di luar UMNO, cuma duduk bawah kerajaan yang diperintah UMNO.

Aku masih mengharap UMNO boleh berubah. Tak berubah pun bertukar! heh.

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai