Satu lagi perkembangan baik yang kita lihat selepas pilihanraya umum ke 12. Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seperti mana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia:
''Pada mulanya, kita naik taraf sebagai kolej universiti yang proses kelulusan, melatih kakitangan dan meningkatkan infrastruktur dijangka mengambil masa tiga tahun.
''Matlamat jangka panjang kita ialah menjadikannya universiti pertama di Asia Tenggara yang berupaya melahirkan penghafaz al- Quran,"
Dalam masa kemelut kerajaan menghadapi krisis makanan, tetapi tidak dilupa institusi-institusi pendidikan yang perlukan perhatian. Ini memandangkan mereka yang berada di sanalah merupakan bakal pimpinan akan datang dan "gula" dalam masyarakat yang "tawar" mendepani konflik jatidiri.
Dalam masa Darul Quran diberi perhatian, kerajaan sepatutnya tidak lupa kepada sekolah-sekolah agama rakyat. Bantuan perkapita yang ditarik semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohammed seharusnya dikembalikan. Jangan marahkan nyamuk kelambu dibakar. Boleh dikatakan ramai di kalangan mereka yang berjaya menyambung pelajaran di universiti-universiti tempatan mahupun luar negara merupakan anak-anak watan yang dahulunya susah senang di sekolah agama rakyat. Juga ramai pemimpin-pemimpin negara mahupun negara merupakan kelahiran dari sekolah agama rakyat.
Sedar tidak sedar banyak institusi-institusi pendidikan tahfiz di negara kita boleh dikatakan berjalan dengan cara tersendiri. Sekolah-sekolah agama yang dibina atas kesedaran rakyat Islam di negara kita jangan dipandang rendah. Malah selama 50 tahun negara mencapai kemerdekaan, sekolah-sekolah tersebut telah lama diberi bantuan penuh dan mendapat perhatian serius dari kerajaan. Tetapi lain pula jadinya, bantuan perkapita ditarik balik. Banyak sekolah yang gulung tikar, tidak mampu bayar gaji guru, malah ada sebahagian guru-guru yang sanggup tidak menerima gaji, asalkan kebajikan dan pendidikan murid tidak terabai.
Justeru, saya sebagai salah seorang dari lepasan sekolah-sekolah agama rakyat mendesak pihak kerajaan memberi semula bantuan perkapita. Agar sekolah-sekolah agama rakyat terus hidup!
Tanya saya kepada pemimpin melayu dalam kerajaan, siapa yang mengkhianati Melayu?
SALAM.....nak bagi komen lagi ye...sekolah agama rakyat bila nak dinaik taraf?????Eeee....ni ketinggalan berapa abad da... kat tempat saya dah banyak sekolah S.A.R yang SUDAH dan AKAN dinaik taraf.so, tolong peka eh..terasa plak...
BalasPadam