"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


17 Julai 2009

Mansuhkan ISA - Pak Lah

Tun Abdullah Ahmad Badawi akhirnya meperkatakan sesuatu yang positif terhadap negara. Kata-kata yang selama ini amat sukar dilafazkan oleh para pimpinan UMNO dan kerajaan. Akhirnya Pak Lah setuju Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan. Desakan demi desakan dari rakyat sejak dahulu lagi yang tidak dipandang berat oleh pimpinan UMNO, akhirnya disampaikan sendiri oleh bekas perdana menteri dan menteri dalam negeri.

Petikan dari Harakahdaily:


KUALA LUMPUR, 17 Julai - Mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi meminta kerajaan menimbangkan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Menurut agensi berita, Tun Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan berkata ISA memberi kuasa yang besar serta skop yang mungkin terlalu luas untuk pihak berkuasa menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan.

"Sebagai (bekas) menteri dalam negeri, saya telah menandatangani banyak penahanan tanpa perbicaraan di bawah ISA dan dengan kerajaan hari ini ingin pula mengkaji semula keberkesanan serta impak ISA, saya berasa terpanggil untuk memberi pandangan ikhlas mengenai akta ini.

"Perlu ditegaskan bahawa Malaysia masih memerlukan suatu mekanisme penahanan pencegahan demi keselamatan negara kerana cabaran yang kita hadapi seperti ancaman keganasan yang merentasi sempadan menuntut perundangan yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan pencegahan," beliau dipetik berkata.

Abdullah mengulas isu ISA sewaktu berucap sempena majlis konvokesyen khas penganugerahan ijazah kehormat Doktor Falsafah Demokrasi kepadanya di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyempurnakan penganugerahan berkenaan.

Abdullah menambah, sama ada suka mahupun tidak, ISA sebagai suatu akta sudah dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara dan untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untuk melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru.

Abdullah dilaporkan berkata beliau percaya "kerajaan berani melakukan perubahan seumpamanya seperti memansuhkan ISA" sebagai satu petanda komitmen kepada agenda pembaharuan demokrasi negara.

"Inilah transformasi yang saya percaya rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik.

"Mungkin satu contoh adalah untuk menghadkan skop penahanan pencegahan kepada ancaman tertentu atau akta baru boleh dihadkan khusus untuk mencegah kegiatan keganasan sahaja sekaligus mengurangkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa demi matlamat politik," katanya seperti dilaporkan.

Kelmarin, PAS menyeru ratusan ribu ahlinya agar menyertai demonstrasi membantah akta kontroversi untuk menyerahkan memorandum ke Istana Negara, 1 Ogos ini.

Udara yang selama ini disedut oleh pimpinan Pakatan Rakyat akhirnya disedut oleh Pak Lah dan senada dan seiring mahukan ISA dimansuhkan. PAS sudah lama mahukan ianya dimansuhkan, apatah lagi kajian demi kajian dilakukan oleh pihak PAS sendiri terhadap ISA dari perspektif Islam itu sendiri.

Sesungguhnya seruan dakwah ini tidak akan terhenti. Akhirnya ianya terbukti ianya semakin diterima oleh pimpinan UMNO. Juga berkenaan dengan undang-undang jenayah Islam hudud dan qisas. Jangan ianya diberhentikan dan InsyaAllah jika tidak hari ini, mungkin esok atau akan datang ianya semakin diterima. Ini setelah berlaku kepincangan sistem sekular dan kapitalis menguruskan sesebuah negara, dan akhirnya manusia akan kembali kepada fitrah mereka sendiri.

Harapnya Pak Lah akan menyertai juga Himpunan Memansuhkan ISA 1 Ogos ini, bagi menyokong apa yang dikatakan!

Antara artikel ISA dalam blog ini:

ISA Mengikut Perspektif Islam Bahagian 1

ISA Mengikut Perspektif Islam Bahagian 2

ISA Mengikut Perspektif Islam Bahagian 3


ISA Mengikut Perspektif Islam Bahagian 4

ISA Mengikut Perspektif Islam Bahagian 5


ISA Mengikut Perspektif Islam Bahagian 6

ISA Mengikut Perspektif Islam Bahagian 7

ISA Mengikut Perspektif Islam Bahagian 8

ISA Mengikut Perspektif Islam Bahagian Akhir

ISA : Ikut Suka Aku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai