"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


02 Mei 2008

ISA Menurut Perspektif Islam (4)

4. Respon media kerajaan


Pihak kerajaan dan penyokongnya sudah pasti mengatakan penahanan di bawah ISA ini wajar, dan kesal kerana kerajaan kononnya d
ituduh mencabul hak asasi manusia. Para pengampu yang dulu pernah ditahan di bawah akta yang sama pun kali ini menyokong penuh penahanan lapan aktivis itu sambil memberi kepercayaan kononnya polis mesti bertindak berlandaskan ‘bukti kukuh’. Ini juga seolah-olah meletakkan pasukan polis sebagai satu pasukan ‘malaikat’ yang tak pernah silap. Polis buatlah apa sahaja pun, sudah pasti polis betul, walaupun gagal membuktikan tuduhan ke atas orang yang kena tahan.

Cuma seorang kolumnis Berita Harian (edisi 28 April 2001) yang agak rasional dalam kolumnya ‘Bila Sauh Dilabuh’. Wartawan veteran itu juga pernah di-ISA-kan pada tahun 70-an selama hampir lima tahun tanpa tuduhan berasas dan sebarang perbicaraan. Beliau berpendapat bahawa ISA sering digunakan oleh pihak berkuasa untuk menentang suara yang tidak sehaluan, yang bukan komunis. Pihak yang memangsai beliau pada 70-an itu
juga ialah para pemimpin UMNO, tegasnya. Dan UMNO itu jugalah yang menerkam dan menggigit mangsanya hari ini dengan kuku dan taring ISA.

Sedangkan inilah satu bentuk kediktatoran (istibdad) dan perhambaan (isti`bad), apa sahaja yang dilakukan oleh pihak yang ada kuasa, justifikasinya adalah benar dan betul. Rakyat juga wajib menerimanya sebagai betul dan adil. Demi Allah, inilah gambaran masyarakat manusia yang hidup di zaman Firaun dulu. Apa sahaja kata Firaun, maka dia pasti betul. Apa sahaja tindakan orang suruhan Firaun (al-Quran menamakan mereka sebagai al-Mala’), maka sudah pasti benar kerana mereka bertindak berasaskan ‘bukti kukuh’ dan ‘sah’ menurut timbangan undang-undang Firaun. Hari ini ISA adalah undang-undang
yang sah menurut pertimbangan ISA yang diwujudkan di zaman ancaman komunis, BUKAN sah menurut perlembagaan negara, deklarasi hak asasi manusia, apatah lagi menurut prinsip keadilan Islam.

Keangkuhan mereka yang memiliki kuasa amat melampau. Cadangan sebuah suruhan jaya yang ditubuhkan khas oleh Parlimen untuk memantau kebebasan asasi di Malaysia (Suhakam) dalam sebuah negara demokrasi dikatakan hanya semata-mata cadangan dan kerajaan tidak terikat dengan cadangan itu. Ada pula yang mengatakan Suhakam tidak berhak mempertikai tindakan tidak demokratik orang suruhan kerajaan (polis), kerana kononnya Suhakam tidak diberi tanggungjawab menjaga keselamatan awam.


Polis pula nampaknya berdolak-dalik. Mula-mula KPN berkata boleh buat permohonan rasmi untuk bertemu dengan aktivis reformasi yang ditahan itu dan tiada masalah untuk menimbang permohonan yang mengikut prosedur (Utusan Malaysia, 13 April 2001). Kini, mahkamah diberitahu bahawa KPN tidak membenarkan lawatan terhadap tahanan kerana tidak mahu menjejaskan siasatan (Mingguan Malaysia, 29 April). Apakah jenis siasatan pun kita tak tahu, sehingga nak bertemu dan melihat sekejap mangsa tahanan pun tak boleh. Apa yang hendak disiasat sehingga perlu ditahan selama 60 hari tanpa arahan hakim di mahkamah, melainkan pegawa
i polis itu sendiri yang menjadi hakim dan menjatuhkan hukuman 60 hari penjara. Cuma kita pernah dengar daripada bekas Pengarah Cawangan Khas, Datuk Mohd Said Awang memberitahu mahkamah bahawa polis mengamalkan teknik torture (fizikal dan mental) dan brainwash untuk mengubah pendirian mangsa kepada pendirian yang sama dengan kehendak polis. Ini dinamakan proses turn-over atau neutralise. Mungkin ini yang memerlukan masa sehingga 60 hari dan perbuatan kotor yang tiada peri kemanusiaan ini perlu dirahsiakan daripada pengetahuan awam, termasuk Suhakam.

Adakah polis memiliki sebarang hak untuk menyekat wakil Suhakam, ahli keluarga dan doktor daripada bertemu dengan tahanan ISA? Ataupun kerana ada sesuatu perkara yang hendak disembunyikan? Kemungkinan polis melakukan sesuatu di luar bidang kuasa dan undang-undang tidak dapat ditolak lagi apabila ada bukti kes mata lebam angkara perbuatan jahat orang yang berpangkat KPN juga (kini bekas).


Itulah dia gambaran nasib ‘penjenayah’ yang dihukum menurut ISA. Kesalahannya ialah memerangi kerajaan dengan senjata ‘lidah’ yang dianggap lebih bahaya daripada senjata api. Soalnya sekarang, (kalau benar demonstrasi jalanan mengancam keselamatan), sekiranya salah satu cadangan Suhakam (yang telah dicadangkan oleh Barisan Alternatif lama sebelum kewujudan Suhakam) diterima pakai, iaitu berkenaan hak berhimpun di tempat yang terkawal seperti stadium, dewan seperti di PWTC, tanah lapang hak persendirian dan lain-lain seperti yang dibenarkan kepa
da perhimpunan anjuran UMNO/BN, adakah para aktivis reformasi itu akan berarak dan berdemonstrasi lagi di tengah jalan? Tetapi kerajaan nampaknya tidak berani membenarkan perhimpunan aman di tempat yang terjamin keamanannya itu dengan menggunakan kuasa polis (tidak mengeluarkan permit perhimpunan) berbanding kalau perhimpunan itu anjuran UMNO/BN. Bahkan kalau anjuran UMNO/BN, tiada permit polis pun tidak dikira perhimpunan haram walaupun perhimpunan yang membakar api perkauman. Jadi perhimpunan yang tiada permit hanya haram untuk BA, tidak untuk UMNO/BN.

Lebih merimaskan lagi apabila ada orang yang berada di kelas intelek tetapi telah memberi pandangan yang mencemarkan intelektualismenya dengan mendakwa Suhakam menyusahkan kerajaan dan memberi pandangan yang sam
a dengan suara minoriti iaitu pembangkang (kenyataan seorang menteri luar yang berkelulusan undang-undang). Kenyataan ini telah membodohkan si penanya dan si penjawab yang mengadakan wawancara yang disiarkan oleh sebuah akhbar perdana yang tabiatnya menyiarkan berita politik yang meloyakan dengan perencah pembohongan (seperti mengatakan John R. Mallot dan para pemimpin BA menghadiri ‘pertemuan sulit’ KeADILan di Kuala Lumpur). Para wartawannya pula nampak terlalu bodoh dan kehingusan tentang undang-undang perlembagaan apabila mengemukakan soalan (sebenarnya pegangan) di depan Timbalan Pengerusi Suhakam kononnya ‘Suhakam jelas hanya condong kepada pihak pembangkang sahaja’ dan mendakwa ‘Suhakam sebagai lebih sudu daripada kuah’. (Lihat Mingguan Malaysia, 29 April 2001)

Namun inilah mentaliti pihak kerajaan dan para penyokong kerajaan. Mereka seolah-olah telah menelan kepercayaan bahawa kerajaan yang ada hari ini adalah sebuah kerajaan yang diturunkan dari langit (the revealed rulers) atau pemimpin kerajaan itu semua telah dilahirkan, bahkan telah ditakdirkan sejak azali untuk menjadi pemimpin kerajaan Malaysia, bukan menjadi kerajaan atas dasar pilihan raya demokrasi dan mereka hanyalah wakil-wakil kepada rakyat yang berkuasa.

Oleh itu, rakyat tidak harus membantah atau merentangi arus perdana kerajaan ‘yang diturunkan dari langit’ walaupun kerajaan berada dalam situasi yang salah (antara kesalahannya ialah mengekalkan ISA yang zalim dan bercanggah dengan nilai keadilan sejagat). Pihak penyokong kerajaan seolah-olah telah menjadikan diri mereka berfikir seperti hamba kulit hitam di Eropah yang mempercayai bahawa tuan mereka tidak boleh dilawan kerena tuan itulah yang memberi mereka makan. Macam mana zalim pu
n tuan itu, dia mesti dipatuhi. Kalau tidak si hamba tidak boleh hidup, kerana bekalan makanan hanya terdapat di tangan si tuan.

Ini sebenarnya satu bentuk pengabdian kepada al-Toghut (iaitu segala perkara selain Allah s.w.t. yang ditaati tanpa soal), sedangkan setiap rasul diutuskan kepada setiap umat untuk menghapuskan pengabdian kepada al-Toghut ini. Firman Allah s.w.t:


"Dan sungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu", maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu dimuka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul). ”
(Surah An-Nahl, ayat 36)

(bersambung)

1 ulasan:

  1. SALAM...INI ADALH PETIKAN AKHBAR.JADI,SAYA ALU-ALUKAN PENDAPAT..NAK KOMEN KE?tafaddal....KUANTAN, 13 Dis (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata penahanan lima orang, yang mendalangi perhimpunan haram di ibu negara bulan lepas, mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkuatkuasa hari ini dibuat berdasarkan kewajaran menjaga keselamatan negara.

    Sekalipun kerajaan memberikan kebebasan kepada semua pihak untuk bersuara, Perdana Menteri berkata keselamatan negara dan ketenteraman awam negara adalah keutamaan penting.

    "Kalau (antara) kebebasan untuk bercakap dengan ketenteraman awam, saya utamakan ketenteraman awam. Kalau nak bercakap (mesti) ikut peraturan, ini bukan negara yang membisukan semua orang, dan rakyat tak bisu.

    "Kalau nak kan kebebasan kita mesti bertanggungjawab. Kebebasan tidak boleh diberikan tanpa tanggungjawab...," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan tertutup bersama Badan Perhubungan Barisan Nasional Pahang di sini, hari ini.

    Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

    Abdullah, yang dalam rangka lawatan sehari ke Pahang, berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penahanan lima orang -- P. Uthayakumar, M. Manoharan, R. Kenghadharan, V. Ganabatirau dan T. Vasanthakumar -- yang bergerak di sebalik kumpulan tidak berdaftar yang dinamakan Hindu Rights Action Force (Hindraf), mendalangi perhimpunan haram pada 25 Nov lepas.

    Ditanya lanjut mengenai penahanan mengikut ISA itu, Abdullah, yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri, berkata: "Kenyataan telah dikeluarkan berhubung tahanan ISA dan saya tidak ada apa hendak dijelaskan lagi."

    Beliau juga enggan mengulas jumlah sebenarnya yang akan ditahan mengikut ISA dan sama ada lebih ramai lagi akan ditahan mengikut akta itu.

    Menjawab satu soalan, Abdullah berkata: "Tindakan kita mesti diasaskan kepada kewajaran, kita ambil satu tindakan kalau berlaku sesuatu yang menggugat keamanan dan keselamatan.

    "Menjadi kewajipan kepada saya kerana rakyat memerlukan tindakan, rakyat tidak ingin melihat negara dalam keadaan porak peranda.

    Mengenai kebimbangan tindakan itu akan dipolitikkan pembangkang, beliau berkata: "Sejak bila pembangkang tak guna macam macam helah? Pembangkang, kerja dia membangkang."







    WALAU APA PUN PENJELASAN ANDA MENYEBABKAN SAYA BERTAMBAH BERMINAT TENTANG ISA INI...(terpulang kalau ada yg kata saya ni "jumud"...x kisah pun!)

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai