"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


27 Januari 2008

Menteri Pengajian Tinggi Yang Kurang Tinggi Pengajiannya

KOTA BHARU: Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed hari ini mengingatkan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta bahawa mereka boleh mengundi jika nama tersenarai di dalam daftar pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi jangan sekali-kali mengambil bahagian dalam aktiviti mana-mana parti politik.

Mustapa berkata pelajar tidak seharusnya hilang fokus terhadap tugas utama mereka iaitu belajar dan membiarkan diri dipengaruhi pihak tertentu untuk terlibat dalam politik.

"Mereka boleh mengundi jika berdaftar tapi tidak boleh ambil bahagian cergas dalam mana-mana parti politik termasuk melakukan demonstrasi dan seumpamanya. Kita tidak akan benarkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat tahun baru 2008 kepada pelajar IPT awam dan swasta seluruh Kelantan di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Angkasawan Negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha yang turut menceritakan pengalaman beliau semasa berada di angkasa lepas kepada lebih 2,000 pelajar IPT awam dan swasta seluruh Kelantan.

Katanya tindakan keras akan diambil terhadap pelajar yang menyalahi Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 termasuk dibuang daripada pengajian dan mereka tidak akan diterima mana-mana IPT awam dan swasta yang lain.

Beliau berkata kementerian telah mengarahkan semua IPT memantau pelajar masing-masing sepanjang musim Pilihan Raya Umum ke-12 nanti.

Katanya beliau juga telah mengadakan perjumpaan dengan pemimpin pelajar 10 IPT dan kesemua mereka berjanji akan mematuhi peraturan yang ditetapkan berhubung perkara itu.

"Mereka turut menyatakan pendirian tidak bersama dengan segelintir kecil pelajar yang telah dipengaruhi pihak tidak bertanggungjawab dan majoriti pelajar IPT sendiri mengakui mereka tidak senang dengan tindakan keterlaluan sesetengah pelajar yang telah terpengaruh itu," katanya.


Tidak membenarkan pelajar-pelajar IPT untuk terlibat dengan aktiviti politik, tetapi membenarkan mereka mengundi semasa pilihanraya. Apa yang Menteri Pengajian Tinggi Malaysia ini faham dengan politik? Adakah hanya dengan melibatkan diri dengan parti-parti politik itu baru dikira aktif dalam aktiviti politik? Adakah dengan mengundi itu atau terlibat dengan pengundian dalam pilihanraya umum itu bukan dari aktiviti politik?

Ini belum lagi sebut tentang demokrasi, bebas untuk memilih dan berpendapat. Manusia itu ada akal fikiran dan pegangan. Mereka berhak membuat pilihan samada itu atau ini. Walaupun kadang-kadang pilihan mereka bukan dari neraca timbangan yang betul, atau sememangnya benar, ianya tetap berhak membuat pilihan. Ini jika membincangkan dari sudut demokrasi liberal, belum lagi sebut dari perspektif syariat Islam lagi.


Dalam demokrasi yang diguna UMNO untuk memerintah negara pun sudah kucar-kacir. Seperti buta dan pekak bila dengar dan lihat perkataan demokrasi.


Memihak kepada mana-mana parti politik adalah hak seorang rakyat yang duduk di negara demokrasi seperti Malaysia. Sepatutnya jangan dicucuk hidungkan rakyat ini, terima sahaja bulat-bulat apa pimpinan buat. Sehingga perkara-perkara kedaulatan negara pun tidak diambil endahkan.


Bagaimanapun, pernyataan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia ni, betul-betul kena batang hidung mereka yang menyertai Kelab UMNO Luar Negara, terutama di Mesir ini, kerana rata-rata mereka ini pelajar pengajian tinggi. Adakah menyertai Kelab UMNO ni, ianya bukan unsur hasutan dari UMNO itu? Sebagai sebuah parti politik di Malaysia? Adakah pernyataan di atas hanya untuk parti-parti pembangkang? Peringatan tersebut bagi mereka yang menyokong pihak pembangkang? Tidak kepada mereka yang menyokong UMNO? Kalau begitu Menteri Pengajian Tinggi ini hanya menteri untuk orang-orang UMNO! Bukan kesemua rakyat Malaysia?


Nah, peringatan buat ahli Kelab UMNO Mesir, juga kepada pihak Kedutaan Malaysia di Mesir. Ini adalah peringatan dari Menteri Pengajian Tinggi yang kurang tinggi pengajiannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai