"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


07 Mei 2009

Ragut Jenayah Hirabah?

Peragut boleh dikategorikan dalam Hirabah. Ini bersesuaian dengan maksud hirabah dari sudut syarak:

"Serangan bertujuan merampas harta, membunuh atau menakutkan dengan cara terang-terangan, angkuh dan menggunakan kekuatan di kawasan yang terpencil daripada bantuan. Ia dilakukan oleh mukallaf yang tertakluk kepada undang-undang termasuk kafir zimmi dan orang murtad" [1]

Dua kes ragut yang berlaku sebelum ini yang menyebabkan kematian. Adakah salah satu bentuk hirabah. Bagaimanapun melihat kepada keadaan bagaimana mangsa tersebut dan kawasan kejadian.

Ini kerana melihat kepada frasa 'menggunakan kekuatan' di sini menunjukkan sekiranya jenayah yang dilakukan tersebut dibuat berpunca dari kelalaian dan penjenayah melarikan diri atau melihat kepada kelemahan mangsa, ianya tidak dikategori dalam jenayah hirabah. Tetapi ianya sebagai An-Nuhbah yang mempunyai hukuman khusus.

Frasa 'di kawasan yang terpencil daripada bantuan' adalah kawasan yang jauh daripada kawasan bandar atau kampung yang sekiranya mangsa meminta tolong, suaranya tidak akan kedengan oleh penduduk sekitar. Bagi jenayah yang dilakukan dalam jarak yang boleh didengari suara mangsa, ia tidak dikategorikan sebagai hirabah.

Juga melihat kepada frasa 'mukallaf yang tertakluk kepada undang-undang' ternyata mengenepikan kafir harbi. Oleh itu, kafir harbi tidak termasuk dalam kategori ini walaupun dia membunuh dan merompak. Dia sebenarnya boleh dibunuh dalam apa jua keadaan sekalipun. Macam Shimon Perez contohnya, kalau jumpa dia tak perlu salam macam Syeikh Tantawi buat, amik AK 47 tembak di kepalanya pun tidak mengapa.

Kategori Penjenayah Hirabah

Pertama, dia membunuh dan merompak.

Kedua, membunuh sahaja dan tidak merompak.

Ketiga, merompak dan tidak mengancam nyawa.

Akhirnya, menakut-nakutkan orang ramai tanpa mengancam nyawa atau merompak.

Hukuman Bagi Setiap Kesalahan

Pertama: Dibunuh dan disalib (dipasung) selama tiga hari di tempat yang tinggi. (Wajib mandikan, kafankan dan solatkan seperti biasa)

Kedua: Dibunuh tanpa disalib. (Keluarga mangsa tak boleh maafkan penjenayah ini, kerana ianya hak Allah, tak sama dengan Qisas)

Ketiga: Dipotong tangan dan kaki secara bersilang. (Tangan kanan dan kaki kiri. Bagaimanapun terlebih dahulu melihat kadar harta yang dirompak mestilah mencecah kadar yang ditetapkan dalam kesalahan mencuri iaitu suku dinar atau lebih, atau sama nilai denganya. Sekiranya tak sampai kadar, jatuh kepada hukuman ta'zir)

Keempat: Hukuman ta'zir. (Buang negeri, penjara atau sebagainya. Tiada temph tertentu jika dipenjara, pemerintah juga boleh ampunkan jika perlu)

Dalil Hukuman Hirabah


"Hanyasanya balasan orang-orang Yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah Dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja Dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). hukuman Yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa Yang amat besar." (Surah Al Maidah ayat 33)

Hirabah Ini Boleh Gugurkah Hukumannya?

Semua hukuman yang disebutkan di atas boleh gugur dengan pesalah atau panjenayah tersebut bertaubatsebelum berjaya diberkas. Ini berdasarkan firman Allah:

"Kecuali orang-orang Yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya, (Mereka terlepas dari hukuman itu). maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al Maidah ayat 34)

Status penjenayah selepas bertaubat hanya sebagai pembunuh atau perampas. Oleh itu dia dikenakan hukuman berdasarkan kesalahan membunuh, merompak atau merampas.

Oleh itu, seseorang pembunuh yang telah bertaubat sebelum berjaya diberkas masih tertakluk dengan hukuman qisas. Kecuali dia dimaafkan oleh keluarga atau membayar diyat. Manakala perompak perlu membayar ganti rugi barang yang dirompak selain hukuman ta'zir yang dikenakan pemerintah.

Baik, kita boleh faham penjenaya hirabah yang pernah mencuri dan minum arak kerika melakukan hirabah, masih tertakluk kepada hukuman mencuri atau minum arak walaupun setelah bertaubat. Ini kerana hukuman-hukuman ini tidak gugur walau dengan taubat.

Berat sekali ancaman Allah kepada mereka yang melakukan jenayah hirabah ini. Malaysia boleh dikatakan sudah sampai tahap seriusnya jenayah seperti ini. Ini tidak termasuk kes-kes yang tidak melibatkan nyawa. Sudah tentu banyak sekali. Jenayah mencuri tidak perlu cakap. Hampir setiap hari. Jenayah minum arak seperti tiada apa-apa, bahkan kilang arak dibina!

Al Fatihah kita sedekahkan kepada Almarhumah Jamilah Selamat (gambar) juga kepada mangsa terbaru di Kota Bharu dan Pulau Pinang. Takziah kepada keluarga mangsa.

[1] Fiqh Manhaji Mazhab Syafie

1 ulasan:

  1. ni kalau yang ragut kafir zimmi keluar dari sidang DUN tanpa sebab mcmana plak?

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai