Tugasan Baru
Aku mendapat tugasan baru. Tiada tugasan lain, blog juga. Mini Pavilion yang dahulunya terbengkalai kini berpindah di url yang baru. Namun bagi pengarah Mini Pavilion sendiri mahukan template yang ada sekarang dilihatnya perlu sedikit touch-up. Tugasan ini baru diterima dari Ustaz Abdul Muin sendiri sebagai pengarahnya 2 hari lepas.
Cuma...
Bila nak mula ni? Exam dah dekat. Walaupun semester ini hanya satu kertas, tapi dua subjek.
Hmm alasan...
Selalunya exam ini menjadi alasan kita tidak melakukan kerja-kerja sampingan. Macam main futsal semalam. Selama 2 jam diperuntukan dalam masa hampir sebulan kaki ni tak sentuh bola. Tapi ada sahabat-sahabat yang aku pelawa untuk join futsal kata mereka "exam dah dekat". Tapi aku tengok lebih dua jam mereka peruntukan untuk tidur di waktu pagi. Yang futsal ini hanya 2 jam yang mungkin dalam masa sebulan. Alasan kan?
Curi-curi Pencuri
Semalam selepas penat ziarah maqam-maqam sekitar Kaherah. Aku dikejutkan dengan berita kecurian yang berlaku di Asrama Pelajar Johor yang lama. Lima laptop hilang termasuk laptop anak saudara aku yang dibelinya di Malaysia. Huh, muailah pencuri tu. Agak-agaklah lepas payment nak angkat GEN-2.
Tapi yang aku tak perasan, aku antara orang yang tahu lambat tentang hal kecurian ni. Padahal semasa dalam tramco perjalanan balik, budak-budak ni dah tahu rupanya. Macamana aku boleh miss plak fasal ni? Dalam kecoh-kecoh dalam tramco sikit pun tak terpancul dari mulut diorang pasal laptop atau apa-apa fasal ni.
Kejadian berlaku pasa waktu solat Jumaat. Dahlah hampir semua penghuni ikut ke maqam, bila time solat jumaat semualah ke masjid. Time tulah pencuri buat dajjal. Fuh, Jumaat kali ini memang "rezeki" dia. Tapi kejadinya seperti ini bukan pertama kali, ianya dah banyak kali. Sebelum ini mesin ABC, periuk belanga semua dicurinya. Memang lubuk pencuri betul asrama ni. Ape ke hal? Hmmm...
Aku rasa setiap kali solat Jumaat student perempuan kena jadi pak guard la kat asrama ni. Apa pendapat Ketua HEWI BKPJM?
Bila masuk bab curi-curi ni, kat Malaysia pun tengah kecoh pasal kehilangan 2 enjin jet pejuang. RM50 juta. Dulu, kumpulan Al Maunah curi senjata di kem tentera. Kali ni enjin jet. Agaknya lepas ni kapal selam Malaysia pun boleh hilang. Hmm dah lama tak berperang, gini ke jadinya?

Assalamu'alaikum WBT. Bila dengar kes kecurian sebegini, teringat pula saya tragedi di pangsapuri tempat pelajar-pelajar IPPM menyewa. Saban tahun, episod pecah rumah akan berlaku. Rezeki tahunan si pencuri dan sekutu mereka agaknya. Rumah sewa saya juga tidak terlepas. Habis diangkutnya dua biji laptop dan sebiji handset pemberian mak saya.
BalasPadamRasanya setiap rumah di situ tidak terlepas menjadi mangsa. Sangat pelik, polis cuma menerima aduan demi aduan. Tapi tidak mampu berbuat apa-apa. Sekongkolkah mereka? hehe atau cuma prasangka saya saja. Astaghfirullahal'azim..
Apa pun, moga jayyid jiddan untuk imtihan yang bakal menyusul nanti, bi idznillah~