Sambungan dari entry yang lepas. "Bila aku nak sedar?" Setelah membaca semula posting yang lepas, inilah perkataan yang membuatkanaku berfikir semula. Setelah sedap melirik ayat, menyatakan itu dan ini. Ianya sebenarnya kembali kepada dasar hati ini. Sejauhmana kesedaran sebenar ini berfungsi dalam diri?
Teringat ketika memberikan tazkirah maghrib di Asrama Pelajar Johor, 2 minggu lepas. Tazkirah yang disampaikan sebenarnya telah mencerminkan diriku sebenar di khalayak ramai. Sekaligus menjadikan hati ini terdetik seketika memikirkan bahawa "itu adalah aku". Adakah selamanya aku begitu?
Setelah selesai menempuh peperiksaan dan sekarang di waktu cuti ini, apa yang aku buat? Rasanya tiada dibelek kitab-kitab, sekadar membaca di celahan waktu senggangan. Mengapa membaca hanya dilakukan pada celahan waktu? Bermakna masa penuh bukan dengan membaca dan menuntut. Tetapi membaca sekadar memenuhi waktu senggang.
Di mana letaknya nilai kemahasiswaan aku? Sebenarnya sudah berada di sebuah negara yang penuh dengan ilmu dan nilai ilmiyah itu sendiri. Bahawasanya aku perlu bangkit! Sedar akan kekurangan namun masih longlai melangkah ke arah kesedaran tersebut. "iye, kami sedar tapi apa yang kami boleh buat?" (ayat seorang yang takut nak pangkah selain BN)
Di awal subuh semalam aku menghubungi keluarga di Malaysia. Jelas di sana memerlukan aku. Segenap ruang akan meminta untuk aku memenuhinya. Samada aku mahu, tidak mahu, mampu atau tidak mampu mereka sudah tidak melihat itu semua. "Kamu pelajar Universiti Al Azhar!, mesti boleh!".
Ye aku boleh! Boleh blah! (sebenarnya)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan