8. Penutup
Berdasarkan perbahasan di atas, bolehlah disimpulkan perkara-perkara di bawah:
Berdasarkan perbahasan di atas, bolehlah disimpulkan perkara-perkara di bawah:
- Para aktivis dan penyokong gerakan reformasi yang berhimpun untuk membantah kezaliman dan penyelewengan kerajaan tidak boleh dikira sebagai pemberontak atau perusuh (al-Bughah) kerana mereka hanya menyuarakan pandangan yang lain daripada pihak kerajaan secara aman.
- Menggunakan hadis-hadis yang berkenaan hukum al-Bughah ke atas mereka seperti yang dilakukan oleh agamawan UMNO adalah perbuatan cuba menyelewengkan nas-nas agama untuk kepentingan pemerintah dengan balasan keduniaan.
- Penggunaan polis FRU untuk memukul, menendang, memancut air gatal terhadap penyokong reformasi dan penggunaan ISA untuk menceroboh rumah, menggeledah, merampas harta benda, menangkap tanpa waran dan menahan mereka tanpa bicara adalah tidak sah dan bertentangan dengan Islam. Dengan melakukan tindakan sedemikian polis telah memperhambakan diri kepada manusia yang melanggar perintah Allah s.w.t.
- Undang-undang draconian seperti ISA, Akta Hasutan dan seumpamanya (yang memelihara kepentingan pemerintah, bukan rakyat) adalah batil dan bercanggah dengan Islam serta haram mempertahankannya. Undang-undang seumpama itu hanya diamalkan ketika pemerintahan beraja berkuku besi zaman sebelum Islam dan juga zaman pertengahan di Eropah.
- Menentang ISA (yang merupakan antara peraturan penjajah yang dikekalkan oleh UMNO/BN) adalah kewajipan setiap orang yang mengaku muslim dan setiap orang yang percayakan prinsip keadilan sejagat.
- Tidak harus rakyat menolong pemerintah yang zalim untuk menundukkan sekumpulan rakyat yang menentang kezaliman itu kerana itu bermakna tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan, bahkan menurut mazhab Malik, adalah wajib rakyat menolong penentang kerajaan yang zalim. (Syarhu al-Zurqani, 8/60)
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) adalah ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Semoga dengan munculnya gerakan seperti ini, rakyat akan sentiasa ingat kezaliman dan penderaan yang dialami oleh mangsa ISA, seterusnya membangkitkan semangat membenci dan menentang dalam jiwa mereka dan mereka tidak mudah lupa peristiwa lagi.
Inilah sahaja sumbangan kecil untuk membela mangsa ISA selama ini dan juga ahli keluarga mereka yang diibaratkan sebagai ‘seberat-berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul’.
Sekian, wassalam `ala man ittiba`a al-huda.
Inilah sahaja sumbangan kecil untuk membela mangsa ISA selama ini dan juga ahli keluarga mereka yang diibaratkan sebagai ‘seberat-berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul’.
Sekian, wassalam `ala man ittiba`a al-huda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan