Rakyat sekarang kena sedar. Terutama ummat Islam yang menjadi tunjang utama di negara ini. Samada dia melayu, cina, india atau apa-apa bangsa sekalipun, tak jadi masalah jika semuanya berpayung kepada Islam.
Islam jelas menggariskan panduan untuk memelihara beberapa maslahah yang dianggap penting. Dalam maqasid syar'iyah “Tujuan Pensyariatan Syariah” untuk manusia terkandung dalam menjaga lima perkara, iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan (termasuk juga maruah) dan juga harta.
Kelima-lima ini terkandung juga di dalamnya watan, iaitu negara atau tanah air. "hubbul Watan minal iman" iaitu mencintai negara separuh daripada Iman.
Apabila kita menjaga negara tanpa meletak maqasid syariyah di hadapan maka ia akan berlaku haru biru dalam memelihara perkara-perkara tersebut.
Setiap perkara yang membawa kepada meneguhkan penjagaan terhadap lima perkara asas tadi dianggap sebagai “maslahah” dan sebaliknya, setiap perkara yang meluputkan penjagaan terhadap lima perkara tersebut atau sebahagiannya dianggap sebagai “mafsadah”.
Namun rama yang tidak sedar, negara kita semkin hari semakin menuju kefasadan. TG Nik Abdul Aziz Pernah berpesan kepada para pemimpin UMNO, jangan menjadi hamba duit, kerana ditakuti suatu hari nanti negara akan dijualnya kerana duit. Nah! lihatlah apa yang berlaku sekarang? Bermula dari Pemerintahan Mahathir dan kini Pak Lah semakinrancak menjual negara. Ia mengkaburi mata rakyat dengan istilah "projek pembangunan rakyat".
Kesian bagi pakcik makcik yang masih tak sedar mereka dibohong yang turut berbangga membawa mineral water berlambang dacing, dan berbangga2 dengannya. Wal hal dalam masa yang sama mereka ditipu hidup2 oleh para pemimpina mereka.
Tidak mustahil Malaysia bakal menjadi Palestin Kedua bila melihat kedudukan bumi Malaysia yang cukup strategik di rantau asia tenggara. Sebab itu sejarah telah membuktikan tanah melayu pernah menjadi pusat perdagangan utama dunia dahulu. Alhamdulillah para pejuang Islam sampai dengan dakwah dan Tanah Melayu pernah mendaulatkan Islam. Maka tidak mustahil ia akan kembali. Namun lihatlah siapa yang memeritah. Juga tidak mustahil para pemimpin UMNO boleh menjadi serupa perangai pemimpin munafiq FATAH di Palestin. Hatta negara sudah dijajah di depan mata sekalipun, namun demi kepentingan dunia sanggup menjadi anjing amerika dan Israel.
Apa yang perlu kita buat sekarang? terbinanya daulah Islamiyah bermula dengan Fardu Muslim Muslimah itu sendiri (indvidu), setreusnya Usrah Muslimah (keluarga), dikuti Mujtamak Islami (Masyarakat) dan akhirnya InsyaAllah akan terbina Daulah Islamiyah.
Maka sedarlah kita, dan laksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim yang mukmin (Bak kata Tg NIk Aziz). Tak kira anda siapa, guru sekolah, pekerja am, pensyarah, tukang kebun, semua itu bukan nilaian sebenar untuk menjalankan tanggungjawab ini (penjelasan dan dakwah).
Kalau kita kuat, kita lawan dengan cara kuat, kalau kita lemah, kita lawan dengan cara lemah, Namun LAWAN TETAP LAWAN!
Wallahua'lam.
Terima Kasih Ibnu Ali.
BalasPadamApakah Tuan tahu dalam Forex ada yang bercirikan Islamic Account? Salah satu Broker adalah FXMALAY.com yang merupakan cawangan dari FXEGYPT.
Sila buka web dia dan kaji dan saya tunggu keputusan tuan...
Lawati
http://www.pakdi.net/biz/2007/05/24/forex-trading-in-islam/
Baca juga
BalasPadamhttp://www.earnforex.com/muslim_forex_brokers.php
http://vlib.unitarklj1.edu.my/htm/islamforex.htm
kalau rajin lagi cuba buka
BalasPadamhttp://www.google.com.eg/search?q=islamic+account+in+forex&hl=en&start=0&sa=N
salam
BalasPadamhubul watan minal iman bukan hadis nabi amat buruk kita mengatakan ianya dari Rasululullah sedangkan sebaliknya
Perkataan ‘Hubbul Watan Minal Iman’ yang bererti Mencintai Tanah Air Sebahagian Daripada Iman ini adalah slogan. Slogan ini bukanlah hadis Nabi Muhammad S.A.W tetapi terdiri daripada kategori ‘Amsal Arabiah’ iaitu himpunan pepatah, umpamaan, bidalan, kata-kata mutiara dan slogan Arab. Slogan ini sangat popular pada era Ottoman atau Empayar Osmaniah di kalangan bangsa Arab. Bangsa Arab ketika itu sedang menyemarakkan semangat kebangsaan Arab di kalangan mereka. Siapa yang mempopularkan slogan itu, tiada pula diketahui. Apa yang pasti (berdasarkan sejarah Osmaniah) slogan itu disemarakkan oleh bangsa Arab.