"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


20 Jun 2007

Pelajar UM dilucut ijazah sebab plagiat

KUALA LUMPUR: Graduan institut pengajian tinggi awam (IPTA) boleh dilucutkan kelayakan diploma, ijazah sarjana muda, sarjana atau kedoktoran mereka jika didapati menipu, terutamanya dalam penyediaan kertas kerja seperti kajian ilmiah, tesis dan kertas kerja.

Pengarah Perhubungan Korporat dan Antarabangsa Universiti Malaya (UM) Profesor Madya Khoo Boo Teong berkata setiap universiti mempunyai perlembangaan sendiri untuk melucutkan kelayakan mana-mana pelajar yang didapati menipu.

"Di Universiti Malaya kita ada Seksyen 56, Perlembagaan Universiti Malaya untuk menghadapi sebarang kes plagiat, meniru dan penipuan.

"Hari Isnin lepas, kita baru mengeluarkan notis pelucutan di akhbar tempatan terhadap seorang pelajar dari Fakulti Pengajian Melayu," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa pelajar itu dilucutkan ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Melayu yang dianugerahkan pada Istiadat Konvokesyen UM pada 4 Ogos 2004 kerana plagiat dalam penulisan tesis.

Khoo berkata melalui pengalamannya kebanyakan kes penipuan dikenal pasti oleh pihak ketiga yang menggunakan kajian terdahulu sebagai rujukan.

"Biasanya pensyarah-pensyarah boleh kenal pasti apabila merujuk kajian-kajian terdahulu yang telah dibuat oleh graduan," katanya.

Beliau menasihatkan penuntut yang belum menamatkan pengajian supaya tidak menipu terutamanya dalam penghasilan tugasan seperti kertas kerja dan kajian ilmiah.

Katanya negara memerlukan idea dan perspektif yang baru dan lebih bersifat tempatan dalam merangka dasar pembangunan dan bukan pandangan yang diciplak daripada penerbitan asing.

"Banyak keputusan kerajaan terutamanya dalam penentuan dasar banyak bergantung kepada kajian-kajian universiti, jadi pelajar mesti terima ini sebagai tanggungjawab dan jangan main-main," katanya.

Khoo menegaskan masalah itu tidak serius di UM dan tidak lebih tiga kes yang ditemui dalam tempoh tiga tahun lepas.

IBNU ALI: Aku sokong sesangat tindakan ini demi menjaga kredibiliti sesebuah universiti. Tindakan ini dilihat wajar kerana dilihat kepada apa yang dilakukan amat-amatlah tidak bermoral. Memasuki dan diterima belajar atau menuntut ilmu di sesebuah institusi pengajian tinggi sepatutnya akan membina keperibadian dan sikap yang profesional. Apatah lagi jika dilihat dalam tradisi keilmuan Islam itu sendiri kita dapat lihat, Islam begitu menitik beratkan persoalan kesahihan, kebenaran, kelayakan dan sebagainya.

Ilmu hadith, tafsir antaranya adalah ilmu-ilmu Islam yang menjadi kunci ddalam menjaga khazanah ilmu tersebut. Ianya akan menangkis sebarang penyelewengan dan kesalahan fakta ilmiah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai