Gerakan Islam dan proses politik di Mesir: Satu analisis terhadap kegagalan-kegagalan Ikhwan al-Muslimin dalam perebutan kuasa
Oleh: Muhammad Redzuan Othman
Olahan: Mohd Akhmal Mohd Ali
Bahagian Pertama
Perkembangan politik yang berlaku antara tahun 1948 hingga 1954 dianggap penting dalam mencorakkan sejarah Mesir masa kini. Pada tahun 1948 negara Israel terbentuk di bumi Palestin dan Mesir terpaksa berperangbuat kali pertama dengan negara haram yang baru dibentuk itu. Kekalahan yang dialami menyebabkan suasan politik di Mesir menjadi tidak setabil seterusnya mendorong sekumpulan pegawai tentera yang menggelarkan diri mereka sebagai Free Officers bertindak merampas kuasa dan menamatkan pemerintahan beraja di negara tersebut.
Rampasan kuasa ini menampilkan Gamal Abdul Nasser, seorang tokoh yang bukan sahaja berjaya membina imejnya di Mesir tetapi juga di dunia Arab. Untuk meniti tangga kejayaan, Nasser bukan sahaja menyingkirkan rakan-rakan yang tidak sealiran dengannya tetapi yang lebih penting beliau berjaya memusnahkan pengaruh Ikhwan al Muslimin, sebuah gerakan Islam yang paling berpengaruh di Mesir ketika itu.
Tahun 1948 hingga 1954 merupakan tahap terpenting penglibatan Ikhwan al-Muslimin dalam proses politik di Mesir. Pada akhir tahun 1940-an dan awal tahun 1950-an, gerakan ini berjaya muncul sebagai sebuah organisasi yang paling mendapat sambutan rakyat mengatasi pengaruh yang sebelum ini secara tradisi dimonopoli oleh Parti Wafd. Sebagai organisasi massa yang memperjuangkan kesedaran Islam, Ikhwan al-Muslimin memainkan peranan menggerakan penentangan rakyat terhadap pendudukan Inggeris di Mesir ketika itu. Apabila meletus perang di Palestin, Ikhwan al-Muslimin merupakan satu-satunya organisasi yang berjaya menghantar sukarelawan terlatih untuk membantu saudara sesama Islam menentang keganasan-keganasan Zionis.
Pada tahun 1948 pengasas dan dan pemimpin ulung Ikhwan al-Muslimin, Hassan Al Banna mati ditembak. Kematian beliau meninggalkan kesan yang amat besar terhadp corak dan nasib masa depan gerakan tersebut. Kekosongan pemimpin selepas kematian Hassan Al Banna mencetuskan perebutan kuasa di kalangan pucuk pimpinan. Ini menyebabkan organisasi tersebut tidak begitu berkesan mendominasikan politik Mesir. Walaupun merupakan sebuah pertubuhan yang paling berpengaruh, tetapi Ikhwan al Muslimin cuma memainkan peranan yang kecil ketika Revolusi Julai 1952 dilancarkan.
Perhubungan antara Ikhwan al Muslimin dengan Free Officers yang merampas kuasa pada mulanya menampakkan kesan yang baik, bagaimanapun ia bertukar menjadi konflik. Konflik tersebut sampai ke kemuncaknya apabila Nasser setelah membuat persiapan-persiapan yang sewajarnya, bertindak memusnahkan Ikhwan al Muslimin. Sejak itu bermulalah siri pengharaman dan penindasan ke atas gerakan tersebut. Pemimpin serta pengikutnya terpaksan berhadapan dengan pelbagai tindakan kejam. Ramai di kalangan mereka dihukum mati atau menjalani hukuman penjara yang panjang. Proses penindasan yang dilakukan secara sistematik ini menyebabkan pengaruh yang pernah dimiliki oleh Ikhwan al Muslimin yang sebelum ini menjadi pudar dan kendur.
Bersambung ke bahagian kedua akan datang.
IKHWAN AL MUSLIMIN DI BAWAH HASSAN AL BANNA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan