
Jika di Mesir ini, perkhidmatan tramco tidak asing bagi kami yang menuntut di sini. Bahkan tramco adalah antara pengangkutan terbaik setakat ini. Cepat pantas dan tambangnya agak berpatutan. Jika perkhidmatan tramco ini dapat dilaksanakan di Malaysia, rasanya amat baik, memandangkan dengan kenaikkan harga minyak yang semakin membebankan pengguna.
Gambar 1: Saya dan kawan-kawan menggunakan perkhidmatan teramco.
Tramco di Mesir ini boleh dikira raja jalan raya. Mereka laju dan sangat mahir bab cilok mencilok. Walaupun kadang-kadang tramconya terlalu uzur, namun itu bukan tanda tramco itu tidak boleh bergerak pantas. Terpulang kepada pemandunya. Namun sememangnya jarang saya menaiki tramco yang bergerak dengan kelajuan rendah. Walaupun kadang-kadang membuatkan perut saya kecut. Namun perkhidmatan yang pantas dan berbaloi dengan tambang yang hanya LE 1.25 ke bawah, membuatkan tramco adalah pilihan utama selain bas. Semua dapat duduk dan tiada yang berdiri.
Perkhidmatan tramco ini bukan sahaja untuk perjalanan jarak dekat. Malah perjalanan negeri ke negeri juga ada. Tambangnya dari LE5 hinggalah LE25, bergantung ke negeri mana yang hendak dituju. Rata-rata rakyat Mesir sememangnya menggunakan perkhidmatan awam, samada tramco, bas mahupun LRT. Boleh dikatakan sentiasa penuh dengan penumpang kerana realiti populasi di Kaherah sahaja mencecah 20 juta penduduk di waktu siang. Lebih kurang sama dengan populasi keseluruhan rakyat Malaysia. Padat tak padat la kan.

Gambar 2: Toyota Hiace, antara jenis tramco yang berlambak di Mesir.
Seperti yang saya katakan tadi. Perkhidmatan tramco mejadi pilihan saya. Apa yang membuatkan saya tenang jugalah dengan perkhidmatan tramco ini ialah tidak "lokek" untuk diperdengarkan dengan alunan ayat-ayat suci al Quran. Para pemandu tramco kebanyakan memainkan kaset Al Quran sepanjang menjalankan tugas mereka. Tidak kurang juga yang suka dengar "dangdut" arab. Tapi memang kebanyakan bangsa arab di sini "beral Quran".
Mungkin satu hari nanti Malaysia boleh memikirkan hal ini. Tramco menjadi raja jalanraya. Haha mungkin juga!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan