
Bukan cerita UG yang aku nak sebut dalam entry kali ni. Tapi isu yang boleh terkait dengan masalah harakah Islamiah.
Gambar 1: Imam Hassan Al BannaSejak aku libatkan diri dengan gerakan Islam PAS dalam ertikata mengenali PAS ini sejak sekolah rendah lagi. Kerana pada ketika itu isu Hudud bergema, aku pada masa itu hanya tahu hudud curi potong tangan. Aku mempertahankan habis-habisan Hudud ini hingga berdebat di kelas mahupun di padang permainan. Semasa berdebat-debat di padang permainan dulu, ada seorang kawan aku, dia sebut "kalau pakai seluar pendek kena potong kaki la ye?" lepas tu dia ketawa terbahak-bahak sambil melarang melancong ke Kelantan.
Aku tidak mengenali PAS dengan susur galur yang baik, mungkin. Dalam ertikata yang mengikut teori tarbiyah dan thaqafah yang perlu dilalui oleh setiap ahli gerakan Islam ini. Sehinggalah sampai satu tahap aku mengenali PAS dengan teori dan disiplinnya, mungkin. Dikenalkan dengan kitab Risalah Ta'alim, yang membahaskan tentang usul 20 Mujaddid Imam Hassan Al Banna yang menjadi tunjang dalam teori mengenali gerakan Islam. Boleh dikatakan semua di kalangan mereka yang menggelarkan mereka dari gerakan Islam baik PAS dan yang wujud selepasnya (seperti Jemaah Islah Malaysia (JIM), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ) biasa dengan ungkapa Usul I'syrin (Usul 20) ini. Usul 20 ini pun sebenarnya pecahan dari rukun bai'ah pertama dari 10 rukunnya iaitu Faham.
Selepas kejatuhan Khilafah Islamiah 1924 (sebenarnya lebih awal dari itu), boleh dikatakan jemaah-jemaah Islam bangkit dengan peranannya masing-masing dan yang paling terkesan pada dunia Islam ialah Jemaah Ikhwan Muslimin di Mesir. Mereka yang lahir dari jemaah Ikhwan ini kembali ke negara masing-masing dengan mengembangkan kaedah perjuangan ikhwan ini.
Di Malaysia, mereka yang mendapat tarbiah secara langsung dari Ikhwan ini ada yang menyertai UMNO dan PAS untuk membina fikrah yang sama lalu menyatukan umat dengan satu fikrah yang sama. Namun mereka yang menyertai PAS untuk niat ini nampak lebih berjaya dari mereka dari UMNO.
Gerakan Islam pembawakan Ikhwan ini sebenarnya boleh dikatakan gerakan wasatiah (sederhana). Ianya bukanlah gerakan ekstremis seperti yang digembar-gemburkan. Gaya dan kelicikannya dalam menyesuaikan akidah dan syariat dalam negara dan masyarakat amat terkesan.
Namun sekarang, nilai yang dibawa oleh mujaddid Imam Hassan Al Banna ini semakin terhakis dalam jaringan gerakan Islam. Apatah lagi jemaah yang menerima manhaj Ikhwan ini terpecah kepada beberapa jemaah dan akhirnya menimbulkan masalah umat.
Sejak zaman awal penubuhan Ikhwan Muslimin sendiri, pada ketika itu ada di kalangan mereka yang keluar dari Ikhwan dan menubuhkan jemaah mereka seperti Syeikh Taqiyuddin Nabhani yang mengasaskan Hizbut Tahrir yang berpengkalan di Palestin.
Baik, kita boleh katakan sebenarnya pembawakan Imam Hassan Al Banna sangat cantik dan menarik. Ianya pendekatan yang boleh diterima segenap lapisan dan latar belakang. Baik mereka yang berfahaman salaf mahupun khalaf. Mereka disatukan dengan obor ikhwan ini, dan pada awal penubuhan PAS pun kejayaan yang berjaya PAS bawa ialah menyatukan mereka di kalangan "kaum muda" dan "kaum tua".
Tapi, hakikat yang perlu diterima teori dan pembawakan yang dibawa oleh Imam Hassan Al Banna ini tetap mempunyai kekurangan dan inilah hakikat manusia selain Nabi Muhammad SAW.
Di Malaysia, ada di kalangan kita yang;
Akidah ahli sunnah wal jamaah, tariqat, ahli sufi dan PAS.
Akidah ahli sunnah wal jamaah, tariqat, ahli sufi tapi UMNO.
Pure Wahabi, dan PAS.
Pure Wahabi, tapi UMNO,
dan ada akidah ahli sunnah wal jamaah, tariqat, ahli sufi atau wahabi tapi terkecuali dari dua kumpulan ini.

Cuba kita perhatikan kepada seorang ulama tersohor ini; iaitu Dr Yusuf Qardhawi. Secara umumnya semua di kalangan yang aku sebut di atas boleh menerima beliau dan pendekatan beliau. Tapi ada yang tidak boleh menerima beliau. Rata-rata mereka tidak sealiran dan tidak mendapat tarbiyah dengan Ikhwan.
Gambar 2: Ada tangan bawah pusat, atas dada, bawah dada, tengah. Tapi...
Aku dah mula pening, harap-harap korang boleh faham apa yang aku nak sampaikan.
(Bersambung, mungkin)
menarik.. ada sambungan kah?
BalasPadam