"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


31 Disember 2006

Sheikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani Yang Ku Kenali

Kali ini, saya ingin berbincang mengenai peribadi seorang yang dikatakan muhaddith yang muncul pada akhir kurun ke-20. Tak lain dan tak bukan iaitu Sheikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani. Ada ulama yang mengiktirafnya, tidak kurang juga ada yang menolak dan mempertikaikannya sebagai seorang muhaddith.

Skop perbincangan bukan untuk mentajrih peribadi, tetapi sekadar mengkaji dan meneliti manhaj, pandangan dan uslub beliau dalam bidang ilmu hadith. Sebagaimana diketahui semua, sejak munculnya Imam-imam muhaddithin yang mengumpul dan membukukan hadith-hadith Rasulullah SAW, umnat Islam telah berpegang dan bersandarkan kitab-kitab mereka. Umat Islam merujuk dan menggunakan hadith-hadith yang wujud dalam kitab mereka untuk diterima pakai dan dijadikan hujah dalam beramal. Antara kitab-kitab tersebut seperti Hadith Bukhori, Muslim,Tirmizi, Abu Daud, Nasai, Ibnu Majah dan lain-lain.

Perkara ini berterusan dan beralih dari generasi terdahulu hingga ke hari ini. Tetapi, dengan munculnya Sheikh Al-albani, beliau telah mematikan sama sekali sandaran ummat Islam terhadap kitab-kitab tadi. Beliau telah membahagikan hadith-hadith yang terkandung dlm Kitab-kitab sunan kepada Sohih dan Dhoif. Lalu menyeru semua umat Islam utk beramal dgn hadith-hadith yg sohih sahaja dan meninggalkan sama sekali hadith-hadith yang dhoif.

Kerja ini seolah menggambarkan, ulama-ulama terdahulu berada dalam zaman kegelapan dan tidak mampu menjernihkan feqh mereka dari kekeruhan dalil-dalil yang boleh dipertikai. Lalu, kemunculan beliau selaku muhaddith pada akhir kurun ke 20 ini, menerangi kegelapan tersebut dan menyelamatkan ummah seluruhnya. Ulama yang telah bersusah payah mengumpul dan membukukan hadith-hadith tersebut dituduh dengan pelbagai tuduhan seumpama tasahul, tanaqudh dan lain-lain lagi.

MANHAJ ASHABUS SUNAN DALAM MENGUMPULKAN HADITH

Manhaj mereka adalah, mengumpulkan hadith-hadith Nabi SAW yang telah diamalkan oleh orang-orang tedahulu yang boleh dijadikan hujah sama ada yg muttafiqin ataupun munfaridin. Umat Islam pada zaman sahabat RA dan sebahagian besar zaman Tabi'in, mereka menaqalkan hukum-hukum syara' dan mewarisinya dari satu generasi ke satu generasi tanpa dibukukan dan dikumpulkan dalil-dalilnya.


Setelah masuk pertengahan kurun ke 3 hijrah, barulah muncul ashab as-sunan yang mengumpulkan hadith-hadith yang telah dijadikan hujah oleh Imam-mam mujtahid dari kalangan sahabat dan tabi'in dan orang selepas mereka. Kitab-kitab mereka ini telah menerima pujian yang baik dan diterima oleh imam-imam feqh dan hadith sejak dahulu hingga ke hari ini. Hadith-hadith yang mereka kumpul dan bukukan, adalah hadith-hadith yang telah tersebar amalannya dan telah digunakan oleh Imam-imam mujtahid dari kalangan sahabat dan tabi'in dalam mencari hukum. Akan tetapi, oleh kerana pembukuan dan pengumpulan hadith-hadith tersebut mula dilakukan pada pertengahan kurun ke 3, terdapat hadith-hadith tersebut yang terputus sanadnya dan sesetengah perawinya pula majhul atau mastur. Lalu Imam-imam muhaddithin telah mengkaji dan meneliti hadith yg telah menjadi amalan tersebut dan mereka mencari jalan untuk menguatkannya.


Berkata al-Hafiz al-Faqih Ibnu Hajar al-'Asqalani (Ta'jilul Manfa'ah m/s 2,3): "Sesungguhnya manusia sangat berpegang dengan apa-apa yang telah dikeluarkan oleh alA-immah as-Sittah berbanding yang lainnya dengan sebab kemuliaan pada diri dan kemasyhuran mereka, dan kerana asal penulisan hadith2 oleh mereka adalah untuk merangkumkan apa-apa yang baik dan boleh dijadikan hujah dan bukti."


Ringkasnya, apa yang mereka kumpulkan itu adalah hadith-hadith yang telah diamalkan oleh orang-orang terdahulu dan diterima utk dijadikan hujah bagi hukum-hukum feqh. Oleh kerana itu, wujud dalam hadith-hadith mereka soheh dan dhoif.


Kedua, jenis hadith ini, adalah yang boleh diterima dan dijadikan hujah. Ianya telah diamalkan dan diwarisi oleh Imam-imam mujtahid dari kalangan sahabat dan tabi'in sebelum munculnya ashab as-sunan ini. Adapun hadith-hadith yang soheh, tidak ada pertikaian tentangnya. Yang, menjadi pertikaian adalah hadith-hadith dhoif. Hakikatnya, hadith-hadith dhoif yang dikumpulkan oleh Imam Sunan ini adalah yang boleh dijadikan hujah dan diterima. Penghujahannya adalah dalam dua bentuk:


1. Sama ada secara munfarid

2. Atau adanya hadith-hadith dari jalan lain yang menguatkan antara satu sama lain yang diketahui oleh para fuqaha. Sesuatu hadith walaupun dhoif sanadnya, tetapi apabila meluas amalannya pada zaman itu, ia menjadi dalil yang boleh beramal dengannya. Berapa banyak hadith yang maqbul, tetapi dipertikai pada sanadnya dan matannya.

Perkara ini menjadi kebiasaan kebanyakan para Imam-imam mujtahid dari kalangan salafus soleh sendiri seperti Az-zuhri dan Imam Malik.

1. Berkata ad-Daruqutni dalam kitab al-'Ilal (6/63): "Antara kebiasaan Imam Malik, beliau meng?irsal?kan hadith dan menggugurkan rijalnya"

2. Kitab Nasobur Rayah (2/444) : "Ibnul Mubarak meriwayatkan banyak hadith-hadith yang ia tawaqquf padanya"

3. Berkata Imam Ibnu Taimiyah (Raf'ul Malam 'Anil A-immatil A'lam ms 22/23) : "Janganlah seseorang berkata, sesungguhnya hadith-hadith telah ditulis dan dikumpulkan, maka tiada yg tersembunyi lagi. Sebenarnya (kata-kata sebegini) tidak benar, kerana penulisan sunan-sunan yang masyhur ini berlaku selepas pupusnya Imam-imam yang menjadi ikutan ummah" Kemudian beliau berkata lagi: "Bahkan orang-orang sebelum dikumpulkan hadith-hadith ini, mereka lebih mengetahui dan arif tentang hadith-hadith berbanding golongan mutaakhirin. Sebab, kebanyakan hadith-hadith yang mereka perolehi dan soheh disisi mereka, ianya tidak sampai kepada kita melainkan daripada perawi yang majhul, atau dengan sanad yang terputus, atau tidak sampai kepada kita secara keseluruhannya.?

Secara dasarnya, pengumpulan hadith-hadith tersebut dilakukan bukan untuk mencari dan membukukan hadith yang soheh sahaja. Ia juga untuk mengumpulkan hadith- hadith yang boleh menjadi hujah untuk beramal sekalipun hadith itu dhoif. Inilah manhaj para Ashabus Sunan.

MANHAJ SHEIKH AL-ALBANI

Penulisan beliau dalam bidang hadith adalah untuk mengasingkan antara hadith-hadith soheh dengan hadith-hadith yang dhoif. Akan tetapi, beliau menegah daripada beramal dengan Hadith dhoif secara mutlak. Bahkan, wajib dibezakan antara sohih dan dhoif pada pandangannya untuk menyatakan kepada orang ramai apa yang dinamakannya sebagai Fiqhul Musoffa. (Muqaddimah Kitab Soheh al-Adabil Mufrad m/s 32) Oleh kerana itu, beliau telah membahagikan hadith-hadith dalam sunan arba'ah kepada dua:

1. Sohih dan Hasan. Dibolehkan beramal dengannya.

2. Dhoif. Tidak boleh beramal dengannya langsung.

Bahkan beliau menyamakan hadith-hadith dhoif ini dengan hadith al-wahiyah (sangat lemah) dan maudhu'ah (palsu) dalam tingkat yang sama. Kerja beliau ini amat bertentangan dengan manhaj para fuqaha dan muhaddithin sebagaimana yang telah dihuraikan tadi. Apa yang beliau lakukan sebenarnya adalah mencipta kecacatan yang besar dan jelas pada dalil-dalil fiqh samada yang ijmaliyyah ataupun far'iyyah.

Seterusnya, beliau telah meruntuhkan thiqqah ummah kepada imam-imam hadith dan feqh, juga menghancurkan khazanah feqh dan hadith yang telah diwarisi dan dibanggai oleh ummah sejak dahulu.

Sesungguhnya beliau telah cuba untuk mukholafah dengan manhaj sebahagian muhaddithin dalam mentashihkan dan mentadh'ifkan dan menghukum seseorang perawi. Bahkan ia menuduh mereka dengan tanaqudh pada satu masa, dan tasahhul pada masa yang lain. Dalam masa yang sama, datanglah orang-orang yang menyangka, bahawa Sheikh al-Albani ini bilamana ia mukholafah dengan manhaj para fuqaha dan muhaddithin, seolah-seolah ia telah melakukan suatu perkara yang sukar untuk dilakukan dan diketahui oleh orang-orang terdahulu dan hari ini. Orang-orang yang menyangka dan jahil tadi pun terus bertaqlid kepadanya dan meninggalkan terus Imam-imam al-Huffaz dan Mujtahid dan menolak untuk beramal dengan apa yang telah diwarisi dari imam-imam tadi sejak zaman berzaman.

Sheikh al-albani telah diangkat ke darjat yang cukup tinggi oleh mereka-mereka ini. Sehingga mengenepikan langsung Imam-imam muhaddithin dan fuqaha yang mu'tabar. Tulisan-tulisan beliau mengenai hadith telah dijadikan rujukan utama, sehingga tak perlu lagi merujuk kepada kitab-kitab Bukhori, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasai, Ibnu Majah dan imam-imam muhaddith yang lain.

Betapa hebatnya beliau sehingga mampu mengenepikan ulama-ulama terdahulu. Peliknya, sebahagian mereka yang mengaku mengikut manhaj salafi secara total ini meletakkan Sheikh al-Albani sebagai ikutan utama dan meletakkannya pada kedudukan yang cukup tinggi dan mulia, sedangkan beliau hidup pada kurun yang terputus jauh dari kurun terbaik yang disabdakan Nabi SAW.

Sepatutnya, ulama muhaddithin yang hidup dizaman salafussoleh itulah yang menjadi ikutan bagi mereka yang nak mengikut manhaj salafi hari ini. Adakah orang hari ini lebih salafi dari golongan Salafus Soleh?

BEBERAPA KESILAPAN DAN KEKELIRUAN SHEIKH AL-ALBANI DALAM BIDANG HADITH

PERTAMA :

Beliau tanaqudh (bercanggah) pada perkara Usul dan Furu'. Hal ini dapat kita lihat dalam 3 perkara usul yang Sheikh al-Albani taraja'(patah semula). Antaranya:

1. Beliau secara jelas mengatakan berkali-kali dalam tulisannnya, bahawa tauthiq Ibnu Hibban adalah mardud (tertolak) langsung, dan menuduhnya mutasahil dan tak boleh merujuk pada tauthiqnya. Kemudian, beliau taraja' daripada kata-katanya itu dan akhirnya menyatakan tauthiq ibnu hibban boleh diterima dengan tiga keadaan.

2. Beliau dgn jelas mengatakan dalam kitab-kitabnya, bahawa rawi yang majhul hadithnya adalah tertolak (mardud). Akhirnya, beliau berpendapat bahawa majhulul hal (mastur) apabila diriwayatkan hadithnya oleh ramai, maka hadithnya hasan. Lebih-lebih lagi sekiranya dari kalangan tabi'in. Apabila terkadung dalam tauthiq Ibnu Hibban maka ia lebih baik. Dan jika tidak , maka ia hanyalah hasan.

3. Beliau telah mengkritik dalam banyak perkara terhadap imam-imam muhaddithin seperti At-Tirmizi, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan lain-lainnya kerana mereka mentashihkan dan mentahsinkan hadith-hadith yang majhul. Beliau menuduh mereka dengan tasahul dan sebagainya. Sedangkan antara beliau dan Imam-imam tadi ada perbezaan yang amat besar dalam manhaj menerima pentashihan hadith-hadith. Kemudian, beliau telah taraja' dan menyatakan, bahawa sesuatu pentashihan itu sekaligus membawa kpd tauthiq. Maka, perawi-perawi yang tidak dinaskan oleh Imam-imam akan pentauthiqannya, tetapi disahihkan hadith-hadithnya oleh mereka, perawi-perawi tersebut dianggap thiqqah.

Sebenarnya, Hadith-hadith ahkam yang dikumpulkan oleh Imam-imam Sunan, ia mempunyai kedudukan khusus pada Imam-imam, Feqh dan Hadith. Mereka mengikut pelbagai thuruq (jalan) untuk menguatkannya. Sebahagian thuruq itu pula tidak masyhur dikalangan mutaakhirin.

Imam Syafie dan at-Tirmizi pernah menjelaskan perkara ini. Dan imam syafie lebih a'maq dan asymal dalam hal ini dalam kitabnya ar-Risalah. Kedua imam ini telah bersepakat mengatakan, athar-athar yang mauqufah menguatkan yang marfu'ah. Tapi bagi Sheikh al-Albani, beliau tidak mengikuti manhaj sebegini, yang menyebabkan akhirnya beliau terjebak untuk menolak segala hadith-hadith yang dianggapnya dhoif.

Dalam perkara furu' pula, kita dapat lihat bagaimana beliau taraja' dalam banyak perkara. Contohnya, beliau telah mendhoifkan hadith Ibnu Lahi'ah secara total melainkan riwayat al-'Ubadalah daripadanya. Kemudian ia taraja' dan akhirnya secara jelas mengatakan, hadith Qutaibah b. Sa'id dari Ibnu Lahi'ah thabitun maqbulun. (Sahih al-Albani 6/55,825) Banyak lagi contoh-contoh kesilapan beliau dalam hal ini.

KEDUA :

Beliau berselisih dalam ilmu hadith, dan bercanggah dengan kaedah istilah-istilah hadith, serta ilmu al-jarhu wat ta'dil, begitu juga dalam memahami thuruq-thuruq dan wujuh al-hadith dan banyak lagi.

Banyak istilah-istilah hadith yang masih tidak difahami oleh beliau yang sebenarnya memberi keaiban dalam bidang hadith. Terutamanya istilah-istilah yang digunakan oleh Imam at-Tirmizi terhadap darjat sesuatu hadith.

Begitu juga kesilapan beliau dalam menyamakan hadith-hadith dhoif dalam satu darjat dan juga menyamaknnya dengan hadith-hadith maudhu. Manhaj yang beliau bawa ini tidak pernah diguna oleh mana-mana ulama muhaddithin.

BAHAYA BERPEGANG DENGAN PEMIKIRAN SHEIKH AL-ALBANI DLM BIDANG HADITH

Memutuskan hubungan antara generasi terdahulu dengan generasi akan datang dalam Usulus Sunnah. Di mana, ummat akan datang akan memada dengan berpegang pada hadith-hadith soheh yang ditakhrij sahaja, dan menolak hadith-hadith lain yang wujud dalam kitab-kitab sunan dan sohih. Tidak perlu lagi merujuk kepada Sohih Bukhori, Sohih Muslim, Sunan at-Tirmizi, Abi Daud, Nasai, Ibnu Majah dan lainnya. Sedangkan inilah sumber asal dalam pentakhrijan hadith-hadith tadi.

Realiti ini dah pun berlaku, di mana bermulanya projek pengkategorian hadith-hadith kepada 'Sohihus Sunan' dan menjadikannya sumber rujukan asasi. Begitu juga 'Dho'ifus Sunan'. Contohnya, Kitab 'Mukhtasor Al-majmu' Syarah Muhazzab' sebanyak 4 Jilid telah dicetak pada tahun 1415H di makatabah as-Sawadi di Jeddah. Begitu juga kitab 'Sohih al-Jami' as-Shoghir' dan 'Dho'if al-Jami' as-Shoghir'.

Akibatnya, ummat selepas ini tidak akan merujuk kepada sesuatu manuskrip asal, tetapi menggunakan kitab yang telah ditakhrij dan diringkaskan sahaja. Mereka tidak akan lagi merujuk kepada kitab-kitab Sunan, tetapi terus bersandar kepada kitab yang mentashihkan dan mentad'ifkan kitab sunan tersebut. Ingatlah, bahawa penyelewengan akan bermula dari perkara kecil dan sedikit, kemudian ia akan meluasa dan merebak hingga ke perkara yang lebih besar. Perkara ini telah merebak lagi bukan sahaja kepada kitab-kitab sunan, bahkan kitab yang lain juga. Telah berlaku pentashihan kitab-kitab seumpama 'Sohih al-Adabul Mufrad', 'Sohih al-Wabilus Shoib', 'Sohih Riadhus Solihin' dan banyak lagi.

Dari segi logiknya, kita terfikir adakah Imam-imam Sunan ini lemah dan tak mampu untuk mengasingkan antara hadith-hadith yang soheh dengan hadith-hadith yang dhoif? Adakah Imam Bukhori dan Muslim lemah dan tak mampu untuk mengasingkan antara hadith-hadith soheh dengan hadith-hadith dhoif dalam kitab mereka?

Mereka bukan lemah sebenarnya, tetapi oleh kerana manhaj mereka adalah untuk mengumpulkan hadith-hadith yang boleh dijadikan sebagai hujah untuk beramal, maka kerana itulah dalam kitab-kitab hadith mereka wujud hadith-hadith yang bercampur antara soheh dan dhoif. Ini disebabkan, Hadith-hadith yang mereka kumpul itu telah menjadi amalan dan hujah yang telah diguna pakai oleh Imam mujtahid terdahulu dari kalangan sahabat dan tabi'in. Lalu mereka kumpulkan hadith-hadith tersebut, ada sebahagian hadith yang bersambung dan sempurna sanadnya. Ada juga yang terputus ,atau perawinya tidak dikenali. Lalu, mereka mengkaji hadith-hadith seperti ini samada dengan menguatkannya melalui hadith itu sendiri, atau dengan hadith dari thuruq yang lain yang boleh menguatkan hadith tadi.

Patutkah kita menuduh, bahawa ulama hadith-hadith dahulu jahil untuk asingkan hadith-hadith soheh dengan hadith-hadith dhoif ? Patutkah kita tuduh mereka tasahhul dalam pengumpulan hadith-hadith tersebut. Inilah satu tuduhan biadap yang sepatutnya kita tentang.

MAZHAB ULAMA BERKAITAN HADITH DHOIF

Sebagaimana diketahui, hadith terbahagi kepada tiga darjat.

1. Sohih

2. Hasan

3. Dho'if

Menurut ulama muhaddithin, Hadith dhoif terbahagi kepada tiga kategori dari segi penghujahannya pada hukum:

1. Ad-dho'if ,atau al-mudho'af atau al-layyin.

2. Mutawassit ad-dho'fi iaitu yg perawinya su-ul hifzi, atau mudthorib atau yang seerti dengannya seperti munkirul hadith.

3. At-talif atau al-wahi yang mana perawinya muttahimum bil kazibi, juga hadith al-maudhu'.

Para ulama secara ittifaq menerima beramal dengan hadith Soheh dan Hasan samada lizatihi atau lighairihi. Oleh itu, al-maqbul dan as-solih merangkumi kedua jenis hadith ini.

Adapaun hadith dhoif, dalam darjat yang pertama, ia diterima oleh kebanyakan para ulama. Dan mereka yang menolaknya, pendapat mereka telah dipertikai. As-solih dan al-maqbul lil-ihtijaj juga termasuk dalam hadith jenis ini. Manakala hadith dhoif pada darjat yang kedua, ianya boleh diamalkan pada perkara at-Targhib wat Tarhib, al-manaqib dan fadhailul a'mal.

Hadith dhoif pada darjat yang ketiga pula, inilah yang tertolak pada sisi ulama muhaddithin dan fuqaha. Bahkan ada yang mengatakan ianya tidak boleh dikategorikan langsung sebagai hadith. Kesimpulannya, hadith-hadith dhoif yang disepakati ulama untuk berhujah adalah pada darjat yang pertama, walaupun ada sebahagiannya yang menggunakan darjat yang kedua. Jenis hadith inilah yang wujud dalam kitab-kitab sunan dan hadith-hadith ahkam bagi mereka yang mengkajinya dengan mendalam.

NAS-NAS YANG MEMBOLEHKAN BERAMAL DENGAN HADITH-HADITH DHOIF DALAM PERKARA HUKUM

1. Berkata al-hafiz Ibnu Hajar dalam kitab al-Fathu (5/90):
"Sesungguhnya ulama telah berhujjah dalam berhukum dengan hadith yang lebih rendah daripada sahih (dhoif)."

2. Imam al-Harowi meriwayatkan dalam kitab Zammil kalam (2/179,180):
"Daripada Abdullah bin Ahmad bin Hanbal berkata : aku berkata kepada bapaku, seorang lelaki menghadapi masalah, dan dalam negeri itu ada seorang ahli hadith yang dhoif dan seorang faqih dari kalangan ahlul ra'yu, siapakah yang patut ditanya? Imam ahmad berkata : Jangan bertanya kepada ahlul ra'yu. Dhoifnya hadith itu lebih baik daripada kuatnya ar-ra'yu"

3. Berkata Imam Ibnul Qayyim dalam 'I'lamul Mauqi'in' ketika menyebutkan usul Imam Ahmad b. Hanbal (1/25):
"Usul yang keempat, mengambil hadith mursal, dan hadith dhoif, jika tidak terdapat pada bab itu apa-apa yang boleh mempertahankannya, inilah yang lebih dirajihkannya daripada qias." Kemudian beliau menyambung kata-katanya: "Dan tiada seorang pun dari kalangan a-immah (Imam-imam) melainkan mereka bersependapat dalam usul ini dari segi keseluruhannya. Tidak ada seorangpun dari kalangan mereka melainkan mendahulukan hadith dhoif daripada qias."

4. Berkata Imam Abu Muhammad Ibnu Hazmin dalam kitabnya 'al-Ihkam fi Usulil Ahkam (7/54)': Berkata Abu Hanifah:
"Khobar yang dhoif daripada Rasulullah SAW lebih aula daripada qias, tidak halal qias sedangkan ada hadith dhoif."

5. Berkata al-Faqeh Ibnu Qudamah dalam kitabnya al-Mughni (1/773):
"An-nawafil dan al-fadhail tidak disyaratkan sihhatul hadith padanya"

6. Berkata Imam an-Nawawi (al-Majmu 3/348 ): "Ittifaq ulama untuk beramal dengan hadith dhoif pada fadhoilul a'mal dan dan tidak pada perkara halal dan haram"

Inilah thuruq dan manhaj yang telah digunakan oleh para muhaddithin dan fuqaha dalam beramal dengan hadith-hadith dhoif. Mereka tidak menolak periwayatan hadith-hadith dengan sewenang-wenangnya. Mereka mengkajinya dan menyelidikinya untuk beramal.


Jika ada hadith dari thuruq lain yang boleh menguatkan hadith tadi, mereka akan mengambilnya. Begitu juga jika hadith tersebut tidak mencapai darjat yang terlalu dhoif, atau perawinya bukan muttahim bil kazib, atau bukan dari title hadith maudhu', maka mereka akan menerima hadith-hadith tersebut, lebih-lebih lagi jika ianya telah meluas amalannya dari kalangan tabi'in dan para sahabat Radhiallahu 'anhum ajma'in.

HADITH DHOIF PADA PANDANGAN SHEIKH AL-ALBANI

Beliau menganggap, semua hadith dhoif dalam apa jua martabat hendaklah ditinggalkan dan tidak boleh beramal dengannya. Bahkan beliau menyamakannya dengan hadith-hadith maudhu'.

Oleh itu, kitab-kitab takhrij beliau, Dho'ifus Sunan, Dho'iful Adabil Mufrad, Dhoiful Jami'us Shoghir Wa Ziyadatih, Dhoif at-Targhib wat tarhib ia mengangapnya tak lebih sekadar hadith-hadith dhoif yang sama taraf dengan maudhu'ah yang mesti ditinggalkan.

Sedangkan thoriq para ulama muhaddithin, mereka memebezakan jenis-jenis dhoif ini. Mereka mengasingkan pentakhrijan hadith dhoif daripada yang maudhu. Seumpama 2 kitab yang dikarang oleh Al-hafiz Abi al-Faraj Abdurrahman bin al-Jauzi al-Hanbali iaitu (al-'Ilalul Mutanahiyah) dan (al-Maudhu'ah).

Mari kita lihat pandangan beliau (Sheikh al-Albani) terhadap hadith-hadith dhoif.

1. Kata-kata beliau dalam muqaddimah Sohihul Jami' (m/s 45) "Inilah yang aku berpegang dengannya, dan aku menyeru manusia kepadanya, bahawasanya hadith dhoif tidak boleh beramal dgnnya secara mutlak, tidak pada fadhoilul a'mal tidak juga pada al-mustahibbat dan tidak juga pada selain keduanya.

2
.Beliau berkata dlm muqaddimah Sohihul Jami' wa Dho'ifihi (m/s 32) "Inilah, niatku adalah untuk mencetak kitab al-Fathul Kabir yang bercampur padanya antara hadith-hadith yang soheh dan dho'if, beserta tahqikan aku dan membezakan sohihnya daripada dhoifnya sebagaimana yang telah aku terangkan dalam muka surat 9-10. Kemudian jelaslah bagiku apa yang baik dari perkara tersebut Insya Allah. Iaitu aku ingin mencetaknya dalam dua cetakan, setiap cetakan adalah bahagian hadith yang berasingan.Iaitu, pertama: Khusus untuk hadith-hadith yang thabit dan boleh berhujah dengannya pada sisi ulama. Ia merangkumi hadith soheh dan hasan Kedua: Khusus untuk apa yang tidak boleh berhujah dengannya. Ia merangkumi ad-dho'if, ad-dho'if jiddan dan al-maudhu'" (KESILAPAN YANG JELAS)

3. Kemudian beliau berkata lagi dalam m/s 24 : ?Dan ikutan aku dalam hal Ini adalah al-a-immah as-sabiqun yang mengarang kitab-kitab as-sohih seperti Bukhori, Muslim , Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan lain-lainnya. Begitu juga yang menulis ad-dho'ifah dan al-maudhu'ah seperti Ibnu al-Jauzi, Ibnu Tohir al-Muqaddisi, asy-Syaukani, al-Fatni dan lain-lainnya?.

Inilah kesilapan yang besar dalam pandangan Sheikh al-Albani, sesungguhnya al-a-immah as-sabiqah yang mengasingkan as-sohih, tidak menegah beramal dengan hadith yang dhoif dan tidak pula mengajak manusia untuk jadikan dhoif, matruk dan maudhu'dalam satu martabat yang sama.

Bagi mereka, dho'if boleh beramal dengannya. Buktinya, lihat sendiri kitab Imam Bukhori al-Adabul Mufrad yang bercampur antara hadith sohih dan dhoif. Begitu juga kitab Raudhotul Uqola' karangan Ibnu Hibban. Juga kitab Ibnul Jauzi al-Ma'zu. Begitu juga Shofwat at-Tasawwuf karangan Ibnu Tohir. Imam as-Syaukani juga banyak berhujah menggunakan hadith-hadith dhoif dalam kitabnya Nailul Author dan Tuhfatuz Zakirin.

Disamping itu, ulama-ulama yang mengasingkan al-maudhuat, mereka tidak mencampurkannya sekali dengan hadith-hadith yang dhoif, dan tidak pernah menyeru orang ramai supaya meninggalkan beramal dengan hadith-hadith dhoif. Mereka hanya menjelaskan dan membahagikan jenis-jenis kedhoifan hadith-hadith tersebut.

LAYAKKAH BELIAU DIGELAR SEBAGAI MUHADDITH?

Sebelum menjawabnya, mari kita lihat apa takrif ulama pada kalimah muhaddith.

1. Imam As-Suyuti: al-musnid itu adalah orang yang meriwayatkan hadith beserta sanadnya, samada ia mengetahui tentangnya ataupun semata-semata meriwayat sahaja. Adapun Muhaddith lebih tinggi daripada itu.

2. Imam Ar-Rafie': Iaitu orang yang mendengar hadith (meriwayat) dan tahu akan thuruqnya dan asma' rijalnya dan matannya.

3. Imam at-Taj bin Yunus dalam syarah at-Ta'jiz:
Orang yang mendengar hadith (meriwayatkan) dan tahu akan thuruq ithbatul hadith dan mengetahui 'adalatul rijal hadith.

4. Adapun para fuqaha, mereka mentakrifkan muhaddith itu adalah:
Orang yang menghafal sanad hadith dan mengetahui jarh dan ta'dil rijal tersebut.

Daripada pentakrifan para ulama tadi, kita dapat menilai bahawa antara syarat utama untuk digelar sebagai muhaddith, mestilah seseorang itu mendengar atau menerima hadith-hadith secara riwayat. Tidak cukup hanya tahu jarh dan ta'dil tanpa pernah meriwayatkan hadith. Dan tak cukup juga hanya mendengar hadith tetapi tidak tahu jarh dan ta'dil.

Ini satu hakikat yang wujud pada Sheikh al-Albani, apabila beliau diminta untuk menperdengarkan satu hadith yang pernah diriwayatkan atau didengar olehnya, beliau mengatakan. "Aku tidak tahu". Jelas sekali beliau tidak pernah mendengar dan meriwayatkan hadith daripada sesiapa pun yang menyebabkan beliau sebenarnya tidak layak untuk digelar sebagai muhaddith pada kurun ini.

Beliau mengkaji hadith hanyalah melalui pembacaan kitab-kitab hadith di Maktabah Damsyik. Pengkajian tersebut belum mampu melayakkannya untuk digelar sebagai muhaddith, walaupun beliau sangat 'alim dalam bab al-jarh wat ta'dil pada asma ar-rijal.

Oleh itu, mereka yang ingin merujuk kepada hadith-hadith Nabi SAW, tidak sepatutnya mengambil kitab-kitab hadith karangan beliau sebagai rujukan. Sebab itulah di Universiti Al-Azhar, pandangan beliau dalam bidang hadith tidak diambil kira. Bahkan ramai ulama-ulama Al-azhar yang menolak pandangannya. Begitu juga ulama-ulama di Tanah Arab yang lain umpama Syria, Emirates, Lebanon dan lainlain lagi yang menolak pandangan beliau. Hanya beberapa ulama sahaja yang menerimanya seperti ulama di Arab Saudi yang beraliran Wahabi. Penulisan beliau dalam mentashihkan dan mentadh'ifkan hadith-hadith Sunan Sittah telah di?rad? oleh ramai ulama. Antara kitab-kitab yang menentangnya adalah:

1. Kitab "Auqifu Hazal 'Abthu bit Turath". Tulisan al-ustaz Muhammad Abdullah Ali Syakir.

2. Kitab "At-ta'rif Biauhami man Qassamas Sunan ila Sohihin Wadho'ifin" sebanyak 6 jilid. (Darul Buhuth Liddirasah al-Islamiyyah wa Ihyait Turath ) oleh Al-ustaz Mahmud Sa'id Mamduh.

Dan banyak lagi kitab-kitab di makatabah di Mesir ni yang bertebaran.

Semoga artikel yang ditulis ini mendapat respon yang positif daripada sahabat-sahabat sekelian. Sekiranya ada kesilapan dan kesalahan di dalamnya dimohon berbanyak kemaafan. Saya mengharapkan teguran yang baik dari sahabat-sahabat semua.

26 ulasan:

  1. Kenyataan yang dibuat itu hanyalah tuduhan semata-mata untuk memburukkan al-Albani.

    BalasPadam
    Balasan
    1. masalahnya ! albany ini tidak punya sanad guru yang jelas ! kalau tulisan2 sekarang yang menyebar saat ini adalah tulisan dari orang yang fanatik sama bapak nasiruddin ...SABDA NABI TTG FITNAH NAJED ITU YA adalah di antaranya fitnah nasiruddin al bany ...ok sih kalau orang sudah fanatik susah di kembalikan ...tidak akan berfikir jernih ..figurnya itu mau salah / benar yang penting di ikuti !

      Padam
    2. benarkh itu fitnah seperti yang diceriatak oleh hadis...siapa yang mengesahkannya...

      Padam
  2. Penilaian hadis pada zaman mutakhir ini tidak hanya dilakukan oleh Syaikh Albani sahaja. Ia dilakukan juga oleh ramai ulama lain seperti Syaikh Ahmad Syakir dan Syaikh Syuaib Arnauth.

    Keilmuan Syaikh Albani dalam bidang hadis diperakui oleh sekian ramai ulama terkenal termasuklah Syaikh Yusuf al-Qaradhawi. Bahkan Dr Yusuf Al-Qaradhawi telah menghantar buku beliau Halal dan Haram Dalam Islam kepada Syaikh Albani untuk disemak hadis-hadisnya.

    Justeru itu artikel ini sekali pandang nampak benar. Jika ditelusuri dengan cara yang saksama, semata-mata adalah hasad kepada ulama tersohor ini.

    Kata Ustaz Abdullah Al-Qari Haji Salleh (AQHAS), "Hanya orang-orang yang ada hasad di dalam harinya sahaja meragui keilmuan Syaikh Albani."

    Semoga penulis makalah ini diberi kesempatan untuk taubat dan istighar oleh Allah dan diberi petunjuk ke jalan yang benar.

    BalasPadam
  3. assalamu'alaikum.

    Maka jika kita menerima Albani, bererti kita telah menolak para A'immah Hadith yg dahulu, Imam al Bukhori, Imam Muslim, al Hafiz al Tirmizi, al Hafiz al Nasa'i dan lain2 kerana jelas dlm tulisan di atas Albani menyanggah pandangan para A'immah yg dahulu.

    Allahu Allah, boleh nta nyatakan siapa ulama' yg memperakui beliau? Melainkan pd hakikatnya hanya golongan Mutasallifun yg memperakui beliau, ini adalah kebenaran.

    Di mana ulama' Ahlu Sunnah wal Jama'ah yg memperakui beliau?

    Semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala menunjukkan kpd kita siapa itu ulama' Ahlu Sunnah wal Jama'ah, yg mereka itu benar2 menegakkan agama Allah, bihaqqi Sayyidina wa Maulana Muhammadinil amin.

    Wallahu a'lam.

    BalasPadam
  4. assalam..sesungguhnye berkate tnpa dalil mengenai agama adalah dosa taw x??

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul ! lebih lebih jika mengatasnamakan nabi muhammad , padahal ia tidak tau betul ttg nabi muhammad ......
      orang yang tidak punya guru maka gurunya adalah setan

      Padam
  5. tak pa lah, oleh kerana al albani ni tak berguna sangat dan mungkar, ilmu jarh wa ta'dil dia pun tak berguna, marilah kita buat kempen buang semua kitab-kitab dia dalam tong sampah, kemudian putuskan hukum yang dia terkeluar dari Islam dan masuk neraka kerana bukan ahli sunnah wal jamaah. Tutup cerita dan tak payah berbalah dan menambahkan dosa sendiri dengan mencela dan memaki hamun dan menghina orang mati. Begitulah sebaiknya

    BalasPadam
  6. subhanallah.kritiklah beliau sebagaimana kita mahu.Tetapi tolonglah tahan diri kita sedapat-dapatnya daripada mengkafirkan beliau dan menggolongkan beliau sewenang-wenangnya sebagai ahli neraka.Pamerkanlah kesopanan kita sentiasa kerana Allah.Sungguh keterlaluan jika kita abaikan langsung pendapatnya dengan buang kitab-kitabnya.Nama pun pendapat.Sungguh dia telah berijtihad,wahai saudara seislamku.Bukankah kalian pernah mendengar hadis yang menyatakan bahawa sesiapa yang berijtihad dan betul ijtihadnya dapat dua pahala manakala jika salah dapat satu pahala.Maknanya prinsip salah-benar tetap wujud dalam konsep ijtihad namun pahala tetap menanti mujtahidin yang berijtihad sama ada benar atau salah.Sedangkan para ulama` pun menjaga adab dalam mengkritiknya,inikan pula kita.Siapakah kita di sisi mereka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam banyak2 komen, ini komen terbaik.. ketahuilah saudara2 sekalian, ada yg betul dan salahnya dalam mana2 pendapat, sedangkan kata2 nabi pon banyak dipertikaikan, lagi kan kata2 umatnya atau ulama... cuba buka minda, ambil yg jernih dan tidak terlalu taksub dengan mana2 individu atau jama'ah.. bkk sohih bukhari bab khusumat, saidina Umar pun ada tersilap... mungkin juga imam2 hadits melakukan kesilapan dan menjadi satu kemungkinan juga Albani tersalah sedikit dua, yg penting mereka telah berusaha seumur hidup mrk untuk perjuangan agama Allah. Semoga kita mengikhlaskan niat dan tidak terlalu tenggelam dalam perbalahan yg tdk ada hujungnya.

      Padam
  7. Tuan, artikel yg menarik, tapi harap dapat diolah semula dgn menggunakan Bahasa Malaysia. Banyak perkataan yg saya tak faham. Jikalau mau membincangkan perkara sepenting ini, mestilah ia dapat difahami dengan jelas tanpa keliru. Mungkin ia hanya untuk para ustaz dan graduan sahaja. Terima kasih.

    BalasPadam
  8. Albani tak kurang dan tak lebih seperti ulama-ulama hadis yang lain juga. Ada kelebihannya dan ada pula kekurangannya. Pendapatnya yang tepat kita ambil sebagai pengajaran dan yang tidak tepat kita ketepikan. Jika dalam dunia ini hanya ada seorang sahaja ulama hadis maka apa akan jadi? Tentulah orang awam macam kita semua ini tak tahu yang mana satu hadis yang sebenarnya Sahih, Hasan dan Doif, sebabnya kita hanya ada seorang sahaja ulama hadis. Kalau pendapatnya betul maka betullah kita, tetapi kalau pendapatnya salah maka salahlah kita semua. Sebab itulah Allah mentakdirkan ramai juga ulama-ulama hadis. Masing-masing diantara mereka mempunyai kelebihan-kelebihan dan kekurangan-kekurangan yang tertentu...

    BalasPadam
  9. aku rasa mamat yg tulis artikel ni terlalu takder kerja sehingga dia yg tak pernah jumpe dan duduk bersama sheikh al-albaani boleh menilai Sheikh ulung ini dengan ilmu dia yg ciput. semoga Allaah memberi kau kesedaran. namun bila kesedaran datang, kau tidak mahu mengikutinya, semoga Allaah melaknat orang2 yg membenci pejuang2 ahlussunnah yg tegar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. anta komen "mamat yg tulis artikel ni terlalu takder kerja sehingga dia yg tak pernah jumpe dan duduk bersama sheikh al-albaani boleh menilai Sheikh ulung ini dengan ilmu dia yg ciput" bagaimana pula al-bani yg hidup jauh daripada imam bukhari, imam tarmidzi boleh komen hadith2 imam besar? Albani kritik imam besar, skrg Allah hantar org awam kritik Albani.

      Padam
  10. ni kerja-kerja budak mengaji pondok yang tak ada tauliah dalam bidang hadis..lihatlah kitab lama di pondok,kebanyakannya kata kata ulama tanpa ada dalil

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap nya ko cakap... Mengata kitab2 pondok tak sumber rujukan... Kitab APA yg ko ckp tu, tlg bg nama kitab2 tu... Aqidatunnajin ? (Berlambak quran & hadis d dlmnya...!) Musolli ? (Ko buta ke APA sampai x jumpa nas2...?) Minhajul abidin..?(ko kata x hadis dlm tu ?) . ko ni nak bohong pun bior la betul, jgn ambil ringan dgn dosa.

      Padam
  11. Penulis artikel taklid buta terhadap ajaran ihwanul muslimin.. Ingat bahwa islam di bawa nabi dari tanah arab, bukan dari mesir,, anda mrenghubungkan dan membawa hujjah pertama di ambil dari univ al azzar mesir... Hanya 2 kota ysng terhindar dr fitnah dajjal yaitu mekkah dan madinah.. Karena di situ asal ilmu dan allah akan menjaga kemurnian islam di 2 kota itu.. Bukan di mesir,irak,lebanon dll.. Dan anda sudah merendahkan dan memfitnah seorang muhadist menurut pandangan ihwanul muslimin.

    Semua yang ada ucapkan tentang beliau itu salah kaprah, dan saya yakin anda belum membaca kitabnya hanya mendengarkan dari elit ihwanul muslimin lalu langsung judge beliau seperti ini

    Tidak adanya dalil yang shahih seperti artikel menunjukkan bahwa begitu rapuhnya ilmu islam

    Semoga anda di beri hidayah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahukah anda bahawasanya ketika Dajjal tiba, akan keluar akan kaum Munafik yang asalnya dari Madinah?

      Padam
  12. jgn menghina para ulamak..syeikh al-albani mungkin tidak sependapat dengan cara dan kaedah ulamak hadith terdahulu..bukan meminta untuk umat Islam taksub kepada beliau(al-albani).itu hanyalah anggapan penulis yang ilmunya ternyata masih kurang.jika tidak bersetuju dengan seseorang janganlah sehingga mengaibkan orang tersebut.adapun gelaran ulamak itu bukanlah hak kita untuk menentukan layak atau tidak seperti mana seorang wali itu tidak akan mengaku dirinya seorang wali...umat yang mengangkat martabat seseorang itu sesuai dengan ilmunya dengan izin Allah.Wallahua'lam.

    BalasPadam
  13. kalu saling salah menyalah.. kita nie org awam macam mana plak?dah sesat ke??

    BalasPadam
  14. diapun juga menyatakan bid'ah terhadap orang yang bersedekap ketika bangkit dari rukuk, dalam kitabnya "sifat shalat nabi edisi revisi" padahal banyak dalil mengenai bersedekap ketika bangkit dari rukuk...

    BalasPadam
  15. artikel ini adalah 'fitnah' dan hanya ' rasa iri dengki' thd Nashirudin al Albani'. Kepakaran beliau dalam ilmu hadist sudah tidak diragukan lagi,, bahkan Syaikh ABdullah Bin Baz mengakui nya'... bahwa tak ada manusia di abad modern ini yg begitu tekun dan cerdas dalam hal kompilasi hadist ini'.
    semoga ' rasa hasud,, iri dan dengki thd Nashirudin al Albani' bisa ' menyadari' dan mengakui 'kekeliruannya'.. karena itu adalah perkara yg penuh dosa' dan dilarang agama'.

    BalasPadam
  16. 'menyedihkan sekali,, penulis artikel iini sesungguhnya malah tidak faham sama sekali perkara2 yg di gali dan di 'eksplore' oleh Nasirudin Albani'..
    Beliau diakui 'kepakarannya' tak tanggung2 ...oleh DR Yusuf al Qardawi',.. Syeikh Abdullah bin Baz'... juga banyak kalangan alim ulama dari Indonesia, mengakui kepakarannya'.
    Jangan karena ia ' memberantas segala bentuk 'bid'ah dan kemusyirikan serta taqlid buta'.... anda menjadi tidak adil ' dan tidak jujur !!' ini berbahaya dan dilarang agama'.. tolong di camkan !'..

    BalasPadam
  17. janji dia x sentuh bab akidah sudah....tapi pd pendapat aq yg hina rendah ilmu siapalah dia UNTUK MENAFIKAN ulama hadits yg experts....semoga Allah meredoi sheikh nasirudin al-albany....

    BalasPadam
  18. Albani boleh d anggap hanya sebagai pengkaji seperti seorang yg membuat kajian d peringkat phd (tesis) bukan sebagai seorang ulama hadis atau muhaddith...

    BalasPadam
  19. http://www.jarh-mufassar.net/2015/06/apakah-hanya-al-albaniy-yang-mengalami.html

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai