Tahun 2008 merupakan tahun yang menarik bagi senario politik negara. Ia bagaikan satu anjakan rakyat yang sekian lama bisu dan lesu dengan kematangan berpolitik mereka. seramai 25 juta rakyat malaysia tidak mempunyai resepi politik yang sama. Berdasarkan latar belakang pengajian, pendekatan dan struktur "political thinking" ternyata ia setakat ini tidak membolehkan rakyat Malaysia mempunyai level yang sama dalam berpolitik.
Malaysia boleh dikatakan rakyatnya berpolitik mengikut kepentingan masing-masing, dan dari sudut mana kepentingan tersebut boleh dicapai. Politik adalah bisnes, politik adalah pendidikan, politik adalah pembangunan, politik juga adalah pegangan. Ini adalah beberapa persepsi rambang penulis berkenaan senario politik yang berlaku di Malaysia.
Dengan berpaksikan sistem demokrasi, ternyata ianya dipergunakan dengan sebaik mungkin oleh rakyat. Sepanjang 12 kali pilihanraya berlangsung dan selama 50 tahun usia kemerdekaan negara ternyata tahun 2008 merupakan keadaan dan sikap yang matang telah ditonjolkan oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. Sikap ini bukan sahaja terdorong dari kesan dari sosio ekonomi atau lainnya, tetapi ia sebenarnya lambang pengetahuan dan ilmu rakyat Malaysia yang mempunyai hak ke atas negara untuk mencorakkannya.
Ternyata, tahun 2008 merubah landskap politik Malaysia. Banyak perkara-perkara yang tak diduga berlaku dan mungkin banyak akan berlaku hingga penghujung tahun 2008.
UMNO dan Barisan Nasional menang
Ternyata, 2008 ini rakyat masih memberi mandat kepada UMNO dan Berisan Nasional untuk memerintah. Walaupun tidak menguasai dua pertiga mejoriti di parlimen, namun 140 kerusi yang diperolehi tidak boleh dinafikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional adalah parti yang terus menerajui Malaysia.
Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mendapat tekanan yang hebat pada kali ini. Teringat ketika pilihanraya umum 2004,di awal pimpinan beliau UMNO dan BN menang besar dan berjaya merampas Terengganu dari Pas dan hampir berjaya merampas Kelantan dari Pas.
Ini berikutan peralihan kuasa Perdana Menteri ketika itu, angin gagasan Islam Hadhari dan jolokan "Mr Clean" bertiup kencang sehingga menenggelamkan hampir semua kerusi pembangkang yang terdiri dari Pas, DAP dan PKR.
"kerja bersama saya bukan kerja untuk saya" merupakan ungkapan yang selalu dituturkan oleh Pak Lah ketika sesi-sesi ucapan awal tampuk pemerintahan beliau. Ia menarik minat rakyat juga pemerhati-pemerhati politik. Bagaikan satu jiwa ikhlas yang terdorong dari rasa keyakinan rakyat terhadap Pak Lah.
Kawasan-kawasan pantai barat dan selatan semenanjung yang memiliki mejoriti kaum melayu masih menampakkan sokongan terhadap UMNO dan Barisan Nasional. Ini boleh dilihat rata-kerusi yang ditandingan Parti Islam Se Malaysia terutama di Negeri Selangor dan Perak memperlihatkan parti itu tewas dan hanya memenangi beberapa kerusi yang boleh dikatakan komposisi kaum yang agak seimbang. Juga Kerusi-kerusi yang mejoriti bukan melayu yang ditandingi Pas melihatkan parti itu menang. Bahkan mendapat mejoriti yang agak besar.
140 Kerusi bagi UMNO & Barisan Nasonal boleh dikatakan agak besar walaupun mereka hilang kuasa 2/3 di parlimen. Kesan ini nanti bakal memberikan tekanan juga bagaimana kebijaksanaan ahli-ahli parlimen UMNO dan BN menggunakan suara-suara mereka di Parlimen. Persidangan parlimen 2008 ini sangat ditunggu-tunggu. Media arus perdana samada dari media elektronik atau media cetak semestinya telah memikirkan dan merancang bagaimana sidang parlimen ini boleh menjadi tarikan untuk rakyat terus bersama mereka dalam mendapat maklumat dan berita berkenaan dengan sidang parlimen nanti.
Bagaimanapun rata-rata kemenangan UMNo dan BN ini boleh dikatakan menongkat dari Malaysia Timur iaitu di Sabah dan Sarawak. Dengan kepercayaan yang masih lagi utuh di Sabah dan Sarawak terhadap BN telah memberikan kemenangan kepada mereka. Ini berbeza jika kita melihat kawasan-kawasan Bandar di Malaysia Barat. Barangkali senstiviti mereka terhadap isu-isu setempat dan nasional boleh diterima dengan cepat dan baik melalui mana-mana saluran samada saluran arus perdana mahupun media alternatif yang boleh dilayari di alam maya.
UMNo dan BN tidak dapat tidak dengan 140 kerusi ini, perlu membuat reformasi besar-besaran, terutama masalah dalaman mereka juga polisi dan dasar-dasar kerajaan yang menjadi mainan mulut dan cakap-cakap orang. Ini kerana rakyat telah memberi isyarat awal sebelum pilihanraya ke 13 akan datang. Memandangkan 4 negeri telah jatuh ke tangan pembangkang yang menjelmakan diri mereka sebagai Pakatan Rakyat dan Kelantan nampaknya terus mengukuhkan kedudukan di sana dan UMNO Kelantan nampaknya bagai hilang pemandu setelah Pengerus Perhubungan UMNO Kelantan Dato Anuar Musa tewas dan Dato Dr Awang Adek yang dicanang sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru juga tewas di kerusi Parlimen Bachok dan kerusi Dewan Undangan Negeri Perupok.
Pakatan Rakyat
Pakatan rakyat yang dibentuk oleh parti-parti pembangkang yang terdiri dari Pas, PKR dan DAP mengukir sejarah pada Pilihanraya umum ke 12 ini dengan mengusai 5 buah negeri, juga hampir menguasai Melaka dan Negeri Sembilan. Tumpuan ternyata lebih diberikan kepada tiga negeri iaitu Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Ini kerana ketiga- ketiga negeri ini membentuk sebuah kerajaan campuran yang terdiri dari tiga parti pembangkang tadi. Namun respon awal dari Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru Lim Guan Eng mengisytiharkan Pulai PInang bebas dari Dasar Ekonomi Baru telah mencetuskan sati lagi polimik baru dalam sosio-politik Malaysia. Tamparan hebat kepada kerajaan terutamanya UMNO apabila dasar yang digubal pada 1971 dan ditukar kepada Dasar Pembangunan Nasional pada 1991 dikesampingkan oleh DAP yang mejoriti dalam pengusaan kerajaan Pulau Pinang.
Kelantan, dilihat selesa dan tenang dalam meneruskan agendanya tersendiri. Tertumpu pada manifesto dan pelbagai janji, nampaknya rakyat kelantan terutamanya menanti dengan penuh mengharap agal sepenggal yang diberi lagi ini tidak menngganggu komitmen kerajaan Kelantan terus membangun dengan dasarnya tersendiri dalam menyelesaikan masalah-masalah rakayt. Ini menarik minat pemerhati politik dan juga peringkat akar umbi yang akan menilai sejauhmana 2 negeri yang mempunyai dua ideologi yang sangat berbeza mendapat memerintah kerajaan Negeri. Ternyata ujian yang akan dipikul oleh DAP sangat ketara, kerana pengalaman 18 tahun Pas memerintah Kelantan ternyata menunjukan rakyat terus minat dengan pemerintahan Pas. DAP menghadapi ujian sebenar dalam membentuk Pulau Pinang selama sepenggal ini, ke mana arah yang hendak dibawa oleh mereka dengan manifesto-manifesto serta dasar-dasar yang tertentu.
Perak, sebuah lagi negeri yang semestinya menjadi perhatian. Manakan tidak, apabila DAP menang mejoriti kerusi dalam DUN tetapi tetap gagal menjadikan parti itu meletakkan calon mereka sebagai menteri besar. Walaupun ada cubaan di awal serahan nama calon menteri besar kepada pihak istana Perak. Namun pihak istana menerima Ir Mohamad Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar Perak yang baru setelah kekalahan UMNO dan Barisan Nasional di Negeri Perak. Ini atas sebab undang-undang tubuh negeri perak itu sendiri yang tercatit agar menteri besar negeri Perak di kalangan orang Melayu beragama Islam.
Ir Mohamad Nizar Jamaludin bagaimanapun calon yang boleh dikatakan mempunyai potensi besar. Berdasarkan latar belakangnya yang boleh berbahasa selain bahasa ibunda dan inggeris, beliau juga berbahasa cina dan tamil. Ini menjadikan sifat majmuk yang menjadi sifat rakyat Malaysia khususnya negeri Perak boleh berbangga dengan memiliki seorang Menteri Besar yang baik. Ini juga boleh membersihkan anggapan buruk rakyat yang sering termakan dengan dakyah-dakyah negatif sesetengah pihak terhadap golongan yang berada dalam Parti Islam SeMalaysia adalam jumud dan tidak terbuka.
Tuduhan mahupun persepsi buruk terhadap formasi 6-3-1 (6 ADUN dari DAP, 3 ADUN dari PKR dan 1 dari Pas selain Menteri Besar) ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak oleh sesetengah ahli politik, mengatakan melayu dipinggirkan dalam struktur pentadbiran kerajaan negeri yang dikatakan didominasi oleh kaum cina dari parti DAP, dan menganggap Ir Mohamad Nizar Jamaludin dari Pas sebagai boneka telah terbantut dengan kenyataan bersama oleh kesemua ahli majlis mesyuarat dengan menyatakan bahawa kerajaan yang ada hari ini bukan kerajaan DAP atau Pas mahupun PKR. Bahkan YAB Ir Mohamad Nizar Jamaludin menegaskan bahawa mereka adalah kerajaan rakyat. Kenyataan ini dibuat pada sidang media selepas Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak. Kerisauan dan kebimbangan yang ditimbulkan ternyata diredakan dengan kenyataan ini.
Namun rakyat khususnya pemerhati politik terus tunggu dan lihat terutama 100 hari selepas kemenangan ini, apakah perubahan-perubahan awal atau reformasi yang akan dilakukan oleh kerajaan-kerajaan negeri yang berjaya dibentuk oleh Pakatan Rakyat ini. Terutama dalam memenuhi janji yang ditawarkan oleh mereka dalam manifesto semasa kempen pilihanraya sebelum ini. mungkin rakyat tidak teragak-agak menghukum mereka pada pilihanraya akan datang jika penggal pertama ini tidak memperlihatkan peratus yang tinggi untuk memenuhi manifesto mereka bahkan gagal melaksanakannya.
____________________________________________________________________
Artikel ini tidak dikeluarkan oleh Suara Kampus Johor bilangan ke 113, ruangan Siasah kerana agak "basi".
Bagi siswa-siswi di Mesir anda boleh dapatkan Suara Kampus bilangan 113 di pasaran sekarang!! LE5 sahaja!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan