"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


31 Disember 2006

Sheikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani Yang Ku Kenali

Kali ini, saya ingin berbincang mengenai peribadi seorang yang dikatakan muhaddith yang muncul pada akhir kurun ke-20. Tak lain dan tak bukan iaitu Sheikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani. Ada ulama yang mengiktirafnya, tidak kurang juga ada yang menolak dan mempertikaikannya sebagai seorang muhaddith.

Skop perbincangan bukan untuk mentajrih peribadi, tetapi sekadar mengkaji dan meneliti manhaj, pandangan dan uslub beliau dalam bidang ilmu hadith. Sebagaimana diketahui semua, sejak munculnya Imam-imam muhaddithin yang mengumpul dan membukukan hadith-hadith Rasulullah SAW, umnat Islam telah berpegang dan bersandarkan kitab-kitab mereka. Umat Islam merujuk dan menggunakan hadith-hadith yang wujud dalam kitab mereka untuk diterima pakai dan dijadikan hujah dalam beramal. Antara kitab-kitab tersebut seperti Hadith Bukhori, Muslim,Tirmizi, Abu Daud, Nasai, Ibnu Majah dan lain-lain.

Perkara ini berterusan dan beralih dari generasi terdahulu hingga ke hari ini. Tetapi, dengan munculnya Sheikh Al-albani, beliau telah mematikan sama sekali sandaran ummat Islam terhadap kitab-kitab tadi. Beliau telah membahagikan hadith-hadith yang terkandung dlm Kitab-kitab sunan kepada Sohih dan Dhoif. Lalu menyeru semua umat Islam utk beramal dgn hadith-hadith yg sohih sahaja dan meninggalkan sama sekali hadith-hadith yang dhoif.

Kerja ini seolah menggambarkan, ulama-ulama terdahulu berada dalam zaman kegelapan dan tidak mampu menjernihkan feqh mereka dari kekeruhan dalil-dalil yang boleh dipertikai. Lalu, kemunculan beliau selaku muhaddith pada akhir kurun ke 20 ini, menerangi kegelapan tersebut dan menyelamatkan ummah seluruhnya. Ulama yang telah bersusah payah mengumpul dan membukukan hadith-hadith tersebut dituduh dengan pelbagai tuduhan seumpama tasahul, tanaqudh dan lain-lain lagi.

MANHAJ ASHABUS SUNAN DALAM MENGUMPULKAN HADITH

Manhaj mereka adalah, mengumpulkan hadith-hadith Nabi SAW yang telah diamalkan oleh orang-orang tedahulu yang boleh dijadikan hujah sama ada yg muttafiqin ataupun munfaridin. Umat Islam pada zaman sahabat RA dan sebahagian besar zaman Tabi'in, mereka menaqalkan hukum-hukum syara' dan mewarisinya dari satu generasi ke satu generasi tanpa dibukukan dan dikumpulkan dalil-dalilnya.


Setelah masuk pertengahan kurun ke 3 hijrah, barulah muncul ashab as-sunan yang mengumpulkan hadith-hadith yang telah dijadikan hujah oleh Imam-mam mujtahid dari kalangan sahabat dan tabi'in dan orang selepas mereka. Kitab-kitab mereka ini telah menerima pujian yang baik dan diterima oleh imam-imam feqh dan hadith sejak dahulu hingga ke hari ini. Hadith-hadith yang mereka kumpul dan bukukan, adalah hadith-hadith yang telah tersebar amalannya dan telah digunakan oleh Imam-imam mujtahid dari kalangan sahabat dan tabi'in dalam mencari hukum. Akan tetapi, oleh kerana pembukuan dan pengumpulan hadith-hadith tersebut mula dilakukan pada pertengahan kurun ke 3, terdapat hadith-hadith tersebut yang terputus sanadnya dan sesetengah perawinya pula majhul atau mastur. Lalu Imam-imam muhaddithin telah mengkaji dan meneliti hadith yg telah menjadi amalan tersebut dan mereka mencari jalan untuk menguatkannya.


Berkata al-Hafiz al-Faqih Ibnu Hajar al-'Asqalani (Ta'jilul Manfa'ah m/s 2,3): "Sesungguhnya manusia sangat berpegang dengan apa-apa yang telah dikeluarkan oleh alA-immah as-Sittah berbanding yang lainnya dengan sebab kemuliaan pada diri dan kemasyhuran mereka, dan kerana asal penulisan hadith2 oleh mereka adalah untuk merangkumkan apa-apa yang baik dan boleh dijadikan hujah dan bukti."


Ringkasnya, apa yang mereka kumpulkan itu adalah hadith-hadith yang telah diamalkan oleh orang-orang terdahulu dan diterima utk dijadikan hujah bagi hukum-hukum feqh. Oleh kerana itu, wujud dalam hadith-hadith mereka soheh dan dhoif.


Kedua, jenis hadith ini, adalah yang boleh diterima dan dijadikan hujah. Ianya telah diamalkan dan diwarisi oleh Imam-imam mujtahid dari kalangan sahabat dan tabi'in sebelum munculnya ashab as-sunan ini. Adapun hadith-hadith yang soheh, tidak ada pertikaian tentangnya. Yang, menjadi pertikaian adalah hadith-hadith dhoif. Hakikatnya, hadith-hadith dhoif yang dikumpulkan oleh Imam Sunan ini adalah yang boleh dijadikan hujah dan diterima. Penghujahannya adalah dalam dua bentuk:


1. Sama ada secara munfarid

2. Atau adanya hadith-hadith dari jalan lain yang menguatkan antara satu sama lain yang diketahui oleh para fuqaha. Sesuatu hadith walaupun dhoif sanadnya, tetapi apabila meluas amalannya pada zaman itu, ia menjadi dalil yang boleh beramal dengannya. Berapa banyak hadith yang maqbul, tetapi dipertikai pada sanadnya dan matannya.

Perkara ini menjadi kebiasaan kebanyakan para Imam-imam mujtahid dari kalangan salafus soleh sendiri seperti Az-zuhri dan Imam Malik.

1. Berkata ad-Daruqutni dalam kitab al-'Ilal (6/63): "Antara kebiasaan Imam Malik, beliau meng?irsal?kan hadith dan menggugurkan rijalnya"

2. Kitab Nasobur Rayah (2/444) : "Ibnul Mubarak meriwayatkan banyak hadith-hadith yang ia tawaqquf padanya"

3. Berkata Imam Ibnu Taimiyah (Raf'ul Malam 'Anil A-immatil A'lam ms 22/23) : "Janganlah seseorang berkata, sesungguhnya hadith-hadith telah ditulis dan dikumpulkan, maka tiada yg tersembunyi lagi. Sebenarnya (kata-kata sebegini) tidak benar, kerana penulisan sunan-sunan yang masyhur ini berlaku selepas pupusnya Imam-imam yang menjadi ikutan ummah" Kemudian beliau berkata lagi: "Bahkan orang-orang sebelum dikumpulkan hadith-hadith ini, mereka lebih mengetahui dan arif tentang hadith-hadith berbanding golongan mutaakhirin. Sebab, kebanyakan hadith-hadith yang mereka perolehi dan soheh disisi mereka, ianya tidak sampai kepada kita melainkan daripada perawi yang majhul, atau dengan sanad yang terputus, atau tidak sampai kepada kita secara keseluruhannya.?

Secara dasarnya, pengumpulan hadith-hadith tersebut dilakukan bukan untuk mencari dan membukukan hadith yang soheh sahaja. Ia juga untuk mengumpulkan hadith- hadith yang boleh menjadi hujah untuk beramal sekalipun hadith itu dhoif. Inilah manhaj para Ashabus Sunan.

MANHAJ SHEIKH AL-ALBANI

Penulisan beliau dalam bidang hadith adalah untuk mengasingkan antara hadith-hadith soheh dengan hadith-hadith yang dhoif. Akan tetapi, beliau menegah daripada beramal dengan Hadith dhoif secara mutlak. Bahkan, wajib dibezakan antara sohih dan dhoif pada pandangannya untuk menyatakan kepada orang ramai apa yang dinamakannya sebagai Fiqhul Musoffa. (Muqaddimah Kitab Soheh al-Adabil Mufrad m/s 32) Oleh kerana itu, beliau telah membahagikan hadith-hadith dalam sunan arba'ah kepada dua:

1. Sohih dan Hasan. Dibolehkan beramal dengannya.

2. Dhoif. Tidak boleh beramal dengannya langsung.

Bahkan beliau menyamakan hadith-hadith dhoif ini dengan hadith al-wahiyah (sangat lemah) dan maudhu'ah (palsu) dalam tingkat yang sama. Kerja beliau ini amat bertentangan dengan manhaj para fuqaha dan muhaddithin sebagaimana yang telah dihuraikan tadi. Apa yang beliau lakukan sebenarnya adalah mencipta kecacatan yang besar dan jelas pada dalil-dalil fiqh samada yang ijmaliyyah ataupun far'iyyah.

Seterusnya, beliau telah meruntuhkan thiqqah ummah kepada imam-imam hadith dan feqh, juga menghancurkan khazanah feqh dan hadith yang telah diwarisi dan dibanggai oleh ummah sejak dahulu.

Sesungguhnya beliau telah cuba untuk mukholafah dengan manhaj sebahagian muhaddithin dalam mentashihkan dan mentadh'ifkan dan menghukum seseorang perawi. Bahkan ia menuduh mereka dengan tanaqudh pada satu masa, dan tasahhul pada masa yang lain. Dalam masa yang sama, datanglah orang-orang yang menyangka, bahawa Sheikh al-Albani ini bilamana ia mukholafah dengan manhaj para fuqaha dan muhaddithin, seolah-seolah ia telah melakukan suatu perkara yang sukar untuk dilakukan dan diketahui oleh orang-orang terdahulu dan hari ini. Orang-orang yang menyangka dan jahil tadi pun terus bertaqlid kepadanya dan meninggalkan terus Imam-imam al-Huffaz dan Mujtahid dan menolak untuk beramal dengan apa yang telah diwarisi dari imam-imam tadi sejak zaman berzaman.

Sheikh al-albani telah diangkat ke darjat yang cukup tinggi oleh mereka-mereka ini. Sehingga mengenepikan langsung Imam-imam muhaddithin dan fuqaha yang mu'tabar. Tulisan-tulisan beliau mengenai hadith telah dijadikan rujukan utama, sehingga tak perlu lagi merujuk kepada kitab-kitab Bukhori, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasai, Ibnu Majah dan imam-imam muhaddith yang lain.

Betapa hebatnya beliau sehingga mampu mengenepikan ulama-ulama terdahulu. Peliknya, sebahagian mereka yang mengaku mengikut manhaj salafi secara total ini meletakkan Sheikh al-Albani sebagai ikutan utama dan meletakkannya pada kedudukan yang cukup tinggi dan mulia, sedangkan beliau hidup pada kurun yang terputus jauh dari kurun terbaik yang disabdakan Nabi SAW.

Sepatutnya, ulama muhaddithin yang hidup dizaman salafussoleh itulah yang menjadi ikutan bagi mereka yang nak mengikut manhaj salafi hari ini. Adakah orang hari ini lebih salafi dari golongan Salafus Soleh?

BEBERAPA KESILAPAN DAN KEKELIRUAN SHEIKH AL-ALBANI DALAM BIDANG HADITH

PERTAMA :

Beliau tanaqudh (bercanggah) pada perkara Usul dan Furu'. Hal ini dapat kita lihat dalam 3 perkara usul yang Sheikh al-Albani taraja'(patah semula). Antaranya:

1. Beliau secara jelas mengatakan berkali-kali dalam tulisannnya, bahawa tauthiq Ibnu Hibban adalah mardud (tertolak) langsung, dan menuduhnya mutasahil dan tak boleh merujuk pada tauthiqnya. Kemudian, beliau taraja' daripada kata-katanya itu dan akhirnya menyatakan tauthiq ibnu hibban boleh diterima dengan tiga keadaan.

2. Beliau dgn jelas mengatakan dalam kitab-kitabnya, bahawa rawi yang majhul hadithnya adalah tertolak (mardud). Akhirnya, beliau berpendapat bahawa majhulul hal (mastur) apabila diriwayatkan hadithnya oleh ramai, maka hadithnya hasan. Lebih-lebih lagi sekiranya dari kalangan tabi'in. Apabila terkadung dalam tauthiq Ibnu Hibban maka ia lebih baik. Dan jika tidak , maka ia hanyalah hasan.

3. Beliau telah mengkritik dalam banyak perkara terhadap imam-imam muhaddithin seperti At-Tirmizi, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan lain-lainnya kerana mereka mentashihkan dan mentahsinkan hadith-hadith yang majhul. Beliau menuduh mereka dengan tasahul dan sebagainya. Sedangkan antara beliau dan Imam-imam tadi ada perbezaan yang amat besar dalam manhaj menerima pentashihan hadith-hadith. Kemudian, beliau telah taraja' dan menyatakan, bahawa sesuatu pentashihan itu sekaligus membawa kpd tauthiq. Maka, perawi-perawi yang tidak dinaskan oleh Imam-imam akan pentauthiqannya, tetapi disahihkan hadith-hadithnya oleh mereka, perawi-perawi tersebut dianggap thiqqah.

Sebenarnya, Hadith-hadith ahkam yang dikumpulkan oleh Imam-imam Sunan, ia mempunyai kedudukan khusus pada Imam-imam, Feqh dan Hadith. Mereka mengikut pelbagai thuruq (jalan) untuk menguatkannya. Sebahagian thuruq itu pula tidak masyhur dikalangan mutaakhirin.

Imam Syafie dan at-Tirmizi pernah menjelaskan perkara ini. Dan imam syafie lebih a'maq dan asymal dalam hal ini dalam kitabnya ar-Risalah. Kedua imam ini telah bersepakat mengatakan, athar-athar yang mauqufah menguatkan yang marfu'ah. Tapi bagi Sheikh al-Albani, beliau tidak mengikuti manhaj sebegini, yang menyebabkan akhirnya beliau terjebak untuk menolak segala hadith-hadith yang dianggapnya dhoif.

Dalam perkara furu' pula, kita dapat lihat bagaimana beliau taraja' dalam banyak perkara. Contohnya, beliau telah mendhoifkan hadith Ibnu Lahi'ah secara total melainkan riwayat al-'Ubadalah daripadanya. Kemudian ia taraja' dan akhirnya secara jelas mengatakan, hadith Qutaibah b. Sa'id dari Ibnu Lahi'ah thabitun maqbulun. (Sahih al-Albani 6/55,825) Banyak lagi contoh-contoh kesilapan beliau dalam hal ini.

KEDUA :

Beliau berselisih dalam ilmu hadith, dan bercanggah dengan kaedah istilah-istilah hadith, serta ilmu al-jarhu wat ta'dil, begitu juga dalam memahami thuruq-thuruq dan wujuh al-hadith dan banyak lagi.

Banyak istilah-istilah hadith yang masih tidak difahami oleh beliau yang sebenarnya memberi keaiban dalam bidang hadith. Terutamanya istilah-istilah yang digunakan oleh Imam at-Tirmizi terhadap darjat sesuatu hadith.

Begitu juga kesilapan beliau dalam menyamakan hadith-hadith dhoif dalam satu darjat dan juga menyamaknnya dengan hadith-hadith maudhu. Manhaj yang beliau bawa ini tidak pernah diguna oleh mana-mana ulama muhaddithin.

BAHAYA BERPEGANG DENGAN PEMIKIRAN SHEIKH AL-ALBANI DLM BIDANG HADITH

Memutuskan hubungan antara generasi terdahulu dengan generasi akan datang dalam Usulus Sunnah. Di mana, ummat akan datang akan memada dengan berpegang pada hadith-hadith soheh yang ditakhrij sahaja, dan menolak hadith-hadith lain yang wujud dalam kitab-kitab sunan dan sohih. Tidak perlu lagi merujuk kepada Sohih Bukhori, Sohih Muslim, Sunan at-Tirmizi, Abi Daud, Nasai, Ibnu Majah dan lainnya. Sedangkan inilah sumber asal dalam pentakhrijan hadith-hadith tadi.

Realiti ini dah pun berlaku, di mana bermulanya projek pengkategorian hadith-hadith kepada 'Sohihus Sunan' dan menjadikannya sumber rujukan asasi. Begitu juga 'Dho'ifus Sunan'. Contohnya, Kitab 'Mukhtasor Al-majmu' Syarah Muhazzab' sebanyak 4 Jilid telah dicetak pada tahun 1415H di makatabah as-Sawadi di Jeddah. Begitu juga kitab 'Sohih al-Jami' as-Shoghir' dan 'Dho'if al-Jami' as-Shoghir'.

Akibatnya, ummat selepas ini tidak akan merujuk kepada sesuatu manuskrip asal, tetapi menggunakan kitab yang telah ditakhrij dan diringkaskan sahaja. Mereka tidak akan lagi merujuk kepada kitab-kitab Sunan, tetapi terus bersandar kepada kitab yang mentashihkan dan mentad'ifkan kitab sunan tersebut. Ingatlah, bahawa penyelewengan akan bermula dari perkara kecil dan sedikit, kemudian ia akan meluasa dan merebak hingga ke perkara yang lebih besar. Perkara ini telah merebak lagi bukan sahaja kepada kitab-kitab sunan, bahkan kitab yang lain juga. Telah berlaku pentashihan kitab-kitab seumpama 'Sohih al-Adabul Mufrad', 'Sohih al-Wabilus Shoib', 'Sohih Riadhus Solihin' dan banyak lagi.

Dari segi logiknya, kita terfikir adakah Imam-imam Sunan ini lemah dan tak mampu untuk mengasingkan antara hadith-hadith yang soheh dengan hadith-hadith yang dhoif? Adakah Imam Bukhori dan Muslim lemah dan tak mampu untuk mengasingkan antara hadith-hadith soheh dengan hadith-hadith dhoif dalam kitab mereka?

Mereka bukan lemah sebenarnya, tetapi oleh kerana manhaj mereka adalah untuk mengumpulkan hadith-hadith yang boleh dijadikan sebagai hujah untuk beramal, maka kerana itulah dalam kitab-kitab hadith mereka wujud hadith-hadith yang bercampur antara soheh dan dhoif. Ini disebabkan, Hadith-hadith yang mereka kumpul itu telah menjadi amalan dan hujah yang telah diguna pakai oleh Imam mujtahid terdahulu dari kalangan sahabat dan tabi'in. Lalu mereka kumpulkan hadith-hadith tersebut, ada sebahagian hadith yang bersambung dan sempurna sanadnya. Ada juga yang terputus ,atau perawinya tidak dikenali. Lalu, mereka mengkaji hadith-hadith seperti ini samada dengan menguatkannya melalui hadith itu sendiri, atau dengan hadith dari thuruq yang lain yang boleh menguatkan hadith tadi.

Patutkah kita menuduh, bahawa ulama hadith-hadith dahulu jahil untuk asingkan hadith-hadith soheh dengan hadith-hadith dhoif ? Patutkah kita tuduh mereka tasahhul dalam pengumpulan hadith-hadith tersebut. Inilah satu tuduhan biadap yang sepatutnya kita tentang.

MAZHAB ULAMA BERKAITAN HADITH DHOIF

Sebagaimana diketahui, hadith terbahagi kepada tiga darjat.

1. Sohih

2. Hasan

3. Dho'if

Menurut ulama muhaddithin, Hadith dhoif terbahagi kepada tiga kategori dari segi penghujahannya pada hukum:

1. Ad-dho'if ,atau al-mudho'af atau al-layyin.

2. Mutawassit ad-dho'fi iaitu yg perawinya su-ul hifzi, atau mudthorib atau yang seerti dengannya seperti munkirul hadith.

3. At-talif atau al-wahi yang mana perawinya muttahimum bil kazibi, juga hadith al-maudhu'.

Para ulama secara ittifaq menerima beramal dengan hadith Soheh dan Hasan samada lizatihi atau lighairihi. Oleh itu, al-maqbul dan as-solih merangkumi kedua jenis hadith ini.

Adapaun hadith dhoif, dalam darjat yang pertama, ia diterima oleh kebanyakan para ulama. Dan mereka yang menolaknya, pendapat mereka telah dipertikai. As-solih dan al-maqbul lil-ihtijaj juga termasuk dalam hadith jenis ini. Manakala hadith dhoif pada darjat yang kedua, ianya boleh diamalkan pada perkara at-Targhib wat Tarhib, al-manaqib dan fadhailul a'mal.

Hadith dhoif pada darjat yang ketiga pula, inilah yang tertolak pada sisi ulama muhaddithin dan fuqaha. Bahkan ada yang mengatakan ianya tidak boleh dikategorikan langsung sebagai hadith. Kesimpulannya, hadith-hadith dhoif yang disepakati ulama untuk berhujah adalah pada darjat yang pertama, walaupun ada sebahagiannya yang menggunakan darjat yang kedua. Jenis hadith inilah yang wujud dalam kitab-kitab sunan dan hadith-hadith ahkam bagi mereka yang mengkajinya dengan mendalam.

NAS-NAS YANG MEMBOLEHKAN BERAMAL DENGAN HADITH-HADITH DHOIF DALAM PERKARA HUKUM

1. Berkata al-hafiz Ibnu Hajar dalam kitab al-Fathu (5/90):
"Sesungguhnya ulama telah berhujjah dalam berhukum dengan hadith yang lebih rendah daripada sahih (dhoif)."

2. Imam al-Harowi meriwayatkan dalam kitab Zammil kalam (2/179,180):
"Daripada Abdullah bin Ahmad bin Hanbal berkata : aku berkata kepada bapaku, seorang lelaki menghadapi masalah, dan dalam negeri itu ada seorang ahli hadith yang dhoif dan seorang faqih dari kalangan ahlul ra'yu, siapakah yang patut ditanya? Imam ahmad berkata : Jangan bertanya kepada ahlul ra'yu. Dhoifnya hadith itu lebih baik daripada kuatnya ar-ra'yu"

3. Berkata Imam Ibnul Qayyim dalam 'I'lamul Mauqi'in' ketika menyebutkan usul Imam Ahmad b. Hanbal (1/25):
"Usul yang keempat, mengambil hadith mursal, dan hadith dhoif, jika tidak terdapat pada bab itu apa-apa yang boleh mempertahankannya, inilah yang lebih dirajihkannya daripada qias." Kemudian beliau menyambung kata-katanya: "Dan tiada seorang pun dari kalangan a-immah (Imam-imam) melainkan mereka bersependapat dalam usul ini dari segi keseluruhannya. Tidak ada seorangpun dari kalangan mereka melainkan mendahulukan hadith dhoif daripada qias."

4. Berkata Imam Abu Muhammad Ibnu Hazmin dalam kitabnya 'al-Ihkam fi Usulil Ahkam (7/54)': Berkata Abu Hanifah:
"Khobar yang dhoif daripada Rasulullah SAW lebih aula daripada qias, tidak halal qias sedangkan ada hadith dhoif."

5. Berkata al-Faqeh Ibnu Qudamah dalam kitabnya al-Mughni (1/773):
"An-nawafil dan al-fadhail tidak disyaratkan sihhatul hadith padanya"

6. Berkata Imam an-Nawawi (al-Majmu 3/348 ): "Ittifaq ulama untuk beramal dengan hadith dhoif pada fadhoilul a'mal dan dan tidak pada perkara halal dan haram"

Inilah thuruq dan manhaj yang telah digunakan oleh para muhaddithin dan fuqaha dalam beramal dengan hadith-hadith dhoif. Mereka tidak menolak periwayatan hadith-hadith dengan sewenang-wenangnya. Mereka mengkajinya dan menyelidikinya untuk beramal.


Jika ada hadith dari thuruq lain yang boleh menguatkan hadith tadi, mereka akan mengambilnya. Begitu juga jika hadith tersebut tidak mencapai darjat yang terlalu dhoif, atau perawinya bukan muttahim bil kazib, atau bukan dari title hadith maudhu', maka mereka akan menerima hadith-hadith tersebut, lebih-lebih lagi jika ianya telah meluas amalannya dari kalangan tabi'in dan para sahabat Radhiallahu 'anhum ajma'in.

HADITH DHOIF PADA PANDANGAN SHEIKH AL-ALBANI

Beliau menganggap, semua hadith dhoif dalam apa jua martabat hendaklah ditinggalkan dan tidak boleh beramal dengannya. Bahkan beliau menyamakannya dengan hadith-hadith maudhu'.

Oleh itu, kitab-kitab takhrij beliau, Dho'ifus Sunan, Dho'iful Adabil Mufrad, Dhoiful Jami'us Shoghir Wa Ziyadatih, Dhoif at-Targhib wat tarhib ia mengangapnya tak lebih sekadar hadith-hadith dhoif yang sama taraf dengan maudhu'ah yang mesti ditinggalkan.

Sedangkan thoriq para ulama muhaddithin, mereka memebezakan jenis-jenis dhoif ini. Mereka mengasingkan pentakhrijan hadith dhoif daripada yang maudhu. Seumpama 2 kitab yang dikarang oleh Al-hafiz Abi al-Faraj Abdurrahman bin al-Jauzi al-Hanbali iaitu (al-'Ilalul Mutanahiyah) dan (al-Maudhu'ah).

Mari kita lihat pandangan beliau (Sheikh al-Albani) terhadap hadith-hadith dhoif.

1. Kata-kata beliau dalam muqaddimah Sohihul Jami' (m/s 45) "Inilah yang aku berpegang dengannya, dan aku menyeru manusia kepadanya, bahawasanya hadith dhoif tidak boleh beramal dgnnya secara mutlak, tidak pada fadhoilul a'mal tidak juga pada al-mustahibbat dan tidak juga pada selain keduanya.

2
.Beliau berkata dlm muqaddimah Sohihul Jami' wa Dho'ifihi (m/s 32) "Inilah, niatku adalah untuk mencetak kitab al-Fathul Kabir yang bercampur padanya antara hadith-hadith yang soheh dan dho'if, beserta tahqikan aku dan membezakan sohihnya daripada dhoifnya sebagaimana yang telah aku terangkan dalam muka surat 9-10. Kemudian jelaslah bagiku apa yang baik dari perkara tersebut Insya Allah. Iaitu aku ingin mencetaknya dalam dua cetakan, setiap cetakan adalah bahagian hadith yang berasingan.Iaitu, pertama: Khusus untuk hadith-hadith yang thabit dan boleh berhujah dengannya pada sisi ulama. Ia merangkumi hadith soheh dan hasan Kedua: Khusus untuk apa yang tidak boleh berhujah dengannya. Ia merangkumi ad-dho'if, ad-dho'if jiddan dan al-maudhu'" (KESILAPAN YANG JELAS)

3. Kemudian beliau berkata lagi dalam m/s 24 : ?Dan ikutan aku dalam hal Ini adalah al-a-immah as-sabiqun yang mengarang kitab-kitab as-sohih seperti Bukhori, Muslim , Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan lain-lainnya. Begitu juga yang menulis ad-dho'ifah dan al-maudhu'ah seperti Ibnu al-Jauzi, Ibnu Tohir al-Muqaddisi, asy-Syaukani, al-Fatni dan lain-lainnya?.

Inilah kesilapan yang besar dalam pandangan Sheikh al-Albani, sesungguhnya al-a-immah as-sabiqah yang mengasingkan as-sohih, tidak menegah beramal dengan hadith yang dhoif dan tidak pula mengajak manusia untuk jadikan dhoif, matruk dan maudhu'dalam satu martabat yang sama.

Bagi mereka, dho'if boleh beramal dengannya. Buktinya, lihat sendiri kitab Imam Bukhori al-Adabul Mufrad yang bercampur antara hadith sohih dan dhoif. Begitu juga kitab Raudhotul Uqola' karangan Ibnu Hibban. Juga kitab Ibnul Jauzi al-Ma'zu. Begitu juga Shofwat at-Tasawwuf karangan Ibnu Tohir. Imam as-Syaukani juga banyak berhujah menggunakan hadith-hadith dhoif dalam kitabnya Nailul Author dan Tuhfatuz Zakirin.

Disamping itu, ulama-ulama yang mengasingkan al-maudhuat, mereka tidak mencampurkannya sekali dengan hadith-hadith yang dhoif, dan tidak pernah menyeru orang ramai supaya meninggalkan beramal dengan hadith-hadith dhoif. Mereka hanya menjelaskan dan membahagikan jenis-jenis kedhoifan hadith-hadith tersebut.

LAYAKKAH BELIAU DIGELAR SEBAGAI MUHADDITH?

Sebelum menjawabnya, mari kita lihat apa takrif ulama pada kalimah muhaddith.

1. Imam As-Suyuti: al-musnid itu adalah orang yang meriwayatkan hadith beserta sanadnya, samada ia mengetahui tentangnya ataupun semata-semata meriwayat sahaja. Adapun Muhaddith lebih tinggi daripada itu.

2. Imam Ar-Rafie': Iaitu orang yang mendengar hadith (meriwayat) dan tahu akan thuruqnya dan asma' rijalnya dan matannya.

3. Imam at-Taj bin Yunus dalam syarah at-Ta'jiz:
Orang yang mendengar hadith (meriwayatkan) dan tahu akan thuruq ithbatul hadith dan mengetahui 'adalatul rijal hadith.

4. Adapun para fuqaha, mereka mentakrifkan muhaddith itu adalah:
Orang yang menghafal sanad hadith dan mengetahui jarh dan ta'dil rijal tersebut.

Daripada pentakrifan para ulama tadi, kita dapat menilai bahawa antara syarat utama untuk digelar sebagai muhaddith, mestilah seseorang itu mendengar atau menerima hadith-hadith secara riwayat. Tidak cukup hanya tahu jarh dan ta'dil tanpa pernah meriwayatkan hadith. Dan tak cukup juga hanya mendengar hadith tetapi tidak tahu jarh dan ta'dil.

Ini satu hakikat yang wujud pada Sheikh al-Albani, apabila beliau diminta untuk menperdengarkan satu hadith yang pernah diriwayatkan atau didengar olehnya, beliau mengatakan. "Aku tidak tahu". Jelas sekali beliau tidak pernah mendengar dan meriwayatkan hadith daripada sesiapa pun yang menyebabkan beliau sebenarnya tidak layak untuk digelar sebagai muhaddith pada kurun ini.

Beliau mengkaji hadith hanyalah melalui pembacaan kitab-kitab hadith di Maktabah Damsyik. Pengkajian tersebut belum mampu melayakkannya untuk digelar sebagai muhaddith, walaupun beliau sangat 'alim dalam bab al-jarh wat ta'dil pada asma ar-rijal.

Oleh itu, mereka yang ingin merujuk kepada hadith-hadith Nabi SAW, tidak sepatutnya mengambil kitab-kitab hadith karangan beliau sebagai rujukan. Sebab itulah di Universiti Al-Azhar, pandangan beliau dalam bidang hadith tidak diambil kira. Bahkan ramai ulama-ulama Al-azhar yang menolak pandangannya. Begitu juga ulama-ulama di Tanah Arab yang lain umpama Syria, Emirates, Lebanon dan lainlain lagi yang menolak pandangan beliau. Hanya beberapa ulama sahaja yang menerimanya seperti ulama di Arab Saudi yang beraliran Wahabi. Penulisan beliau dalam mentashihkan dan mentadh'ifkan hadith-hadith Sunan Sittah telah di?rad? oleh ramai ulama. Antara kitab-kitab yang menentangnya adalah:

1. Kitab "Auqifu Hazal 'Abthu bit Turath". Tulisan al-ustaz Muhammad Abdullah Ali Syakir.

2. Kitab "At-ta'rif Biauhami man Qassamas Sunan ila Sohihin Wadho'ifin" sebanyak 6 jilid. (Darul Buhuth Liddirasah al-Islamiyyah wa Ihyait Turath ) oleh Al-ustaz Mahmud Sa'id Mamduh.

Dan banyak lagi kitab-kitab di makatabah di Mesir ni yang bertebaran.

Semoga artikel yang ditulis ini mendapat respon yang positif daripada sahabat-sahabat sekelian. Sekiranya ada kesilapan dan kesalahan di dalamnya dimohon berbanyak kemaafan. Saya mengharapkan teguran yang baik dari sahabat-sahabat semua.

30 Disember 2006

26 Disember 2006

Aku hidup berpura-pura?

Adakah aku hidup berpura-pura?
Atau kepura-puraan itu kehidupan aku?

Kenapa sering berpura-pura tahu?
Atau sering tahu bagaimana mahu berpura-pura?

Di hadapan mereka, adakah aku berpura-pura?
Kenapa aku perlu berpura-pura?
Kan lebih elok mereka mengenaliku yang bukan berpura-pura.
Entah-entah mereka tahu aku berpura-pura.

Mungkin kerana aku mempunyai kepentingan.
Aku sendiri tidak tahu kepentingan apa yang aku cari.
Sedangkan berpura-pura itu suatu yang merugikan.
Kadang-kala menguntungkan.

Maksiat dengan tidak berpura-pura.
Melarikan darinya dengan berpura-pura.
Adakah iman aku juga sedang berpura-pura?
Mahukan syurga pun mahu berpura-pura?

Sesetengah orang tidak berpura-pura.
Malah seronok dengan kejujuran.
Tapi mereka ada dua talam di muka.
Seorang jujur dengan apa yang diimani.
Seorang lagi jujur dengan apa yang dikufuri.

Aku mahu hidup aku berjujur.
Mahukan kejujuran itu hidup aku.
Tetapi aku hanya berpura-pura bila berdoa.
Adakah aku minta kepada Yang Berpura-pura?
Maha Jujur yang mengetahui aku begini.
Maha Jujur yang mengkabulkan setiap hajat.

Tetapi Maha melihat tidak berpura-pura dengan aman syurgaNya.
Bahkan Maha Kuasa tidak berpura-pura dengan azab nerakaNya.

Adakah tulisan ini juga satu kepura-puraan?
Atau hanya meluahkan keinsafan?
Maha Jujur juga yang tahu akan kepura-puraanku atau kejujuranku.

17 Disember 2006

Menunggu Fatwa Dari Mufti Darus Sunnah

Setelah saya membaca Majalah I, keluaran kumpulan KarangKraf SDN BHD yang terbaru. Memaparkan gambar "sohibus samahah" Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang meghiasi muka depan majalah tersebut. Tentunya kita semua dapat meneka apakah yang akan dibicarakan di dalamnya setelah melihat kulitnya. Jika yang baru pertama kali membacanya sudah tentu belum tahu apa-apa mengenai Majalah I dan siapakah Dr Mohd Asri?
Rasanya belum rasa terlambat jika saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada beliau, kerana kesudian menjadi mufti kepada Negeri Perlis "Darus Sunnah" yang diperintah oleh Shahidan Kassim. Juga rasanya berbaloi dengan penat lelah "berjuang" menegakkan "siapakah yang paling sunnah di antara ahli sunnah?". Dahulu negeri Perlis dekenali denga laqqab Indera Kayangan tetapi tidak lagi kini. Sudah bertukar dengan Darus Sunnah. Maka jangan pula negeri-negeri lain menjadi Darul Bida'ah. Maka yang baik kita ikut tak tak elok jadikan sempadan.
Sebelum tu, saya nak juga cerita sedikit berkenaan "siapakah yang Ahli Sunnah yang sebenarnya". Cerita ini berdasarkan pengalaman saya belajar di sebuah Kolej Islam di Negeri Kelantan Darul Naim. Ada satu hari semasa kuliyah subjek Tafsir Ayat Ahkam. Sebelum kuliyah bermula, pensyarah yang mengajar kami, mengajukan satu soalan. Pensyarah itu bertaraf Dr dan mengambil PhDnya di Universiti Madinah. Soalannya lebih kurang berbunyi begini, "siapa di dalam kelas ini bermazhab Hanafi? Sila angkat tangan!", maka sudah tentu tiada siapa yang mengangkatnya. Sekali lagi beliau melontarkan soalan yang agak sama maksudnya "siapa di dalam kelas ini bermazhab Syafei?" dengan soalan yang diajukan, kami semua dengan tidak teragak-agak mengangkat tangan. Setelah itu beliau memberitahu kami semua "saya bermazhab al Quran dan As Sunnah". Seterusnya, beliau memulakan pengajian seperti biasa, dan meninggalkan kami agak terpinga-pinga. Maka dengan itu saya memulakan berfikir dan terus berfikir sehingga habis kuliyah beliau. Lalu saya lontarkan soalan itu kepada rakan saya, "Imam Syafei tak ikut Al quran dan As Sunnah ke?". Soalan saya lontarkan kepada rakan itu saya tidak memerlukan jawapan. Biarkan sahaja dia berfikir bersama.
Berbalik kepada Dr Mohd Asri atau lebih dikenali di dalam dunia cyber ni sebagai MAZA. Saya mula mengenali tulisan-tulisan beliau di dalam majalah Tamadun. Jika siapa yang perasan, seingat saya berkisar persoalan Hudud dan Qisas. Wartawan Tamadun membuat sesi temuramah dan soal jawab berkenaan dengan masalah Hudud dan Qisas. Pada ketika itu rasanya dia belum ada title Dr. Bagaimanapun jawapan-jawapan beliau membuatkan saya tertarik, dengan berkopiah putih dan berbaju melayu, menjawab dengan tegas berkenaan dengan Hudud dan Qisas.
Sepanjang di Malaysia, beliaulah di antara "ulama" yang saya kagumi. Kerana kepetahan serta menggunakan sumber-sumber yang mantap, samada dari Al quran dan Hadith dan kitab-kitab rujukan lain. Pernah sekali saya mencadangkan kepada Naib Presiden Persatuan kami agar menjemput beliau untuk berceramah atau berforum. Tetapi tak kesampaian.
Sehinggalah kini saya di bumi Mesir, melanjutkan pengajian di Universiti Al Azhar. Suasana di sini agak berlainan apabila respond dari para ustaz dan tok-tok guru serta para mahasiswa sangat jauh dari sangkaan saya terhadap MAZA. Terutama mahasiswa yang "lahir" dari pusat pengajian pondok sangat amat tidak senangi dengan MAZA. Bahkan Syeikh Nuruddin Al Banjari Al Makki pun agak kurang senang dengan beliau. Maka sedikit sebanyak ia terkesan kepada diri saya dan method pengajian saya dalam ilmu-ilmu Islam. Saya rasa lebih berhati-berhati berbanding di kolej dahulu.
Apa yang saya nanti-nantikan dari pelantikan MAZA sebagai Mufti Perlis yang baru ini adalah fatwa-fatwa beliau. Fatwa atau apa-apa pendapat yang amat saya sangat tunggu-tunggukan adalah berkenaan dengan masalah-masalah pokok di dalam negara kita sekarang. Tidak lain tidak bukan ialah:
  • Akidah Negara
  • Perundangan Syariah
  • Islam Hadhari
  • Pertubuhan Sister In Islam
  • Demokrasi dan Pilihanraya
  • Sistem beraja
  • Sekularisme
  • Nasionalisme

Saya merasakan pemilihan MAZA amat tepat sebagai Mufti Perlis untuk membawa hal-hal seperti ini di meja para Mufti. Seperti mana yang dilakukan oleh SS Dato Dr Harussani Mufti Perak yang bertungkus lumus memerangi gejala murtad yang semakin parah. Ia juga berdasarkan kuliyah-kuliyah, ceramah-ceramah dan perdebatan-perdebatan yang sangat popular sekarang dan mempunyai pengaruh yang amat memberangsangkan. Rasanya inilah masa yang sangat sesuai untuk mencerminkan peribadi beliau sebagai mufti Darus Sunnah, dan amanah dan ikhlas terhadap apa yang telah banyak beliau sampaikan kepada masyarakat kini.

Jangan pula hanya berkisar tentang talqin, zikir, qunut, serta masalah lain yang dilihat sebagai masalah-masalah cabang dalam ilmu Islam. Saya bertanggungjawab atas tulisan saya, jika MAZA mahukan saya sebagai jurucakap berkenaan dengan masalah-masalah yang saya usulkan itu saya amat-amat alukan.

Teringat dengan kata-kata Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa menjawab pelawaan Tengku Razaleigh Hamzah, jika Kelantan berjaya diperintah UMNO maka mahu melantik Tuan Guru sebagai Mufti Kelantan. Jawapannya berbunyi "fatwa pertama yang saya akan keluarkan jika saya dilantik sebagai mufti negeri adalah, mengundi UMNO adalah HARAM".

16 Disember 2006

Hensem VS Tak Hensem, Cun VS Tak Cun

Entry kali ini agak santai rasanya. Tiada apa yang mahu disentuh, hanya sekitar persoalan yang sering berlegar di sekitar kita. Diri yang bergelar lelaki mahupun wanita. Apa status mereka pun termasuk dalam entry yang bakal ana sentuh ini.

Merujuk kepada tajuk di atas, mungkin sedikit sebanyak antum semua dapat mengagak bagaimana agaknya yang bakal ana sentuh ini. Tidak menjadi hal sekiranya antum dapat mengagak atau tidak, ana tetap akan menulis.

Jika kita perhatikan, renungkan kembali kepada peristiwa Israk Dan Mikraj, ketika mana Nabi SAW telah di izinkan oleh Allah SWT untuk melihat penghuni-penghuni syurga dan neraka, dan bagaimana suasananya berlaku. Selepas itu apa yang Nabi SAW menseritakan kepada ummatnya? Mungkin antum semua pernah mendengarnya dalam tazkirah atau mana-mana ceramah. Tak perlulah rasanya ana sebutkan di sini.

Persoalan ini sering menjadikan seseorang yang bernama wanita mahupun lelaki akan tertanya-tanya. Bagaimanakah jodoh mereka? Yang lelaki seringkali terbayang-bayang ataupun terfikir, yang cantik kah atau tidak? Begitu juga dengan wanita, sedikit sebanyak mesti terkesima dengan para lelaki yang dikategorikan dengan hensem atau segak serta paras rupa yang menarik dan "cantik". Tidak dapat menafikan bahawa inilah fitrah kita sebagai manusia. Perasaan seperti ini telah dianugerahkan oleh Allah kepada kita. Bagaimanapun sejauhmana kita mengawalnya dan sejauhmana ianya betul-betul memberikan makna keikhlasan kepada kita?

Sesetengah daripada kita termasuklah dari kalangan mutadayyin/ustaz/ustazah yang agak memilih kriteria hensem dan cun itu sebagai batu asas memilih pasangan mereka. Bukan mahu memmerli golongan seperti ini. Tapi inilah yang berlaku. Tidak dinafikan juga bahawa hal seperti ini juga berlaku kepada diri ana sendiri. Seringkali melontar persoalan ini di dalam diri. Adakah ini yang perlu ada dalam kriteria seseorang calon untuk ana memilih sebagao seorang isteri? Bila difikir-fikir kembali dengan timbangan akal dan apa yang ana belajar selama ini maka persoalan ini bukanlah satu perkara yang besar dalam menentukan nilai usrah muslimah itu sendiri.

Mengikut dari survey yang ana lakukan secara tidak langsung, hampir seratus peratus lelaki mahukan isteri yang cantik dan sedap mata memandang. Menjadikan ianya menjadi ciri yang pertama dalam bab memilih pasangan. Begitu juga dengan apa yang berlaku kepada si perempuan. Bagaimanapun ini adalah survey secara tidak langsung, jika antum semua tak termasuk dalam ketagori ini maka janganlah terasa ya!.

Maka di sini, ana mengajak antum semua kembali memikirkannya. Kepada yang merasakan dirinya hensem (walaupun tak sebutnya depan khalayak hanya dalam hati), cuba-cubalah cerminkan kembali diri antum dan kembali kepada fitrah kejadian antum semula. begitu juga kepada cik adik yang cun (walaupun tak sebutnya depan khalayak hanya dalam hati), cuba-cubalah cerminkan kembali diri antum dan kembali kepada fitrah kejadian antum semula.

Kepada para lelaki, cuba intai kepada wanita yang cun. Rata-ratanya mereka ini menjadi model, pelakon, pelayan GRO, suka tayang gambar kat dalam frienster, dalam blog pun kadang2 ada (jangan marah ini kenyataan). Orang yang cun juga sering mendapat perhatian ramai, samada di universiti, kolej, sekolah, pejabat atau mana-mana ruang yang membolehkan para lelaki meilhat mereka. Wanita yang dikategorikan sebagai wanita cun ini juga sering menjadi isu dalam mana-mana perdebatan. Dulu pernah kecoh sekali berkenaan dengan wanita cantik yang disentuh oleh Tuan Guru Dato Nik Abduk Aziz, MB Kelantan.

Sehinggakan waita cantik ini menjadi penghias kepada iklan-iklan yang ditayang. Samada di televisyen, papan-papan iklan di tepi jalan, produk-produk kecantikan. Mereka sanggup menjadi alat sebagai daya tarik kepada barang-barang kegunaan. tak kurang juga di Mesir ini, iklan pemanas air pun, disebalahnya kelihatan wanita cun yang gaya menggoda. Padahal nak jual "sakhonah" saja.

Begitu juga dengan pertandingan Ratu Cantik, apa kelebihan dari pertandingan ini pun ana tak pasti, sekadar menjadi pemuas nafsu para lelaki melihat mereka. Rata-rata yang menyertai pertandingan ini sudah semestinya yang cantik dan cun. Yang cun juga yang suka pakai ketat-sendat, tayang itu dan ini, "katanya anugerah Tuhan buat apa nak sorok?"

Begitu juga apa yang berlaku kepada industri seni negara kita. Mana-mana pelakon wanita yang "kurang" cun atau "tak" cun, kurang mendapat tempat dalam mana-mana filem. Tempat yang menjadi tempat bagi mereka sekitar file-filem lawak, sebagai tukang gaji, sebagai wanita gila. Hanya dijadikan mereka ini bahan lawak untuk menterbahakkan para penonton menontonnya. Begitulah sebaliknya yang berlaku kepada lelaki yang tak hensem. Inilah realiti yang berlaku (jika ada yang mahu menafikkannya silalah komen).

Seperti yang Nabi SAW pernah sebut, perempuan yang ramai masuk neraka, perempuan jugalah yang ramai masuk syurga. Tapi tak pastilah yang ramai ke neraka tu yang cun atau tidak. Tapi bila dalam syurga kesemuanya dijadikan cantik-cantik dan muda. Hal ini menjadikan kita sedar kembali cantik bagaimana yang sebenarnya yang dianjurkan oleh Islam. Cantik, hensem yang bagaimana yang Islam mahukan. Saya mahu menyeru kepada diri sendiri juga kepada antum semua supaya sedar bahawa kita dijadikan oleh Allah dari air yang hina, fitrah kejadiannya yang sama, taqwa yang menjadikan kita ada perbezaan di sisi Allah.

"Sapa yang lebih mulia antara yang cantik menyanyi depan orang ramai dan yang tak cun yang sering berdakwah"

10 Disember 2006

Hormatilah budaya kami - Nik Aziz

KOTA BHARU, 8 Dis (Hrkh) ? Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat meminta wanita bukan Islam menghormati budaya dan adat resam orang Kelantan dengan berpakaian sopan sesuai dengan masyarakat setempat.

Menteri Besar berkata, peraturan menutup aurat hanya melibatkan wanita Islam sahaja dan tidak melibatkan wanita bukan Islam.

Ini kerana katanya, majoriti rakyat Kelantan adalah orang-orang beragama Islam dan tidak suka memakai pakaian yang menjolok mata, yang jelas bertentangan dengan nilai agama dan budaya.





Mengulas mengenai bantahan daripada segelintir wanita, beliau berkata peraturan menutup aurat bagi wanita Islam merupakan suruhan agama maka amat tidak wajar jika wanita Melayu Islam sendiri membantah.

?Menjadi tanggungjawab bagi sebuah kerajaan Islam untuk memastikan setiap peraturan dan undamg-undang Islam terlaksana termasuk dalam soal peraturan menutup aurat bagi wanita Islam,? ujar beliau.

?Dalam kawasan rumah mereka bebas untuk berpakaian, tapi bila keluar rumah dan terbabit dengan orang ramai, perlu ada peraturan tertentu termasuk soal cara berpakaian,? jelasnya kepada wartawan selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim di sini kelmarin.

?Lebih-lebih masalah rogol dan keruntuhan akhlak semakin banyak dan berkembang, bukannya semakin berkurang. Kerana itu Islam awal-awal lagi menetapkan peraturan berpakaian yang kita panggil menutup aurat sebagai langkah mencegah perkara tidak bermoral dalam masyarakat?.

?Peraturan ini peraturan Islam dan perintah Allah, bukannya peraturan yang dibuat PAS sepatutnya mendapat sokongan bukan bantahan,? ujarnya kesal.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Haji Takiyuddin Hassan berkata, berkaitan peraturan berpakaian menutup aurat bagi wanita Islam ia bukan perkara baru kerana telah dikuatkuasakan sejak tahun 1989 lagi.

Menurut Takiyuddin, kenyataan atau dakwaan yang mengatakan berpakaian seksi akan didenda RM500 itu tidak benar. Kerana RM500 itu kadar maksimum, bukan denda mandatori.

?Kompaun atau denda itu bergantung kepada keadaan seseorang ia bukan mandatori, malah tidak ada lagi setakat ini yang didenda sehingga RM500,? katanya.
?Bagi kaum bukan Islam kerajaan negeri tidak berhasrat menguatkuasakan peraturan kerana kita lebih kepada pendekatan mendidik dan meminta kerjasama mereka untuk menghormati sensitiviti masyarakat.?

Katanya setakat ini tidak ada wanita bukan Islam yang dikenakan tindakan kompaun.
Kalami:
  • Peraturan yang baik dan wajar disokong!
  • Darul Sunnah bila lagi nak ikut? Bida'ah ke agaknya peraturan macam ini?
  • Harap negeri-negeri lain dapat ikut peraturan ini.
  • Syabas Kerajaan Kelantan

03 Disember 2006

Air Mata Berembang

Kronologi berlakunya penindasan ke atas rakyat oleh Kerajaan Islam Hadhari Negeri Selangor pimpinan Khir Toyo yang tak hadhari! -petikan dari http://harakahdaily.net/v061/index.php?option=com_content&task=view&id=5508&Itemid=50


Lokasi Surau Ar-Rahimah Kampung Berembang, jam 9.00 pagi...hujan gerimis
  • Renyai hujan pagi itu, menandakan kesuraman di suasana Kawasan Kampung Berembang sedang bersedia 'meratapi' kesayuan kerana rumah Allah yang dibina atas limpahan peluh dan jerih payah akhirnya bakal tumbang walaupun dihalang dengan kudart, darah dan air mata hamba-Nya.
  • Penduduk kira-kira 30 orang sudah mula berkumpul dan mundar-mandir sekitar surau dua tingkat yang tersergam gagah.

10.00 pagi
  • Secara perlahan-lahan empat buah jentolak mula memasuki kawasan berhampiran surau.
  • Tidak terkecuali, dua buah trak tunda untuk 'menarik' kenderaan penduduk yang menghalang jalan.

10.15 pagi
  • Ketumbukan pasukan 'angkatan pemusnah' yang terdiri daripada pasukan Majlis Ampang Jaya (MPAJ) lebih 100 orang, anggota polis berpakaian preman dan seragam termasuk FRU dan dua pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menghampiri penduduk dan orang awam yang mula membenteng surau tersebut.
  • Dari jauh, kelibat beberapa orang daripada pihak pemaju sedang memerhatikan kerja-kerja yang bakal di lakukan oleh 'angkatan pemusnah'
  • Pegawai Jais cuba memujuk penduduk dan meminta penduduk mengosongkan kawasan surau tersebut
  • Penduduk dengan air mata merintih supaya pihak Jais berunding dengan pihak MPAJ akan menangguhkan perobohan surau tersebut.
  • Kata penduduk, jika keputusan tidak menyebelahi, mereka reda dan mereka masih mempertahankan surau tersebut kerana selain tempat solat dan beribadat, ia menjadi 'pusat perlindungan' sementara bagi penduduk kerana beberapa hari lalu MPAJ telah bertindak merobohkan lebih 50 kediaman dan penempatan mereka. Di sekeling surau, kelihatan khemah-khemah didirikan oleh penduduk kerana mereka tiada tempat berlindung.
  • Surau tersebut juga adalah tempat tidur bagi sesetengah kanak-kanak malang yang rumah mereka telah dirobohkan.

10.45 pagi

  • Rundingan gagal malah pegawai Jais tidak langsung berusaha untuk memujuk MPAJ dan tanpa hati kemanusiaan, MPAJ dengn keras hati memulakan kerja-kerja dengan mengarahkan supaya memasuki surau tersebut, namun pintu pagar hadapan dikunci oleh penduduk.
  • Sementara MPAJ mencari jalan, kira-kira 20 orang menunaikan solat hajat di hadapan pintu pagar tersebut. Selesai sahaja mereka kemudian berzikir dan berselawat secara beramai-ramai bersama penduduk kampung yang berada di situ kerana mahu mempertahankannya.
  • Seorang anggota MPAJ menghidupkan enjin gergaji besi untuk memotong pagar tepi surau tersebut dan melihat sahaja keadaan itu penduduk dan orang awam mula membina benteng - tangan bersilang tangan bagi menghalang daripada MPAJ merempuh masuk ke dalam surau.


11.00 pagi

  • 'Perang bermula' Tanpa sekelumit rasa simpati dan perikemanusiaan MPAJ dengan kasar merempuh benteng manusia dengan mengasari mereka, memukul, menyiku, mencekak dan menumbuk beberapa orang penduduk.
  • Asak-mengasak berlaku, dan dua daripadanya telah diheret daripada kumpulan benteng manusia itu ke satu sudut oleh enam orang MPAJ dan polis
    Kanak-kanak yang berada di atas surau menyanyikan lagu 'Negaraku'.
  • Pergelutan terus berlaku di empat penjuru yang berbeza dan keadaan menjadi tegang dan hilang kawalan. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila anggota polis dan FRU turut masuk campur dan bertindak memukul penduduk serta penyokong mereka yang berhimpun di situ.
  • Setelah pagar tepi dipotong, penguat kuasa MPAJ meluru masuk ke dalam surau dan merempuh kumpulan remaja perempuan dan kanak-kanak yang menjadi 'kubu manusia' di dalam surau tersebut.
  • Seorang wanita pengsan kerena diheret dan bergelut dengan anggota wanita MPAJ
    Di bahagian bawah surau, tiga beranak merantaikan diri mereka di tiang surau tersebut kerana tidak sanggup membiarkan MPAJ merobohkannya.
  • Peristiwa memilukan ini berakhir dengan MPAJ memotong rantai besi tersebut dan bergasak dengan tiga beranak itu yang mengakibatkan si suami tersebut muntah-muntah dan kemudiannya pengsan.
  • MPAJ menyelongkar, mengumpil cermin tingkap dan memecahkan bahagian dalam surau tersebut bagi memudahkan jentolak untuk 'memusnahkan' surau itu.
  • Di luar surau masih berlaku pergaduhan serta pergelutan kecil dan insiden kejar mengejar antara anggota dan beberapa penduduk di situ.
  • Teriakan, jeritan dan pekikan kaum wanita kerana meratapi perbuatan ganas MPAJ menyelubungi suasana
  • Di bahagian tepi surau kelihatan tiga remaja perempuan hampir pengsan dan longlai akibat bergelut dengan MPAJ
  • Kemuncaknya, 11 ditahan oleh anggota polis yang terdiri daripada pendudk kampung dan aktivis pelajar
  • Tragedi Kampung Berembang seolah-olah mengulangi situasi Memali apabila pihak berkuasa merempuh masuk ke madarasah untuk menangkap individu tertentu. Bezanya tiada tembakan dan gas mata mewarnai suasana kali ini. Bezanya pihak berkuasa kali ini merempuh masuk, untuk memusnahkan surau.

12.30 tengah hari

  • Sebuah jentolak merobohkan bahagian hadapan surau ketika para penduduk dan sukarelawan melaungkan "Allahu-Akbar","Hidup rakyat" dan "Hidup Islam" bergema di ruang angkasa Kampung Berembang.


01.00 petang

  • Akhirnya, 'Rumah Allah' roboh jua dan azan Zuhur sudah tidak berkumandang lagi...
    Kampung Berembang kelihatan seperti 'zon perang' dengan penduduk "bergelimpangan", antaranya menangis kesakitan, manakala sebahagian lagi pengsan dan cedera dipukul MPAJ dan polis.
  • Yang masih tersergam di surau tersebut ialah sebatang tiang elektrik yang dililit dengan bendera-bendera kecil Barisan Nasional.

Penutup

Menutup 'acara pesta' meroboh surau pada hari itu ialah, acara 'majlis makan nasi bungkus' anggota MPAJ dan polis secara beramai-ramai di dalam trak, di bawah dan di celah pokok sambil memerhatikan penduduk-penduk yang kesedihan, kepenatan apatah lagi kelaparan.
  • Dan yang paling menarik upacara nasi bungkus itu khabarnya ditaja oleh pemaju yang bakal membina projek di atas tapak surau...
  • Kalami

    • Kronologi Kg Brembang ni, saya tak dapat meneliti secara penuh, mengapa ianya berlaku, dan kenapa ianya berlaku secara tepat.
    • Dalam pada kerajaan selangor melancarkan kempen Setinggan Sifar, adalah salah satu proses pembangunan yang sepatutnya berstrategi dan mesti dirancangkan dengan baik. Jika berlaku hal2 seperti ini, dan pernah juga berlaku sebelum ini. Ia sebenarnya menggambarkan ada sesuatu yang berlaku yang kita tidak ketahui.
    • Yang hairannya, mengapa ada undang-undang yang membolehkan, pihak Majlis merobohkan rumah2 yang ada isi?
    • Yang hairannya, dari kenyataan ketua atau orang yang menghantar bantahan kepada kerajaan bahawa tarikh dirobohkan dilanjutkan, dan ianya diterima, Tetapi pihak majlis tetap melanggarnya.
    • Yang hairannya, walaupun ianya satu arahan dari kerajaan Negeri kepada pihak Majlis, tetapi dengan Ruh Kemanusian Islam, mengapa orang2 MPAJ tetap berkeras. Bahkan anggota wanitanya yang bertudung lengkap sanggup mengheret dan memukul wanita2 kampung berkenaan. Nak kata orang2 majlis ni orang kaya, selepas selesai hanya dibekalkan nasik bungkus ajer, nak kata diberi gaji berjuta takde pun sampai berjuta. Sebenarnya ada hati nak temuramah anggota2 majlis yang buat kerja2 camni. Na tanya isi hati mereka sebenar...
    • Lebih baik sebenarnya hidup di kelantan. Walaupun ada yang agak miskin tetapi, ada rumah ada tanah ada kebun. Di negeri Selangor luas lagi tempat2 yang mahu dijadikan kawasan pembnagunan, tetapi kawasan2 penduduk setinggan yang dijadikan mangsa.



    Rujuk pula kepada 10 prinsip Islam Hadhari:

    1. Keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi.(wallahua'lam)

    2. Kerajaan adil dan beramanah.(mengikut kes yang berlaku totally out!!)

    3. Rakyat berjiwa merdeka.(mengikut kes yang berlaku totally out!!)

    4. Penguasaan ilmu pengetahuan.

    5. Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif.(mengikut kes yang berlaku totally out!!)

    6. Kehidupan berkualiti.(mengikut kes yang berlaku totally out!!)

    7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita.(mengikut kes yang berlaku totally out!!)

    8. Keutuhan budaya dan moral.(mengikut kes yang berlaku totally out!!)

    9. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi.

    10. Kekuatan Pertahanan dan Perpaduan.

    Di manakah hilangnya 10 gagasan ini??

    01 Disember 2006

    Memerangi Golongan Berakal


    Andaikata ada yang bertanya kepada saya, ?kenapa bila kita kentut, kena amik wudhuk kalau nak solat? Tak boleh ke cebuk jer cam biasa?? dengan spontan saya akan jawab dengan persoalan semula ?kenapa engkau melakukan solat??.

    Banyak persoalan-persoalan ini timbul dalam benak kepala orang Islam sekarang. Lalu ramai yang membuat andaian rigkas dengan menggunakan akal mereka yang disangkakan hebat. Mentafsirkan ajaran agama mengikut kepala sendiri. Tanpa menyandarkan kepada sumber-sumber yang soheh. Perkara seperti ini sudah lama berlaku, dan mungkin ia akan terus berlaku sehingga hari kiamat.

    Sejarah telah membuktikan, situasi ini pernah berlaku. Banyak kisah yang boleh kita ambil untuk iktibar kita semua. Kisah Nabi Ibrahim AS mencari kebenaran Tuhan. Melihat matahari dan Nabi mengatakan bahawa Matahari itu Tuhan, maka tidak kerana ia tenggelam dan timbul. Seterusnya kisah Nabi Muhammad SAW yang dituduh pendusta dan sebagainya. Seterusnya timbulnya golongan yang dinamakan Muktazilah. Sehinggalah melarat ke zaman kita sekarang ini. Golongan seperti ini tetap ada dan terus akan memberikan hujjah-hujjah yang sama. Manakala para ulama RA pula akan terus mempertahankan hujjah-hujjah yang sama untuk menyangggah pendapat-pendapat orang yang ?berakal? ini. Bak kata Saidina Umar Al Khattab: ?Jika Islam ini menggunakan akal semata, nescaya aku akan menyapu khuf aku ini di tapaknya bukan di atas?. Benarlah kata-kata Umar dalam menguatkan hujjah bahawa akal kita ini terbatas dalam menentukan hala tuju Islam yang kita anuti.

    Kebejatan masalah menggunakan akal yang tidak disandarkan kepada wahyu Allah dan bayan (keterangan) oleh Nabi SAW semakin berleluasa sekarang. Ianya banyak berlaku di Malaysia khususnya dan dunia umumnya. Akal manusia mengatasi segala apa yang difirmankan oleh Allah dan di sebut dalam Hadis oleh Nabi SAW. Apabila ianya berlaku tanpa ada imbangan atau sekatan, maka ia bakal merencatkan tumbesaran akidah dalam mencapai darjat ketaqwaan kepada Allah yang sebenar. Dengan itu berlakulah penyimpangan-penyimpangan dari natijah yang diputuskan oleh akal.

    Iya!!! Benar sekali bahawa akal dikurniakan oleh Allah kepada makhluk yang bernama manusia ini untuk berfikir. Tidaklah apa yang dijadikan Allah itu sia-sia. Kesemua makhluk yang diciptakanNya ada daya masing-masing yang ditetapkan oleh Allah. Seperti api, yang sangat panas dan boleh membakar, tetapi ia akan padam jika disimbah dengan kesejukan air, bahkan air panas sekalipun boleh memadam kepanasan api. Di sini boleh kita mengatakan bahawa makhluk bernama akal juga mempunyai keterbatasan tertentu, tidak semudah yang kita sangka bahawa 5+5=10, kerana ianya juga menggunakan proses berfikir dengan betul. Ianya juga mempunyai tahapan-tahapan yang boeh dicapai. Ianya akan terbatas jika sampai ke satu tahap yang amat kritikal.

    Sebagai contoh dalam masalah ghaibiyat, syurga-neraka, pahala-dosa, dan sebagainya. Akal tidak boleh menggambarkan perkara-perkara seperti ini jika ia tidak dibimbing oleh suatu yang boleh memimpinnya. Sepertimana kajian-kajian sains yang akhirnya memberikan konklusi bahawa ada yang menjadikan perkara-perkara yang serumit-rumitnya. Molekul-molekul, virus, protozoa. Maka tidak hairanlah ada para saintis yang membuat kajian langit akhirnya memeluk agama Islam.

    Baiklah, ada juga yang mengatakan bahawa kita hidup hanya sekali, tiada kehidupan lain selepas kematian. Hujjah-hujjah seperti ini membuktikan bahawa benarlah akal ini mempunyai keterbatasan tertentu. Ianya tidak boleh memikirkan dalam ertikata membuat natijah dalam perkara-perkara yang akan datang yang belum berlaku.

    Kesyumulan Islam dalam menentukan gaya hidup seseorang muslim itu membuktikan bahawa akal manusia perlu dibimbing supaya waras dalam menentukan perkara-perkara yang hak dan batil. Kerana kadangkala ianya menyimpang dari landasan yang sebenar semasa berfikir.

    Islam menetapkan beberapa hukuman yang tetap iaitu thabit yang qatei dalam al quran. Seperti hukuman hadd bagi penzina. Diwartakan dalam Al Quran bahawa perlu dikenakan sebnayak 100 kali sebatan. Kenapa 100? Kenapa tak 20 ke? 10 ke? Atau seribu kali sebatan? Perkara-perkara seperti inilah yang mempunyai rahsia-rahsia serta hikmah-hikmah yang Allah tentukan.

    Golongan-golongan yang ?berakal? ini ada bermacam-macam golongan yang menguasai beberapa bentuk pendekatan untuk mencari pengaruh. Kadang-kadang ianya berorientasikan agama. Adakalanya melalui pendekatan politik. Ianya akan terwujud dengan sendirinya apabila seseorang muslim itu tidak meletakkan tapak yang betul untuk mendirikan kecerdasan akal yang dikurniakan. Maka lahirlah fahaman-fahaman moden kini seperti sekularisme, nasionalisme, sosialisme dan sebagainya. Ianya meracuni pemikiran-pemikiran hamba Allah tadi dengan cara yang amat licik, dari taabbud kepada kufur kepada Allah. Bagaimanapun mereka yang tergolong dalam golongan ini tidak perasan dengan tindakan-tindakan yang amat bertentangan dengan ruh kemanisan beriman kepada Allah SWT. Ada juga yang perasan dan secara sengajanya terus memperlekehkan apa-apa yang lahir dari Islam, maka dikatakan pula Islam itu di dalam hati. Mungkin anda semua pernah terbaca kata-kata seperti ?Walaupun saya seksi, tetapi saya juga menunaikan solat?. ?Ah.. hukuman apa ini? Tak bertamadun! Nanti habis kudung tangan rakyat!? dan sebagainya.

    Baru-baru ini terkeluar kenyataan dari salah seorang menteri di Mesir ini mengatakan bahawa orang yang berniqab dan berjilbab ini jumud dan terkebelakang. Ini kerana ia lahir dari ?kecerdasan ? akalnya yang tidak disandarkan kepada Al Quran da As Sunnah. Di Malaysia pelopor-pelopornya sudah ada dan ramai kini yang menjadi sebahagian pengikutnya. Mengatakan tudung itu tidak wajib, perlu diberikan taarif sebenar salahlaku melakuka perkara tak senonoh. Teringat kes-kes penangkapan ratu cantik ?islam? oleh JAIS, kes Jaslina Hashim. Kes-kes seperti ini mendapat pembelaan dari menteri-menteri kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan NGO, rata-ratanya mereka ini orang Islam. Bahkan pertubuhan tersebut tertera nama Islam. Inilah akibatnya Malaysia kan menjadi haru biru dalam mensabitkan kesalahan-kesalahan yang bertentangan dengan syarak apabila akal sudah mendahului syarak.

    Maka tugas kita selaku makhluk Allah yang dikuniakan akal dan diminta untuk menjadi khalifah di bumi ini mesti ?memerangi? golongan ?berakal? ini, supaya mereka meletakkan akal mereka pada tempat yang betul. Pendekatan-pendekatan dakwah dengan pelbagai uslub boleh dilaksanakan untuk mencantas fikrah-fikrah seperti ini berleluasa. Ini kerana fitrah manusia adalah sama, iaitu memerlukan Tuhan. Kerana itu tak mustahil akal yang mempunyai tahap dan daya yang terbatas ini akan kembali memperhambakan dirinya kepada Allah SWT.

    Firman Allah yang bermaksud: ?Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Jalan yang engkau beri nikmat kepada mereka dan bukan jalan kemurkaan ke atas mereka dan bukan jalan orang-orang yang sesat? ?Surah al fatihah: ayat 6 dan 7.




    18 November 2006

    Melihat dan Mentafsir....


    Agak-agaklah. Apa yang anda semua dapat perhatikan gambar ini? Cuba renung2kan, tapi jangan sampai termenung ye.

    17 November 2006

    Muslimah Yang Terpilih

    BEBERAPA panduan menurut Islam diberikan dalam memilih pasangan hidup. Antaranya, pasangan hidup hendaklah yang mempunyai pegangan agama. Kriteria wanita beragama ialah yang solehah. Ia termasuk juga elok rupa paras, taat, baik dan amanah.

    Rasulullah s.a.w bersabda dengan maksud: "Wanita dikahwini kerana empat perkara: hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama, mudah-mudahan kamu akan terpulihara dan bahagia." (al-Bukhari, Muslim).

    Selain itu, hendaklah memilih wanita yang bersifat penyayang dan subur. Rasulullah s.a.w bersabda lagi: "Kahwinilah wanita yang bersifat penyayang dan subur. Maka sesungguhnya pada Hari Kiamat kelak aku berbangga dengan banyaknya bilangan kamu."(Sabiq 2000, II: 14-15).

    Zakat: Biar Betul-Betul, Jangan Tidak-Tidak!!!

    Persoalan ini sering diutarakan di segenap pihak yang berkenaan. Jika dia seorang miskin, dia bertanyakan hal ini. Jika dia seorang amil (pengutip zakat) dia juga menyebut tentang hal ini. Jika dia seorang bapa, dia juga menanyakan hal ini. Jika dia berkerja di agensi kerajaan, dia juga bertanyakan hal yang sama. Jika dia seorang pelajar, dia juga bertanyakan hal sedemikian. Ini membuktikan bahawa zakat adalah perkara penting dalam hidup sebagai muslim (orang islam).

    Zakat adalah institusi yang diwujudkan dalam Islam. Ianya juga terpecah dalam pelbagai bentuk dan cara pembayaran. Adakah semua muslim sedar akan hal ini? Ataupun sedar hanya tentang zakat Fitrah, yang dikenakan pada bulan Ramadhan. Zakat adalah satu resolusi penyelesaian kekurangan keperluan yang diterapkan oleh Islam. Ianya berbentuk pengagihan keperluan ekonomi kepada setiap muslim, mengikut asnaf-asnaf yang ditetapkan. Bukan dijalankan mengikut keperluan. Ianya wajib dibayar pada setiap tahun, dan WAJIB dihabiskan pada tahun berkenaan juga. Bukan untuk disimpan. Dijadikan modal dan sebagainya. Ianya satu bentuk kitaran ekonomi yang dilihat sebagai mata rantai.

    Jika dilihat di bumi Malaysia yang makmur dan kaya dengan pelbagai hasil bumi mahupun langit. Zakat boleh terwujud dengan pelbagai bentuk. Contohnya, zakat pendapatan, zakat hasil pertanian, ternakan, zakat emas, dan sebagainya. Ini membuktikan bahawa kesyumulan Islam dalam aspek pengurusan harta amat ditekankan. Bagaimanapun di Malaysia tebahagi kepada dua institusi yang menguruskan hal demikian, iaitu zakat dan cukai. Cukai pula terbahagi dengan pelbagai bentuk. Dari sumber yang agak sama tapi cara pelaksanaanya berlainan. Ini berlaku kerana sistem pemerintahan negara kita adalah sekular (maaflah kalau ada yang tersingggung).

    Apa yang nak ditekankan di sini adalah ke mana zakat-zakat yang dikutip dan diterima dari kaum muslimin di Malaysia diagihkan? Perkara ini sering menjadi persoalan dan tanda tanya (bagi orang-orang yang prihatinlah). Dilaporkan bahawa negeri kelahiranku zakatnya terbeku sebanyak RM14juta. Pelikan?? Sepatutnya orang-orang yang tergolong dalam asnaf-asnaf penerima zakat memperolehinya dalam tahun yang sama ianya dikutip. Bagaimanapula ada yang terbeku? atau "dibekukan"? atau "membeku"? (berapa banyak beku daaa)

    Tidak kurang para pelajar yang tergolong dalam asnaf fi sabililah, yang kurang mendapat bantuan zakat. Tak perlu jauh-jauhlah, di sekitar tempat penulis belajar ni pun ramai pelajar yang merungut dalam hal zakat ini. Zakat yang diterima pula tidaklah banyak mana nak dibandingkan negeri-negeri lain. Hanya RM3500 per tahun, untuk pelajar-pelajar tahun 3 dan 4 sahaja dan bukan tahun mengulang. Bagaimana dengan pelajar-pelajar tahun 1 dan 2? Dan juga pelajar-pelajar yang mengulang tahun? Adakah mereka tidak termasuk dalam asnaf yang membolehkan mereka terima bantuan zakat? Sudahlah kami tidak menerima "keistimewaan" PTPTN seperti pelajar-pelajar IPTA yang belanjanya lebih mahal berbanding di sini. Untuk merima bantuan zakat pun bermacam-macam halangan.

    Bila berlaku hal-hal begini, ianya bakal mewujudkan bermacam-macam bentuk fitnah. Sana salah, sini salah. Akhirnya terbeku zakat. Teringat apa yang berlaku ketika Khalifah Umar Abdul Aziz memerintah khilafah Islmiyah. Institusi zakat sangat berfungsi mengikut yang dianjurkan oleh Islam, sehinggakan tidak wujud golongan yang layak menerimanya atau mahu menerimanya. Membuktikan kitaran harta terus berjalan dengan baik tanpa wujud sebarang fitnah sekaligus mencerminkan tahap kefaham Islam yang tinggi di kalangan ummat Islam pada ketika itu.

    10 November 2006

    Jambatan Sudah Roboh?

    "Jambatan sudah roboh, sudah roboh, sudah roboh hari ini" Korang mesti pernah perasan lirik ni kan? Dulu masa korang kecik-kecik, yang pompuannya belum kenal apa itu uzur, yang lelaki selalu tersepit dek zip seluar. hehe. Ianya sebenarnya dari lirik lagu London Bridge, seingat aku mcmnilah lebih kurang. "london bridge is falling down, falling down", yang lebih2nya pandai korangla sambung. Aku pun tak ingat.

    Nak cerita pasal jambatan ini, mcm2 kita boleh cerita. Kalau korang mesti boleh cerita mcm2 kisah tentang jambatan ni. Tak kiralah, samada kisahnya berlaku pada diri korang ataupun pada orang lain.

    Selalunya jambatan ni, orang kita melayu islam mengaitkannya dengan ikatan. Jika ada jambatan senang nak berhubung, dari kampung ulu ke kampung seberang. Jambatan juga selalunya dikaitkan dengan gotong-royong. Ianya dibina dengan "kederat" orang-orang kampung. Suka sangat bila jambatan dah siap. Bila dah siap, masing na lalu kat jambatan tu. Yang kaki ngail pun ambil kesempatan nak ngail kat situ. Yang kaki ngurat anak dara orang pun amik kesempatan ngurat anak dara orang kat situ.

    Itu mungkin zaman dulu. Zaman belum kenal apa tu internet, apa itu laptop. Zaman ke zaman berlalu, hingga ke zaman kita sekarang. Segalanya dihujung jari. Segala urusan banyak di depan skrin. Jumpa kawan pun dalam skrin. Senang mudah, jambatan penghubung terbina di depan skrin.

    Pastu, orang dah mula pandai. Otak dah mula pusing, kononnya fikir macam2. Macamna nak bangunkan kemajuan? Camna nak bina infra sana sini. Biar rakyat senang. Mulalah rancak pembangunan jambatan lerentasi pulau ke pulau. Melintasi sungai.
    Time tu ada yang otak mula nak mereng dah. "manna adda mahal? itu jambatan 40juta juga, rakyat juga kasi senang". Retak menanti belah. Tunggu runtuh juga.. sepatutnya 30juta tapi dah seluk bawah meja naik 40uta. Itu satu jambatan kena 10, 20, 200, 400 buah??? Jadi tahi rasuahla jadinya.

    Sampaila Che Det ngan Pak Lah. Mula laaaa. Tang sini tak kena, tang sana tak kena. Pimai Pi mai tang tu juga. Dua2 makan duit kita juga. Apasal depa kelahi? Pasal jambatan juga. Dua keris UMNO yang ada kat lambang dia tu, masing-masing dah hunus, sapa yang kena tikam nanti tak tau la aku. Kita bina jambatan nak erat hubungan, jambatan sebagai penghubung. Tapi jambatan sekarang dah lain. Dia ada market dia tersendiri pada mata2 zaman laaa. Che Det kata Pak Lah camni, Pak kata Che Det camtu. Pastu ramailah yang buat taklikan. Mulalaaaa. Tang ni, orang melayu memang suka. Tang ni memang orang melayu amik bahagian. Memang tak lepaskan peluang.

    Haiii..jambatan. Aku tak tau laa, pasaipa depa berkelahi tentang ko. Padahal nak bina jambatan ni, senang nak berhubung, bukan kelahi. Tapi la ni, depa tengok,nilai ko bukan setakat itu. Mungkin melayu sekarang tak macam melayu dulu. Gotong-royong buat jambatan. Sekarang ini untong-motong buat jambatan.

    01 November 2006

    22 Oktober 2006

    Ramadhan kali ini..

    Ramadhan kali ini adalah kali kedua saya berpuasa di bumi bertuah ni. Cuma kali ini semuanya berlainnan dari Ramadhan sebelumnya. Mengharapkan lebih baik dari sebelumnya. Selalu mengharap dan terus mengharap.

    Kali ini berpuasa dengan kediaman baru, tidak lagi di Hostel tapi di rumah sewa. Menghadapi Ramadhan kali ini pun dengan keadaan diri yang lain....

    Dahulu...saya bersama kawan di hostel, sekejap di rumah tanjung....hari-hari dapat ayam dan nasi tabarruk.
    Kini... saya masih bersama kawan di rumah sewa.... berbuka tak tentu... kadang-kadang kat rumah, kadang-kadang kat rumah kawan.

    Dahulu...sebagai mamat biasa je ngan kawan-kawan sambut ramadhan...
    Kini...sebagai exco bersama kawan-kawan...

    Dahulu...saya rasa hati sentiasa berbunga kerana sering bau keharumannya...
    Kini...saya rasa hati dicucuk duri dari bunga yang sering dicium...

    Dahulu...jadi bilal jer masa tarawih...
    Kini...kena jadi imam pula...

    Dahulu... berbuka dengan kurma...
    kini...masih dengan kurma...

    Ya Allah sampaikanlah aku dengan Ramadhan yang akan datang....

    10 September 2006

    Sebulan Sudah...

    Sebulan sudah aku menjadi warga Zahraa. Aku terpanggil untuk aku menetap di madinat tersebut. Aku dilawa oleh sahabat-sahabat Zahraa. Aku ikut pelawaan lawaan sahabat-sahabat. Aku merasa mungkin aku dapat sesuatu yang aku cari di madinat Zahra.

    Terima kasih ahli bait Muhammad Fairuz Tamjis...

    Syukran Muhammad Firdaus Sulaiman...

    Toh Ceh Ishaq Hanis Asmail...

    Thank You Abdul Ghani...

    Kerna memberi ruang dalam rumah. Masa sebulan ni banyak yang aku dapat. Masa sebulan ini banyak yang aku buat. Masa sebulan ni banyak gak buat silap. Masa sebulan ni banyak kali gak aku tak masak. Masa sebulan ni banyak gak masuk rumah tak bagi salam. Masa sebulan ni banyak gak aku buang masa kat dalam rumah. Tapi sebenarnya aku nak bertindak... mungkin makan masa sebulan lagi kot...

    hehehe

    Aku Tahu...

    Aku tahu aku bukan Insan yang sempurna, apatah lagi insan yang boleh membuatkan semua hati merasa senang dengan kehadiran aku. Aku tahu sejak hampir setahun aku berada di bumi anbia ini, aku dapat merasakan nilai ukhuwwah yang pernah aku bina bersama sahabat-sahabat. Aku juga tahu kadang-kadang aku membuatkan sahabat-sahabat merasa kurang senang dengan tindakan-tindakan aku. Aku juga sering tertanya-tanya adakah tindakan-tindakan aku selama ini meyakitkan hati-hati? Bagaimanapun aku tahu kenapa sahabat-sahabat merasa demikian setelah kenal aku ini siapa. Sememangnya aku tahu hidup dalam jamaah ini banyak dugaannya. Tapi aku tak tahu hati-hati sahabat bagaimana... Juga aku tahu...jika aku tidak bertindak mungkin sahabat rasa senang. Aku adalah aku yang tahu bahawa aku tak mampu untuk membuat sebarang keputusan terbaik bagi memenangi hati sahabat-sahabat... Aku juga tahu bahawa hati aku sepatutnya boleh menahan luka demi tidak mecalarkan hati sahabat-sahabat... Kerana aku tahu, aku bukan insan yang "boleh", malah sahabat-sahabat juga tahu bahawa aku begitu.
    Sesungguhnya aku juga tahu bahawa aku perlu diam dalam ketika aku perlu diam...
    Juga tak perlu bertindak walaupun aku perlu bertindak...
    Jika ini yang sahabat-sahabat mahukan dari diri ini yang hanya insan yang kurang tahu...

    11 Ogos 2006

    Terkandas Lagi...

    Kita Terkandas lagi...

    Seperti pasukan pilihan ana pada apa yang terjadi dengan skuad bola sepak Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor Di Mesir (BKPJM) pada Piala Malaysia anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sama seperti yang terjadi kepada pasukan Spain pada Piala Dunia tempohari.

    Pasukan Johor bermula dengan baik di peringkat kumpulan dengan dua kali seri dan dua kali menang, tanpa mengalami sebarang kekalahan. Skuad johor yang diketuai oleh pengurus pasukan Sir Irwan Shah (Paul) dan dibimbing oleh ketua jurulatih Ahmad Zaidan seperti tiada sebarang masalah dalam peringkat kumpulan. Bermula dengan seri tanpa jaringan dengan pasukan Negeri Sembilan yang dibarisi rata-rata pemain muda. Kemudian Bertemu dengan negeri Melaka dengan menang bergaya 4 berbalas 1. Dimana kemenangan pertama ini diserikan dengan hatrik yang dilakukan penyerang sensasi Johor Abdul Razak, yang dipanggil dari Kelab Tanta FC untuk kembali kepada pasukan Negeri. Seterusnya skuad Johor berentap dengan pasukan pilihan Kedah yang berjaya menembusi kubu skuad Johor bagaimanapun serangan pantas yang dilakukan oleh skuad Johor akhirnya berjaya menyamakan kedudukan, ketika mana rembatan lencong penyerang utama pasukan Abdul Razak menerjah jaring, sehinggakan penjaga gol Kedah hanya mampu melihat sahaja. Perlawanan diakhiri dengan 1-1. Perlawanan seterusnya menyaksikan detik cemerlang skuad Johor yang mengakhiri peringkat kumpulan dengan membelasah skuad baru dalam kancah Piala Malaysia Maahad Buuth dengan jaringan besar 6-0. Kemenangan ini menjadikan skuad Johor semakin bersemangat untuk mengharungi peringkat suuku akhir menentang Syubra FC.

    Peringkat suku akhir dilihat semakin hangat, apabila ramai dikalangan penyokong yang hadir dari Kaherah memenuhi bangku Stadium Utama Universiti of Zagazig. Kelihatan bendera Johor berkibar di bumi anbia. Bagaimanapun gegak gempita stadium terdiam dengan gol pendahulu oleh pasukan Syubro FC yang dibarisi keseluruhannya pemain hafiz quran 30 juzuk. Derita Johor semakin bertambah dengan 3 gol lagi disumbat oleh pasukan Syubro FC. Skuad Johor tewas pada peringkat suku akhir dengan jaringan 4-0.

    Secara keseluruhan, skuad Johor lemah dibahagian tengah yang ditaklifkan kepada Mohd Akhmal, salah seorang mahasiswa baru di Universiti Al Azhar. Pihak Kalami diberitahu bahawa Mohd Akhmal agak stress kerana ditimpa pelbagai ujian peribadi beliau sehingga mengganggui konsentrasi dalam padang, beliau mohon maaf kepada semua peminat Skuad Johor.

    Related Posts with Thumbnails
    Kalami boleh dilanggan secara
    Email atau pun RSS.


    KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

    Credit untuk DIMAN

    Palestin & Tarbiah

    Wasiat Sepuluh


    1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

    2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

    3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

    4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

    5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

    6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

    7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

    8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

    9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

    10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

     

    Rukun Bai'ah

    1. Faham
    2. Ikhlas
    3. Amal
    4. Jihad
    5. Pengorbanan
    6. Ketaatan
    7. Thabat
    8. Tajarrud
    9. Ukhuwah
    10. Thiqah

    My Days

    Komen-Komen

    Arkib

    Promo


    Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

    Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

    Blog Aku Juga

    Mata Rantai