"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


13 April 2007

Bila menyatakan yang Haq!

Inilah resam perjuangan. Bila menyatakan yang hak. Maka mereka yang mendokong kebatilan tetap akan melawan. Bukan kita yang melawan, tetapi mereka melawan kita. Begitu juga kalau lihat sirah perjuangan Nabi SAW. Memulakan dakwah dengan tidak melawan. Tetapi mereka (golongan jahiliyah) yang "ajak" berlawan. Setelah beberapa siri seksaan, tohmahan, tahanan kepada golongan muslim. Akhirnya mereka tetap mahu melawan, walupun segi logikalnya golongan Muslimin masih lemah yang "lari" ke Madinah.

Jadi mari kita lihat, kenapa golongan yang lemah ini, tetap mahu ditentang sehabis-habisan? Kerana mereka membawa panji-panji kebenaran. Kenapa golongan jahiliyah tidak mahu menerima kebenaran yang dibawa Muhammad SAW? Kerana kepentingan mereka di Makkah tergugat.

Tidak teringatkah kita semasa tawaran yang diberikan kepada Nabi SAW daripada pembesar-pembesar Makkah? Wanita, kuasa, harta? Supaya Nabi menghentikan kerja-kerja dakwah Baginda SAW? Adakah Nabi SAW terima? Jawapannya tidak! Bahkan Nabi SAW membalas "jika matahari diletak ditangan kiriku, bulan ditangan kanan ku, aku tetap tidak akan meninggalkan amanah ini".

Apa yang berlaku di Malaysia dan juga apa yang berlaku di Mesir adalah resam perjuangan yang dilalui oleh ummat Islam sejak zaman permulaan Islam itu sendiri. Rentetan ini tetap akan berlangsung.

Sebenarnya bukan kerana PMRAM berlaku itu semua. Tetapi kerana hati busuk golongan sekular yang tetap mahu membantutkan kesinambungan dakwah Islam berkembang di Malaysia. Jika tidak ada PMRAM pun adakah kamu boleh yakin dengan kepimpinan di Malaysia bahawa mereka tetap memberi bantuan kepada pelajar-pelajar jurusan agama?

Lihat sahaja MARA yang ianya 100% hak milik bumiputera melayu di Malaysia. Cuba tanyakan kepada pihak MARA adakah pelajar-pelajar jurusan agama dapat sebarang bantuan? Termasuklah mereka yang belajar di dalam negeri?

PMRAM rasanya sudah habis berlembut dengan pihak kedutaan dan kerajaan Malaysia. Tetapi
sejauhmana kita diterima oleh mereka? Tak perlulah mahu dibandingkan masalah ini sahaja. Cuba lihat Kerajaan Selangor yang menjalankan kempen Setinggan Sifar. Sejauhmana keadilan yang diberikan oleh kerajaan Selangor keadilan kepada penghuni setinggan apabila rumah-rumah mereka dirobohkan? Adakah semua penghuni setinggan tersebut 100% penyokong PAS? Inilah realiti yang berlaku di Negara kita. Apabila Islam itu sendiri tidak dijadikan batu asas kepada penyelesaian masalah yang menimpa.

Ya, kita mahu toleransi! Kita mahukan bersatu, tetapi atas dasar kalimah tauhid! dengan gagasan Tali Allah! Ini yang kita mahukan! Tetapi ada yang tidak mahu! bersatu atas dasar lain kami menolak awal! Minta maaf!

Kita keluar sekejap ke dunia luar. Apa yang berlaku di afghanistan. Negara yang miskin. Perang beratus-ratus tahun. Infrastruktur yang musnah dek peperangan yang menimpa. Tetapi setelah Taliban berkuasa. Kenapa Amerika tetap mahu menentangnya? Adakah kerana mereka akan menjadi pesaing kuasa besar seperti Rusia dahulu? Adakah akan menggugat kestabilan Amerika? Negara yang miskin, rata-ratanya musnah! Hanya kerana mereka menerapkan pemerintahan Islam dalam negara! Lalu kuasa ini yang amerika tentang habis-habisan, proksi mereka akan gagal di sini!

Jadi, adakah kamu semua sedar akan hal ini? Saya hanya mengungkap sejarah yang berlaku sahaja, supaya menjadi pengajaran kita bersama.

Wallhua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai