"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


30 Mei 2008

Bijak Dari Orang Lain

Entahlah, apa yang hendak diperkatakan sejak membaca keratan akhbar MStar Online yang menyebut Seragam Sekolah Sekarang Tidak Perlu Ditukar. Saya kesal dalam masa pertubuhan-pertubuhan dan gerakan Islam menyokong saranan PKPIM untuk menukar warna pakaian sekolah perempuan dari warna putih kepada warna lain, atau jika mengekalkan warna tersebut diwajibkan berbaju dalam (Singlet) dan bertudung labuh. Wanita JIM yang secara tiba-tiba mengatakan:

Ketua Wanita Pusat JIM, Dr Harlina Halizah Siraj berkata, tidak ada sebab pelajar perlu memakai baju kurung berwarna seperti yang disyorkan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

"Baju kurung seragam berwarna putih telah sekian lama dipakai tanpa menimbulkan sebarang masalah.


"Masalah sosial dan gejala seksual yang semakin meruncing di kalangan pelajar sebenarnya berpunca dari krisis nilai, hakisan pegangan agama dan moral yang sedang hebat melanda masyarakat kini,"

Saranan PKPIM tersebut dinilai oleh wanita JIM sebagai tidak perlu. Walaupun saranan wanita JIM yang lain seperti disebut di atas adalah benar dan bijak. Bagaimanapun apa yang disaran tadi diketahui umum, masalah yang berlaku kepada masyarakat dewasa ini. Adakah wanita JIM merasakan tindakan PKPIM berkenaan pakaian sekolah tadi tidak melihat masalah-masalah yang diutarakan oleh Wanita JIM? Nilailah dahulu dengan terperici apa yang diketengahkan oleh PKPIM. Ianya bukan pandangan sembrono, dan semestinya telah membuat kajian dan dimesyuaratkan!

Kesatuan Fikrah yang tidak terlihat oleh Wanita JIM dengan gerakan Islam lainnya menunjukkan ketidakmatangan mereka mengatasi kemelut yang melanda negara sekarang. Tidak terfikirkah Wanita JIM Sister In Islam melonjak riang dengan kenyataan mereka? Sebelum ini PKPIM diserang hebat oleh Sister In Islam, Wanita JIM pula menambah contengan arang di muka PKPIM.

Merasakan pandangan orang lain sebagai biasa dan bukanlah masalah besar menunjukkan Wanita JIM seakan sombong. Sepatutnya menyokong, dan menambah cadangan. Tapi dikondem pandangan orang dan kononnya pandangan mereka sahaja yang betul. Benar, orang-orang JIM terdiri dari cendiakawan, teknokrat, ahli akademik yang hebat-hebat. Mana ada nelayan, tukang kebun, petani dalam JIM. Jadi tak kesah dan ditongsampahkan sahaja pendapat orang lain.

Motto baru bagi Jamaah Islah Malaysia saya berikan "Bijak Dari Orang Lain".

Juga boleh layari TVPas.com

10 ulasan:

  1. anda memang bijak lebih daripada mereka yang pakar dalam bidangnya..

    1)anda mengenali atau tidak Prof. Dr Harlina? Beliau tidak mengeluarkan kenyataan semberono juga. Beliau telah masak dengan masalah remaja, kes zina dan sebagainya. Beliau juga antara penasihat kepada Pusat Raudhah Sakinah (tempat pulih akhlak bg wanita yang dirogol/berzina)..Beliau bercakap atas pengalaman dan statistik yang beliau buat sepanjang karier beliau sebagai doktor yang memahami jiwa remaja..kita ni ustaz, belum tahu mengetahui selok belok perkara ini..kalau tahu, tidak mendalami..janganlah menjadi jaguh kampung berteriak..

    2)tiada siapa yang menafikan pakaian yang menjolok mata akan menaikkan nafsu sekaligus boleh membawa kepada zina/gangguan seksual..tapi kita perlu lihat kepada perkara yang lebih mendasar..masalah krisis diri/identiti diri..tak perlu la saya katakan wanita bertudung labuh di mesir pun berzina juga..padahal tudung labuh..lagi hebat dari uniform sekolah..ini semua adalah masalah krisis diri dan akhlak mereka..yang patut kita perkasakan adalah pentarbiahan akhlak..

    3)usah bercakap soal seksual, isu rokok di kalangan ustaz, menonton filem lucah dan lain-lain di mesir bukan kerana ada akhawat dari ustazah yang pakai baju nipis, tapi ianya krisis diri ustaz-ustaz di sana..download movie, tgk movie, dll..tu masalah dasarnya..kalau anda kata semua ini bohong, maknanya anda perlu hidup lagi 10tahun di sana dan selalu2 ziarah para asaatiz yang bakal memimpin malaysia ni..ilmu sahaja power tak cukup..amal biar selari..

    4)kesatuan fikrah tidak selari?tidak ternampak plak tiada kesatuan fikrah di sini..masalah ini ada pro dan kontranya..kalau perkara2 khilaf dalam agama tidak dapat disatukan, apakah imam abu syafie tidak ada wehdatul fikri dgn imam abu hanifah?itu pendapat beliau..presiden JIM tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan pun..

    5)kenapa harus dibina slogan tak bermaruah tu..inilah sikap yang lahir dari mereka yang katanya "ditarbiah"..kemudian, marah dan tulis Motto baru bagi Jamaah Islah Malaysia saya berikan "Bijak Dari Orang Lain".


    para ustaz perlukan lonjakan yang lebih...biarkan fikiran, akal, minda mengatasi pekung jumud di kepala...

    BalasPadam
  2. Tak mahu sangkut dengan hal lain, cuba perhatikan ada opsyen disitu,

    "pertama agar kementerian tukar warna putih dengan warna lain atau keduanya kalau perlu kekal juga maka diwajibkan agar memakai singlet dalam atau tudung labuh."

    Adakah ini pun susah untuk kita sokong?

    Benar apa yang anda sebut, tapi adakah dengan cadangan seperti ini perlu diperlekeh?

    Heboh satu Malaysia JIM perlekeh PKPIM! Camna? Anta nak buat apa? Lecehlah anta, masuk blog ana komen tengok ler tajuk, tak payah nak sasau ke tempat lain!

    Kalau tak sokong pun, tambah jer apa yang patut ditambah.

    Masalah-masalah yang anta sebut, ana sokong apa yang berlaku. Sama-sama kita usaha.

    Tapi isu pakaian sekolah ana tetap sokong PKPIM dan JIM perlu hormati orang lain.

    BalasPadam
  3. tersasau / tersasar ke komen ana?ana mengatakan tentang realiti..realiti semuanya adalah kerana krisis diri..bukan semata-mata kerana nipisnya baju kurung / uniform skolah..kes yang melibatkan uniform sekolah ni rationya kecil..


    sekiranya ustaz ingin mengeluarkan sesuatu pendapat, perlulah dirujuk kepada statistik, bancian, dan kajian menyeluruh...prof harlina bercakap soal faktor utama menyumbang kepada gangguan seksual..


    kemudian, kenapa ustaz begitu memaksa untuk menerima pendapat PKPIM? balik-balik ayat ustaz, "kenapa susah sangat nak sokong?..perlu kah semua orang menerima pendapat PKPIM?wajib ke ustaz? ana kira, ustaz tahu soal dan kaedah-kaedah fiqh usul..dan ustaz pastinya tahu mempraktikkannya..jangan pula memaksa orang tak tentu pasal untuk ikut pendapat orang lain...


    saya nak tengok, part mana dr harlina sombong? dia hanya kata, ianya simplistik..simple..yang perlu para ustaz / pkpim perjuangkan adalah isu yang lebih mendasar..akar umbi..ustaz tak mahu pokok rambutan tumbuh depan rumah, tapi ustaz potong pucuk seciput..apa pun tak jadi..begitulah apa yang disarankan prof harlina...potong yang akar tu...tenaga pun jimat..dan potong akar,senanglah..kalau hari-hari duk main potong pucuk, masa habis tenaga habis..


    isu ni dah bertahun-tahun dah..memang sudah menjadi kewajipan pun pakai singlet..yang pakai tudung pun byk yang buat maksiat...pokoknya adalah : krisis diri dan etika..seperti mana yang saya kata la...ramai para ustaz di mesir yang tgk filem tak sopan, adakah kerana disebabkan dia tengok ustazah yang pakai tudung labuh berjubah / ada ustazah indon pakai nipis?..TAK..tiada kaitan..yang ada adalah krisis diri para ustaz yang tak mengamalkan ilmu..krisis itu adalah akarnya..akar yang perlu dibanteras..


    jim tidak pernah perlekeh PKPIM..mereka hanya mengeluarkan pendapat..orang jim kata pandangan tu terlalu simplistik...semacam mengambil jalan mudah..padahal akarnya kita tak nak pula sebut..kalau setakat sebut dalam karangan bahasa melayu PMR/SPM/STAM, apa pun tak jadi..


    cuba kita berbalik kepada isu..bukan masalah JIM..ustaz lantang bersuara tentang jim..pasal nelayan la..tarbiah power tak power la..memandang sinis tu dikira dakwah ke?ana kira ustaz ni antara orang yang byk dapat tarbiah, tapi kurang pengamalan kerana sukar utk tasamuh dan berlapang dada..


    wassalamualaikum..

    BalasPadam
  4. JIM bukan tidak hormati..JIM ada pandangan lain..jangan pula memaksa orang lain mengikut telunjuk kita..


    pendapat berkemungkinan ada pro dan kontranya..jadi tak perlu la ustaz memaksa untuk menyokong..


    saya kesal kerana ramai yang ditarbiah, balik2 begitu juga..prof harlina "bodo" la..bangangla...JIM ada moto baru la..kalau ustaz seorang yang profesional, kita tumpu betul2 pada isu..tak perlu ulas JIM ni camni..camtu..


    cukup sudah alami di mesir diyahudikan oleh pmram, dikutuk, ditumbuk di airport..dikatakan agen umno dsbgnya..ana tidak tahu inikah sikap mereka yang ditarbiah...isu ini, ustaz perjuangkanlah..jernihkan la fikrah sebelum berdakwah atau menumbuk orang..


    kalau ustaz mahu memaksa orang-orang jim ikut tunduk patuh taat setia pada pendapat pkpim, kenapa ustaz tak paksa sesetengah taksubiyyin pmram / PAS tunduk pada pendapat ummah-centric karangan ustaz maszlee malik..susah sangatkah utk bersatu hati?..sehinggakan ustaz maszlee dilabel sebagai agen umno, celaru, bodoh, bangang dan lain2...tahniah..inilah hasil tarbiah yang didakwa2 selama ini..

    moralnya : jangan paksa dan perlekeh orang lain kerana tidak sehaluan dan sependapat..prof harlina tidak pernah memperlekehkan pkpim, cuma cadangan mereka itu dirasakan terlalu mengambil jalan mudah..simple..

    sila lihat blog orang pmram :

    www.abuulwan.blogspot.com


    apapun, jernihkan lah hati sebelum berdakwah...kita punyai fikrah yang sama..fikrah islam..hati je kotor ke tak..kene islah..

    BalasPadam
  5. kepada ustaz..mari lah kita berukhuwwah sesama kita..buangkanlah rasa tidak senang terhadap jemaah yang tidak sama dengan kita...yang keruh itu kita tinggalkan..yang jernih itu kita ambil..


    apa yang penting, ustaz di bidang ustaz, rawatlah para ustaz kita di mesir yang semakin teruk...jangan kata tentang islam kalau kita sendiri tidak dapat melaksanakannya...


    ayuh mari kita perbaiki mereka..tidak kira la kita dari jemaah mana pun..rawat penyakit suka tgk movie, tgk filem lucah, merokok..tarbiahlah mereka...kemenangan kita dalam PRU12 tidak bermakna ISLAM telah menang...mari kita rawat para asaatiz ni sebelum mereka pulang ke malaysia..kalau tak, murid2 yang berpakaian jarang ni akan ikut sama merokok macam ustaz2 kita nih...


    hapuskan krisis dan masalah dalaman dalam diri mereka...ayuh kita berganding bahu...

    BalasPadam
  6. Lagi sekali.. Panjang plak tu tulisnya. Tapi tak guna nama sebenar. Ukhuwah mende ni? Campak ke laut ler ukhuwah enta!

    Memang tersasau pun. Sebab tak fokus.

    Cadangan PKPIM memang wajib disokong sebab dia fokus kepada isu pakaian. Tidak lebih. Bahkah kalau bawakkan isu ini ke peringkat majlis ulama ianya akan disokong! Ana jamin.

    An quotekan dan perhatikan opsyen ini:

    "pertama agar kementerian tukar warna putih dengan warna lain atau keduanya kalau perlu kekal juga maka diwajibkan agar memakai singlet dalam atau tudung labuh."

    Sekali ana katakan:

    SUSAH SANGAT KE NAK SOKONG PENDAPAT MACAM NI?

    Kan ana dah sebut kat atas tu!

    ana quote sekali lagi kalau tak perasan:

    "Masalah-masalah yang anta sebut, ana sokong (pendapat enta) apa yang berlaku. Sama-sama kita usaha (memperbaikinya)."

    Dr Harlina sebut tentang masalah yang mendasar, yang PKPIM cadang antara salah satu misi yang perlu dilakukan untuk mencapai visi.

    Mana jumudnya? Masuk blog orang bagi salam la woi! Pandai tazkirah orang! Lantak ko lah!

    BalasPadam
  7. SALAM......

    KENAPA SUSAH SANGAT UNTUK MENERIMA KEBENARAN???

    TU LA...BILA SIFAT EGO SUDAH BERCAMBAH DALAM DIRI..PAYAH SIKIT.

    BalasPadam
  8. salam AJJDT

    Ni lagi sorang budak ting 6 ni..

    Masuk elok bagi salam. Tapi main nyampok tak tahu mende. Kebenaran apa?

    Semua kebenaran apa yang disampaikan! Nak apa lagi? Sapa ego?

    UMNO la ego nasihat supaya kembali kepada teras kekuatan Melayu (Islam) Tak mau! Nak guna juga Kebanagsaan!

    BalasPadam
  9. kalau benar ustaz bercakap fokus kepada tajuk..

    pertamanya :

    kenapa perlu :

    1)tajuk posting : bijak dari orang lain..
    2)isu ahli jim
    3)sinis "tarbiah power"
    4)slogan/moto baru jim : bijak dari orang lain..

    kenapa jauh tersasar daripada perbincangan?

    kedua :

    kenapa perlu memaksa orang ikut cadangan PKPIM?

    kalau mazhab pun tak leh paksa-paksa,inikan pula isu baju..pelik..


    semoga Allah merahmati ustaz dan niat ustaz menulis..tidak lupa juga, jangan memaksa orang mengikut telunjuk kita. Ramai kalangan ustaz mesir ini marah dan kata wahhabi itu suka memaksa, sedangkan dalam hal-hal lain seperti berjemaah/ikut pendapat, kita sama sahaja, kita paksa orang lain ikut pendapat kita.

    BalasPadam
  10. Isu baju melibatkan aurat, tutp aurat wajib, Mazhab mana yang boleh bukak aurat? Tak paham2.. Perhatikan opsyen ini.

    "pertama agar kementerian tukar warna putih dengan warna lain atau keduanya kalau perlu kekal juga maka diwajibkan agar memakai singlet dalam atau tudung labuh."

    Tak paham-paham.. Lantak ko lah. Aku tak paksa ikut pendapat PKPIM. Tapi aku wajibkan ikut pendapat PKPIM sebab apa? Sebabnya aku sebut kat atas tu.

    Kan pendapat hal baju ni, ko ingat hal baju ni hal remeh ke? Hal kecik punya? lantak ko lah! Penat aku!

    Aku dah jelaskan pendapat aku tentang pendapat JIM dan PKPIM. Dua2 bagus! Tapi susah sangat ke JIM nak setuju dengan pendapat PKPIM dalam hal baju ni?

    Sesekali rotan, cubit sket tak boleh ke? Kan tarbiahnya power. baru kene sinis dah tak boleh? Manjanya...

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai