7 November 2008, alhamdulillah aku selamat sampai ke Ardhul Kinanah, Mesir. Setelah 4 bulan di tanahair, akhirnya aku selamat sampai ke bumi para nabi ini. Terima kasih banyak kepada ibu yang tercinta juga kepada adik beradik lain yang meredhai pemergian ke Mesir semula, setelah 3 tahun di sini. Juga kepada mereka yang memberi sumbangan kewangan, ianya sangat-sangat dihargai, semoga Allah membalasnya.
Rumah baru, suasana baru, kerenah baru dan roomate baru. Berpindah rumah ketika aku di Malaysia amat merumitkan kepada salah seorang housemate yang terpaksa mencari rakan-rakan lain untuk memunggah segala barang untuk ke rumah baru. Setinggi-tinggi terima kasih aku ucapkan kepadanya dan rakan-rakan lain. Ada rezeki aku belanja. Hehe.
Di sebalik semua yang baru ini, namun Mesir dan rakyatnya tetap sama.Tiada perubahan besar yang aku lihat setelah 4 bulan di Malaysia. Ini kerana aku juga bakal berhadapan dengan "kemeriahan" untuk mendaftarkan kuliah, juga medical check-up di hospital nanti. Populasi rakyat Mesir yang ramai membuatkan rakyatnya merasa memotong "Q", adalah biasa, tanpa perlu merasa bersalah. Ini berlaku di pintu imigresen di lapangan terbang Kaherah, 2 wanita Mesir dengan selamba memotong kami yang panjang menyusun. Pegawai yang bertugas selamba merima pasportnya. Kami pun "selamba" menahan sabar.
14 subjek bakal aku daftarkan utuk pengajian tahun 4. Semua ini bakal kembalik menguji aku kembali berkuliah. Setahun akan datang insyaAllah bakal aku tempuhi dengan baik. Usaha yang setimpal berserta doa dan tawakkal bakal menjadi rakan karibku semula.
Tahniah kepada Barrack Hussein Obama yang telah dipilih sebagai Presiden Amerika yang ke 44. Harap pemilihannya bakal membuka lembaran baru bagi hubungan barat-Islam nanti.
Alfatihah kepada tiga pengebom Bali, yang didapati bersalah menyebabkan kematian 202 orang dalam letupan di kawasan peranginan Bali enam tahun lalu, menjalani hukuman mati ditembak tengah malam tadi.
Hukuman ke atas Imam Samudra, Amrozi Nurhasyim dan adiknya Ali Ghufron telah dilaksanakan tengah malam, beberapa kilometer dari penjara dikawal ketat di pulau Nusakambangan island.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan