Sejak dua menjak ni, kedengaran paluan gendang dari para pemimpin PEKEMBAR/UMNO terutama pemimpin PEKEMBAR/UMNO Kelantan dengan gendang "Islam" yang dipalunya. Habis bising seluruh kota di negeri Cik Siti Wan Kembang itu dengan paluan gendang mereka.
Dato Mustapa Mohamed orang mula-mula sekali memalu gendang tersebut. Dengan mendabik dada seraya berkata
"Semua orang Melayu dan Islam sepatutnya berjuang di bawah Umno kerana matlamat perjuangannya jelas demi agama dan bangsa. Bagi saya sesiapa yang nak berjuang untuk Islam dan Melayu di Malaysia tak ada parti lain kecuali Umno."
Nampak ayat yang beliau sebut ini agak terpesona jugalah didengarnya. Terutama bagi manusia di Malaysia ini yang baru nak kenal PEKEMBAR/UMNO. Namun tidak bagi saya. Alhamdulillah, dalam dunia politik tanahair saya mula megenali Parti Islam SeMalaysia PAS sebelum mengenali PEKEMBAR/UMNO. Alhamdulillah, saya membesar dalam keadaan arwah abah telah pun menjadi aktvis PAS. Sehinggakan di dinding rumah lama saya dahulu di Kampung Skudai Kanan, diletakkan papan PAS Caw. Skudai Kanan. Apatah lagi, bermula dari tingkatan 1 hinggakan ke alam pengajian tinggi saya hidup dalam suasana bersama dengan jamaah Islam terbesar di negara ini, memang agak sukar untuk saya rapat dengan PEKEMBAR/UMNO.
Bahkan jika ada sahaja program PEKEMBAR/UMNO untuk saya nak jenguk asyik sahaja tidak jadi, dengan agenda programnya ada tari menari, nyanyi menyayi, wanita membuka aurat sesuka hati. Lagi ler berat hati nak dekat.
Tapi para pemimpin PEKEMBAR/UMNO bila datang ke Mesir ni berjumpa dengan para pelajar, mereka agak berlainan, program yang dianjurkan boleh tahan juga. Adalah seorang dua pemmpin PEKEMBAR/UMNO yang jadi "pelik" bila sampai Mesir ni.
Paluan gendang kedua pula dipalu kuat oleh Timbalan Presiden UMNO, Dato Seri Najib Tun Razak, beliau mengatakan
‘‘Kita tidak hanya melihat Islam itu sebagai satu agama yang menumpu kepada ibadat sahaja tetapi kita melihat dalam ruang lingkup yang lebih luas iaitu Islam sebagai satu agama yang menyumbang kepada peradaban manusia dan sejagat. ‘‘Jadi, sebab itulah semakin hari, semakin ramai yang tertarik kepada perjuangan dan dasar yang dibawa oleh UMNO serta kerajaan kerana kita juga mempertahankan soal kesucian agama Islam dan akidah Islam,”
Rangkap pertama Ucapan beliau kira bolehlah tahan, cuma masuk rangkap yang kedua, saya tepuk kepala saya, nak tergelak pun ada. Satu kenyatan yang tidak bertanggungjawab, setelah apa yang kita lihat sendiri barah yang semakin menjadi terhadap akidah rakyat. Berikutan dengan kenyataan rasmi dari Sohibus Samahah Mufti Perak dengan angka murtad yang berlaku. Masalah beribu anak remaja yang bermasalah dengan menyertai kumpulan-kumpulan muzik bawak tanah dan fahaman-fahaman yang bercanggah dengan akidah Islam.
Apatah lagi kenyataan ini dibuat setelah selesai penghakiman terhadap kes Azlina Jelani atau Lina Joy yang mahu menggugurkan perkatan Islam pada kad pengenalannya. Walaupun kes tersebut Lina Joy kalah dengan 2;1 namun jelas dia tetap murtad, nilai akidah seorang insan muslimah tiada sam sekali. Namun apa yang kerajaan buat terhadap Lina Joy? Dia terus bebas dengan agenda murtadnya. Ianya tetap memberi kesan negatif terhadap ketahanan akidah negara.
Ini jelas telah mematikan apa yang telah disebut oleh Najib. Apatah lagi dahulu beliau pernah mengatakan "jika berzina suka sama suka apa salahnya?". Mulut para pemimpin UMNO memang sangat-sangat celupar. Bukan sahaja yang bertaraf sekular, bahkan yang bertitle Dr dalam bidang agama pun celupar sama.
Dipalu kali ketiga oleh Anuar Musa yang mengatakan mereka boleh terus kekal di bawah kerajaan PAS Kelantan pimpinan Tok Guru Nik Aziz dengan slogan Membangun Bersama Islam atau menggantikannya dengan beliau sendiri yang menjanjikan sebuah kerajaan dengan slogan Manhaj Islam Hadhari.
Tawaran Annuar itu dibuat semasa berucap dalam konvensyen Wanita Umno Kelantan di Bachok.
Saya tak pastilah masih ramai lagikah rakyat Kelantan masih percaya dengan kata-kata Anuar Musa? Setelah 17 tahun rakyat dipimpin oleh kerajaan yang serius terhadap pelaksaan Islam, dengan beberapa agenda perubahan yang rancak dilakukan adakah rakyat Kelantan akan diketuk pintu hati mereka oleh tawaran Anuar Musa ini?
Sebenarnya para pemimpn PEKEMBAR/UMNO tidak usahlah nak keluarkan kenyataan membela Islam atau akidah rakyat. Ini semuanya telah dimatikan dengan apa yang disebut oleh Pak Lah sendiri. Berikut disertakan petikan dari akhbar The Sun.
"Islam not above constitution, says PM R. Manirajan and Llew-Ann Phang
KUALA LUMPUR (May 31, 2007): Islam is not above the Federal Constitution, and the decision by the Federal Court on Lina Joy's appeal was not politically motivated, said Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. "One must have a hole in the head to say it was a political decision. We've never asked or pressured the court to make political decisions," he said. "The problem here is emotion, and if one allows emotion to control [him/her], this is what will happen and one will have all kinds of things in the head, including suspicion." He was asked to comment on allegations that the court's decision was politically motivated. The three-member panel of judges, in a 2-1 judgment on Wednesday, dismissed Lina's appeal to have the word "Islam" removed from her identity card after she converted to Christianity, without an apostasy certificate from the syariah court. Abdullah said Islam was not above the Federal Constitution. "This country upholds the Constitution and supremacy of the law, otherwise, we would have become a failed state. "
"Islam tidak lebih tinggi dari Perlembagaan" itulah kesimpulannya yang boleh saya buat. Ini adalah kenyataan rasmi beliau. Terus mematikan kenyataan para pemimpin PEKEMBAR/UMNO yang lainnya. Nak bela akidah, nak bela Islam kah dengan kenyataan-kenyataan bergini?
Tapi masih ramai juga yang masih minat dengan PEKEMBAR/UMNO ni, terutama para pelajar agama di Mesir ni, Kelab PEKEMBAR/UMNO pun ada. Setakat nak cari makan dengan sertai Kelab PEKEMBAR/UMNO, dalam masa yang sama tiada teguran yang dibuat kepada pemimpin kamu. Pada saya PEKEMBAR/UMNO masi h tidak relevan dengan Ummah yang relevan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan