Bulan Menyambut Hari Kebangsaan pada kali ini di negara kita juga telah mengundang seorang penyayi wanita barat, Gwen Stafani.
Apa yang ada pada Gewn Stafani untuk mengisi kemerdekaan negara kita? Dia seorang penyanyi wanita barat yang rosak! Segi akhlak, tatasusila apatah lagi agama!
Dalam masa negara kita semakin gawat dalam mengurus hal ehwal sosial, terutama masalah akhlak muda mudi kini. Ada sebahagian dari kita langsung tidak sensitif dengan masalah tersebut. Bahkan menjemput pula seorang penyanyi barat yang berpakaian menjolok mata. Bala apakah lagi yang patut menjadi peringatan kepada orang-orang yang berkepentingan? Setelah bencana Thunami menjadi medan muhasabah kita?
Rasa sedih lagi kecewa apabila konsert ini ditaja oleh syarikat gergasi telikomunikasi pra-bayar negara! Langsung tidak sensitif dengan para pelanggan mereka! Pelanggan mereka diantaranya adalah guru, pendidik, pemimpin masyarakat, imam-imam, polis, tentera dan sebagainya. Apa yang boleh dikatakan, jika melihat anak-anak muda kita berhimpit dalam konsert itu nanti? Sayu hati seorang ibu apabila tahu anaknya meminta duit untuk membeli tiket konsert tersebut. Sebak rasanya seorang ayah melihat anak jantannya membonceng gadis untuk ke konsert tersebut.
Sah dan tidak boleh dinafikan lagi, bahawa konsert pada hari itu nanti bakal merosakkan lagi masalah sosial muda mudi.
Aku selaku rakyat Malaysia yang beragama Islam mendesak pihak kerajaan UMNO supaya membatalkan konsert tersebut! Camanala hangpa ni? Kata Islam Hadhari! Islam Hadhari boleh lagu ni ka??
Maklumat tentang konsert:
Laman Web: http://www.hotlink.com.my/gwenstefani/index.html
Tarikh: 21 Ogos 2007
Tempat: Stadium Tertutup, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan