Samada murka atau nasihat, saya tak tahu. Kerana saya tidak berada di hadapan Sultan Selangor. Jadi saya tidak pasti bentuk dan bagaimana antonasi suara dari baginda Sultan, samada murka atau nasihat. Hanya baca dari apa yang dilaporkan Utusan Malaysia Online seperti berikut:
- Sultan Sharafuddin Idris Shah menyifatkan orang Melayu yang terus mempersoalkan kedudukan raja-raja dan bangsanya sendiri sebagai biadap.
- Golongan ini juga disifatkan baginda sebagai tidak berbudi bahasa dan tidak ada perasaan malu kerana mempertikaikan perkara berkaitan kedudukan raja-raja dan hak orang Melayu secara terbuka.
- Kemajuan dan pembangunan yang dicapai boleh hancur jika orang Melayu terus bercakaran, disebabkan terlalu ghairah merebut kuasa.
- Tidak ada gunanya bangsa Melayu kekal di dunia tetapi tidak bertamadun, tidak dihormati dan boleh dipermainkan serta diperalatkan.
- Orang Melayu perlu bersatu apabila timbul isu-isu yang melibatkan kepentingan mereka dan Islam.
Mungkin boleh dikategorikan dengan murka dengan beberapa ayat seperti yang saya tebalkan tulisannya. Namun boleh juga dikategorikan sebagai nasihat dan boleh dipertimbangkan.
Namun, beginilah ayat yag sering kita baca dan dengar yang lahir dari raja-raja dan sultan-sultan zaman sekarang. Tak dinafikan, ianya perlu memandangkan suasana politik dan ekonomi yang tidak berapa stabil sekarang. Tak kiralah, ianya berpunca dari pihak mana. Sultan sebagai kepala negeri tidak boleh bias kepada mana-mana pihak dan mestilah menunjukan kepada rakyat bahawa baginda adalah payung negara.
Jangan lupa wahai sultan dan raja! Dunia sekarang bukan seperti zaman Hang Tuah dan Hang Jebat. Dua panglima yang bersaudara dan bertikaman dek kerana angkara sultan sengal. Walaupun begitu sultan-sultan kena selidik semula lagenda melayu tersebut. Bagaimana kronologi pertembungan antara 'parti Tuah' dan 'parti Jebat' bertembung. Apa asas tuah bertindak sedemikian dan apa asas pula si Jebat 'derhaka'. Takkan suktan dan raja sekarang tak minat cerita melayu lama? Sedangkan cerita melayu lamalah yang banyak mengangkat kisah-kisah raja dan sultan Melayu. Zaman moden, layan cicakman ler!
Berapa ramai sultan dan raja melayu nak murka?
Sedarkah sultan dan raja sekarang? Murka-murka kalian tidak ada gunanya sekarang! Kalian sudah hilang kuasa lama dah! Apa yang boleh? Murka sahaja! Hari-hari Utusan Malaysia siar berita Sultan negeri ini murka, negeri tu murka dan akhir sekali nak tunggu YDP Agong pula murka!
Sebagai sultan walaupun tidak boleh berpihak kepada mana-mana, tetapi Sultan tetap ada tanggungjawab terhadap agama! Agama ini membawa pertimbangan antara kebenaran dan kebatilan! Maka Sultan wajib berpihak kepada kebenaran! Tidak kira dari siapa dan bagaimana datangnya kebenaran itu, wajib Sultan berpihak kepadanya.
Malangnya Sultan dan Raja di Malaysia ini, tidak dipilih oleh rakyat! Sistem monarki yang merosakkan. Rakyat angguk dan terima! Untungnya Sultan Melayu! Namun sejauhmana nilai untung ini dimanfaatkan oleh Sultan dan Raja melayu? Hanya Sultan dan Raja yang berfikir sahaja yang boleh nilai akan kuasa mereka!
Mengapa sebahagian rakyat sekarang ini seakan mempertikai peranan Sultan? Tuanku-tuanku sekalian fikirlah sendiri!!

Gambar: Sultan Muhammad bin Murad atau Sultan Muhammad II. Konstantinople menjadi ibu kota ribuan tahun Kerajaan Byzantine sebelum akhirnya ditawan oleh Tentera Muslimin pimpinan Sultan Muhammad bin Murad atau Sultan Muhammad II pada 20 Jamadil Awwal 857H bersamaan 29 Mei 1453.
Sultan Muhammad II yang kemudiannya dikenali sebagai Muhammad Al-Fateh (Mehmet The Conquerer) ini telah menjadikan kota ini sebagai ibu kota Dinasti Uthmaniyyah dan menamakannya sebagai Islambul (kini Istanbul) yang bermaksud Kota Islam.
Sesungguhnya Muhammad bin Murad ini wajar menjadi contoh tauladan buat seluruh Sultan, Raja dan pemuda Islam. Muhammad Al-Fateh yang gagah dan berhati waja ini mengepalai usaha penakhlukan Konstantinople pada usia hanya 23 tahun! -Kredit untuk Akhi Mukhtar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan